Tuesday 24 February 2015

Nafas Cinta Bab 13

Tidur pulas anak-anak dipandang tanpa berkelip-kelip oleh Madeline Sumang. Rindu terhadap anak-anak tidak mugkin puas dalam masa beberapa jam mereka berjumpa.

Setahun lebih, ternyata anak-anak membesar begitu pantas sekali. Semasa Madeline Sumang meninggalkan anak-anak bersama Igat dan Evelyn, Carl Blume baru belajar menyebut perkataan. Sekarang, Carl Blume sangat petah bercakap.

Seronok tak terkira, Madeline Sumang melayan kepetahan mulut Carl Blume yang bertanyakan bermacam-macam soalan kepadanya. Tak ketinggalan juga menyoal kelainan layanan sikap Atuk terhadap dia dan Cattleya Orked.

Bagaimana Madeline Sumang hendak menerangkan perihal sikap si ayah kepada Carl Blume? Jawapan apa yang perlu disajikan ke telinga anak-anak? Payah! Bila Ayah tidak mampu memaafkan dia lagi, sehingga membabitkan anak-anak dalam permasalahan mereka. Madeline Sumang tahu, ayah tak akan mengalah selagi dia tidak menyelesaikan kekusutan hidupnya.

Dilontarkan pandangan ke luar jendela. Sang matahari baru naik di sebelah ufuk timur. Menyinari setiap pelusuk ladang orkid. Indah sungguh bila sinar matahari memancar titisan embun pada daun-daun hijau di sekitar ladang. Warna-warni orkid menyegarkan mata yang memandang suasana pagi.

Setelah puas menjamu mata, Madeline Sumang bergerak ke arah anak-anak. Dikemaskan kain selimut supaya menutupi seluruh tubuh mereka. Cuaca sejuk di luar menyebabkan mereka tidur mengerekot. Sebelum beredar dari situ dia cium dahi anak-anak yang dikasihi. Selama ini, mereka adalah sumber kekuatan Madeline Sumang.

Sebelum pancaran sang matahari semakin hangat, pokok-pokok orkid perlu disirami dahulu. Lalu Madeline Sumang menyibukkan diri di dalam petak rumah hijau. Setelah siap, dia masuk semula ke dalam rumah. Ada tugas lain pula sedang menunggu untuk dibuat.

Cattleya Orked perlu dibangunkan. Sementara masih awal lagi... urat pun masih lembut. Senang sedikit urusan mengurut Cattleya Orked. Demi anaknya itu, Madeline Sumang sanggup berpisah sementara. Mendalami ilmu di luar bidang mengambil masa lama. Itupun bernasib baik sebab dia ada pengalaman berkerja sebagai seorang Jururawat.

Kali ini dia balik, akan mempratikkan ilmu fisioterapi dan teknik mengurut. Tujuan utama Madeline Sumang adalah seratus peratus untuk kebaikkan Cattleya Orked. Ada ilmu senang untuk dia fokuskan pemulihan fizikal Cattleya Orked. Kalau tidak pulih seratus peratus, sekurang-kurang dia sudah berusaha. Dia berpuas hati andai keadaan Cattleya Orked ada menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit.

"Awalnya, Kakak bangun...." Tegur  Evelyn. Tangannya sibuk mengisi air ke dalam cerek elektrik. Tak sah kalau tak minum kopi selepas bangun dari tidur.

"Kamu, kenapa pula bangun awal? Ketagih kopi?" Soal Madeline Sumang pula.

"Leya, nanggis. Akak pergi mana?"
"Siram pokok-pokok orkid kat luar. Leya, dah bangun?"

"Tidur balik. Buat apa pula Akak siram pokok-pokok tu. Budak-budak yang jaga ladang kan ada...."

"Tak apa la... boleh juga Akak manja-manjakan pokok-pokok orkid."

"Hurmm! Rindu la tu... Rindu kat pokok orkid atau tuan yang bagi benih?" Usik Evelyn Menti menahan tawa dalam perut. Seronok bila berpeluang mengusik si kakak.

Malam tadi bila dikhabarkan mengenai usaha Maximus Randell menjejak si kakak. Madeline Sumang hanya tayang muka tanpa perasaan. Riak muka tidak berubah langsung!

"Ada benda lebih berfaedah aku nak fikirkan dari hal lelaki tu...." Kasar nada jawapan Madeline Sumang. Lalu ditinggalkan Evelyn di situ. Malas dia hendak melayan usikkan si adik.

"Jangan buat main! Silap hari bulan Max terconggok kat sini."

####

Meskipun selalu dicanangkan bahawa sebelum berada di dalam kantung rahim ibu, takdir telah di tulis oleh Sang Pencipta. Jadi, siapakah kita untuk menyangkal setiap kejadian yang telah berlaku? Ironinya, kehidupan di dunia ini, tidak seindah yang disangka. Hidup ini pula umpama roda yang berpusing… sekejap di atas dan ada masanya akan berada di bawah.

Bagi Maximus Randell takdir kehidupannya beberapa hari kebelakangan ini adalah umpama roda yang sedang berada di bawah. Bagaimana sekalipun, dia perlu fokus kepada tujuan utamanya. Bukan setakat menjernihkan keadaan diantara dia dan Madeline Sumang, malah dia akan memujuk Madeline Sumang supaya kembali bersama semula.

Saat diuji dengan kerenah Ayah Madeline Sumang tidak sama sekali mematahkan semanggatnya. Sikap dingin Igat juga bukan satu alasan untuk dia membatalkan niat asalnya. Pendek kata tiada sesiapa yang mampu menghalang Maximus Randell daripada mengejar impian hidup bersama Madeline Sumang.

Peluang ke dua? Adakah semua manusia yang wujud di muka bumi ini mempunyai peluang ke dua? Atau, takdir hanya memilih segelintir sahaja diberi peluang ke dua? Nasib Samuel dan Mary Beth  membawa kesan amat mendalam dalam jiwa Maximus Randell. Minta simpang jauh-jauh agar dia dan Madeline Sumang kecundang sama seperti nasib Samuel dan Mary Beth. Andainya begitu… adilkah bagi kita semua? Patutkah dia tunduk menadah nasib tanpa mencuba seadanya?

Dari luar pagar rumah ladang orkid Maximus Randell yakin bahawa ada orang menghuni rumah tersebut. Pajero Evelyn Menti menjadi tanda kewujudan nyawa di dalam sana. Masalahnya, siapa? Maximus Randell tidak pasti... Mungkin Igat atau Evelyn Menti?

Berdepan dengan Igat berkemungkinan akan mencetuskan perbalahan di antara mereka. Jadi, gerunkah dia hendak bertemu muka dengan Igat? Walhal misinya harus diteruskan...

'Arghh! Langkah mayat aku dulu, tidak sekali-kali akan aku tinggalkan misi penting ini. Dia nak terima atau tidak... dia punya pasal.' Gumam Maximus Randell sendiri. Matanya masih fokus meratah persikitaran ladang orkid.

Cantik! Tersangat cantik pemandangan pelbagai jenis spesis orkid. Kali terakhir dia melihat orkid jenis Cattleya adalah di Genting Highland. Kenangan di sana tidak mungkin boleh dilupakan oleh Maximus Randell. Wajah ceria Madeline Sumang pada saat dia hadiahkan satu dozen Cattleya cukup mengembirakannya.

'Arghh! Kalau aku tetap setia terhadap janji aku di sana... lihat, inilah kerugianku. You berjaya merealisasikan omongan kosongku.' Jerit hati kecilnya.

Semakin dekat Maximus Randell menghampiri kawasan banglo dua tingkat. Mata liarnya menangkap setiap petak rumah hijau diberi nama tertentu. Secara mengejut dia memberhentikan pajero George. Lekat matanya memaku pandang pada salah satu papan di petak semaian orkid.

'God! Selepas apa yang telah aku lakukan... You still do remember me, May? Apa yang telah aku lakukan?' Mendung bertandang semula pada raut wajah Maximus Randell. Suntikkan rasa ceria sebentar tadi hilang bersama kekesalan tidak terhingga.

Kenapa semakin dekat dia menghampiri destinasi, semakin seksa dirinya dicengkam rasa kekesalan masa lalu?

'Lenyaplah! Hilangkanlah perasaan penuh gemuruh ini... aku kena kuat, aku kena yakin. Di depan sana adalah penentu arah tuju perasaan aku... bangkitlah, Max! Kau boleh lakukan... sekali lagi! Walau nyawa bercerai dari badan... matlamatmu perlu dilaksanakan.'

####

Ketukkan di pintu hadapan mengundang perhatian Evelyn Menti. Kain langsir jendela dapur diselak sedikit. Sekadar mencari kereta asing berada di kawasan luar rumah.

'Oihh! Panjang umur. Aku baru ajer sebut. Dia betul-betul terconggok kat sini?' Luah Evelyn Menti sambil mengaru-garu kepala.

Lama Evelyn Menti terpegun di penjuru dapur. Memikirkan rancangan yang seterusnya...

'Apa perlu aku buat?'

"Eve... tak dengar orang ketuk pintu ke?" Jerit Madeline Sumang dari atas. Manalah dia tahu siapa gerangan manusia yang di depan sana.

Evelyn Menti tarik senyum sumbang.

'Wait. Aku nak tengok kamu betul-betul tak suka kat dia atau hanya sekadar ucapan di mulut sahaja?' Laju Evelyn Menti mendekati pintu hadapan. Tak sabar pulak dia hendak menjemput Maximus Randell masuk dan melihat wajah terkejut Madeline Sumang.

"Eve... freeze!"

Terhenti separuh jalan niat Evelyn Menti hendak membuka pintu. Tangannya pun baru hendak memusing tembol pintu.

"Kenapa?"

"Patutlah, lama tak buka pintu...."

"Akak, cakap apa ni?" Evelyn Menti pura-pura tidak memahami maksud ayat Madeline Sumang sebentar tadi.

Madeline Sumang menghampiri si adik. Tangan Evelyn Menti dilurutkan dari tembol pintu.

"Max lah kat luar tu...."

"Habis tu... Apa, Akak nak buat?"

"Jangan bagi dia masuk!" Arah Madeline Sumang. Dia belum bersedia untuk berdepan empat mata dengan Maximus Randell.

"Gila ke apa? Dia dah ada kat depan mata. Akak pulak buat pasal?" Bantah Evelyn Menti. Kalau dia tak berkeras dengan sikap si kakak... sampai bila pun keadaan mereka tetap sama. Sampai satu tahap mereka perlu titikan pencarian masing-masing.

Madeline Sumang menghalang Evelyn Menti dari membuka pintu. Tangan Evelyn Menti yang melayang-layang di udara cuba ditangkap oleh Madeline Sumang.

"Akak buka pintu tu! Face him. Jangan jadi pengecut. Dah berapa hari ini dia cari Akak."

"Aku tak sedia la... tak faham ke?"

"Bila masa Akak bersedia? Hari ini, esok, lusa, sebulan, setahun atau selamanya?"

"Mind your own business, young lady!"

"As far as you are my sister... your business is my business. Lagipun... Demi Leya dan Carl, saya akan lakukan sesuatu. Nothing can stop me of doing a right thing."

Kecoh pagi-pagi buta dengan perbalahan di antara Madeline Sumang dan Evelyn Menti. Maximus Randell belum berputus asa mengetuk pintu. Merahlah juga jari jemarinya, akibat terlalu lama bercium dengan daun pintu.

"Eve, May... I know both of you can hear me." Seru Maximus Randell dari luar. Dari tadi... sebiji sebiji butir bicara diantara mereka menerobos gegendang telinganya.

Terpaku Evelyn Menti dan Madeline Sumang mendengar suara Maximus Randell memanggil mereka. Madeline Sumang menjeling tajam ke arah si adik.

"Cakap kuat sangat! Kan dia dah dengar."

"Saya cakap betul. Apa perlu takut? Lain la Akak... timbul perasaan bersalah ke?"  Perli Evelyn Menti. Bukan dia tak perasan wajah gabrah si kakak.

"Mummy... Leya nanggis." Panggil Carl Blume dari ruang atas. Secara tidak langsung meleraikan kekecohan di ruang tamu.

Evelyn Menti menoleh ke arah Madeline Sumang... Sudah sampai masa!

"Akak, pergi naik tengok Leya."

Membulat mata Madeline Sumang mendengar arahan Evelyn Menti. Dia naik... Bagaimana pula dengan keadaan di sini? Tak boleh jadi.

"Kamu naik tengok Leya. Aku tunggu di sini."

Membantah pula si Kakak dengan cadangannya tadi.

"Leya tu anak siapa? Anak saya ke anak kakak?"

Amboi! Main kasar pula si adik. Boleh cakap lepas macam itu sahaja. Adalah, sedikit terguris hatinya bila mendengar sindiran pedas Evelyn Menti.

"Tak sangka, kamu sanggup cakap macam tu."

"Jangan nak salahkan saya. Akak pun macam tu juga. Sanggup pentingkan perasaan sendiri. Anak-anak pula macam mana? Pergi naik atas. Biar saya uruskan Max!" Tegas Evelyn Menti. Kali ini dia tidak akan mudah mengalah. Biarpun dia terpaksa menyinggung perasaan Madeline Sumang. Tidak apa. Sekejap nanti, mereka akan berbaik semula.

Tanpa rela, Madeline Sumang berlari juga naik tangga menuju suara Cattleya Orked yang sedang melalak mencari salah seorang dari Mummynya...

"Jangan pandai-pandai buat cerita. Buat, siap nanti!" Jerit Madeline Sumang dari tingkat atas memberi amaran kepada Evelyn Menti.

Manakala di bawah Evelyn Menti buat-buat tak dengar. Lebih baik dia pekakan telinga dari mengikut arahan tak betul si kakak. Sementara Igat dan Ayah tak ada. Bolehlah dia gunakan kesempatan yang ada untuk menyelamatkan hubungan diantara anak-anak beranak tersebut.

Mana mungkin dia sanggup memisahkan mereka dikala Maximus Randell sedang mencari dan ingin memperbetulkan kesilapan lampau.

"Hi, Max. Morning. Awal sampai? Sapa bagi tau tempat ni?"

Maximus Randell belum sempat berkata apa-apa sementara Evelyn Menti sudah mengutarakan dua soalan penting kepadanya.

"Hi, Morning too... May ada?"

Tanpa mempedulikan soalan dan pelawaan Evelyn Menti, Maximus Randell terus menerjah masuk ke dalam rumah.

"Jawab soalan saya dulu. Siapa bagi tahu tempat ni? Kamu ni dari mana? Awal sangat sampai."

Liar sorotan matanya mencari di setiap ceruk banglo tersebut. Tumpuannya hanya satu iaitu Madeline Sumang. Tetapi kelibat Madeline Sumang tidak pula kelihatan.

"May sendiri yang bagi tahu. And... Uncle Samuel kata May ada di rumah ini."

"May? Uncle Samuel?" Soal Evelyn Menti. Dia keliru dengan penjelasan tergantung Maximus Randell.

Maximus Randell pusing badan menghadap Evelyn Menti. Nada suara keliru Evelyn Menti jelas di pendengaran.

"Kelmarin... malam. Saya jumpa sampul surat May. Dihantar ke rumah. May jelaskan keadaan dia dan tempat dia tinggal."

"Oh! Uncle Samuel, sapa pulak?" Soal Evelyn Menti persis seorang detektif menyoal penjenayah. Tak mesra langsung. Katanya nak menolong tetapi jadi terlebih emosi pula.

"Aik! Tak akan you tak kenal?"

"You tak bagi tahu, macam mana I nak kenal?"

Berkerut dahi Maximus Randell mendengar jawapan Evelyn Menti.

"Tak kan... you tak kenal bapa May?"

"Mestilah I kenal! Ayah aku!"

Hahhh! Sudah seorang ke laut seorang lagi pula ke darat. Maximus Randell terkedu seketika... Memikirkan kemungkinan yang berkaitan dengan Uncle Samuel.

'Tak akan pula mereka ni tak tahu kewujudan orang tua itu.' Dia geleng-geleng kepala... 'Tak mungkin!' Sambung Maximus Randell. Berteka-teki dengan cerita di cerun bukit.

Evelyn Menti menunggu lagi penjelasan mengenai Uncle Samuel. Apa kaitan Uncle Samuel dengan keadaan Maximus Randell?

"So, siapa, Uncle Samuel?"

"Orang tua. I jumpa dia kat atas cerun. Berdekatan kubur lama...."

Agak terkejut Evelyn Menti mendengar cerita ringkas dari Maximus Randell.

"Kubur lama, orang tua?"

Giliran Maximus Randell pula terkejut dengan penerimaan Evelyn Menti. Seolah-olah dia tidak mengetahui kewujudan kubur lama itu. Kenapa pula?

"Never mind... drop the subject."

Evelyn Menti tidak berpuas hati. Mana boleh tutup cerita macam itu sahaja.

"Come on, Max... kubur apa? Orang tua, mana satu? Lama dah kami lalu lalang kawasan itu tak pernah pula kami jumpa kubur lama kat situ."

Kali ini naik seram pula Maximus Randell... ya la... Awal pagi tadi dia berbual dengan siapa? Hantu? Lantas Maximus Randell mengurut belakang tengkuk. Tertekan dengan cerita Evelyn Menti.

"Jangan-jangan kamu ini terserempak dengan hantu. Kata orang kawasan cerun tu ada penunggu. Sebab tu I pelik, you berani melalui kawasan itu awal pagi." Tutur Evelyn Menti bersahaja. Dia sendiri meremang bulu roma mendengar cerita pelik Maximus Randell.

Maximus Randell masih terpinga-pinga.

"Baik cuci kaki tu dulu. Takut benda jahat ikut. Budak-budak ada kat rumah. Jadi apa-apa menyusahkan pula." Leter Evelyn Menti. Soalan Maximus Randell mengenai  Madeline Sumang dibiarkan dahulu. Cerita seram ini lebih menarik perhatian.

"May, ada kan?" Rupa-rupanya Maximus Randell belum lupa mengenai tujuan utamanya datang ke sini. Biarpun berjumpa dengan hantu bukan bermakna dia harus kalah dengan cerita sedikit seram pada akalnya sekarang.

"Ada. Basah kaki dulu...." Pintu bilik air dibuka lebar oleh Evelyn Menti. Dia amat sensitif mengenai cerita menyeramkan. Lebih-lebih lagi Maximus Randell boleh tahu ada kubur lama dan sempat berbual dengan seorang lelaki tua.
Sebentar Evelyn Menti berfikir lebih mendalam. Bukankah Maximus Randell menyebut ayah Madeline Sumang. Apa maksud, Maximus Randell?

"Max, tadi... orang tua tu kata, dia ayah May, ke?"

Curahan air di kaki tersasar jauh dari tapak kaki yang ingin dijerus sebentar tadi. Maximus Randell simpan semula timba di atas mole air.

"Errr… tak apa. Maybe saya tersilap dengar. Ya la... dalam keadaan I sekarang. Runsing. Apa yang I buat pun tak sedar. Bagaimana I boleh drive dari kampung sampai ke sini pun I tak tahu. I turutkan kata hati... apa yang I tahu... I mesti jumpa, May."

Evelyn Menti mendengar dengan tenang penjelasan Maximus Randell. Dia tahu, dia telah membuat satu keputusan yang betul.

"May, ada kat atas. Tadi Leya bangun. Cari dia, agaknya. Nak minum kopi? I pun baru nak minum bila you ketuk pintu."

Tajam anak mata Maximus Randell merenung Evelyn Menti. Lain yang diminta. Lain pula yang dipelawa oleh Evelyn Menti. Dia hendak berjumpa Madeline Sumang. Bukan minta makan minum di dalam banglo indah ini.

"Nanti la... I nak jumpa May dulu." Lalu dia meluru naik ke tingkat atas. Biarlah dia dituduh kurang sopan dengan sikap tidak senonoh seperti itu.

Evelyn Menti tiada cara lain melainkan mengekori langkah larian laju Maximus Randell. Kurang manis, jika dia membenarkan Maximus Randell berdepan empat dengan Madeline Sumang di dalam bilik tidur Cattleya Orked dan Carl Blume.

"Hey! You!" Jerkah Madeline Sumang kepada Maximus Randell. Mana tidaknya suka hati menerjah masuk bilik tidur anak-anak. Tambahan pula Maximus Randell adalah lelaki asing. Tidak masuk dek akal!

"May... We need to talk!" Tegas Maximus Randell.

Tanggisan Cattleya Orked mula kedengaran semula. Agaknya terkejut mendengar suara kasar diantara Madeline Sumang dan Maximus Randell.

"Mummy!" Jerit Carl Blume berlari ke arah Madeline Sumang.

Maximus Randell tersedar dari kegilaannya. Bagaimana dia boleh lupa mengenai kewujudan dua insan kerdil yang berada di dalam bilik itu? Akhirnya dia luruh, jatuh terjelepok di atas lantai bilik anak-anak Madeline Sumang.

Menyesali setiap liku jalan pilihan masa lalu... sakitnya jauh menyelusuri setiap pembuluh darah sehingga tembus ke rongga paru-paru. Aduh! Sesak nafas Maximus Randell terpukul dengan tanggisan Cattleya Orked dan jeritan padu Carl Blume.

"Mummy, siapa Uncle ni?" Soal Carl Blume sambil menarik tangan Madeline Sumang

"Siihhh!" Jawab Madeline Sumang. Amat sukar baginya menerangkan keadaan mereka kepada si anak.

Evelyn Menti masuk ke dalam bilik mengambil Cattleya Orked dari atas katil lalu didukung.

"Saya ada kat bilik sebelah. Akak selesaikan perkara ini."

"Eve...." Sayu anak mata Madeline Sumang meminta pengertian dari Evelyn Menti. Ketika ini, bumi dirasakan berpusing jauh dari paksinya. Berputar-putar tanpa arah laluan yang betul.

Hakikatnya Madeline Sumang belum punya kekuatan untuk berhadapan dengan Maximus Randell. Benar, hampir dua tahun dahulu dia pernah kirimkan video mengenai perkembangan mereka anak beranak kepada Maximus Randell. Iaitu dengan niat supaya Maximus Randell dapat mengesan kewujudan anak-anak.

Pada ketika itu dia pasti bahawa dia sudah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Tetapi sekarang... Setelah hampir dua tahun berlalu Madeline Sumang agak gentar berhadapan dengan Maximus Randell. Mengapa begini pula jadinya?

Evelyn Menti menapak ke arah pintu bilik. Dia berhenti di tempat Maximus Randell jatuh terduduk.

"Max, settled mana yang patut. I harap kamu akan capai kata sepakat. Yang lepas tu... biarkan. Anyway... pastikan nafas cinta kamu menjadi milik kamu semula. Bagaimana you tidak boleh bernafas tanpa kakak seperti itu juga dengan kakak. Apapun... lihatlah anak-anak. Kalau dulu kamu menolak Kakak kerana arwah Mak. Kali ini, renunglah wajah-wajah ini. Mereka tidak bersalah... Sentiasa mengharapkan kehadiran ke dua ibu bapa."

Lelaki itu pula hanya mampu menekur lantai. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Seolah-olah Evelyn Menti bercakap dengan permukaan dinding sahaja.

"Uncle, why are you crying?" Tegur Carl Blume. Dia menunduk ke bawah. Wajah basah Maximus Randell dipandang pelik.

"Papa kata... orang lelaki tak boleh menanggis. Kalau menanggis... he is not a strong man." Sambung Carl Blume berceloteh bertinggung di tepi Maximus Randell.

Semakin dalam sedu sedan Maximus Randell bila mendengar pujukkan si comel itu. Tanpa membuang masa lalu paut Carl Blume ke dalam pelukkannya. Tiba-tiba rasa damai menjenggah tangkai hatinya.

"Son...." Sepatah perkataan pembunuh jiwa. Cukup mengetarkan perasaannya ketika itu. Kalah lagi Maximus Randell dengan perasaan sebagai seorang bapa. Dalam linangan airmata dia panggung kepala cuba meneliti wajah Cattleya Orked yang didukung oleh Evelyn Menti.

Madeline Sumang dan Evelyn Menti hanya mampu menahan diri dari meraung melihat seorang ayah memeluk anak lelakinya.

"Eve... Bagi Cattleya. I nak peluk dia." Pinta Maximus Randell. Mana mungkin dia dapat melupakan wajah comel anak perempuannya. Tambahan pula... nama Cattleya Orked begitu bermakna dalam setiap memori cintanya.

"Leya, nak tak kat Uncle tu?" Soal Evelyn Menti.

Cattleya Orked menggeleng.

"Leya tak nak, Max. Tunggulah... dia tak biasa lagi. Budak ni tak macam Carl, mesra alam...." Jelas Evelyn Menti. Selama ini, dia yang menjaga Cattleya Orked. Jadi, dia amat tahu mengenai tingkah laku Cattleya Orked.

Carl Blume masih melekat di ruang dada Maximus Randell. Tidak mengetahui satu apapun mengenai lelaki muda ini. Apa yang dia rasa iaitu dia berasa selesa berdekatan dengan Maximus Randell.

"Carl, ikut Mummy sekejap." Arah Madeline Sumang supaya Carl Blume meleraikan pelukkan Maximus Randell. Rimas matanya melihat pemandangan tersebut.

"Tak nak! Uncle perlukan Carl. Dia menanggis lagi." Bantah Carl Blume sambil jari kecilnya laju menyapu airmata Maximus Randell.

Tersentuh sungguh hati Maximus Randell dengan layanan polos si kecil ini. Lalu dia kuatkan semanggat. Ditatap sayu wajah bersih Carl Blume.

"Ikut cakap Mummy. Nanti... Da... Uncle jumpa kamu lagi." Putus Maximus Randell tidak meneruskan panggilan yang sepatutnya diungkapkan si anak kepadanya.

Pandangan mata tajam Madeline Sumang menghantar amaran supaya jangan bercakap yang tidak sepatutnya. Tetapi betulkah begitu? Lalu anak-anak... perlu disogok dengan cerita apa? Uncle Max? Uwekkkk... Nak muntah Max mendengar panggilan itu!

To be continue... Enjoy Reading...

No comments:

Post a Comment