Monday 3 November 2014

Hijrah Cinta, Bulan Bab 6

Lakaran dari perut sehingga ke tulang rusuk bahagian kiri mengambil masa empat jam untuk siap sepenuhnya. Semakin lama semakin sakit. Edward, aku paksa berhenti beberapa kali. Ada satu ketika, aku hampir mengambil keputusan untuk memberhentikan lakaran tersebut.

Torehan jarum di atas kulit, sakitnya tidak tertanggung! Perit kulit, darah pula mula mengalir keluar. Agung menolong Edward membersihkan darah pada bekas torehan jarum. Aku, mengelupur menahan diri daripada pengsan! Raungan aku, pada saat terakhir penyudahan kerja Edward, tidak dipedulikan oleh mereka. Tanggisan kesakitan aku, dipandang sepi!

Sumpah! Itulah kali terakhir aku menoreh badan! Paling hairan, luka di hati beransur hilang bersama kesakitan torehan tattoo! Mujarab ubat torehan tattoo...

"It's done! Beautifully done!"

Edward menutup mesin tattoo, aku terbaring lemah! Tiada tenaga, habis bateri mengerah otot menentang torehan jarum tattoo.

"Mbak, rehat dulu. Sambil rehat, saya balutkan bekas tattoo. Kalau tidak dibalut, takut dijangkiti kuman."

Aku angguk lemah. Tak larat berbual dengan Agung. Aku biarkan sahaja dia dengan tugas membalut bekas tattoo di badan.

"Agung, jangan lupa, bubuh antiseptic krim." Seru Edward.

Aku panggung kepala.

'Kuman? Antiseptic krim?' Dua sedang persoalan bermain di kepala aku.

"Agung, akan ada masalah ke, luka kerana tattoo?" Satu lagi, soalan bodoh! Naif sangat, tetapi ada hati hendak bertattoo! Sepatutnya, aku kena buat tutorial dahulu sebelum mentattoo badan.

Agung senyum sekilas. Tangannya sibuk membersihkan bekas darah di atas rusuk kiri aku.

"Auchh!" Aku mengadu. Sakit kerana tekanan jari Agung agak kuat.

"Sorry. Sakit lagi?"

"Ya, masih sakit." Tiada segan silu aku mengaku. Satu kaki panjang dan dua puluh empat sentimeter lebar ukiran tattoo, tak sakit?

" Jaga elok-elok bekas tattoo. Jangan bagi kena air terlalu lama. Sapukan krim dettol ini selalu. Ada panadol, boleh makan panadol. Paling penting elakkan jangkitan kuman." Tegas Agung mengingatkan aku.

"Teruk ke nanti?" Soalan senggal!

"Terpulang kepada tahap ketahanan, Mbak. Biasanya tiada masalah." Yakin Agung menjawab soalan aku.

Aku diamkan diri. Janganlah ada masalah besar. Baru aku, teringatkan Kak Zana... mesti kena sembur! Apa hendak buat, benda pun sudah terjadi. Terpaksa tadahkan telinga sahaja, kalau Kak Zana mengamuk.

Itu cerita, Kak Zana... belum lagi sampai ke mata Apai. Mak, boleh juga dirunding. Tetapi Apai, sukar!

Aku bangun. Di luar sana, sudah gelap. Terlalu fokus dengan tattoo, siang bertukar malam... aku tidak sedar! Bumi orang. Terlalu asing... Bagaimana caranya aku hendak balik ke hotel? Buntu!

"Pening lagi?" Tanya Agung.

"Tak." Aku bohong sikit. Pening atau tidak, aku harus balik ke hotel. Tak akan hendak bermalam di kedai mereka. Tak patut!

Aku buka dompet, empat keping duit lima puluh ringgit aku hulurkan kepada Agung.

"Saya tak sempat tukar matawang rupiah, ringgit boleh, kan?"

"Errr... boleh, Mbak. Tapi, kenapa dua ratus ringgit?"

"Oh, tak apa. Simpan baki." Aku ikut sikap pemurah Ellai. Apa salah, aku bagi lebih. Sedangkan kerja Edward sangat memuaskan.

"Mam, fivety ringgit only. That is our deal." Edward mencelah. Membantah pemberian aku.

"Your's is fivety ringgit. The rest is for him." Aku terpaksa putar bantahan Edward. Kalau tidak, jangan harap dia akan menerima lebihan duit tersebut.

"Smart move! Do you called a taxi to fetch you, here?"

Dah! Sudah, aku terkelu lidah. Apa harus aku buat?

"Taxi? No...."

"It's quite late. I don't think any taxi will pass by here. Further more, it's not save for you to take a taxi at this hour."

Tanpa berselindung, si mata biru memberikan pendapatnya. Aku, senyap. Mencari idea...

"Abang Agung, betul susah nak dapatkan taxi ke masa ni? Atau Abang ada phone nombor pemandu taxi?"

Agung menoleh kepada Edward.

"Bro, you hantar dia balik. I tutup kedai."

Aku tanya berkenaan teksi, Agung pula menyuruh Edward menghantar aku ke hotel. Serba tak kena...

"Okay, than. I'll send her." Putus Edward tanpa bertanya kepada tuan punya badan.

"Wait. Tak ada teksi ke, Bang?"

"Mbak, teksi tu ada. Tapi saya lebih percayakan Edward menghantar Mbak balik ke hotel. Seratus percent selamat."

Aku menoleh sekilas kepada Edward. Dia pula sedang tersenggih.

"Nak selamat, saya hantar pulang."
Aku masih berkira-kira. Antara mahu ataupun tidak mengikut rancangan mereka.

"I bagi masa satu saat untuk berfikir. Tak nak, saya tarik balik offer. You boleh tidur di sini. Atau you boleh tumpang orang yang you tak kenal."

Alamak! Aku tergamam. Edward sudah tahu mengertak aku.

"Okay. You hantar I balik."

Edward tersenyum lebar. Puas hati dengan keputusan aku. Aku berjalan dahulu. Di belakang aku, Edward melonjak girang. Gayanya... Seperti orang menang tiket loteri!

Di dalam teksi, aku layan Edward berbual mengenai kehidupan harian kami. Hidup menumpang sementara di tanah orang, biarlah menunduk. Jangan terlalu meninggi diri. Takut datang riak, membinasakan badan sendiri. Apa salah, aku layan Edward sebagai seorang kenalan baru di bumi Bali.

Penilaian pertama aku terhadap Edward, dia seorang lelaki yang matang dan pandai mengambil hati perempuan. Silap langkah, kali pertama jumpa dia, boleh jatuh cintan! Tetapi bukan aku, walau sakit hati ditinggalkan oleh Ellai, hati dan cinta aku tetap milik Ellai.

Sikap Edward, ada kalanya memeningkan aku. Pelik pun ada. Dia seolah-olah tahu serba sedikit mengenai aku. Aku ajukan soalan, dia pula menafikan. Siapakah Edward? Adakah dia mengenali aku? Bagaimana dia mengenali aku? Cukup pening!

Setengah jam kemudian, kami sampai di perkarangan lobi hotel. Aku buka pintu, ingin keluar secepat mungkin. Perasaan tidak selesa dari tadi, akhirnya lega bila sampai di destinasi aku.

"Bulan, take care and thank you for this lovely evening." Edward datang menghampiri aku di sebelah pintu penumpang.

Aku hadiahkan senyuman. Ikhlas! Dia telah menghantar aku pulang. Kesemua anggota badan masih lengkap. Udara segar masih boleh disedut.

"Thank you, Edward. I will remember you. This tattoo will bring my memory to you."

Dia senyum manis. Mata biru itu, lembut memandang aku. Sah, boleh cair kalau aku belum serahkan hati kepada Ellai. Mat Salleh ini, betul-betul mengugat kesetiaan aku.

"I am glad, I the one, ink it on your body. Always be my pleasure."

"So... I guess,  this is will be our last meet."

"If this will be our last, could be we will have an other one fine day that we going to meet again."

"That is true, Edward. Till than... bye for now." Aku kalihkan badan. Ingin meneruskan langkah. Baik cabut secepat mungkin. Sementara akal aku masih sedar dan waras.

"Take care, Lovely Bulan. Especially with peoples surrounding you. Be careful with what you thinking about, sometimes it's doesn't always happen with what we wish."

Aku pakukan langkah. Menoleh semula kepada Edward...

" Who are you, Edward?" Tegas aku menyoal dia.

Dia menggeleng.

"You tak akan tahu, siapa aku. Tapi aku tahu, sikit-sikit mengenai you." Jelas Edward.

"Please Edward, tell me."

"No, Bulan. Something are better in this way. Jumpa lagi. Take care!"

Aku kaku di tempat tadi. Berdiri kejung, mencari identiti Edward. Sementelah dia, masuk ke kereta meninggalkan aku di situ menyedut asap ekzos keretanya.

Edward pergi, meninggalkan seribu tanda tanya. Setelah kereta Edward menghilang dari pandangan mataku, barulah aku meneruskan langkah. Villa aku, hanya beberapa langkah dari lobi. Sakit di sebelah perut sebelah kiri, dirasai aku semula. Untuk mengurangkan kesakitan aku bongkokkan badan. Berjalan pun agak perlahan.

Kawasan hotel disimbahi lampu kuning keemasan. Menjadikan kawasan di sekitar suram. Aku beranikan diri melangkah panjang. Sasaran aku agar cepat sampai di Villa.

Perasaan takut mula menyelubungi, derapan kaki di belakang aku semakin hampir. Aku menoleh ke belakang. Dua orang lelaki sedang berjalan ke arah aku. Degupan jantung aku semakin laju. Tidak mampu aku kawal.

Aku abaikan rasa sakit pada bekas torehan tattoo. Berjalan lebih laju. Namun, derapan kaki di belakang pula semakin menghampiri aku. Meliar mata aku mencari pengawal hotel. Manalah tahu, mereka ada di sekitar kawasan hotel pada saat genting ini.

Tiada sebarang jiwa yang boleh membantu aku. Aku besarkan langkah, Villa hanya beberapa kaki di hadapan. Semakin aku menghampiri pintu Villa, derapan kaki mereka sudah terlalu hampir dengan aku.

Tanpa mempedulikan bekas tattoo, aku mula berlari ke arah pintu. Aku tidak rela mati di tanah orang. Tambahan lagi kalau mati dirogol. Minta simpang jauh-jauh dari malapetaka ini. Tidak sanggup!

Segugus kunci, aku keluarkan dari bag galas. Baru beberapa kali menggunakan anak kunci tersebut menyebabkan aku keliru. Satu persatu aku masukkan anak kunci, tetapi belum padan lagi. Aku menjadi tidak tentu arah, hilang fokus, tangan pula mengigil sambil menyucuk anak kunci ke lubang tembol pintu. Akhirnya... gugusan kunci tersebut jatuh!

'Gosh! Jatuh pula!'

Aku mengelabah, langkah kaki mereka sudah terlalu hampir. Pintu Villa masih belum terbuka. Malah gugusan kunci, jatuh!

Secepat mungkin, aku ambil gugusan kunci tersebut. Salah satu anak kunci aku sumbat masuk. Tembol pintu terbuka! Aku lega! Selamat masuk ke Villa.

Pantas, aku tutup pintu semula. Biarlah mereka di luar sana. Siapa mereka, tidak aku peduli! Peluh di atas dahi dingin aku lap kasar. Kelajuan degupan jantung mula menurun. Setelah pasti keadaan selamat, aku melangkah semula untuk menyegarkan badan.

Tiba-tiba ketukkan kuat kedengaran di muka pintu. Jantung mula berdegup kencang semula.

'Siapa pula, ni?' Gumam aku, ketakutan.

"Bulan, buka pintu!"

Hampir pitam, bila aku dengar salah seorang memanggil nama aku! Aku luaskan pendengaran. Memeta bunyi suara tersebut. Tak berapa pasti. Aku tidak yakin untuk membuka pintu.

"Bulan, buka pintu!"

Kali ini, suara lain pula. Sah, dua orang lelaki tadi. Kecut perut aku!

'Siapa mereka? Perlu ke, aku buka pintu?'

Aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

"Bulan, buka pintu!"

Serentak mereka bersuara memanggil nama aku. Mahu terkencing pun ada! Peluh sejuk mencurah semula.

"Siapa?" Aku beranikan diri untuk menyoal mereka.

"Buka pintu, Bulan!" Tegas suara salah seorang.

"Aku tak akan buka pintu, kenalkan diri kamu dulu." Jerit aku kuat.

"Abang, ini Abang, Bulan."

Aku senyap... seketika. Memutar ingatan. Tak ingat!

"Abang? Abang siapa?"

"Kamu ada berapa orang Abang, Bulan?"

Aku diam, berfikir semula... Terenjat seketika, tidak mungkin!

"Jangan kata, Abang Amsyar ada di luar?"

"Eh, Bulan... cepat buka pintu dah lengguh kami kat luar ni. Nyamuk banyak!"

Suara itu aku hafal sesanggat! Senggal! Aku senyum lebar...

"Nick!"

Laju aku buka pintu, perasaan takut lenyap. Diganti perasaan teruja! Rasa terbang di awan, tidak percaya dengan pandangan mataku.

"Abang Amsyar?"

Tegang Ikhram Amsyar memandang wajah sepupu yang di tunggu dari petang tadi. Kematu punggung, tergeliat urat menunggu Bulan. Menyusahkan, sungguh!

"Apa, Nick buat kat sini?" Tanya aku, setelah Abang Amsyar tidak mempedulikan soalan aku.

"Kau ingat, kenapa?" Soal Nick semula.

"Buat benda tak elok, boleh tanya lagi... kenapa kami boleh berada di sini? Mana jantan tak guna tu? Menyorok? Atau dia dah tinggalkan, Bulan?" Serbu Ikhram Amsyar. Perasaan marah menguasai dia, dari mula Nicklas Mundu menceritakan percutian Bulan ke Bali bersama Ellaijah Francis.

Aku tundukkan kepala, tidak mungkin aku berani melawan mata tajam Abang Amsyar. Satu-satunya Abang sepupu yang aku geruni dari dulu sampai sekarang.

"Kenapa tak jawab soalan, Abang?"

Terangkat kedua belah bahuku. Terkejut dijerkah Abang Amsyar.

"Ellai, tinggalkan Bulan. Esok lusa dia balik semula ke sini." Tutur aku satu persatu. Menipu pun menipulah. Janji selamat daripada dimarah Abang Amsyar.

Nicklas Mundu, duduk menyandar di sofa ruang tamu. Sama seperti Ikhram Amsyar, dia asyik merenung aku. Cuma pandangannya tidaklah segarang Ikhram Amsyar.

"Siapkan bag kamu, esok kita balik. Abang tak izinkan kamu tinggal bersama lelaki. Apatah lagi, dia bukan suami kamu!"

Naik suhu darah aku, tiba-tiba aku rasa terhina bila Abang Amsyar mengaibkan aku. Tambahan lagi, di depan Nicklas. Sahabat sekampung. Dari dulu sehingga sekarang!

"Urusan Bulan, Abang tiada hak untuk masuk campur!"

"Bulan...." Tegur Nicklas.

"Apa?" Bentak aku kepada Nicklas. Nak marah aku juga ke?

"Hormat orang tua dari kamu. Kami datang kerana risaukan keselamatan kamu."

Aku pandang pula Nicklas Mundu. Pelbagai soalan mula menerjah masuk CPUku.

"You pecahkan rahsia?"

"Terpaksa, Bulan. Saya risaukan kamu."

"Tak boleh harap!" Aku melenting pula kepada Nicklas Mundu. Aku harapkan dia boleh menyimpan rahsia. Lalu aku ceritakan kepada dia tentang percutian ini. Kalaulah aku tahu... mati hidup semula tidak akan aku ceritakan kepada dia.

"Bagus, dia bagi tahu Abang. Kalau dia bagi tahu Apai... bayangkan, apa Apai akan buat?"

"Huhhh!" Aku duduk di sebelah Nicklas Mundu. Binggung memikirkan kehadiran mereka di sini.

"Abang, tak kira. Esok kita balik. Malam ini, kami tidur di sini juga. Bulan boleh masuk ke dalam bilik kamu. Bersihkan diri. Kemas barang. Tidur awal."

Seumpama budak kecil Abang Amsyar mengarahkan aku mengikut rancangannya. Seolah-olah aku, tiada rancangan sendiri.

"Kalau saya tak nak balik lagi?"

"Kamu, jangan main-main. Tak nak ikut cakap Abang, Apai akan berada di sini." Ugut Ikhram Amsyar.

"Huhhh!" Bentak aku lagi.

"Atau kamu dah rancang nak kahwin dengan Ellai?" Ikhram Amsyar memulakan siasatan ke atas hubungan Ellai dan Bulan.

Aku angguk lemah. Itulah, yang dijanjikan oleh Ellai. Tak akan Ellai membohongi aku!

"Ellai, nak kahwin dengan kamu? Betul ke?"

Dari tadi, Nicklas Mundu mendiamkan diri. Membiarkan Ikhram Amsyar membedil Bulan. Soalan tidak berapa masuk akal yang diutarakan kepada Bulan.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Boleh percaya ke, janji orang seperti Ellai. Bukan kamu tak tahu,  girlfriend dia keliling pinggang. Pakai perempuan macam tukar kain baju." Nicklas Mundu meluahkan pendapatnya. Dia kenal sangat dengan lelaki bernama Ellaijah Francis anak kepada Tan Sri Francis Jimbun. Janji anak orang kaya, tak boleh pakai. Boleh letak ke tepi!

"Dah dia nak kahwin dengan aku. Aku terima sahajalah...."

"Okay... kita tengok. Jadi ke tak Ellai menunaikan janjinya. Tak jadi, Mak aku masuk meminang!" Cabar Nicklas Mundu. Selama ini, Bulan suka bermain tarik tali dengan dia. Hasrat hati, dia sudah sampaikan berulang kali. Namun tidak diendahkan oleh Bulan.

Buntang mataku mendengar cabaran berupa hasrat Nicklas Mundu. Aku menoleh sekejap ke arah Abang Amsyar. Dia jeling aku pula. Aduh! Serba tak kena! Dua lawan satu, memang kalah tanpa bertandinglah jawapannya.

"Tak ada, Ellai nak permainkan aku!"

"Jangan letak harapan terlalu tinggi, Bulan. Jodoh di tangan Tuhan. Dia yang menentukan pasangan setiap manusia di muka bumi ini." Tegur Ikhram Amsyar. Mual pula usus perutnya. Ngeri membayangkan bunga yang diidam selama ini menjadi milik Ellaijah Francis ataupun Nicklas Mundu.

Jika dibandingkan dia dengan mereka. Dia tahu, dia tiada harapan mahu pun sebesar butir pasir peluang untuk memiliki Bulan. Itulah janjinya kepada ibunya sendiri. Merangkap adik kepada Biak Linggie.

"Bulan, jangan diusik. Buang jauh niat hati, Amsyar. Apai kamu, tak akan setuju. Ibu tahu. Ibu bersyukur, dia sudah boleh menerima hijrah Ibu. Ibu tak nak, Apai kamu, memanjangkan kisah lama, Amsyar."

"Dia yang nak kahwin dengan aku. Aku tak minta."

Bantahan Bulan mengembalikan lamunan Ikhram Amsyar.

"Baguslah, kalau dia betul-betul nak kahwin dengan, Bulan. Sekurang-kurangnya... aib di sini boleh kita tutup." Ikhram Amsyar bangun dari tempat duduknya. Dia bukan hipokrit, boleh menipu perasaannya sendiri. Demi keluarga. Terpaksa dia relakan juga, makan hati menjeruk jantung!

"Tetapi selagi, kamu belum sah sebagai isteri Ellai, tanggungjawab Abang membawa Bulan keluar dari sini secepat mungkin. Jangan diikutkan sangat kata hati. Abang takut, kelak Bulan akan kecewa dan merana. Anak orang kaya... Apapun dia mampu lakukan."

Langkah kaki longlai Abang Amsyar, aku perhatikan. Masih tidak memahami kehadiran mereka di sini. Hanya semata-mata ingin membawa aku pulang atau menghalang percutian aku dan Ellai?

Sakit bekas tattoo menyenggit semula. Aku kerutkan kening menahan sakit.

"Ni, kenapa pula. Penat?"

Aku angguk. Mematahkan persoalan Nicklas Mundu.

"Penat, pergi tidur dulu."

"Tak apa ke?"

"Kami tahu hendak uruskan diri sendiri. Masuk rehat. Tidur. Muka tu, penat sangat."

"Masuk dulu, nak rehat. Good night."

"Bulan, saya betul maksudkan apa yang saya kata tadi. Sanggup tunggu Bulan, sampai bila-bila...."

Meremang bulu romaku, tutur kata Nicklas Mundu seolah-olah daripada sang pencinta sejati!



Hijrah Cinta, Bulan Bab 5

Tanpa banyak soal aku ikutkan sahaja kehendak Ellai. Aku kunci mulut walaupun timbul banyak persoalan menerjah masuk CPUku. Dari tempat duduk sebelah aku jeling Ellai... raut wajahnya agak cekang. Bukan masa yang sesuai bagiku bertanya soalan. Aku biarkan persoalan tersebut hilang bersama resah di hati.

Sampai di hotel, Ellai menerjah masuk biliknya. Mengambil apa yang patut. Seperti tunggul kayu, aku memerhatikannya menyumbat beberapa pasang pakaian masuk ke dalam bag galasnya.

Aku menikus bila Ellai tiba-tiba menendang meja solek di tepi katilnya. Terkejut! Pertama kali aku melihat Ellai naik tocang. Mengamuk seperti orang hilang akal. Begitu beratkah panggilan telefon tadi?

Dia lurutkan rambut. Kedua belah tangan memaut rapat kepalanya. Perlahan-lahan Ellai mengelongsorkan badan di belakang almari pakaian. Di atas lantai marmar, dia satukan kepala dan lutut, sambil kedua belah tangan memaut kaki.

Berat sangat mataku memandang duka ditanggung oleh Ellai. Sekuat mana, hati seorang perempuan mudah cair. Apatah lagi bila dijamu dengan kesedihan kekasih hati. Aku gagahkan diri, takut atau tidak terpaksa aku hampir Ellai. Duduk di sebelah pun sudah memadai. Tanpa suara, hanya bertemankan hempasan nafas Ellai. Sekejap kuat sekejap lemah...

Selang beberapa minit, aku beranikan diri. Aku paut bahunya... dia dongakkan kepala. Hatiku sayu! Ada butir jernih di pelupuk mata hazel itu. Aku lemas di dalam renungan bening mata Ellai. Simpatiku melebihi rasa kasih terhadap Ellai.

"Ellai, apa hal ni? Mungkin lebih mudah kalau you kongsi cerita dengan I." Aku cuba memujuk. Manalah tahu, aku boleh meringankan bebanan Ellai.

Ellai menggeleng lemah.

"Tak ada apa. Nothing to worried!"

"Mana boleh tak ada apa. Mesti ada something. Kalau tak you tak akan jadi macam ni." Sangkal aku. Lelaki, bila sampai menanggis menahan rasa hati. Mesti disebabkan sesuatu yang telah terjadi.

Dia bangun. Pelupuk matanya dilap sampai kering. Bag galas diangkatnya. Mata kami bertembung. Masing-masing bersama persoalan yang tersendiri.

"You nak ke mana?" Akhirnya keluar juga soalan itu dari mulut aku. Dia yang merancang percutian ini. Tak akan, aku ditinggalkan sendiri di bumi Bali. Buat apa?

Dia hempas nafas kuat!

"Love, I have to leave this hotel. Beberapa hari sahaja. I promise, I akan datang semula. You tinggal di sini. I tanggung segala keperluan you."

"No! You tak boleh buat I macam ni!" Bentak aku.

"I have to go, Bulan. I akan datang. Cari you di sini. I janji!" Ellai lepaskan semula bag galas di tangannya. Dia hampir aku. Rakus. Dia paut aku ke dalam pelukkan. Kejap, kuat dan hangat! Bukan pelukkan nafsu. Tapi aku tahu, ia adalah pelukkan penuh kasih!

Aku pandang Ellai bersama rasa suam di pelupuk mataku. Perpisahan tak dijangka ini, melumpuhkan sistem badanku.

"I'll be very lonely, tanpa you temankan I di sini. Apa I nak buat nanti?" Seperti anak-anak kecil aku menyoal soalan bodoh kepada Ellai.

Halus jari jemarinya menyapu sisa airmataku. Aku pejamkan mata bila bibir lembutnya menyentuh pelupuk mataku. Lama... cukup menghantarkan maksud cinta yang sangat dalam.

"Just do whatever you want to do. Enjoy your stay. Ambik card ni. You boleh guna untuk shopping." Aku terkesima bila Citybank Platinum Master Card berada di atas tapak tangan. Jelas tertera nama aku di atas kad tersebut.

Aku dongakkan kepala semula. Redup mata hazel memandangku.
"Ambik lah... I buat untuk you sebelum you datang ke sini. A surprise gift dari I."

Aku terkedu sekali lagi...

"I appreciate your afford. Tapi I tak perlukan benda ni. Cinta I bukan kerana duit you, Ellai. Jangan sekali-kali you ingat duit you boleh beli cinta I."

"No, Love. I tak maksud macam tu!  I prepare for you, just in case, emergency. Macam hari ini." Bantah Ellai pula. Tujuannya bukanlah untuk membeli harga cinta Bulan. Tak pernah terlintas di hatinya pun!

"I tetap tolak. Tak nak!" Aku bagi letakkan semula kad tersebut di telapak tangan Ellai.

Ellai mengacip gigi. Geram kerana aku menolak niatnya.

"You jaga diri. I pergi dulu. Kad ni I letak kat sini. Gunakan bila you rasa perlu."

Belum sempat aku bertindak, Ellai sudah melajukan langkah. Meninggalkan aku di sini, di tanah asing, di bumi Bali!

Aku buntu, apa harus aku buat? Balik atau teruskan percutian, tunggu Ellai datang semula? Kalaulah, kalaulah Ellai datang semula... kalau tidak bagaimana?

Sakit hati! Geram! Marah! Bercampur aduk! Seperti sampah aku ditinggalkan terkapai-kapai di tempat orang. Semuanya perasaan negatif itu bersarang di hati. Aku lemparkan badan di atas tilam empuk. Berat kepala memikirkan nasib di tempat orang.

Lantas aku bingkas bangun! Bag galas kecil aku ambik bersama dengan kad platinum peninggalan Ellai tadi..

'Rasakan! Aku betul-betul gasak kad ini, baru you tau.'

Geram punya pasal apapun boleh jadi. Tak kira, aku sanggup buat apa sahaja. Janji hati aku puas!

Di luar lobi, aku panggil teksi. Pantai Kuta menjadi pilihan aku lagi. Deretan kedai tattoo, masih terkurung di dalam tempurung kepala aku. Tabiat lama... untuk menghilangkan sakit yang menyucuk hati, aku kena lepaskan pada sesuatu. Apa sahaja, janji hati aku puas dan kerja yang aku buat adalah masuk akal! Pada perkiraan aku, ketika ini!

Aku arahkan pemandu teksi berhenti di kedai tattoo yang menarik perhatian aku. Gagah aku melangkah ke kedai tersebut. Tiada pelangan. Tuan punya kedai pun tiada. Aku mengambil peluang, mengintai corak tattoo yang dilekatkan di permukaan dinding.

'Banyaknya design. Dah tu, cantik-cantik pulak! Nak pilih yang mana satu ni?' Aku bersunggut sendirian. Macam ada orang di tepi. Boleh bawa berbincang. Memilih salah satu corak tattoo yang sesuai untuk dicorakkan di badan.

"Hurmm! Hai."

Aku kalihkan muka ke sebelah kanan. Si mata biru sedang ralit memandang aku.

"Have you choose your favourite design, Mam?"

'Alamak, silap kedai ke? Kedai Mat salleh ke?' Bisik akalku.

"Mam...."

Lelaki bermata biru menegur aku semula. Mengembalikan aku ke dunia nyata.

"Your shop?" Tanya aku. Soalan bodoh lagi!

Dia angguk.

"Yes, Mam. Would you like to have an ink?"

Aku kerutkan kening!

"Ink?" Soalan bodoh lagi!

"Yes, ink... A tattoo...."

Aku mengangkat kedua belah bahu. Kehilangan ayat yang sesuai untuk mengambarkan kehendak hati.

"Well, Mam... I have some design. A special one, for you will be very beautiful."

Aku kerutkan kening semula. Tawaran si mata biru, menarik minatku!

"Let me see, than...."

"Come have a sit, Mam."

Segan pula, dari tadi si mata biru... ber'mam' dengan aku.

"Bulan. I am Bulan!"

Dia tersenyum mesra. Senang hati!

"Oh, Bulan. I am a star than...."

Aku kecilkan kedua belah mataku. Lain benar maksud ayat si bermata biru.

"My name is Bulan. Please call me Bulan."

Dia sungging senyum lagi. Lebih manis sesudu dari tadi.

'Mampuslah aku....'

"If you are Bulan, I would like to become your star...."

Aku bungkam! Lidah Mat Salleh tak bertulang. Banyak kuah dari isi. Terlebih lemak dari santan!

"Ehemm...." Aku kosongkan saluran kerongkong yang tersekat.

"You know the meaning of my name?" Adoiii! Kenapalah aku asyik tanya soalan bodoh.

"A beautiful lady, hundred percent perfect as pretty as a moon."

Si bermata biru, betul-betul terlebih mentega, margerin, planta... Ayat yang dia digunakan terlebih berkrim!

"Oh! That is great." Aku berbasa basi. Menutup kegugupan diri.

Dia hanya tersenyum dan tersenyum dari awal perbualan kami.

"This is lovely!"

Aku terkedu semula.

'Tak akan la, dia tahu nama penuh aku.'

"I back your pardon."

"This is lovely design, Mam. I drew it last night. Could be it's design just for you."

Dia panggil aku 'Mam' lagi. Gula-gula aku pula! Tapi sungguh, rekaan lukisan tattoo tersebut menarik minatku. Sesuai dengan jiwaku. Simple and beautiful!

"I also like this design, Mam. It's suit you best!"

Tiba-tiba seorang lelaki menyampuk. Dari bentuk muka dan figura badan, dia nampak seperti lelaki tempatan.

"Abang, tuan kedai?" Cepat aku menukar bahasa perbualan kami.

Lelaki itu, terpinga-pinga.

"Boleh cakap Melayu?"

"Saya orang Malaysia, Bang."

"Ingatkan tourist Jepang atau Korea." Dia tersenggih.

"Bukan, Bang. Seratus peratus Malaysia dari Pulau Borneo."

"Patutlah... orang Kalimantan rupanya."

Aku angguk sambil tersenyum. Si bermata biru pun tersenyum sekali.

"Saya, Edward... Miss Bulan."

Aku terkedu lagi. Tahu pula si bermata biru bercakap Melayu. Abang yang seorang itu tumpang gelak.

"Dia Edward. Panggil saya, Agung."

Aku pandang mereka satu per satu. Masih binggung. Kejutan di bumi orang. Bermacam ragam dan coraknya.

"Kedai tattoo ini, milik dia. Saya tolong jaga. Masa cuti, dia tolong saya menguruskan kedai."

"Oh, begitu rupanya. Boleh pula orang luar beli property di bumi Bali?"

"Boleh. International lot."

Aku angguk sahaja. Kurang faham pasal hak milik tanah. Tetapi tetap gatal ingin bertanya. Buat pandai!

"So... would you like to have this?" Edward mengalih perbualan kami kepada tajuk asal. Tattoo!

Aku tarik nafas dalam-dalam. Sakit hati, telah hilang sejemput. Edward dan Agung sedang menghiburkan aku.

Tajam mataku memandang lukisan indah tersebut. Sekali terlekat di atas badan. Seumur hidup akan berada di situ. Aku hirup udara segar pantai Kuta. Keputusan muktamad akan aku buat sebentar lagi. Sekali seumur hidup... Kenapa tidak?

"Let's do it!"

Agung dan Edward menyungging senyum. Sebentar lagi salah seorang akan melakarkan ukiran itu di atas badan aku.

"Nak buat di mana?" Tanya Agung.
Aku selak baju singlet tinggi dari pusat. Jelas kelihatan kulit putih merah, masih suci dari tattoo.

"Dari sini ke sini, boleh?"

Edward dan Agung berpandangan sesama sendiri mendengar permintaan aku.

"Boleh, Mam. But it's will be quite painful. Do can take that pain?" Tanya Edward memerlukan pengesahan dari aku.

Aku diam seketika. Ketap mulut.

"I take those pain. Ink it!"

Edward kedipkan mata. Tersenyum lebar. Biasalah, lelaki bermata biru sukakan sesuatu yang adventures! Aku termasuk dalam golongan tersebut kut!

"I like your positive attitude!"

'Positiflah sangat, Edward... dalam hati ini, sedang dilanda tsunami.' Gumam aku sendiri.

"Abang Agung, berapa pula harga design ni?" Ditattoo badan, harga belum dirunding. Tak cukup duit nak bayar... Haru biru pula nanti!

Agung menoleh kepada Edward. Mungkin dia perlukan pendapat Edward. Aku tunggu jawapan mereka. Tak kisah sangat! Platinum kad kan ada... hehehe!

"Pay me, my ink price only. Workmanship I'll do for free..." Edward menjawab bagi Agung.

Aku bungkam.

"Abang Agung, boleh buat macam tu? Tak akan dia tak ambik upah?"

"Dia dah bagi... buat sahaja. Bukan selalu dia bermurah hati macam hari ini."

Lain yang aku inginkan. Lain pula jawapan Agung.

"How much than?" Aku mengalah juga. Malas hendak memanjangkan perbincangan yang tidak akan membawa perubahan.

"How much you can pay me?"

Edward suka main tarik tali dengan aku. Dari tadi dia suka mendera perasaan yang sebenarnya sedang didera.

"Lima puluh ringgit, boleh?"

'Ambik kau, tawaran tak logik langsung!'

"Fivety ringgit than...."

Terpempam semula. Edward bersetuju dengan tawaran aku! Merepek! Murah gila!

Proses mentattoo badan bermula. Edward menyediakan pelbagai jenis jarum. Jarum 'line' hanya satu batang dipacakkan di mesin. Bila Edward memulakan sentuhan jarum di atas kulit. Aku pejamkan mata. Menahan kesakitan yang aku tempah sendiri.

'Gila, kau ni Bulan....' Kata hatiku.

"Sakit? Boleh tahan?" Tanya Edward.

Oh, sudah semestinya sakit! Aku diamkan mulut. Otakku sedang menahan serangan jarum tersebut.

"Bila jarum dah mula meniti kulit. I tak boleh berhenti. Kalau I berhenti, you akan merasakan lagi sakit." Jelas Edward untuk meredakan kesakitanku.

Sesekali dia menjeling aku menyeringgai menahan tusukkan jarum 'line'. Bila rangka sudah siap, Edward tukar jarum tattoo kepada jarum 'shading' pula. Berhati-hati Edward mula mewarnakan bahagian dalam ukiran tattoo.

Rasanya kurang sakit sedikit dari semasa 'lining' tadi. Walaupun jarum 'shading' dia gunakan enam batang jarum dipacak sekali pada mesin tattoo. Cakap dan pantas dia melakarkan 'shading' di dalam ukiran tattoo.

"Dah lama buat kerja ni, ke?" Aku cuba mengalihkan kesakitan dengan memulakan perbualan dengan Edward. Otak bila kita alihkan sedikit, boleh juga mengurangkan tekanan pada kulit mulusku.

"Fifteen years...."

"No wonder you are very professional with this ink job." Aku pinjam kosa kata Edward tadi.

"No, I am not!" Edward merendah diri.

"Yes, you are. Cepat, cekap!" Puji aku. Betul! Edward sangat cermat dan cekap mengukir tattoo di badan aku.

Dalam masa satu jam, tattoo separuh siap!

"I kena cepat, supaya you kurang sakit."

"Oh. Tapi macam tak patut I bagi you lima puluh ringgit untuk kerja you." Aku tak puas hati, Edward sanggup dibayar murah oleh aku.

"For you only, Lovely Bulan."

Aku pandang dia... beberapa saat! Hairan, pelik!

"You kenal I, ke, Edward?"

Edward tarik mesin dari kulit perut aku. Dia pandang aku, beberapa saat juga.

"No... Any reason, why you thought that I knew you?"

Aku termalu. Pandai-pandai mengagak bahawa Edward mengenali aku. Perasan!

"You know my name...."

"Bulan?"

"Tak... Lovely Bulan." Jawab aku naif!

"Woww! Good chemistry than...." Edward tergelak.

"You are truly Lovely Bulan...." Sambung Edward.

Aku mula pening. Kurang faham, kurang cerdik! Tidak mahu mengandaikan ayat Edward. Takut tersalah sangka.

"Meaning?"

Dia mengeleng. Tersenyum indah. Petang yang menarik dan menghiburkan bagi aku. Ditinggalkan dan ditemani oleh orang yang berlainan. What a wonderful day!

"Meaning you are pretty young lady, sweet and lovely. Lovely Bulan suit you well!"

Darah segan menyimbah mukaku. Segan teramat bila Edward tidak berlapik memuji aku. Tapi betulkah, aku cantik!  Perasan lagi kut!

"Oh, I tak cantik. Macam orang lain juga."

"Sayang sekali, you sudah berpunya!"

Aku tersentap! Pelik benar ayat Edward. Adakah dia tahu siapa aku?

"Tak faham?"

"Mana your boyfriend or your husband?"

"Mana ada." Aku menyangkal. Tak sanggup aku hendak berkongsi kisah hidup dengan mamat kulit putih yang baru aku kenal dalam beberapa jam.

"Mesti ada... or dia tinggalkan you. And you are end up at my place. Ink your body." Provok Edward.

Aku mula hangat punggung! Si mata biru, terlebih info pasal aku. Siapakah mamat ini?

"Who are you, Edward?" Aku tak puas hati. Selagi dia tidak menjelaskan keadaan yang sebenar aku tidak akan berganjak. Aku perlukan jawapan!

Tanpa mengendahkan soalan aku. Butang 'ON' pada mesin tattoo di tekan Edward semula.

"Lay down... We need to continue our job."

Aku ikutkan sahaja arahannya. Tattoo separuh siap! Tak apa akan aku korek juga jawapan bagi setiap persoalan aku. Pening! Ellai dengan kerenahnya! Edward pula seolah-olah menyembunyikan rahsia.

Sunday 2 November 2014

Hijrah Cinta, Bulan Bab 4

Memandang keindahan samudera serta menyaksikan matahari terbit dari ufuk timur, membuatkan aku terfikir betapa hebatnya ciptaan Tuhan ke atas Bumi Bali. Tiupan angin sejuk menambah lagi rasa dingin di atas kulitku. Ajaib sungguh bumi Bali, di luar cerah dengan pancaran matahari tetapi tak terasa bahang panasnya. Jarang kita lalui saat seperti ini di bumi Malaysia. Hajat di hati, aku ingin mengajak Ellai meneroka bumi penuh mistik ini sebentar lagi.

Aku tegakkan posisi badan. Lautan tanpa tebing terdampar luas di hadapanku. Hanyut seketika bersama hamparan warna biru tua menghiasi laut Bali. 

Satu kucupan nipis hinggap di pipiku. Aku alihkan mukaku. Laju jemariku mengelap bekas ciuman curi Ellai.

"Hi Morning!" Aku menyapa Ellai bersama segaris senyuman.

Ellai berdiri disampingku sambil mengusap lembut kepalaku.

"Awal bangun!"

"Ah hahh...teringin menikmati cahaya pagi matahari. Cantik sangat! Thanks!"

"Why thanks? For What?" Tangan kanan Ellai memegang erat bahuku.

"For bringing me here, spend our times together." Aku capai tangan kiri Ellai lalu aku tepuk perlahan-lahan. Ikhlas aku amat menghargai 'surprise' dari Ellai.

Ellai melebarkan senyuman, tanganku juga ditepuk lembut...

"Not a big deal, I am happy as long you are happy My Love."

"Sooo... Any where you plan to go for today?"

Bersinar-sinar mataku. Seolah-olah ada tenaga telepati yang boleh menghubungkan fikiran aku dan Ellai. Gerak keinginan aku, begitu mudah dibacanya.

"How about, you bring me to Kuta and Legian again, I ingat nak beli ole ole untuk dibawa balik."

"Yeah! Why not..Boleh singgah dekat pantai Kuta on the way kita balik nanti. Lagipun I tau you nak ke situ."

Aku terkesima. Betulkah?

"Macam mana you boleh tahu?"

Ellai tersenyum lebar....

"Six sense."

Aku meleraikan genggaman tangan Ellai...

"I'll take my shower first. We'll go for breakfast after this...." 

Sepantas mungkin aku berlari ke arah bilik mandi. Berdentum bunyi daun pintu aku hempas dari dalam bilik mandi. Malas aku hendak melayan kerenah entah apa-apa, Ellai.

'Six sense, konon....' Gumam aku.

Ellai tidak sempat menahan... Mengaru batang hidungnya. Kedudukkan pula seinci dari jarak pintu.

"Heiii... Please open the door! I would like to join you!" Bartalu talu daun pintu di ketuk, tapak tangan mula memerah. Langsung tidak dihiraukan. Semakin bising bunyi ketukkan di pintu.

Satu hari kelmarin gagal, malam tadi pun gagal. Bulan belum dimilikki secara total. Jarang dia pulang tanpa bekalan yang sepatutnya. Dah tu, banyak pula dia sudah melabur!

"Sorry Ellai... I mandi dulu! You tunggu sekejap." Aku menjerit melawan bunyi ketukkan Ellai. Boleh pekak gegendang telinga mendengar bunyi ketukkan tersebut.

"Ellai, stop it! Sakit telinga I."

Tak ada makna arahan aku. Malah semakin menjadi Ellai mengetuk pintu.

"I don't care! Open this door!"

Kali ini, kaki Ellai pula berkerjasama bergabung membuatkan bunyi semakin membinggit telinga.

"Gila!" Teriak aku dari dalam. Paip air aku tutup. Badan mandi tanpa sabun aku lap dengan kain tuala. Marah punya pasal! Aku tak kisah sama ada betul-betul bersih ataupun tidak.

"Nah! You nak mandi... you mandilah. I dah siap!"

Ellai terpinga-pinga memandang aku menonong keluar dari dalam bilik air. Padan muka! Dia ingat aku lembab sangat. Cinta tetap cinta tetapi akal aku tetap ada.

"Love, you dah siap?"

"Pakai jean dan singlet. Siap!" Aku atur kaki. Deras derap tapak kakiku keluar dari bilik.

"Jangan lama... lima minit. Tak siap I pergi dulu." Sesekali aku suka melihat mulut melopong Ellaijah Francis.

###

Setelah menjamu mata dan membeli beberapa pasang baju untuk dijadikan buah tangan bila balik nanti kami meluangkan masa berjalan di sekitar pantai Kuta. Menikmati panorama pelancong meluncur di permukaan air. Ombak ganas menjulang tinggi diredah tanpa sekelumit perasaan takut.

Sukar bagi aku untuk mengecam yang mana satu pelancong kulit putih atau kulit hitam. Pandangan kasarku mengagak bahawa kebanyakkan mereka adalah pelancong kulit hitam. Tidak mungkin bumi Bali tidak dijejaki oleh pelancong dari Benua Australia. Aku menconggak, bukankah kebanyakkan rakyat Australia berkulit putih? Aku pun berdiri di sebelah perkampungan Aussie!

Tidak puas mengenai jangkaan, aku tebarkan semula pandangan mata. Mencari identiti pelancong kulit putih. Tetap musykil. Yang ada cuma pelancong berkulit gelap!

"Apa hal?" Ellai bertanya.

Aku geleng kepala. Masih ingin menyembunyikan sesuatu yang menghantui aku dari tadi.

"Keliru? Tak tau mana satu kulit hitam atau putih?" Tanya Ellai lagi.

Aku menoleh. Hairan! Telepati lagi ke?

"You... tengok perhatikan lelaki bersama papan luncur. Dia sedang berjalan ke arah kita." Ellai pandang aku.

"Google dia dah di buka. Bagi tau I apa yang you nampak...."

Aku menjadi mak turut. Menurut sahaja usulan Ellai. Tak berkelip-kelip aku pandang lelaki gagah perkasa melintasi kedudukkan kami. Kulitnya hitam pekat... Tetapi sangat menakjubkan lingkaran matanya berkulit cerah!

"Tau dah?"

Aku angguk.

"Dah! Tutup mata tu!" Intonasi suara Ellai sedikit tinggi.

Aku buat tak faham isyarat suara Ellai. Semakin galak aku skodeng lelaki berbadan berketul-ketul yang berkeliaran mengusung papan luncur di situ. Free showed! Kalau tak tengok memang rugi!

"Rupanya mereka kulit putih."

"That is why... This is called Aussie village."

Aku angguk lagi. Faham! Mengenai satu lagi kepekaan hidup di bumi Bali. Mengenali lebih mendalam hal-hal duniawi.

Lenguh punggung, aku atur semula tempat duduk. Para peniaga perempuan di sekitar Pantai Kuta berulang kali menyapa aku untuk membeli barang mereka. Ada segolongan menawarkan khidmat 'menicure pedicure' di situ juga.

Paling menarik, khidmat mendandan rambut dreadlocks! Aku pandang Ellai. Dia angguk kepala.

"Berapa Mbak?" Aku mula menyoal si kakak dreadlocks.

"Lima puluh ribu, Mbak."

Aku angguk lagi. Dia memulakan tugasnya. Sekejap sahaja rambut panjang aku sudah didandan kemas.

"Cantik! Macam tourist Jepang."

Aku tersenyum mendengar kata ikhlasnya.

"Terima kasih, Mbak."

Ellai hulurkan kepinggan seratus ribu kepada wanita pertengahan umur itu.

"Simpan baki."

Inilah sikap Ellai yang membuatkan aku tertarik dari dahulu. Sikap pemurahnya!

"Terima kasih, Bang!" Wanita itu berlalu sambil menekup kedua belah tapak tangannya di bahagian dada. Berterima kasih terhadap ehsan pelancong bumi Bali.

"Cantik tak?" Aku libaskan rambut yang telah didandan di hadapan Ellai.

Ellai melarikan wajahnya... Ekor rambut aku hampir menyentuh mukanya.

"Cantik! Tak kira apa yang you pakai. You tetap cantik."

"Ya ka?" Aku uji pujian Ellai.

"La... memang betul you, cantik. Dah namanya pun Bulan." Tegas Ellai.

Aku kulum senyum. Simpan kemas dalam hati.

"Jom." Aku bangun. Tepuk-tepuk punggung. Menanggalkan pasir melekat di seluar. 

Ellai mendonggak... Pelik. Penuh tanda tanya.

"Where up to?"

Banyak kedai tattoo di sekitar Pantai Kuta. Aku tertarik untuk melakar sesuatu dijadikan kenangan bersama Ellai.

"Ellai... sakit tak masa kita buat tattoo?"

Ellai terkejut bila mendengar soalan aku.

"Why My Love?"

Aku mengelabah bila Ellai merenung dalam anak mataku.

"Nothing, cuma curious, sakit ke tak?" Aku duduk semula. Rundingan perlu diutarakan kepada Ellai. Aku bukan pandai untuk menyembunyikan niatku dari terperangkap oleh ilmu telepatif Ellai.

"Ohhh... Of course sakit my Dear, bayangkan without pain killer, beberapa batang jarum dilarikan di atas kulit kita, tambah lagi kalau kena isi yang tak banyak muscle, lagi sakit." Panjang lebar Ellai menerangkan pengalaman mentattoo badannya.

"Kalau sakit, than why you buat juga?" Aku panggung kepala untuk melihat anak mata Ellai.

"Perasaan lelaki kut... lebih macho, saja uji diri sendiri setakat mana boleh stand the pain." Tersenyum lembut Ellai menatap wajahku. Dikuis sedikit hujung hidungku. 

Aku telan liur payau...

'Nak buat ke tak?' Bisik hati mematah semanggat yang berkobar-kobar dari tadi.

"Why... you want to make one?" Dikedipkan mata sebelahnya dengan menayangkan senyuman simpul. 

'Arghh sudah! Ellai tau dah apa yang aku inginkan'

"Huhhh kan sakit tu, buat apa aku nak buat." Aku masih cuba mahu menyorokkan niat, kononnya biar menjadi surprise. 

"But in the case you nak buat juga. It's okay you boleh buat. Cantik apa?" Ellai sudah mengopak senyuman lebar.

'Ada hati nak buat, tapi tak mahu mengaku.' Ejek Ellai tanpa suara.

Ellai melabuhkan bibir lembutnya di atas ubun-ubunku.

"I know, what you thinking of, My Love."

Aku ketam sedikit lengan Ellai, bila dia boleh menebak niatku lagi...

"Hissshhh mana ada. Kan sakit tu."

"Yeah... I know who are you, My Love. Kalau setakat jarum sebesar tu, I don't think you takut sakit."

Alahaiii! Ini yang malas Ellai boleh membaca gerak bahasa badan aku.

"Tutt tutt tutt" Bunyi handphone Ellai meminta disambungkan. 

Ellai seluk saku seluar, diperhatikan sekejap...

"Excuse me for a while. I need to answer this call."

Mataku ikut gerakkan Ellai. Dia menapak jauh sedikit dari kedudukanku. Mungkin Ellai perlukan privasi!

Ellai melangkah lemah ke arahku tangan kiri dilarikan dicelah rambutnya. Dia duduk semula di sebelah kanan. Diam mematung,  perlahan Ellai angkat lembut tangan kiriku dibawa ke ribanya, ditepuk perlahan-lahan.

"We have to go back to our hotel now. Come let's go." Ellai bangun sambil menarik lembut tanganku untuk meneruskan langkah ke arah Toyota Prado.