Sunday 8 February 2015

Nafas Cinta Bab 3

Suasana pilu menyelubungi rumah pusaka mewah di atas Bukit Remaung Negong. Seorang dua saudara dari jauh dan dekat mula beransur pulang. Esakkan tanggis mengiringi pemergian pemergian Mak semakin perlahan. Kebanyakan mereka sudah habis suara, perit rengkung kerana menanggis sepanjang hari. Adatnya memang begitu… yang pergi selama-lamanya harus diratap permergiannya. Kalau tidak… orang lain akan mengata, membuat onar serta membawa mulut. Bercerita benda yang telinga orang tidak mahu dengar. Begitulah hidup bermasyarakat yang masih berpegang teguh dengan adat.

Maximus Randell terus keluar dari kereta tanpa menunggu George memunggah barang. Hasratnya satu sahaja, melihat tubuh kaku Mak untuk kali terakhir. Ingin dirangkul jasad sejuk Mak sebagai penyejuk hati laranya.

Tetapi lain pula jadinya, Maximus terkaku di tengah ruang tamu. Dia pegun menatap wajah pucat Mak. Takutkah dia menghadap jenazah Mak? Walhal terlalu banyak jenazah yang telah dilihatnya. Kenapa bila berhadapan dengan jasad kaku Mak, Maximus hilang keyakinan diri untuk memegang Mak?

Begitu banyak jasa Mak yang telah diberikan kepadanya. Mak besarkan dia. Mak berikan kasih sayang. Mak sogokkan duit dan ilmu. Mak adalah dunia bagi Maximus Randell. Tiada Mak, tiadalah dia.

Ciuman Mak, rangkulan Mak, suara Mak tidak menyambut kedatangannya kali ini. Yang ada hanya jasad kaku di tengah ruang tamu. Gema raungan seorang perempuan tua menanggisi Mak sambil menyebut nama Maximus, membawa Maximus ke dunia nyata semula.

"Max, mari, nak... jumpa Mak sekejap. Dari tadi mata Mak tak mahu tertutup. Mungkin kamu boleh tolong tutupkan...." Panggil wanita separuh umur itu dalam sedu sedannya.

Perlahan Maximus melangkah ke arah jasad Mak. Dipegangnya telapak kaki Mak, sejuk seperti batang pisang. Tanpa basahan airmata, mulutnya mencecah kaki kaku Mak. Dia beralih pula pada tangan Mak, diciumnya juga tangan kasar Mak. Akhir sekali, Max belai wajah Mak sebelum menutup rapat mata Mak.

"Betullah, Mak kamu... tunggu kamu sampai. Tengok matanya sudah tertutup sempurna." Jelas wanita separuh umur itu lagi.

Maximus duduk disamping Mak buat seketika. Melihat sepuasnya wajah ibu yang mengandungkannya selama sembilan bulan. Menentang maut semasa melahirkan. Berkerat tulang membesarkan dia dan Lisa setelah Ayah meninggalkan mereka.

Tepukan lembut di bahu menyedarkan Maximus Randell.

"Ada apa, George?"

"Kerja penting tak siap lagi."

"Kerja?"

"Korek lubang, Mak."

"Micheal dan Libau, tak habis buat lagi ke?" Soal Maximus, hairan. Sudah ada orang yang buat, tak akan tak siap lagi?

"Nak kena tengok setakat mana mereka dah buat." Jelas George Ralph. Dia tahu Maximus sedih dengan pemergian Mak. Tetapi... baginya, kesedihan tidak boleh diikutkan sangat pada masa ini. Ada kerja yang lebih penting dan harus didahulukan sebelum matahari tenggelam.

Lemah Maximus bangun mengikuti langkah George.

"Makan dulu, Max." Sapa Lisa dari arah dapur.

Maximus berhenti melangkah lalu menoleh ke arah Lisa.

"Hahh! Kakak?"

"Makan dulu, tadi George bagi tahu kamu tak makan lagi."

George pun menghala langkah ke arah Lisa.

"Kita makan sikit dulu, Max. Buat alas perut. Kalau lapar nanti tak ada tenaga pula nak cangkul tanah."

Sekali lagi Maximus mengikut langkah George. Cuma kali ini mereka menghala ke arah dapur bagi melapik perut kosong sedari pagi tadi.

"Mana orang lain, Kak? Kosong sahaja rumah ini. Tadi pun ada juga yang dah pulang. Tak sempat pula saya nak bertemu dengan mereka."

Lisa tersenyum hambar mendengar soalan Maximus. Manakala George berpura-pura tidak mendengar.

"Waktu hari kerja macam ni, orang lebih pentingkan kerja. Yang jauh dia datang sekejap. Sekadar jengguk muka. Yang dekat pula, mungkin balik ke rumah mereka sekejap, ada masa mereka datang semula malam nanti." Jelas Lisa cuba mengaburi mata Maximus.

"Pelik. Biasanya orang mati mesti ramai orang yang datang. Tak akan Mak tak pernah berziarah semasa orang lain ditimpa kesusahan seperti ini."

George Ralph mengangkat kedua belah bahunya bila Maximus menala mata ke arahnya.

"I kan dah warning siap-siap. Nilaikan sendiri."

"Kak Lisa... pernah pergi ke masa orang kematian?"

"Tak, Mak tak bagi pergi. Cuma... masa George ada, dia yang selalu pergi. Tak pedulikan arahan Mak."

Terkedu Maximus mendengar penjelasan jujur Lisa. Betulkah selama ini Mak tidak mengambil berat sesama jiran tetangga? Bahkan satu kampung pun bukan orang lain pun. Saudara mara mereka juga. Kalau kaitan jauh pun... Cuma bau-bau bacang.

Tiba-tiba orang tua separuh umur tadi datang menghampiri meja makan.

"Lama kamu tak balik, Max."

Seorang lagi perempuan tua yang menemani perempuan separuh umur tadi mencelah.

"Buat apa dia nak balik, kalau balik pun... orang seberang sana bukan nak tengok. Gaduh macam dulu lagi teruk."

Maximus tergamam. Tak tahu, bagaimana hendak menguruskan kedua orang tua tersebut. Dia tidak faham langsung maksud kata-kata mereka.

"Inak Laing, Inak Idut... boleh bagi Max makan dulu? Yang dulu-dulu tu kita lupankanlah, ya." Pinta Lisa dengan penuh hormat. Ralat pula dia dengan kehadiran dua orang tua ini. Takut pula rahsia lama terbongkar sebelum masanya.

"Mana boleh dilupakan macam tu, Mak kamu dah tak ada. Tanggungjawab kami sebagai orang tua harus melindungi adik kamu. Betul tak, Laing?" Bantah Inak Idut.

Maximus memberhentikan suapannya. Sakit telinganya mendengar ceramah percuma. Sekarang waktu berkabung bukan masa untuk bertekak benda yang telah pun terjadi.

"Kalau Inak berdua, ingin bercakap mengenai bekas tunang saya. Terus terang saya nak bagi tahu. Antara saya dan dia dah tak ada apa-apa. Habis dah cerita kami!"

Inak Idut dan Inak Laing tersenyum lebar. Manakala George memandang hambar wajah sahabat di hadapan. Lisa pula menundukkan diri.

"Baguslah. Memang patut kamu tinggalkan perempuan murah macam tu." Kata Inak Laing.

"Sebab dia mengandung, kamu tinggalkan dia? Padan muka! Sapa la nak buat bini perempuan murah macam tu?" Tambah Inak Idut.

Pada mulanya Maximus bangun ingin menghantar pinggan ke sinki. Tetapi dia terduduk semula. Cerita yang dipecahkan orang tua tersebut tersangat tidak diduga olehnya.

Di bawah meja makan, Lisa pula menendang kaki George. Terkejut pula George dengan tendangan padu Lisa. Serentak mereka memandang wajah masam dan penuh tanda tanya Maximus Randell.

"Jom! Kita ke kubur sekarang. Tiada masa aku nak dengar benda mengarut ini." Ujar Maximus lalu angkat kaki dari situ. Meninggalkan Inak Idut dan Inak Laing ternganga tanpa suara.

George bangun mengikuti langkah Maximus yang semakin menghilang dari pandangan mata.

"Ridiculous! Totally insane!" Bebel Maximus Randell sambil menendang tayar Mitsubishu Pajero milik George.

George menggeleng. Hendak ketawa bukan pada tempat yang betul. Di sini, kawan sedang berperang dengan perasaan sendiri. Di dalam sana Mak mertua sedang terbaring kaku. Jadi, agak-agaklah kalau hendak ketawa pun mesti kena pada tempatnya. Silap langkah, penumbuk pula dihadiahkan oleh Maximus. Tak ke susah?!

"Apa yang mengarut tu, Max."

"Orang tua tu tadi...."

"Tiada satu pun yang mengarut. Cuma you yang mati perasaan selama ini." Hentam George Ralph. Rasa kasihan dan simpati dia dan Lisa tidak memadai dengan penderitaan yang ditanggung oleh Madeline Sumang.

Maximus menyumbatkan dirinya ke dalam Mitsubishu Pajero memandangkan George telah menghidupkan enjin.

"Jadi... betul la apa dua orang tua tu kata?"

"Sebab tu I suruh you ambik tahu hal sekeliling. Lebih-lebih lagi berkenaan dengan May. I tak berani nak cerita. Baik you sendiri, cari."

"Apa la jadi... Mana May sekarang, George."

George geleng kepala.

"Lisa tak tahu juga ke?"

George menggeleng lagi.

"Dah tu macam mana nak cari dia?"

"Ask around! Orang kan ramai kat sini. Boleh tanya mereka. Boleh ketuk rumah keluarga May pun. Bukannya jauh sangat."

"Nak ke mereka jumpa saya? Dah la memalukan mereka. Inikan pula May mengandung...." Tiba-tiba Maximus tidak meneruskan butir bicaranya. Dia gugup seketika.

"Ada apa?" Soal George.

"Mengandung? Betul ke May mengandung?" Maximus menoleh tajam ke arah George.

Anggukkan George, bagaikan membunuh nyawanya pada saat itu.

"Dan you dengan Lisa tak bagi tahu I? Why, George?"

Dalam sendu, George menjawab...

"It's, Mak."

Maximus mengangguk. Faham sangat kalau melibatkan Mak. Semua orang akan mengikut telunjuknya. Tiada siapa yang berani membantah atau melukakan hati Mak. Termasuk dia sendiri... sanggup meninggalkan Madeline Sumang atas arahan Mak juga!

"Jangan risau, kita dahulukan hal Mak. Lepas ini kita usahakan mencari Lisa." Kata George untuk menenangkan perasaan Maximus.

"Jadi... dia memang dah tak tinggal di sini?"

George geleng kepala.

"Dia dihalau oleh keluarganya. Lepas itu dia datang ke rumah kita. Minta alamat you dari Mak. Tapi... bukan alamat yang Mak bagi melainkan maki hamun dari Mak."

Maximus terkaku, hanya keluhan lemah yang mampu dilepaskan. Sesak sungguh dadanya. Kenapa hari ini dia jatuh ditimpa tangga?

Mereka sama-sama keluar dari kereta. Melangkah ke arah kubur Mak. Kelihatan tiga orang yang berada di sana. Dua orang pasti Michael dan Libau. Salah seorang, George tidak berapa pasti. Hendak menelah dari jauh, takut salah pula.

"Siapa tu, George? Tadi bagi tahu cuma Michael dan Libau yang korek kubur." Soal Maximus perlahan.

"Entah... nanti kita tengok."

Laju mereka menghayun kaki. Matahari pula semakin condong ke barat. Kubur mesti dikorek enam kaki dalam. Agar awal pagi esok jasad Mak boleh ditanam.

Tanah kubur Mak agak lapang dan jauh sedikit dari kubur lain. Di sebelah pula adalah kubur lama Ayah. Semakin usang rupa kubur Ayah. Lama juga Maximus tidak datang melawat Ayah di situ. Bertambah sesak dadanya. Kesedihan semakin menghimpit dirinya.

"Dah nak habis, George. Tak datang pun tak apa. Tinggal nak tutup ruang atas. Lepas tu kami nak balik dah." Kata Libau semasa George dan Maximus sampai di sana.

"Hai, Max. Apa khabar?" Sapa Michael sambil menghulurkan tangan.

"Baik." Jawab Maximus lalu menyambut tangan Michael dan Libau. Manakala yang seorang lagi, cepat-cepat mengundurkan diri. Seolah-olah tidak ingin berjumpa dengan Maximus.

"Igat, nak balik dah ke?" Soal Libau.

Maximus perhatikan lelaki tersebut. George cuma mendiamkan diri.

"Saya minta diri dulu, Libau, Michael, George... Ada kerja nak buat." Dalih Igat. Nampak sangat, bahawa Igat seolah-olah ingin melarikan diri dari mereka.

"Baiklah... Terima kasih banyak-banyak." Ucap George.

"Saya balik dulu. Max, selamat kembali dan takziah." Kata Igat sambil memegang kejap bahu Maximus.

Maximus mengangguk. Maximus perhatikan langkah kaki lelaki itu. Hairan pula Maximus... lgat berhenti di salah satu pusara lalu membersihkan daun-daun kering dari situ.

"Siapa tu?" Soal Maximus kepada George.

"Kamu tak ingat?"

Maximus menggeleng.

"Abang sulung, Sumang." Jawab Michael dan Libau serentak.

Maximus menoleh semula kepada George, selepas itu dia beralih pula kepada Michael dan Libau. Ketiga-tiga mereka sama-sama mengangguk.

"Biar betul?" Soal Maximus.

"Tiada yang mustahil. Manusia sebaik keluarga Umang, memang rugi kalau menolak tuah." Ujar Libau tanpa mempedulikan perasaan Maximus. Inilah peluang untuk dia mencuci otak lelaki paling 'bodoh'.

"Dari banyak orang kampung di sini. Tiada seorang yang datang menolong. Kenapa pula orang yang Mak tak suka boleh datang menolong kami mengorek tanah kering penuh berbatu ini?" Tambah  Michael.

"Dari pagi tadi, lepas balik dari pasar. Kami berdua korek tanah. Punyalah susah. Igat datang... ringan sahaja kerja kami. Kenapa, George, Max? Tak masuk akal atau ada yang nak ditunjukkan?" Soal Libau semula. Tangan kematu dibelek-belek beberapa kali. Sakit juga, hampir satu hari memegang cangkul.

"Tak tahulah, Libau, Michael. Mungkin ada sesuatu yang ingin ditunjukkan."

"A circle of life...." Bisik Maximus lembut. Tetapi tetap ditangkap telinga George, Michael dan Libau.

"Karma...." Kata mereka serentak!

####

Keesokan Hari

“Max, masa untuk tanam ibu sudah sampai. Semua orang sudah sedia.”

Maximus mengangguk.

“Okay, Kak. Bagi saya cium dahi Mummy untuk kali terakhir.”

Mengucapkan selamat tinggal buat selamanya dengan ibu tercinta amat perit bagi Lisa Mary dan Maximus Randell. Sekarang, mereka menjadi anak yatim piatu. Tiada ibu, tiada ayah. Esak tanggis Lisa ditenangkan oleh George Ralph.

"Bagi ibu pergi dalam keadaan aman, Lisa, Max. Kita relakan permergiannya. Permudahkan perjalanannya."

Akhirnya keranda dibawa keluar dari situ. Menghantar Mak ke tempat bersemadinya amat menyedihkan hati Maximus dan Lisa. Tanpa rela mereka terpaksa melepaskan Mak. Perpisahan itu tidak dijangka sama sekali.

####

Malam Kedua

“Max, nak simpan kotak ini tak?”

“Hahh? Kotak?”

“Hahh! Kotak lama ini. Nak tak?”

Maximus bangun mengheret langkah ke arah kakaknya. Kotak yang dihulur oleh kakaknya disambut dengan penuh tanda tanya.

“Mana Akak jumpa?”

“Bawah katil, Mak”

“Akak dah buka?”

Si kakak merenung dalam anak mata Maximus. Mati akal untuk menjawab soalan itu.

“Dah buka ke?” Ulang Maximus semula.

Perlahan si kakak mengangguk.

“Ada apa kat dalam ni. Barang kemas?” Soal Maximus. Bukankah orang perempuan biasanya menyimpan barang kemas di dalam kotak. Tambahan kotak ini, kotak unik… agak antik juga! Diperbuat daripada pewter asli, dihiasi ukiran bunga ros pada bahagian tepi dan atasnya.

Gelengan si kakak menandakan tekaan Maximus salah.

“Jadi… ada apa kat dalam sampai Akak nak serahkan kotak ni kepada saya. Bukankah, akak yang lebih berhak. Barang orang perempuan saya tak berapa minat, Kak.”

Si kakak merenung tajam wajah pemuda awal tiga puluhan ini. Adakah dia mampu menerima kenyataan yang bakal terbongkar bila isi kandungan kotak tersebut dibukanya nanti? Harapannya… agar si adik mampu memaafkan orang yang telah pergi buat selamanya.

Selamat Membaca... to be continue...p

No comments:

Post a Comment