Monday 3 November 2014

Hijrah Cinta, Bulan Bab 6

Lakaran dari perut sehingga ke tulang rusuk bahagian kiri mengambil masa empat jam untuk siap sepenuhnya. Semakin lama semakin sakit. Edward, aku paksa berhenti beberapa kali. Ada satu ketika, aku hampir mengambil keputusan untuk memberhentikan lakaran tersebut.

Torehan jarum di atas kulit, sakitnya tidak tertanggung! Perit kulit, darah pula mula mengalir keluar. Agung menolong Edward membersihkan darah pada bekas torehan jarum. Aku, mengelupur menahan diri daripada pengsan! Raungan aku, pada saat terakhir penyudahan kerja Edward, tidak dipedulikan oleh mereka. Tanggisan kesakitan aku, dipandang sepi!

Sumpah! Itulah kali terakhir aku menoreh badan! Paling hairan, luka di hati beransur hilang bersama kesakitan torehan tattoo! Mujarab ubat torehan tattoo...

"It's done! Beautifully done!"

Edward menutup mesin tattoo, aku terbaring lemah! Tiada tenaga, habis bateri mengerah otot menentang torehan jarum tattoo.

"Mbak, rehat dulu. Sambil rehat, saya balutkan bekas tattoo. Kalau tidak dibalut, takut dijangkiti kuman."

Aku angguk lemah. Tak larat berbual dengan Agung. Aku biarkan sahaja dia dengan tugas membalut bekas tattoo di badan.

"Agung, jangan lupa, bubuh antiseptic krim." Seru Edward.

Aku panggung kepala.

'Kuman? Antiseptic krim?' Dua sedang persoalan bermain di kepala aku.

"Agung, akan ada masalah ke, luka kerana tattoo?" Satu lagi, soalan bodoh! Naif sangat, tetapi ada hati hendak bertattoo! Sepatutnya, aku kena buat tutorial dahulu sebelum mentattoo badan.

Agung senyum sekilas. Tangannya sibuk membersihkan bekas darah di atas rusuk kiri aku.

"Auchh!" Aku mengadu. Sakit kerana tekanan jari Agung agak kuat.

"Sorry. Sakit lagi?"

"Ya, masih sakit." Tiada segan silu aku mengaku. Satu kaki panjang dan dua puluh empat sentimeter lebar ukiran tattoo, tak sakit?

" Jaga elok-elok bekas tattoo. Jangan bagi kena air terlalu lama. Sapukan krim dettol ini selalu. Ada panadol, boleh makan panadol. Paling penting elakkan jangkitan kuman." Tegas Agung mengingatkan aku.

"Teruk ke nanti?" Soalan senggal!

"Terpulang kepada tahap ketahanan, Mbak. Biasanya tiada masalah." Yakin Agung menjawab soalan aku.

Aku diamkan diri. Janganlah ada masalah besar. Baru aku, teringatkan Kak Zana... mesti kena sembur! Apa hendak buat, benda pun sudah terjadi. Terpaksa tadahkan telinga sahaja, kalau Kak Zana mengamuk.

Itu cerita, Kak Zana... belum lagi sampai ke mata Apai. Mak, boleh juga dirunding. Tetapi Apai, sukar!

Aku bangun. Di luar sana, sudah gelap. Terlalu fokus dengan tattoo, siang bertukar malam... aku tidak sedar! Bumi orang. Terlalu asing... Bagaimana caranya aku hendak balik ke hotel? Buntu!

"Pening lagi?" Tanya Agung.

"Tak." Aku bohong sikit. Pening atau tidak, aku harus balik ke hotel. Tak akan hendak bermalam di kedai mereka. Tak patut!

Aku buka dompet, empat keping duit lima puluh ringgit aku hulurkan kepada Agung.

"Saya tak sempat tukar matawang rupiah, ringgit boleh, kan?"

"Errr... boleh, Mbak. Tapi, kenapa dua ratus ringgit?"

"Oh, tak apa. Simpan baki." Aku ikut sikap pemurah Ellai. Apa salah, aku bagi lebih. Sedangkan kerja Edward sangat memuaskan.

"Mam, fivety ringgit only. That is our deal." Edward mencelah. Membantah pemberian aku.

"Your's is fivety ringgit. The rest is for him." Aku terpaksa putar bantahan Edward. Kalau tidak, jangan harap dia akan menerima lebihan duit tersebut.

"Smart move! Do you called a taxi to fetch you, here?"

Dah! Sudah, aku terkelu lidah. Apa harus aku buat?

"Taxi? No...."

"It's quite late. I don't think any taxi will pass by here. Further more, it's not save for you to take a taxi at this hour."

Tanpa berselindung, si mata biru memberikan pendapatnya. Aku, senyap. Mencari idea...

"Abang Agung, betul susah nak dapatkan taxi ke masa ni? Atau Abang ada phone nombor pemandu taxi?"

Agung menoleh kepada Edward.

"Bro, you hantar dia balik. I tutup kedai."

Aku tanya berkenaan teksi, Agung pula menyuruh Edward menghantar aku ke hotel. Serba tak kena...

"Okay, than. I'll send her." Putus Edward tanpa bertanya kepada tuan punya badan.

"Wait. Tak ada teksi ke, Bang?"

"Mbak, teksi tu ada. Tapi saya lebih percayakan Edward menghantar Mbak balik ke hotel. Seratus percent selamat."

Aku menoleh sekilas kepada Edward. Dia pula sedang tersenggih.

"Nak selamat, saya hantar pulang."
Aku masih berkira-kira. Antara mahu ataupun tidak mengikut rancangan mereka.

"I bagi masa satu saat untuk berfikir. Tak nak, saya tarik balik offer. You boleh tidur di sini. Atau you boleh tumpang orang yang you tak kenal."

Alamak! Aku tergamam. Edward sudah tahu mengertak aku.

"Okay. You hantar I balik."

Edward tersenyum lebar. Puas hati dengan keputusan aku. Aku berjalan dahulu. Di belakang aku, Edward melonjak girang. Gayanya... Seperti orang menang tiket loteri!

Di dalam teksi, aku layan Edward berbual mengenai kehidupan harian kami. Hidup menumpang sementara di tanah orang, biarlah menunduk. Jangan terlalu meninggi diri. Takut datang riak, membinasakan badan sendiri. Apa salah, aku layan Edward sebagai seorang kenalan baru di bumi Bali.

Penilaian pertama aku terhadap Edward, dia seorang lelaki yang matang dan pandai mengambil hati perempuan. Silap langkah, kali pertama jumpa dia, boleh jatuh cintan! Tetapi bukan aku, walau sakit hati ditinggalkan oleh Ellai, hati dan cinta aku tetap milik Ellai.

Sikap Edward, ada kalanya memeningkan aku. Pelik pun ada. Dia seolah-olah tahu serba sedikit mengenai aku. Aku ajukan soalan, dia pula menafikan. Siapakah Edward? Adakah dia mengenali aku? Bagaimana dia mengenali aku? Cukup pening!

Setengah jam kemudian, kami sampai di perkarangan lobi hotel. Aku buka pintu, ingin keluar secepat mungkin. Perasaan tidak selesa dari tadi, akhirnya lega bila sampai di destinasi aku.

"Bulan, take care and thank you for this lovely evening." Edward datang menghampiri aku di sebelah pintu penumpang.

Aku hadiahkan senyuman. Ikhlas! Dia telah menghantar aku pulang. Kesemua anggota badan masih lengkap. Udara segar masih boleh disedut.

"Thank you, Edward. I will remember you. This tattoo will bring my memory to you."

Dia senyum manis. Mata biru itu, lembut memandang aku. Sah, boleh cair kalau aku belum serahkan hati kepada Ellai. Mat Salleh ini, betul-betul mengugat kesetiaan aku.

"I am glad, I the one, ink it on your body. Always be my pleasure."

"So... I guess,  this is will be our last meet."

"If this will be our last, could be we will have an other one fine day that we going to meet again."

"That is true, Edward. Till than... bye for now." Aku kalihkan badan. Ingin meneruskan langkah. Baik cabut secepat mungkin. Sementara akal aku masih sedar dan waras.

"Take care, Lovely Bulan. Especially with peoples surrounding you. Be careful with what you thinking about, sometimes it's doesn't always happen with what we wish."

Aku pakukan langkah. Menoleh semula kepada Edward...

" Who are you, Edward?" Tegas aku menyoal dia.

Dia menggeleng.

"You tak akan tahu, siapa aku. Tapi aku tahu, sikit-sikit mengenai you." Jelas Edward.

"Please Edward, tell me."

"No, Bulan. Something are better in this way. Jumpa lagi. Take care!"

Aku kaku di tempat tadi. Berdiri kejung, mencari identiti Edward. Sementelah dia, masuk ke kereta meninggalkan aku di situ menyedut asap ekzos keretanya.

Edward pergi, meninggalkan seribu tanda tanya. Setelah kereta Edward menghilang dari pandangan mataku, barulah aku meneruskan langkah. Villa aku, hanya beberapa langkah dari lobi. Sakit di sebelah perut sebelah kiri, dirasai aku semula. Untuk mengurangkan kesakitan aku bongkokkan badan. Berjalan pun agak perlahan.

Kawasan hotel disimbahi lampu kuning keemasan. Menjadikan kawasan di sekitar suram. Aku beranikan diri melangkah panjang. Sasaran aku agar cepat sampai di Villa.

Perasaan takut mula menyelubungi, derapan kaki di belakang aku semakin hampir. Aku menoleh ke belakang. Dua orang lelaki sedang berjalan ke arah aku. Degupan jantung aku semakin laju. Tidak mampu aku kawal.

Aku abaikan rasa sakit pada bekas torehan tattoo. Berjalan lebih laju. Namun, derapan kaki di belakang pula semakin menghampiri aku. Meliar mata aku mencari pengawal hotel. Manalah tahu, mereka ada di sekitar kawasan hotel pada saat genting ini.

Tiada sebarang jiwa yang boleh membantu aku. Aku besarkan langkah, Villa hanya beberapa kaki di hadapan. Semakin aku menghampiri pintu Villa, derapan kaki mereka sudah terlalu hampir dengan aku.

Tanpa mempedulikan bekas tattoo, aku mula berlari ke arah pintu. Aku tidak rela mati di tanah orang. Tambahan lagi kalau mati dirogol. Minta simpang jauh-jauh dari malapetaka ini. Tidak sanggup!

Segugus kunci, aku keluarkan dari bag galas. Baru beberapa kali menggunakan anak kunci tersebut menyebabkan aku keliru. Satu persatu aku masukkan anak kunci, tetapi belum padan lagi. Aku menjadi tidak tentu arah, hilang fokus, tangan pula mengigil sambil menyucuk anak kunci ke lubang tembol pintu. Akhirnya... gugusan kunci tersebut jatuh!

'Gosh! Jatuh pula!'

Aku mengelabah, langkah kaki mereka sudah terlalu hampir. Pintu Villa masih belum terbuka. Malah gugusan kunci, jatuh!

Secepat mungkin, aku ambil gugusan kunci tersebut. Salah satu anak kunci aku sumbat masuk. Tembol pintu terbuka! Aku lega! Selamat masuk ke Villa.

Pantas, aku tutup pintu semula. Biarlah mereka di luar sana. Siapa mereka, tidak aku peduli! Peluh di atas dahi dingin aku lap kasar. Kelajuan degupan jantung mula menurun. Setelah pasti keadaan selamat, aku melangkah semula untuk menyegarkan badan.

Tiba-tiba ketukkan kuat kedengaran di muka pintu. Jantung mula berdegup kencang semula.

'Siapa pula, ni?' Gumam aku, ketakutan.

"Bulan, buka pintu!"

Hampir pitam, bila aku dengar salah seorang memanggil nama aku! Aku luaskan pendengaran. Memeta bunyi suara tersebut. Tak berapa pasti. Aku tidak yakin untuk membuka pintu.

"Bulan, buka pintu!"

Kali ini, suara lain pula. Sah, dua orang lelaki tadi. Kecut perut aku!

'Siapa mereka? Perlu ke, aku buka pintu?'

Aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

"Bulan, buka pintu!"

Serentak mereka bersuara memanggil nama aku. Mahu terkencing pun ada! Peluh sejuk mencurah semula.

"Siapa?" Aku beranikan diri untuk menyoal mereka.

"Buka pintu, Bulan!" Tegas suara salah seorang.

"Aku tak akan buka pintu, kenalkan diri kamu dulu." Jerit aku kuat.

"Abang, ini Abang, Bulan."

Aku senyap... seketika. Memutar ingatan. Tak ingat!

"Abang? Abang siapa?"

"Kamu ada berapa orang Abang, Bulan?"

Aku diam, berfikir semula... Terenjat seketika, tidak mungkin!

"Jangan kata, Abang Amsyar ada di luar?"

"Eh, Bulan... cepat buka pintu dah lengguh kami kat luar ni. Nyamuk banyak!"

Suara itu aku hafal sesanggat! Senggal! Aku senyum lebar...

"Nick!"

Laju aku buka pintu, perasaan takut lenyap. Diganti perasaan teruja! Rasa terbang di awan, tidak percaya dengan pandangan mataku.

"Abang Amsyar?"

Tegang Ikhram Amsyar memandang wajah sepupu yang di tunggu dari petang tadi. Kematu punggung, tergeliat urat menunggu Bulan. Menyusahkan, sungguh!

"Apa, Nick buat kat sini?" Tanya aku, setelah Abang Amsyar tidak mempedulikan soalan aku.

"Kau ingat, kenapa?" Soal Nick semula.

"Buat benda tak elok, boleh tanya lagi... kenapa kami boleh berada di sini? Mana jantan tak guna tu? Menyorok? Atau dia dah tinggalkan, Bulan?" Serbu Ikhram Amsyar. Perasaan marah menguasai dia, dari mula Nicklas Mundu menceritakan percutian Bulan ke Bali bersama Ellaijah Francis.

Aku tundukkan kepala, tidak mungkin aku berani melawan mata tajam Abang Amsyar. Satu-satunya Abang sepupu yang aku geruni dari dulu sampai sekarang.

"Kenapa tak jawab soalan, Abang?"

Terangkat kedua belah bahuku. Terkejut dijerkah Abang Amsyar.

"Ellai, tinggalkan Bulan. Esok lusa dia balik semula ke sini." Tutur aku satu persatu. Menipu pun menipulah. Janji selamat daripada dimarah Abang Amsyar.

Nicklas Mundu, duduk menyandar di sofa ruang tamu. Sama seperti Ikhram Amsyar, dia asyik merenung aku. Cuma pandangannya tidaklah segarang Ikhram Amsyar.

"Siapkan bag kamu, esok kita balik. Abang tak izinkan kamu tinggal bersama lelaki. Apatah lagi, dia bukan suami kamu!"

Naik suhu darah aku, tiba-tiba aku rasa terhina bila Abang Amsyar mengaibkan aku. Tambahan lagi, di depan Nicklas. Sahabat sekampung. Dari dulu sehingga sekarang!

"Urusan Bulan, Abang tiada hak untuk masuk campur!"

"Bulan...." Tegur Nicklas.

"Apa?" Bentak aku kepada Nicklas. Nak marah aku juga ke?

"Hormat orang tua dari kamu. Kami datang kerana risaukan keselamatan kamu."

Aku pandang pula Nicklas Mundu. Pelbagai soalan mula menerjah masuk CPUku.

"You pecahkan rahsia?"

"Terpaksa, Bulan. Saya risaukan kamu."

"Tak boleh harap!" Aku melenting pula kepada Nicklas Mundu. Aku harapkan dia boleh menyimpan rahsia. Lalu aku ceritakan kepada dia tentang percutian ini. Kalaulah aku tahu... mati hidup semula tidak akan aku ceritakan kepada dia.

"Bagus, dia bagi tahu Abang. Kalau dia bagi tahu Apai... bayangkan, apa Apai akan buat?"

"Huhhh!" Aku duduk di sebelah Nicklas Mundu. Binggung memikirkan kehadiran mereka di sini.

"Abang, tak kira. Esok kita balik. Malam ini, kami tidur di sini juga. Bulan boleh masuk ke dalam bilik kamu. Bersihkan diri. Kemas barang. Tidur awal."

Seumpama budak kecil Abang Amsyar mengarahkan aku mengikut rancangannya. Seolah-olah aku, tiada rancangan sendiri.

"Kalau saya tak nak balik lagi?"

"Kamu, jangan main-main. Tak nak ikut cakap Abang, Apai akan berada di sini." Ugut Ikhram Amsyar.

"Huhhh!" Bentak aku lagi.

"Atau kamu dah rancang nak kahwin dengan Ellai?" Ikhram Amsyar memulakan siasatan ke atas hubungan Ellai dan Bulan.

Aku angguk lemah. Itulah, yang dijanjikan oleh Ellai. Tak akan Ellai membohongi aku!

"Ellai, nak kahwin dengan kamu? Betul ke?"

Dari tadi, Nicklas Mundu mendiamkan diri. Membiarkan Ikhram Amsyar membedil Bulan. Soalan tidak berapa masuk akal yang diutarakan kepada Bulan.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Boleh percaya ke, janji orang seperti Ellai. Bukan kamu tak tahu,  girlfriend dia keliling pinggang. Pakai perempuan macam tukar kain baju." Nicklas Mundu meluahkan pendapatnya. Dia kenal sangat dengan lelaki bernama Ellaijah Francis anak kepada Tan Sri Francis Jimbun. Janji anak orang kaya, tak boleh pakai. Boleh letak ke tepi!

"Dah dia nak kahwin dengan aku. Aku terima sahajalah...."

"Okay... kita tengok. Jadi ke tak Ellai menunaikan janjinya. Tak jadi, Mak aku masuk meminang!" Cabar Nicklas Mundu. Selama ini, Bulan suka bermain tarik tali dengan dia. Hasrat hati, dia sudah sampaikan berulang kali. Namun tidak diendahkan oleh Bulan.

Buntang mataku mendengar cabaran berupa hasrat Nicklas Mundu. Aku menoleh sekejap ke arah Abang Amsyar. Dia jeling aku pula. Aduh! Serba tak kena! Dua lawan satu, memang kalah tanpa bertandinglah jawapannya.

"Tak ada, Ellai nak permainkan aku!"

"Jangan letak harapan terlalu tinggi, Bulan. Jodoh di tangan Tuhan. Dia yang menentukan pasangan setiap manusia di muka bumi ini." Tegur Ikhram Amsyar. Mual pula usus perutnya. Ngeri membayangkan bunga yang diidam selama ini menjadi milik Ellaijah Francis ataupun Nicklas Mundu.

Jika dibandingkan dia dengan mereka. Dia tahu, dia tiada harapan mahu pun sebesar butir pasir peluang untuk memiliki Bulan. Itulah janjinya kepada ibunya sendiri. Merangkap adik kepada Biak Linggie.

"Bulan, jangan diusik. Buang jauh niat hati, Amsyar. Apai kamu, tak akan setuju. Ibu tahu. Ibu bersyukur, dia sudah boleh menerima hijrah Ibu. Ibu tak nak, Apai kamu, memanjangkan kisah lama, Amsyar."

"Dia yang nak kahwin dengan aku. Aku tak minta."

Bantahan Bulan mengembalikan lamunan Ikhram Amsyar.

"Baguslah, kalau dia betul-betul nak kahwin dengan, Bulan. Sekurang-kurangnya... aib di sini boleh kita tutup." Ikhram Amsyar bangun dari tempat duduknya. Dia bukan hipokrit, boleh menipu perasaannya sendiri. Demi keluarga. Terpaksa dia relakan juga, makan hati menjeruk jantung!

"Tetapi selagi, kamu belum sah sebagai isteri Ellai, tanggungjawab Abang membawa Bulan keluar dari sini secepat mungkin. Jangan diikutkan sangat kata hati. Abang takut, kelak Bulan akan kecewa dan merana. Anak orang kaya... Apapun dia mampu lakukan."

Langkah kaki longlai Abang Amsyar, aku perhatikan. Masih tidak memahami kehadiran mereka di sini. Hanya semata-mata ingin membawa aku pulang atau menghalang percutian aku dan Ellai?

Sakit bekas tattoo menyenggit semula. Aku kerutkan kening menahan sakit.

"Ni, kenapa pula. Penat?"

Aku angguk. Mematahkan persoalan Nicklas Mundu.

"Penat, pergi tidur dulu."

"Tak apa ke?"

"Kami tahu hendak uruskan diri sendiri. Masuk rehat. Tidur. Muka tu, penat sangat."

"Masuk dulu, nak rehat. Good night."

"Bulan, saya betul maksudkan apa yang saya kata tadi. Sanggup tunggu Bulan, sampai bila-bila...."

Meremang bulu romaku, tutur kata Nicklas Mundu seolah-olah daripada sang pencinta sejati!



Hijrah Cinta, Bulan Bab 5

Tanpa banyak soal aku ikutkan sahaja kehendak Ellai. Aku kunci mulut walaupun timbul banyak persoalan menerjah masuk CPUku. Dari tempat duduk sebelah aku jeling Ellai... raut wajahnya agak cekang. Bukan masa yang sesuai bagiku bertanya soalan. Aku biarkan persoalan tersebut hilang bersama resah di hati.

Sampai di hotel, Ellai menerjah masuk biliknya. Mengambil apa yang patut. Seperti tunggul kayu, aku memerhatikannya menyumbat beberapa pasang pakaian masuk ke dalam bag galasnya.

Aku menikus bila Ellai tiba-tiba menendang meja solek di tepi katilnya. Terkejut! Pertama kali aku melihat Ellai naik tocang. Mengamuk seperti orang hilang akal. Begitu beratkah panggilan telefon tadi?

Dia lurutkan rambut. Kedua belah tangan memaut rapat kepalanya. Perlahan-lahan Ellai mengelongsorkan badan di belakang almari pakaian. Di atas lantai marmar, dia satukan kepala dan lutut, sambil kedua belah tangan memaut kaki.

Berat sangat mataku memandang duka ditanggung oleh Ellai. Sekuat mana, hati seorang perempuan mudah cair. Apatah lagi bila dijamu dengan kesedihan kekasih hati. Aku gagahkan diri, takut atau tidak terpaksa aku hampir Ellai. Duduk di sebelah pun sudah memadai. Tanpa suara, hanya bertemankan hempasan nafas Ellai. Sekejap kuat sekejap lemah...

Selang beberapa minit, aku beranikan diri. Aku paut bahunya... dia dongakkan kepala. Hatiku sayu! Ada butir jernih di pelupuk mata hazel itu. Aku lemas di dalam renungan bening mata Ellai. Simpatiku melebihi rasa kasih terhadap Ellai.

"Ellai, apa hal ni? Mungkin lebih mudah kalau you kongsi cerita dengan I." Aku cuba memujuk. Manalah tahu, aku boleh meringankan bebanan Ellai.

Ellai menggeleng lemah.

"Tak ada apa. Nothing to worried!"

"Mana boleh tak ada apa. Mesti ada something. Kalau tak you tak akan jadi macam ni." Sangkal aku. Lelaki, bila sampai menanggis menahan rasa hati. Mesti disebabkan sesuatu yang telah terjadi.

Dia bangun. Pelupuk matanya dilap sampai kering. Bag galas diangkatnya. Mata kami bertembung. Masing-masing bersama persoalan yang tersendiri.

"You nak ke mana?" Akhirnya keluar juga soalan itu dari mulut aku. Dia yang merancang percutian ini. Tak akan, aku ditinggalkan sendiri di bumi Bali. Buat apa?

Dia hempas nafas kuat!

"Love, I have to leave this hotel. Beberapa hari sahaja. I promise, I akan datang semula. You tinggal di sini. I tanggung segala keperluan you."

"No! You tak boleh buat I macam ni!" Bentak aku.

"I have to go, Bulan. I akan datang. Cari you di sini. I janji!" Ellai lepaskan semula bag galas di tangannya. Dia hampir aku. Rakus. Dia paut aku ke dalam pelukkan. Kejap, kuat dan hangat! Bukan pelukkan nafsu. Tapi aku tahu, ia adalah pelukkan penuh kasih!

Aku pandang Ellai bersama rasa suam di pelupuk mataku. Perpisahan tak dijangka ini, melumpuhkan sistem badanku.

"I'll be very lonely, tanpa you temankan I di sini. Apa I nak buat nanti?" Seperti anak-anak kecil aku menyoal soalan bodoh kepada Ellai.

Halus jari jemarinya menyapu sisa airmataku. Aku pejamkan mata bila bibir lembutnya menyentuh pelupuk mataku. Lama... cukup menghantarkan maksud cinta yang sangat dalam.

"Just do whatever you want to do. Enjoy your stay. Ambik card ni. You boleh guna untuk shopping." Aku terkesima bila Citybank Platinum Master Card berada di atas tapak tangan. Jelas tertera nama aku di atas kad tersebut.

Aku dongakkan kepala semula. Redup mata hazel memandangku.
"Ambik lah... I buat untuk you sebelum you datang ke sini. A surprise gift dari I."

Aku terkedu sekali lagi...

"I appreciate your afford. Tapi I tak perlukan benda ni. Cinta I bukan kerana duit you, Ellai. Jangan sekali-kali you ingat duit you boleh beli cinta I."

"No, Love. I tak maksud macam tu!  I prepare for you, just in case, emergency. Macam hari ini." Bantah Ellai pula. Tujuannya bukanlah untuk membeli harga cinta Bulan. Tak pernah terlintas di hatinya pun!

"I tetap tolak. Tak nak!" Aku bagi letakkan semula kad tersebut di telapak tangan Ellai.

Ellai mengacip gigi. Geram kerana aku menolak niatnya.

"You jaga diri. I pergi dulu. Kad ni I letak kat sini. Gunakan bila you rasa perlu."

Belum sempat aku bertindak, Ellai sudah melajukan langkah. Meninggalkan aku di sini, di tanah asing, di bumi Bali!

Aku buntu, apa harus aku buat? Balik atau teruskan percutian, tunggu Ellai datang semula? Kalaulah, kalaulah Ellai datang semula... kalau tidak bagaimana?

Sakit hati! Geram! Marah! Bercampur aduk! Seperti sampah aku ditinggalkan terkapai-kapai di tempat orang. Semuanya perasaan negatif itu bersarang di hati. Aku lemparkan badan di atas tilam empuk. Berat kepala memikirkan nasib di tempat orang.

Lantas aku bingkas bangun! Bag galas kecil aku ambik bersama dengan kad platinum peninggalan Ellai tadi..

'Rasakan! Aku betul-betul gasak kad ini, baru you tau.'

Geram punya pasal apapun boleh jadi. Tak kira, aku sanggup buat apa sahaja. Janji hati aku puas!

Di luar lobi, aku panggil teksi. Pantai Kuta menjadi pilihan aku lagi. Deretan kedai tattoo, masih terkurung di dalam tempurung kepala aku. Tabiat lama... untuk menghilangkan sakit yang menyucuk hati, aku kena lepaskan pada sesuatu. Apa sahaja, janji hati aku puas dan kerja yang aku buat adalah masuk akal! Pada perkiraan aku, ketika ini!

Aku arahkan pemandu teksi berhenti di kedai tattoo yang menarik perhatian aku. Gagah aku melangkah ke kedai tersebut. Tiada pelangan. Tuan punya kedai pun tiada. Aku mengambil peluang, mengintai corak tattoo yang dilekatkan di permukaan dinding.

'Banyaknya design. Dah tu, cantik-cantik pulak! Nak pilih yang mana satu ni?' Aku bersunggut sendirian. Macam ada orang di tepi. Boleh bawa berbincang. Memilih salah satu corak tattoo yang sesuai untuk dicorakkan di badan.

"Hurmm! Hai."

Aku kalihkan muka ke sebelah kanan. Si mata biru sedang ralit memandang aku.

"Have you choose your favourite design, Mam?"

'Alamak, silap kedai ke? Kedai Mat salleh ke?' Bisik akalku.

"Mam...."

Lelaki bermata biru menegur aku semula. Mengembalikan aku ke dunia nyata.

"Your shop?" Tanya aku. Soalan bodoh lagi!

Dia angguk.

"Yes, Mam. Would you like to have an ink?"

Aku kerutkan kening!

"Ink?" Soalan bodoh lagi!

"Yes, ink... A tattoo...."

Aku mengangkat kedua belah bahu. Kehilangan ayat yang sesuai untuk mengambarkan kehendak hati.

"Well, Mam... I have some design. A special one, for you will be very beautiful."

Aku kerutkan kening semula. Tawaran si mata biru, menarik minatku!

"Let me see, than...."

"Come have a sit, Mam."

Segan pula, dari tadi si mata biru... ber'mam' dengan aku.

"Bulan. I am Bulan!"

Dia tersenyum mesra. Senang hati!

"Oh, Bulan. I am a star than...."

Aku kecilkan kedua belah mataku. Lain benar maksud ayat si bermata biru.

"My name is Bulan. Please call me Bulan."

Dia sungging senyum lagi. Lebih manis sesudu dari tadi.

'Mampuslah aku....'

"If you are Bulan, I would like to become your star...."

Aku bungkam! Lidah Mat Salleh tak bertulang. Banyak kuah dari isi. Terlebih lemak dari santan!

"Ehemm...." Aku kosongkan saluran kerongkong yang tersekat.

"You know the meaning of my name?" Adoiii! Kenapalah aku asyik tanya soalan bodoh.

"A beautiful lady, hundred percent perfect as pretty as a moon."

Si bermata biru, betul-betul terlebih mentega, margerin, planta... Ayat yang dia digunakan terlebih berkrim!

"Oh! That is great." Aku berbasa basi. Menutup kegugupan diri.

Dia hanya tersenyum dan tersenyum dari awal perbualan kami.

"This is lovely!"

Aku terkedu semula.

'Tak akan la, dia tahu nama penuh aku.'

"I back your pardon."

"This is lovely design, Mam. I drew it last night. Could be it's design just for you."

Dia panggil aku 'Mam' lagi. Gula-gula aku pula! Tapi sungguh, rekaan lukisan tattoo tersebut menarik minatku. Sesuai dengan jiwaku. Simple and beautiful!

"I also like this design, Mam. It's suit you best!"

Tiba-tiba seorang lelaki menyampuk. Dari bentuk muka dan figura badan, dia nampak seperti lelaki tempatan.

"Abang, tuan kedai?" Cepat aku menukar bahasa perbualan kami.

Lelaki itu, terpinga-pinga.

"Boleh cakap Melayu?"

"Saya orang Malaysia, Bang."

"Ingatkan tourist Jepang atau Korea." Dia tersenggih.

"Bukan, Bang. Seratus peratus Malaysia dari Pulau Borneo."

"Patutlah... orang Kalimantan rupanya."

Aku angguk sambil tersenyum. Si bermata biru pun tersenyum sekali.

"Saya, Edward... Miss Bulan."

Aku terkedu lagi. Tahu pula si bermata biru bercakap Melayu. Abang yang seorang itu tumpang gelak.

"Dia Edward. Panggil saya, Agung."

Aku pandang mereka satu per satu. Masih binggung. Kejutan di bumi orang. Bermacam ragam dan coraknya.

"Kedai tattoo ini, milik dia. Saya tolong jaga. Masa cuti, dia tolong saya menguruskan kedai."

"Oh, begitu rupanya. Boleh pula orang luar beli property di bumi Bali?"

"Boleh. International lot."

Aku angguk sahaja. Kurang faham pasal hak milik tanah. Tetapi tetap gatal ingin bertanya. Buat pandai!

"So... would you like to have this?" Edward mengalih perbualan kami kepada tajuk asal. Tattoo!

Aku tarik nafas dalam-dalam. Sakit hati, telah hilang sejemput. Edward dan Agung sedang menghiburkan aku.

Tajam mataku memandang lukisan indah tersebut. Sekali terlekat di atas badan. Seumur hidup akan berada di situ. Aku hirup udara segar pantai Kuta. Keputusan muktamad akan aku buat sebentar lagi. Sekali seumur hidup... Kenapa tidak?

"Let's do it!"

Agung dan Edward menyungging senyum. Sebentar lagi salah seorang akan melakarkan ukiran itu di atas badan aku.

"Nak buat di mana?" Tanya Agung.
Aku selak baju singlet tinggi dari pusat. Jelas kelihatan kulit putih merah, masih suci dari tattoo.

"Dari sini ke sini, boleh?"

Edward dan Agung berpandangan sesama sendiri mendengar permintaan aku.

"Boleh, Mam. But it's will be quite painful. Do can take that pain?" Tanya Edward memerlukan pengesahan dari aku.

Aku diam seketika. Ketap mulut.

"I take those pain. Ink it!"

Edward kedipkan mata. Tersenyum lebar. Biasalah, lelaki bermata biru sukakan sesuatu yang adventures! Aku termasuk dalam golongan tersebut kut!

"I like your positive attitude!"

'Positiflah sangat, Edward... dalam hati ini, sedang dilanda tsunami.' Gumam aku sendiri.

"Abang Agung, berapa pula harga design ni?" Ditattoo badan, harga belum dirunding. Tak cukup duit nak bayar... Haru biru pula nanti!

Agung menoleh kepada Edward. Mungkin dia perlukan pendapat Edward. Aku tunggu jawapan mereka. Tak kisah sangat! Platinum kad kan ada... hehehe!

"Pay me, my ink price only. Workmanship I'll do for free..." Edward menjawab bagi Agung.

Aku bungkam.

"Abang Agung, boleh buat macam tu? Tak akan dia tak ambik upah?"

"Dia dah bagi... buat sahaja. Bukan selalu dia bermurah hati macam hari ini."

Lain yang aku inginkan. Lain pula jawapan Agung.

"How much than?" Aku mengalah juga. Malas hendak memanjangkan perbincangan yang tidak akan membawa perubahan.

"How much you can pay me?"

Edward suka main tarik tali dengan aku. Dari tadi dia suka mendera perasaan yang sebenarnya sedang didera.

"Lima puluh ringgit, boleh?"

'Ambik kau, tawaran tak logik langsung!'

"Fivety ringgit than...."

Terpempam semula. Edward bersetuju dengan tawaran aku! Merepek! Murah gila!

Proses mentattoo badan bermula. Edward menyediakan pelbagai jenis jarum. Jarum 'line' hanya satu batang dipacakkan di mesin. Bila Edward memulakan sentuhan jarum di atas kulit. Aku pejamkan mata. Menahan kesakitan yang aku tempah sendiri.

'Gila, kau ni Bulan....' Kata hatiku.

"Sakit? Boleh tahan?" Tanya Edward.

Oh, sudah semestinya sakit! Aku diamkan mulut. Otakku sedang menahan serangan jarum tersebut.

"Bila jarum dah mula meniti kulit. I tak boleh berhenti. Kalau I berhenti, you akan merasakan lagi sakit." Jelas Edward untuk meredakan kesakitanku.

Sesekali dia menjeling aku menyeringgai menahan tusukkan jarum 'line'. Bila rangka sudah siap, Edward tukar jarum tattoo kepada jarum 'shading' pula. Berhati-hati Edward mula mewarnakan bahagian dalam ukiran tattoo.

Rasanya kurang sakit sedikit dari semasa 'lining' tadi. Walaupun jarum 'shading' dia gunakan enam batang jarum dipacak sekali pada mesin tattoo. Cakap dan pantas dia melakarkan 'shading' di dalam ukiran tattoo.

"Dah lama buat kerja ni, ke?" Aku cuba mengalihkan kesakitan dengan memulakan perbualan dengan Edward. Otak bila kita alihkan sedikit, boleh juga mengurangkan tekanan pada kulit mulusku.

"Fifteen years...."

"No wonder you are very professional with this ink job." Aku pinjam kosa kata Edward tadi.

"No, I am not!" Edward merendah diri.

"Yes, you are. Cepat, cekap!" Puji aku. Betul! Edward sangat cermat dan cekap mengukir tattoo di badan aku.

Dalam masa satu jam, tattoo separuh siap!

"I kena cepat, supaya you kurang sakit."

"Oh. Tapi macam tak patut I bagi you lima puluh ringgit untuk kerja you." Aku tak puas hati, Edward sanggup dibayar murah oleh aku.

"For you only, Lovely Bulan."

Aku pandang dia... beberapa saat! Hairan, pelik!

"You kenal I, ke, Edward?"

Edward tarik mesin dari kulit perut aku. Dia pandang aku, beberapa saat juga.

"No... Any reason, why you thought that I knew you?"

Aku termalu. Pandai-pandai mengagak bahawa Edward mengenali aku. Perasan!

"You know my name...."

"Bulan?"

"Tak... Lovely Bulan." Jawab aku naif!

"Woww! Good chemistry than...." Edward tergelak.

"You are truly Lovely Bulan...." Sambung Edward.

Aku mula pening. Kurang faham, kurang cerdik! Tidak mahu mengandaikan ayat Edward. Takut tersalah sangka.

"Meaning?"

Dia mengeleng. Tersenyum indah. Petang yang menarik dan menghiburkan bagi aku. Ditinggalkan dan ditemani oleh orang yang berlainan. What a wonderful day!

"Meaning you are pretty young lady, sweet and lovely. Lovely Bulan suit you well!"

Darah segan menyimbah mukaku. Segan teramat bila Edward tidak berlapik memuji aku. Tapi betulkah, aku cantik!  Perasan lagi kut!

"Oh, I tak cantik. Macam orang lain juga."

"Sayang sekali, you sudah berpunya!"

Aku tersentap! Pelik benar ayat Edward. Adakah dia tahu siapa aku?

"Tak faham?"

"Mana your boyfriend or your husband?"

"Mana ada." Aku menyangkal. Tak sanggup aku hendak berkongsi kisah hidup dengan mamat kulit putih yang baru aku kenal dalam beberapa jam.

"Mesti ada... or dia tinggalkan you. And you are end up at my place. Ink your body." Provok Edward.

Aku mula hangat punggung! Si mata biru, terlebih info pasal aku. Siapakah mamat ini?

"Who are you, Edward?" Aku tak puas hati. Selagi dia tidak menjelaskan keadaan yang sebenar aku tidak akan berganjak. Aku perlukan jawapan!

Tanpa mengendahkan soalan aku. Butang 'ON' pada mesin tattoo di tekan Edward semula.

"Lay down... We need to continue our job."

Aku ikutkan sahaja arahannya. Tattoo separuh siap! Tak apa akan aku korek juga jawapan bagi setiap persoalan aku. Pening! Ellai dengan kerenahnya! Edward pula seolah-olah menyembunyikan rahsia.

Sunday 2 November 2014

Hijrah Cinta, Bulan Bab 4

Memandang keindahan samudera serta menyaksikan matahari terbit dari ufuk timur, membuatkan aku terfikir betapa hebatnya ciptaan Tuhan ke atas Bumi Bali. Tiupan angin sejuk menambah lagi rasa dingin di atas kulitku. Ajaib sungguh bumi Bali, di luar cerah dengan pancaran matahari tetapi tak terasa bahang panasnya. Jarang kita lalui saat seperti ini di bumi Malaysia. Hajat di hati, aku ingin mengajak Ellai meneroka bumi penuh mistik ini sebentar lagi.

Aku tegakkan posisi badan. Lautan tanpa tebing terdampar luas di hadapanku. Hanyut seketika bersama hamparan warna biru tua menghiasi laut Bali. 

Satu kucupan nipis hinggap di pipiku. Aku alihkan mukaku. Laju jemariku mengelap bekas ciuman curi Ellai.

"Hi Morning!" Aku menyapa Ellai bersama segaris senyuman.

Ellai berdiri disampingku sambil mengusap lembut kepalaku.

"Awal bangun!"

"Ah hahh...teringin menikmati cahaya pagi matahari. Cantik sangat! Thanks!"

"Why thanks? For What?" Tangan kanan Ellai memegang erat bahuku.

"For bringing me here, spend our times together." Aku capai tangan kiri Ellai lalu aku tepuk perlahan-lahan. Ikhlas aku amat menghargai 'surprise' dari Ellai.

Ellai melebarkan senyuman, tanganku juga ditepuk lembut...

"Not a big deal, I am happy as long you are happy My Love."

"Sooo... Any where you plan to go for today?"

Bersinar-sinar mataku. Seolah-olah ada tenaga telepati yang boleh menghubungkan fikiran aku dan Ellai. Gerak keinginan aku, begitu mudah dibacanya.

"How about, you bring me to Kuta and Legian again, I ingat nak beli ole ole untuk dibawa balik."

"Yeah! Why not..Boleh singgah dekat pantai Kuta on the way kita balik nanti. Lagipun I tau you nak ke situ."

Aku terkesima. Betulkah?

"Macam mana you boleh tahu?"

Ellai tersenyum lebar....

"Six sense."

Aku meleraikan genggaman tangan Ellai...

"I'll take my shower first. We'll go for breakfast after this...." 

Sepantas mungkin aku berlari ke arah bilik mandi. Berdentum bunyi daun pintu aku hempas dari dalam bilik mandi. Malas aku hendak melayan kerenah entah apa-apa, Ellai.

'Six sense, konon....' Gumam aku.

Ellai tidak sempat menahan... Mengaru batang hidungnya. Kedudukkan pula seinci dari jarak pintu.

"Heiii... Please open the door! I would like to join you!" Bartalu talu daun pintu di ketuk, tapak tangan mula memerah. Langsung tidak dihiraukan. Semakin bising bunyi ketukkan di pintu.

Satu hari kelmarin gagal, malam tadi pun gagal. Bulan belum dimilikki secara total. Jarang dia pulang tanpa bekalan yang sepatutnya. Dah tu, banyak pula dia sudah melabur!

"Sorry Ellai... I mandi dulu! You tunggu sekejap." Aku menjerit melawan bunyi ketukkan Ellai. Boleh pekak gegendang telinga mendengar bunyi ketukkan tersebut.

"Ellai, stop it! Sakit telinga I."

Tak ada makna arahan aku. Malah semakin menjadi Ellai mengetuk pintu.

"I don't care! Open this door!"

Kali ini, kaki Ellai pula berkerjasama bergabung membuatkan bunyi semakin membinggit telinga.

"Gila!" Teriak aku dari dalam. Paip air aku tutup. Badan mandi tanpa sabun aku lap dengan kain tuala. Marah punya pasal! Aku tak kisah sama ada betul-betul bersih ataupun tidak.

"Nah! You nak mandi... you mandilah. I dah siap!"

Ellai terpinga-pinga memandang aku menonong keluar dari dalam bilik air. Padan muka! Dia ingat aku lembab sangat. Cinta tetap cinta tetapi akal aku tetap ada.

"Love, you dah siap?"

"Pakai jean dan singlet. Siap!" Aku atur kaki. Deras derap tapak kakiku keluar dari bilik.

"Jangan lama... lima minit. Tak siap I pergi dulu." Sesekali aku suka melihat mulut melopong Ellaijah Francis.

###

Setelah menjamu mata dan membeli beberapa pasang baju untuk dijadikan buah tangan bila balik nanti kami meluangkan masa berjalan di sekitar pantai Kuta. Menikmati panorama pelancong meluncur di permukaan air. Ombak ganas menjulang tinggi diredah tanpa sekelumit perasaan takut.

Sukar bagi aku untuk mengecam yang mana satu pelancong kulit putih atau kulit hitam. Pandangan kasarku mengagak bahawa kebanyakkan mereka adalah pelancong kulit hitam. Tidak mungkin bumi Bali tidak dijejaki oleh pelancong dari Benua Australia. Aku menconggak, bukankah kebanyakkan rakyat Australia berkulit putih? Aku pun berdiri di sebelah perkampungan Aussie!

Tidak puas mengenai jangkaan, aku tebarkan semula pandangan mata. Mencari identiti pelancong kulit putih. Tetap musykil. Yang ada cuma pelancong berkulit gelap!

"Apa hal?" Ellai bertanya.

Aku geleng kepala. Masih ingin menyembunyikan sesuatu yang menghantui aku dari tadi.

"Keliru? Tak tau mana satu kulit hitam atau putih?" Tanya Ellai lagi.

Aku menoleh. Hairan! Telepati lagi ke?

"You... tengok perhatikan lelaki bersama papan luncur. Dia sedang berjalan ke arah kita." Ellai pandang aku.

"Google dia dah di buka. Bagi tau I apa yang you nampak...."

Aku menjadi mak turut. Menurut sahaja usulan Ellai. Tak berkelip-kelip aku pandang lelaki gagah perkasa melintasi kedudukkan kami. Kulitnya hitam pekat... Tetapi sangat menakjubkan lingkaran matanya berkulit cerah!

"Tau dah?"

Aku angguk.

"Dah! Tutup mata tu!" Intonasi suara Ellai sedikit tinggi.

Aku buat tak faham isyarat suara Ellai. Semakin galak aku skodeng lelaki berbadan berketul-ketul yang berkeliaran mengusung papan luncur di situ. Free showed! Kalau tak tengok memang rugi!

"Rupanya mereka kulit putih."

"That is why... This is called Aussie village."

Aku angguk lagi. Faham! Mengenai satu lagi kepekaan hidup di bumi Bali. Mengenali lebih mendalam hal-hal duniawi.

Lenguh punggung, aku atur semula tempat duduk. Para peniaga perempuan di sekitar Pantai Kuta berulang kali menyapa aku untuk membeli barang mereka. Ada segolongan menawarkan khidmat 'menicure pedicure' di situ juga.

Paling menarik, khidmat mendandan rambut dreadlocks! Aku pandang Ellai. Dia angguk kepala.

"Berapa Mbak?" Aku mula menyoal si kakak dreadlocks.

"Lima puluh ribu, Mbak."

Aku angguk lagi. Dia memulakan tugasnya. Sekejap sahaja rambut panjang aku sudah didandan kemas.

"Cantik! Macam tourist Jepang."

Aku tersenyum mendengar kata ikhlasnya.

"Terima kasih, Mbak."

Ellai hulurkan kepinggan seratus ribu kepada wanita pertengahan umur itu.

"Simpan baki."

Inilah sikap Ellai yang membuatkan aku tertarik dari dahulu. Sikap pemurahnya!

"Terima kasih, Bang!" Wanita itu berlalu sambil menekup kedua belah tapak tangannya di bahagian dada. Berterima kasih terhadap ehsan pelancong bumi Bali.

"Cantik tak?" Aku libaskan rambut yang telah didandan di hadapan Ellai.

Ellai melarikan wajahnya... Ekor rambut aku hampir menyentuh mukanya.

"Cantik! Tak kira apa yang you pakai. You tetap cantik."

"Ya ka?" Aku uji pujian Ellai.

"La... memang betul you, cantik. Dah namanya pun Bulan." Tegas Ellai.

Aku kulum senyum. Simpan kemas dalam hati.

"Jom." Aku bangun. Tepuk-tepuk punggung. Menanggalkan pasir melekat di seluar. 

Ellai mendonggak... Pelik. Penuh tanda tanya.

"Where up to?"

Banyak kedai tattoo di sekitar Pantai Kuta. Aku tertarik untuk melakar sesuatu dijadikan kenangan bersama Ellai.

"Ellai... sakit tak masa kita buat tattoo?"

Ellai terkejut bila mendengar soalan aku.

"Why My Love?"

Aku mengelabah bila Ellai merenung dalam anak mataku.

"Nothing, cuma curious, sakit ke tak?" Aku duduk semula. Rundingan perlu diutarakan kepada Ellai. Aku bukan pandai untuk menyembunyikan niatku dari terperangkap oleh ilmu telepatif Ellai.

"Ohhh... Of course sakit my Dear, bayangkan without pain killer, beberapa batang jarum dilarikan di atas kulit kita, tambah lagi kalau kena isi yang tak banyak muscle, lagi sakit." Panjang lebar Ellai menerangkan pengalaman mentattoo badannya.

"Kalau sakit, than why you buat juga?" Aku panggung kepala untuk melihat anak mata Ellai.

"Perasaan lelaki kut... lebih macho, saja uji diri sendiri setakat mana boleh stand the pain." Tersenyum lembut Ellai menatap wajahku. Dikuis sedikit hujung hidungku. 

Aku telan liur payau...

'Nak buat ke tak?' Bisik hati mematah semanggat yang berkobar-kobar dari tadi.

"Why... you want to make one?" Dikedipkan mata sebelahnya dengan menayangkan senyuman simpul. 

'Arghh sudah! Ellai tau dah apa yang aku inginkan'

"Huhhh kan sakit tu, buat apa aku nak buat." Aku masih cuba mahu menyorokkan niat, kononnya biar menjadi surprise. 

"But in the case you nak buat juga. It's okay you boleh buat. Cantik apa?" Ellai sudah mengopak senyuman lebar.

'Ada hati nak buat, tapi tak mahu mengaku.' Ejek Ellai tanpa suara.

Ellai melabuhkan bibir lembutnya di atas ubun-ubunku.

"I know, what you thinking of, My Love."

Aku ketam sedikit lengan Ellai, bila dia boleh menebak niatku lagi...

"Hissshhh mana ada. Kan sakit tu."

"Yeah... I know who are you, My Love. Kalau setakat jarum sebesar tu, I don't think you takut sakit."

Alahaiii! Ini yang malas Ellai boleh membaca gerak bahasa badan aku.

"Tutt tutt tutt" Bunyi handphone Ellai meminta disambungkan. 

Ellai seluk saku seluar, diperhatikan sekejap...

"Excuse me for a while. I need to answer this call."

Mataku ikut gerakkan Ellai. Dia menapak jauh sedikit dari kedudukanku. Mungkin Ellai perlukan privasi!

Ellai melangkah lemah ke arahku tangan kiri dilarikan dicelah rambutnya. Dia duduk semula di sebelah kanan. Diam mematung,  perlahan Ellai angkat lembut tangan kiriku dibawa ke ribanya, ditepuk perlahan-lahan.

"We have to go back to our hotel now. Come let's go." Ellai bangun sambil menarik lembut tanganku untuk meneruskan langkah ke arah Toyota Prado. 

Saturday 14 June 2014

Hijrah Cinta, Bulan Bab 3

Aku membersihkan diri selama beberapa minit di dalam bilik air. Sepasang baju dan slack yang aku  bawa bersama aku pakaikan di situ. Niat tadi masih belum terbatal. Akan aku khabarkan kepada Ellai sebentar lagi.

Pintu bilik air aku kuak perlahan. Sepasang 'Evening Gown' yang berwarna merah di atas katil menyambut pandangan mata. Belum pernah seumur hidup aku mengayakan 'dress' seperti itu. Hiasan berlian Swarovski berkelipan di atas 'dress' berwarna merah tersebut. Dengan duit biasiswa yang ada, tak sanggup aku keluarkan untuk sesuatu di luar kemampuan aku. Apatah lagi membeli baju seperti itu.

Aku larikan mataku ke merata ceruk Villa tersebut, mencari bayangan Ellai. Ingin menyoalnya berkenaan baju itu dan menyampaikan hajat sebentar tadi.

Tubuh sasa, tinggi lampai,  putih bersih tersebut sedang terbaring elok di balkoni Villa, perlahan aku melangkah kearahnya. Wajah damai berserta gelombang dada yang sekata, aku perhatikan seketika.

Dalam terleka aku dikejutkan oleh tarikan kasar Ellai. Badanku menjunam jatuh di atas dada bidangnya.

"Nakal, curi tengok!" Ellai bersuara romantis sekali, sambil mengelus lembut wajahku.

Aku meronta, melawan pelukkan kejapnya.

"Lepaskan I lah. Please let me go." Itulah, tadi gatal sangat mengusha orang! Sendiri memang mencari penyakit. Tahu bahaya sedang menanti. Dek kerana cinta... akal aku letak ke tepi.

"Just stay please for a while, I won't do anything to hurt you. Let me hold and cuddle you in my arms." Ellai tidak pernah mengenal erti putus asa. Akan mencuba dan terus mencuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Kali ini aku meronta agak kuat. Tetapi, rontaan aku, rupanya tidak memberi apa-apa kesan kepada tautan Ellai. Malah lebih kejap pula dia memeluk aku.

"Ellai, tolong lepaskan I. We need to talk." Rayu aku.

"Jangan bising... cuba you dengar rentak jantung I. It's calling upon your name. Twenty four hours a day, ever since we know each other. I love you, my Love." Luah Ellai lembut sambil mengelus wajah aku.

"I love you too... but not in this way. Please... kita bincang semula. Kalau tak, I akan beli tiket kapal terbang ke Kuching esok." Aku mengugut Ellai. Susah kalau terus macam tu...

"Nak bincang pasal apa. Bukan ke I dah bagi tahu you... I habis study tahun ini. Kita kahwin hujung tahun ini. End of the story!" Akhirnya Ellai melepaskan aku dari pelukkannya. Wajahnya tegang teramat.

Ingatan aku berlegar-legar kepada nasihat Zana. Jangan pernah menyerah yang satu itu selagi kita bukan menjadi miliknya yang sah.

"I nak kita tinggal berasingan." Tegas aku.

Ellai menoleh. Berpandangan dengan aku.

"Please wear the dress on the bed. We are going for a dinner later." Tanpa menjawab usulan aku. Dia bangun menghala ke bilik air.

"Ellai, did you listening to me? I nak kita tidur berasingan. I tak nak kongsi bilik dengan you. Tak elok kita buat benda macam ni." Aku menjerit nyaring. Sementelah dia sudah menutup pintu bilik air.

Sekali lagi aku tawaf di Villa tersebut. Seluruh Villa aku selongkar. Rupa-rupanya Villa tersebut mempunyai dua bilik.

'Cehh! Pandai betul, dia mempermainkan aku.' Runggut aku sendirian.

Bilik itu aku buka... cukup besar dan selesa untuk aku gunakan selama aku berada di sini. Bilik air pun disediakan juga.

'Luggage', aku heret masuk ke dalam bilik ini. Buat apa aku hendak pedulikan idea gila Ellai. 'Dress' tadi pun aku angkut sekali. Aku tahu pasti dia merajuk. Tak apalah... nanti aku boleh sejukkan hati lelaki itu.

"Bulan! Apa you buat ni?" Jerkah Ellai. Bila melihat aku sedang mengemas baju aku ke dalam almari di dalam bilik itu.

Aku pandang dia sekilas. Tangan aku laju menggantungkan pakaian.

"I buat apa yang sepatutnya kita buat tadi. I nak memperbetulkan keadaan kita sekarang. Kalau you sayangkan I, Ellai... Bagi tinggal dalam bilik ini." Pujuk aku lembut.

"Up to you lah! Fed up with you!"

Pintu bilik aku tutup dari dalam. Punat 'lock' aku tekan. Untuk mengelak sesuatu daripada terjadi.

"Bulan, siap cepat! Pukul 6.00 petang kita keluar makan. Pakai baju tadi." Jerit Ellai dari luar.

"Okay." Aku menjawab sepatah. Jarum jam tangan aku jeling.

'Oh! Mampus... 5.00 dah!' Baju di atas katil aku ambil. Digayakan seketika di hadapan cermin meja solek.

Rambut panjang aku lepas bebas. Bibir aku goles menggunakan warna pink lembut. Alis mata aku warnakan menggunakan konsep tiga warna 'smokey eyes'. Kombinasi warna ungu tua, ungu muda dan hitam aku gunakan. Untuk meninggikan tulang pipi,  warna 'warm', coklat terang aku sapukan. Alis mata dan bulu kening aku biarkan. Sudah cukup cantik dan punya daya tarikan yang tersendiri.

Setelah siap menyolek diri sendiri, 'dress' tadi aku sarungkan di badanku. Saiznya tepat dengan potongan badanku. Tidak ketat mahu pun longgar.

Baru sahaja tangan aku memegang sikat untuk menyikat rambut tebal aku kedengaran daun pintu di ketuk dari luar.

"Bulan, dah siap ke? We need to go now."

Aku lajukan tangan, menyudahkan kerja menyikat rambut.

"Okay, I am coming." Aku buka pintu bilik. Ellai terpana!

"Ehem! Jom." Aku cuba menyedarkan khayalan lelaki itu.

"Cantik sangat! Bagaikan bulan purnama." Ellai menuturkan katanya. Entah memuji aku atau pun tidak.

"Kenapa dengan bulan purnama?" Tanya aku pula.

"Bulan, bagaikan bulan purnama." Dia tersenggih lebar. Jemari aku ditarik lembut. Lalu kami melangkah bersama.

"Akukah si bulan itu, Ellai?" Tanya aku semula. Tidak berpuas hati dengan jawapannya tadi.

"Ada berapa orang Bulan di sini?" Dia menyoal aku pula.

Aku naikkan jari telunjuk.

"Tahu pun satu. Jadi siapa Bulan di sini?"

Aku tunjukkan ke atas langit. Mataku juling sama.

"Oooo! Kenakan I, ya."

Kami sama gelak di tempat parking kereta. Ternyata bulan sedang mengambang di atas sana. Ellai terlalu taksub dengan kata-katanya sampai terlupa di atas ada satu lagi bulan.

Evening Gown tanpa lengan separa lutut berwarna merah menyerlahkan lagi kecantikan aku, sehingga Ellai tidak melepaskan aku walau sesaat dari pandangan matanya.

Kami berkesempatan menyaksi mata hari terbenam ditepi laut ditemani deruan angin dingin menyentuh kulit. Ellai memeluk rapat badanku, menyalurkan haba kepada aku.

Hiasan meja malam untuk candle light dinner nampak simple tetapi tetap menarik dengan adanya dua batang lilin menghiasi meja tersebut. Seorang pemain biola mengalunkan lagu Beautifull Girl dengan alunan merdu menusuk kalbu.

Pilihan set seafood adalah tepat sekali apabila kami menikmati hidangan tersebut dengan penuh berselera.     

Tiba tiba Ellai mengambil sapu tangan lalu mengelap tepi bibirku...

"Butir nasi lekat ditepi mulut, you." Ellai menjelaskan bila melihat aku seperti keliru dengan tindakannya. Selendang yang aku sangkut di belakang kerusi diambilnya. Serta diselimutkan badanku mengunakan selendang tersebut.

"Ohhh... Thanks" Jawab aku dengan muka memerah. Malu!

"Enjoyed your food, you might need it tonight." Ellai menatap manja wajahku.

"Hissshhh... You ni! Tak ada benda lain ke nak fikir?" Geram juga dengan perangai Ellai. Yang tak pernah habis dengan memikirkan benda 'itu' sahaja.

"I am a man okay. Kalau I tak memikirkan benda tu, than rasanya I bukan lelaki. Kalau I bukan lelaki than I don't think you nak bersama dengan I." Ellai tayang senyum manis lagi.

"I am sorry, untuk benda tu I tak bersedia lagi. You are not my husband Ellai. Only my husband can have it." Kataku tegas, cuba membuatkan Ellai mengerti tentang prinsip aku.

"Why My Love... You don't trust me right? Why you worried, sooner or later you going to be my wife." Ellai sudah menabur janji, yang entah boleh percaya ataupun tidak.

"Janji mudah ditabur tetapi payah untuk ditepati Ellai. I bukan tak percayakan you but I betul-betul tak ready lagi untuk semua ini." Tajam mataku memandang wajah Ellai yang bersahaja sejak tadi.

Ellai mendiamkan diri, agak terpukul dengan sindiran aku. Makanan dikunyahnya perlahan-lahan. Jus markisa dihirupnya bagi melancarkan perjalanan makanan melalui kerongkong. Sudah pasti kekeringan, memikirkan rancangan yang belum berjaya.

'Satu-satunya wanita yang menyebabkan aku penasaran! Dia ni, jinak-jinak burung merpati.'

Ellai tidak pernah memaksa perempuan dalam hal sebegini. Prinsip Ellai senang, suka sama suka... On sahaja! Seorang kasanova tidak pernah memaksa... tetapi mesti kena gaya yang tepat dan ayat mesti power!

Dalam lembut aku berhati keras. Tetap 'protective' tentang 'itu'. Ellai merasakan diri sudah kehabisan akal bila sudah berjam-jam dia mengayat tetapi masih belum berhasil. Balik tanpa hasil sudah pasti dibahankan oleh Issac. Kawan sekufunya selama ini.

Strateginya harus bertukar...

'We play following your rules!' Idea bernas Ellai terkeluar dari akal jahatnya. Tidak dia tahu hasilnya nanti bakal melukakan hatinya sendiri.

"How many kids that you wish?"

Aku menoleh sekilas. Muka aku sudah rasa membahang. Lain yang kami bincang, tiba-tiba Ellai menyoal aku berkenaan dengan anak. Belajar pun belum habis lagi...

'This is ridiculous. Nonsense! Or silly question!' Bebel aku.

"Kids are not in my mind now, Ellai. Too early to think about them."

"Why, not? You should think about them kalau you nak kahwin."

"Orang kahwin tak semestinya ada anak, Ellai."

"I do think about kids. Kalau I kahwin I nak family yang besar. How about enam atau tujuh orang anak?" Dia sandarkan belakangnya di atas kerusi. Matanya hazel itu lekat memandang aku.

Sudu dan garpu di tangan aku letakkan di atas pinggan. Sisa makanan di mulut aku lap menggunakan tisu muka. Bicara Ellai betul-betul menyenakkan perut aku.

"Kita cuma merancang, tetapi kalau takdir tak menyebelahi kita... macam mana?"

"Forget about that crab! I nak you jawab. Sanggup melahirkan tujuh orang anak untuk I?" Tegas Ellai.

"Why not?" Aku pinjam kosa kata dia tadi. Seorang isteri tidak akan pernah menolak keinginan suami.

"Cakap betul atau cakap besar?"

Dia perli aku pula. Darah aku mula mendidih.

"Jangankan tujuh orang, dua belas orang pun aku sanggup."

"Okay... dua belas orang! Setahun seorang." Dia tersenggih... "No excuses, that is your promise."

Aku bulatkan mata. Dari bercakap besar sekarang aku terperangkap dengan janji pula.

'Huhhh! Dia ni tak habis-habis nak menyusahkan aku. Ingat apa? Aku ni kilang buat anak ke?' Marah aku dalam hati.

"Macam mana nak ada anak dua belas orang, kahwin pun tak lagi?" Aku putar semula soalan kepada Ellai.

"Setuju, dua belas orang anak kita kahwin. Balik dari sini... terus pergi daftarkan perkahwinan kita." Lancar Ellai menabur janji, sangat meyakinkan hati aku.

"Kahwin dulu, than twelve kids on our way." Aku kedipkan mata kepada Ellai. Meyakinkan dia bahawa aku betul-betul memaksudkan apa yang aku kata.
Ellai tersenyum lebar. Adakah wanita cantik itu bakal menerima nasib yang sama seperti gadis-gadis yang biasa menjadi penemannya?

"Deal... balik dari sini, kita kahwin." Ellai terkedu dengan ayatnya sendiri. Tegakah dia menyakiti hati wanita polos itu?

Membahang semula wajahku, bila Ellai bersetuju dengan pendapat aku. Cinta dan rindu bercampur aduk dalam perasaan aku. Dan aku tidak sanggup meneruskan permainan 'gila' ini tanpa ikatan dengan Ellaijah Francis. Seluruh hati dan jiwa raga aku dipenuhi oleh namanya.

"Okay. Kita kahwin." Jawab aku. Tanpa memikirkan untuk menimbangkan keputusan kami bagi ke dua kalinya. Biarlah ia terjadi mengikut perancangnya.

"Jom. We need to move now." Ellai menarik kerusiku untuk memudahkan aku bangun. Selendang aku diperbetulkannya.

Aku hadiah sebuah senyuman manis.

"Thanks, Honey." Aku paut lengan sasanya menuju ke arah parking kereta. Dalam hati menguntum kasih yang baru mekar. Mencongak hari untuk bergelar isteri kepada lelaki yang aku dampingi ketika ini.

Selepas menikmati makan malam di Jimbaran, kami menyelusuri Kota Legian, mengintai kelab-kelab malam yang berlambak dekat sana.

"Do you want to have a drink?" Ellai memecahkan suasana sepi semenjak dari Jimbaran tadi.

Manakala aku mengambil kesempatan yang ada, meliarkan mata sambil menikmati suasana meriah di Legian. Deretan kedai yang di sepanjang jalan menarik minat aku...

'Nantilah kalau ada masa, aku akan mengajak Ellai membeli belah sebelum balik.' Aku merancang sendirian.

"I'll follow you, teringin juga hendak masuk ke salah satu night club ni." Aku menjawab soalan Ellai.

Terlalu banyak kelab malam yang berhampiran. Ramai pula pelancong asing mengunjungi kelab-kelab malam di situ. Mengamit keinginan hati aku, untuk melihat aksi serta aktiviti yang membuatkan pelancong asing tertarik untuk berhibur di situ.

"Okay than, I bring you to one of the very famous Night Club in Legian. The Bounty Ship." Ellai pegang tangan kanan aku. Dielusnya lembut sambil tersenyum nipis.

Selepas parking Toyata Prado di tempat yang selamat untuk ditinggalkan, Ellai memimpin aku ke The Bounty Ship Night Club. Tempat itu, penuh sesak dibanjiri bermacam jenis manusia. Oleh kerana tempat penuh dengan orang, kami mengambil keputusan untuk berdiri sahaja.

"I'll get something for us, what do you want? Bloody Mary? Pina Colada? Rainbow?" Ellai menyoal aku sambil jari telunjuk kanan dilarikan di atas templet minuman keras tersebut.

Aku melingkarkan tangan di pinggang Ellai, berkongsi melarikan mata di templet tersebut.

"I think I would like to drink Pina Colada, kind of cute name for the drink... I would like to try it." Aku, akhirnya membuat pilihan.

"Rainbow pun, look sweet juga, tengok tu colourful in a glass." Ellai cuba untuk memberi pilihan lain kepada aku sambil mengalihkan badannya berhadapan dengan aku.

"Not now. Sekarang I nak minum Pina Colada, may be later I'll try Rainbow." Aku masih bertegas memilih Pina Colada. Badannya dilenggokan sedikit mengikut rentak muzik yang memecah gegendang telinga.

Ellai memanggil Bartander untuk memesan minuman cocktail mereka. Minum yang ringan cukuplah! Cocktail adalah campuran alkohol dengan bermacam jenis perisa buah atau minuman bergas. Jadi kesannya, tidaklah seteruk brandi, voodka, wishky, beer dan wine. Golongan tersebut mengandungi kandungan alkohol yang tinggi.

Sekejap nanti Ellai akan memandu Toyota and balik ke Tanjung Benoa. Apapun keselamatan mereka tetap ditangannya. Kalau mabuk nanti susah juga, tempat terlalu sesak dengan orang yang bermacam jenis, hendak 'enjoy' pun kena pandang kiri kanan. Bukan main serbu sahaja, lagi pun dia cuma hendak menemankan aku yang belum pernah bertandang ke situ.

Sementara menunggu pesanan kami, Ellai mengajak aku menari mengikut rentak muzik yang menggila. Sambil berhimpit dengan pelancong lain. Keadaan tersebut langsung tak selesa! Pusing ke kiri terpijak kaki orang. Sama juga dengan beranjak ke kanan beretuh punggung pula.

"Ellai, I think it's too crowded here. I feel un easy." Aku mengelap peluh yang melekat di dahi.

"I know baby, later after we finished up our drink, we get out from here." Ellai mengguis lembut rambut aku yang menutup mata.

"Sir, this is your drink... Enjoy it!" Waiter menghantar cocktail yang dipesan tadi.

"Thanks!" Ellai membalas senyum waiter tersebut yang kelihatan ramah menyapa kami. 

Selepas menikmati cocktail tersebut kami mengambil keputusan untuk meninggalkan The Bounty Ship Night Club. 

Dalam perjalanan keluar tadi, bermacam gelagat dijamu mata. Perempuan menari di dalam sangkar dikelilingi lelaki yang berasak-asak berebut giliran. Untuk melihat mereka secara dekat.

Aku pelik bila melihat di salah satu sudut orang ramai bermain dengan buih sabun. Bersuka ria sambil menari tak sedar diri. Dikebanyakan sudut ada orang yang menyedut serbuk putih dan arak melalui hidung.

Sampai di pintu Villa, aku berhenti melangkah. Lengan Ellai aku paut.

"I nak tegaskan. No more 'benda' macam petang tadi. Please respect my choice. I tak nak kita terlanjur sebelum sampai waktunya. Is it okay?"

Dia menarik nafas lalu dihembuskannya. Mukanya tanpa riak langsung.

"Well, kalau you tak sudi. Apa I boleh buat. And I pun bukannya perogol. Tak kemaruk sangat!" Dia melangkah masuk. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam saku seluarnya.

Aku terpempam! Senang pula dia menerima cadangan aku. Kendatipun nampak seperti terpaksa.

'Sabarlah duhai kekasih. Sampai masanya akan aku semaikan kasih itu dalam hatimu. Sehingga kamu lemas dalam ombak kasih kita.' Aku pegang dada. Terasa nyilunya. Pedih teramat! Namun aku tidak boleh kalah kepada perasaan aku.

Hijrah Cinta, Bulan Bab 2


Bali Indonesia

Ellai tersenggih macam kerang busuk bila aku muncul juga di depan matanya. Mana tidaknya sudah puas dipujuk rayu akhirnya aku memberi persetujuan untuk menggunakan tiket ke Bali yang dibelikan khas untuk aku.

Ellai akan cuba menggunakan peluang yang ada, untuk berkasih sayang dengan Bulan di Bali. Stok terhad mesti dilayan sebaik mungkin! Nak dikatakan dia menyintai Bulan bukan kut, kalau cinta mesti dia 'stick to one girl'. Baru pagi tadi Vivian Madhu 'check out' dari bilik hotel yang disewanya selama dua minggu.

Telah dirancangnya dengan teliti! Enam Hari diluangkan masa dengan Vivian Madhu. Tak boleh nak kata apa dah, Vivian memang terbaik bila bab melayan Ellai. Nyawanya seperti di awangan apabila menikmati syurga dunia.

Tetapi yang menghairankan walau dalam saat yang mengasyikkan itu, ditemani Vivian setiap malam, Ellai masih mengidamkan Bulan. Baring di atas persada bersamanya tanpa seurat benang. Mereka memadu kasih hingga ke hujung dunia. Melempiaskan nafsu yang satu.

Ellai mengulit Vivian tetapi hatinya berkehendakan Bulan!

Kepalanya digeleng beberapa kali bila tersedar diri sendiri terlalu tamak dalam bab perempuan. Apa yang dia hairan... Kenapa harus dia yang mengejar Bulan? Bukankah stock yang terlalu luar biasa itu, mengendeng tak pernah habis. Tak payah susah, ikan sudah ada di depan mata 'ngap' sahaja. Tiada masalah! Tiada perkataan paksa rela! Free delivery!

Dengan Vivian Madhu, Ellai susah sedikit hendak menggelak. Hendak ditinggalkan rasa bersalah. Barang original dia dah guna lama! Dia sendiri menjerut leher sendiri, terperangkap dengan kehendak naluri walaupun dia tahu barang tu belum pernah di guna lagi... Haiihhh! Bagaimana hendak menolak kalau perempuan cantik sudah terlentang elok di atas katil!! Si kasanova pula tengah kelaparan!

Bulan lain sikit, dia ayat macam mana sekali pun cuma sipi-sipi aje yang dia dapat. Kali ini dia nekad walau macam mana pun dia cuba untuk menaluki Bulan, luar dan dalam. Mana boleh 'ngap' yang luar sahaja. Dalam pun mesti nak kena 'tawan' juga. Kalau tidak, dia kena tukar nama lain lah. Ellaijah Francis tu dikenali dengan kasanova! Memiliki perempuan keliling pinggang.

Lempar perempuan macam melucu baju dari badan. Dilontar terus... grong greng, grong greng masuk di dalam mesin basuh, lepas cuci... Kalau suka, pakai semula. Tak suka buang tong sampah ataupun paling sempoi derma kepada kawan-kawan.

"Hey My Love, missed you so much." Tidak segan silu Ellai memberi satu kecupan pantas di bibir mungil aku.

"Wehleh wei..tak tau malu kat orang ke? Buat perangai macam ni." Aku marah marah manja. Tangan kiri memaut erat lengan kanan Ellai dengan muka rasa nak terbakar, dalam taman hati kupu-kupu berterbangan riang ria. Happy sangat!

Ellai memaut rapat pinggang ramping aku sambil menolak bagasi ke arah kereta sewa mereka.

Manakala aku melentokkan kepala dan tangan kanan tangan bermain diatas dada bidang Ellai. Tangan kiri pula menjaring erat dipinggang Ellai. Melepaskan sedikit rasa rinduku yang mengebu beberapa hari ini.

"I really missing you a lot, Ellai. Dekat seminggu you tak contact I. Rasa hilang nyawa dari badan I. Next time you don't do this to me. Boleh mati menanggung seksa merindui you saban hari." Aku meluahkan rasa hati yang berbuku dalam beberapa hari kebelakangan ini.

"Ohhh...my bad My Love. I am quite busy with my family outing for last few days. Later I'll make it up for you. Is it okay with you? " cukup cekap Ellai cuba membeli sekeping hati milik aku. Lain yang dibuatnya lain pula yang dijajanya.

Aku memeluk Ellai lagi kejap tanda menzahirkan rasa hati.

"Okay! What do you plan to do than? To please me?" Telapak kaki dijengkit sedikit, bibir aku sasarkan di pipi Ellai.

Tersentap hati Ellai bila aku men'cupp' pipinya, getaran dihati mula melompat terasa nak terkeluar dari dada.

"Impressive movement! Makin hari makin pandai, ya?" Tidak disangka aku boleh mengodanya sampai tahap tu. Setahunya, aku lembab sikit bab romantik bagai ni.

Kepala aku yang separas bahunya dipaut sedikit dengan tangan kanannya lalu didaratkan bibir merah itu. Bersama hembusan nafas panas yang semakin memberat.

"I'll let you know when we reach at our hotel's room. Now we better get a move in the car to start our romance holiday." Mata kiri Ellai dikedipnya sedikit, mengusik aku. Senyuman miang terserlah lagi, memaparkan susunan gigi yang memutih.

Bonet kereta dibuka luas untuk memasukkan bagasi aku.

Perlahan Ellai menapak kearah aku, asyik memerhatikannya dari tadi.

" Why my Lovely Bulan? You are really missing me right?" Sambil tangan kanannya membuka pintu kereta disebelah pemandu bagi membolehkan aku duduk disebelahnya.

Aku melabuhkan punggung aku di dalam Toyota Prado yang disewa Ellai.

Sebelum menutup pintu tersebut, Ellai berbisik ditepi cuping telinga. Aku terkesima... 

"Jangan risau I am ready to serve you for a week my lady. Are you ready to be mine?" Senggeh lagi terpancar dari bibir berwarna merah itu.

Menyerbu darah panas naik ke muka aku, lalu ditundukan ke bawah.

'Mak aiihhh malu sungguh bila Ellai bertanya terlalu lurus. Bahasanya tidak berlapik dengan soalan yang tak seperti masuk akal tu.'

Dagu aku diangkat lembut dengan jemari kasar Ellai. Hidung Bulan dicuit...

"I like the way you act right now. So sweet my Love."

Muka aku  semakin membahang. Lelaki ini sungguh pandai bermain kata-kata romantis. Begitu sukar bagi aku, menghalang diri dari tersungkur kepada Ellai.

"Could you please drive the car and bring us to our hotel. Rasa rimas dah ni." Aku cuba meleraikan suasana yang sedang menyesak jiwaku kini.

'Mati aku! Apa aku dah buat ni?' Aku cuba menimbang akal dan nafsu mana satu yang harus diikut!

Perjalanan yang cuma memakan masa lebih kurang lima belas minit dari Denpasar ke Navotel Bali Benoa Tanjong Benoa dirasakan terlalu lama.

Tidak betah dek aku, dijeling manja oleh panahan mata tajam Ellai. Tangan kanan aku, sudah diriba Ellai sedari awal perjalanan dari lapangan terbang ke hotel.

Mata aku terbuka luas bila melihat Villa yang tersergam indah didepan mata. Aku liarkan mata disekitar dalam Villa yang berkonsepkan Balinese Style. Terpukau seketika dengan tata rias didalam Villa itu. Sebuah katil King Size mengambil ruang tengah, sofabed terletak di penjuru kanan ruang Villa. Berdekatan dengan pintu keluar yang menghubungi kolam renang dalam beberapa langkah dari ruang villa tersebut.

Keterujaan aku sangat ketara bila berjumpa dengan kolam renang.

"I'll like this Villa very much Ellai, i can't wait to jump into that swimming pool, it's just like calling me now... Thank you." Aku melangkah ke arah Ellai lalu ku pegang muka Ellai dengan kedua belah tangan aku sebelum melabuhkan bibir aku dipipi kanannya.

Ellai masih pegun merenungku, tajam renungan matanya dibenamkan ke arah anak mataku. Jejarinya masih mengusap lembut wajahku. Aku sudah tidak keruan! Lemah segala sendi tulangku bila Ellai membelai manja serta memaut bandanku ke dalam dakapannya.

"You are most welcome my Love. To please you is my happiness."

Tangan nakal Ellai sudah dilarikan kemas dibelakang leherku untuk mensasarkan tindakan yang selanjutnya. Mata Ellai sudah menurun, aku tahu sedari dulu dia ingin menikmati kelembutan dua ulas bibir merah delima aku.

Aku menunduk malu bila aku merasakan adrenaline jantungku mengepam darah semakin laju.

Untuk mengelakkan diri, aku mesti melepaskan diri dari pelukan Ellai.

"I nak tukar my clothes to swimming suite. Jom let's go for a swim." Tangan Ellai yang melingkar di pinggangku ku cuba longgarkan. Hurmm rupanya lingkaran makin diketatkan.

Aku panggugkan kepalaku mencuba mencari anak mata Ellai.

"Ellai, please let me go."

Renungan tajam Ellai belum berganjak dari tadi. Sebagai wanita biasa aku tahu apa yang dia inginkan.

"You still owe me a kiss Bulan." Tinggi oktaf suaranya. Seakan-akan memaksa aku.

Hahhh! Si Kasanova sudah marah. Aku lawan pandangan mata hazel itu.

"Bila masa I hutang kiss dengan you?"

"Now! At this moment! I won't let you go until I got my first kiss." Muka ketat Ellai sudah ditayang.

"It's just a kiss right?" Naif sungguh! Aku bertanya soalan seperti itu... haiihh

"Why? I can give you more than a kiss, Bulan. Remember you always dream for this romantic holiday. And here we are, at this moment."

Aku pakukan mata ke bibir Ellai. Meneguk air liur yang sudah terkumpul dari tadi. Jari jemari aku sudah mulai sejuk. Melawan perasaan antara takut badan berani.

Perlahan bibir Ellai memagut bibir suciku buat pertama kalinya. Cinta yang membawa aku ke sini. Untuk meluangkan masa bersama Ellai, menyatukan rasa rindu yang mengebu. Maka aku gagal mengikut akal, kalah kepada nafsu...

Tautan bibir itu berulang episodnya. Ellai belum reda dari nafsu lelakinya. Dia sudah melebihi batas, bila tangan memainkan peranannya serta mulut sudah beralih di batang leher.

"Ellai stop it! I am not ready!" Kedua tangan aku menolak dada Ellai. Menahan Ellai untuk bertindak lebih jauh.

"I want to swim now. Let me go Please!" Aku mengedipkan kedua belah mata, merayu agar dilepaskan.

"Arrghh!" Dia menjerit kehampaan. Aku dilepaskan dari dakapannya.

Ellai menuju ke arah katil. Melontarkan badan sasanya di situ. Dia penasaran! Apa yang dihajat belum tercapai.

Aku menjeling manja. Ketawakan gelagat si Kasanova itu. Nasihat dan teguran Zana pagi tadi masih terngiang-ngiang di fikiran aku.

"Nak lebih dari itu... kita kena kahwin dulu." Aku menitipkan ingatan kepada Ellai.

Dia panggung kepala, sebiji bantal dilontarnya ke arah aku.

"Not fair!" Katanya.

"Apa yang tak adil? Dah bagi kiss sudahlah."

"You buat I terseksa, my Lovely Bulan. You bukan lelaki mana nak tahu perasaan I." Adunya.

Aku menukar pakaian tadi kepada swimming suite. Kolam renang itu, seolah-olah melambai kepada aku.

"Kahwin dulu, Ellai. Then you will get what you want. I am yours!" Aku menapak keluar meninggalkan Ellai di situ.

Burrrr!

Aku terjun seronok ke dalam kolam renang yang berada beberapa langkah di depan Villa.

Segala skill berenang yang aku pegang sebagai jaguhan kampung aku guna, sekejap tenggelam, sekejap timbul. Boleh dikategorikan macam ikan lumba-lumba!

Dalam keasyikan berenang aku tersentap, tiba tiba ada tangan yang melingkar elok di pinggangku.

Pappp!

Tangan kananku sudah hinggap menampar belakang Ellai.

"Suka sangat buat orang terkejut!"

"Hey... sakit lah my Love! Kalau bagi kiss tak apalah ni bagi penampar." Ellai makin mengetatkan tangannya.

"Lepaskan lah! Rimas dalam air macam ni." Aku mengamuk.

"Nope. I won't let you go at this time. Remember this is our romance holiday. Let me, love you during we are here." Tangan kanan Ellai masih ketat memegang pinggang aku, sementara tangan kiri menguis helaian rambut basah yang menutup wajahku.

Aku renung mata tajam milik Ellai. Gementar dihati bagai dipalu, indahnya saat itu tidak mungkin boleh dilupakan, perlahan Ellai mengecup bibir mulusku malah cukup lama sehingga boleh menyesakan nafasku.

Aku cuba melepaskan diri dari Ellai sekali lagi. Bila merasakan diri mungkin terjerat, melebihi batas percintaan kami.

"Why my Love? You are running away from me. It's hurts me actually. Don't you love me?" Ellai menayangkan rasa hampa sekali lagi.

Aku kuakkan kedua belah kaki serta tangganku, berenang ke arah 'pool bar' di ruang tepi kolam. Ellai mengekori dari belakang.

Kami labuhkan punggung diatas kerusi yang telah disediakan di bawah payungan dedaun pohon yang menghijau menghiasi kolam renang.

"Are you scared with me, my Love?" Ellai masih menyoal aku ... "You not yet answer my question...."

"No Ellai I never scared of you at all and I do love you with all of my hearts." Hati, jantung, limpa, hempedu, perut..segala bagai menyeru nama Ellai. Boleh dia ingat aku tak cintakan dia. Kalau tak cinta mana mungkin aku terbang ke Bali.

"Than? Your actions are clearly showing that you are not interested with me... You keep on pushing me. If you love me than what should you do to prove your love?" Pedas sangat Ellai mengeluarkan kata kata tersebut...

'Perempuan ni susah sangat hendak dijerat mungkin kena 'apply psychology effect' kut!'

Terkalih 90 darjah kepalaku memandang tajam ke arah Ellai. Gigi aku kacip rapat.

"Ellai... if you think that I am here with you, for you to use on the bed. Than you are totally wrong. I'll showed what is love mean to me... later or sooner! Cinta bukan untuk pelempias nafsu... and now what I see your love is about lust, Ellai."

"Baby please, that is not I meant."

"No... You listen to me Mr Ellaijah Francis... I ada prinsip yang I pegang dalam bercinta. I don't want to hurt you but I really need you to understand if you think that I am going to give myself to you without marriage than you are totally wrong! I am not like Vivian Madhu, Catherine Simai and who ever they are... Yang you selalu usung sana sini!"

"Are you done? I am quite impressed with you too my Love... You boleh tau pasal my spare part, barang pakai buang. Well done!" Tersenyum sungging Ellai bila terkantoi.

"I am not done yet, Ellai. Tadi you nak prove how I love. I'll do it on my way... I do love you but you not going to get what you think at this moment without you wed me." Aku cuba menegaskan pandangan aku mengenai hubungan kami.

"Wow! Typical Iban girl, Bulan!" Sinis lagi Ellai menuturkan katanya.

"What ever you think Ellai!" Aku menapak di dalam air menuju ke Villa. Membiarkan dia terkebil-kebil memandang langkah aku.

Ellai masih buntu, geram pun ada dengan kerenah aku yang masih tidak mahu menyerahkan yang satu itu.

'Arhhhgg! Ada banyak masa lagi! Ini Ellaijah Francis lah!'

Dia menguak dan berenang sepuasnya di dalam kolam renang itu. Barangkali memikirkan strategi yang seterusnya. Gema suara Issac di layar mindanya. Misinya harus tercapai... Bulan adalah mangsa yang seterusnya!

Aku pula membersihkan diri... rancangan harus bertukar. Tidak berani untuk aku meneruskan percutian ini, kalau berkongsi satu bilik. Aku takut kalah dengan perasaan aku sendiri. Menjadi wanita bukannya senang. Kerana cinta boleh membutakan mata hati. Aku tersedar dari kealpaan.

Hijrah Cinta, Bulan Bab 1

July 1997

Nada dering, telefon bimbit memekakkan telinga. Aku buka luas, Sling bag LV yang tersangkut di bahu.Tangan aku meraba-raba isi perut LV, mencari telefon bimbit untuk menjawab pangilan tersebut. Melalui nada dering ‘Nsync_Gone’, aku tahu bahawa Ellai, sedang menghubungi. Rindu bercampur dengan geram! Hari ini, sudah lima hari Ellai menyepikan diri.

Aku merenung telefon bimbit itu. Perasaan cuak mula bermukim. Nafas berat aku lepaskan, butang hijau ditekan. Telefon bimbit itu aku bawa ke tepi telinga.

“Hello my Lovely Bulan!” Mengekek Ellai ketawa menyapa aku.

Ternyata riang dan bahagia sungguh orang di sana. Tidakkah dia tahu bahawa, aku di sini merinduinya setengah mati?

“Hi! Where have you been?” Lemah aku bersuara. Ligat tangan aku, menyusun semula Sling Bag yang mengandungi buku latihan dan rujukan. Telefon bimbit, aku kepit di antara bahu dan telinga.

“Why? You miss me Dear?” Ellai si romantik cuba memainkan perasaan aku.

“Saja, I am asking about you. Rindu tu adalah tapi macam sia-sia.” Aku jual mahal! Sudahlah merindui dia, tetapi dibuat 'bodoh' sahaja. Geram! Lima hari dia menghilang, ke mana?

Gelak Ellai di sebelah sana semakin gelak. Aku pula semakin cuak!

“You, may guest where am I now?”

Sudah! Bukannya aku ada kuasa 'telepathic', mampu mengetahui kedudukannya sekarang? Buat apa aku hendak menyusahkan diri sendiri, merindui dia selama lima hari... Andainya, aku ada kuasa itu.

“I don’t know how to play hide and seek with you, on this phone, Ellai.”

Aku tahu mesti semakin lebar dia menyungging senyum. Mentertawakan rajuk aku.

“My Lovely Bulan, jangan merajuk sayang, cuba teka dulu. Saya berada di mana sekarang? Use your instinct, honey. Betul atau tidak saya tetap sediakan surprise for you.”

Surprise? I can smell something exciting. Ini yang buat aku lemah! Ellai tahu sangat macam mana nak menyejukkan hati yang sedang panas mendidih.

“Betul ke ada surprise? Kalau I cuba teka.” Aku memastikan tawaran Ellai. Telefon bimbit di tangan, dipegang lebih kejap.Teruja!

“Kalau mainkan I sekali lagi kamu siap nanti Ellai, lima hari hilang, senyap sahaja, you tak answer my call and reply my SMS too.” Aku menyambung. Meluahkan amarah yang sedang menggelegak.

“So sweet, my Lovely Bulan must be missing me a lot than. Agaknya banyak mana perasaan rindu, my Lovely Bulan untuk I?” Terkoyak luas senyuman maut Ellai, rasa tak sabar untuk memeluk si jantung hati setelah lima hari tidak menganyam kasih.

“Ellai, you ni suka tau tak dera perasaan I? Dah rasa tak bernyawa! Siksa tak tertanggung! Lain kali kalau macam ni baik you matikan dulu perasaan I ni.” Aku ayun kaki ke hulu ke hilir. Tidak tentu hala. Rindu tahap gaban!

“Hey baby! Chill up okay! I make it up for you. Just guest where am I now. And you will get your surprise my Love.”

“I tak bela toyol okay! Macam mana I nak tau you ada dekat mana. But as for fun I guest, may be you balik kampung kut?” Aku cuba bagi muka sikitlah tak banyak mana, masih sakit hati. Ada ke patut suruh teka, ingat apa aku ni jenis orang yang membela toyol ke.

“That is my sweet Lovely Bulan. The answer is wrong, but as promised, you still going to get your surprise. Later your cousin, Bungan will bring it to you. I hope you like it. Can’t wait to see you soon....” Kejutan tersebut, Ellai mesti kena bagi. Tidak betah lagi menanggung rindu yang setinggi puncak Himalaya.

“Ehhh! Why nak kena wait for Bungan. You tak boleh bagi tahu dulu ke? I am feeling excited now Ellai. Tak baiklah you dera I macam ni.”

“No, I woundn’t tell you. Kalau I bagi tahu. It’s not fun okay. I know you will love it. Just prepare yourself. I’ll meet you soon my Dear.”

“Okaylah in that case, what to do, I sabar sahajalah, tunggu Bungan bagi the surprise.”

Aku tekan butang 'Off' hand phone, di masukkan semula ke dalam Sling bag LV.

"Kak Bulan!" Dari jauh Bungan memanggil. Berjalan tergesa-gesa ke arah aku.

Aku mematungkan diri, menunggu Bungan menghampiri.

'Cepat juga budak ni sampai. Membawa kejutan itu, kut?' Minda aku berteka-teki.

"Ada apa Bungan?" Aku menyoal Bungan, setelah dia berdiri sambil tercunggap-cunggap di depan.

"Kura-kura dalam perahu, sudah tahu bertanya pula" Bungan cuba melawak denganku. Senyuman lebar, mempamerkan lesung pipi di ke dua belah pipinya.

'Sepupu aku ini, sungguh cantik!' Sempat pula aku memujinya dalam hati.

"Akak tanya pasal apa, ni? Dari jauh menjerit panggil, Akak... Tak baik anak dara, terlolong memekik macam tu." Aku menegur tindakan Bungan tadi. Terlalu 'brutal' sangat lagaknya tadi.

"Alaa... Akak janganlah marahkan Bungan. Bungan cuma excited nak bagi benda ni saja kat, Akak."

Bulat mata aku bila Bungan menyuakan kertas putih serupa tiket kapal terbang.

"Aihhh! Apa ni Bungan? Tiket untuk sapa ni?" Dalam keadaan terkejut aku membelek tiket tersebut, yang pelik atas nama aku dan distinasinya adalah Bali.

"Why? Terkejut ke?, tadi pun Bungan rasa terkejut juga masa Abang Issac memberikan tiket ini untuk diserahkan kepada Akak. So macam mana nak pergi ke tidak?"

Terbeliak biji mataku bila Bungan bertanya. Hisshhh... Siapa yang hendak menolak rezeki yang datang tergolek-golek macam ni.

"Sibuklah kamu ni Bungan. Ikut suka Akak, tengok mood macam mana." Aku cuba berdalih. Padahal dalam hati hanya empunya badan yang tahu... Melompat sampai ke langit!

Bungan mencebik. Tak puas hati dengan jawapan aku.

"Mana boleh macam tu Kak, Bungan pun kena tahu juga."

"Kamu tu masih mentah lagi Bungan, jangan masuk campur hal Akak dengan Abang Ellai."

"Mestilah Bungan kena tahu, Akak kan sepupu Bungan, kalau ada apa apa kan senang Bungan tolong cover Akak." Bungan cuba membeli jiwa aku. Tahu sangat dengan sikap manjanya.

"Nantilah tengok macam mana, kalau Akak ada rasa hati hendak pergi, Akak naik sahajalah kapal terbang, tiket dah ada kan?" Kening aku jongketkan sekadar mengusik Bungan.

"Yalah. Apa pun be safe with that King of Kasanova." Dia mengerling jam tangannya, menandakan sudah sampai masa untuk kelas yang berikut nya.

"Kelas nak mula dah ke?" Aku bertanya.

Bungan menggangguk.

"Saya minta diri dulu. Enjoy yourself... Bungan tahu mesti, Akak akan pergi juga." Dia melangkah laju meninggalkan aku bersama sekeping tiket kapal terbang itu.

"Bungan!"

Panggilan aku, membuat Bungan menghentikan ayunan langkahnya. Dia memusingkan badan tinggi lampainya. Serta mengoyak senyuman manis yang menampakkan kedua dua lesung pipinya.

"Ya, Akak. Kenapa panggil, Bungan?" tanya Bungan yang masih tersenyum manis dengan kedua lesung pipi terserlah indah.

Aku terkesima. Lesung pipinya memukau setiap kali mata aku memandangnya.

"Dengar kata, kamu 'date' dengan seseorang, boleh Akak tahu dengan siapa?" Aku merenung cuba untuk mengesahkan desas desus berkenaan adik sepupu aku yang baru masuk program matrikulasi di tempat yang sama.

"Ohh, bukan sesiapa pun. Not important to me at all. Lagipun saya tengah tunggu offer untuk kursus yang lain. He is... just for fun probably!" Jelas Bungan.

'Adoii macam mana Akak Bulan boleh tahu benda macam ni? Ingatkan dia cuma tahu benda disekitarnya sahaja.' Bungan bermonolog sendiri.

"Just take care of yourself Bungan, be careful with your step, Sis." Aku menitipkan pesan kepada Bungan. Aku tahu, Bungan agak liar tetapi teramat bijak.

Umur Bungan baru mencecah lapan belas tahun. Namun dia telah menginjak kaki ke menara gading. Semalam, Inak Unyie  memberitahu aku, perihal Bungan. Terpilih untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Edinburgh di Scotland untuk belajar dalam bidang perubatan.

"And you will recieve your surprise soon Sis." Aku menggenyit kening serta tersenyum penuh makna. Pasti Bungan akan mendapat berita yang mengujakannya.

Mengekek Bungan ketawa bila melihat Bulan cuba mengenakannya.

"Okaylah Akak, I really have to go, my class is going to start, about anytime. A surprise for me too Kak!" Sambil menggeleng, Bungan sekali lagi melangkah dengan momentum maksima. Padanya, tutur kata aku, dianggap sebagai usikkan biasa sahaja.

Aku mengalihkan badanku dari terus memandang langkah Nur Jaziera Bungan. Nyanyian NYSC mendendangkan lagu Gone menjerit keluar dari arah dalam Sling bag LV yang masih tergantung di bahuku. Aku tetapkan langkah dengan tangan kiriku cuba meraba Nokia N92.

"Hi! Dah jumpa Bungan?"

"Ha ahh! She just left me for her's afternoon session class." Kaki masih aku hayun juga menuju asrama.

"So... How? Do you like it? It's Bali and I am waiting for you to come here."

Bibir bawah ku gigit senget cuba untuk menimbangkan 'surprise' dari Ellai. Hendak ditolak macam tak logik. Rugi beb tiket free, bila lagi boleh pergi ke Bali. Tawaran yang amat menarik. Tambah perencah dengan perasa rindu! Huhhhh payah!

Nafasku hempas lembut.

"Arrr... When you going to be back from Bali?" Mana tahu, kalau dia balik dalam sehari dua ni tak payahlah aku hendak mengendeng si Ellai di sana. Buang masa sahaja. Pungkuk pun tak panas lagi dah nak balik.

"About a week my Love. If you never come, I meet you in a week time then." Hehehe... Ellai kelentong Bulan, tak banyak sedikit sahaja.

Aku gigit bibir. Satu minggu lama sangat! Bagaimana harus aku menahan rindu yang semakin subur?

"Eeeee...pasal apa lama sangat tu? Missing you a lot, you know."

"That is the reason I bought the ticket for you. Joint me here, please? You know... just me and you... spending a quality time together." Pujuk Ellai.

Aku gigit bibir lagi. Ligat memikirkan tawaran dari Ellai.

"Ohhh... Really in that case I'll be there. Just hold on for me."

Terpaksa juga lah ikut 'surprise' Ellai tambah dalam hati pun memang teringin hendak ke Bali... Umpama sudah mengantuk disorongkan bantal.

"That is my Baby! I'll see you here than. Take care. Love you... muaaahhh." Ellai sudah melompat! Teruja! Rancangan menjadi.

Aku menggulum senyum mendengar kegembiraan Ellai di sana...

"Ya see you there! Love you too... bye." Aku putuskan talian. Telefon bimbit dari jenama Nokia dilempar ke dalam Sling Bag LV.

Pintu bilik asrama aku tolak perlahan. Sinar cahaya mata teruja aku bertembung dengan rakan sebilik.

"Hi! Ceria semacam ni. Dah berhari-hari aku nampak muka ni moyok. Apa cerita?"

LV aku letakkan di atas kerusi. Tiket kapal terbang ke Bali tadi aku tunjukkan kepadanya.

"Wow! This is awesome. Esok lagi tu...."

Aku mengganguk.

"Sanggup tuang kelas?"

Aku mengganguk lagi.

"Ni, tak main-main kan? Seriously nak kahwin?"

Aku mengganguk lagi. Mata berkelip-kelip.

"Dah bagi tahu orang tua?"

Aku mengeleng-geleng.

"Kena bagi tahu. Kita ni perempuan. Lelaki tu pula raja kasanova di seluruh kampus kita ni. Anak Datuk pula tu. Tak takut dia permainkan awak, Bulan? Banyak yang saya dengar dia ni suka mainkan perempuan. Makan, pakai lepas tu buang." Panjang lebar nasihat yang sering kali bermain di mulutnya.

Mata aku bertaut dengan wanita bertudung labuh itu. Perempuan Melayu yang cukup rendah diri. Di dalam bilik ini, dia bagaikan Kakak dan Ibu aku. Tidak pernah lekang dengan ingatan duniawinya.

"I'll try my luck, Zana. I am deeply in love with him. Tak boleh nak dipisahkan. Dah kena 'glue' dengan gam gajah." Aku tersenyum. Badan aku, disandarkan di bahunya.

Dia mengelus lembut rambut lebat aku.

"Kena ingat, Bulan. Bila bercinta semuanya nampak indah. Seperti nama awak... awak seorang wanita yang cantik, bijak, pandai dan berpelajaran. Jangan silap pertimbangan disebabkan nafsu semata-mata."

Aku mendiamkan diri. Ada benarnya kata-kata sahabat aku ini.

"Saya orang Islam. Jadi hidup saya berlandaskan agama. Tahu halal dan haram. Saya nak nasihat awak lebih-lebih pun tak boleh...." Lembut dia menuturkan kata-katanya.

"Suzana Mardiah, sudah tiga tahun kita sebilik. Awaklah yang paling banyak tahu mengenai perasaan saya. Dalam bilik ini kita bagaikan adik dan kakak. Saya orang Kristian dan awak, Muslim. Dan... saya terlalu hormatkan awak, Zana. Sebagai sahabat yang banyak menegur khilaf saya."

"Sebagai seorang sahabat saya wajib memperingatkan awak, Bulan. Kadang kala terlampau taksub dengan cinta Ellai. Saya minta maaf kalau terlalu menyibuk dalam hal awak."

Aku menoleh kepada Zana.

"Saya tak pernah tersinggung, Zana. Amat saya hargai sekali. Teguran awak, menyedarkan ketelanjuran saya. Lagipun, Ellai berjanji untuk menikahi saya, hujung tahun ini."

Dia tersenyum lembut. Terserlah manisnya. Menyejukkan mata yang memandang. Dia wanita yang punya prinsip tersendiri. Sukar untuk aku adaptasikan.

Suzana Mardiah, tergolong di dalam kategori orang-orang yang beriman. Tetapi, dia tidak pernah berpaling meninggalkan aku yang kadang-kadang hanyut dalam dunia cinta, Ellaijah Francis.

"Syukur, Alhamdullilah... lega telinga saya mendengar." Zana menadah tangan... "Saya doakan yang terbaik bagi awak dan Ellai." Sambung Zana.

Aku paut kejap badannya.

"Thanks, Zana. Awak kawan aku dunia dan akhirat."

"Bulan, saya keluar kejap. Berjemaah di Surau. Awak tak nak ikut saya?" Dia ukir sebuah senyuman ikhlas. Aku seperti biasa... Soalan itu sudah lali menyapa halwa telinga aku.

"Tak apalah, Zana. Hidayah belum milik saya." Kata aku. Mengusik wanita itu.

"Saya doakan, semoga awak akan bertemu hidayah... Tidak pernah berhenti selagi nyawa di kandung badan." Dia kedipkan matanya. Pintu bilik kami ditutup rapat.

Aku mengeleng-geleng. Usikan seperti itu tidak pernah berhenti dari hari pertama kami sebilik. Semakin aku mengenalinya semakin aku kagum dengan dia. Bersembahyang melebihi lima waktu. Tengah-tengah malam pun aku nampak dia bersujud di depan sejadah. Petang kalau ada kelapangan mesti dia akan mengalunkan ayat Al Quran. Gemersik suaranya sungguh merdu dan penuh syahdu. Aku mendengar, penuh kusyuk. Aku tidak mengerti... tetapi aku sangat kagum!