Sunday 15 February 2015

Nafas Cinta Bab 10

Keadaan penuh sesak di klinik neurologi menyukarkan Suffian Ilhan menyaingi langkah panjang Maximus Randell. Bila ramai kanak-kanak yang memenuhi ruang menunggu, perlu pula memberi tumpuan kepada mereka. Takut tersilap langkah terlanggar kanak-kanak istimewa yang berada di situ.

"Hey! Max... slow sikit."

Maximus Randell memperlahankan ayunan kakinya. Menunggu Suffian Ilhan sebelum menolak pintu bilik Doktor Weanie. Besar harapannya agar Doktor Weanie boleh memberi kerjasama.

Selepas sepasang suami isteri membawa anak mereka keluar dari bilik Doktor Weanie Teh, pantas Maximus Randell mengetuk pintu lalu terus menerjah masuk.

"Hi, Doktor...."

Terkejut Doktor Weanie, tiba-tiba dia nampak kelibat Maximus Randell menerpa masuk tanpa kebenaran. Cermin mata tebal dipaut oleh Doktor Weanie ke bawah. Setelah pasti, dia naikkan semula.

"Yes! Hi, Max... apa cerita? Masuk ikut dan sahaja."

Maximus Randell tersenggih sambil mengurut urat belakang tengkuk. Suffian Ilhan pula terpinga-pinga. Tukang ikut dari tadi.

"Saja, singgah jumpa you."

Doktor Weanie paut ke bawah semula cermin mata tebalnya. Memastikan tahap kebenaran ayat Maximus Randell.

"Saja singgah atau ada apa-apa yang you nak minta tolong?"

Tebakan tepat Doktor Weanie membuatkan Maximus Randell tersenggih lagi....

"You ni Doktor ke ahli nujum? Tahu I nak minta tolong."

"Oh, Max... I know you very well. Dari cara you masuk tadi... I dah dapat agak mesti ada benda penting yang you nak bincang dengan I. So, what is it?"

"Can we sit first?" So Maximus Randell.

Doktor Weanie memperbetulkan kedudukan kaca matanya semula.

"Yes... have a sit. Bila balik?"

"Minggu lepas."

"What bring you here? I mean tinggalkan kerja you di KL?"

"It's my mum. She passed away last week."

"Oh, I am so sorry to hear that... anyway what bring you here, to my clinic hours?"

"I perlukan pertolongan you...."

"What kind of help, Max? Apa yang I boleh tolong I akan cuba tolong. Asalkan bukan melanggar etika kerja."

Anak tekak Maximus Randell bergerak laju. Dia cuba mengawal perasaan sambil mencari ayat yang sesuai untuk dikemukakan kepada Doktor Weanie. Penting sekali, dia tidak boleh gagal meyakinkan Doktor Weanie.

Doktor Weanie paut cermin mata ke bawah semula. Lain benar bahasa badan Maximus Randell pada penglihatannya.

"Ada apa, Max?"

"Hurmm!" Naik, turun biji halkum Maximus Randell. Suffian Ilhan yang dari tadi mendiamkan diri dijeling sekilas.

"I nak minta tolong...." Maximus Randell tidak mampu menghabiskan ayatnya.

"Yes, Max?" Soal Doktor Weanie Teh.

"Hurmm... you ada tak patients bernama Cattleya Orked?" Senafas Maximus Randell menuturkan soalannya.

Doktor Weanie Teh naikkan semula cermin matanya. Tegang sedikit wajahnya pada ketika itu. Maklumlah berkenaan soalan Maximus Randell adalah salah dari etika kerja mereka.

"I tahu, soalan saya tadi adalah salah di sisi undang-undang kerja kita. Tapi... sebagai seorang Doktor you boleh share kes Leya dengan I?" Tegas Maximus Randell menyakinkan Doktor Weanie.

"Kenapa you nak tahu hal budak ini? You bukan Doktor bertugas di hospital ini."

Maximus Randell melakarkan senyuman kecil. Berbunga-bunga dihatinya, daripada soalan Doktor Weanie dia sudah mendapat jawapan yang dicari. Ya, Cattleya Orked adalah salah seorang pesakit Doktor Weanie Teh.

"Jadi memang betul, Cattleya Orked under your supervise?"

"You jawab dulu soalan I." Tegas Doktor Weanie Teh.

Maximus Randell senyum lagi.

"Leya anak I, Weanie."

Tersandar Doktor Weanie Teh mendengar pengakuan yang tidak diduga olehnya. Patutlah, selama ini Cattleya Orked cuma ditemani oleh Ibu... Itupun sudah lama dia tidak melihat Madeline Sumang datang bersama anak-anak semasa rawatan susulan atau semasa Cattleya Orked dimasukkan ke wad kecemasan.

Kebelakangan ini, semasa Cattleya Orked datang untuk rawatan susulan, sentiasa ditemani oleh Pakcik dan Makcik saudara. Hendak bertanya, rasa bukan urusan dia untuk mengambil tahu perihal rumah tangga Madeline Sumang.

"Mana, Puan May? Lama I tak nampak dia?"

Berubah wajah teruja Maximus Randell bila mendengar soalan, berupa khabar tidak menyenangkan hati. Sepatutnya dia yang harus mengusulkan soalan berkenaan Madeline Sumang kepada Doktor Weanie!

"I jumpa you pun pasal I nak tahu alamat rumah May dan anak-anak serta sedikit info mengenai diagnosis Leya."

Meja Doktor Weanie The masih belum dikemas sepenuhnya semasa Maximus Randell dan Suffian Ilhan menerjah masuk. Buku-buku berkaitan pesakit tersusun bertingkat di sudut meja. Salah satu daripada buku catatan mengandungi nama Cattleya Orked Madeline Sumang. Suffian Ilhan nampak tetapi mengambil keputusan berdiam diri. Sekali sekali, dia menjeling ke arah Maximus Randell yang sedang sibuk berbincang dengan Doktor Waenie Teh. Dia tidak berapa pasti, sama ada Maximus Randell telah melihat apa yang dilihatnya ketika itu.

“Look, Max… you tahu procedure kerja kita. Susah bagi I nak dedahkan identiti pesakit tanpa persetujuan dari pihak pesakit.” Bantah Doktor Weanie. Rasa terkejut mengenai pengakuan Maximus Randell pun belum hilang, ditambah lagi dengan permintaan yang agak sukar untuk dia tunaikan. Cukup tertekan, Doktor Weanie!

“Weanie, please… I perlukan sedikit information mengenai mereka.” Pujuk Maximus Randell. Tidak mungkin dia akan mengalah sebelum mencuba sedaya upaya. Mimpi semalam masih jelas di dalam kotak ingatan. Soalan Weanie, berkemungkinan besar berkaitan rapat dengan anak-anak.

Doktor Weanie Teh merenung tajam anak wajah tertekan Maximus Randell. Amat jelas pada pengamatannya bahawa Maximus Randell bersungguh-sungguh menginginkan permintaannya.

“Apa bukti, yang mereka adalah anak-anak you, Max? Setahu I, dalam buku pendaftaran Leya, nama you tidak ditulis.”

Suram riak wajah Maximus Randell. Terguris rasa hati mendengar soalan dari Doktor Weanie Teh. Salah dia juga menyebabkan namanya tiada di dalam sijil pendaftaran kelahiran anak dan My Kid. Hakikatnya dia hanyalah bapa biologi kepada anak-anak Madeline Sumag. Bukan bapa secara bertulis di dalam kertas.

“I am their biological father.”

“Hahh?!” Terkejut sekali lagi Doktor Weanie Teh.

“Yup… I had a very closed relationship with May before they were born.”

“It’s doesn’t prove, they are yours.” Doktor Weanie Teh masih mahu menduga penjelasan Maximus Randell. Mempunyai sejarah hubungan rapat satu ketika dahulu, tidak dapat membuktikan bahawa anak-anak Madeline Sumang adalah anak kepada Maximus Randell juga. Anak-anak itu boleh juga anak lelaki lain. Dia perlukan fakta, bukan pengakuan mulut semata-mata.

“Oh, please Weanie… they  are mine. I know, May… no one else in between her and me.” Sakit, sangat-sangat sakit hati Maximus Randell menuturkan ungakapan ayat mengenai kesetiaan Madeline Sumang. Ya, dia tahu, sangat-sangat tahu bahawa tiada lelaki lain di dalam hati Madeline Sumang. Cuma… dia begitu kejam melukakan hati si kekasih yang begitu setia.

Menggeleng-geleng Doktor Weanie Teh. Pada fikirannya… kenapa harus kekeliruan ini terjadi, andai masing-masing saling menyintai?

“I tak tahu apa yang terjadi diantara you dan May. But… bila melibatkan anak-anak, terutama masih kecil dan berkeadaan seperti Leya, I tak boleh bertolak ansur, Max.”

Maximus Randell ketap bibir. Dia dapat mengagak Doktor Weanie Teh tidak akan memberi jalan mudah.

“Tolonglah, Weanie… Kalau sebagai bapa saya tidak berhak, bagaimana pula sebagai seorang rakan rakan di dalam bidang yang sama. I need to know about Leya. Perlu sangat-sangat.”

Tajam panahan mata Doktor Weanie merenung wajah murung itu. Timbul pula perasaan simpati terhadap permintaan Maximus Randell. Tetapi, bagaimana pula mengenai prinsip kerjanya? Lantas dia bangun….

“I nak ke tandas sekejap….”

Doktor Weanie Teh memandang sekilas ke arah Suffian Ilhan. Dari tadi dia tahu, Suffian Ilhan merenung buku catatan Cattleya Orked. Dia faham maksud renungan mata Suffian Ilhan. Buku catatan yang mengandungi butir-butir terperinci mengenai Cattleya Orked diketuk oleh Doktor Weanie Teh. Senyuman kecil Suffian Ilhan tidak dibalas olehnya. Cukup sekadar memaksudkan tindakan dia meninggalkan mereka buat sementara.

Tindakkan sepontan Suffian Ilhan mengambil buku catatan Cattleya Orked setelah Doktor Weanie Teh pergi ke tandas, mengejutkan Maximus Randell.

“Max, bagi telefon you, cepat!” Arah Suffian Ilhan.

Tambah keliru bila, Suffian Ilhan meminta telefon bimbitnya…

“Pian, nak buat apa?”

“Diam, cepat ambik gambar! Video pun boleh ambik juga.”

Bulat mata Maximus Randell mendengar arahan tak masuk dek akal….

“Eh! Pian, salah buat benda macam ni.”

Suffian Ilhan tidak mengendahkan bantahan Maximus Randell. Padanya, cukup jelas bahasa isyarat yang telah ditunjukkan oleh Doktor Weanie Teh.

"Diam la... ikut dulu cakap I."

Ligat tangan Suffian Ilhan menyelak helaian buku catatan Cattleya Orked. Maximus Randell membantu usaha Suffian Ilhan walaupun hati tidak berapa bersetuju.

"Dapatkan setiap info yang you nak. Kita ambik gambar dulu. Balik nanti you boleh kaji sendiri." Usul Suffian Ilhan.

Maximus Randell jeling Suffian Ilhan. Walaupun tidak berapa bersetuju, namun usaha Suffian Ilhan adalah satu-satunya cara paling cepat untuk dia menjejaki Madeline Sumang dan anak-anak.

"Untung, juga I ajak you tadi. Panjang akal!"

"Tunggu dia nak bagi, sampai bila-bila pun you tak akan dapat apa-apa." Tutur Suffian Ilhan merujuk kepada prinsip kerja Doktor Weanie Teh.

"Ini pun kira dah bagus, dia tinggalkan kita bersama buku catatan, Leya." Sambung Suffian Ilhan.

"Eh, cepat la... nanti dia masuk!" Gesa Maximus Randell. Dari tadi dia menjengguk-jengguk ke arah pintu bilik Doktor Weanie Teh. Perasaan takut ‘tertangkap’ tetap membelit tangkai hati. Semakin laju juga dia mengambil gambar serta video laporan perubatan Cattleya Orked.

Sepintas lalu dia cuba memahami kisah Cattleya Orked. Catatan kemas memudahkan kerja Doktor untuk membuat rujukkan. Tertulis jelas bahawa Cattleya Orked lemas semasa lahir kerana keadaan terlalu lemah Madeline Sumang selepas melahirkan Carl Blume. Akibat lambat dilahirkan, otak kiri Cattleya Orked rosak dan menyebabkan separuh badan iaitu sebelah kanan Cattleya Orked lemah. Dia juga sering diserang sawan dan sistem imun badan pun agak rendah jika merujuk kepada tulisan Doktor di atas kertas ini.

‘Leya, tak berapa sihat, Pian.”

Suffian Ilhan melihat sama kertas di tangan Maximus Randell. Tetapi… sepatah perkataan pun dia tak erti hendak membaca.

“Patut lah, bila tulisan buruk, orang selalu kata… macam tulisan doctor.” Omel Suffian Ilhan perlahan.

Maximus Randell menoleh kepada Suffian Ilhan. Tersenyum nipis.

“Tak boleh baca?”

Suffian Ilhan menggeleng.

“Tak apa, nanti, I cerita.”

“You tak cerita, I akan tanya jugak. Ambik resiko besar selongkar record Leya, tak akan tak nak tahu pasal dia.” Jawab Suffian Ilhan.

“Tau… dah habis, kita snap gambar?” Soal Maximus Randell.

“Ada lagi, dua, tiga keping….” Tutur Suffian Ilhan sambil tangan laju mengambil gambar beberapa helaian terakhir.

“Err… alamat May, dah jumpa?”

“Dah, muka surat pertama dah ada alamat May.” Jawab Suffian Ilhan lalu menyemak semula gambar yang diambilnya tadi.

“Confirm, ya?” Ulang Maximus Randell.

Gambar di dalam telefon bimbit ditunjukkan oleh Suffian Ilhan kepada Maximus Randell.

“Ni, alamat….”

“Okay… kita kemas semula record ni.” Laju Maximus Randell menyusun dan diletakkan di dalam keadaan asal semula buku catatan Cattleya Orked.

Saat mereka duduk di kerusi setelah ‘kerja’ mereka selesai, pintu depan terbuka. Doktor Weanie Teh melangkah masuk samba melakarkan senyum nipis.

“Sorry, lambat sikit. Dekat mana kita berhenti, tadi?

“I nak tahu keadaan, Leya. Kalau boleh… sedikit info mengenai May.” Pinta Maximus Randell. Walaupun dia sudah melihat catatan perubatan Cattleya Orked tetapi lebih baik Doktor Weanie Teh menerangkan serba sedikit mengenai keadaan  Cattleya Orked.

“Right Hemipelgia.” Jawab Doktor Weanie Teh sepatah.

Suasana di dalam bilik senyap seketika. Suffian Ilhan kurang faham mengenai masalah Cattleya Orked. Apa yang dia nampak, budak itu berada di dalam ‘baby stroller.’ Kalau sihat, boleh berjalan… pasti budak dalam sebayanya tak akan duduk diam.

“Kenapa dengan Leya, Doktor.” Soal Suffian Ilhan kepada Doktor Weanie.

“I think, Doktor Max can explain to you, later….” Putus Doktor Weanie sambil menoleh ke pergelangan tangannya.

Maximus Randell bangun, dia dapat merasakan bahawa mereka telah mengambil banyak masa Doktor Weanie Teh. Padahal di luar masih ramai pesakit menunggu giliran mereka.

“Maaf, Weanie, kami dah curi masa you… anyway thank you.”

“Oh, no problem, Max… and about May, I betul-betul tak tahu di mana dia sekarang. Leya pula… keadaan sekarang semakin baik. Tolerate with latest AED.”

Maximus Randell menganguk.

“Makan, minum… dia okay?”

“She is fine, all good… Cuma dia kena buat banyak terapi. You understand what I meant?”

“Yes, Weanie… I faham. Kanak-kanak CP memerlukan banyak terapi anggota badan, cara kerja dan pertuturan.”

“So, I hope you boleh jumpa May dan anak-anak dalam masa terdekat.”

“Thank you again, Weanie… we shall make a move now dan kalau tiada aral, I akan join you di sini….”

Lebar senyuman Doktor Weanie Teh… Berita gembira buatnya. Ramai rakan sekerja akan meringankan sedikit kerja mereka.

“Oh! Good to hear… so, when you will be here?”

“Memandangkan hal tak dijangka ini, as soon as possible I akan minta pihak atasan usahakan urusan transfer and I hope you… boleh simpan hal ini dahulu.”

Doktor Weanie menganguk. Bukannya susah sangat. Setakat mengunci mulut mengenai perihal yang belum cukup bukti bagi pendapatnya.

“Jangan risau, Max… your secret are safe with me.”

Maximus Randell bersalam dengan Doktor Weanie Teh.

“Thanks again, Weanie….”

“Welcome… See you soon.”

Seiringan Maximus Randell melangkah cepat bersama Suffian Ilhan tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling mereka. Tujuan mereka cuma satu iaitu menjejak alamat rumah Madeline Sumang seperti yang mereka ‘curi’ tadi. Maximus Randell membalingkan kunci pajero kepada Suffian Ilhan. Mujur Suffian Ilhan menyedari, lalu ditangkapnya kunci di atas angin sepantas kilat.

“Tadi kan, I dah drive dari kampung.” Bebel Suffian Ilhan.

Acuh tak acuh Maximus Randell membuka pintu sebelah penumpang. Tanpa membuang masa lalu dia duduk di situ. Membiarkan runggutan Suffian Ilhan berlalu dibawa angin.

“Drive sahaja la, Pian.”

Sambil menghidupkan pajero, Suffian Ilhan menghantar satu jelingan tajam ke arah wajah Maximus Randell. Ikutkan hati, malas sungguh hendak memandu. Tetapi apa dayanya, keadaan tegang pagi tadi dan sekarang menyebabkan Maximus Randell tidak boleh fokus semasa memandu. Demi mencegah keadaan yang tidak diingini lebih baik Suffian Ilhan pegang stereng kereta.

“Makan dulu, Pian?”

“Aikk? Pandai lapar pula, ya?” Perli Suffian Ilhan.

Maximus Randell diam. Tidak ada hati untuk melayan usikan Suffian Ilhan. Dalam kepalanya penuh sesak dengan persoalan Madeleine Sumang dan anak-anak.

“Kita makan dulu, kita tak tau betul ke tidak alamat May. Kelmarin I nampak Evelyn di area Stutong. Tapi alamat May ada di kawasan Bau. Mana satu betui pun tak tahu. Tambahan perut lapar, satu apa pun tak boleh fikir.”

Suffian Ilhan pusingkan stereng kereta mencari tempat untuk mereka berhenti untuk makan tengah hari.

“Jadi, lepas ni kita nak ke mana, Max? Stutong atau Bau.”

“I rasa kita ke Bau dahulu… kat Stutong I tak ada alamat yang tepat... banyak masa terbuang nanti. Mana tahu, May bersembunyi di Bau.”

Usulan Maximus Randell masuk akal pada pendapat Suffian Ilhan. Lagipun, itu sahaja klu yang mereka ada buat masa sekarang. Tetapi, betulkah begitu?

“Sampul dalam kotak arwah Mak Long, dah jumpa?”

Maximus Randell tersedar bahawa dia sudah terlupa berkenaan perbincangan mereka malam tadi. Ya, dia sudah lupa, benar-benar lupa mengenai sampul surat arwah Mak. Sunggul dia melurut rambut ke belakang tengkuk.

“No, I lupa pasal sampul tu.”

“Jadi, tak cari lagi?”

Maximus Randell tidak menjawab soalan Suffian Ilhan. Dia diamkan sahaja. Esok atau malam nanti kalau sempat dia akan cuba mencari sampul surat yang dimaksudkan oleh Lisa Mary.

To be continue... Enjoy Reading

No comments:

Post a Comment