Sunday 8 February 2015

Nafas Cinta Bab 4

Lama Maximus Randell merenung kotak pewter tersebut. Sesekali dia menjeling kepada Lisa dan George yang mendiamkan diri dari tadi. Apa pula isi kandungan kotak pewter milik Mak?

Lisa kemam bibir. Teragak-agak dia ingin memuntahkan beberapa soalan kepada Maximus. Selama ini, dia mendiamkan kerana menghormati permintaan Mak. Tidak ingin Mak terluka atau risau mengenai Maximus.

"Max, Akak nak tanya soalan? Tapi Akak tak nak Max marah Akak pula."

Maximus meletakkan kotak tersebut di atas meja kopi di hadapan mereka. Soalan Lisa mengundang minatnya.

"Akak, tak tanya lagi... mana tahu saya akan marah."

"Soalan ini agak sensitif. Akak harap Max tak marah, ya."

"It's depends on the question, Kak."

George pegang lembut tangan Lisa. Dia dapat merasakan apa yang bakal disoal oleh Lisa. Sama seperti Lisa dia ingin mendengar penjelasan Maximus. Sudah sampai masanya mereka memperbetulkan tanggapan Maximus.

"Pasal, May." Soal Maximus lirih. Dia dapat menghidu hala tuju soalan yang bakal dikemukakan oleh Lisa dan George.

Kedua mereka mengangguk.

"Apa yang kamu berdua nak tahu. Setahu saya, cerita kami sampai setakat itu sahaja. Ia habis semasa saya tinggalkan dia."

Pintas George.

"Wait, Max... Hari tu, kan I dah bagi tau. Habis bagi you, bagaimana pula dengan May."

"Anak dara orang, jangan buat main, Max. Bila suka pakai, tak suka buang." Lisa pula menyerang Maximus.

Menyirap darah panas Maximus mendengar tuduhan Lisa Mary. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk mempergunakan Madeline Sumang. Apatah lagi sebagai pelempias yang satu itu.

"Kakak, be careful with what you said! Jangan naikkan darah saya."

Lisa Mary membeliakan biji mata.

"So, tell me... you tak pernah tidur dengan dia. Than, Akak akan lega bahawa anak yang May kandung bukan anak kamu."

Naik kedua cuping telinga Maximus. Pedas sungguh, perangkap maut Lisa Mary.

"Kenapa diam? Tak buat? Atau tak nak mengaku?" Asak Lisa Mary lagi.

Maximus meramas belakang tengkuk. Mencari ayat yang sesuai untuk dikongsi bersama Lisa dan George.

"Itu rahsia saya dengan May, Kakak." Hampir tak kedengaran bunyi suara Maximus Randell meluahkan perasaannya.

George memandang tajam anak mata Maximus. Dia lelaki, boleh mengagak bahawa jawapan Maximus tadi adalah pengakuan Maximus.

"Jadi, saya andaikan... kamu pernah bersama, May?" Soal Lisa Mary.

Maximus mendiamkan diri. Tidak mampu menidakkan kata-kata Lisa.

"Lisa, honey... you tahu his answer and the truth is Mak tak nak terima, May." George mencelah perbincangan dua beradik tersebut.

"Why, Max... buat May macam tu. Anak itu Akak rasa memang anak Max. Entah kat mana pula mereka sekarang? Mesti budak tu dah besar. Tak silap, masuk empat tahun umur dia. Tak nak anak tak apa Max, bagi kat Akak pun tak apa. Akak boleh bela...." Bebel Lisa dalam sedu sedannya. Mengogoi Lisa menangis di hadapan George dan Maximus.

"Menanggis terguling-guling May masa tu merayu, Mak. Nak sangat dia alamat Max. Dia perlukan terangkan sesuatu kepada Max. Hal apa, dia tak nak bagi tahu." Sambung Lisa dalam esakkan.

Maximus diam sahaja. Membiarkan Lisa meneruskan ceritanya.

"Akak rasa, mesti May nak bagi tahu yang dia sudah berisi sebab itu dia malukan diri sendiri datang ke rumah kita. Ya la... orang tak sudi pipi pula masih tersorong-sorong. Hanya perempuan yang terdesak akan berbuat begitu, Max. Kalau tak terdesak dia tak akan merayu macam orang gila." Jelas Lisa panjang lebar. Airmatanya masih lebat gugur menuruni pipinya.

"Hanya sekali sahaja, Kak." Lurus bendul Maximus menjawab si kakak.

Senget kepala George mendengar jawapan Maximus yang tak masuk dek akal.

"What?"

Maximus mengangkat kedua belah tangannya. Reaksi spontan mendengar jeritan padu George.

"You are such a fool man, Max!"

"Hey!" Pintas Maximus.

George memperbetulkan kedudukan. Topik perbincangan mereka sudah menghangatkan seluruh badannya.

"What kind of Doctor are you, Max? Tak akan dah lupa. Sekali atau beribu kali... kalau dah nak jadi manusia, tak ada siapa boleh menghalang."

Terkebil-kebil Maximus mendengar ceramah percuma George Ralph. Timbul perasaan malu pun ada. Ya la... Tak akan dia sudah lupa, siapa dirinya pada saat ini? Seorang Doktor Pakar dan lelaki matang!

"Entah kat mana kamu letak akal, Max. Belajar tinggi, tapi... macam ni pula jadinya. Sekarang apa kamu nak buat? Akak nak tahu...." Bentak Lisa sambil menyapu sisa airmatanya.

"Tak tahu lagi... lagi tiga hari saya nak balik KL." Jawab Maximus.

"Jangan lupa uruskan hal ini. Bersihkan nama Madeline.  Malu betul Akak nak mengangkat muka bila berjumpa dengan adik beradik, May." Arah Lisa.

Maximus memicit urat tengkuk. Berat sangat arahan Lisa. Dimanakah tempat untuk dia memulakan pencariannya? Bukannya dia tahu tempat tinggal Madeline Sumang sekarang. Kalau tahu sekalipun, mampukah dia bersemuka dengan dia?

"Arahan, Mak?"

George dan Lisa Mary serentak memandang wajah tertunduk Maximus. Dari hal Madeline Sumang, tiba-tiba nama Mak pula dibangkitkan di sini. Binggung mereka memikirkan hal Maximus...

"Max, Mak dah pergi." Jawab Lisa perlahan-lahan.

"Saya tahu, Kak. Mak dah tak ada, tetapi kan dia tak restui hubungan saya dan May. Dia tak nak bermenantukan May." Luah Maximus perlahan-lahan.

"Mak dah tak ada, Max! It's up to you nak kahwin dengan siapa pun, sekarang." Bantah George dengan nada geram.

"I tahu Mak dah tak ada. Tetapi, sebagai anak saya harus hormat permintaan Mak. Kalau saya buat benda ini, seakan-akan derhaka kepada Mak pula."

"Jawab dulu soalan Akak, Max...."

"Apa dia?!" Sepontan Maximus meninggikan intonasi suaranya.

"Kalau Mak tak disahkan sakit jantung semasa hari perkahwinan kamu, adakah kamu akan patuh arahan Mak?"

Maximus terdiam semula....

"Fikirkan baik-baik, Max. Tak payah jawab dekat Kakak. Kamu boleh jawab untuk hati kamu sendiri. Mak, is gone. Dia dah bersama Ayah. Dia dah melalui kehidupan dunia ini. Dia mampu tersenyum lebar, bahagia, bangga dengan kejayaan kamu." Satu persatu Lisa menyusun ayatnya.

"Sebagai anak kamu taat, Akak taat. Sebagai kakak Akak rasa berdosa, bersubahat menganiayai anak orang dan sahabat suami Akak. Sebagai kekasih pula, siapa kamu, Max? Kalau betul, budak itu anak kamu, ayah jenis apakah kamu, Max?" Lisa Mary menarik nafas panjang lalu dihembus lemah. Lapang dadanya setelah melepaskan apa yang menyesak jiwanya selama ini.

Begitu juga George Ralph. Kelihatan dia lega sambil memaut badan Lisa Mary ke dalam pelukkan. Menyimpan rahsia besar selama ini amat menjengkelkan perasaannya. Tetapi atas rasa hormat terhada arwah Mak maka dia diamkan juga.

Berubah airmuka Maximus Randell mendengar soalan membunuh Lisa Mary. Dia tidak dapat menjawab tetapi benar kata Lisa... Siapakah dia? Adakah dia gagal menjadi seorang kekasih atau seorang Ayah?

"Simpan elok-elok kotak Mak. Ada masa buka dan lihat isi kandungannya. Jangan diperam macam tu sahaja di dalam bilik." Bebel Lisa lagi. Belum berpuas hati mencuci otak Maximus.

Lisa Mary dan George Ralph bangun meninggalkan Maximus seorang diri di situ. Membiarkan dia ditemani kotak pewter Mak. Membiarkan Maximus berfikir lebih mendalam berkenaan perihal dia dan Madeline Sumang. Masih ada jurang diantara mereka dan ia perlu disatukan. Semoga titik pertemuan itu bakal dijumpa satu saat nanti.

####

Lewat malam itu, puas Maximus cuba untuk melelapkan matanya. Bayangan Igat kerap sangat bermain difikirannya. Tambahan pada hari pengebumian Igat ada di sana juga. Malah turut serta menurunkan jasad Mak ke dalam lubang.

Namun, Igat masih 'sejuk' dengan Maximus. Sejak berjumpa semasa mengorek kubur Mak, sepatah perkataan belum lagi keluar dari mulut Igat. Menyebabkan perasaan gerun menghuni semula hati Maximus. Bukan main besar kesalahan lima tahun lepas, menconteng arang di keluarga Madeline Sumang.

"Apa dah jadi dengan you, May? Dimana you sekarang?" Kata Maximus sendirian sambil duduk dalam gelap di atas katil.

Kotak Mak, diletak kemas di atas almari solek di dalam biliknya. Dibiarkan di situ dahulu oleh Maximus. Agaknya dia belum ada keinginan untuk membuka kotak pewter Mak. Bukannya ada apa yang penting sangat pun. Barang orang perempuan, tiada kaitan langsung dengan dia.

Maximus Randell pun hairan... sepatutnya Lisa Mary yang simpan. Ini, Lisa Mary pula berikan kepadanya. Bila sudah diberi bermakna Lisa Mary tidak mahu kotak pewter Mak. Jadi, Maximus simpan sahaja. Tanda kenangan Mak!

Bersama kepekatan dan dingin malam, akhirnya tertutup juga mata Maximus Randell. Minda yang penuh sesak selama beberapa hari ini merayu-rayu untuk direhatkan sepenuhnya.

Bayangan Madeline Sumang semakin kerap menerpa ruang ingatan Maximus Randell. Setiap benda kesukaan Madeline Sumang diulang tayang semula di ruang memori lama mereka.

"Max, cantik kan orkid itu? Berwarna ungu, besar pula kuntuman bunganya."  Tersenyum manis Madeline Sumang memegang gantungan orkid di tapak semaian.

Maximus membelek orkid tersebut bersama Madeline. Terik mentari pagi tidak dihiraukan oleh mereka. Yang penting, mereka bersama-sama menikmati keindahan ladang orkid di Genting Highland.

"Jenis ini, orkid hybrid." Jelas wanita Tionghua penjaga ladang tersebut.

"Dari spesis yang mana satu?" Soal Madeline Sumang. Inilah pertama kali dia jumpa jenis spesis orkid ini. Biasanya, orkid yang dia jumpa adalah dari hutan Borneo. Orkid liar! Tumbuh banyak di dalam hutan.

Ada masa, dia akan keluar mencari orkid liar di dalam hutan. Terutama sekali di tepi cerun. Jenis orkid liar ini, tumbuh di atas tanah agak kering. Pantang jumpa, mesti Madeline Sumang akan membawa balik bersamanya. Lalu ditanam bersama koleksi spesis orkid yang lain.

Diantara koleksi orkid liar Madeline Sumang adalah orkid yang biasa, selalu hidup menumpang pada dahan pokok yang basah atau lembab. Jenis ini akan digantung di dalam sabut kelapa oleh Madeline Sumang.

Bila koleksi orkid Madeline Sumang berbunga. Kawasan rumah keluarga Madeline Sumang kelihatan lebih berseri dan berwangi.

"Spesis Cattleya. Dari hutan Brazil." Jelas wanita Tionghua itu.

"Ohh! Patutlah saya, tak pernah nampak." Kata Madeline.

"Cantik kan, namanya... Cattleya." Celah Maximus dari tepi Madeline.

"Seindah bunganya juga." Tersenyum Madeline Sumang menjawab Maximus. Suka sangat bila Maximus berkongsi minat yang sama dengannya.

"Kalau kami nak beli, agaknya boleh hidup tak kat Sarawak?" Soal Maximus kepada wanita Tionghua itu.

Wanita Tionghua itu tersenyum mesra.

"Boleh, asalkan kamu pandai jaga dia. Pasti hidup dan boleh bercambah juga."

Maximus tersenyum lebar memandang muka teruja Madeline.

"Baby... nak tak?"

Senyum lebar Madeline Sumang mendengar tawaran Maximus.

"Ehhh! Mestilah nak... dah ada kat depan mata. You tak beli I akan beli sendiri."

Hidung mancung Madeline Sumang dicuit mesra oleh Maximus Randell. Suka sangat, bila melihat Madeline Sumang gembira dengan hobinya.

"I beli bagi you. You jadikan benih untuk koleksi you. Lepas itu you boleh ternak. Bagi bercambah, mana tahu... berkat tangan you. Satu hari you akan ada ladang orkid sendiri."

Tersenyum lagi wanita Tionghua yang masih menemani Maximus Randell dan Madeline Sumang memilih baka Cattleya untuk di bawa pulang.

"Well plan young man. A wise man, selalu memilih sesuatu yang terbaik bagi isteri."

Semakin lebar Maximus tersenyum mendengar pujian melambung wanita Tionghua itu. Mana tidaknya, semakin naik saham dia di depan mata si kekasih hati.

Madeline Sumang menyiku Maximus Randell. Geram pula dia melihat keterujaan Maximus.

"Jangan perasan okay. I am not your wife, yetttt...." Bisik Madeline Sumang di cuping telinga Maximus.

Maximus Randell menjeling tajam Madeline Sumang.

"Don't you remember you are mine already?"

Memerah muka Madeline Sumang...

"Shtttt...."

"What? Tak betul?" Soal Maximus sengaja bermain dengan emosi Madeline.

"Malu kat orang la...."

"Nak malu buat apa?" Bantah Maximus.

"Kita tak kahwin lagi...." Perlahan Madeline menuturkan kata-katanya itu. Tiba-tiba dia takut kepada kemungkinan Maximus akan meninggalkan dia selepas mendapat hak hilik yang dipelihara selama ini.

Maximus pegang kejap tangan Madeline Sumang. Kata-kata Madeline tadi tidak dapat diterima oleh akalnya.

"You are mine, baby. Tak ada sebab I akan tinggalkan you."

"Promise?" Soal Madeline lirih.

Rakus Maximus memaut badan Madeline ke dalam dakapannya. Lama mulut nipisnya singgah di atas dahi licin Madeline Sumang.

"I promise, baby. You are my breath. I tak boleh hidup tanpa you, May. Don't you dare to think I am going to leave you."

Manik jernih mengalir laju dari celah mata Maximus Randell. Tersedu-sedu dia mendakap bantal peluk.

"Mayyyyy... Please... Don't go. I need you!" Tenggelam timbul suaranya memanggil nama Madeline Sumang. Bayangan wanita itu semakin jauh meninggalkannya.

Maximus Randell terjaga dari mimpi panjangnya. Pertama kali, selepas lima tahun berpisah dia bermimpi seperti ini. Sesuatu yang tidak pernah diduganya. Madeline Sumang singgah di alam tidurnya.

Jauh di pangkal hati, kesakitan itu semakin menekan perasaan Maximus Randell. Nafasnya pula semakin sesak. Sukar untuk dia bernafas. Seakan-akan oksigen nyah terus dari pembuluh darahnya.

Maximus Randell tahu sesuatu harus dilakukan. Madeline Sumang harus dijejaki. Sampai ditemui semula! Selagi tidak dijumpa, selagi itulah dia akan mencari.

'May, I am coming for you.' Tekad Maximus Randell.

####

Awal pagi, Maximus sudah pun berada di kubur Mak. Berdua dengan Mak dalam kabus tebal membuatkannya seakan-akan terlalu dekat kepada Mak.

Misi dia hari ini, ingin meminta restu Mak. Walaupun Mak sudah berada di alam sana, Maximus yakin Mak boleh mendengar luahan hatinya.

Restu Mak penting bagi Maximus. Dia tidak ingin digelar anak tidak pandai mengenang budi. Paling penting dia sayang dan hormat Mak.

"Mak, saya tahu Mak boleh mendengar penjelasan saya." Maximus diam semula. Jarinya menggenggam tanah kubur Mak. Perlahan dia tabur di atas pusara Mak.

"Saya datang nak minta restu, Mak. Walaupun Mak dah tak ada, saya rasa saya patut datang berjumpa dengan Mak. Apa yang saya ada sekarang, atas ehsan Mak selama ini. Saya menjadi seorang doktor atas dorongan dan galakkan Mak." Maximus melepaskan nafas lemah. Semakin sesak nafas memikirkan apa yang bakal diberitakan kepada Mak.

"Tetapi, selama lima tahun ini... jiwa saya kosong. Saya tahu saya ada Mak, tapi... saya perlukan seseorang sebagai penyeri hidup saya."

"Seorang wanita sebagai pendamping. Seorang yang saya sayang, seperti Mak menyayangi Ayah. Tidak pernah lupakan Ayah... begitu juga saya tidak pernah mampu melupakan, May. Kalau Ayah nafas cinta Mak. Maka May adalah nafas saya, Mak." Maximus berteleku di depan batu nisan Mak. Dipegangnya kejap batu nisan itu.

Perlahan dia dekatkan mulutnya, lalu diciumnya batu nisan yang masih dibasahi embun pagi.

"Setiap kali bila teringatkan, May. Sesak nafas saya, Mak. Tak cukup udara rasanya. Seakan-akan mati jiwa saya. Sama juga ketika ini... jiwa saya mati. Nafas saya semakin menghilang. Tolonglah, Mak... restui pencarian saya. Agar hidup saya lebih tenang suatu hari nanti."

Maximus Randell bangun dari memaut batu nisan Mak. Sebelum meninggalkan Mak, dia bersihkan kubur Mak. Lalu dia menghadap pula kubur Ayah.

"Ayah, seperti yang Ayah inginkan... Saya sudah jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak lelaki. Saya, hormat Mak, sayangkan Mak dan Ayah. Tetapi... izinkan saya mencari ruang untuk diri sendiri. Izinkan saya menjadi seorang kekasih dan ayah yang bertanggungjawab. Restui saya, Ayah." Diciumnya juga batu nisan Ayah. 

Dalam perjalanan pulang dari kubur Mak dan Ayah... Tiba-tiba Maximus teringatkan Igat. Kalau tak silap Igat pernah berhenti di salah satu kubur di situ.

Puas Maximus cuba mengingat. Teringin sangat dia mengetahui, siapakah pemilik pusara itu.

Dari jauh dia dapat melihat figura dua orang di salah satu kubur di situ. Semakin dekat dia dapat melihat dengan jelas.

'Igat? Siapa pula seorang lagi tu?'

"Awal ke kubur?" Soal Igat kepada Maximus.

"Ya... bangun awal terus ke sini." Jawab Maximus segan.

"Bila balik ke KL?" Soal Igat.

Maximus Randell memandang wanita itu. Cuba memadan wajah wanita itu dengan gambar di dalam memori beberapa hari lepas.

"Tiga hari lagi."

"Tak sibuk ke urusan kerja sebagai seorang doktor kanak-kanak?"

"Bro, tahu?" Soal Maximus pelik.

"Hero, Mak. Sudah pasti semua orang kampung tahu." Kata Igat sambil tersenyum kecil.

Terbuka luas mulut Maximus mendengar jawapan Igat. Macam perli pun ada!

"Oh! Don't worry. He is just kidding." Kata si perempuan muda itu. Senyum juga. Tetapi senyum itu mengingatkannya kepada seseorang.

"Hurmm. Tak apa." Jawab Maximus.

"Kami tumpang bangga, Max. Sekurang-kurangnya ada juga, anak kampung ini menjadi seorang doktor." Ikhlas Igat menuturkan ayatnya.

Pujian ikhlas Igat menyebabkan Maximus Randell semakin segan berhadapan dengan mereka. Segan bila teringatkan apa yang telah terjadi lima tahun lepas.

Adakah ini adalah peluang untuk dia menyelesaikan masalah mereka yang lepas?

"Bro...."

Igat panggung kepala. Tajam matanya memanah anak mata Maximus Randell. Dia pasti ada sesuatu yang ingin diluahkan oleh doktor muda ini.

"Ada apa?"

Maximus hampir kehilangan ayat... Segan dan takut bercampur aduk

"Saya nak minta maaf."

"Maaf? Untuk apa?" Igat buat tak tahu hujung pangkal kata-kata Maximus. Biarlah dia terdera seketika. Kalau dibandingkan dengan penderaan perasaan adiknya, lagi teruk!

"Hal lima tahun lepas." Jawab Maximus.

Laju Igat menghempaskan nafasnya.

"Yang itu... kamu kena selesaikan sendiri. Betul May adik saya. Tetapi saya bukan May untuk memaafkan kamu."

"Tapi saya nak kena minta maaf juga dengan ahli keluarga May. Saya telah malukan keluarga May." Bantah Maximus.

Igat tidak mempedulikan bantahan Maximus. Dia menyibukan diri dengan membersihkan kubur tersebut.

"Tambahan... May mengandung." Perlahan Maximus menuturkan ayat tersebut.

"Sumpah! Aku baru tahu, Bro!" Tekan Maximus.

"Lima tahun hilangkan diri. Mana nak tahu hal di sini." Tutur Igat bersahaja.

"Mak, meninggal kerana hal ini pun kamu tak tahu, kan?" Celah di perempuan muda. Tidak berapa mesra seperti hari itu.

"Mak?" Soal Maximus, hairan.

"Ini, dalam sini!" Jengkel wanita itu menjelaskan kepada Maximus.

Maximus terdiam semula. Terlalu banyak dia mencederakan perasaan orang di sekeliling hanya kerana dia lari dari tanggungjawab sebagai seorang kekasih.

"Maafkan aku, Bro."

Igat mendiamkan diri. Tidak tahu mana satu yang harus dipersalahkan. Perbuatan terkutuk itu, dilakukan bersama. Bukan seorang sahaja yang melakukannya.

"Saya tak salahkan kamu, Max. Pada saya, May... bersalah kerana tidak pandai menjaga diri. Terlalu mengikutkan perasaan sehingga mudah terpedaya dengan janji seorang lelaki."

Tergamam Maximus...

"Bro, jangan kata macam tu. May, tak bersalah. Ini semua... salah saya."

"Max, saya lelaki. Kamu pun lelaki. Saya tahu apa orang lelaki nak dari seorang perempuan. Cuma bezanya saya, stick to my own words!"

"Jadi, tolonglah saya. Saya nak tunaikan janji saya kepada May. Mana May sekarang, Bro?" Tanpa segan Maximus merayu Igat.

Wanita muda itu mendiamkan diri dari tadi.

"Adik, tolonglah saya...." Rayu Maximus kepada wanita itu.

“Eve... Don't!" Jerkah Igat tegas.

Wanita yang dipanggil Eve menunduk bila dijerkah Igat. Tak berani untuk masuk campur hal urusan Igat dan Maximus.

"Macam inilah... anggap sahaja May sudah mati. Senang cerita." Perlahan suara Igat menuturkan ayat tersebut. Ada luka dihatinya! Luka yang sampai bila-bila tidak akan sembuh

"Noooo... Bro. May tak boleh mati. Saya akan mati bersama May. Dia adalah nafas saya."

"Dia telah mati bila kamu tinggalkan dia, Max. Jasadnya hidup, jiwanya mati... apa bezanya dengan bangkai bernyawa?" Luah Eve.

"Evelyn, Stop it! Biarkan dia. Jangan kita sebut benda yang pahit ini. Cukuplah! Leya ada...." Jerkah Igat dalam sendu dalamnya.

Maximus Randell terkaku di tempat sambil berdiri, sekejap dia pandang Igat dan beralih pula kepada Evelyn. Bermacam jenis tafsiran masuk untuk diproses di dalam tempurung kepalanya.

"Leya? Is her name... Cattleya Orked? Budak kecil dalam umur lingkungan empat tahun. Dalam kereta hari itu...." Soal Maximus perlahan ke arah Evelyn.

Semuanya terdiam mendengar soalan Maximus Randell.

"Jom kita balik, Evelyn." Gesa Igat.

Tajam Igat memandang wajah muram Maximus.

"Max, no... Tekaan you salah."

To be continue... enjoy reading...p

 

No comments:

Post a Comment