Saturday 14 February 2015

Nafas Cinta Bab 9

Suasana penuh gilang gemilang di dalam Ballroom Hotel Merdeka Palace semakin berbalam-balam pada pandangan Evelyn Menti. Wajah sayu serta penuh airmata Madeline Sumang, mengambarkan perkara paling buruk telah berlaku.

Bayangan Maximus Randell semakin menghilang pada pandangan mata Evelyn Menti. Pertama kali dia berniat untuk bertemu muka dengan bakal suami kakak. Tetapi hanya bayangan belakang yang dia nampak. Bagaimana rupa lelaki itu setelah dewasa, Evelyn Menti kurang pasti kerana Maximus Randell belajar di jauh di bandar.

Sekali sekala pulang ke kampung, peluang untuk berjumpa agak nipis. Bila sudah habis belajar, tawaran kerja di bidang masing-masing akan lebih menjarakkan hubungan diantara anak-anak muda kampung.

Tubuh yang dibaluti sepasang baju pengantin warna putih sedang terkulai layu di atas di dalam bilik persiapan pengantin. Evelyn Menti syak perkara yang telah berlaku bakal mencalar seluruh kaum keluarganya. Berat langkah kakinya untuk menghampiri Madeline Sumang.

"May, May... Max?"

Sembab mata Madeline Sumang memandang wajah ayu Evelyn Menti.

"His, gone... Eve. Leaving me alone."

Sebak menguasai perasaan Evelyn Menti bila mendengar rintihan hati Madeline Sumang.

"Oh, May...."

Dakapan Evelyn Menti diperkuatkan lagi oleh Madeline Sumang. Pada saat itu, dia perlukan kekuatan. Biarpun dia terpaksa meminjam sekejap daripada si adik.

"Max, tinggalkan aku, Eve. Dia tinggalkan aku."

Perlahan-lahan Evelyn Menti menggosok-gosok belakang Madeline Sumang. Hanya rasa simpati yang mampu dihulur kepada kakak tersayang.

"May... I am so sorry."

"Why? Eve, why?"

"I don't know, May."

"I love him so much... Ohhh...."

"I know, Sis...."

"Eve, please help me...."

"I do anything for you...."

"Bring him back to me, Eve."

Evelyn Menti mengangkat wajah sendu Madeline Sumang. Permintaan si kakak agak kurang waras pada pendapatnya.

"Oh, May... Max dah pergi."

Madeline Sumang menggeleng-geleng. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah ditinggalkan pada hari perkahwinannya.

"I nak dia, Eve. I tak boleh bernafas tanpa Max. Please...."

Lama Evelyn Menti menatap wajah comot Madeline Sumang. Tadi wajah itu, bukan main cantik berseri menunggu detik digandingkan.

Di dalam keadaan terdesak, otaknya ligat berputar memikirkan cara untuk menjernihkan keadaan sekarang.

"May, phone? Mana handset?"

Seluruh pelusuk bilik tersebut diteroka pandangan mata liar Evelyn Menti. Apabila terpandang benda yang dicari, meluru dia berlari mengambil telefon bimbit Madeline Sumang.

"May, kod?"

Madeline Sumang menghulurkan tangan, meminta telefon bimbitnya. Satu persatu nombor kod pada skrin ditekan.

Setelah skrin berjaya dibuka, laju Evelyn Menti merampas telefon bimbit daripada tangan Madeline Sumang. Tanpa mempedulikan esak tanggis kakak, dia mencari nombor telefon seseorang.

"Max! Where are you?"

Senyap di sebelah sana.

"Come back! May is in terrible condition." Keras suara Evelyn Menti mengarah Maximus Randell untuk balik semula ke bilik pengantin.

Hanya hempasan nafas berat Maximus Randell kedengaran di corong telefon bimbit Madeline Sumang.

"You... just can't go at this time. May needs, you."

"I am so sorry... I have to go."

"No! You tak boleh buat macam ni. May perlukan, you. Keluaga kami perlukan, you. This is your wedding. Pengantin lelaki kena ada kat sini. May tak boleh bersanding tanpa pengantin lelaki." Bangkang Evelyn Menti keras.

"Look... I tak boleh teruskan acara malam ini. Tak faham ke?"

"Tak, I tak faham. Kenapa you buat keputusan pada saat genting seperti ini? Bagi kami alasan yang kukuh dan I akan letak telefon ini. Tak akan ganggu you lagi...." Bantah Evelyn Sumang semakin keras. Naik darahnya mendengar keputusan 'bodoh' Maximus Randell. Tak masuk dek akal!

"Mak saya... ada di hospital. Heart attack."

Evelyn Menti kemam bibir, menunggu penjelasan yang lebih panjang.

"Jadi? Apa kena mengena dengan acara malam ini?"

"You tak faham ke? Mak I baru sahaja kena heart attack!"

"Mak you, kena heart attack. Ada di hospital. Tempat terbaik untuk dia berehat, sekarang. Itu bukan alasan yang bagus... sebab... you masih boleh meneruskan acara malam ini walaupun tanpa kehadiran Mak...." Panjang lebar Evelyn Menti memberi ceramah percuma kepada Maximus Randell.

Evelyn Menti menunggu penjelasan kukuh dari Maximus Randell. Selagi dia tidak berpuas hati, dia akan cuba untuk mendapatkan jawapan bagi pihak kakak.

"Jadi, Apa masalah you?"

Tahap sabar tinggal 'seciput' bila Maximus Randell masih mendiamkan diri.

"I masih tunggu... kenapa sanggup malukan kakak dan keluaga kami? Apa salah kakak saya, Max? Saya perlukan jawapan... sekarang! Kalau tidak... I akan cari you sampai ke lubang cacing!"

"Bagi tau your sister... dia tak buat salah, malah I cintakan dia...."

Evelyn Menti memintas...

"Jadi apa masalahnya? You cintakan dia, dia cintakan you... kahwin ajer la."

"I tak habis cakap lagi. You dah potong...." Bantah Maximus Randell dengan nada geram.

"Cakap la, I tunggu!"

"Last minute... Mak tak izinkan I kahwin dengan May." Senafas Maximus Randell menuturkan kata penamat kepada perbincangan mereka.

Evelyn Menti senyap memandang skrin telefon bimbit sambil menjeling Madeline Sumang yang masih menanggis tersedu sedan.

"Kenapa boleh jadi macam ni masa last minute, Max?"

"Look... I nak cepat. Untuk soalan ini I sendiri pun tak ada jawapan. Yang I tahu, Mak tak izinkan...." Kata Maximus Randell menegaskan jawapannya.

Evelyn Menti menggigit bibir bawahnya. Mati akal mendengar jawapan Maximus Randell. Tidak mungkin baginya boleh memutarkan keputusan Maximus Randell!

"Bagi tahu, May... I love her... very much."

Itulah kata-kata terakhir Maximus Randell sebelum dia memutuskan talian telefon. Selepas malam tersebut, Maximus Randell terus menyepi. Nombor telefon bimbit tidak dapat dihubungi.

Evelyn Menti menyaksikan sendiri penderitaan Madeline Sumang. Menanggung malu semasa membatalkan majlis kahwin satu cerita. Namun lebih menyakitkan hati saat Madeline Sumang mengetahui bahawa dia telah berbadan dua. Anak dara pada fikiran sanak saudara, kawan-kawan, teman sepejabat dan orang kampung, tiba-tiba berisi pula.

Heboh merata ceruk orang menjaja cerita anak dara mengandung tanpa suami. Cerita paling mengaibkan keluarga Madeline Sumang. Berat tuduhan dilemparkan kepada Ibu dan Bapa Madeline Sumang. Mereka dituduh tidak pandai mendidik serta menjaga anak perempuan.

Keadaan ini menjejaskan kesihatan Ibu Madeline Sumang. Lalu, dipenghujungnya orang tua itu meninggal dunia membawa aib si anak bersama jasad ke dalam liang lahat.

####

Parkir kereta penuh adalah perkara biasa di kawasan Hospital Umum Kuching. Tiga empat kali berpusing mencari kotak parkir kosong, belum tentu boleh terjumpa dengan orang yang hendak keluar dari kotak parkir mereka.

Hilang sabar Andy Igat bila berhadapan dengan keadaan seperti ini. Sepintas lalu dia menjeling Evelyn Sumang yang duduk di bahagian belakang. Senyap dari tadi, mengelamun jauh. Sukar bagi Andy Igat menebak fikiran adik.

"Eve, Eve!" Panggil Igat.

Tiada respon dari Evelyn.

"Ehhh! Eve! Tolong cari parking kosong." Seru Igat lebih kuat. Susah untuk dia mengawal kereta, sambil meluaskan skala pandangan matanya. Dia perlukan Evelyn untuk mempercepatkan misi mencari parkir.

Lebih cepat kereta di parking lebih cepat mereka boleh berjumpa doktor pakar. Waktu temu janji pula semakin hampir.

Dari jauh mata tajam Carl Blume melihat dengan jelas sebuah kereta ingin keluar dari kotak parking.

"Papa...."

Igat mengikut arah jari telunjuk Carl Blume.

"Ala, orang dah ambik. Papa, lambat." Omel Carl Blume.

Evelyn tersenyum mendengar omelan si kecil itu.

"Tak apa. Kita cari lagi...." Tutur Evelyn lembut.

"Mummy, dah bangun?" Soal Carl Blume ceria.

"Eh, mana ada Mummy tidur." Evelyn menyangkal pendapat Carl Blume. Memang betul, sepanjang jalan ke sini dia berjaga.

"Tadi, Papa panggil... banyak kali, Mummy tak jawab."

"Mummy, bermimpi dengan mata terbuka." Sindir Igat sambil tersenggih. Apa lagi cara untuk menerangkan keadaan Evelyn tadi. Diam, termenung lama, ghaib dalam dunia sendiri.

"Igat!" Bantah Evelyn.

"Ingatkan siapa?" Soal Igat tanpa mempedulikan bantahan Evelyn.

"Tak ada apa la...."

"Dari rumah sampai ke sini. Senyap sahaja. Mesti ada apa-apa."

"Teringat hal May, dahulu." Laju Evelyn meluahkan apa yang difikirkan dari tadi.

Igat senyap. Kisah lalu Madeline Sumang memang pahit untuk dikenang. Walau bagaimana sekali pun ia tetap akan datang singgah sekejap di dalam kehidupan harian mereka. Tambahan lagi... tanda itu ada bersama mereka. Jadi, mustahil untuk mereka melupakan perkara tersebut.

"Itu! Ada orang nak keluar." Tiba-tiba Carl Blume memekik. Seronok kerana dia telah menjadi hero sebagai penyelamat misi mencari kotak parkir.

"Good, boy!" Puji Igat.

Evelyn tersenyum lebar. Gembira melihat wajah ceria budak lelaki itu. Cattleya Orked dikeluarkan perlahan dari 'baby car seat'. Diriba sekejap sementara menunggu Igat selesai meletakkan kereta di dalam kotak parkir.

####

Rancak Doktor Wanita pertengahan umur itu menulis info mengenai perkembangan Cattleya Orked. Sekali sekala dia menyelit beberapa soalan untuk mendapatkan kepastian yang lebih terperinci dari Evelyn.

Setelah berpuas hati mendengar penerangan dari Evelyn, Doktor tersebut memeriksa keadaan Cattleya Orked.

"Encik Andy, melalui cerita Cik Evelyn keadaan Leya lebih baik dari beberapa bulan lepas. Ia satu perkembangan yang sangat bagus. Terutama sekali, tiada serangan sawan selepas kita tukar ubat."

"Kalau macam tu, saya lega, Doktor. Harap bila Leya makan ubat ini, boleh mengawal sawan dia. Yang lain tu, kami usaha perlahan-lahan."

"Ya... kalau tak ada sawan dia boleh kerap buat PT, OT dan Terapi Pertuturan. Saya boleh aturkan jadual lawatan dengan bahagian rehab."

"Boleh, Doktor... saya atau adik saya akan cuba bawa dia ke sini mengikut jadual lawatan."

"Baiklah, Encik Andy, Cik Evelyn... saya akan uruskan hal ini. Lepas ini, ambik slip dari staff nurse." Terang Doktor kepada Igat dan Evelyn.

"Baik, Doktor. Nanti saya minta dari Nurse Lim." Jawab Evelyn.

"Ubat Leya cukup sampai next appointment?" Soal Doktor sambil meneliti setiap catatannya.

Igat menoleh ke arah Evelyn...

"Tak cukup, Doktor. Cuma tinggal untuk dua atau tiga hari sahaja." Jawab Evelyn.

"Tak apa. I tulis slip ubat. Nanti boleh ambik kat farmasi."

"Thanks, Doktor Weanie...."

Doktor Weanie mengangguk sambil bermain dengan Cattleya Orked.

"Stroller tak perlu tukar lagi. Dia masih boleh guna. Bagi dia besar sikit baru kita tukar ke special wheelchair."

"Baik, Doktor."

"Okay... Leya, jumpa lagi dalam masa tiga bulan." Kata Doktor Weanie sebelum menoleh ke arah Igat.

"Encik Andy boleh bawa Leya datang bila-bila masa ada emergency."

"Ya, Doktor. Seperti biasa saya akan bawa Leya ke sini kalau dia tak sihat."

"Baik... itu sahaja untuk hari ini. See you, Leya. And this sweet little boy... pandai teman adik." Tutur Doktor Weanie sambil menggosok-gosok kepala Carl Blume.

Si lincah Carl Blume berlari keluar dari bilik Doktor Weanie. Tanpa menoleh ke kiri ke kanan dia memecut laju. Evelyn cuba mengepung Carl Blume tetapi Carl Blume berjaya memecut laju.

"Carl, behave yourself!" Panggil  Igat menegur si lincah, Carl Blume.

Carl Blume tidak mempedulikan panggilan Igat. Semakin ligat dia bermain di hadapan kaunter pertanyaan.

"Sorry, Uncle." Ujar Carl Blume.

Lelaki muda yang dilanggar oleh Carl Blume tergamam. Tak berkelip matanya memandang wajah Carl Blume. Pautan ingatannya masih kuat. Wajah kanak-kanak ini adalah salinan gambar zaman kanak-kanak Maximus Randell.

"Maaf, Encik." Kata Evelyn mengejutkan Suffian Ilhan dari lamunan tadi.

"Anak?" Soal Suffian Ilhan berbasa basi.

"Hahhh! Anak." Gugup Evelyn menjawab soalan Suffian Ilhan. Bukan tidak pernah dia menjawab bahawa Carl Blume adalah anaknya. Tetapi kenapa kali ini, dia gugup? Gerak hati berlainan!

"Comel." Puji Suffian Ilhan yang sentiasa murah dengan senyuman.

Evelyn paut tubuh kecil Carl Blume agar mendakap tubuhnya. Rasanya dia perlu untuk lebih berhati-hati. Dia tidak kenal dengan lelaki di depannya. Tetapi, nampak ramah sangat!

"Siapa nama?" Soal Suffian Ilhan kepada Carl Blume.

Teragak-agak Carl Blume menjawab....

"Carl... Blume."

Suffian Ilhan mengerakkan bibir sambil memicit dagu.

"Cantik nama, Carl."

"Pian?" Sayup-sayup suara Maximus Randell memanggil Suffian Ilhan.

"Carl, Eve. Jom...." Panggil Igat dari arah belakang Suffian Ilhan.

Intonasi suara Igat mengigatkannya kepada seseorang. Ya, suara itu betul serupa dengan suara orang tua awal pagi tadi.

Pantas Suffian Ilhan menoleh ke belakang. Panggilan Maximus Randell tidak diendahkan buat sementara waktu. Sementelah situasi sekarang lebih penting pada pendapatnya.

Semasa mata Suffian Ilhan menyambar seorang kanak-kanak perempuan di dalam 'baby stroller' degup jantungnya berhenti seketika. Sahih pada pendapatnya, mereka adalah orang yang Maximus Randell cari.

Tanpa mempedulikan gelagat pelik Suffian Ilhan, Evelyn memimpin tangan Carl Blume meninggalkan Suffian Ilhan di situ.

"May?" Panggil Suffian Ilhan. Masih panjang akal sekadar menguji wanita di hadapan.

Evelyn menoleh seketika. Pandangan pelik dihadiahkan kepada Suffian Ilhan. Timbul perasaan curiga... kenapa dia memanggil nama kakak?

"Are you, May? Madeline Sumang?" Soal Suffian Ilhan teragak-agak.

Menyirap darah Evelyn... gugup lagi!

"No, no... I am not."

Lantas dia melangkah lebih laju sehingga berlari kecil Carl Blume mengekori setiap ayunan kaki Evelyn.

Tepukan lembut pada bahu Suffian Ilhan menganggu tumpuan matanya.

"Siapa tu?"

"You missed them, Max?"

"Them? Siapa?" Soal Maximus Randell. Jawapan Suffian Ilhan pelik sungguh pada pendengarannya.

"Leya, Carl."

"Hah! You jumpa mereka?" Soal
Maximus Randell teruja.

Suffian Ilhan mengganguk.

"May? Did you see her?"

Kali ini, Suffian Ilhan menggeleng.

"No... bukan May. Tapi orang lain."

Jawapan pelik Suffian Ilhan memeningkan kepala Maximus Randell.

"Habis tu, kenapa kata jumpa Leya... wait, Carl tu sapa pula?"

"I yakin mereka adalah anak-anak you, Max. Rupa comel budak lelaki tu... macam salinan gambar you masa kecil. Lagi satu... suara lelaki yang menolak budak perempuan dalam stroller, sebiji macam suara Ayah May." Suffian Ilhan diam sebentar.

Maximus Randell cuba mencantum cerita Suffian Ilhan menjadi satu. Agar dia boleh melihat dan menilai cerita itu lebih jauh.

"Lepas tu... I panggil May. Perempuan yang memimpin tangan Carl, menoleh... gugup ketika menjawab soalan I. Kenapa banyak sangat kebetulan kalau bukan mereka yang kita cari?" Sambung Suffian Ilhan untuk mengukuhkan lagi pendapatnya.

"Wait." Tutur Maximus Randell lalu meninggalkan Suffian Ilhan.

Beberapa saat kemudian, Maximus Randell berhenti, lalu menoleh ke arah Suffian Ilhan yang masih terpacak di tempat tadi.

"Nak ikut, tak?"

Tanpa menjawab pelawaan Maximus Randell, Suffian Ilhan ayunkan langkah laju. Teruja untuk mengetahui, apa yang bakal dilakukan oleh Maximus Randell.

To be continue... Enjoy Reading



No comments:

Post a Comment