Friday 6 February 2015

Nafas Cinta Bab 1

Deringan nyaring telefon bimbit membinggitkan telinga sesiapa yang mendengarnya pada awal pagi tersebut. Perlahan tangan Maximus Randell mencapai telefon bimbitnya. Malas dia menjawab sambil mengangguk dengan mata tertutup di atas katil.

Tiba-tiba mata Maximus terbuka luas. Melompat lantas terduduk di tepi katil. Degupan jantung Maximus naik berpuluh kali ganda, mengepam darah ke seluruh pembuluh darah di anggota badannya. Kejang seketika badan Maximus menerima berita tidak disangka-sangka pada pagi tersebut.

“Apa? Kakak jangan buat main benda macam ni.”

“Akak, tak main la… betul! Balik sekarang!”

“Saya akan balik, tapi lambat sikit la nak sampai. Kena tunggu saya! Ambil masa nak beli tiket dan tunggu kapal terbang. Petang baru boleh sampai kat sana.”

“Akak faham. Siap cepat! Terus ambik teksi ke KLIA. Beli tiket terawal. Lepas tu call Akak. Nanti Akak suruh George ambik dari airport Kuching.”

Seperti ribut, Maximus menyimpan pakaian ala kadar ke dalam bagasinya. Mandi pada pagi tersebut pun cuma ‘mandi burung’ sahaja. Sekadar mengosok gigi, muka dan badan cuma disirami air sahaja. Masa bagaikan ketulan emas bagi Maximus. Matlamatnya hanya satu, secepat mungkin sampai di kampung halaman yang telah lima tahun ditinggalkannya.

Tergesa-gesa Maximus menahan taxi yang melintas di tepi Apartmentnya. Di dalam taxi dia termenung jauh. Mencari identiti diri lima tahun lalu. Semua kisah-kisah terdahulu datang berdesup-desup ke dalam lampiran ingatannya. Kerana Ibu, dia ingkar. Kerana ibu dia memungkiri. Kerana ibu, dia mengkhianati. Kerana ibu, dia menzalimi. Lebih pedih, kerana ibu dia menderita memamah hati diri. Cuba untuk menyintai wanita yang tidak pernah dicintainya. Dari satu wanita ke satu wanita dia cuba mengalih perasaannya. Namun tiada seorang pun yang mampu merebut cintanya, kendatipun tunangnya sendiri…

Perlahan Maximus menyeluk saku seluar. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

“Hello, Cathleen. I dalam perjalanan balik kampung.”

“Hai, Max. Cath mandi.”

Maximus merenung sekejap skrin telefon bimbitnya. Pagi-pagi dihiburkan dengan suara lelaki yang ceria di corong telefon Cathleen Morrison.

“Siapa ni?” Keras suara Maximus menyoal si lelaki itu.

“I kawan Cath, Joel.” Joel tersenyum sungging.

“Joel? Did I met you before?”

“I don’t think so, Max. Teringin juga nak jumpa lelaki pilihan Cath.” Provoke Joel. Sengaja memanaskan hati lelaki di hujung sana.

“So… What are doing in Cath Apartment? Pagi-pagi dah ada di sana atau you stay overnight?” Soal Maximus kasar. Panas hati mula membahang. Terbakar kelelakiannya… kenapa boleh ada lelaki lain di rumah tunangnya? Hairan!

Joel tersenyum lebar. Puas hatinya!

“Briliant questions, Max. But, I pilih jawapan terakhir.”

Di dalam teksi Maximus menggenggam penumbuk. Kalaulah, Joel berada di hadapannya, pasti hancur muka Joel dikerjakannya. Tidak ketinggalan perempuan murahan tersebut juga. Berani dia menjaja cintanya kepada sesiapa sahaja.

“Joel, who is it?” Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara Cathleen Morrison.

“Oh, nothing, honey… Wrong number.” Sangkal Joel.

“Adios, Joel. Say that to that bitches too!”Jerit Maximus, serentak itu juga telefon bimbitnya dilontar ke atas kerusi. Nasib baik telinga panas di dalam teksi, kalau di rumah, pasti hancur Samsung Note 4 tersebut.

Tersentap Pakcik yang membawa teksi mendengar jeritan si penumpang. Dari awal pemuda itu masuk, dia sudah dapat mengagak pasti ada sesuatu yang tidak betul telah terjadi. Raut suram di wajah lelaki tampan jelas kelihatan. Betulah tanggapannya… Masalah orang bercinta rupanya!

“Girlfriend?” Soal Pakci Teksi.

“Huhhh! Tak guna punya perempuan!” Kutuk Maximus. Ralat benar dia dengan sikap tidak senonoh Cathleen Morrison. Mati-mati dia ingatkan Cathleen seorang perempuan yang setia. Atas alasan itu dia berikan cincin tanda pada tiga bulan yang lalu.

“Tak apa la, Encik. Bunga bukan sekuntum. Banyak lagi bunga yang indah-indah di taman lain. Tetapi… jangan lupa juga, kumbang pun bukan seekor. Mungkin lebih menarik, punya corak dan warna yang lebih menarik.” Celoteh si Pakcik Teksi.

Maximus terdiam. Menghadam maksud kata-kata si pemandu teksi.

“Apa orang putih kata… A circle of life.”

Maximus pandang ke luar, memandang kosong kawasan yang dilintasi mereka. Jauh dia mengelamun. Menyedut masuk memori lima tahun lepas. Kenangan lamanya…

‘What you did, you will get it back. Is this a Karma.’ Desis isi hatinya.

“Mungkin betul duga Pakcik… A circle of life. Dipermudahkan bahasanya, karma.”

Pakcik Teksi menoleh sekilas ke arah Maximus sambil tersenyum nipis.

“Encik, pernah kahwin?”

Maximus geleng kepala.

“Hampir-hampir….” Maximus tidak berani  meneruskan niatnya.

“Eh, kenapa pula macam tu?” Desak Pakcik Teksi. Mushykil dengan penjelasan sekerat Maximus.

“Tak jadi kahwin?” Soal Pakcik Teksi lagi.

Masih tiada reaksi dari Maximus.

Pakcik Teksi tersenyum nipis. Dalam kepalanya, penuh dengan persoalan yang memerlukan jawapan.

“Zaman muda Pakcik, pakcik pernah 2 kali tinggalkan perempuan.”

Kepala Maximus senget ke arah Pemandu Teksi.

“Tak percaya?” Soal Pakcik Teksi sambil tersenyum kecil.

Maximus menggeleng.

“Kenapa Pakcik tinggalkan mereka?”

Pakcik Teksi tergelak. Barangkali timbul perasaan lucu bila mengingatkan kisah lama.

“Jiwa Pakcik tak serasi dengan mereka.Not my type… kata orang putih.”

Senangnya Pakcik Teksi meluahkan perasaannya membuatkan Maximus membandingkan dirinya dengan si pemandu teksi. Adakah kisah dia sama seperti Pakcik itu atau tidak sama sekali?

“Jadi, kamu, kena tinggal perempuan la, ya? Soal Pemandu Teksi. Masih menagih jawapan dari Maximus.

Maximus geleng lagi. Diam. Mulut bagaikan digam.

“Kamu, tinggalkan pengantin perempuan?” Teragak-agak Pemandu Teksi menyoal Maximus semula.

Maximus mengangguk lalu ditundukkan wajahnya. Malu mengakui kesilapan masa lampau. Malu pula untuk merujuk semula kepada hati yang telah dihancurkan. Segan memunculkan diri dikhalayak saudara mara, rakan dan taulan. Agaknya inilah beban yang paling berat dia pikul selama lima tahun. Bukan senang menanggung beban menconteng arang di muka orang.

“Baby please don’t go….” Terngiang-ngiang suara Madeline Sumang merayu Maximus satu ketika dahulu.

Maximus sedut nafas dalam-dalam untuk memastikan keputusannya tidak bakal melakarkan calar pada masa akan datang. Wajah manis buah hati, dipandang sayu… sukar untuk dia melepaskan nafas cintanya. Namun dia terpaksa. Demi cita-cita, demi ibu… Maximus harus mengikis perasaan cintanya.

“Forgive me, May. I have to go. I can’t do this.”

Madeline pegun di tempatnya berdiri. Baju pengantin sudah dipakai, terletak sempurna pada badannya. Solekkan mula mencair bersama aliran airmatanya. Puas dia memujuk si jantung hati agar meneruskan perkahwinan mereka pada petang tersebut.

“Kahwin dengan I, Max. I cuma perlukan beberapa minit sahaja masamu. Selepas acara kita selesai, you boleh tinggalkan I. Pleaseee….”

Maximus geleng kepala laju-laju.

“Maafkan I, I tak boleh, May.”

Sekali lagi Madeline terpukul dengan penolakkan Maximus.

“You tak cintakan I, Max? Tak sayangkan I?”

Maximus merenung mata wanita yang sedang sarat dengan muatan airmata itu.

“I love you, May. You are my breath… nafas I, May.”

Tanggisan Madeline Sumang semakin menjadi-jadi. Sukar untuk dia menerima pengakuan Maximus.

“Dah tu, kenapa tak nak kahwin dengan I? Tak cukup lagi ke dengan bukti cinta I?”

Sindiran pedas Madeline Sumang menghunus tajam perasaan Maximus.

“I have to go….”

Sepontan Madeline menyambar lengan Maximus. Menahan lelaki yang dicintainya meninggalkan dia di situ. Kalau boleh, ingin dia menyeret lelaki itu ke dalam Ballroom hotel tersebut. Tempat berlangsungnya perkahwinan mereka. Pasti ruang di dalam sudah dipenuhi oleh saudara mara dan sahabat handai dari jauh dan dekat.

“No… Max, Please stay. We settle whatever it is, later.”

Maximus melurutkan pegangan tangan Madeline.

“I love you, May.”

“Then, stay, Max. Jangan malukan keluarga I. Tolonglah.”

“I can’t make it, May.”

Madeline melepaskan lengan Maximus. Lima tahun dia mengenali Maximus. Perangai Maximus di dalam genggaman tangannya. Keputusan Maximus adalah muktamad! Tidak mungkin boleh diubah lagi.

“Why now, Max? Pada saat hari pernikahan kita? Kenapa sanggup buat I macam ni?” Laju airmata Madeline Sumang meleraikan perasaan hatinya.

“Sampai hati you….” Madeline tidak mampu meneruskan ungkapan kata hatinya. Begitu dalam hasil tikaman kata-kata Maximus, menusuk jauh ke dasar kalbu.

Maximus meneruskan langkah lemahnya. Selang beberapa langkah, dia menoleh semula ke arah wanita yang amat dicintainya. Terluka sangatkah Madeline dengan tindakan gilanya pada petang itu? Adakah dia seorang kekasih yang tidak bertanggungjawab?

“Apa pun tanggapan you, May… I tetap cintakan you. Maafkan I… I tak boleh meneruskan perkahwinan kita pada petang ini.” Langkah panjang Maximus dipercepatkan. Takutkan dirinya gagal menahan diri melihat kesedihan Madeline Sumang.

Madeline Sumang terjelepok. Jatuh melurut memandang langkah Maximus semakin jauh meninggalkannya.

“May, Madeline….”

Jeritan nyaring seorang wanita memanggil nama Madeline tidak dipedulikan oleh Maximus. Biarlah mereka memperbetulkan apa yang seharusnya di majlis tersebut.

“Ni nak balik kampung ke, Encik?” Soal Pemandu Teksi setelah mendengar cerita ringkas Maximus.

Entah mengapa Maximus bermurah hati menceritakan kisah yang bakal memalukan diri sendiri kepada si Pemandu Teksi.

“Ya, Pakcik. Balik kampung.”

Pemandu Teksi senyum lebar…

“Nak perbetulkan kesilapan masa lalu?”

Teragak-agak Maximus ingin menjawab soalan Pakcik Teksi.

“Errr… Tidak.”

“Kenapa tidak, dia orang kampung kamu juga kan?”

Maximus mengangguk.

“Betul, kami satu kampung. Tapi… saya balik bukan sebab dia.”

“Kalau bukan kerana bekas tunang, kenapa pula?”

“Ibu saya, Pakcik.”

“Oh! Sakit? Atau nak suruh kamu pilih isteri?” Pakcik Teksi berseloroh dengan Maximus. Padahal dia tahu, riak muka Maximus semakin ketat.

“Meninggal pagi tadi, Pakcik.”

Terdiam sejenak Pakcik Teksi. Tekaan dan selorohnya tadi tidak kena pada tempat. Tidak terlintas bahawa mendung di wajah lelalki tampan itu adalah kerana si ibu.

“Oh! Maafkan, Pakcik. Takziah.”

Maximus mengangguk. Setitis airmata gugur juga.

“Sekejap saja masa berlalu kan Pakcik. Terasa baru semalam Tuhan pinjamkan ibu. Tumpahkan segala kasih sayangnya kepada saya dan kakak.”

Kali ini, Pemandu Teksi pula mengangguk, bersetuju dengan pendapat Maximus.

“Pakcik bersetuju. Setiap yang bernyawa akan kembali kepada penciptanya. Syurkurlah, Dia pinjamkan ibu kamu sehingga ke saat ini. Bayangkanlah, berapa ramai kanak-kanak yang di luar sana telah menjadi yatim piatu sebelum waktunya. Lebih parah lagi, kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian oleh ibu bapa sama ada berpisah hidup ataupun sengaja diabaikan.”

Keluhan halus dilepaskan oleh Maximus. Berat hatinya mendengar pendapat ikhlas Pemandu Teksi tersebut. Selama hidup dirantauan orang, dia menyaksikan ramai kanak-kanak menjadi peminta sedekah, bekerja sebelum waktu umurnya dan lebih teruk lagi ada yang menjadi penyeluk saku. Runtuhnya sistem kekeluargaan yang sempurna menyebabkan kanak-kanak menanggung kesan tindakan ibu bapa mereka.

“Sekejap sahaja, kita dah sampai di KLIA.” Kata Pemandu Teksi mengganggu khayalan Maximus.

“Oh, Ya.” Maximus turun lalu membayar tambang teksi.

“Semoga dipermudahkan perjalanan, kamu. Jangan pernah lupa, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.”

“Baik Pakcik… saya minta diri dulu.”

“Lagi satu… ambil peluang untuk bertanya khabar mengenai orang yang pernah ditinggalkan. Mana tahu dia masih menunggu.” Lebar senyum Pemandu Teksi setelah meluahkan pandangan ikhlasnya.

“Oh, Pakcik… Saya rasa dia dah kahwin….”

“Kamu, tahu perkembangan dia selama ini?”

Maximus geleng kepala.

“Jadi, kamu tak tahu.”

Maximus angguk.

“Kamu masih sayangkan dia?”

“Dia, nafas saya, Pakcik.”

“Cari dia semula… selagi kamu tak mencuba, kamu tak akan tahu apa hasilnya.”

Maximus tersenyum memandang Pemandu Teksi tersebut. Kata nasihat orang tua yang tidak dikenalinya membuatkan dia berfikir lebih positif. Adakah kali ini dia berani untuk berhadapan dengan Madeline Sumang?

“Pakcik, hidup gembira selepas dua kali tak jadi kahwin?”

Pemandu Teksi tersebut tergelak besar mendengar soalan Maximus. Sekeping gambar lama ditarik keluar dari celah dompetnya.

“Ada berani?”

Terkedu Maximus mendengar soalan Pemandu Teksi. Dua telunjuk digerakkan di hadapan Pemandu Teksi.

“Betul. Orang yang sama.” Pemandu Teksi ketawa lalu meninggalkan Maximus yang masih menghadam jawapannya tadi.

No comments:

Post a Comment