Sunday 1 March 2015

Nafas Cinta Bab 14

Pelik pada pandangan orang yang nampak kedudukan pasangan muda ini. Seorang memandang ke kanan, seorang pula menoleh ke kiri. Masing-masing masih membisukan diri sejak keluar dari rumah.

Maximus Randell mengikut gerak langkah kaki Madeline Sumang. Bila Madeline Sumang mengambil tempat untuk duduk di salah satu set tempat orang berehat,  Maximus Randell pun duduk di salah satu kerusi tidak jauh dari Madeline Sumang.

"Why, you act like you don't know me? Is it so hard, for you to think on what I am asking for?"

"Five years, Max... now only you are here. Tell me, all of this while... where are you? Pernahkah you terfikir akibat dari fikiran pendek kita dahulu? Pernahkah?"

"I am sorry, May. I will make it up for you. I promise."

Madeline Sumang mendengus. Masih kesal dengan sikap Maximus Randell. Cukup suka berjanji tetapi... menepati belum tentu lagi.

"Lima tahun dulu, sama seperti ini juga. I promise, May. Tapi apa yang I dapat? Mengandung tanpa suami, padahal kita telah hidup seperti suami isteri. Cuma tinggal urusan kerajaan sahaja. Untuk mengesahkan status kita di depan mata masyarakat."

"May...." Pintas Maximus Randell. Tidak sanggup dia mendengar omelan mulut kecil itu. Rasa terhina teramat bila dihidangkan dengan kenangan pahit Madeline Sumang.

"Sembilan bulan I usung perut ke hulu ke hilir. Menanggung malu bila orang sibuk menyoal... mana suami? You tell me... how do I need to answer them?"

Maximus Randell mengeluh lemah. Nampak gayanya terpaksa juga dia tadahkan telinga mendengar luahan hati Madeline Sumang. Biarlah telinga dia bernanah sekalipun, kalau itu yang boleh menyenangkan hati Madeline Sumang.

"Tujuan utama I panggil you sebab ini." Madeline Sumang meletakkan sekeping cek di atas permukaan meja mar-mar.

Maximus Randell menjeling cek tersebut. Nilai dan nama di atas sekeping kertas itu agak memeranjatkannya.

"Apa benda ni? Nak sogok I tinggalkan you dan anak-anak. Sebelum I naik angin baik you ambik semula."

Cek yang ditolak oleh Maximus Randell ditolak semula oleh Madeline Sumang. Seumpama orang sedang bermain... aku sorong, kau tolak!

"I bukan bagi duit ini kerana nak suruh you lari. Tapi duit ini memang hak you. Dah lama I simpan. Malah makin bertambah... sebab you baru datang hari ini."

"Apa ni? Cuba terangkan elok-elok."

"Video yang I hantar adalah sebagai umpan untuk you datang ke sini. Tanpa video itu tak mugkin you akan berada di sini...."

"Wait, May... it is not because of the video that I am here. Sebelum I tahu apa yang terjadi seperti rakaman di dalam video itu... I memang sudah bermula mencari you."

"Bermula cari I? Sejak bila, Max? You jangan pandai nak reka cerita."

Laju Maximus Randell melurut rambutnya ke belakang. Terperangkap dengan telahan Madeline Sumang.

"Apapun, duit ini tetap milik you. I tak nak berhutang apa-apa dengan you lagi. You terima atau tidak bukan my business dah."

"Hutang? Hutang apa pula ni, May? Bila masa you berhutang dengan I?"

"Tu, petak orkid sebelah penjuru kiri di pintu masuk... tak nampak, nama you?"

Jenuh Maximus Randell memutar memorinya semula.

"Maksud you... petak dengan nama I tertulis di papan tanda?"

"Yup!"

Maximus Randell tersandar... mati-mati dia ingatkan Madeline Sumang masih terkenang-kenangkan dia. Rupa-rupanya dia tersilap perhitungan. Sampai hati Madeline Sumang, melontar dia jauh dari kehidupan mereka anak beranak.

"Apa you ingat nilai kasih sayang I boleh dibeli dengan wang ringgit, May?"

"Oh! Max... apa you sudah lupa bagaimana I pernah merayu you dulu?" Pedas sindiran Madeline Sumang.

Maximus Randell melurut rambutnya semula. Tekanan sesanggat dengan serangan pedas dari wanita yang sangat dicintainya.

"I tak perlu duit tu, May. I just need you and our kids. That all I am asking for... is it hard for you to understand?"

"What? Tak ada idea nak cakap dah? Sampai boleh merapu macam ni. Ambik sahaja duit tu... banyak yang you boleh buat dengan duit tu... Termasuk kahwin dan beranak pinak. Boleh juga gunakan sebagai wang hantaran atau kenduri besar. Jangan lupa pula jemput aku."

Bebelan Madeline Sumang merentap seluruh emosi Maximus Randell. Ada ke patut, susah payah dia datang ke sini untuk berbaik semula, tetapi sebaiknya dicadangkan berkahwin dengan orang lain.

"Masalahnya... I nak you. Bukan orang lain! You tak faham ke?" Jerkah Maximus Randell. Hilang sabar dengan kerenah Madeline Sumang.

"Well, Doktor Maximus Randell... saya pula tak nak, you. Go to hell la dengan perasaan you tu... nah ambik hasil perkongsian senyap you ini. I consider loan dari you. Bunga-bunga Cattleya adalah benih dari yang you bagi. I tak nak digelar sebagai orang yang tak mengenang budi. Since... business ini, berkembang pesat. Itu bahagian you."

Maximus Randell terdiam sebentar. Penolakkan demi penolakkan yang telah diberikan oleh Madeline Sumang. Tak boleh jadi! Dia harus menukar rentak permainan ini.

"Apa jadi kalau I tak ambik duit itu?"

Madeline Sumang terpempam. Tidak diduga Maximus Randell akan menyoal perihal cek tersebut.

"Perkongsian kita masih berjalan lagi?" Asak Maximus Randell. Kalau boleh dia akan gunakan kesempatan ini untuk menundukkan keangkuhan kata-kata Madeline Sumang.

Madeline Sumang tetap mendiamkan diri. Kenapa sukar sangat untuk dia menjawab serangan Maximus Randell? Padahal soalan tersebut begitu mudah sekali untuk dijawab. Andai hilang kosa kata, angguk atau geleng pun sudah memadai. Tetapi… mana mungkin dia akan mengangguk. Seolah-oloah dia menyorong kepalanya sendiri untuk dipenggal. Geleng? Itu pula menipu namanya. Kut-kut Maximus Randell mengambil tindakkan, apa pula dia hendak buat?

“Orang bagi duit pun banyak cakap! Tak boleh ke blah macam tu sahaja, tanpa banyak bunyi?”

“Senang sahaja soalan saya tadi, May. Yes or no. Angguk atau geleng. Mana satu pilihan you? I ada banyak masa nak tunggu you jawab soalan itu.”

“Eh! Maksud you?” Naik seram Madeline Sumang, mendengar pengakuan Maximus Randell. Banyak masa? Banyak juga maksud yang tersirat.

“What do you thinks? You suruh I datang ke sini, tak akan I nak balik tangan kosong.”

Madeline Sumang kerutkan kening.

“I tak faham, Max. You ambik cek ini, then you blah la… Jangan ingat you boleh stay kat sini. This is my place!”

Atas, bawah Maximus merenung Madeline Sumang. Sangat jelas Madeline Sumang sedang terbelit dengan permainan sendiri.

“How about I make deal? Easy way out… baik untuk kita berdua dan budak-budak.”

Berdesing telinga Madeline Sumang mendengar cadangan ‘gila’ Maximus Randell. Bagaimana Maximus Randell boleh ingat dia percaya bahawa permainan Maximus Randell akan membuahkan kebaikkan kepadanya? Tak masuk akal!

“Deal? Which diffenietely will be benefit you only, Max….”

“Kalau macam tu… I tutup offer… maknanya I akan stay di sini. Dan I nak lihat surat hak milik ladang ini. Sama ada You ikut arahan I, atau I akan gunakan bidang kuasa undang-undang? Pilih mana satu?” Tegas suara Maximus Randell mengertak Madeline Sumang.

“You tak ada hak ke atas ladang ini!” Jerit Madeline Sumang. Lantang membantah cadangan Maximus Randell. Hilang akal kut!

“Habis tu… untuk apa pula cek sebanyak ini? Atas urusan apa?”

“Just go, Max… leave us alone.”

Maximus Randell tarik senyuman sumbang.

“Poor May… lepas I tengok, apa yang terjadi dekat you akibat perbuatan I sendiri, you nak I tinggalkan, you?”

“I tak minta simpati dari you, okay? Semua itu I buat supaya you boleh datang segera ke sini dan kita boleh selesaikan hal cek ini.”

“Oh! Ya? Menanggis dan meraung semasa menahan kesakitan melahirkan Carl dan Leya, bukan meminta simpati? Mengeluh dan mengadu saat perut membesar, bukan meminta simpati? Berceerita mengenai kesukaran hidup dan hinaan masyarakat, bukan meminta simpati? Kalau ya pun you tak sengaja meminta simpati… tetapi I tetap ada hati dan perasaan, May.”

Madeline Sumang menggeleng-geleng.

“I pernan memohon simpati dari you dulu, Max. Tetapi… you sanggup turn your back on me… setiap hari setiap saat I tak pernah lupakan rayuan I, rayuan Eve dahulu….”

Panjang Maximus Randell menarik nafas. Ungkitan Madeline Sumang amat menyiksa jiwanya. Kenapa Madeline Sumang suka sangat mengungkit masa lalu mereka? Seakan-akan dia masih berada di dalam takuk yang sama.

“Move on, May. Benda lama buat apa dikenang lagi. Sambut huluran tangan I kali ini… I janji tak akan sakiti hati you lagi.”

Semakin laju Madeline Sumang menggeleng sama seperti rentak di hati.

“I tak boleh….”

Maximus Randell akur akan keengganan Madeline Sumang pada saat ini. Dia mempunyai banyak masa… Yup, no hurry!

“Tak boleh, tak apa… maknanya I akan stay di sini.”

Cek di atas meja dikutip semula oleh Madeline Sumang. Bayangan belakang Maximus Randell meninggalkan dia di situ semakin menjauh. Jika cek itu tidak sampai ke tuannya, makna Maximus Randell masih menjadi rakan kongsinya seperti yang telah didaftarkan semasa dia mula menjalankan perniagaan orkid ini dahulu. Inilah, natijahnya… pandai-pandai membuat keputusan walaupun telah dibantah oleh Igat dan Evelyn Menti.

“Ladang ini hak kamu, May. Pasal apa nak letakkan nama Max dalam share syarikat?”

“Igat, benih orkid yang kita ada, Max yang bagi. Saya tak nak ada hutang dengan dia. Hak dia kita kena bagi kat dia.”

“Satu hari, dia datang, betul-betul nak ladang orkid baru kamu ada akal... Apa jadi, aku tak nak masuk campur. ”

Sesak nafas Madeline Sumang memikirkan akibat dari perhitungannya dahulu. Igat betul! Dia telah tersilap menilai sikap Maximus Randell. Dan... sekarang lelaki itu tetap berdegil. Keputusannya pula agak sukar untuk diubah. Pening Madeline Sumang memikirkan cara yang sesuai untuk menyingkirkan Maximus Randell dari ladang orkid.

####

"Hello, George... I tak balik buat sementara waktu ni."

"Hurmm! Dah jumpa, May?"

"Ya, awal pagi tadi saya sampai. Semua okay kat rumah."

"Semuanya okay. You jangan lama sangat. I nak pakai kereta, macam mana?"

"Pian ada? I kena settle beberapa hal dulu."

"Apa hal? Berat saja bunyi suara."

"Ada la... May, buat perangai."

"Dah jumpa, berbaik-baik, Max. Nanti kalau dia merajuk langsung tak boleh pujuk... siapa yang susah? Pening dah I tengok you ke hulu ke hilir beberapa hari ini."

"Ya la... I tahu."

"Jangan kata tau... tapi buat jugak. Ni cuti berapa lama? Kerja apa cerita?"

Maximus Randell memicit dahi. Soal kerja pula perlu diselesaikan. Selama lima tahun, mana dia pernah bercuti. Tidak mungkin pihak atasan tidak boleh bertolak-ansur.

"Max! Nak cakap dengan Pian ke? Balik hantar kereta dulu. Kumpul kat rumah, boleh bincangkan masalah you dengan May."

"Ya la... Bagi I sehari dua lagi... hal kerja I uruskan nanti. Tiket dah sah burn. Semalam tak sempat tukar atau call airlines."

"Tiket tu tak apa. Boleh beli lain. Ni, Pian dah ada kat sini. You cakap dulu dengan dia. I nak repair lori dulu. Libau tengah tunggu."

"Sorry, tengah layan orang tua...." Tutur Suffian Ilhan dari corong telefon bimbit sebelah sana.

"It's okay. You boleh turun ke sini tak?"

"Bila?"

"Now."

"Jauh, tu... dah lambat. Malam tadi kenapa tak bangunkan I? Drive seorang-seorang, bahaya."

"I tak nak ganggu, you tidur...."

"Jadi you tak boleh datang?"

"Sorry, Max. Jauh la... Apa kata you balik dulu?"

"Tak boleh. I kena settle masalah,  May dulu."

"Aik, baru jumpa dah gaduh?"

"Tak la...."

"Kenapa pula?"

"Merajuk!"

"Kenapa pula nak merajuk? Dalam video, bukan main dia suruh you datang jumpa dia."

"Itu dulu. La ni... lain cerita."

"Dah tu, you nak buat apa kat sana? Cuba balik dulu... biarkan dia sekejap. Sehati dua you pergi la kat sana semula."

"Tak nak, Pian. Kalau dia blah macam tu saja. Putih biji mata I."

"Huh! Tak akan you nak berkampung kat situ?"

"Kalau perlu. I akan buat."

"Agak-agaklah, Bro... tak akan tak balik KL."

"Itu, satu hal... I have to do what I have to do."

"Budak-budak, okay?"

"Carl sihat, just Leya... nampak tak berapa sihat."

"I dah jumpa, Carl. Dia betul-betul nampak macam you masa kecik dulu. But Leya... I tak jumpa lagi."

"Oh, Leya... ada iras muka Lisa. Sikit-sikit muka Mummy. Tapi, Carl... macam muka saya keluar dari mesin photostat." Ada tawa di hujung ayat Maximus Randell. Dari tadi, dia mengawal kelincahan Carl Blume bermain seorang diri di ladang orkid.

Madeline Sumang? Dia tak nampak batang hidung sejak perbalahan mereka tadi. Maximus Randell sengaja membawa diri bersama Carl Blume selepas berkongsi cerita ringkas mengenai keputusan dengan Evelyn Menti.

Bukan main seronok, bila Evelyn Menti menawarkan salah sebuah rumah pekerja untuk kegunaan dia buat sementara waktu. Tidak besar, tetapi cukup selesa. Di dalam rumah kecil itu turut disediakan  dapur kecil dan bilik mandi sekali. Syukur... itu sudah memadai bagi Maximus Randell.

Selebihnya... dia akan kutip semula dari situ. Beberapa hari lepas, misi utama mencari Madeline Sumang. Sekarang... memujuk dan melembutkan hati Madeline Sumang adalah keutamaannya.

"Okaylah... I kena letak phone dulu. I tengah temankan Carl bermain. Esok, you datang... bawa sekali barang-barang keperluan I."

"Tak bawa baju ke, Max?"

"Tak, sehelai sepinggang dari rumah tadi. Tak terfikir nak bawa baju."

"Pandai-pandai la, you hari ini. I cuma boleh datang esok sahaja." Usik Suffian Ilhan. Tergelak di hujung suaranya juga... Geli hati membayangkan Maximus Randell tidak bertukar pakaian satu hari satu malam.

"I naik segan la, Pian... badan masam semacam." Pecah ketawa mereka berdua di hujung telefon bimbit masing-masing.

"Ala... pinjam la baju sapa-sapa kat situ dulu."

"Hurmm! May? Garang macam singa betina. Nak suruh I minta dari dia? Tak la... I lagi sanggup masam macam ni."

"Buat apa nak minta kat, May. Tanya pekerja ladang ke? Mungkin mereka ada baju spare? Ala... pakai sementara. Pakaian lama pun tak apa." Entah bernas, entah tidak Suffian Ilhan mencadangkan meminjam baju terpakai orang lain kepada Maximus Randell.

"Tak apa, Pian. Nanti aku cuci pakaian ni... Sidai kat luar... sekejap ajer kering. Lagipun, cuaca panas kat sini." Setakat ini, masalah pakaian dia akan dimudahkan dengan cara mencuci, setelah kering akan dipakai semula. Idea yang bagus! Selesai satu masalah kurang selesa dengan baju kemeja yang telah melekat di badan.

"Bye, Max. See you and I will bring your belongings  tomorrow."

Rasa rimas mula terasa bila kemeja melekat di badan kerana bermandi peluh. Kelincahan Carl Blume, berlari di sekeliling ladang orkid secara tidak langsung menyebabkan Maximus Randell terkejar-kejar menjaga keselamatan si lincah itu. Lengan panjang, kemeja putih susu berjalur biru sudah dilipat naik ke paras lengan.

"Uncle... nak balik."

Maximus Randell menyimpan telefon bimbit ke dalam poket seluar jean.

"Penat?"

Carl Blume menggeleng.

"Haus."

"Nak minum air?"

Kali ini, Carl Blume mengangguk. Apa tidaknya... hampir sejam bermain di bawah panas pagi. Mahu tak lencun dengan peluh baju Carl Blume.

“Jom. Kita minum dulu, lepas tu kita mandi.” Ajak Maximus Randell

“Ada air ke, dalam rumah, Uncle?”

Terpaku sekejap Maximus Randell mendengar soal Carl Blume. Tadi, bukan main dia sudah merancang untuk membersihkan diri dan pakainnya. Tak akan, air tak ada pula?

“Kenapa cakap macam tu? Mestilah ada air nak pakai mandi….”

“Bukan air untuk mandilah… air untuk minum.”

Berkerut kening Maximus Randell. Silap perhitungan ke?

“Air minum? Kalau ada air nak mandi mestilah ada air untuk di minum.”

Si kecil, Carl Blume menepuk dahi. Orang tua depan mata dia sekarang… memang tak betul atau apa kes?

“Coca cola, sarsi, pepsi, strawberry…  ada ke? Saya nak minum air sarsi.”

Melopong mulut  Maximus Randell. Jawapan si comel itu, di luar dugaan sama sekali. Manalah dia ada minuman tersebut. Jangankan menyimpan, membeli pun jarang-jarang sekali. Minuman tiada khasiat seperti itu bukan menjadi pilihan Maximus Randell. Banyak pula kandungan gula… Bagaimana Madeline Sumang boleh membiarkan anak-anak minum air bergas?

“Carl suka minum soda drink.”

“Suka.”

“Mummy, tak marah?” Selidik Maximus Randell. Budak-budak biasanya tidak pandai menipu. Selalu berlaku jujur kalau kena caranya.

Carl Blume senyap.

“Mummy, bagi Carl minum ke soda drink?” Melihat si anak agak takur hendak menjawab soalannya, Maximus Randell memperhalusi cara percakapannya.

“No… Mummy, suka bising….”

Maximus Randell menghempas nafas kasar. Lega sungguh dengan jawapan Carl Blume. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu berdepan dengan Madeline Sumang berkaitan dengan masalah minuman ringan ini. Baiklah… dia perlu berbincang dengan anak kecil ini.

“Dalam rumah Uncle, tak ada minuman bergas. Kalau nak minum jus buah-buahan ada.”

“Nak air sarsi sikit, boleh?” Pinta Carl Blume. Mata sayu mula meminta simpati dari Maximus Randell.

Dari celeh-celah pokok orkid Madeline Sumang menyorok sambil memerhatikan gelagat Maximus Randell dan Carl Blume. Butir-butir perbincangan dua beranak itu agak jelas di cu0ping telinganya.

“Uncle, tak ada Sarsi… Apa kata… kita cuba minum jus oren dulu?” Sudah menjadi kebiasaan Maximus Randell selalu berbekalkan botol Orange Twister.  Bila terdesak nak minum jus buah, twister boleh melegakan rasa dahaganya. Balik rumah, mengisar jus buah mengikut pilihannya.

“Sedap ke minum air oren? Tak masam?” Carl Blume mempersoalkan saranan Maximus Randell. Minuman air oren bukan kegemaran Carl Blume. Baginya oren itu selalu masam! Tak rasa manis seperti sarsi!

Tergaru-garu kepala juga Maximus Randell memikirkan cara untuk menjawab soalan Carl Blume. Bagaimana hendak hendak menerangkan berkaitan khasiat buah oren yang masam itu kepada kanak-kanak empat tahun. Fahamkah dia mengenai fungsi vitamin C untuk sistem pertahanan badan.

“Carl, selalu demam?”

“Baru lepas demam.”

“Sakit tak?”

Carl Blume mengangguk.

“Dalam buah oren banyak vitamin C.  Cukup kandungan Vitamin C dalam badan boleh mengelakkan Carl  dari demam.”

Carl Blume berkelip-kelip memandang wajah Maximus Randell yang duduk mencangkung dari tadi di hadapannya. Mencongak penjelasan Maximus Randell berkenaan buah oren.

“Sarsi tak ada, vitamin C?”

“Nope… gula banyak… gigi rosak. Nak tak ada gigi? Gigi tak ada, tak boleh gigit jagung….”

Merekah lebar bibir Maximus Randell bila melihat gelenggan laju Carl Blume. Berjaya juga dia memujuk ketagihan sarsi si kecil itu.

“Jom… kita mandi dulu. Basah dah baju, Uncle. Baju kamu pun basah juga….”

Carl Blume membelek dirinya juga….

“ Nanti nak suruh Mummy beli baju macam, Uncle.”

Maximus Randell tersenyum lebar. Budak empat tahun pun pandai bergaya? Tahu mengenai dunia fasion?

“Tak payah suruh Mummy beli. Uncle boleh belikan… janji Carl jangan nakal-nakal. Jaga adik elok-elok.”

Apa lagi? Carl Blume terangguk-angguk. Teruja sangat dengan pelawaan Maximus Randell.

Madeline Sumang berjalan perlahan-lahan ke arah dua beranak itu. Tangan kanan menjinjing sebuah bag. Agak besar juga.

“Hi!”

Maximus Randell terkejut. Tiba-tiba suara lembut Madeline Sumang ada di belakangnya. Dia menoleh ke belakang. Pelik, ternampak Madeline Sumang menjinjing bag pakaian. Fikirannya sudah mengandai yang bukan-bukan. Banyak mengarah pada yang tidak baik.

“Nak pergi mana ni, May? Baru sahaja jumpa anak-anak dah nak tinggalkan, mereka lagi?”

Madeline Sumang memandang kosong wajah tegang Maximus Randell.

“Diamlah!”

Mengigil lutut Maximus Randell. Jawapan kurang ajar Madeline Sumang betul-betul menguji kesabarannya. Pantang dia dicabar dengan cara seperti itu!

“I tak akan benarkan you tinggalkan anak-anak lagi… mereka perlukan you. Baru-baru ini, berapa lama you abaikan mereka? Doktor Weanie Teh bagi tau, lama dia tak jumpa you. Semua urusan Leya, you biarkan Igat dan Eve yang uruskan. Ibu apa, macam ni? Tahu beranak, tak tahu jaga anak!”

Bergetar seluruh tubuh Madeline Sumang mendengar kata-kata kasar Maximus Randell. Bagaikan dihiris dengan cerucuk buluh betong hati Madeline Sumang menerima hinaan. Terus dia tikam anak mata Maximus Randell melalui pandangan bencinya yang terkurung selama ini.

“Kalau kau tak tahu apa-apa pasal aku, Jangan sekali-kali kau hina aku di depan anak! Apa yang kau tahu mengenai mereka? Sakit pening mereka? Suka duka mereka? Hinaan masyarakat terhadap mereka? Mereka patut berbapakan bapa, tetapi… mereka berbapakan ibu. Tak tahu jaga anak?”

Maximus Randell telan liur. Luahan Madeline Sumang seratus peratus betul. Walaupun bukan seratus peratus salah dia. Apa yang memusykilkannya… cara Madeline Sumang memandangnya sekarang. Habis dia diteropong dari atas ke bawah… “

“Siapa yang tak tahu jaga anak? Kau ke aku? Sekurang-kurangnya aku lahirkan mereka, bela mereka, belai mereka, berikan kasih sayang… Kau? Cuma pandai jaga anak orang lain kat hospital… anak sendiri kau buang!”

Terkejut Maximus Randell menangkap bag pakaian yang dilontarkan oleh Madeline Sumang ke arahnya.

“Errr… May, Apa ni?”

“Tengok sendiri… mulai hari ini, kau jaga Carl!”

Sekali lagi Maximus Randell terkejut. Jeritan nyaring Madeline Sumang betul-betul menikam jantungnya. Dia tengok ke arah Carl Blume…

“Nak ikut, Uncle.”

Carl Blume tak tahu hujung pangkal perbalahan Mummy dan ‘Uncle’… angguk sahaja!

“Kena tukar panggilan uncle… mulai sekarang panggil Daddy.”

Angguk lagi, si Carl Blum… Kemudian geleng…

“Kenapa Daddy? Bukan uncle?”

“Sebab… saya adalah Daddy Carl.”

Berkelip-kelip mata Carl Blume memandang Maximus Randell.

“Kalau Daddy adalah Daddy Carl, kenapa tak pernah nampak Daddy?”

Maximus Randell pegang kejap bahu anak kecil itu… Direnung dalam anak mata Carl Blume mengahantar isyarat meminta pengertian.

“Daddy dan Mummy ada masalah sikit, sebab tu, Daddy... baru ada kat sini. Daddy perlukan, Carl untuk memujuk Mummy. Supaya Daddy akan sentiasa bersama Carl, Leya dan Mummy.”

Carl Blume diam. Agaknya memikirkan logik ke tidak permintaan Maximus Randell.

“Boleh tak?”

Anggukkan perlahan Carl Blume melegakan hati Maximus Randell. Lalu dia dukung si kecil itu ke rumah sementara yang bakal di dudukinya bersama Carl Blume. Bag yang ditinggalkan oleh Madeline Sumang tadi dijinjing menggunakan tangan sebelah. Tak apa… dia sambut cabaran Madeline Sumang. Setakat menjaga anak bujangnya… kerja enteng sahaja!

No comments:

Post a Comment