Friday 13 December 2013

Mencari Pelangi Pagi Bab 4

Julai 2011

"What we should do Dear? Her right body especially arm is shaking or jerking even she is sleeping." Aku risau teramat sangat dengan keadaan Jesie yang terlalu pelik. Badan sebelah kanan, mula 'jerking' masa tidur, gerakan pun nampak kuat.

"We have a look at her for a while, this weekend observed her, see what we can do." Suamiku masih nampak cool dengan keadaan anak seperti ini.

Hujung minggu tersebut kami perhatikan Jesie. Hanya sekadar untuk menyedapkan perasaan diri kami bawa dia pergi berubat cara kampung.

Susah payah cuba contact kawan-kawan mencari siapa yang dirasakan boleh mengubat penyakit sawan.

Akhirnya kami pun bawa Jesie ke satu tempat di kawasan Bukit Mertajam, berjumpa dengan seorang kakak yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dengan cara tradisional.

"Kak boleh tolong tengok anak saya ni, kelmarin dia mula jadi terketar ketar badan sebelah kanannya?" Suami aku memulakan mukadimah, sambil diperhatikan aku dan sepupuku yang baru aku ambil sebentar tadi dari IPG Bukit Mertajam.

"Akak tenggok budak ni kena sawan dik, bahaya ni! Akak tak berapa berani dan mahir dengan benda macam ni."

Hahhh sudah, mati akal juga kami masa tu bila Kak Yam(bukan nama sebenar) pun tak tahu macam mana nak membantu Jesie.

"Habis tu macam mana ni Kak? Akak ada cadangan tak, nak buat apa?" Suami aku masih belum berputus asa.

"Akak cuma boleh bagi daun untuk bagi mandi dia sahaja, kalau badan dia panas, boleh lah lega. Tetapi baik bawa dia ke hospital, sawan macam ni susah nak berubat cara kampung."

Kak Yam bagi dekat kami macam-macam jenis daun untuk mandikan Jesie nanti.

Sampai sahaja dalam kereta kami pun meneruskan perjalanan balik ke Penang. Nasib baik juga Bungan (sepupu aku) balik cuti hujung minggu.

Petang tersebut hati masih tak tenteram, berikhtiar mencari penawar sawan.

Contact list N95 aku selongkar mencari nombor telefon salah seorang kawan yang lama tidak aku hubungi.   

"Hello" Kim menjawab panggilan aku.

"Kim..masih ingat tak hari ni tokong baby dekat Pulau Tikus buka pukul berapa?"

"Dalam pukul 2 petang sudah mula, hari ini Sabtu, you kena pergi awal. Biasanya hujung minggu ramai orang berubat."

"Apa yang saya perlu bawa? Saya nak cuba ubat Jesie, tengok 'dia' cakap sebab apa Jesie jadi macam ni." Serba sedikit saya terangkan keadaan Jesie sekarang dekat Kim. 

"You bawa baju Jesie yang tak basuh lagi. Nanti dia boleh tahu apa jadi dengan Jesie."

Lepas talian telefon diputuskan. Aku mengajak suamiku pergi ke Tokong tersebut bersama dengan baju Jesie.

Sampai di sana memang betul orang ramai. Terpaksa berbaris menunggu no giliran.

Akhirnya giliran kami pun sampai. 'Dia'  bertanya kepada kami apa masalah kami. Suami aku menerangkan serba sedikit mengenai keadaan Jesie. 

"Ohhh...ini budak kena ganggu dari atas. Orang cakap ini sawan. Kena ubat cepat. Ini punya bahaya."

"Kami tahu, sebab itu kami datang minta tolong." Kata suamiku.

"Ini benda, saya kena panggil 'Dewi' datang. Kita tidak boleh buat sendiri. 'Dewi' ada 'amulet' untuk jaga ini barang."

"Kita ikut sahaja." Suamiku memberi persetujuan.

"Esok kamu datang, bawa anak sekali. Bagi 'Dewi' tenggok keadaan anak."

Petang tersebut 'dia' bagi ayat dalam tulisan Cina yang di tulis atas kertas putih dan kuning. Bawa balik bagi Jesie minum air setelah kertas tersebut dibakar. Kami juga dibekalkan dengan tangkal bagi mengahalau 'benda' yang tak elok.

Badan sebelah kanan Jesie sudah mula terketar ketar tanpa henti. Walaupun masih dikategorikan sebagai 'mild jerking'.

#################################

Seawal pukul 1 tengah hari kami sudah sampai di Tokong tersebut, seperti yang dijanjikan.

Seperti selalu kami kena menunggu giliran. Jesie masih boleh berjalan dan berlari walaupun nampak tak berapa stabil.

Sebagai seorang ibu, aku diselubungi perasaan 'keliru' sebenarnya. Masih mencuba untuk mencari jawapan yang tak berapa pasti. 'Puzzle' dalam kepala terlalu banyak untuk dijawab.

"Berapa lama anak sudah jadi macam ni?" 'Dia'  bertanya kepada suamiku. 

"Baru kena minggu ni" Jawab suamiku.

"Kamu sudah bawa dia pergi hospital?"

"Belum...kami ingat mau jumpa dengan kamu dulu."

"Okay. Kalau macam tu kita cuba buat kenduri dulu. Nanti saya suruh penolong saya bagi tahu apa kamu perlu buat dan jenis herba yang anak perlu minum." Terang 'dia' kepada kami. 

Lepas habis bercakap dengan 'dia' (orang yang berubat, dalam keadaan 'masuk'). Lelaki Cina dengan pakaian baby dan puting di mulut, kami berjumpa dengan Penolong 'dia' seorang tukang sedia ubat traditisional Cina dan menyediakan untuk acara persembahan kepada 'Dewi.

Ironiknya aku berasa hairan acara persembahan (ritual) tersebut adalah seperti acara yang masyarakat kami(Iban) yang selalu buat untuk dipersembahkan kepada 'Tuhan' dalam Agama Pagan. Acara yang selalu saya saksikan masa kecil dahulu. Dengan memerlukan darah ayam sebagai key factor.

Acara tersebut cuma boleh dibuat pada hari Khamis malam Jumaat sahaja. Jadi kami cuma perlu meninggalkan duit untuk upah dan perbelanjaan bagi membuat acara tersebut sahaja. 

Setelah urusan selesai kami meninggalkan tempat tempat tersebut. Tak kembali lagi ke situ sampai ke hari ini. Kerana kami membuat keputusan yang lebih drastik selepas ini. Dimana mungkin memerlukan 'orang' yang lebih baik pada pendapat kami. 


Tuesday 10 December 2013

Mencari Pelangi Pagi Bab 3

Julai 2011

Selama 2 hari suamiku menjaga Jesie di rumah. Tiada perubahan yang berlaku. Sihat seperti biasa.

Pagi Khamis aku hantar Jesie ke nursery seperti biasa. Hati seorang ibu memang tak pernah tenang walaupun tahu anak ditinggalkan di tempat yang selamat dengan penjaga yang bertanggung jawab.

Petang tersebut seperti biasa aku jemput Jesie tetapi awal sedikit. Aku cabut dari tempat kerja, buat tak tahu dengan kerja yang menimbun. Anak lebih utama dari segalanya.

"Today Jesie okay tak? Ada tarik macam on Monday hari tu ke?" Aku tanya Miss Lim. Yang sudah sedia menunggu aku di depan pintu nursery.

"She is okay today. As usual active."

"I pun tak tahu macam mana Jesie boleh kena tarik. 2 hari I punya husband jaga Jesie dekat rumah pun she is okay." Aku binggung sebenarnya dengan keadaan 'tarik' Jesie.

"Haiyyaa...Mummy Jesie. Tak apa punya jangan susah hati. Ini budak memang itu macam. Tetapi kalau masih tak puas hati bawa dia pergi hospital, check sama Doktor. Tetapi my husband and my younger son pun ada itu 'tarik' sakit. Baru sekarang okay sikit. Pergi hospital tidak ada apa pun boleh buat. Tidak ada ubat!" Hahhhh panjang lebar Miss Lim cerita pasal 'tarik' dekat saya.

"Habis tu Miss Lim buat apa? Husband dan anak sudah sihat ke?" Aku terkejut juga dengan cerita Miss Lim ni.

"Kita sembahyang sama itu tokong. Jelutong sana tempat."

"Ohhh...lepas sembahyang okay ke Miss Lim? Itu orang buat apa? Apa dia kata?" Interested juga cerita Miss Lim ni.."hehehe" kepoh ci sikit..

"Haiyyaa...ini macam punya sakit Kadang-kadang hospital pun tak ada tahu mau ubat macam mana. Itu tokong cakap ada 'benda' kacau maaa." 

Adoiii Miss Lim pun boleh percaya dengan 'benda tu', ingatkan dia tak pandai. Rupa rupanya dia lebih advance...hurmm

"Ohhh..itu tokong kasi halau itu ' benda ', sekarang sudah sihat kamu punya husband dengan anak?" Aku bertanya lebih lanjut juga, mana tahu boleh diguna pakai ke...

"My husband dan anak sudah sihat sekarang, tidak itu macam dulu. Sakit punya. Husband lagi teruk kalau compare dengan anak kecik."

Aku perhatikan Miss Lim seketika, "biar betul, kalau sampai macam tu kira teruk juga kes mereka ni!"

"Rasanya dah sihat kut Miss Lim, suami you pun selalu nampak okay sahaja. Anak pun sama." Itu yang selalu aku nampak sihat sahaja kedua duanya. 

"Itu pergi sama itu tokong sana baru okay. Kalau tidak, sakit!" Miss Lim berpuas hati dengan berubat dekat Tokong mereka. 

"Baguslah Miss Lim at least your husband and anak pun sudah sihat."

Malam tersebut sama seperti hari yang sebelumnya aku dan suamiku masih dalam keadaan berjaga. Rasa pelik dan ingin tahu memang menggelodak dalam hati.

Keesokan hari aku dan suami jemput Jesie dari nursery awal sedikit dari hari biasa. 

Petang tersebut Miss Lim tak ada, pembantu nya Miss Tan yang menunggu kami di depan pintu nursery. 

"Mummy Jesie, today Jesie look not that good. She refused to hold a pen with her right hand and she like to fall when walking." Air muka Miss Tan masa bercerita sudah semacam. Seperti susah hati.

"Zuppp" jantung bagai nak meletup bila Miss Tan mengkhabarkan cerita yang tak berapa sedap nak didengar.

"Miss Tan tahu sebab apa dia tak mau pegang pen? Kerap ke dia jatuh?" Aku cuba bertanya untuk memastikan kenapa boleh jadi macam tu.

"Tak berapa tahu, tetapi tangan kanan macam 'shaking'. Kaki kanan pun macam tak berapa kuat mau jalan atau berlari."

"Ohhh...any school activities been carry on?" Suamiku pula bertanya dekat Miss Tan.

"Ya. They have a year end concert training. But for a while only." Miss Tan bagi penjelasan dekat Encik Suami. 

"In that case, it could be too tired with the training. Never mind this weekend we observed her again." Suamiku membuat keputusan untuk memerhatikan keadaan Jesie. 

"Ya. You should do that. In the case you may be need to for a check up with a doctor. I am a bit worried about her." Miss Tan memberi nasihat, dari air muka pun tahu dia risaukan keadaan Jesie. 

Sampai sahaja di tempat letak kereta di Apartment yang kami duduki. Aku suruh Jesie keluar dari kereta, berjalan sendiri dari tempat letak kereta sampai ke rumah tiada masalah bagi Jesie. 

Tetapi petang tersebut aku nampak sandal sebelah kanan dia tertinggal di belakang, jadi aku pun menegur dia.

"Jesie, ni pasal apa tinggalkan sandal dekat belakang?" Volume suara sudah satu noktah tinggi dari biasa.

"Sorry Mummy." Jesie pun patah balik ke belakang cuba memakai balik sandal dia.

"Mummy, I can't wear my sandal, it's my feet." Jesie memanggil aku serta menerangkan keadaannya.

"You better wear it!" Aku arahkan dia memakai sandal tersebut juga. Tak ada kompromi langsung. 

Jesie aku asuh untuk berdisiplin tinggi. Walaupun seorang aku jarang memanjat an nya. 

"No Mummy, I can't wear it." Jesie masih berdegil.

Aku pun berasa pelik, jadi aku pakaikan sandal tersebut dikaki Jesie.

"Now, can you walk?" Aku suruh Jesie berjalan didepan aku. 

Tujuan aku untuk memerhatikan kenapa sandal kanan dia boleh tertinggal dibelakang masa dia berjalan. 

"Zappp" Jantungku berdegup laju darah menyirap sampai ubun kepala.

Rupa rupanya jari kaki kanan Jesie tidak kuat untuk menggepit sandal tersebut.

Aku panggil suamiku untuk melihat apa yang terjadi dengan Jesie.

Kami berdua sama sama diam tanpa kata cuma dia mengambil keputusan untuk mendukung Jesie.

Sampai di depan pintu rumah aku masih belum berpuas hati. 

"Jesie can you stand with your right feet?Mummy want to wear for you this shoe." Aku berlakon hendak memakai kan kasut yang paling dia suka sekali untuk menguji kekuatan kaki kanannya. 

"Huhhh" Jesie macam nak terjatuh bila berdiri dengan kaki kanan sahaja. Cukup menyakinkan aku.."She is not normal!"

Suamiku masih diam, tapi aku tahu dia pun sama seperti aku..'susah hati'

Malam tersebut aku hidangkan makan malam seperti biasa aku arahkan Jesie makan sendiri.

"Why you are using your left hand? What happen to your right hand? Use your right hand now!" 

Arahan sudah dikeluarkan apa lagi Jesie pun ikut sahaja. 

"Mummy I can't use my right hand, shake shake!"

"Zappp" sekali lagi jantungku meloncat laju petang ni. Aku yang tengah berada di dapur berjalan ke arah Jesie, cuba untuk membuat pemerhatian sekali lagi.

"Jesie, can you show to Mummy how you handle your spoon with your right hand?"

Jesie pun mengikut apa yang aku suruh.

"Ohhh God!" Tangan kanan Jesie pun sama terketar ketar memegang sudu. "Parah kalau macam ni!"

"Darling, come! See how Jesie hold her spoon with a right hand." Aku panggil suamiku untuk melihat keadaan Jesie.

Aku suruh Jesie menyudu kuah lauk dalam mangkuk dan menyuap kedalam mulutnya. Berterabur sup ayam jatuh di lantai sementara hendak sampai ke mulutnya.

"Jesie, now you put your right hand on the flow try to put some pressure on it."

Tangan kanan Jesie terketar ketar bila dia letakkan di atas lantai.

"We must do something, this is not good!" Aku bagi tahu dekat suamiku.

Risau sudah bermaharajalela di dalam hati. Tak mungkin akan senang hati dengan keadaan yang pelik semacam tersebut. 

"Hello...Mak pernah nampak tak tangan kaki sebelah badan budak-budak terketar ketar atau tak berapa kuat?" Aku mengambil keputusan menghubungi Emak di kampung.

Memendam rasa pun tak guna baik call Emak di kampung.

"Pasal apa, ada apa-apa jadi dekat Jesie ke?" Mak tak jawab lagi soalan aku tetapi sudah mula menyoal aku pulak. 

"Ya Mak. Jesie tiba-tiba jadi macam tu. Mak pernah nampak sesiapa jadi macam tu ke?" Aku tak nak membelakangkan orang tua dalam hal sebesar ini.

"Mak tak pernah nampak sesiapa jadi macam tu. Pelik dah tu! Bawa cepat pergi berubat."

"Mak tau tak, kenapa boleh jadi macam tu?"

"Kalau ikut cerita kamu ni, Jesie ni kena sawan."

'Zappp' darah naik ke kepala lagi. Boleh mati cepat. Banyak sangat terkejut. 

"Habis tu apa saya kena buat Mak?" Rasa nak menanggis pun ada, bila Mak cakap pasal sawan.

"Kamu ada dekat Penang, kalau kamu dekat sini ramai yang boleh 'tawar'kan penyakit  sawan ni." Dengan keadaan Mak yang tinggal di Sarawak mustahil aku boleh pederas Jesie berubat.

"Kalau macam tu tak apa lah Mak. Nanti saya cuba berubat dekat sini dulu."

Aku dan suami mengambil keputusan berubat dekat Penang dahulu.



Mencari Pelangi Pagi Bab 2

Julai 2011


"Tuttt Tuttt Tuttt" Nokia N95 aku berbunyi.

"Hello Miss Lim!" Aku menjawab panggilan Dari Miss Lim, Pengetua di tadika Jesie.

"Mummy Jesie hahhh.."

"Ya,  Miss Lim. Ada apa call saya?"

"Saya call untuk bagi tau pasal Jesie, tadi pukul 2 itu macam ada kena 'tarik'." Tersentap jantungku bila mendengar perkataan TARIK.."Apa benda tu?". Hidup dimuka bumi sudah menjangkau 38 tahun tetapi baru pertama sekali aku dihidangkan dengan perkataan TARIK.

"Miss Lim...'tarik' itu apa benda?" Aku memerlukan lebih penjelasan mengenai perkataan TARIK.

Kerja yang aku buat aku tinggalkan sekejap, punggung aku labuhkan di atas kerusi berdekatan dengan microscope yang aku guna sebentar tadi untuk meneliti product yang dibuat berada dalam piawaian yang betul. 

"Mummy Jesie, you tak tau apa itu 'tarik' hahh?   'Fit' tau tak?" Kelam kabut Miss Lim cuba menerangkan dengan sebaik mungkin. 

"Sorry Miss Lim..I don't have any idea what is it? Pasal apa ya boleh jadi itu macam?" Sebenarnya aku masih 'blur' tak tahu menahu kenapa Jesie boleh jadi macam tu.

"Itu macam susah I mau explain, biasanya budak-budak selalu kena itu 'tarik' masa demam panas, tetapi Jesie ini hari sihat, tak ada demam."

"Berapa temperature badan Jesie masa kena 'tarik' tadi Miss Lim? Ada ambik reading tak?" Aku sudah memulakan siasatan mana tahu Jesie demam pulak sekarang.

Pagi tadi masa saya hantar Jesie, aku perhatikan dia elok sahaja. Seperti biasa menyanyi serta becok mulut bila didalam kereta dalam perjalanan ke nursery yang aku pilih untuk Jesie tinggal seharian sampai aku mengambil dia semula dalam pukul 6 petang ke pukul 8 malam.

Tugas yang yang banyak serta aku memerlukan kerja lebih masa dan jalan yang sentiasa jam membataskan aku untuk mengambil Jesie lebih awal dari masa tersebut. Kadang-kadang bila kerja kurang baru aku boleh membawa Jesie pulang ke rumah lebih awal dari pukul 6 petang.

"Jesie tak demam, reading cuma 27 deg Celsius sahaja. 'Tarik' pun tak lama sekjap sahaja, tak sampai seminit." Terang Miss Lim, dan saya percaya sebab mereka memang tiap tiap hari akan ambik temperature budak-budak yang di hantar ke nursery tersebut. 

"Sekarang Jesie dah okay kan Miss Lim, perlu saya jemput dia balik tak?"

"Tak apa Jesie okay sekarang jangan risau, saya cuma call untuk memaklumkan keadaan Jesie sahaja, balik rumah nanti kamu boleh perhatikan dia." Miss Lim sempat menasihatkan aku lagi. Dia sendiri ada dua orang anak lelaki berumur hampir sebaya dengan Jesie.

"Kalau macam tu, petang nanti saya jemput Jesie awal sedikit. Thanks Miss Lim."

Selepas talian diputuskan aku segera mencari Hamidah, rakan kerjaku. Niat dihati ingin bertanya lebih lanjut mengenai 'tarik'.

"Midah...hang tahu tak apa 'tarik' tu? Tadi Cikgu dekat nursery Jesie call, dia bagi tahu Jesie kena tarik masa hendak tidur petang." Aku cuba menjelaskan kepada Hamidah berkenaan dengan keadaan Jesie. 

"'Tarik' tu macam sawan lah Asiah. Jesie demam ke masa kamu hantar pagi tadi?" Hamidah sudah menghadap aku yang masih keliru...

"Dak ahh...Pagi tadi dia elok saja. Tadi masa Miss Lim call pun dia habaq temperature Jesie normal."

"Biasanya budak demam panas yang suka kena 'tarik ' ni Asiah.." terang Hamidah lagi.

"Saya pun tak tahu lah Midah, Jesie tu jarang demam. Dari dia lahir sampai umur 4 tahun 3 bulan ni boleh kira berapa kali dia demam."

Lepas bersembang dengan Hamidah sekejap aku kembali menyambung kerjaku yang masih berbaik sedikit lagi. Tetapi aku tetap hairan macam mana boleh 'tarik' terjadi dengan keadaan Jesie yang sihat.

Memang betul Jesie jarang demam, jaga Jesie ni senang tak banyak kerenah dan budak  yang tinggi disiplin dan cepat pandai berdirikari. Dalam usia semuda itu, Jesie jarang didukung. Dia tak mahu! Sikapnya memang lain dari yang lain.

Pernah satu hari aku bawa dia ke Shopping Mall, pakaian dan kasut dia dah tak berapa muat dah, memang perlu diganti. 

"Come Jesie, you choose your own shoe, which one you like." Aku arahkan dia untuk memilih sendiri kasut yang dia suka.

"No need Mummy, I don't want to buy shoe, I still have mine." Jesie hayun langkah laju tak nak pilih kasut dia dengan aku.

"Jesieee...come here. You need to change your shoe! Your's is quite tight already!" Aku terjerit sedikit bila Jesie sudah berlalu meninggalkan aku di bahagian kasut kanak-kanak perempuan. 

Bila melihat Jesie masih laju berlari kearah Daddy dia. Aku pun buka langkah seribu mengejar Jesie. 

Dalam terpaksa Jesie ikut juga kehendak aku. Aku ambik beberapa pasang kasut untuk dicuba. Manakala Jesie masih dalam keadaan enggan bertolak ansur dengan aku.

"Try Jesie! You need it!" Aku sudah membebel bila Jesie masih berdegil dengan kehendak aku.

"I have mine Mummy. No need!" Terbeliak mata aku bila melihat dia meletakan semula kasut tersebut di atas rak asal.

Aku geleng kepala sambil tersenggih bila drama sebabak tadi disaksikan oleh beberapa sale girls di bahagian tersebut.

"Tak apa lah adik, kamu bungkus juga kasut tadi." 

"Nak ambik juga ke Kak? Pandai anak Akak boleh tak nak kasut ni. Kalau budak lain boleh menanggis kalau ibu bapa tak mahu nak beli. Kes anak Akak ni terbalik pula." Tersenyum lebar Adik sale girl mungkin geli hati dengan drama Jesie tadi.

"Budak ni susah nak agak apa yang dia nak dan fikir." Aku mengambil kotak kasut tersebut sambil mata mencari dua beranak tersebut. Hajat nak beli baju juga.

Hurmm macam tu juga lah..adengan membeli baju sama dengan membeli kasut. Last sekali aku bawa kasut dan baju terus ke station pembayaran. Beli terus tak nak suruh dia pilih!


Sampai sahaja dekat nursery Jesie, aku rangkul dia dalam pelukanku. Suhu badannya aku rasa dengan telapak tanganku. Biasa sahaja! Tak panas.

Aku perhatikan keadaan Jesie bila bersama aku didalam kereta. Tidak ada tanda-tanda yang boleh membuatkan aku boleh menggaitkan dengan kes 'tarik' dia tengah hari tadi.

Dalam buntu aku ceritakan juga kisah 'tarik' Jesie dekat suamiku apabila sampai sahaja di rumah.

"Jangan risau sangat. Dua hari ni biar saya jaga dia dekat rumah. Saya perhatikan dia." Encik Suami sudah mempelawa diri untuk memantau keadaan Jesie. 

"That is a great idea!" Laju sahaja aku setuju dengan pendapat suamiku.

Lega sedikit bila Encik Suami sudi menjaga Jesie biar pun untuk sehari dua.

Tiada perubahan yang kami nampak pada malam tersebut.."she is perfectly normal."

Becok mulut seperti biasa, dengan umur baru mencecah 4 tahun lebih Jesie boleh bertutur dalam 6 bahasa. Bahasa English paling mahir sekali disebabkan aku dengan suami memang berkomunikasi dengan Bahasa English. 

Bahasa Iban, aku yang selalu gunakan bercakap dengan Jesie untuk memudahkan komunikasi diantara dia dan ibu bapa serta adik beradik sebelah aku.

Bahasa Punjabi adalah bahasa pengantar di antara Jesie dan suamiku serta saudara mara sebelah suamiku.

Jesie mempelajari Mandarin dan Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia di nursery yang aku pilih.

Persiapan aku senang sahaja, pilih kerjaya melalui kemahiran. Kalau boleh mengguasai banyak bahasa jadi lah INTERPRETER...


Monday 9 December 2013

Mencari Pelangi Pagi Bab 1


Prolog
"Jesie! Apa terjadi dengan kamu ni?" Aku gerakkan badan sambil  memangku Jesie yang sedang menggeletar (jerking movemet) di atas ribaku.

Perasaan takut seorang ibu mengatasi segalanya, belum pernah aku menyaksikan kejadian seperti tersebut di dalam hidupku. Dalam hatiku berbisik "Adakah Jesie kena serang penyakit sawan?"

"Jesie! Jesie! Jesie!" Aku terus mencuba untuk
membangunkannya dari keadaan 'tarik' tersebut tetapi sia-sia. Jesie masih dalam keadaan tidak sedar diri dengan keseluruhan badannya yang keras dan mengelupur di pangkuanku.

Aliran darah dalam badanku sudah menderu laju, jantung rasa hendak terkeluar dari dada. Perasaan cemas, takut teramat sangat sehingga boleh memikirkan perkara yang tak diingini akan berlaku. 

"Jesssiiieeee...." Aku terus melaungkan namanya dalam sedu sedan...merangkul tubuh kecil tersebut dalam dakapan aku.

Aku sendiri sudah tidak bermaya, terkulai layu menyembah bumi dengan Jesie yang masihku riba tiada tanda untuk sedar semula...

"Baby! Wake up!" Badan aku digerakkan tetapi mataku masih belum terbuka sambil meronta ronta minta dilepaskan mulut ku masih memanggil nama 'Jesie'.

"Baby...you are dreaming! Wake up!" Mukaku ditepuk perlahan. Airmata yang mengalir di sapu lembut dengan Ibu jari kasar.

"What happen to you honey? Nightmare?" Badan suamiku terusku rangkul kasar. Untuk menenangkan diri sendiri. Manakala tangan suamiku mengurut lembut belakangku demi menyalurkan kekuatan kepadaku. 

Setelah bertenang seketika,
aku kalihkan posisi tubuh ku untuk melihat keadaan Jesie. Masih tidur nyenyak! Enggan menganggu lenanya aku duduk sambil memerhatikan keadaannya dengan perasaan galau. 

Wajah suami aku pandang dalam suram lampu malam..."Again I had a bad dream about her! I don't feel good about this..."

"It's just a dream Honey. Nothing going to happen to her." Suami ku cuba mententeramkan keadaan aku.

"No Darling, I feel very bad about this." Aku masih menyangkal pandangan suamiku.

Mana mungkin aku boleh mengabaikan mimpi yang sedemikian rupa dalam sekelip mata.

Jesie adalah satu satunya permata hatiku. "Ya Allah, jauhkan Jesie dari segala perkara yang tidak baik, Kau lindungilah dia siang dan malam." Laluku raup mukaku dengan kedua tapas tanganku untuk mengaminkan doa.

Tidur pun disambung semula tetapi hatiku tetap bergelodak mengenangkan keselamatan anak yang dinantikan selama sepuluh tahun, yang ditatang bagai minyak yang penuh. Anak yang baru hendak bermula becok mulut, berlari sana sini, yang baru mula hendak belajar ilmu dunia dan akhirat.