Friday 13 February 2015

Nafas Cinta Bab 8

Walaupun tak selebat malam tadi hujan masih turun membasahi bumi. Tanpa berpayung Maximus Randell berlari ke arah pacuan empat roda itu. Enjin Mitsubishu Pajero perlu dipanaskan sebelum Maximus Randell keluar dari rumah.

Oleh kerana hujan, Maximus Randell memutuskan untuk duduk di dalam Pajero sambil menunggu enjin panas. Apapun, rancangan pagi tadi, selepas terjaga dari mimpi panjangnya perlu diteruskan. 

Semasa sarapan sebentar tadi dia menceritakan rancangannya kepada George dan Lisa Mary. Mereka tidak membantah, bagi mereka rancangan Maximus Randell cukup bagus untuk menjejak Madeline Sumang.

Pelawaan George Ralph untuk menemani Maximus Randell ditolak secara baik. Maximus Randell perlu berhadapan Ayah May seorang diri. Dia tidak mahu melibatkan George Ralph di dalam permasalahannya dengan keluarga Madeline Sumang. Kesalahannya, jadi, biar dia menanggung semua kemungkinan yang bakal dilaluinya.

Hempasan pintu sebelah penumpang mengejutkan Maximus Randell. Besar bebola mata bila melihat Suffian Ilhan sudah duduk di sebelah.

"Eh! Pian... you buat apa, ni?"

Suffian Ilhan tersenggih. Berbaju segak. Siap dengan cermin mata hitam. Walhal hujan turun lagi.

"Aku ikut, you. Jadi body guard tak bergaji untuk hari ini."

Bercantum bulu kening Maximus Randell. Biar betul! Si sepupu ingin turut serta dalam misi untuk hari ini.

"Kau jangan main-main, Pian. Ini antara hidup dan mati aku."

Tersenyum lagi, Suffian Ilhan.

"Aku serious ni."

"Huh! Suka hati. Lambat balik jangan banyak bunyi." Ugut Maximus Randell.

Suffian Ilhan tersenggih lagi. Tidak ada tanda-tanda takutkan ugutan Maximus Randell. Kalau Maximus Randell ada misi tersendiri dia pun punya alasan yang kukuh. Membiarkan Maximus Randell bertemu dengan orang tua di seberang sana? Oh! Tidak!

Kata sepakat sudah dibuat. Semasa Maximus Randell keluar menuju ke kereta, Lisa Mary dan George Ralph telah mengarahkan dia untuk menemankan Maximus Randell. Mencegah benda yang buruk dari berlaku lebih baik dari merawat akibat kesilapan kecil.

Dengan adanya Suffian Ilhan sebagai teman untuk berkongsi buah fikiran. Bukankah hasilnya, keputusan dibuat berdua lebih baik dari seorang?

Lambaian tangan George Ralph menghentikan pusingan stereng Pajero George. Maximus Randell menunggu George Ralph datang menghampiri. Tingkap sisi kereta dibuka sedikit. Tempias hujan tetap masuk juga ke dalam kereta.

"Ada apa, George? Nak pesan apa-apa ke?"

"Tak ada apa nak pesan."

"Habis tu?"

"Ni... Pian, I suruh temankan you. Takut nak bagi you pergi seorang. Lagipun jalan tak berapa bagus. Tambah hujan lebat malam tadi. Apa-apa jadi kamu berdua. I dan Lisa tak berapa risau."

"Oh! No hal. I pergi dulu...."

Cepat tangan Maximus Randell menaikkan cermin tingkap di tepinya.

"Nanti dulu!" Tahan George Ralph. Tangan kanannya melekat di cermin yang separuh jalan dinaikkan oleh Maximus Randell.

"Ada apa lagi?" Mood Maximus Randell sudah berubah. Awal pagi ini banyak pula kerenah merepek si George dan Lisa.

"Jangan kasar dengan orang tua. Tanya elok-elok." Pesan George.

"Hissshhh! I tau la, apa nak buat."

"I peringatkan sahaja." Jelas George Ralph.

"Ada apa lagi?"

Mata George Ralph beralih kepada Suffian Ilhan.

"Pian, tengok sama."

Suffian Ilhan satukan ibu jari dan jari telunjuk kanan untuk membentuk huruf 'O'.

"Jangan okay, okay... saja."

"Don't worry, Bro. We will be fine." Jawab Suffian Ilhan, yakin.

"Dah... boleh jalan and hati-hati." George Ralph tepuk pintu Pajero.

Maximus Randell naikkan semula cermin tingkap. Stereng dipusing. Pedal minyak ditekan perlahan menuruni kawasan rumah. Sampai di simpang masuk, dia memutar stereng menuju jalan ke rumah lama Madeline Sumang.

Tidak susah bagi Maximus Randell untuk mencari rumah Madeline Sumang. Kedudukkan rumah masih sama cuma persikitaran sudah berubah. Wajah kawasan rumah sudah dihiasi dengan anak pokok sawit.

Dari kereta diluaskan lagi skala pandangan mata Maximus Randell, lokasi taman orkid dahulu nampak usang. Ketara sangat orang yang tinggal di rumah tidak mengendahkan taman orkid Madeline Sumang.

Beberapa hari ini semasa dia menjejak Madeline Sumang semula, Maximus Randell dapat merasakan dia telah meninggalkan kesan yang amat buruk terhadap keluarga Madeline Sumang. Di luar dugaan sama sekali!

"Orang tua ini ada ke tidak? Rumah sunyi saja." Kata Suffian Ilhan. Kepalanya pun sama seperti Maximus Randell berpusing mencari Tuan Rumah.

"I nak keluar, cari dia. Mungkin ada kat dapur atau belum bangun." Tutur Maximus lalu keluar tanpa menunggu pendapat Suffian Ilhan.

Laju Suffian Ilhan membuka pintu kereta. Larian Maximus Randell merempuh hujan diikutkan juga. Tidak ingin dia ditinggalkan di dalam kereta. Buat apa hendak menunggu? Lagipun tugas dia hari ini adalah mengawasi Maximus Randell.

Panjang leher Suffian Ilhan menjengguk ke dalam rumah.

"Err... macam tak ada orang dalam rumah, Max."

Maximus Randell mengintai tepi kawasan rumah orang tua Madeline Sumang. Dulu, bukan main cantik kawasan tersebut. Sayang sekali, kenapa sekarang ia tidak dijaga?

"Mesti ada orang. Pintu rumah terbuka. Kalau dia keluar mesti dia tutup pintu." Bantah Maximus Randell.

"Dari tadi kita panggil tak ada orang yang menyahut." Bebel Suffian Ilhan.

"Orang tua, Pian. Mungkin dia tak dengar."

"Pakcik, Pakcik, Pakcik...." Laung Suffian Ilhan. Kali ini dia memanggil lebih kuat dari suara Maximus Randell.

Mereka sama-sama mendiamkan diri sebentar. Memasang telinga, kut-kut ada orang menjawab. Gegendang telinga dibuka lebih luas bila derapan tapak kaki semakin menghampiri pintu depan.

"Pakcik." Tegur Suffian Ilhan sebagai pembuka kata. Panjang tangan kanan dia hulurkan. Siapa pun dia, sebagai tanda hormat bersalam harus didahulukan.

Ayah Madeline Sumang menyambut huluran tangan Suffian Ilhan. Selepas itu baru dia bersalam dengan Maximus Randell. Silih berganti dia cuba mengenali dua orang anak muda yang berada di hadapannya.

Ingat-ingat lupa pada wajah Maximus Randell. Dia perhatikan. Ingatan tua dipadan semula.

"Buat apa kau datang ke sini?" Wajah lembut tadi bertukar garang.

Terkedu Maximus Randell bila Ayah Madeline Sumang menarik kasar tangannya selepas mereka bersalam.

"Ayah, apa khabar?" Soal Maximus tanpa mempedulikan tempikkan orang tua itu.

Suffian Ilhan berjaga-jaga di tepi mereka. Kalau salah seorang hilang sabar... tanggungjawabnya untuk mengelakkan salah seorang memukul atau dipukul. Payah, jika sampai bergaduh menggunakan kaki dan tangan. Bertekak mulut masih boleh diterima lagi.

"Sapa Ayah, kau? Apa kau nak?" Jerkah Ayah Madeline Sumang, lebih tinggi dari tadi.

Menyirap darah panas ke muka Maximus Randell mendengar jerkahan Ayah Madeline Sumang. Kecut anak perut tetapi dia tidak boleh mengalah. Tujuannya harus diteruskan. Tak nak dipanggil Ayah tak apa. Asalkan masih ingin berbual walau caci maki diberi.

"May, ada? Saya nak jumpa dia."

Merah menyala mata Ayah Madeline Sumang mendengar nama anaknya keluar dari mulut Maximus Randell.

"Mana aku tahu? Dia hidup atau mati aku tak peduli. Kau boleh berambus dari sini."

Suffian Ilhan tetap berdiri tegak di kedudukan tadi. Matanya tidak lepas memandang wajah tegang Maximus Randell. Amat memahami gelodak hati Maximus Randell pada ketika itu. Datang dengan niat baik tetapi disambut dengan kata-kata kesat pula.

"Pakcik, saya nak minta maaf...."

"Maaf? Apa kau kata, maaf? Ni kau reti ke tidak apa yang telah kau buat? Ada hati nak minta maaf?"

"Saya tahu, salah saya."

"Kau tak tahu, jangan nak bohong!"

"Saya tahu, Pakcik... saya salah tinggalkan, May."

"Kalau kau tau, benda tu salah. Kenapa kau nak buat juga!?"

Maximus Randell terdiam. Benar kata Ayah Madeline Sumang. Dia tahu dia bersalah. Tetapi kenapa dia sanggup tinggalkan Madeline Sumang pada saat hari perkahwinan mereka?

"Kau tak tahu kan? Apa yang telah kau buat? Atas dosa apa kau sanggup malukan keluarga aku?" Serang Ayah Madeline Sumang. Membuak-buak dadanya dengan amukkan amarah terhadap kisah lama itu.

Maximus Randell hanya mampu menggeleng...

"Berambus dari rumah aku. Tak ada tempat bagi kau atau May dalam rumah ini. Termasuk juga anak-anak May. Entah anak sapa yang dikandung. Aku tak ingin anak tanpa bapa, tak tau keturunan, asal usul ada dalam rumah ini."

"Pakcik!" Pintas Maximus Randell. Tidak sanggup dia mendengar makian orang tua itu tehadap Madeline Sumang.

Tanpa mempedulikan bantahan Maximus Randell, Ayah Madeline Sumang terus menyambung luahan hatinya.

"Anak derhaka. Tak dengar cakap Mak Bapa... sampai mati aku tak akan maafkan. Sanggup dia malukan keluarga. Sanggup dia meragut nyawa ibu dengan berita memalukan itu." Ayah Madeline Sumang mencunggap. Mengambil nafas.

Hancur luluh hati Maximus Randell mendengar luahan Ayah Madeline Sumang. Sungguh dia tidak menduga beginilah akibat perbuatannya lima tahun lepas.

"Puiihhh! Sebab itulah anak lahir, cacat!" Putih lantai simen di luar rumah dengan air ludah Ayah Madeline Sumang. Puas hatinya melepaskan marah dan geram tehadap Madeline Sumang.

Manakala Suffian Ilhan dan Maximus Randell terkejut mendengar penghujung ayat orang tua itu.

"Apa, Pakcik cakap? Cacat?" Tajam anak mata Maximus Randell melawan panahan mata Ayah Madeline Sumang.

"Jangan kau kata anak itu anak kau. Aku parang kau nanti!" Jawab Ayah Madeline Sumang sambil mengungut Maximus Randell.

"Ada berapa orang anak May, Pakcik?" Soal Suffian Ilhan setelah dari tadi mendiamkan diri. Dia kena potong 'line' juga. Takut kemarahan orang tua itu semakin mencanak.

"Dua! Kembar laki perempuan. Perempuan tu cacat. Lemas masa lahir. Lambat sangat keluar. Dosa dia buat kat aku dan Mak dia. Anak dia tanggung!" Dalam tak sedar Ayah Madeline Sumang membuka cerita. Dia hilang pertimbangan bila Suffian Ilhan melontarkan soalan secara mengejut.

Lembik lutut Maximus Randell mendengar cerita ringkas orang tua itu.

"Tolong saya, kat mana May dan anak-anak sekarang?"

"Aku dah kata... aku tak ada kaitan dengan anak derhaka itu. Apa dia buat aku tak nak ambil tahu."

"Tak akan Igat tak bagi tahu, Pakcik?" Soal Suffian Ilhan dalam nada lembut.

"Kau kenal Igat, kau tanya dia. Aku tak tahu!" Tegas Ayah Madeline Sumang. Badan tua itu dipusing menghala ke pintu depan semula.

Bulat mata Maximus Randell melihat Ayah Madeline Sumang ingin masuk semula ke dalam rumah. Inilah peluang untuk dia menyelesaikan kesilapan dulu. Andai tidak digunakan sepenuhnya... tak mungkin untuk dia boleh mempercepatkan misi pencariannya.

"Pakcik... budak-budak itu anak saya."

Maximus Randell tidak peduli. Diparang Ayah Madeline Sumang pun dia sanggup. Padanya kesilapan masa lalu harus diperbetulkan dengan segera. Tidak sanggup dia menahan perasaan penuh penyesalan. Tambahan, khabar anak perempuan tidak sedap didengar.

Ayah Madeline Sumang berpusing semula. Menyinga dia memandang Maximus Randell. Diketap rapat kedua rahangnya.

Pappp!! Penampar sulung Ayah Madeline Sumang singgah di pipi kiri Maximus Randell.

"Berambus! Pergi dari rumah aku! Jangan bagi aku naik angin pagi-pagi buta ni. Ikut hati aku... mati kau, aku kerjakan." Panjang jari telunjuk dia menujal-nujal kepala Maximus Randell.

Maximus Randell tetap membisu. Dibiarkan sahaja orang tua itu memuaskan hati memarahinya.

"Apa kau dapat bila mengaku budak-budak tu anak kau? Sanggup kau malukan aku, lukakan hati Ibu May. Lebih-lebih lagi... apa kau dapat bila May menderita? Di mana kau... Bila May dibuang kerja kerana tidak mahu membuang kandungannya?"

"Pakcik!" Suffian Ilhan cepat menangkap tubuh orang tua itu. Dia hampir jatuh kerana semput nafas memarahi Maximus Randell.

"Pakcik!" Ujar Maximus Randell ingin menolong Suffian Ilhan memimpin Ayah Madeline Sumang masuk ke dalam rumah.

Ayah Madeline Sumang menepis tangan Maximus Randell.

"Kau jangan sentuh aku. Aku tak nak, kau ada dalam rumah ini."

Lemah seluruh badannya mendengar hamburan amarah orang tua itu. Hilang akal Maximus Randell memujuk Ayah Madeline Sumang.

"Pakcik... Maafkan saya."

Tercunggap-cunggap Ayah Madeline Sumang mencari nafas berdebat dengan Maximus Randell.

"Kau telah hancurkan rumah ini. Kau lenyapkan juga kegembiraan di dalam rumah ini. Apa yang aku ada sekarang, hanya badan kurus kering menunggu nyawa dicabut membawa aib ke dalam lubang kubur."

Terduduk Maximus Randell mendengar rintihan Ayah Madeline Sumang. Mengensot dia mendekati orang tua yang sedang menahan tanggis. Perlahan-lahan tangan Maximus Randell menyentuh tapak kaki Ayah Madeline Sumang.

Malangnya... Ayah Madeline Sumang menangkis sentuhan lembut Maximus Randell. Dia masih belum mampu untuk berlembut dengan Maximus Randell. Tidak sekarang! Hatinya masih sakit, terlalu terluka dengan perbuatan Maximus Randell dan anaknya.

"Balik. Aku tak nak tenggok muka kau. May dah mati... Bila dia conteng arang di muka aku!"

Maximus Randell bangun semula. Dia faham perasaan Ayah Madeline Sumang... Sangat-sangat faham. Tiada seorang bapa di dalam dunia ini boleh menerima aib dalam keluarga.

"Pakcik maafkan saya... Maafkan saya."

Suffian Ilhan bersimpati dengan apa yang telah berlaku. Namun tiada apa yang boleh dia bantu berkenaan keputusan Ayah Madeline Sumang.

"Tunggu I dalam kereta. I nak pastikan dia okay dulu."

Maximus Randell mengangguk bersetuju dengan arahan Suffian Ilhan. Lagipun Ayah Madeline Sumang kelihatan amat lemah ketika itu.

"I tunggu you. Kalau perlukan pertolongan call George. Mungkin dia boleh hantarkan sesiapa ke sini untuk temankan dia sekejap."

"Aku tak perlukan sapa-sapa. Kau pun boleh balik." Bangkang Ayah Madeline Sumang. Masih berdegil. Tidak mahu berlembut. Padahal, hendak bernafas pun semput!

"Pakcik, tak boleh macam ni. Sebagai seorang pengamal perubatan kesihatan Pakcik sekarang adalah tanggungjawab kami." Bantah Maximus Randell. Terkesan dengan sikap keras kepala Ayah Madeline Sumang.

"Aku biasa macam ni. Sihat macam ni." Jawab Ayah Madeline Sumang melawan arahan Maximus Randell.

"Pakcik, nak saya paksa ikut saya balik atau nak saya hantar orang temankan Pakcik di sini? Pilih?" Serang Maximus Randell terbantut niat dia untuk meninggalkan Suffian Ilhan menyelesaikan masalah Ayah Madeline Sumang.

Suffian Ilhan mengulum senyum. Riak wajah serba salah Ayah Madeline Sumang sangat melucukan.

"Macam mana, Pakcik? Saya kena panggil siapa?" Soal  Maximus Randell semula. Niat dia datang ke situ bukan untuk bermusuh apatah lagi sampai mengorbankan nyawa orang. Cukuplah dengan pemergian tragis arwah Ibu Madeline Sumang.

"Panggil Libau." Putus Ayah Madeline Sumang.

"Libau?" Ulang Maximus Randell.

"Ya, Libau." Tekan Ayah Madeline Sumang.

Segera Suffian Ilhan menekan telefon bimbit. Setelah berbual sekejap dengan Libau, dia memutuskan talian.

"Libau on the way."

Maximus Randell mengganguk mendengar penjelasan Suffian Ilhan. Lega hati. Sekurang-kurangnya ada orang menemani Ayah Madeline Sumang.

Tidaklah dia perlu risau berkenaan orang tuan ini sementelah hari ini dia akan cuba menjejak tempat tinggal Evelyn dan Igat pula.

Enjoy Reading... to be continue.

No comments:

Post a Comment