Tuesday 10 February 2015

Nafas Cinta Bab 6

Tergesa-gesa Igat menutup pintu pagar. Beberapa kali dia memandang ke kiri dan ke kanan. Perihal Maximus mengekori mereka tadi tidak boleh di pandang ringan. Boleh hancur apa yang dilindungi olehnya selama ini.

Dari ruang pintu depan rumah teres dua tingkat itu, seorang wanita pertengahan umur memerhatikan tindak tanduk Igat. Puas dia cuba memikirkan hal Igat yang seolah-olah seperti pencuri memastikan tiada orang yang melihat perbuatan jahatnya.

"Err, Andy... dari tadi terjengguk-jengguk di tepi pagar tu, buat apa?"

Igat menoleh kepada si empunya suara.

"Racha, budak-budak okay? Leya?"

Perempuan yang dipanggil Racha tersenyum lebar.

"Anak-anak ada kat depan, Andy. Masuklah. Dari tadi Leya tunggu...."

Sekali lagi Igat menoleh ke kawasan luar rumah Evelyn.

"Igat, dah la tu... mesti dia dah blah." Seru Evelyn dari belakang Racha.

Racha tutup telinga kirinya.

"Bising la...."

Baru Evelyn tersedar, jeritannya tadi betul-betul di tepi telinga Racha.

"Sorry, Kak."

Igat tersenggih melihat dua orang wanita itu 'bertekak' sesama sendiri.

"Ni, Igat punya pasal! Tengok, Kakak dah sound...." Bebel Evelyn lalu berlalu dari situ.

Racha tersenyum lebar mendengar omelan Evelyn.

"Dah besar panjang, tapi perangai masih macam budak-budak." Runggut Igat di hadapan Racha.

"Abang dan adik sama sahaja." Jawab Racha lalu meninggalkan Igat di situ.

Terkebil-kebil mata Igat ditinggalkan si isteri di muka pintu. Bag plastik yang dihulur kepada Racha masih dijinjingnya lagi.

"Leya, dah makan." Tegur Igat.

Leya leka menonton televisyen. Suara Igat yang menegur tadi tidak diendahkannya.

Igat tersenyum kecil sambil mengeleng-geleng. Tahu sangat budak yang bernama Leya, bila di hadapan televisyen dunia lain tidak dipedulikan.

"Leya tu dah masuk dalam TV." Tukas Racha di sebelah Igat.

Igat menjinjing bag plastik penuh dengan sayur dan barang basah ke dapur.

"Bella, Cynthia dan Carl?"

Racha tinggalkan Leya di ruang tamu. Dia mengikut langkah Igat ke dapur.

"Ada dalam bilik, main kumputer."

Ligat tangan Racha mengasingkan barang di dalam bag plastik yang dijinjing Igat tadi.

"Apa maksud Eve tu, tadi?"

Air sejuk yang baru hendak diteguk oleh Igat diletakkan semula di atas meja dapur.

"Apa dia?"

"Tadi, apa maksud Eve?" Racha diam sebentar sambil mengejutkan keningnya.

Igat menunggu Racha meneruskan ayat yang tergantung...

"Haaa... dia dah blah? Dia? Sapa tu?" Sambung Racha.

Gelas di atas meja tadi diambil semula oleh Igat. Rakus dia menghabiskan air sejuk itu.

"Max." Jawab Igat sepatah.

Hampir terjatuh ayam seekor dari tangan Racha. Nama Max sudah lama terkubur di rumah mereka. Kenapa boleh timbul lagi?

"Dia nak apa? Lepas apa dia buat dulu, berani dia nak kacau kita?"

Keluhan Igat jelas kedengaran di telinga Racha.

"Apa lagi... May, anak May."

"Bukan anak tapi anak-anak. Jangan lupa May lahirkan dua orang anak... Leya, Carl." Jelas Racha dalam nada meradang. Nampak sangat Racha tidak berapa suka kehadiran Maximus Randell.

"Mereka tu anak-anak kita, Andy. Saya yang bela dari kecik... Sejak May...." Racha hanya mampu meluahkan sekerat ayat yang terpendam di dalam hati. Tidak mampu untuknya meneruskan ayat yang selebihnya. Rasa sebak menguasai dirinya ketika itu.

"Kakak... jangan kita pernah lupa. Leya perlukan Max. Sangat-sangat perlukan Max." Kata Evelyn menyampuk dari pintu dapur.

"Habis tu, tak akan kita nak serahkan Leya dan Carl. Bukannya Max pernah ambik tahu hal mereka. Entah dia nak atau tidak kat budak berdua tu." Bangkang Racha.

Igat duduk sambil mendengar debat diantara Racha dan Evelyn. Sampai masa, dia juga yang akan menjadi pengadil. Memutuskan masa depan anak-anak May. Patutkah dia menyerahkan mereka? Sakit pula hujung hati Igat bila memikirkan perkara tersebut. Tak sanggup rasanya untuk dia berpisah dengan Leya dan Carl.

"Mereka makin membesar, tak akan kita nak simpan mereka di rumah ini sahaja. Tu... Carl sebiji macam Max. Bila Max nampak Carl, apa kita nak jelaskan?"

Kasar Racha mencuci pinggang mangkuk di dalam sinki. Sakit hatinya bila mendengar tutur kata Evelyn. Kenyataan tersebut sangat sukar untuk ditelan.

"Andy?"

Perlahan Igat menoleh ke arah si isteri.

"Buat masa sekarang, kita buat seperti biasa. Biarkan dulu hal Max."

"Igat, jangan lupa pasal Leya. Max patut tahu." Keras suara Evelyn membantah keputusan Igat.

Igat bangun.

"Eve... jangan buat pandai, ya. Ikut cakap aku."

Terkebil-kebil mata Evelyn melihat langkah Igat menghala ke arah Leya yang sedang menonton televisyen.

"Leya, dah sihat kan sayang...."

Cattleya Orked tersenyum lebar lalu mengangguk.

"Leyaa... sihat...."

Tersentuh hati Evelyn melihat Igat memangku anak kakaknya. Luruh hatinya setiap kali Cattleya Orked kena tahan di wad hospital.

Bagi Evelyn, Cattleya Orked adalah dunianya. Dia yang menjaga Cattleya Orked dari kecil, menemani sakit pening si kecil.

'Oh, Tuhan... jangan Kau rebut dia dariku.' Pohon Evelyn dari dasar hati.

"Esok kita pergi jumpa Auntie doktor, ya? Biar Leya boleh sembuh, boleh jalan...." Tutur Igat dengan nada ceria.

Mengeleng laju Cattleya Orked mendengar nama Auntie Doktor.

"Papaa... takkk... nak. Akit...."

Igat mengusap lembut kepala Cattleya Orked.

"Leya nak jalan, kan?"

Mengganguk laju Cattleya Orked.

Igat tersenyum lebar.

"Nak berjalan kita kena jumpa doktor."

Lama Cattleya Orked tidak memberikan respon terhadap soalan Igat.

"Nak berlari tak?" Pujuk Igat lagi.

Tanpa menoleh. Mata tetap pegun menonton televisyen. Cattleya Orked mengangguk perlahan.

Racha dan Evelyn, masing-masing menyapu air mata. Besar sungguh harapan Igat untuk Leya menjadi seperti anak-anak yang lain.

"Papa, dah sampai?" Tegur si comel. Lantas duduk di tepi Igat.

"Lama dah Papa ada di rumah. Carl yang tak sedar. Ingatkan Carl tunggu Papa."

"Carl main dalam bilik dengan Bella dan Cynthia."

"Dah habis main?" Soal Igat. Melayan kerenah anak bujang si adik. Dari kecil Carl selalu dijaga oleh isterinya. Oleh kerana Leya selalu sakit maka Evelyn tumpukan sepenuh perhatian kepada Leya.

Begitulah mereka membahagikan masa dan ruang untuk membesarkan anak-anak Madeline Sumang.

Tiba-tiba Carl Blume meraih tangan Cattleya Orked.

"Leya nak makan aiskrim? Carl boleh tolong suap."

"Carl, adik tak boleh makan aiskrim. Esok Leya kena jumpa doktor." Tegur Evelyn sambil mengelus kepala Carl.

"Sikit saja pun tak boleh, Mummy?"

"Tak boleh sayang." Tegas Evelyn.

"Kenapa, tak boleh?"

"Nak Leya kena tahan esok? Tidur di hospital?" Soal Evelyn kepada si comel Carl.

"Papa?" Carl meminta talian hayat daripada Igat. Hampa pula dia, bila pelawaan tidak dibenar oleh Evelyn.

"Apa kata kita simpan aiskrim dulu? Esok... lepas Leya balik dari hospital kita bagi Leya makan aiskrim. Okay, tak?" Igat cuba membeli jiwa Carl.

Jiwa budak kena caranya, senang dipujuk. Begitu juga budak lelaki ini.

"Esok, kita makan aiskrim, ya, Leya."

"Good, boy...." Puji Igat sambil tersenyum senang.

"Dah, pergi panggil kakak... mandi. Lepas tu makan." Arah Racha.

Carl bangun menuju ke bilik mereka semula. Dari jauh sayup-sayup terdengar suara Carl mengarah Bella dan Cynthia untuk mandi.

"Aku masih tak puas hati, Andy. Sampai hati Yak Rita suruh Max tinggalkan May." Bebel Racha lalu mengambil Leya dari pangkuan Igat. Diribanya pula Leya. Dicium ubun-ubun Leya. Tumpah segala kasih sayangnya kepada si comel Cattleya Orked.

"Dah la, Racha. Benda dah jadi pun. Kita marah orang tua tu pun tak guna. Jadikan pengajaran bagi kita semua. Jangan mudah percaya cakap orang. Akibatnya anak sendiri merana."

"Kalau macam tu, kenapa pula kita nak rahsiakan dari Max pula? Apa bezanya kita dengan Yak Rita? Tak simpati dekat Max, ke, Igat?" Serang Evelyn. Dia tak bersetuju untuk berpakat lama sangat merahsiakan perihal dua orang anak May ini.

"Nak ke tak Max bela anak-anak May? Entah dia tak akan mengaku pun." Sangkal Igat.

"Tak boleh bersangka baik, ke, Igat? Aku berani kerat jari budak-budak ini tetap anak Max seperti yang May bagi tahu aku." Kata Evelyn mempertahankan pendapatnya.

"Itu kata May, apa pula kata Max?" Soal Igat semula.

Evelyn menggeleng-geleng. Pening memikirkan cara untuk memujuk Igat agar bersetuju dengan cadangannya.

####

"Mana you parking kereta ni tadi, Max?"

Maximus lontar kunci Mitsubishu Pajero kepada George.

"Kenapa?"

"Busuk." Jawab George lalu membelek pacuan empat roda kesayangannya itu.

Maximus Randell tersenyum kecil. Teringat peristiwa sebelum memecut balik. Pertama kali seumur hidupnya, menyembunyikan diri di tempat orang membuang sampah.

"You kenal tak perempuan yang drive Pajero semasa kita tukar tayar?"

"Tak. I tak pernah nampak dia." Jawab George tanpa mengetahui hala tuju soalan Maximus.

"Awal pagi tadi, saya terserempak Igat dan perempuan tu di kubur."

George diam. Memikirkan kemungkinan kaitan diantara Igat dan perempuan yang dimaksudkan oleh Maximus.

"Bila Mak Igat meninggal?" Soal Maximus sambil ikut George memeriksa Pajeronya.

George berhentikan langkah lalu menghadap Maximus yang di belakangnya.

"Siapa bagi tahu?"

"Evelyn ada menyebut kubur yang mereka ziarah pagi tadi, milik Mak Igat." Jawab Maximus.

"Evelyn?"

"Perempuan yang kita jumpa hari tu...." Jelas Maximus Randell.

George panjankan langkah. Sebiji baldi biru dilontar kepada Maximus.

"Nah! Cuci kereta tu. Busuk!"

Maximus menyambut baldi tersebut.

"Err... dah malam ni."

"Alasan. Tak cuci, tak bagi pakai dah." Ugut George.

Laju baldi biru terbang melayang dilempar semula oleh Maximus. Tak sanggup dia hendak mengangkut air untuk mencuci Pajero George.

Dentuman baldi yang dilontar oleh Maximus jelas pada pendengaran George.

"Oiiii! Cuci! Tak cuci, I tak bagi pakai dah." Kali ini lebih keras ugutan George.

"Tau lah!"

Getah paip air di tepi rumah ditarik oleh Maximus. Cukup panjang untuk dia memandikan Pajero George.

"Esok, you tak pakai Pajero ini, kan?

George menoleh ke arah Maximus.

"Tak. Kenapa?"

"I nak pinjam. Awal pagi dah bertolak dari sini."

Tinggal dua hari sahaja untuk Maximus mengecilkan lagi skala pencariannya. Semoga esok, akan ada info tambahan baginya.

"Nak pergi mana?" Soal George belum berpuas hati dengan jawapan Maximus.

"Ada lah kerja I nak buat. Tak akan nak bagi tau semua kat you."

"Errr... tadi cerita pasal Evelyn. Apa cerita?" George menukar topik perbincangan mereka.

Hairan pula Maximus, tiba-tiba George beralih soalan kepada Evelyn semula.

"Ingat you kenal dia. Mana tahu you tau alamat rumah dia."

Berkerut kening George mendengar penjelasan hampir tak masuk dek akal.

"Tak tau lah... I kenal May seorang sahaja. Igat, I kenal masa kat kampung ni. Rumah Igat kat kampung aku tahu. Tapi... tak akan itupun you tak ingat." Seloroh George.

Getah paip dihala Maximus ke arah George. Geram mendengar perli George Ralph.

"Eh! Jangan... basah nanti." Seru George lantang.

Suffian Ilhan dan Libau tergelak besar melihat gurauan diantara George dan Maximus....

"I tanya betul. You pula buat main-main." Seru Maximus pula.

"I pun jawab betul. Mana ada main-main. You tahu rumah May dahulu. Rumah tu, tetap ada di situ. Pergi ajer la... tanya mereka." Jawab George.

Maximus Randell berhenti menyerang George Ralph dengan getah paip.

"Igat tak berapa okay la dengan I."

"You dah cuba berbincang dengan Igat?"

Maximus mengangguk perlahan.

"Jadi?" Soal George lagi.

Kali ini, Maximus mengeleng.

Dari jauh, Libau memasang telinga. Mendengar butir bicara dua sahabat itu.

"Max, George... Evelyn tu... Adik bongsu Igat. Dia jarang ada kat rumah. Tinggal di Kuching."

Segar minda Maximus Randell. Sekurang-kurangnya Libau mempunyai info mengenai keluarga Madeline Sumang.

"Kamu tahu alamat Evelyn?"

George dan Maximus sama-sama menunggu jawapan Libau.

"Rumah aku tak tau. Tapi... kalau tak silap dia tinggal di area Stutong. Tak jauh dari airport." Jawab Libau.

Agak terkilan Maximus Randell mendengar jawapan Libau.

"Stutong?" Berulang kali Maximus Randell menyebut perkataan itu.

"Tau ke kawasan tu?"

Maximus Randell menggeleng lepas itu mengganguk pula.

"Eh! Geleng, angguk ni... apa hal?" Celah Suffian Ilhan.

"Ya lah... kalau tau, cerita ajer la." George menyokong pendapat Suffian Ilhan.

Maximus Randell memandang satu persatu mereka yang ada di situ. Dari jauh mata tajamnya tertala kepada bayangan Inak Laing di sebalik kain langsir ruang tamu.

Lalu Maximus Randell menggeleng semula. Dibiarkan penemuannya petang tadi menjadi hak eksklusif dirinya dahulu. Pendapat dua orang sahabat tersebut berkenaan Madeline Sumang seakan-akan sumbang pada pendengaran Maximus Randell.

"La... ingatkan tau." Bebel Suffian Ilhan. Gelengan Maximus memadam harapannya untuk melihat sirna ceria pada wajah Maximus Randell.

George pun sama-sama terkilan melihat gelengan Maximus Randell. Lantas dia menoleh semula ke arah Maximus. Masih tidak berpuas hati. Mata George bertemu dengan anak mata  Maximus.

Lama mereka berbalas renungan yang sukar digambarkan. Akhirnya, George mengikut larian anak mata Maximus. Melalui jelingan mata kiri, George dapat melihat bayangan orang yang berdiri di sebalik kain langsir.

Fahamlah George Ralph berkenaan gelengan Maximus Randell. Ada sesuatu yang dirahsiakan oleh temannya itu. Malam nanti, pasti akan dikorek dari Maximus Randell.

####

Selepas makan malam, Maximus Randell masuk ke bilik. Niatnya satu untuk membuka kotak pewter arwah Mak.

Tergamam Maximus Randell melihat kotak tersebut berada di atas lantai. Nasib ia bukan mudah pecah. Cuma penutup terbuka luas. Barang yang berada di situ turut sama berterabur di atas lantai.

Barang peninggalan arwah Mak dikutip oleh Maximus Randell. Selepas berpuas hati tiada barang lain yang tertinggal, Maximus letakkan kotak tersebut di tempat asal.

Terkejut Maximus mendengar ketukkan kuat di pintu biliknya. Lantas dia tinggalkan kotak pewter arwah Mak. Terbantut niat untuk meneliti isi kandungan kotak tersebut.

Bulat mata Maximus Randell melihat wajah Suffian Ilhan tersenggih di muka pintu.

"Tak akan dah nak tidur. Awal lagi."

"Tak la... ada benda I nak buat tadi." Dalih Maximus Randell.

"Jom, kita sembang di ruang tamu." Ajak Suffian Ilhan.

Maximus menutup pintu biliknya. Dia ikutkan kehendak Suffian Ilhan.

"Buat apa dalam bilik tadi?" Tanya Lisa Mary.

"Tak ada apa-apa." Jawab Maximus.

Lisa Mary dapat merasakan tujuan Maximus Randell masuk awal ke dalam biliknya.

"Kotak pewter arwah Mak dah buka?"

"Belum. Tak sempat lagi...."

"Ada masa kamu tengok apa yang ada dalam tu."

"Barang-barang Mak, Kak. Tak nampak pun benda yang saya minat."

Lisa Mary berasa pelik.

"Kamu tak jumpa sampul surat?"

Terangkat kedua belah kening Maximus Randell. Butir bicara Lisa Mary menarik minat George Ralph dan Suffian Ilhan pula.

Ketiga-tiga mereka, sama-sama memandang tajam ke arah Lisa Mary.

"Sampul surat, apa pula, Kak?"

Lisa Mary membeliakan biji mata.

"Sampul surat atas nama, kamu. Kalau tak penting tak akan Mak nak simpan dalam tu."

"Tadi kotak tu jatuh. Saya dah kutip barang-barang arwah Mak. Tetapi... saya tak jumpa sampul surat."

"Arrgghh, sudah!" Pintas George.

George menala mata ke arah si isteri.

"Lisa pun satu... tahu benda tu penting, pasal apa tak bagi terus kat, Max?"

Mengelabah Lisa Mary bila di jerkah si suami di hadapan adik dan adik sepupu.

"Kan malam tadi, saya dah suruh Max buka."

"Letih sangat. Terus tertidur." Jawab Maximus.

"Tak apa. Ada rezeki adalah benda tu nanti." Ujar Suffian Ilhan meneutralkan keadaan tegang di ruang tamu.

"Esok, cari betul-betul. Mana tahu tersilap pandang." Arah Lisa kepada Maximus.

"Errr... Esok pagi saya turun ke Kuching. Ada hal saya perlu buat." Jelas Maximus Randell.

George Ralph menoleh ke arah Maximus. Kejadian petang tadi perlu diperjelaskan.

"So, you tau rumah Evelyn?"

Suffian Ilhan dan Lisa Mary serentak menoleh kepada Maximus Randell. Sama seperti George, mereka juga ingin tahu.

"Secara specifik I belum tahu, tetapi I dah tahu di area mana mereka tinggal. Sudah cukup untuk I memulakan pencarian." Sangat yakin Maximus menuturkan ayatnya.

Enjoy Reading... to be continue

No comments:

Post a Comment