Saturday 24 May 2014

KCK Teaser 5

Rokok yang di selit di mulut disedut dalam-dalam. Berkepul-kepul asap dihembuskan. Setelah puas menikmati asap beracun itu, ditenyeh hancur menggunakan tapak kaki yang bersarung kasut Camel.

"How much should I pay you?" Fabian Freston merenung tegang wajah seteru di depan. Menanti jawapan bagi soalan yang mungkin akan mengundang kemarahan lelaki itu.

Ellaijah Francis tayang muka cuak. Dia menunggu Fabian Freston menghabiskan dua batang rokok Dunhill. Tiba-tiba di tanya soalan seumpama itu. Bulu kening sudah naik ke atas.

"Maksud, you?"

Boleh pula mamat itu, berlagak tidak mengetahui maksud soalan yang begitu mudah untuk diagak.

"Berapa you dah spend untuk keluarga, I? I would like to pay you."

Ellaijah Francis tersenyum senget. Ada hati ingin membayar kasih sayang yang telah dia curahkan terhadap Aerwyna Aberdeen dan Philip. Dimana, dia meletak akal fikirannya? Adakah semua benda di dunia ini mempunyai nilai?

"Oooo... How much they are worth of your penny?"

Fabian Freston terkedu dengan soalan tak disangka itu. Sudah pasti jawapan bagi harga anak dan isterinya adalah tidak ternilai. Tujuan dia bukan untuk menjual mereka tetapi ingin membayar segala hutang duit ringgit yang sudah di belanjakan oleh Ellaijah Francis untuk keluarganya.

"I just wanna to pay your money. Bukan bermaksud nak menjual mereka."

Ellaijah Francis, menoleh sekilas. Senyum senget lagi.

"Ehem... Kalau you bayar, bermakna mereka adalah hak I. Bukan hak you. Kalau I tak nak duit you apa you nak buat? As simple as 123." Muka dia sudah bertukar merah menyala. Menyimpan segumpal perasaan marah. Menunggu masa untuk memecahkan muka jantan itu. Selama ini dia mencurahkan kasih sayang yang tidak pernah bertepi kepada Aerwyna Aberdeen dan Philip. Bukan wang ringgit yang diharapkan. Semua yang dia lakukan adalah atas nama kasih dan sayang kepada mereka. Tergamak pula Fabian Freston membangkitkan isu tersebut kepadanya.

Ekor mata Fabian Freston menjeling lelaki di depan itu. Dia tahu bahawa dia sudah menekan butang amarah Ellaijah Francis.

"Wooo... They are my family. I will pay every single cent that you picked from your pocket."

Masih tersenyum senget. Kalau diikutkan hati, pasti pecah muka berkumis nipis itu. Beginikah sikap orang kaya-kaya sehingga nilai kasih sayang pun dia ingin bayar?

"Keep your money, Fabian. I don't think you can afford to pay my love towards them. Mereka bukan barang niaga. Mereka adalah nyawa saya."

"Just name it, Ellai. I will pay you. I tak senang hati, I tahu banyak yang you sudah spend for them. I cuma hendak bayar apa yang I hutang dengan you." Tegas Fabian Freston. Bisikan hati dia tetap ingin melunaskan setiap sen duit Ellaijah Francis.

Ellaijah Francis memaku mata, anak mata hazelnya berlawan dengan anak mata hitam pekat Fabian Freston. Akhir sekali, dia mendengus geram.

"I tak pernah menilai kasih sayang terhadap mereka dengan duit. Apa yang I buat, melalui kata hati. Mereka telah saya semat di sini, pada hari Philip lahir." Ellaijah Francis menekan dada sebelah kirinya.

Laju Fabian Freston menggeleng. Nampaknya mereka belum sependapat mengenai apa yang dia ingin nyatakan.

"This is isn't about money. But it just a token from me. I tahu, apa yang you telah hulurkan di luar kemampuan I. Kalau boleh, I tak mahu terhutang budi. You get what I meant?"

"Maknanya kita berbeza pendapat. You nak bayar I, I pula tak nak jual. Kebahagiaan mereka adalah keutamaan I. Takdir membawa mereka kepada you semula. I kena terima. Money is out of the questions."

"Bro! I clearly understand what you meant."

Ellaijah Francis memintas...

"Let me ask you... you sanggup jual mereka?" Soal Ellaijah Francis lantang.

"Wow! Watch your tongue!" Jerkah Fabian Freston.

"Kenapa? Sakit hati? I sanggup beli. Let say I bagi you segala yang I miliki for them? Kita buat pertukaran. How is it sound?" Sinis Ellaijah Francis menggenakan lelaki perasan bagus itu.

Tiba-tiba Fabian Freston bangun dari tempat duduknya. Kata-kata tajam Ellaijah Francis betul-betul memanaskan hati lelakinya.

"Bro! I said, watch out your tongue! Your words hurts me! Mereka adalah keluarga I, nyawa I. Tak ada nilai yang boleh membayar harga mereka." Tinggi suara Fabian Freston menyangkal pendapat Ellaijah Francis.

"It's same to me. Duit you tiada nilai pada I, Fabian! Mereka bukan rumah atau kereta yang you boleh bayar tunai. Jadi, simpan your penny. I tak perlukan semua itu. Tetapi..." Ellaijah Francis berjeda... "Kalau you lukakan mereka dengan perangai lama you, I'll get them back from you... masa itu, I akan gunakan segala kuasa yang ada untuk hancurkan you. Watch out your actions!" Merah padam muka dia, memberi amaran kepada Fabian Freston. Sungguh dia akan menunaikan apa yang dia kata kalau Fabian Freston membuat dajjal lagi.

Fabian Freston terduduk. Tersentap dengan penjelasan Ellaijah Francis. Menyesali setiap tindakan dia dahulu. Beginilah akibatnya kerana terlalu mengikut hasutan syaitan. Meletakkan akal di lutut. Seumur hidup memang tidak akan terbayar hutang budi orang.

"I don't like this feeling. It's broke me down. I feel useless and hopeless ever since she left me. Sebagai penghargaan terhadap setiap yang you telah lakukan, I...." Kelu lidah Fabian Freston untuk meneruskan ayat yang bakal menyakitkan hati mereka berdua.

"Well, money is not the answer. Kalau betul you nak hargai apa yang telah I lakukan... Belajar menghargai apa yang you ada sebelum you kehilangan mereka untuk selamanya. Itulah nilai yang you perlu bayar. " Ellaijah Francis menepuk-nepuk bahu Fabian Freston. Sama-sama meredakan kemarahan mereka.

Redup mata Fabian Freston memandang lelaki itu. Setiap patah perkataannya, mempunyai maksud tertentu. Patutlah Aerwyna Aberdeen memandang tinggi budi pekerti insan ini. Tetapi... ada sesuatu yang masih menganggu ketenteraman dia sejak akhir-akhir ini. Kenapa si dia belum mendirikan rumah tangga lagi? Pada pandangan dia, Ellaijah Francis seorang lelaki yang berkarisma, rupa pula ala-ala Paul Walker, cuma mata mereka berbeza... Jadi, apa pula masalahnya?

KCK Teaser 4

"Ada apa, Mummy?" Ellaijah Francis menyoal semula soalan si Ibu.

"Just take care of yourself, Son. Tolong lupakan niat yang kamu simpan selama ini. Tak baik menggangu rumah tangga mereka."

Jelas kedengaran nafas berat dilepaskan di sebelah sana. Ellaijah Francis tahu, mesti akan kena goreng dengan si Ibu sebentar lagi.

"Hurmm! Apa yang harus saya buat, Mummy? Adakah ini hukuman bagi kesilapan masa lampau saya? I do love her... and the boy very much. Kalau boleh tukar dengan segala benda yang saya miliki. Saya akan buat, Mummy." Ellaijah Francis menahan sebak di dada. Masih adakah sisa kekuatan itu setelah terlalu lama dia menunggu. Mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Hembusan nafas Puan Sri Josephine Jalin sempat di dengar dengan jelas oleh Ellaijah Francis.

"Darah Rentap berada di setiap pembuluh darah kamu, Ellai. Mummy tahu, anak Mummy kuat. Kalau dulu kamu boleh menghadapi kekecewaan dengan Bulan. Mummy, pasti kali ini pun anak Mummy akan lebih kuat lagi. Yang pasti jangan kerana cinta mata hati kita jadi buta. Kita doakan kebahagiaan keluarga Wiena. Bagilah mereka peluang untuk mengecapi kebahagiaan mereka."

Lama Puan Sri Josephine Jalin menunggu Ellai bersuara di sebelah sana.

"Masa lampau sudah berlalu, Nak. Jangan di toleh ke belakang lagi. Sudah ditetapkan jodoh kamu bukan dengan Bulan ataupun Wiena. Itu kamu kena ingat! Akan ada seorang wanita lain khas untuk kamu suatu hari nanti. Mummy tak nak kamu balik semula kepada perangai asal kamu. No drinking, smocking and womanising!" Keras Puan Sri Josephine Jalin memberi amaran terhadap anak lelaki sulungnya. Kendatipun umurnya sudah menganjak angka empat puluhan tetapi masih bermanja-manja dengannya. Jatuh cinta pula selalu tidak menjadi. Agaknya si anak kena mandi bunga. Kerap sangat putus cinta di tengah jalan.

"Ehemm... Mummy, sekarang saya buntu. Bagi saya bertenang dahulu. Baru saya boleh berfikiran lurus. No doubt it's killing me. But for sure I will be fine. Bye, Mummy." Ellaijah Francis memutuskan talian telefon.

Puan Sri Josephine Jalin mengeleng-geleng. Ternyata sangat si anak tidak ingin berkongsi rahsia hati dengan dia. Harapannya agar Ellaijah Francis jangan mencari bala ingin merebut isteri orang. Tidak sanggup dia mendengar umpatan dan caci maki, daripada sanak saudara dan sahabat handai. Seandainya Ellaijah Francis sanggup meruntuhkan rumah tangga orang. Boleh pendek umur kalau benda itu yang dibuat dek anak!

KCK Teaser 3

Keindahan taburan kerlipan bintang di langit petala tujuh, belum bisa membuang tujuan utamanya datang ke sini. Hatinya tetap menderu resah dan gelisah bersatu dengan deruan air deras yang mengalir ganas di sungai sebelah sana. Dia sedar, memenangi semula hati Aerwyna Aberdeen kali ini bukannya mudah.

Lama dia menyedut dan menghembus kepulan asap itu. Bagaikan masalah besarnya boleh menghilang bersama berbatang rokok yang sudah ditenyeh. Hancur lumat dalam bekas tin sardin yang sudah berkarat.

"Bila mula merokok?" Aerwyna Aberdeen tiba-tiba menyoal dari celah daun pintu. Entah lama mana dia sudah berada di situ pun tidak pasti. Bahunya disandar ditepi pintu. Kedua belah tangan disilang di dada. Pijama warna putih dipakainya dengan rambut separas bahu dilepas bebas.

Bujang Senang tidak sanggup mengedipkan matanya. Begitu lama dia merindui seraut wajah yang berada di depannya. Tetap cantik seperti dahulu tetapi kekurangan seri di mukanya. Senyuman manis Aerwyna Aberdeen belum terukir di bibir munggilnya... wajah tersebut masih ketat!

"Semenjak awak tinggalkan aku."

Begitu drastik ke pemergian Aerwyna Aberdeen? Seseorang yang membenci rokok satu ketika dahulu boleh menjadi perokok tegar.

"Patutlah, kurus kering! Tahu berbahya untuk kesihatan, kenapa nak hisap juga?"

Bujang Senang menyedut kali terakhir sebatang rokok itu. Puntung itu dihancurkannya di dalam bekas tin sardin tadi. Dia melangkah perlahan menghala ke arah Aerwyna Aberdeen.

"Come. Kita berbual dengan cahaya lampu pam di dalam bilik. Sejuk di luar ni." Dia terperasan Aerwyna Aberdeen mendakap ketat badannya sendiri.

Aerwyna Aberdeen menyusul Fabian Freston dari belakang. Dia cuba untuk menyesuaikan diri sendiri dengan keadaan mereka sekarang. Jarak masa yang lama, sudah tentu memberi impak kepada perhubungan mereka.

"Kenapa merokok, Fabian. Look at yourself now. You sakit ke?"

Fabian Freston menatap anak mata Aerwyna Aberdeen. Si isteri sebetulnya begitu tulus ingin mendapatkan jawapannya.

"Aku merokok kerana rindu. Kalau aku kelihatan sakit juga kerana aku rindu. Rindu itu adalah kamu, Wiena... isteri yang aku rindui saban hari."

Pembohong besar, Aerwyna Arbedeen seandainya tidak terkesan dengan ayat-ayat bermadah Bujang Senang. Lalu dia melarikan wajah, lebih rela memandang kesuraman siling. Menyaksikan dua ekor cicak saling menjeling manja sesama sendiri.

"Aku tidak tahu bahawa aku boleh menjadi seperti si pungguk. Apakah malam ini, akan tertuntas rindu pungguk pada bulan?" Bujang Senang mengulum senyum. Dibias suram cahaya lampu pam, wajah Aerwyna Aberdeen sudah bertukar merah. Masih membisu, terkelu lidah!

Tiba-tiba pula Fabian Freston menjadi sang pujanga. Boleh berpuitis mencuba nasib memikat si isteri. Dari dalam rumah berselang seli dengan nyanyian cengkerik, sayup-sayup si pungguk memanggil-manggil si bulan. Menambahkan lagi mood pikat memikat sepasang burung serindit. 

"Aku tanya pasal rokok, yang kamu melalut sampai ke pungguk dan rindu, apa ke hal?" Aerwyna Aberdeen mencebik. Faham sangat dengan makna ayat-ayat memancing Bujang Senang.

"Aikk! Aku cakap, betul. Tak percaya? Meh tekap telinga di sini!" Bujang Senang mendepakan kedua belah tangannya. Meluaskan dada yang penuh dengan tulang rusuk.

Aerwyna Aberdeen terkedu, hatinya sedikit terusik. Kali pertama, dia melihat tulang rusuk itu timbul. Adakah disebabkan oleh tulang rusuk yang hilang itu? Kalau betul, maka dialah tulang rusuk di sebelah kiri tersebut. Tempatnya adalah di situ bersama dengan yang lain.