Monday 9 February 2015

Nafas Cinta Bab 5

Manakala di rumah atas Bukit Remaung Negong, seperti kebiasaan mereka, Inak Laing dan Inak Idut bertandang menjengguk keadaan Lisa Mary dan Maximus Randell.

Apatah lagi selepas kematian dua pupu merangkap rakan karib mereka. Mak Maximus yang dipanggil Rita adalah 'master mind' kumpulan mereka. Bertiga dari kecil menjadikan mereka tersangat akrab. Apabila masing-masing berkahwin pun mereka tetap tinggal berjiran. Sehati sejiwa sungguh mereka bertiga!

George Ralph dari dulu tidak berapa sebulu dengan tiga serangkai ini. Tetapi, kerana hormatkan orang tua dia ikutkan sahaja kerenah mereka. Malah dia tetap beralah apabila Mak Lisa Mary meminta George Ralph tinggal bersama di situ. Ibu bapa George Ralph pula tidak membantah kerana kesemua enam orang anak mereka adalah lelaki. Tambahan George Ralph pula merupakan anak yang ke tiga. Jadi, tiada masalah bagi keluarga George Ralph kalau George tinggal bersama keluarga Lisa Mary.

Perkampungan yang dulu jauh dari pembagunan, kini makin pesat berubah kerana tempias gelombang ladang kelapa sawit. Hutan hijau pada masa dahulu sudah habis diratakan, lalu ditanam dengan benih kelapa sawit. Adanya ladang kelapa sawit membuka rezeki juga bagi penduduk kampung termasuklah George Ralph. Dia menyediakan beberapa buah lori besar untuk mengangkut kelapa sawit ke kilang memproses.

Melalui pendapatan syarikat pengangkutan kecil tersebut George Ralph menyara keluarga. Lisa Mary tidak berkerja. Tugasnya hanya di rumah, menjaga makan pakai dia, arwah Mak dan dua orang anak mereka.

Kunjungan dua orang wanita tua tersebut semakin meriah bila tiba-tiba sebuah lagi pacuan empat roda singgah di halaman rumah mereka.

"Suffian?" Soal George kepada Lisa Mary.

"Ehhh! Pian tu, Laing...." Tutur Inak Idut teruja.

Pantas Inak Laing bangun dari dapur meninggalkan kopinya.

"Ehhh! Pian."

Lelaki yang memandu Mitsubishu Triton itu terus menerpa Inak Laing. Dipeluknya kejap tubuh kecil Inak Laing.

"Makcik, sihat?" Soal Suffian Ilhan.

Inak Laing mengangguk laju.

"Sihat. Lama kamu tak datang. Hari tu masa Mak Long kamu meninggal, Mak kamu sahaja yang datang. Kamu tak datang pula."

"Eh, Laing... budak tu tak duduk lagi. Biarlah masuk dulu barulah senang berbual dengan dia." Celah Inak Idut.

Suffian Ilhan tersenyum mesra kepada Inak Idut.

"Makcik, sihat juga."

Inak Idut menarik tangan Suffian Ilhan.

"Sihat. Mari masuk."

Suffian Ilhan memegang lembut tangan Inak Idut.

"Nanti dulu...."

"Pian, kamu bawa sapa dalam tu?" Soal Inak Laing perlahan. Dari tadi menajamkan pandangan mata, cuba meneka siapakah bayangan perempuan di dalam kereta Suffian.

Suffian Ilhan turut serta memandang ke dalam Mitsubishu  Triton.

"Kawan, Makcik."

"Perempuan?" Soal Inak Laing, pelik.

"Ya, perempuan. Tapi kawan ini special sedikit." Jawab Suffian Ilhan sambil tersenyum kecil.

Inak Idut pun turut memandang sekali. Penuh persoalan singgah di kepalanya. Bulat Inak Idut bila melihat kelibat tegang Maximus di belakang panduan empat roda Suffian Ilhan.

Maximus Randell menjeling sekilas ke dalam tempat penumpang.

"Pian, kenapa bawa dia ni ke sini?"

Suffian Ilhan berlari ke arah Maximus.

"Max, Cath minta tolong, rayu I nak jumpa you."

"Apapun, kenapa tak call I sebelum bawa betina ini?"

"I call but... Sentiasa masuk message. I think you off your phone." Jelas Suffian Ilhan.

Tergesa-gesa Lisa Mary menjengguk halaman rumah bila mendengar letupan suara Maximus Randell.

"Pian, Max... Apa kecoh pagi-pagi macam ni. Masuk dulu!"

Suffian Ilhan pantas melangkah semula ke keretanya untuk menjemput Cathleen Morrison. Entah bagaimana dia boleh terperangkap diantara konflik Maximus Randell dan Cathleen Morrison.

"Cath, kita dah sampai. Keluar lah. Kata nak jumpa Max."

"I takut lah."

"Kenapa pula nak takut? Mereka tak makan orang."

"Pian, bawa kawan masuk sekali." Jerit Lisa Mary dari depan pintu dapur.

"Cepatlah, mereka tunggu tu." Gesa Suffian Ilhan kepada Cathleen Morrison.

"Max, tak suka I datang kut." Tutur Cathleen Morrison perlahan semasa melangkah keluar.

Suffian Ilhan mencari kelibat Maximus Randell. Tidak kelihatan. Kenapa pula Maximus melarikan diri dari tunang sendiri?

"I tak tahu masalah you berdua. Apapun I dah bawa you ke sini. Lain tu you selesaikan sendiri."

Cathleen Morrison laju menelan air liur. Menjejak Maximus tidak susah. Meyakinkannya pula bagaimana? Walau bagaimana sekali pun Cathleen Morrison harus mencuba mencari helah. Maximus Randell tidak boleh pergi dari hidupnya.

"Makcik, Lisa, George, Max... saya minta maaf. Baru ada masa datang ke sini. Masa Mak Long meninggal saya ada di laut." Terang Suffian Ilhan.

"Tak apa, Pian. Mak Su kan dah datang hari tu." Jawab Lisa Mary.

"Datang pun sekejap. Lebih baik tak payah datang." Runggut Inak Idut.

"Dah, Mak Su tak boleh jumpa mayat. Nak buat macam mana?" Celah Libau dari ruang tamu. Dia sampai di situ awal pagi sebab salah satu lori kelapa sawit kempis tayar.

"Dua beradik sama... ada penyakit tak boleh tengok mayat. Sebab tu bila mereka mati, orang lain pun alergik juga." Tokok Micheal di tepi George. Sama-sama menghadap muka muram Cathleen Morrison di ruang tamu.

Lisa Mary dan Suffian Ilhan mendiamkan diri. Mati kata untuk menyangkal sindiran pedas Michael dan Libau. George pula mengulum senyum. Malas menyampuk, lebih baik dia fokuskan diri kepada wanita moden di hadapannya sekarang.

"Jadi, kamu tunang, Max?" Soal Libau kepada Cathleen.

Cathleen Morrison mengangguk perlahan-lahan. Seolah-olah tidak yakin mengenai statusnya sekarang.

"Bekas tunang, okay." Bantah Maximus dari arah pintu depan rumah.

"Max, urusan kita belum selesai." Bantah Cathleen Morrison pula.

Maximus Randell tegang memandang wajah muram Cathleen Morrison.

"Bagi alasan paling logik, kenapa I perlu percayakan alasan you?"

Cathleen Morrison melawan semula pandangan tajam Maximus Randell.

"Kenapa you percayakan Joel? I tunang you, sepatutnya you percayakan I."

"Cathleen! Telinga I sendiri mendengar suara you memanggil manja Joel. Nak perbetulkan apa lagi?"

Memerah muka Cathleen Morrison terperangkap dengan kecuaiannya sendiri.

"Joel tak payah mengaku untuk I percayakan hal you. Cukuplah dengan pengakuan you sendiri. It's over in between both of us! You boleh balik...."

"Micheal, Libau... Jom kita mulakan kerja." Celah George lalu bangun dari situ. Diikuti oleh Michael dan Libau meninggalkan Maximus menyelesaikan masalah Cathleen Morrison.

Di dapur, Suffian Ilhan sepupu kepada Maximus Randell dan Lisa Mary rancak berbual dengan Lisa Mary, Inak Idut dan Inak Laing. Anak-anak Lisa Mary pula menyibukkan diri dengan sarapan pagi mereka.

Maximus Randell duduk berhadapan dengan Cathleen Morrison. Sisa marahnya masih ada.

"Lepas makan tengahari, balik semula dengan Suffian. You dengan I dah tak ada apa-apa. I tak boleh teruskan...."

Wajah muram Cathleen Morrison bertambah tertekan.

"Bagi peluang untuk I, Max?"

"Tak... I tak boleh teruskan hubungan kita. Tidak adil bagi I dan you."

Naik kedua alis mata Cathleen Morrison.

"Maksud you?"

"Sanggupkah you tinggal di rumah ini?"

Cathleen Morrison mendiamkan diri.

"Rumah kampung macam ni, bukan tempat tinggal you, Cath."

"Maksud, you... you nak balik terus ke sini?" Soal Cathleen Morrison lurus.

"Ya... I telah putuskan. Cukuplah lima tahun I berkhidmat di sana."

"Apa yang ada di tempat mati macam ini, Max?" Tanpa sedar Cathleen Morrison telah menyinggung perasaan Maximus Randell.

"Tempat ini memang mati bagi orang yang mati perasaan dan akal... orang seperti kita berdua." Jawab Maximus lalu bangun sebelum matanya bertembung dengan sinar mata dan senyuman ceria George Ralph.

Berbunga-bunga hati George Ralph bila ayat yang pernah digunakan dahulu mengenakan Maximus, akhirnya digunakan pakai oleh Maximus untuk mematahkan niat Cathleen Morrison.

"Great news, Bro! Welcome back, Max!" Begitu teruja George Ralph mendengar pengakuan Maximus Randell tadi. Apa yang diharapkan selama ini, akhirnya termakbul juga.

Michael dan Libau serentak berlari ke arah muka pintu ruang tamu. Jeritan nyaring George Ralph tadi mengundang minat mereka. Apa tak nya jarang sekali mereka mendengar George Ralph menjerit.

"Apa hal, George?" Soal Michael.

"Max, minta pindah kerja di sini." Jawab George sambil berjalan semula keluar rumah. Menyambung kerja mereka semula.

"I tak minta transfer lagi. Masih di dalam perancangan." Seru Maximus kepada George.

George menoleh kepada Maximus.

"Oh, Please! I know you very well ...."

"George...."

"Tak apa, asalkan ada niat. Sudah cukup bagi kami."

Maximus Randell tersenyum lebar. Hilang sebentar rasa tegang di kubur tadi.

"So, you akan minta tukar ke Hospital Kuching?" Soal Cathleen Morrison.

"Yup... balik nanti I akan uruskan hal transfer."

Cathleen Morrison memicit pangkal hidungnya. Memikirkan tawaran Maximus Randell tadi. Sanggupkah dia tinggal di sini bersama Maximus Randell. Sedangkan, sepanjang jalan ke sini cukup menyiksakan baginya.

"Kalau macam tu, kita ikut haluan masing-masing, Max. This is not my world." Putus Cathleen Morrison.

"Yup... kita pilih laluan sendiri." Sambung Maximus Randell.

"Cath, Max... What's up?" Celah Suffian Ilhan.

"Bila balik, Pian?" Soal Maximus tanpa menjawab soalan Suffian Ilhan.

"Balik mana?" Tanya Suffian Ilhan sambil tersenggih.

Maximus Randell tunjukkan penumbuk kanannya. Geram dengan sikap suka mengusik sepupu dari sebelah arwah Mak. Dari kecil mereka rapat walaupun mereka berlainan agama.

"Balik rumah you la... ni Cath you kena angkut sekali lagi."

Mak Suffian Ilhan satu-satunya adik kepada Mak Maximus Randell, dia berkahwin memilih lelaki berketurunan Melanau Islam. Sementara Mak Maximus Randell, Rita... tetap memilih untuk berkahwin dengan dari keturunan leluhurnya.

Suffian Ilhan kacukan Melanau dan Iban, menjadikan dia seorang pemuda yang amat menarik. Mempunyai sikap yang mudah mesra disebabkan itu, Cathleen Morrison walaupun baru dua kali berjumpa dengannya senang meminta pertolongan.

"Lama I tak datang ke sini. Mesti I nak bermalam. Cath urusan you. Bukan I. I cuma bawa dia ke sini." Lancar Suffian menolak cadangan Maximus.

Tajam mata Maximus memerhatikan langkah kaki Suffian menghala keluar rumah. Pasti dia ingin bergabung bersama kumpulan riuh rendah di luar sana.

"Come, I tunjukkan bilik untuk you berehat dahulu. Lepas makan tengahari I hantar you ke Kuching."

Tanpa bantahan Cathleen Morrison mengikut ayunan kaki Maximus Randell. Lenguh di badan perlu direhatkan di atas tilam empuk. Menyesal pun ada, bila tujuannya datang menemui Maximus Randell tidak berjaya. Mengubah pendirian Maximus Randell bukan seperti mengubah pendirian lelaki yang pernah dia kenali.

####

Setelah menghantar Cathleen Morrison ke Holiday Inn Kuching, Maximus Randell berpatah balik semula ke laluan menghala ke kampung. Tiada tujuan lain dia ke Kuching melainkan menghantar bekas tunangnya.

Walaupun Cathleen Morrison nampak berat untuk berpisah dengan Maximus Randell tetapi dia tidak sanggup hidup di kota mati ini. Kuching dan kampung Maximus Randell adalah tempat mati baginya, masih jauh dari pemodenan zaman.

Lapang dada Maximus Randell bila Cathleen Morrison tidak banyak membantah usulannya. Jadi atau tidak pertukaran tempat kerjanya, dibiarkan dahulu. Sampai masanya, akan tahulah keputusan pihak atasan. Malas dia memikirkan hal di luar bidang kuasanya.

'Errr... that is Evelyn.' Kata Maximus sendirian di dalam Mitsubishu Pajero milik George.

Liar mata Maximus mengekori laluan kereta Evelyn. Maximus berhenti masuk ke salah satu simpang. Pantas dia membuat pusingan u. Tujuannya satu... mengekori kereta Evelyn untuk mencari tempat persembunyian Madeline Sumang.

'Thank you, Suffian. Ini hikmah, you tak nak hantar Cath tadi.' Bisik Maximus seorang diri.

####

"Eve, Rasanya ada orang ikut belakang kita."

Evelyn memandang ke belakang. Memang betul ada sebuah Mitsubishu Pajero mengekori mereka. Sebentar Evelyn berfikir semula.

"Igat, tu... Pajero George la."

Igat menoleh ke arah Evelyn.

"Apa hal dengan George? Ada masalah ke?" Soal Igat kepada Evelyn. Keliru, selama ini, tidak pernah pula George berkelakuan pelik.

"Entah."

"Biasanya, kalau ada masalah dia akan hon." Tutur Igat lagi.

"Kereta ini kan baru beli. Saya pun baru beberapa kali balik kampung. Mana dia nak tahu awak ada kat dalam ni...." Jelas Evelyn.

"Dia pernah nampak kamu bawa kereta ini ke?" Soal Igat.

Evelyn mengangguk sambil menoleh ke belakang semula. Memastikan orang yang memandu Pajero George.

"Saya rasa... Max yang bawa kereta tu, Igat."

Telahan Evelyn menyentap Igat. Laju dia menekan break di tepi bahu jalan.

"Igat!" Jerit Evelyn hampir tersembam di atas dashboard.

"Sorry, Eve... Apa lelaki ni nak lagi? Tak cukup ke apa yang dia dah buat?" Bentak Igat di dalam kereta. Tajam matanya bertembung pandang dengan Maximus Randell.

"Dia nak tahu hal May. Kita pula rahsiakan daripada dia." Kata Evelyn perlahan.

"Ikhlas saya maafkan mereka. Tetapi setiap kali saya teringatkan May, hati saya sakit." Tutur Igat menahan rasa sakit di ruang dadanya.

"Igat, dah lah... kita lupakan. Fikirkan untuk kebaikkan Leya, Igat."

Igat mendiamkan diri. Dia perlu teruskan perjalanan mereka. Leya sedang menunggu mereka di rumah. Tinggal beberapa lorong lagi, sampailah mereka di rumah Evelyn.

Di selekoh sebelah kanan, Maximus menyembunyikan diri. Mitsubishu Pajero George diparkir di sebalik tong sampah besar.

Bau busuk sampah tidak menghalang Maximus Randell dari keluar daripada kereta. Itu sahaja caranya untuk melihat secara dekat Pajero Evelyn. Dia perlu tahu, lorong yang mana satu dilalui oleh Igat. Andai tidak berpeluang mengenal pasti rumah Evelyn, cukup baginya mengecilkan skala pencariannya.

Enjoy Reading... bertemu lagi di Bab 6.

No comments:

Post a Comment