Tuesday 15 April 2014

KCK TEASER 2

Rumah Usang Tepi Sungai (5 tahun Kemudian)

Fabian Freston memaku mata, memandang rumah kecil usang tetapi rekaan yang unik, tetap menghasilkan daya tarikan yang tersendiri. Rumah itu kelihatan sepi seperti tiada penghuni. Terbiar tanpa dijaga. Berkongsi nasib yang sama dengan dirinya. Ditinggalkan tuan, tanpa khabar berita. Dia berhenti melangkah.

'Betul ke ni, rumah Wiena?'

Dia menoleh ke kanan. Kelihatan pokok-pokok yang rendang di sekitar tepi sungai. Bunyi air deras sungai tersebut menimbulkan ingatan yang lalu. Satu waktu dulu dia pernah tertanam dalam tanah jerlus dan berakhir dengan saat romantis mereka di sungai.

Dia mengambil sapu tangan yang terselit di saku seluar jeans lusuh. Peluh yang mula menitik keluar dilap sekali dua. Di atas langit, matahari sedang menyinarkan bahang panas tengah hari. Musim kemarau sedang melanda kampung tersebut. Bunyi unggas-unggas dari semak disekeliling bersama bau haruman hutan melunturkan bahangan perasaannya. Perut sepapan pula sedang berirama rancak meminta diisi beberapa hari ini.

Dia menghayunkan kaki ke sebelah kiri pula. Kereta kancil warna merah menjadi sasarannya. Perlahan tangannya menyentuh bahagian injin kereta.

'Sejuk. Kenapa ditinggalkan di sini?'

Anak tangga daripada kayu belian yang masih kukuh dilangkah satu persatu. Anjung rumah bersepah dengan dedaun kering dan habuk kuning sudah mengeras di atas lantai. Pintu rumah pula dikunci menggunakan mangga 'gading'. Besar 'nala' pad lock itu.

Terdiam sejenak dia di situ. Bungkam mencari idea yang bernas untuk masuk ke dalam rumah kecil itu. Sekerdilnya dia, Tuhan masih ingin membantu. Datang idea dulu-dulu. Datin Amritha Kaur selalu meninggalkan kunci di bawah pasu bunga di depan pintu. Itu dulu, mana tahu Aerwyna Aberdeen pun punyai tabiat yang sama.

Sekarang pasu bunga kertas di bawah tangga menjadi sasaran. Sekeluarga kodok tersentap, lari bertaburan. Tadi mereka bersembunyi di bawah pasu itu.

'Perempuan ini, bahaya. Boleh pula dia tinggalkan kunci pendua di sini.' Perasaan lega menjenggah dada walaupun kesal dengan kelalaian Aerwyna Aberdeen. Bagaimana kalau ada orang lain sepandai dia, boleh berfikir serupa dia? Bahaya!

Tergesa dia menaiki tangga, keinginan membuak-buak untuk menerokai interior rumah kecil Aerwyna Aberdeen. Mesti istimewa seperti rekaan luarannya.

'Auchhh!' Fabian Freston menarik keluar kaki kirinya yang terperosok dicelah tangga teratas. Dia menoleh ke kiri, paku tercabut di bahagian hujung. Terhenjot-henjot dia berjalan untuk membuka pintu. Habuk dan debu berterbangan di dalam rumah. Perabot di tutup dengan pelbagai corak kain. Sesawang labah-labah memenuhi siling. Ada nyamuk dan labah-labah tua mati terperangkap di situ.

'Arghhh!' Fabian Freston menepis dan membuang sesawang labah-labah yang melekat dimukanya.

Fabian Freston menyelak salah satu daripada kamar tidur. Hatinya yang sedikit ceria tadi menjadi hampa. Matanya tertangkap gambar Aerwyna Aberdeen mendukung seorang kanak-kanak comel, disebelahnya berdiri seorang lelaki tampan kacak bergaya. Gambar senget yang tergantung di dinding diangkat lantas di tatap seketika.

'God, am I too late?' Lara hatinya merenung kemesraan keluarga kecil Aerwyna Aberdeen. Gambar itu digantungkan semula. Hembusan nafas berat di lepaskan. Segenap bilik dijelajahi. Bag galasnya diletakan di situ. Bilik itu dijadikan sebagai tempat untuk dia merehatkan diri atau bermalam seberapa lama dia suka.

Tangan dia membuka baju, matanya pula masih melekat pada gambar tersebut. Sakit hati tidak terperi. Apakah pencariannya selama ini akan sia-sia? Bening jernih disapu kasar.

'I am not going to give up! God please send her to me.' Hidung mancungnya disapu lembut. Tekad ditanam semula. Aerwyna Aberdeen mesti dicari, dengan apa cara sekali pun...

Kerja mengemas rumah kecil itu dimulakan tanpa bertangguh. Fabian Freston terpegun dengan apa yang dilihatnya sekarang. Perbincangan mereka dahulu pada saat Aerwyna Aberdeen keluar dari hospital selepas menderma darah terlayar dimatanya.

'Oh, baby... you still remember our dreams.' Disebabkan tidak mahu terbeban dengan kenangan lampau, dia ke dapur mencari sesuatu untuk mengalas perut. Tiada sebarang makanan yang tertinggal di situ, cuma serbuk kopi, teh dan gula yang masih elok di dalam bekas kedap udara.

Dia bergegas menyelongkar bag galasnya. Maggie bujang pun jadilah sebagai pengalas perut. Nantilah dia tahu apa hendak dibuat. Tadi dia ternampak senapang patah Ayak Laja dan tiga kotak peluru hidup ada di situ. Beras pun masih penuh bekas. Cukup bekalan sebagai permulaan hidupnya di situ.

Petang itu, Fabian Freston keluar membawa senapang patah menghilangkan diri di dalam hutan. Memburu binatang yang boleh dijadikan makanan. Walaupun lama tidak keluar memburu dengan kawan-kawan di Taiping, namun kecekapan menembak masih belum pudar lagi.

####

Aerwyna Aberdeen berasa musykil, motor besar itu kepunyaan siapa? Dia melajukan langkah menuju ke rumah kecilnya. Kehairanan dia melihat rumahnya kemas dan bersih.

'Kejutan apakah ini?' Siapakah yang berani membuat rumahnya seperti harta sendiri? Pintu bilik tidurnya yang terbuka luas menaikkan suhu kemarahannya. Begegas dia berlari ke situ untuk memeriksa keadaan di situ.

Tanpa berlenggah dia membuka bag galas yang terletak di atas lantai di situ. Hampir termuntah Aerwyna Aberdeen apabila bau masam pakaian lama di dalam bag tersebut menyapa rongga hidung. Agaknya berapa lama Fabian Freston tidak mencuci pakaian.

Dompet yang terselit di saku seluar jeans Fabian Freston dan tergantung di belakang daun pintu dibuka rakus. Aerwyna Aberdeen mengetap mulut kerana ternyata hampa dengan apa yang dicarinya.

Kecewa dengan sasarannya, dia mengangkut semua harta benda Fabian Freston dan diletakan di anjung rumahnya. Bukan dia tak berterima kasih kerana sudi dia sudi menolongnya mengemas dan membersihkan rumah. Tetapi dia takut kepada orang yang dia tak kenali.

'Hishh! Senapang aku, dia ambik. Macam mana ni?' Runggut Aerwyna Aberdeen. Setelah menyedari senapang patah Ayak Laja sudah tiada ditempat yang biasa.

Sepantas mungkin Aerwyna Aberdeen membersihkan diri. Mengemas apa yang dia bawa sebentar tadi. Kali ini dia bercadang ingin menghabiskan cuti bersendirian dalam seminggu dua. Lama sangat, dia tidak menghabiskan masa rumah kecilnya.

Saat pintu depan dibuka dari luar Aerwyna Aberdeen berlari laju sehingga terlanggar badan sekeping, Fabian Freston. Mata bertaut, dahi berkerut tiada senyuman terukir di bibir masing-masing.

Tergamam Aerwyna Aberdeen menyaksikan betapa berlainannya lelaki yang tertindan di bawah. Opss! Pantas dia bangun dari memeluk Fabian Freston yang terlentang akibat perlanggaran mereka tadi.

Beberapa minit berlalu mereka masih bungkam tiada kata. Seandainya jarum bermata karat terjatuh pada masa itu, sudah pasti terdengar di cuping telinga. Jantung keduanya melonjak-lonjak mengepam darah gemuruh. Kalau ada diantara mereka mempunyai penyakit darah tinggi, pasti tekanannya naik mendadak.

"Maaf, aku menceroboh masuk. Awak bagaimana? Maksud saya kehidupan awak sekarang." Bicara Fabian Freston untuk merungkai saat pegun mereka. Terlalu banyak yang ingin di soal. Lantas hanya tiga ayat itu sahaja, yang sesuai sebagai pembuka kata.

Orang yang terkenal sebagai pemidato sekolah dahulu, tiba-tiba diserang penyakit gagap. Orang itu adalah Aerwyna Aberdeen, dia cuma bisa bermain dengan jari jemarinya pada ketika itu. Perlahan di himpunkan keberaniannya.

"Aku sihat. Hidup biasa-biasa sahaja. Sebagai orang kampung. Kehidupan bandar aku tinggal jauh. Cukup sudah pengajaran yang aku lalui, melalui pelajaran masa lalu." Lancar juga dia menuturkan butir-butir bicaranya. Hilang kegagapan dia tadi, bersama tiupan angin petang. Dadanya yang sesak, tiba-tiba bertukar lapang serupa padang bola.

P/S:- sekian untuk bab ini...D

Tuesday 8 April 2014

KCK _ Teaser 1

umah Kecil Tepi Sungai

Dud dap, dup dap degupan jantung Aerwyna Aberdeen, semakin dia menghampiri rumah kecilnya semakin laju pula jantungnya mengepam darah.

'Kenapa seriau semacam aje ni?' Aerwyna Aberdeen bercakap kepada dirinya sendiri.

Kiri kanan atas bawah kepalanya dipusing untuk memastikan keselamatan diri.

'Hishhh, rasanya tak pernah pula burung but-but tu berbunyi? Ada orang nak mati ke?' Dia membuka cuping telinga untuk menangkap dari arah mana burung but-but tu berbunyi.

Bulu roma sudah merinding, biasanya orang tua-tua kata kalau bulu berdiri seperti itu membawa petanda kepada kehadiran makluk halus.

'Aduss! Jangan la....' laju kaki dia melangkah ke arah rumah tersebut. Apapun biarlah dia di dalam rumah. Rasa kurang selamat berada diluar rumah mencengkam diri.

Sesekali salakan anjing kedengaran dari jauh. Berkerut keningnya berkira-kira mengenai waktu sekarang, bukan terlalu petang sangat pun. Jam ditangan menjadi mangsa jelingannya. Baru pukul empat petang tetapi keadaan masa tu sudah sedikit gelap. Barangkali matahari dipayungi kerendangan pepohon di sekeliling rumah kecil Aerwyna Aberdeen.

Tembol pintu di buka perlahan. Mata liarnya disasarkan ke setiap ceruk rumah tersebut, mencari sesuatu yang membolak-balikan perasaannya dari tadi.

Terpacak ke atas kedua belah cuping telinganya... Lagu itu, menggamit memori kenangan lalunya.

'Please not him....' lirih Wiena berkata sendirian sambil menahan nafas yang tersekat di dada. Masih terasa pelukan hangatnya, membuai perasaan seketika.


P/S... Cantik tak rumah kecil Aerwyna Aberdeen?



Saturday 5 April 2014

Melangkah ke Altar

Hari gilang-gemilang yang aku tunggu akhirnya menjelma juga setelah beberapa bulan mengambil masa untuk persiapan perkahwinan aku. Ruang dan halaman rumah peninggalan arwah Ayah dihias cantik nan indah. Bunga ros warna putih, pink dan merah memenuhi setiap ruang dan sudut sebagai penyeri majlis untuk yang pertama dan yang terakhir hendaknya. Di halaman rumah khemah dipasang segak. Kerusi dan meja sudah diatur rapi. Hidangan pun sudah disusun sempurna, mengiurkan deria rasa para tetamu yang mula berduyun-duyun datang. 

Tiada sempurna sebuah kenduri tanpa iringan muzik dan tarian untuk hiburan saudara mara dan sahabat handai yang datang dari jauh dan dekat. Riuh rendah keadaan di rumah menandakan kemeriahan kenduri aku. Yang pasti semua mengukir senyuman kegembiraan. Diharap semua berpuas hati.

Manakala di dalam bilik pengantin, aku sudah dihias cantik serta baju pengantin berwarna putih sudah dipakaikan di tubuh langsing aku. Disaat aku menunggu untuk melangkah keluar dari bilik pengantin, rentak jantung aku semakin rancak bagaikan gendang dipalu bertalu-talu. Apabila teringat hanya tinggal beberapa jam aku bakal bergelar seorang isteri, akan mempunyai keluarga sendiri. Teringatkan Emak akan tinggal berseorangan setelah aku melangkah masuk ke dalam rumah suamiku. 

Namun kenapa dalam debaran kegembiraan terselit rasa kehampaan bersulam kepiluan mengoyak tangkai hati? Oh, Ayah... betapa aku merindui terutama sekali pada saat ini. Pasti ayah akan gembira meraikan hari kegemilanganku dan tidak akan terlalu sepi tanpa aku menemaninya. Alangkah bagus kalau waktu boleh diputarkan semula, sudah pasti Ayah bersama aku dan Emak pada ketika ini.

Siapalah aku untuk menyangkal ketentuan dari yang maha Esa? Walau sepahit mana akan aku cuba, untuk menyusun ayunan langkah menghala ke Altar. Ayah... Kalaulah Ayah ada sudah pasti akan lebih bermakna senyuman gembira pada wajah aku. Aku dambakanmu menjadi saksi pernikahanku.  Ayah aku dambakanmu memimpin aku menuju ke Altar lalu menyerahkan tanggungjawab Ayah kepada bakal suamiku...

Arghhh! Kenapa hati ini begitu menginginkan Ayah pada ketika aku sepatutnya mengukirkan senyum sampai ke telinga? Manik-manik mutiara yang mengalir membasahi pipi sepatutnya adalah menandakan saat bahagia aku pada ketika ini, tetapi... manik-manik itu hadir kerana kerinduan terhadap Ayah yang tercinta.

Maafkan aku Ayah kerana masih tidak mampu mengusir kenangan masa lalu kita. Maafkan aku Ayah kerana masih belum mampu melupakan walaupun sudah sekian lama pemergian tanpa badan di dalam batu nisan. Maafkan aku Ayah kerana terlalu menginginkan kehadiran Ayah pada saat ini... Ya, Tuhan! Bantulah aku dalam mencari keredhaanMu.

Alis mata yang sudah disolek menjadi comot kehitaman, hidung aku sudah memerah bersama lelehan bendalir hingus... Aku menanggis teresak-esak untuk melempiaskan rasa terkilan tanpa kehadiran seorang Ayah disisiku. Aku rebah pada julung kali diruntun rasa keinginan yang begitu kuat...Ya. Aku perlukan Ayah!

Sedu sedanku menggamit perhatian pengapit-pengapit pengantin yang sama sudah berhias cantik seperti aku.

"Lynn... kenapa menanggis macam ni? Kan dah rosak make up tu." Stephanie sepupu aku yang memerangkap sebagai pengapit pengantin menegur aku sambil mengelus lembut belakang aku. Kemungkinan besar dia bersimpati dengan nasib anak yatim, yang begitu memerlukan kehadiran seorang Ayah.

Manakala, Jesselyn adik kepada Stephanie tidak putus-putus menghulurkan tisu muka kepada aku. Mimik mukanya sayu menyimpan tangisan dalam sanubari.

"Sudah lah tu, Lynn. Hari ini hari bahagia kamu, tak nak la nanggis macam ni. Yang sudah pergi kita biarkan dia pergi dengan tenang." Jesselyn bersuara lirih menenangkan keadaan aku yang masih teresak-esak teringatkan Ayah. Salahkah kalau aku terlalu mendambakan kehadirannya pada saat ini? Pada saat aku bergelar sebagai seorang isteri...

Tergeleng-geleng aku menggogoi kesedihan, mana mungkin mereka mengetahui apa yang terpendam di lubuk hati aku selama ini. Dua tahun lepas aku mendapat topi empat segi dari Universiti Malaya tanpa kehadiran Ayah tidak aku rasai sangat. Hari ini aku kalah kerana aku perlukan dia untuk melangkah ke Altar.

"Beruntunglah kamu berdua yang masih mempunyai seorang ayah. Yang masih mampu memimpin kamu berdua menghala ke Altar. Tetapi... aku sudah kehilangan Ayah dari kecil lagi. Bahkan sekarang aku memerlukan ehsan daripada Ayah kamu pula Steph, Jesse. Aku... menumpang kasih daripada dia selama ini." Semakin kuat pula ratapan aku sambil meluahkan kesedihan yang sedang melanda hati. Semoga mereka boleh mengerti gelodak perasaan aku selama ini.

Kami berpelukkan, bersama-sama menangisi kekurangan aku. Sesungguhnya Ayah tidak pernah hilang dari ingatan aku. Akan aku himpun kekuatan untuk melangkahkan kaki ini bersama kenangan indahmu...

"Steph, tolong kemaskan make up aku semula. Dah comot sangat ni. Apa kata Aidan nanti, bila tengok saya macam ni? Pengantin comot?" Aku berseloroh melindungi kesedihan yang masih merantai hati.

Kelang kelibut pula keadaan kami bertiga apabila Stephanie dan Jesselyn memulakan tugas mendandan aku semula. Nasib baik mereka berdua cekap dalam bab-bab menyolek orang, kalau tidak macam Mak Lampir lah muka aku.

Tok! Tok! Tok! Bunyi daun pintu di ketuk dari luar mengalih perhatian kami bertiga. Jesselyn melangkah membuka pintu untu bertanyakan kehendak gerangan yang di depan pintu.

"Kenapa Philip?" Sayup-sayup aku mendengar suara Jesse menyoal Philip. Philip adalah Abang kepada Jesselyn dan Stephanie. Merangkap Abang sepupu aku juga.

"Boleh saya berbual dengan, Lynn sekejap?" Dari jauh aku mendengar suara Philip ingin berjumpa dengan aku. Aku menoleh ke arah pintu bilik pengantin secara tak langsung menggangu kerja seni yang sedang dilukiskan pada wajah aku oleh Stephanie.

"Philip! Tak boleh! Dia sedang disolek sekarang. Nanti kamu datang semula." Bantah Stephanie, mungkin takut kerjanya terganggu. Maklumlah masa pun bukannya banyak mana, sebentar lagi pihak pengantin lelaki akan sampai.

Tanpa mempedulikan bantahan dan halangan daripada adik-adiknya, Philip melangkah dengan penuh gaya ke dalam bilik pengantin. Liar matanya menghayati tata rias bilik aku yang ternyata berlainan daripada sebelum ini.

"Wow... Cantiknya bilik kamu, Lynn. Bertuahnya Aidan dapat tidur dalam bilik ni nanti." Suara ceria Philip menarik perhatian kami bertiga. Apa ke hal si Philip merapu entah apa-apa? Tak pernah pun aku tengok dia nak beramah mesra dengan aku selama ini. Malah selalunya dia bersikap dingin... icy cold!

"Kamu ni kenapa, Philip? Sort circuit?" Stephanie mengajukan soalan berbau sindiran yang mungkin akan menimbulkan sedikit perbalahan diantara mereka nanti.

"Kamu buat aje lah kerja kamu tu dulu. Jangan nak menyibuk! Cepat sikit. Saya nak berbual sekejap dengan Lynn." Betulkan telahan aku. Mana mungkin si Philip akan menerima sindiran pedas itu seperti itu sahaja. Itu Philip lah... dari kecil tak akan mengalah kepada kami bertiga.

"Kenapa nak jumpa saya, Philip? Dah tu sampai nak berbual dengan saya seorang-seorang pula tu. Kalau ada benda nak cakap... cakaplah sekarang. Kita kongsi cerita di sini." Aku mencadangkan agar Philip berterus terang mengenai niatnya. Lagipun tidak berapa manis pula hendak berbual berdua dengannya pada saat aku hampir bergelar seorang isteri.

Tanpa mempedulikan kami bertiga, Philip membelek-belek katil pengantin yang sudah siap dihias dengan cadar warna putih bersih dengan kain yang berjuntaian di atas tiang empat penjuru katil tersebut.

"Putih bersih pilihan kamu, Lynn? Penuh simbolik! Warna bilik dan set bilik tidur pun semuanya putih. Superb bilik ini, Lynn! I like this color. How I wish... I am that guy!"

Serentak mereka menoleh kepada Philip... Ya, di penghujung ayat Philip, mengundang tanda tanya kepada mereka bertiga...

"Okay, done! Kami keluar dahulu." Stephanie menyudahkan kerja menyolek semula muka aku. Aku dapat mengagak, bahawa mereka berdua sebetulnya ingin memberi ruang kepada aku dan Philip untuk berbual sekejap.

Aku menoleh semula kepada Philip sambil mengoyak senyuman kepadanya. Debaran darah gemuruh di ambang pernikahan belumpun surut, bertambah lagi dengan kehadiran Philip yang tidak dijangka sama sekali.

"Ada apa, Philip? Kenapa cakap macam tu, tadi?" Hairan pula aku, kenapa tiba-tiba beriya-iya dia ingin berdua dengan aku. Selalunya dia, berat mulut hendak berbual dengan aku.

Semakin tajam pula anak mata Philip merenung aku sehinggakan terangkat tinggi bulu roma aku... Ah! Sudah jangan diluahkan apa yang aku teka sekarang.

"Lynn, Lynn... dari dulu lagi pun kamu, tak pernah nak tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku tanggung selama ini. Tetapi its okay. Jangan dipedulikan sangat dengan perasaan gila aku ini. Apa yang penting kamu bahagia."

Aku cuba untuk memutarkan semula kata-kata Philip, mencuba untuk memahami ayat-ayat tersebut.

"Tak faham!" Aku meminta pencerahan semula daripada Philip. Kata-katanya agak berbelit sedikit, tidak berani untuk aku mengandaikan sahaja. Aku memerlukan sedikit penjelasan daripadanya.

Philip melakarkan senyuman kecil sambil mengeleng-geleng.

"Marcelynda Simai, sudikah awak menjadi permasuri hati Philip Berkeley?" Tegas pemuda tinggi lampai berkulit putih bersih menyuarakan rasa hatinya pada saat-saat terakhir aku hampir menjadi isteri kepada Aidan Gibson.

Gosh! Blur! Blushing... Terkejut besar aku mendengar lamaran maut daripada mulut Philip. Insane!

"Are you out of your mind? Mimpi ke? Today is my wedding day, Philip. How could you do that to me?" Aku mengamuk memarahi keceluparan mulut Philip. Bukan lawak okay! Mana boleh dibuat lawak perkara macam ni...

Selamba betul pula muka Philip hari ini... Ehh! Betulkah Philip yang berada di depan aku sekarang? Betul ka mamat ais batu ni? Boleh pula dia menjongket-jongketkan keningnya kepada aku ketika saat genting ini.

"I'll try my luck, Lynn. You tak kahwin lagi, I nak mencuba biarpun pada saat-saat yang terakhir. Lagipun ini janji aku kepada Uncle, Ayah kamu pada suatu waktu dahulu. I just can't hold it anymore. Not until everything is too late for me to fulfil my promise."

Speechless! Ternganga aku mendengar setiap bait kata-kata Philip. Adakah patut boleh melamar aku pada saat aku hendak bergelar isteri orang. Kalaulah aku ada M16 sudah aku lepaskan tembakan kepadanya, biar hancur berkecai di situ.  

"Terpulang kepada Lynn untuk menilai semula apa yang telah aku kata. Aku tahu, apa yang aku luahkan seolah-olah tak masuk akal but that is the truth, Lynn. Aku tak mampu menyembunyikan lagi. And I really don't care apa yang kamu fikir sekarang. Aku cintakan kamu, Lynn... dari dulu lagi semenjak zaman kanak-kanak kita... yup that is the truth. Your dad know about it! You tahukan betapa akrabnya aku dengan Uncle. That is my promise to take care of you kalau dia sudah tiada."

Betulkah? Apa yang terluah dari mulut Philip... atau aku digula-gulakan dengan kenangan bersama ayah? Aku tahu arwah Ayah memang rapat dengan Philip sehingga pernah mengundang rasa cemburu aku pada zaman kanak-kanak kami. Malah seolah-olah ayah lebih memanjakannya daripada aku. Atau barangkali mereka rapat kerana lelaki atau mungkin kerana umur aku jauh berbekas dengan Philip. Lebih kurang 6 tahun. 

"Kenapa baru sekarang nak bagi tahu, Philip? Pada saat aku hampir bergelar sebagai seorang isteri... dan kenapa harus menggunakan nama Ayah?" Hati aku diserang perasaan pilu semula, airmata janganlah datang lagi...

Semakin resah perasaan aku apabila Philip menghampiri aku lalu menggengam erat jemari aku. Sekali dua aku melihat anak tekak bergerak-gerak. Tangan kanannya sempat mendarat di pipi mulusku, menyapu bening mutiara yang meluncur laju. 

"Lynn, tiada guna untuk aku mereka cerita pada saat segenting ini. Apa yang aku luah itulah yang sebenarnya. Aku hanya mencuba, ya... untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Seandainya aku tiada di dalam hatimu, jadi teruskanlah perkahwinan ini... with no regrets, let it go. Demi janji aku kepada Uncle, aku datang. Demi cinta yang wujud dari dulu sehingga sekarang aku merendahkan diriku menagih simpati agar dinilai semula pilihanmu, Lynn."

Turun naik nafas sendat di dada aku, mengumpul tahap kesabaran yang tinggal senipis kulit bawang. Kalau cinta kenapa tak diluahkan dari dulu, punya banyak masa yang terluang 

"Kamu keluar, Philip! Sebelum aku mengamuk nanti. Fikir guna akal la, Philip... tak pernah dibuat orang la nak batalkan perkahwinan pada hari pernikahan... itu pun tinggal beberapa jam lagi. Tak malu ke buat benda macam ni. Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi." Kasar aku membentak, tidak sependapat dengan akal gila, Philip.

Berlainan pula dengan airmuka yang terlukis di raut wajah kacak Philip Berkeley. Dia masih mampu tersenyum manis setelah menerima maki hamun aku... Senggal!

"Well... sekurang-kurangnya aku sudah mencuba, bukan? Without any regrets... aku respect keputusan kamu, Lynn. In case anything, Lynn boleh cari aku."

Phuhh! Lega, setelah aku hembuskan nafas yang menyesak di dada tadi. Pemergian Philip aku hantar dengan perasaan yang sebu. Sukar untuk diungkap melalui kata-kata...zero, okay!

"Lynn...." Baru aku hendak mengelamun sebentar memikirkan semula perbincangan diantara aku dan Philip, Emak pula memanggil dari luar bilik pengantin.

"Ada apa, Mak?" Aku bertanya kehairanan apabila terlihat betapa risaunya raut wajah Mak pada saat itu.

Emak merenung aku, entah apa yang bermain difikirannya begitu sukar untuk aku tebak....

"Rasanya Uncle kamu tidak boleh memimpin kamu ke Altar nanti."

Dummpp! Bagaikan dihempap batu besar hati aku bila mendengar khabar yang disampaikan oleh Mak...

"Tapi kenapa, Mak?" Aku amat memerlukan penjelasan yang crystal clear pada waktu ini.

Boleh pula Emak tersenyum lebar dengan kegelisahan aku... ngerr!

"Cantik Anak Mak hari ini. Kalaulah Ayah ada mesti dia bangga mempunyai anak gadis secantik Marcelynda Simai."

Aku menggigit bibir, boleh ke situ pula fikiran Emak. Lain yang aku tanya lain pula yang dijawabnya...

"Mak... Lynn tahu Lynn cantik. Tapi kenapa Uncle tak boleh mengiringi, Lynn? Habis tu siapakah yang nak temankan Lynn nanti?"

Mak ni suka sangat tersenyum, aku sudah rasa sesak nafas semula. Boleh pengsan tahu tak! Mak boleh pula cool gila masa ni.

"Uncle, sakit perut sayang. Lynn jangan risau. Tahu lah Mak nak cari siapa sebagai ganti nanti. Lynn bersiap sedia dahulu."

Tergesa-gesa Mak meninggalkan aku seorang diri di bilik pengantin. Barangkali memikirkan siapakah yang sesuai mengiringi aku nanti. Err... mana pula perginya dua orang pengapit aku? Saat-saat akhir macam ini, Uncle Fabian Freston buat hal pula...

"Lynn... Cantiknya dia! Kan bagus kalau Lynn yang jadi menantu Auntie."

Oh My God! Datang pula Auntie kesayangan aku. Tak putus-putus dari dulu sampai sekarang hendak aku jadi menantunya. Tetapi anak sendiri ais batu! Sejuk sesanggat.

"Biasa-biasa sahaja, Auntie. Hasil sentuhan Steph memang cantik." Aku berbasa-basi dengan Auntie Wiena iaitu kakak kepada Emak. Untuk melayan ayat yang akhir aku tak berani... baru tadi anak terunanya mengajak aku berkahwin... Seram aku!

Bagaikan kanak-kanak ribena Auntie Wiena berpusing membelek aku, satu inci pun tak terlepas dari pandangan matanya.
"Err... barang kemas tak pakai ke, Lynn? Mak kamu tak bagi ke? Tak cantik kosong macam ni."

Aduss! Bab ini yang aku lemas sangat, bukannya suka nak pakai barang kemas. Kalau ada pun yang kecil-kecil sahaja.

"Ada, Auntie."

"Mana dia? Bagi Auntie tengok dulu. Takut tak sesuai, hilang pula seri pengantin Lynn nanti."

Aku menurut sahaja arahan Auntie Wiena. Tiba-tiba menjadi pakar kecantikan aku pada ketika ini...hehehe

"Ehhh! Tak sesuai la set ni. Baju pengantin sudah cukup elok mana nak cantik kalau diserasikan dengan set barang kemas ini. Tunggu sekejap, Auntie panggil Emak kamu."

Berlari anak Auntie Wiena mencari Mak. Aku berharap sangat-sangat la Emak tidak bersetuju dengan pendapat Auntie Wiena.

"Sudah ready, Lynn? Sebentar lagi sudah bergelar isteri. Moga berkekalan sampai ke hujung nyawa." Mashitah, sahabat baik aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Tenang hatiku apabila terpandang seri muka gadis Melayu yang mengayakan tudung Fareda sempat datang meluangkan masa untuk meraikan hari bahagia aku.

"Amin, Mas. Begitu la hendaknya. Bawa suami dan anak-anak duduk di depan ya, Mas. Buat macam rumah sendiri. Seperti dulu-dulu juga."

Mashitah mengangguk sambil mengulum senyum kepada aku.

"Jaga-jaga malam nanti." Hantu punya kawan, boleh dia berbisik ayat dua kali makna di tepi telinga aku.

Aku menjeling tajam kepada Mashitah. No comment!

"Your face is blushing." Apa lagi sebelum aku buka mulut, Mashitah pantas lari meninggalkan aku terkebil-kebil menahan geram teramat.

"Lynn, Mummy bagi ni. Suruh Lynn pakai. Mak dan Mummy sibuk menguruskan tetamu. Dia tak sempat nak bagi Lynn." Philip datang membawa kotak, barangkali barang kemas yang tersimpan di dalam.

Aku mengangkat muka memandang wajah tanpa riak, Philip... tiba-tiba bertukar menjadi seperti dahulu. Icy cold.

"Ambik lah. It's yours anyway."

Aku ambil kotak yang dihulurkan oleh Philip. Perlahan aku membuka kotak tersebut, mahu terkeluar biji mata aku... satu set barangan kemas yang begitu indah dan unik rekaannya tersusun kemas di dalam kotak tersebut.

"Err... mana boleh saya mengambil barang kemas ni, Philip. Terlalu mahal untuk aku. You serahkan semula kepada Auntie." Aku menyerahkan semula kotak tersebut kepada Philip.

"Kotak tu kan sudah berada di tangan Lynn... it's belong to you now. I am not going to take it back. Kalau Lynn rasa nak kecilkan hati Mummy, Lynn serahkan sendiri dan tak payah pakai pun tak apa."

Hishhh! Ni satu lagi species kalau sudah bertukar sejuk dingin, jangan harap boleh makan pujuk. Tapi mana boleh aku lukakan hati Auntie kesayangan aku. Tak sanggup aku hendak menggecilkan hatinya... nope. Asalkan hatinya gembira akan aku turut permintaan yang tak seberapa ini. Pinjam ya, Auntie.

"Hahh! Pergi mana? Dari tadi aku tunggu di sini. Sekarang baru nampak batang hidung." Bebel aku kepada Stephanie dan Jesselyn.

"Pergi tengok Daddy. Kesian Daddy, sakit perut macam tu. Tadi, kenapa dengan Philip? Ada apa-apa nak kongsi dengan kami?" Pandai pula Stephanie bertanyakan soalan kepada aku. Aku tanya dia, dia pula tanya aku...

"Tak ada apa-apa la. Ni cepat tolong Lynn, pakai barang kemas ni." Aku hulurkan kotak tersebut kepada mereka.

"Cantik, Lynn. Bila Lynn beli ni?"

Aku tersenyap mencari kata-kata yang sesuai untuk dituturkan. Kalau dipecahkan cerita takut pula mereka kecil hati.

"Set pinjam. Mana la Lynn mampu nak beli benda ni. Kalau Ayah masih ada mesti dia sudah belikan untuk Lynn."

"Aidan tak beli apa-apa untuk, Lynn?" Giliran Jesselyn pula becok mulut mengaitkan nama Aidan pula.

"Malulah nak minta benda macam ni kat dia, Lynn tak biasa." Aku membantah pendapat Jesselyn. Tak hadap sangat dengan barang kemas ni.

"Lynn... cepat sikit. Pengantin sudah sampai." Suara Mak mencantas perbualan kami bertiga.

"Baik, Mak."

Usai sahaja memakai barang kemas tersebut, kami melangkah ke ruang tamu sambil di perhatikan ratusan jemputan yang hadir pada petang tersebut.

Altar perkahwinan aku berada di luar rumah. Direka indah mengikut tema perkahwinan di dalam taman. Yang mana satu masa dahulu mengikut cerita Mak, di situ tempat Mak dan Ayah berkahwin. Dan aku ingin mengulang semula kenangan Mak dan Ayah. Sekurang-kurangnya aku menyimpan satu persamaan kenangan yang sama dengan Ayah.

Genangan di kelopak mata aku hampir berguguran di saat aku mencari siapakah yang akan memimpin aku ke Altar tersebut... Ayah aku perlukan kehadiranmu saat ini. Sangat-sangat memerlukanmu!

Kembang kempis perut aku apabila mata bersabung pandang dengan si jejaka tinggi lampai yang mempunyai mata biru. Lembut renungannya menyusup jauh dalam kalbu menghantar satu rasa yang begitu asing bagi aku.

Aku jeling Mak dan Auntie Wiena. Apakah makna ini semua? Kenapa Philip yang harus memimpin aku ke Altar? Aku pandang Mak seketika...

Anggukkan Mak, cukup menghantar makna... betullah Philip yang akan menjalankan tanggungjawab tersebut. Tetapi kenapa aku pula aku harus dibebani rasa serba salah pada saat ini.

"Biarkan aku menemani Lynn sampai ke Altar. Kalau bukan menjadi suami kepada Marcelynda Simai, cukuplah sekadar memimpinmu ke sana sebagai penganti kepada Uncle James." Philip menghulurkan tangannya sambil berbisik lembut mengajak aku melangkah ke Altar di mana Aidan Gibson sedang menunggu aku.

Tanpa berbelah bahagi aku sambut huluran tangan Philip Berkeley. Pertama kali berjalan beriringan dengannya membuatkan aku hilang dalam ilusi diri aku sendiri. Langkah kaki yang disusun seolah-olah sumbang tanpa rentak yang betul.

"Hati-hati." Philip sempat memegang kejap tanganku pada saat aku hampir terjatuh kerana terlalu gugup... Adakah kerana seorang gadis yang akan bergelar sebagai seorang isteri atau gugup disebabkan orang yang menemani perjalanan menuju ke Altar?

Aidan Gibson menyambut kedatangan aku dengan senyuman yang teramat manis sekali. Wajah keterujaan terpamer ketara pada wajahnya.

"Berhenti! Aku kata berhenti!" Tiba-tiba suara seorang perempuan menjerit di belakang aku.

Aku pakukan langkah. Aduss! Janganlah teman wanita Philip mengamuk gara-gara aku memerlukan Philip sebagai peneman aku pada waktu ini. Please don't!

"Hey! Perempuan! Tak ada laki lain ke yang you nak ambik dijadikan laki. Sampai suami orang pun kamu nak kebas."

Ini tak boleh jadi. Adakah patut dia kata aku ambik laki orang. Mana ada... weiii!

"Sapa yang ambik suami orang?"

Terkejut aku mendengar jerkahan Philip. Ehh! Kenapa pula dia yang menyoal perempuan tersebut? Bukankah dia... opss! Aku menoleh kepada Aidan Gibson.

Wahh! Betapa keruhnya airmuka Aidan Gibson sehingga tidak sanggup bertentang mata dengan aku. Lantas dijatuhkan mukanya...

Pada saat aku ingin melarikan diri, Philip memegang kejap tangan aku.

"Face the truth, Lynn. Jangan biarkan orang memijak maruah keluaga kita. I am here for you, as promised."

Tiupan kata semanggat Philip menyedarkan aku untuk terus berdiri di tengah-tengah perjalanan ke Altar. Keputusan berada ditangan aku. Dari jauh aku mencari wajah-wajah kesayangan aku sebagai kekuatan kepada keputusan aku.

Anggukkan Mak, Auntie Wiena dan Uncle Fabian sudah cukup sebagai tanda...

"Philip, kamu serious dengan apa yang kamu kata tadi?"

Philip mengerutkan kening.

"Apa yang serious?"

Alahaiii! Philip. Saat genting macam ini, boleh pula lembab pick up.

"Serious ke tak nak kahwin dengan Lynn tadi?" Malunya! Namun kerana maruah keluarga aku terpaksa juga melamar anak teruna Uncle Fabian dan Auntie Wiena di tengah-tengah jalan menuju ke Altar.

Aku jeling Aidan Gibson yang sudah seperti cacing kepanasan. Berani hendak mainkan aku. Entah siapa perempuan itu. Belakang kira!

Pandangan aku beralih semula kepada Philip. Aduh! Kenapa muka senggal pula yang terpamer di raut wajah kacak ini...

"Kalau tak jadi macam mana?"

"Ehh! Jangan main-main la, tak ada masa sekarang ni. Kalau you tak nak, saya teruskan juga pernikahan ini dengan monyet di depan tu." Aku mengugut Philip. Manalah tahu dia boleh bertukar fikiran semula.

"Dia dah ada bini lah, sayang! Bukan dia boleh berpoligami pun." Sangkal Philip membuatkan aku terkedu beberapa saat. Siapa yang tak sentap dengan kenyataan itu.  Sudah tiga tahun aku mengenali Aidan Gibson tidak pula aku mengetahui bahawa dia sudah beristeri. Oh! My God! Am I that stupid.

Memerah muka aku mencari wajah Auntie Wiena dan Uncle Fabian. Sekali lagi mereka mengangguk memberi sokongan moral kepada aku.

"Kenapa baru sekarang nak bagi tahu?"

"Sebab Lynn tak akan dengar apa yang aku cerita."

Aku terkedu sekali lagi, Philip berkata benar. Aku pasti akan menuduh dia mereka cerita yang bukan-bukan...

"Marry me, Lynn. Will you?" Philip melutut penuh romantis di depan aku. Saat itu aku harus memilih satu keputusan seumur hidup yang tidak dapat diputarkan semula.

"Will you love me for the rest of your life, Philip Berkeley?" Aku menunduk menentang anak mata yang berwarna biru itu. Mencari bening yang bersinar untuk menghantar isyarat cinta.

"Don't mention it. Saya kan sudah bagi tahu tadi. Kita settle perkara di atas Altar dahulu. Setuju ke tak? Orang dah tunggu lama."

Aku beralih memandang wajah wanita itu tadi. Lembut aku melepaskan tangan aku dari genggaman Philip membawa langkah ke arah perempuan itu.

"Puan duduk dulu. Majlis ini adalah untuk Marcelynda Simai dan Philip Berkeley." Bisik aku di tepi cuping telinga perempuan itu.

Sekali lagi aku menoleh kepada kaum keluarga aku. Aku hadiahkan sebuah senyuman yang teramat manis.

"Shall we go to the Altar?" Aku meraih tangan Philip Berkeley.

Oh! Ayah restuilah keputusan aku ini. Walaupun pada saat-saat yang terakhir, aku pasti membuat telah keputusan yang betul.

Merah padam muka Aidan Gibson menahan marah apabila kami berlalu melintasinya. Tak ingin aku hendak berlakikan lelaki penipu! No way!

Bersaksikan kaum keluarga maka terpaterilah ikatan perkahwinan diantara aku dan Philip. Adakah perkahwinan tanpa rasa cinta ini akan memberi kebahagiaan kepada kami?

Ayah... Malam ini, aku berjanji akan melakarkan lembaran baru perjalanan hidup aku bersama kenangan indahmu. Membiarkan diri aku bernafas seirama suamiku.

Sepanjang majlis perkahwinan kami, terpancar wajah kegembiraan di wajah Mak dan Auntie Wiena. Auntie Wiena dan Uncle Fabian tersenyum puas kerana keinginan sedari dahulu akhirnya tercapai juga. Stephanie dan Jesselyn bersorak gembira kerana aku masih bersama mereka. Tiada lagi yang aku inginkan, Ayah. Cukuplah dengan kegembiraan orang yang aku sayang.

Aku tanggalkan satu persatu barang yang menyaluti tubuhku termasuklah barang kemas yang aku pakai petang tadi. Aku membelek sekejap barang kemas tersebut dengan kain sarung membaluti badanku sementelah baru lepas membersihkan diri.

'Cantik.' Aku memuji keindahan reka bentuk barang kemas tersebut. Sudah pasti puluhan ribuan ringgit harganya apa tah lagi ia adalah rekaan yang terbaru atau mungkin ditempah khas.

Bunyi tembol pintu kedengaran terbuka perlahan. Aku menoleh... Gulp! Philip melangkah penuh gaya menghampiri aku yang sedang sedaya upaya mengusir rasa gentar. Pertama kali berduaan dengannya setelah bergelar sebagai suami isteri membuatkan getaran jantungku tidak mengikut tempo yang betul. 

"Suka dengan set tu?" Kenapa harus dia bersuara selembut itu? Hurm! Janganlah terduduk lembik lutut di sini. Malu...

"Nanti Lynn pulangkan ssemula kepada Auntie. Mesti mahal dia beli ni...."

Philip menutup mulut aku menggunakan jarinya. Menghalang aku dari terus menuturkan kata-kata.

"Mummy, Lynn. Bukan Auntie. Dan set ini, bukan Mummy yang beli tapi sudah lama saya simpan untuk Lynn. Ayah yang bagi... hadiah perkahwinan kita dari Ayah."

Aku terkejut dengan satu lagi pendedahan Philip. Bagaimana pula Ayah boleh membeli set barang kemas ini untuk kami?

"Tak faham... can you explain?"

Philip menarik aku agar duduk bersamanya ditepi katil. Tangan aku digenggam kemas serta dielus lembut. Sekali sekala dikucup sekilas. 

"Remember I told you, Ayah nak saya jaga Lynn? Sehari sebelum dia terkorban dan tidak kembali lagi, dia membeli set ini. Dia menyuruh saya berjanji, untuk berikan set ini kepada Lynn, pada hari pernikahan kita. Saya tahu petang tadi bahawa Lynn adalah milik saya kerana janji saya kepada Ayah adalah ikhlas dan cinta saya kepada Lynn... tumbuh sudah sekian lama. Dan tak mungkin saya akan biarkan Lynn mengahwini suami orang... tidak Lynn."

Aku sembamkan mukaku di atas dada Philip, menangisi pemergian Ayah. Mengingati ketelusan hati seorang Inspektor Polis... Inspektor James Martin tenggelam dibawa arus semasa misi menyelamat mangsa lemas di sungai Batang Lupar. Hilang sehingga sekarang tidak kembali.

"Thanks, Philip. Lynn berjanji akan menjadi seorang isteri yang terbaik...." Aku leka sementara dalam buaian perasaan yang bercampur aduk. 

"Lynn, okay? Penat tak?" Bisik Philip perlahan sambil memeluk aku di atas persada putih bersih. Direbahkannya badan aku. Dia mengelus lembut wajahku. 

"Marcelynda Simai, I will treasure you for the the rest of my life. Growing old together with me, will you?" Belum pun sempat aku menjawab, bibirnya sudah bersatu dengan bibirku. Dia membawa aku terbang tinggi ke awan biru. Membenamkan selautan kasihnya di dasar sanubariku. 

Seram sejuk tubuhku apabila disentuh sedemikian rupa. Memahami maksud kehendak naluri lelaki sejati. Aku merelakan segala belaian lembutnya. Mak! tolong aku!

"Ya. Okay." Jawab aku berani. Sementelah dia merenung aku tanpa berkelip-kelip.

Sungguh, aku gugup apabila dia memulakan semula rentak permainan yang agak berani dengan penuh romantis. Namun akhirnya aku lemas juga di dalam pelukkan hangat dan kucupan tanpa henti, Philip Berkeley.

                              THE END