Wednesday 18 February 2015

Nafas Cinta Bab 11

Satu hari dugaan dan kejutan menyebabkan keadaan Maximus Randell semakin tertekan serta hilang keyakinan untuk menjejak Madeline Sumang dan anak-anak. Bukan main besar harapannya selepas memperolehi sedikit maklumat berkaitan alamat Madeline Sumang. Susah payah dia dan Suffian Ilhan tetap beriktiar untuk ke kawasan Bau. Jauhnya pula berbatu-batu dari Kuching. Jalan pula bengkang bengkok seperti ular kena palu. Entah, mengapa Madeline Sumang sanggup menghantar dirinya tinggal di kawasan terpencil begitu?

Hutan di tepi jalan raya, sama seperti kawasa ke kampungnya, di penuhi oleh pokok-pokok kelapa sawit berselang seli dengan pokok getah atau hutan biasa yang belum diterokai. Udara bersih menemani mereka di sepanjang jalan. Persikitaran luar bandar tetap mempunyai daya tarikan dan keunikkan tersendiri. Ia begitu sinonim dengan jiwa lembut Madeline Sumang… mungkin keadaan ini yang menyebabkan Madeline Sumang mengambil keputusan bermastautin di sini.

Di pertengahan jalan, mereka ditahan oleh beberapa orang pekerja penyelengara jalan raya. Mereka di suruh berpatah balik, kerana tanah runtuh di hadapan mereka. Patutlah, begitu banyak kenderaan lain berselisih dengan mereka dari arah bertentanggan. Oleh kerana untuk sementara waktu, jalan itu ditutup untuk kerja penyelengaraan, terpaksa Maximus Randell memusingkan stereng pajero.

Sia-sia usaha mereka dari pagi sampai ke petang. Mereka mengharapkan sedikit sinar selepas penat terkejar-kejar, mengejar masa sementelah matahari hampir terbenam di kaki langit jingga. Suffian Ilhan diam, apabila Maximus Randell menghentak tangannya pada stereng pajero.

“Sabar, Max. Have some faith….”

Kasar Maximus Randell menghempaskan tarikkan nafasnya.

“Why? So hard to find her….”

“Mungkin you rasa sudah cukup kuat berusaha, padahal masih banyak ruang yang belum you cari. Life is very complex, Max. That is the reason, when you have a chance don’t waste it….” Luah Suffian Ilhan. Selama dua hari dia melihat sendiri keadaan Maximus Randell, dia sedar satu perkara….

‘What a waste of time? He should marry her at that time….’ Suffian Ilhan hanya mampu menyimpan kata-kata hatinya. Simpan Selagi dia mampu menyimpan agar tidak menyinggung perasaan sepupu yang sedang tertekan. Apatah lagi, berniat menabur garam pada luka di hati Maximus Randell.

“Tinggal beberapa kilometer, Pian. But… ini pulak jadinya.” Luah Maximus Randell betul-betul hampa dengan dugaan kali ini. Gerak hatinya, cukup yakin bahawa Madeline Sumang berada di alamat yang diperolehi dari klinik Doktor Weanie Teh.

“Masa tu tak sampai lagi, Max. Sabar, esok kita cari lagi.” Kata Suffian Ilhan, menyuntik semanggat kepada Maximus Randell.

“Jadi, kita nak balik atau nak tengok kat mana rumah Evelyn?” Usul Maximus Randell. Walaupun penat dan dibelenggu oleh perasaan hampa… Dia belum berputus asa. Menjejak Madeline Sumang adalah tujuan utamanya kini.

“I rasa kita balik dulu, Max. Dah petang sangat. Sikit lagi nak gelap. Lainlah, kalau you dah tahu mana satu rumah Evelyn, kita boleh pergi terus. Ni nak kena cari, mesti ambik masa… dalam gelap dengan adanya cahaya lampu jalan, sukar kerja kita nanti.”

Maximus Randell diam menolak tambah pendapat Suffian Ilhan. Bersetuju dengan pendapat Suffian Ilhan, maka, Maximus Randell memecut kereta menghala ke kampung sebaik sahaja keluar dari simpang keluar dari Bau. Esok dia tanamkan niat, berangkat lebih awal dari kampung. Apapun dia akan cuba mencari di dua tempat ini. Tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur sudah pun dibeli.

Berat rasa hati Maximus Randell untuk meneruskan rancangan balik ke tempat kerja dalam keadaan berserabut. Ketika ini, tumpuannya hanya untuk menjejak Madeline Sumang. Nalurinya semakin dekat dengan Madeline Sumang, tetapi jalannya pula semakin sukar.

Suffian Ilhan memejamkan mata sekejap, membiarkan Maximus Randell memecahkan fikiran buntunya. Tiba-tiba, sesuatu terbit semula di dalam kotak fikirannya.

“Max, balik jangan lupa… sampul surat. Cari dalam bilik. Mana tau, dalam tu you boleh jumpa sesuatu untuk menolong you mencari May.”

Sekilas Maximus Randell menoleh ke arah Suffian Ilhan. Sekali lagi segugus harapan menjelma semula di dalam hatinya… Ya, apa yang ada di dalam sampul surat?!

“Kalau rasa boleh sambung cuti, you hold dulu hal nak balik kerja. Lagipun, dalam keadaan you sekarang, I don’t think, you can fokus dengan kerja you.” Sambung Suffian Ilhan memberikan cadangan. Memandangkan tiket kapal terbang Maximus Randell akan berangkat lusa. Esok pun belum tentu mereka akan berjaya menjejak Madeline Sumang.

"I tak tahu, Pian. What do you think? Should I sambung cuti?"

"Well, kan I dah cadangkan tadi... I memang rasa you perlu sambung cuti. Call up the airline, postpone your flight. Tak boleh postpone... burn your flight ticket. Beli tiket baru... tak ada masalah kan?"

Maximus Randell menggeleng.

"Nope I tak ada masalah dengan tiket kapal terbang... I can buy it anytime."

"Esok kita usahakan lagi."

"Yup. Esok kita cuba." Tutur Maximus Randell perlahan. Cuba meyakinkan diri bahawa esok akan menjanjikan secebis harapan positif.

####

Ayah Madeline Sumang membebel panjang, sejak dia sampai dari kampung tengahari tadi. Letih Racha mendengar ketidak puasan hati orang tua tersebut. Apa daya Racha, dilayan juga bebelan bapa mertua, walaupun dia sudah letih mengangguk dan tersenyum.

Semenjak mak mertua Racha meninggal, orang tua tersebut semakin tidak berpuas hati dengan palitan kisah Madeline Sumang. Belum ada kata ampun atau yang sedap didengar. Melainkan caci maki dan paling pedih, anak-anak Madeline Sumang terpalit sekali.

Belum pernah disentuhnya kedua-dua cucu dari darah Madeline Sumang. Sampai hati tuanya menyeret sekali budak-budak tidak berdosa ke dalam amukkan  api kemarahan.

Keletah Carl Blume dan Cattleya Orked tidak pernah diambil peduli olehnya. Tanggisan Cattleya Orked meminta siaran televisyen ditukar ke rancangan kartun yang disukainya, tidak dihiraukan oleh Ayah Madeline Sumang. Sedikit pun tidak ingin mengalah dengan permintaan cucu. Dimanakah dia meletakkan hati dan naluri sebagai seorang datuk? Sampai hati... sanggup dia membiarkan Cattleya Orked menanggis tanpa dipujuk. Hanya tengkingan suara kasar yang diberikan...

Racha telan sedu di dalam dadanya. Luluh hati, melihat seorang datuk sanggup membiarkan cucu menanggis sepuas-puas hatinya. Ditegur pula salah, tak ditegur pun salah... serba salah semuanya. Igat pula keluar rumah selepas meninggalkan Evelyn dan budak-budak.

Manakala Evelyn, selepas makan tengahari dia keluar menghantar benih Cattleya ke ladang seperti yang dirancang pagi tadi. Silapnya, Ayah Madeline Sumang datang semasa anak-anak tiada di rumah. Sebagai menantu dia buat apa yang patut.

Separuh marah, Racha mengangkat Cattleya Orked dari ruang tamu. Meronta-ronta Cattleya Orked kerana membantah tindakan Racha memindahkan dia dari hadapan televisyen.

Ayah Madeline Sumang perhatikan tindak tanduk diantara cucu dan menantu. Tidak ada hati untuk membantu ataupun punya rasa bersalah kerana tidak mahu mengalah dengan kemahuan Cattleya Orked.

"Ayah, bagilah, Leya tengok rancangan kegemaran dia. Sawan budak ni nanti, kita juga yang susah." Luah Racha, tak tahan menanggung rasa marah dari tadi. Kena buka mulut juga, perasaan simpati terhadap Cattleya Orked melebihi takat hormat kepada bapa mertua.

Orang tua itu tidak mempedulikan permintaan Racha. Sibuk dia mengeluarkan sesuatu dari dalam bag yang dibawa tadi. Dikeluarkan anak patung barbie dari dalam bag tersebut.

"Cynthia, Bella!"

Meraung lebih kuat Cattleya Orked bila melihat anak patung barbie berada di tangan si datuk.

"Ma, nak, nak, naknak...."

Racha geleng kepala... Hanya perasaan sabar yang menahan Racha dari bersikap kurang ajar dengan bapa mertua. Suka sangat menyakitkan hati Cattleya Orked. Sudah tahu ada empat orang cucu dibelinya dua barang mainan sahaja. Lagi dua orang akan berputih mata... pasti anak-anak Madeline Sumang akan mengamuk.

"Siihhh... nanti Mama suruh Mummy beli. Yang ada kat tangan Atuk tak cantik. Leya punya lagi cantik."

Ayah Madeline Sumang mencebik, mendengar pujukkan menantu.

"Ikutkan sangat kata budak cacat tu... apa kamu dapat? Lagi susah adalah!"

Racha mengacip gigi....

"Ayah, tak patut kata kat Leya macam tu... apa pun dia tetap cucu, Ayah. Darah daging, Ayah."

"Ehhh! Jangan memandai... budak-budak tu bukan cucu aku! Keturunan aku bukan dari anak tak tahu Mak Bapa." Jerkah Ayah Madeline Sumang.

"Cynthia, Bella!" Panggil Ayah Madeline Sumang semula tanpa mengendahkan teguran menantu. Padanya, anak menantu kurang cerdik kerana menyusahkan diri membesarkan anak-anak Madeline Sumang.

"Hidup dah cukup senang, saja mencari penyakit." Runggut orang tua itu lagi. Terjengguk-jengguk dia mengintai anak-anak Igat dan Racha.

Sedu sedan Cattleya Orked, dipandang sepi oleh Ayah Madeline Sumang. Langsung tidak dihiraukan. Berseri-seri wajah tua itu, melihat kelibat Cynthia dan Bella keluar dari bilik mereka.

"Ada apa Atuk?" Tanya mereka serentak.

"Ni... barbie. Hari tu kan pesan Atuk."

"Untuk Carl dan Leya, tak ada ke, Tuk?" Soal Bella.

"Dah! Atuk beli yang ni sahaja. Atuk tak cukup duit."

Terkebil-kebil Cynthia dan Bella mendengar letupan suara datuk mereka. Carl Blume pula menjeling tajam.

"Tak apa, Kak Cynthia, Bella... Carl tak main barang orang perempuan. Adik Leya, boleh main barbie yang Mummy beli." Jawab Carl Blume lalu beralih duduk di sisi Racha yang sedang memujuk Cattleya Orked supaya berhenti menanggis.

"Leya, jom kita tenggok Frozen dalam bilik. Sini tak best. Dalam bilik Mummy, ada TV lebih besar."

"Tak nakkk... nak Ojie...."

Cynthia dan Bella tinggalkan anak patung barbie. Mereka menerpa berlari ke arah Cattleya Orked.

"Atuk! Bagi remote... Leya nak tengok Ogy and the cockroaches." Jerit Bella nyaring meminta alat kawalan jauh astro. Selama ini, mereka mengalah dengan Cattleya Orked diberi keistemewaan untuk menonton rancangan astro kegemarannya. Bagi Bella, Atuk teruk! Membuli Cattleya Orked...

"Atuk, nak tengok berita TV3. Jangan kacau Atuk."

"Atuk, bagi remote! Tukar channel." Cynthia pula melaung mengarah.

Ayah Madeline Sumang menjeling geram kepada dua orang cucu kesayangannya.

"Bagiiii... remote. Kami nak tengok kartun. Atuk boleh tengok TV3 dalam bilik. Kan, Papa dah beli TV ari tu...."

Bella cuba merampas alat kawalan jauh dari Atuk. Kemudian, disertai oleh Cynthia. Bergabung menjadi satu geng. Orang tua itu masih tidak mahu mengalah juga. Mengawang tangannya melarikan alat kawalan jauh supaya tidak diambil oleh Bella dan Cynthia.

"Ayah, mengalah kat budak-budak la... dah tu. Kesian kat budak-budak. Bagi mereka tengok TV." Tegur Racha. Pening kepala melihat sikap bapa mertua melebihi perangai budak.

Buat apa dia nak peduli teguran menantu. Semakin ligat dia melarikan alat kawalan jauh dari tangan Bella dan Cynthia. Riuh rendah jadinya di ruang tamu.

"Kenapa bising sangat? Dari jauh boleh dengar jerit pekik."

Budak-budak pegun seketika, bila masa Igat sampai? Terlalu sibuk dengan hal Atuk menyebabkan mereka tidak menyedari Igat ada di situ.

"Ni, kenapa pula, Leya menanggis? Sawan nanti siapa susah?" Sergah Igat. Matanya tajam memandang Racha yang meriba Cattleya Orked.

Racha diam. Serba salah. Takut ayah mertua dimarahi oleh Igat. Cuma menghantar isyarat jelingan mata ke arah ayah mertua.

"Atuk, tak bagi Leya nak tengok Ogy." Jawab Bella bagi pihak si ibu.

Igat pandang wajah selamba si ayah. Alat kawalan jauh masih dipegang kemas.

"Ayah, buat apa saya beli TV dalam bilik tu? Ayah masih nak berebut dengan budak-budak ni?"

Soalan Igat agak mengetarkan si ayah. Takut Igat naik angin. Susah pula! Lantas dia berikan alat kawalan jauh kepada Bella. Tanpa bunyi dan berwajah masam dia masuk ke biliknya.

"Dah tua-tua pun perangai macam budak-budak." Bebel Igat.

Racha menyandarkan Cattleya Orked di dada. Budak itu baru berhenti menanggis. Wajahnya bertukar cerah memandangkan Ogy and the cockroaches berada di skrin televisyen.

"Lebih dari budak. Tak pernah puas hati dengan dua orang budak ni. Budak-budak ni tak reti apa yang dia buat pun...." Bebel Racha tak berpuas hati dengan kerenah bapa mertua.

Igat duduk di tepi Cattleya Orked. Carl Blume diangkat lalu diriba.

"Eve tak balik lagi?"

"Kan, dia pergi ke ladang orkid. Lambat lagi la dia nak sampai. Itupun kalau tak ada masalah budak-budak kat ladang sana." Jelas Racha.

"Tak jadi. Dia patah balik tanah runtuh." Tutur Igat.

"Hujan lebat, jalan Bau memang selalu runtuh."

Igat memanjangkan leher, pintu bilik si ayah tertutup rapat.

"Ni, orang tua tu bila sampai? Tak pernah ada hati nak datang ke sini. Tiba-tiba ada."

"Lepas Eve keluar, dia datang bersama Libau."

Igat menoleh kepada Racha...

"Pasal apa? Ada Libau cerita apa-apa tak?"

Racha diam sebentar...

"Pagi tadi Max datang ke rumah."

"Buat apa?" Pintas Igat.

"Cari May... Apa lagi kecoh pagi-pagi buta. Dah tu... mengaku pula budak-budak ni anak dia. Mahu tak lagi mengamuk orang tua tu." Jelas Racha seperti apa yang diterangkan oleh Libau.

Igat senyap. Memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Libau sudah tahu rumah mereka. Pasti Maximus Randell akan mengetahui juga...

"Kenapa nampak risau?" Soal Racha. Pelik pula... Tiba-tiba Igat senyap.

"Libau, dah datang ke sini. Max pun pasti jumpa rumah ini." Omel Igat.

Racha tersentap. Tidak terlintas bahawa kemungkinan Maximus Randell akan tahu alamat rumah melalui Libau.

"Rasanya, Libau tak akan cerita kat, Max."

"Mana kita tahu... sehari dua dia boleh simpan. Lama-lama dia boleh bocorkan juga."

"Anak dia, Kak, Igat. Satu hari Max akan datang ke sini juga." Sampuk Evelyn dari muka pintu depan. Dari awal perbualan mereka Evelyn sudah mengikuti cerita sensasi pagi tadi.

"Ehhh, Eve... Bila sampai?" Soal Racha.

"Lama juga. Dari hal Libau ke sini dengan Ayah. Mana Ayah?"

"Ada... Andy suruh dia masuk bilik. Bergaduh dengan budak-budak ni." Jawab Racha.

"Hurmm! Bagus kamu pun dah sampai, Eve. Aku nak bagi tau... Bagi sahaja budak tak guna ni kat bapa mereka. Jangan nak menyusahkan diri membela anak macam ni." Ayah Madeline Sumang menyampuk perbualan anak-anak dan menantu.

"Budak-budak ni anak May. Cucu ayah juga. Sanggup ayah nak bagi?" Bantah Igat.

"May bukan anak aku. Tak ada kena mengena dengan aku." Tegas Ayah Madeline Sumang.

"Ayah... Hakikatnya May darah daging Ayah. Anak-anak May tetap keturunan Ayah."

"Aku tak kira... Bagi budak-budak tu kat bapa dia. Mana May? Ada dia jaga anak dia sendiri? Hidup tak habis nak menyusahkan orang! Tau beranak sahaja!"

Berapi-api orang tua itu mengamuk membantah pendapat Igat. Selagi dia melihat Cattleya Orked dan Carl Blume, hatinya membuak-buak sakit. Terlampau kecewa dengan perbuatan Madeline Sumang dan Maximus Randell.

"Aku bagi pelajaran kat kamu orang. Sama sahaja lelaki perempuan. Aku bagi kelongaran dalam memilih jodoh. Tetapi May... sanggup dia serahkan nasib diri kepada lelaki yang belum dikahwini. Lelaki lari... ini jadinya. Aku suruh gugurkan kandungan. Tutup aib. Tapi dia lebih suka buka aib aku. Dah lahirkan anak, dia pula tinggalkan tanggungjawab kat kamu berdua. Yang kamu berdua sanggup jadi Pak Sanggup jaga budak-budak ni buat apa?"

Anak-anak dan menantu membiarkan orang tua mereka meluahkan rasa hampa yang ditanggung selama ini. Salah tidak boleh diletakkan pada si ayah kerana yang lebih bersalah adalah Madeline Sumang. Benda ini tidak akan berlaku kalau Madeline Sumang pandai menjaga maruah diri.

Namun setiap kejadian pasti ada hikmah di sebalik semua yang telah terjadi. Adanya ladang orkid dan beberapa kedai orkid di sekitar bandar Kuching adalah kerana Madeline Sumang. Hikmah dibuang kerja sebagai seorang Jururawat, dibukakan rezeki melalui perniagaan bunga orkid.

Igat dan Evelyn mula-mula sekadar membantu sebagai penyuntik modal. Kini, mereka sama-sama mengusahakan perniagaan yang dimulakan oleh Madeline Sumang.

Madeline Sumang meninggalkan sepenuhnya tugas mengendalikan perniagaan kepada Igat dengan dibantu oleh Evelyn. Semenjak itu, Igat dan Evelyn berusaha meningkatkan hasil dan mutu jualan orkid dari ladang mereka.

Amanah Madeline Sumang, anak-anak dan perniagaan akan mereka jaga selagi nafas dikandung badan. Tidak sekali-kali akan dipersiakan usaha Madeline Sumang selama lima tahun lalu.





No comments:

Post a Comment