Sunday 8 February 2015

Nafas Cinta Bab 2

Sampai di Kuching Airport, George sudah menunggu Maximus Randell di hadapan pintu keluar Balai Ketibaan. Suasana agak lengang pada waktu tengahari, mungkin disebabkan waktu pejabat dan bukan musim cuti sekolah.

Seorang dua wanita berpesonaliti menarik perhatian Maximus dan George. Mata kasar lelaki walaupun ditimpa musibah masih lagi sempat meliar mencari peluang. Terutama sekali Maximus, perasaan jengkel terhadap Cathleen masih membuka di hati. Berpuluh-puluh miss call dari Cathleen tidak dijawab olehnya.

“Phone, berbunyi… tak nak angkat ke?” Mahu pekak telinga George mendengar deringan telefon Maximus. Dari pintu Ketibaan sampailah ke dalam kereta, telefon bimbit Maximus menjerit nyaring meminta untuk dijawab namun dibiarkan sahaja oleh Maximus.

Maximus seluk saku seluarnya, kalau diikutkan rasa sakit hati ingin ditamparnya wajah jelita Cathleen Morrison. Tetatpi dia masih waras, akalnya masih panjang. Tidak payah dibelasah wanita seperti Cathleen… buang masa, buang tenaga!

“Hey… Baby.” Manja suara Cathleen diperdengarkan dari corong telefon bimbit.

Maximus membelek telefon bimbitnya, suara lunak tersebut tiba-tiba amat menjengkelkannya pada waktu itu. Padahal, selama ini… suara itulah yang begitu mengihiburkan halwa telinganya! Pelik, ya hati orang lelaki! Masa sayang semuanya indah, bila sudah tahu keburukkannya semua menjadi buruk!

“Adios, Cathleen. It’s over in between both of us!”

Terngaga besar Cathleen mendengar amukkan Maximus. Dihirupnya sekejap udara segar, lalu dihembus kasar.

‘Sabar, Cath, Sabar… you can do this.’ Sambil mengipas badan Cathleen cuba menenangkan dirinya.

“Oh, Darling… It is over when I said it is over….”

Genggaman penumbuk Maximus diperkuatkan.

“Since when pula you berkuasa ke atas aku?! Apa yang aku tahu, you tidur with that man!”

“Oh! Pooorrr… Max! You mean Joel?”

“That bustard is sleeping at your place! You ingat I tunggul ke, Cath?”

“Oooo… Please, tak ada apa-apa berlaku in between me and him, Max!”

“Look… macam ni la, Cath. Bila lelaki tinggal berdua dengan perempuan, tak mungkin tiada apa-apa yang berlaku! I mungkin berfikiran konservatif atau kolot. The truth is, I tak akan boleh terima perempuan seperti you. So, Adiossss!!!”

Bagaikan hendak pecah pintu kereta George dihempas kasar oleh Maximus. Kesian pintu kereta menjadi mangsa keadaan!

“Ouhhh!” Jerit George dari tempat pemandu.

Maximus menoleh.

“Menjerit ni, apa hal?”

George tayangkan barisan giginya.

“Jerit bagi pihak pintu kereta I.”

Maximus memandang pelik senggihan lebar George. Sedetik dua detik barulah dia faham maksud senggihan George. Seraya itu dilepaskan satu tumbukkan manja di bahu kiri George.

“Hey… be cool man! Relak, jangan tension sangat."

"Siapa pun akan marah, George."

"Hey... chill up, okay. At least now, you are home."

"I tahu lah. I am home... untuk beberapa hari sahaja, okay. Lepas tu I kena balik semula."

George pandang Maximus. Dia tidak hairan dengan kata-kata Maximus. Tetapi ada ketika menyakitkan hati juga.

"This is your home, Max. Tanah Kenyalang ini, tanah tumpah darah you. Tempat you dilahirkan, dibesarkan. Tak akan you tak nak menyumbang bakti di tempat sendiri."

"What? You suruh I tinggalkan apa yang I ada, sekarang, untuk tempat mati macam ni? Come on!"

George menggeleng sambil memutarkan stereng kereta lalu menekan laju Mitsubishu Pajero melalui jalan Kuching Serian.

"Lima tahun you membawa diri. Sejak hari itu, tak pernah sekalipun you pijak kaki ke kampung. Pernah tak terlintas dalam diri you, apa yang sudah terjadi semasa pemergian you? Tanah tumpah darah kita tak pernah mati, Max. Tapi... hati kita boleh mati. Akal kita boleh mati!"

"Sejak bila pula you pandai bercakap macam ni?"

"Sebab tu la kena balik selalu, bukan buang batu!"

"I tak macam tu, la!"

"Lima tahun tak balik, you nak nafikan lagi? Nak kata tak berduit rasanya duit gaji you berlambak. Setiap bulan you tak pernah miss bagi Mak duit belanja." Bebel George semula. Dia geram dengan sikap tidak bertanggungjawab sahabat lamanya.

Kisah lima tahun lepas belum pernah hilang dari ingatan George Ralph. Tindakan Maximus begitu memalukan dia sebagai seorang sahabat rapat Maximus. Tambahan lagi dia juga merupakan sahabat kepada Madeline Sumang.

"Not like that...."

George memintas penjelasan Maximus.

"Habis tu?"

"I don't know... and I malas nak fikirkan benda ni, George. I balik untuk Mak. Lepas tu I akan balik semula ke KL. My work is there not here."

"Wowww! Wait, tak boleh transfer ke? I mean kat sini pun you boleh berkhidmat. Malah I rasa amat memerlukan kepakaran you. Itupun... kalau you nak, kalau tak nak semua pun tak boleh."

"Drop this subject, please. Sesak dah kepala I dengar you membebel dari tadi."

"As you wish...." Rajuk George dalam nada geram.

"So, kenapa dengan Mak? Apa yang terjadi? Malam tadi baru sahaja I bercakap dengan dia. Then, Lisa bring this news."

"Heart attack."

"How come?"

"Life is very fragile and unpredictable, Max. Bila masa Tuhan nak ambik Dia akan ambik."

"Ya, I know. Just back to the point. Mak?"

"Seperti biasa Mak bangun pagi, buat senaman sikit. Sidai kain baju. Tiba-tiba, Lisa terdengar benda jatuh kat luar. Lisa pergi tengok. Mak dah terbaring di atas rumput. Kami cuba tolong, bawa dia ke hospital... Mak meninggal semasa di dalam perjalanan ke hospital."

"Just like that, nyawa Mak habis macam tu sahaja?" Soal Maximus, seolah-olah tidak berpuas hati.

George mengangguk.

“Hahh! Unpredictable... Pergi macam tu sahaja. Sungguh mudah."

Maximus melepaskan nafas lemah. Ralat sungguh bila teringatkan baru semalam dia bercakap dengan Mak. Itupun, hanya beberapa minit sahaja sebelum dia meneruskan tugasnya sebagai seorang Pediatric Neurologist di Hospital Kanak-kanak Kuala Lumpur.

"Semua keperluan rumah sudah ada? Barang kelengkapan pengebumian, Mak?"

Sesak dada George mendengar soalan sayu Maximus. Sekuat mana pun mereka yang bernama lelaki bila sampai saat perpisahan nyawa dengan orang tersayang, tambahan Mak pasti perasaan mereka akan tewas.

"Semua sudah dipersiapkan. Lisa ada di rumah. Tadi, sebelum ambik you, I singgah di pasar Serian bersama Michael dan Libau. Membeli barang keperluan serta keranda Mak."

Maximus melurutkan rambut lebat serta lurus.

"Kalau macam tu, kita terus shoot kat kampung."

"Tak nak singgah makan?"

Maximus menggeleng.

"I tak lapar, George. Lagipun I nak jumpa Mak untuk kali terakhir secepat mungkin."

"Okay. Kalau lapar, kita boleh singgah dulu. Lagipun esok baru Mak ditanam. Hari ini memang tak sempat. Banyak kerja nak kena buat."

"Banyak ke nak kena buat?" Soal Maximus pelik. "Urusan pengebumian sahaja, kan?"

George menggeleng, naif sangat sahabat merangkap adik iparnya itu.

"Nanti lah you tengok sendiri. Banyak ke tak kerja di rumah. Jangan pula you angkat kaki nanti."

"I buat apa yang patut la...."

"Apa yang patut tu termasuk masak, hidang dan cuci pinggan mangkuk. Paling penting, sampai sahaja tolong Michael dan Libau korek lubang."

Mahu terseliuh tengkuk Maximus mendengar jawapan George. Bukan main berat kerja hendak dibuat sebentar lagi.

"Orang tak ada ke nak tolong buat benda tu?"

"Kita pernah tolong orang, tak?"

Tersedak air liur Maximus Randell mendengar jawapan canggih George Ralph.

"Jadi? Tak ada orang la yang nak tolong?"

"Sampai kat rumah, you nilaikan sendiri. Jangan berat tulang dan kena ambik tahu hal sekeliling. Lebih-lebih lagi hal lima tahun lepas."

Pagi tadi, Pakcik Teksi telah mengingatkan dia perihal memori lima tahun lepas. Sekarang pula, George berkata berkenaan benda yang sama.

"Benda dah lama, George. Biarkanlah. Mungkin dia pun dah move on."

"After the damaged you did, itu sahaja benda yang you mampu fikirkan, Max? I can't believe, I am talking to an idiot person!"

"Hey! You nak I fikirkan apa lagi? I dah lepaskan dia. Itupun you tak faham, ke?"

"You memang tinggalkan dia, tapi dia? Apa jadi dengan May selepas tragedi malam itu? Pernah you fikirkan?"

Laju Maximus memicit dahinya. Soalan membunuh George Ralph, begitu memukul mindanya.

"Apa jadi, ya, George? I pun tak tahu. Pernah juga tergerak untuk menjejak May semula. Tapi, I takut. I tak layak untuk bersama dia semula setelah apa yang I buat."

"Nak takut apa? You tak pernah cuba pun!"

"Look, George... I balik untuk Mak. Bukan untuk sesiapa. Hanya untuk, Mak. Okay?"

George menggeleng. Geram dengan kedegilan Maximus. Beribu nasihat telah diberi, namun tiada satu pun yang melekat. Hairan, kenapa Maximus boleh bersikap begitu terhadap wanita yang dicintainya?

"Hijau lagi di sekeliling jalan." Kata Maximus. Sengaja menukar tajuk perbincangan mereka.

George menoleh sekilas sebelum memberikan tumpuan lebih terhadap pemanduannya. Maklumlah, kali ini, jalan raya lebih mencabar. Jalan kampung, berlubang merata hala.

"Kat sini masih hijau, tunggu kat depan sikit. Nilaikan sendiri, hijau tersebut dari pokok apa?"

Datang rasa malas Maximus hendak melayan bebelan George. Lalu dia mendiamkan diri. Menghantar pandangannya ke arah hutan di sepanjang jalan balik ke kampung.

Rumpunan orkid hutan yang tumbuh merata di tebing cerun menarik perhatiannya. Membawa ingatannya semula kepada Madeline Sumang. Betapa gemarnya wanita itu dengan bunga orkid. Sehinggakan Madeline berangan menamakan bakal anak perempuan mereka, Orked.

"Perempuan I akan namakan Cattleya." Manja suara Madeline Sumang memujuk Maximus agar bersetuju dengan pilihan nama anak-anak mereka suatu masa kelak.

"Sweet name. Apa kata, saya tambah Orked di belakang?"

Cuitan Maximus Randell pada hidung Madeline Sumang mengundang ketawa manja Madeline.

"Okay, deal! Cattleya Orked bakal nama puteri pertama kita."

Senyuman lebar Maximus mati bila menyedari terlalu jauh dia bermimpi kisah semalam diantara dia dan MadelineSumang.

"Cattleya Orked...." Tanpa sedar dia membisikan nama tersebut. Hati Maximus tiba-tiba nyilu bagaikan ditusuk menggunakan tombak.

"Kenapa, Max? Siapa perempuan tu?" Soal George bila melihat Maximus menekan-nekan dadanya.

"Tak ada apa-apa." Dalih Maximus. Cuba menyembunyikan sesuatu yang luar biasa dari George Ralph.

"Heart, okay, tak? Takut you pengsan kat sini. Berganda-ganda susah I nanti. Nak pengsan tunggu sampai di rumah." Kata George lebih kepada mengusik Maximus. Raut muka Maximus masih muram dari lapangan tadi. Teringin juga dia melihat sebaris senyum Maximus.

"I am okay. It just something pop up my mind."

George mengangguk.

"It's May, isn't?"

"I bersalah dengan dia, George. Sampai ke hari ini, hati I tak pernah tenang. Lima tahun tak pernah walau sesaat I tak pernah ingatkan dia."

"Dia adalah nafas you, Max. You sendiri pernah bagi tahu I. That is why, dia tak pernah pergi dari you."

"Kita ingat kita bahagia, George. Tapi sebenarnya, hati kita masih mencari ruang... Mencari erti cinta sejati. Mencari sesuatu yang sukar untuk dilepaskan."

"I sokong pendapat you. A circle of life. What you did, you will get it back!"

Pintas Maximus.

"Karma."

"Yup, karma tak akan lari dari kitaran hidup kita. Adakah you bahagia selepas apa yang you tinggalkan, May?"

Maximus menggeleng.

"Nope. You tak happy. Karma lagi." Sambung George Ralph. Inilah peluang untuk dia ingin mencuci otak Maximus. Geram! Perempuan sebaik Madeline Sumang dipermainkan lelaki itu.

Maximus pandang sekeliling semula. Kali ini, matanya dijamu dengan pemandangan yang sukar dipercayai. Seakan-akan melalui jalan raya lama utara selatan.

"Mana pergi hutan hijau dahulu. Hanya lima tahun, George. Tak akan begitu cepat...."

Belum sempat Maximus menghabiskan ayatnya, George sudah memintas.

"Dijadikan padang kelapa sawit?"

"What? Ladang kelapa sawit?"

"Oh! Yes... Ladang kelapa sawit. Boleh melonjakan kadar ekonomi di kawasan ini." George tersenggih selepas menuturkan kata-kata tersebut.

"You tersenyum ni, kenapa? Pelik saja."

"I sampaikan seperti yang orang war-warkan. Sampai di rumah you boleh nilai sendiri. Baik buruk projek sawit ini. Apa yang I tahu jalan raya semakin rosak. Lubang merata tempat."

Maximus meluaskan skala pandangan matanya jauh ke hadapan. Patutlah dari tadi dia rasa seperti naik kuda. Rupa-rupanya jalan raya penuh dengan lubang.

Pummppp!!!

Terkejut kedua-dua mereka mendengar bunyi letupan dari luar kenderaan pacuan empat roda.

Tergesa-gesa George memberhentikan Mitsubishu Pajero.

"Rasanya, tayar meletup."

Maximus turut sama turun keluar menyertai George mencari salah satu tayar yang meletup.

"Kita terpaksa tukar tayar dulu, Max."

"Ada spare tayar tak?"

"Ada. Pagi tadi I dah check sebelum keluar dari rumah."

"Come... I tolong you." Maximus menyingsing baju kameja putihnya.

"Biar betul, Max. Habis kuning baju tu nanti." George tayang gigi putih lagi. Geli hati dengan penampilan Maximus. Ada hati pula ingin menolongnya dengan berbaju putih lagi.

"Tak apa. Balik suruh Lisa cuci." Giliran Maximus pula tergelak membahankan George.

Lebih kurang lima belas minit, tayar sudah pun ditukar. Dari jauh kelihatan sebuah lagi pacuan empat roda. Masing-masing mengangkat tangan memberi salam hormat.

"Kereta, okay, ka?" Tanya pemandu kereta tersebut.

"Pecah tayar." Jawab George.

"Dah tukar." Tanya dia lagi.

"Hahhh! Baru tukar." Jawab George sambil merenung tajam kepada Maximus yang meneliti wajah pemandu tersebut dan anak kecil yang berada di dalam kereta.

"Okay. Saya minta diri dulu. Takut hari gelap. Lagipun ada orang meninggalkan tak berapa jauh dari sini." Pinta pemandu pacuan empat roda itu.

Maximus memandang sekilas kepada George. Perkataan meninggal tadi mengingatkan Maximus kepada Mak. Rupanya, tugas yang lebih berat belum selesai lagi.

"Baik la... hati-hati." Kata George.

"Anak ke?" Soal Maximus. Dari tadi mendiamkan diri. Tiba-tiba bila si pemandu hendak bergerak dia bertanya.

"Ya... anak saya."

"Oh! Take care." Tutur Maximus sambil menjauh sedikit dari laluan kereta pemandu tersebut.

"You fikir apa yang I fikir?" Soal Maximus kepada George.

George mengangguk.

“Tapi tak mungkin dia la...."

"Kenapa pula?" Soal Maximus.

"Kalau dia, tak akan dia boleh tak kenal kita tambahan ada anak lagi tu." Sangkal George.

Maximus Randell masih meragui telahan hati George Ralph. Jauh di dalam hatinya merasakan ada sesuatu mengenai dua orang insan yang terserempak dengan mereka tadi. Siapakah mereka? Maximus berteka-teki seorang diri sementara meneruskan perjalanan pulang ke rumah.


No comments:

Post a Comment