Wednesday 22 April 2015

Nafas Cinta Bab 21

"Lampu hijau ke merah?" Tanya Maximus Randell.

Suffian Ilhan tersenggih.

"Cuba teka."

Sekilas mata memandang, Maximus Randell sudah dapat mengagak bahawa sepupunya itu sedang dilambung ombak bahagia. Bila dia lihat wajah malu-malu, Evelyn Menti lebih menguatkan lagi telahannya.

"Hijau?"

Ceria Suffian Ilhan mengangguk. Evelyn Menti pula tersipu-sipu melarikan diri ke dalam rumah sambil mengendong Cattleya Orked.

"Apa yang hijau, merah ni, Pian?" Tanya Madeline Sumang.

Suffian Ilhan mengangkat kedua belah bahunya.

"Tanya, Max. Dia tahu."

Madeline Sumang menjeling ke arah tempat duduk pemandu. Segan pula hendak mengajukan soalan.

“Ermmm… tak apa, Pian. Akak pergi dulu. Tengokkan rumah, anak-anak Akak dan jangan lupa ajak Ayah Akak makan sekali.”

Liar anak mata Suffian Ilhan mencari sosok tubuh Uncle Samuel. Baru dia perasaan, agak lama Uncle Samuel tidak bersama mereka di ruang tamu atau di dapur.

“Baik, baik… Uncle Sam, ada kat mana?”

Laju tangan Madeline Sumang menunjuk ke tingkat atas rumah.

“Rehat dalam bilik… bangunkan dia atau nak berehat sekali dengan pun boleh. Jangan berdua-duaan dengan Eve. Nanti, keluar cerita lain pula.”

Senggih lagi, Suffian Ilhan…

“Ada-ada ajer… tau la saya nak hidup. Saya balik dulu kat rumah Max. Nanti petang sikit saya datang semula… nak kena tunaikan dulu apa yang patut.”

“Pian… belah depan, jalan lurus. Kat hujung tu….” Maximus Randell menunjuk arah jalan kepada Suffian Ilhan. “Ada surau. Tak besar. Tapi selesa, kalau nak berjemaah dengan pekerja kat sini.”

Kali ini Suffian Ilhan senyum lebar. Berbunga hatinya, mengingatkan Madeline Sumang tidak melupakan keperluan pekerja Indonesia yang rata-rata adalah orang Muslim.

“Alhamdullilah… Terima kasih, May… besar erti ini bagi kami, orang Islam.”

Madeline Sumang menggeleng…

“No problem… kebajikkan mereka, tanggungjawab saya.”

“Okay, Bro… kami pergi dulu.” Pintas Maximus Randell sambil menjeling pergelangan tangannya. Risau. Langit mula gelap. Sekarang pula musim hujan. Hujan, sudah sikit mereka hendak keluar. Apatah lagi melakukan pelan seperti yang sudah dirancang.

“Baik… take care. Hati-hati bawa kereta.” Pesan Suffian Ilhan sebelum Maximus Randell mengundurkan kereta.

Maximus Randell menjeling sekilas ke arah Madeline Sumang. Riak muka tidak puas hati Madeline Sumang sangat jelas dan boleh dibaca. Faham sangat, pasti Madeline Sumang berkeinginan ingin tahu cerita mengenai Evelyn Menti dan Suffian Ilhan. Tetapi, apalah salah kalau membiarkan si buah hati merajuk sekejap. Bukannya selalu dia menikmati wajah comel Madeline Sumang.

“Don’t worry. Bukan berkenan dengan you. Mahupun hal kita.”

“Habis tu? Tak akan tak ada apa-apa dengan hijau, merah?” Soal Madeline Sumang masih tidak berpuas dengan jawapan Maximus Randell.

Lucu sangat ke jawapan Madeline Sumang sehingga Maximus Randell tidak dapat menahan diri dari tergelak.

“Eh, I tanya you. You boleh gelak lagi. Apa yang merah, hijau tu?” Madeline Sumang memberikan amaran melalui pandangan matanya. “Pian, jangan buat main. Dia nak buat apa? Eve…?” Mati kata-kata Madeline Sumang bila dia teringatkan Evelyn Menti dan anak-anak. Entah. Apa Suffian Ilhan hendak buat kepada orang kesayangannya. Sudahlah Uncle Samuel tidur. Kalau Suffian Ilhan berniat jahat, bagaimana?

“You… patah balik sekarang. Pian nak buat apa? Hijau maknanya mesti misi dia akan berjalan lancar semasa kita tidak ada di rumah.” Madeline Sumang matikan kata-katanya sekali lagi. “Atau you sengaja berpakat dengan dia.” Sudah! Sampai ke situ pula daya imaginasi Madeline Sumang.

Maximus Randell tidak pedulikan arahan Madeline Sumang. Tidak masuk akal langsung! Besar tuduhan Madeline Sumang. Jahat sangat ke dia di mata wanita ini? Pacuan empat roda dipandu terus menuju ke depan. Ini bermakna cadangan Madeline Sumang tadi tidak diendahkan olehnya.

“I rasa you dah cukup kenal I, May. Tak akan I sanggup berkomplot dengan sepupu untuk merosakkan adik you. Cukuplah apa yang I buat dahulu. Lagipun I tak rasa Pian tu sejahat I. Kalau dia nak, dia akan ambik cara baik. Bukan macam I. Meragut sesuatu yang belum pasti milik I lagi.”

Menyirap darah Madeline Sumang mendengar ayat yang keluar dari mulut Maximus Randell. Sengaja mencari pasal ke, Maximus Randell? Dia mengikut cadangan yang lain untuk keluar berdua-duaan dengan Maximus Randell, itupun sudah boleh dikira cukup baik.

“Cukuplah! Max! I tak mahu dengar tentang cerita bodoh kita dahulu.”

“Nope. I nak tanya you… Jahat sangat ke I ni? Sampai you boleh ingat I bersepakat dengan Pian nak kenakan Eve.”

“Soalan itu, you boleh jawab sendiri. Kalau you baik dan mempunyai perasaan, lima tahun lepas you tak akan tinggalkan I semasa resepsi pernikahan kita. Kalau you baik, budak-budak dekat rumah pasti mempunyai bapa. Kalau you baik, sudah pasti kertas perkahwinan kita dahulu sudah ada tandatangan you” Puas hati Madeline Sumang menyerang perasaan Maximus Randell kali ini. Biarlah, dia dianggap suka mengungkit, asalkan hatinya puas menyakiti hati Maximus Randell.

“Oh! Bagi you… I jahat, ya. Kalau you baik, kenapa you sembunyikan yang you mengandungkan anak I?”

Madeline Sumang semakin panas. Lalu dia memintas.

“Eh! Itu cerita lain.”

Maximus Randell memintas pula.

“Hebat kan, you? Sanggup malu seorang diri. Sanggup menyiksa diri sendiri. Sanggup mengabaikan perasaan anak-anak yang dahagakan kasih sayang seorang ayah.”

“Encik Maximus Randell… Dengar baik-baik. I tak kata yang I ni baik sangat... I admit apa yang I buat adalah berdasarkan rasa amarah I selepas you tinggalkan I. I admit I tak boleh terima hakikat yang you sudah tak nak kan I. I admit I itu semua… tetapi I ada beberapa soalan nak tanya… Kalau I bagi tahu you yang I mengandung, adakah you akan terima I? Dan jika you terima I, adakah kerana rasa tanggungjawab atau perasaan cinta you terhadap I? Bagaimana pula dengan Ibu you? Sanggup you pilih anak-anak you dari Ibu you?” Setelah selesai menyoal Maximus Randell, Madeline Sumang memalingkan wajahnya keluar tingkap. Lebih tenang rasanya memandang kehijauan di sepanjang jalan dari melihat muka lelaki di sebelah kanannya. Degupan jantung sukar untuk diukur kelajuannya. Sekejap tinggi sekejap rendah… tidak tentu hala tuju degupannya.

“Well. Kalau I tau… for sure I tak akan biarkan you tanggung benda ini seorang diri. Darah daging I, May. I tidak mungkin biarkan mereka, walaupun terpaksa menderhaka kepada Mak. Sedangkan anak-anak orang lain I cuba rawat sebaik mungkin.”

Madeline Sumang menepis tangan Maximus Randell yang mengusap lembut Rambutnya.

“I tahu, you akan balik semula. Tetapi you bukan balik kerana aku, Max. You balik kerana anak-anak."

“May… jangan pernah ingat bahawa I tidak menyintai you lagi. Setiap saat hanya nama you yang menemani I selama beberapa tahun ini. Setiap malam, hanya you yang ada dalam mimpi I. Setiap nafas yang I sedut dan hembus, hanya you yang memenuhi setiap rongga paru-paru I. Tanpa you hidup I tak ada makna. Hanya kerja yang memenuhi ruang masa I selama ini. Pleaselah, May… I beg you. Be mine forever mine?” Rayu Maximus Randell sepenuh hati. Untung sabut, mungkin boleh timbul perasaan sayang Madeline Sumang terhadapnya semula.

Pintas Madeline Sumang lagi...

“Dan I tahu, Ibu you tetap tidak akan terima I, seperti kata-kata Ibu you… sampai bila-bila pun dia tidak akan terima I sebagai menantu.”

“Sebagai seorang anak saya wajib menghormati Mak. Tanpa Mak, siapalah saya, May? Apa yang ada pada saya sekarang adalah atas sokongan Mak selama ini. Tetapi dalam keadaan you, yang memaksa saya untuk mengalas tanggungjawab pasti I akan buat sesuatu. I tak akan biarkab you tanggung malu seorang diri. Seperti sekarang ini. You ingat I akan mengalah? No, May. Selagi you dan anak-anak I menjadi milik yang sah. I tak akan berdiam diri."

"Agak lambat kut, you bertindak. Masa dah lama berlalu. I pun sudah biasa hidup sendiri dengan anak-anak. Lagipun Eve ada dengan kami."

Senyum sinis Maximus Randell semasa nama Evelyn Menti disebut oleh Madeline Sumang. Ya la... baru tadi Suffian Ilhan mengesahkan lampu hijau. Faham sangat dengan maksud ayat tersebut. Dia tidak pasti, berapa lama Evelyn Menti akan terus bersama Madeline Sumang. Lambat launch Evelyn Menti akan keluar mengikut suami.

"Oh! Ada Eve, ya?"

Madeline Sumang menoleh ke arah Maximus Randell. Sumbang sangat cara Maximus Randell menyebut nama Evelyn Menti. Apa cerita? Ada yang tak kena ke?

"Eh! You ni kenapa? Selama ini memang Eve la, yang temankan kami. Apa salah nya?"

"Sekarang tidak masalah. Malah saya berterima kasih sangat-sangat kepada Eve. Saya hargai setiap ihsan yang Eve berikan kepada orang kesayangan saya. Tetapi you tak sedar....."

Madeline Sumang pintas penjelasan Maximus Randell. Sakit telinganya mendengar hujung ayat yang belum lengkap.

"Tak sedar, apa hah? Apa you ni?"

Kemarahan Madeline Sumang tidak menaikkan darahnya. Silap dia juga. Memilih ayat yang tidak berapa sesuai untuk menerangkan keadaan yang sebenar kepada Madeline Sumang.

"You pasti ke satu hari nanti dia tak akan keluar rumah kerana mengikut suaminya?"

Nah! Tersentap Madeline Sumang. Lontaran soalan Maximus Randell terkena keningnya.

"Kelu? Tak terfikir? Eve tu anak dara. Pasti satu hari dia akan kahwin juga." Asak Maximus Randell. Inilah peluang dia untuk mencuci pemikiran Madeline Sumang. Beberapa hari ini begitu sukar untuk dia menembusi pintu besi yang memagari mata hati Madeline Sumang. Bertahun telah berlalu mengajar wanita menjadi seorang yang sangat melindungi dirinya.

Oleh kerana sikap begitu defensive Madeline Sumang lebih menyukarkan Maximus Randell memujuknya. Salahnya juga, dia yang menyebabkan wanita itu menghadang diri dari terus mempercayai dan menyintai Maximus Randell.

"Aku tahu la. Tak payah nak menyindir. Menyakitkan lagi hati I ni." Omel Madeline Sumang. Mukanya menghadap ke tepi tingkap. Tidak ada faedah baginya memandang wajah Maximus Randell.

"You cakap dengan siapa? Dengan tingkap ke dengan I? Sebelum I istiharkan yang you tak waras baik you pandang I sekarang." Perli Maximus Randell sambil mengulum senyum. Rindu sangat dia hendak menyakat si buah hati ini.

Dan bila Maximus Randell mendonggak ke arah langit... Hari ini dia bertuah, dia melihat sang pelangi timbul di atas awan. Lantas dia tersenyum lebar. Seolah-olah ada satu kuasa menyalurkan tenaga baru kepadanya.

"May, pandang awan tu... jangan tengok jalan."

Sepontan Madeline Sumang mengikut arahan Maximus Randell.

Maximus Randell menjeling. Dia senyum lembut. Betulkan? Kuasa pukauannya balik semula kepadanya.

"Cantik kan?"

Madeline Sumang mengangguk. Tanpa suara. Tujuh warna pelangi itu amat mempersonakan. Lebih menarik dengan adanya dua set jalur pelangi yang menrentangi awan ketika itu...

"Fenomena double rainbow ni jarang terjadi. Hari ini kiranya kita bertuah dapat melihat kejadian luar biasa ini." Kata Maximus Randell lagi.

Madeline Sumang tetap mendiamkan diri.

"I ingat lagi, you suka melihat pelangi selain dari 'gilakan' orkid hutan." Maximus Randell diam sebentar menunggu sebarang reaksi dari Madeline Sumang. Namun hampa. Wanita itu masih bersikap mendiamkan diri.

"I masih ingat, you selalu bayangkan keindahan hidup kita seperti warna pelangi. Dan you tahu kan... masih belum terlambat untuk kita cipta warna pelangi dalam hubungan kita."

Pandai sungguh Maximus Randell cuba membeli jiwa Madeline Sumang. Sepontan Madeline Sumang menoleh ke arah Maximus Randell setelah dia selesai menghabiskan ayatnya.

"Ohh! Please lah... itu dulu. Sekarang dah lain. Mana nak sama dengan dahulu, okay."

"Mana ada lainnya, My love. Baju tu pun you masih pakai lagi. Anyway you are beautiful in that dress."

Adoii! Memang terkena sungguh Madeline Sumang kali ini. Ingatkan Maximus Randell sudah lupa mengenai baju yang dia pakai sekarang. Rupanya masih segar pula ingatan lelaki ini. Bahkan siap ingat lagi mengenai angan-angannya dahulu berkenaan dengan pelangi.

Tidak boleh jadi. Hati Madeline Sumang pula semakin cair mengikut rentak bicara Maximus Randell.

"I ingat lagi, dress tu I beli bagi you semasa I pergi kursus di JB. Semasa I tengok baju tu di Danga Bay hati I tertarik. Dan I pasti ia lebih cantik kalau you yang memakainya. Tidak salah kan pilihan I. Malah you selalu memakainya semasa keluar dengan I. Tapi I tak sangka hari ini you sanggup pakai baju ini lagi. Terima kasih. Ini tandanya you masih ingat lagi mengenai sesuatu yang ada nilai bagi I."

Ini sudah lebih! Tidak boleh jadi. Maximus Randell pandai-pandai mengandaikan ceritanya sendiri. Dia pakai baju pemberian Maximus Randell ini bersebab. Bukan saja-saja hendak menunjuk yang kononnya dia suka pemberian atau menarik kenangan yang lalu. Dia ada sebab yang kukuh, okay!

"Bukan macam tu lah. Jangan nak perasan sangat."

"Tak ada I nak perasan. Cukuplah nak menyiksa diri sendiri. I am here for you. Ajak kahwin, masa ni juga I bawa you balik kampung. Panggil orang kampung dan jelaskan bahawa you adalah isteri I yang sah mengikut tradisi masyarakat kita."

"Are you out of your mind?"

"Tak. I cakap benda betul. Buat apa nak main-main. Nak ajak you pergi JPN, hari Sabtu Ahad office tutup. Dan I nak permudahkan urusan kita."

"Crazy!"

"La... salah ke idea I ni? Kalau you bijak cuba bagi tau I. Bila tarikh yang sesuai untuk kita selesaikan masalah kita ni." Bijak sungguh Maximus Randell cuba memerangkap Madeline Sumang untuk bersetuju dengan cadangannya.

Madeline Sumang mencebik. Belum habis idea lagi, rupanya Maximus Randell untuk cuba memujuknya.

"Kan I dah bagi tahu... jawapan ada dekat Ayah."

Alahaiii! Terbantut rancangan Maximus Randell untuk memancing simpati dari Madeline Sumang.

"Baik. Nak pergi jumpa Ayah sekarang ke?"

Adihh! Tak habis lagi MaximusRandell mengumpan Madeline Sumang.

"You ni! Arghh! Jangan buat kerja gila, boleh tak? Sekarang you nak ajak I makan dekat mana. Jauh tu, nak makan dekat belah Kuching sana."

"Mana ada jauh. Tengok dah nak sampai pun. Dari tadi kita bertelagah. Macam suami isteri gaduh-gaduh sayang. Siang bertemu malam pun tak terasa, sayang oiii." Usik Maximus Randell pula.

"Hurn! Sampai kat kita nak makan. You bangunkan I. I nak tutup mata sekejap. Penat nak melayan orang tak betul." Sindir Madeline Sumang.

Tuesday 14 April 2015

Nafas Cinta Bab 20

Susah Evelyn Menti hendak menghadam perangai pelik Magdeline Sumang. Dua jam lepas Maximus Randell telah mengingatkan masa untuk mereka keluar makan malam. Tidak mungkin tempoh masa yang diberikan oleh Maximus Randell masih belum mencukupi lagi untuk Magdeline Sumang bersikap dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Dari gaya baju yang dipakai pun Evelyn Menti sudah tahu yang si kakak belum mandi lagi. Apa sudah terjadi? Kenapa si kakak jadi lembab? Makan malam sahaja pun, bukannya hendak bersanding.

“Kakak, tak siap lagi? Max tunggu kat bawah.”

Magdeline Sumang menoleh ke arah pintu. Dia mengeluh.

“Akak, Mmalas la nak keluar, Eve.”

Laju tangan comel Evelyn Menti singgah di belakang Magdeline Sumang.

“Mana boleh buat Max macam tu. Dia dah tunggu Akak kat bawah. Tak baik hampakan niat Max.”

Almari pakaian yang terbuka luas tadi direnungnya semula. Puas Magdeline Sumang mencari baju yang sesuai untuk dipakai ketika keluar bersama Maximus Randell. Inilah yang payahnya… Dia tidak tahu rancangan Maximus Randell. Makan malam? Banyak tempat kan boleh pergi. Kalau pakai baju tidak bersesuaian dengan tempat, malu pula.

“Max pakai apa? Akak tak ada baju baru, Eve. Semuanya baju lama dalam almari.”

“Akak, tak akan dari tadi duduk tepi katil ni, fikir pasal baju saja.”

“Banyak baju lama, Eve… Badan Akak dah tak berapa nak muat dengan baju-baju lama ni. Badan Akak ni, dah naik sikit, Eve. Jenuh nak kena diet semula baru boleh pakai baju lama.”

Evelyn Menti mula membelek pula badan si kakak. Betullah juga.Magdeline Menti sedang mengalami krisis umur orang perempuan diserang lemak.

“Akak ni dah mula mengembang. Beranak sekali lagi confirm celah pintu susah nak lepas.”

Berdesing juga telinga Magdeline Sumang mendengar perlian si adik.

“Oihh! Jangan la kata macam tu.”

“Kalau Akak tak mula kawal dari sekarang. Maka berat Akak akan bertambah naik. Tak mahu gemuk, Akak kena diet.”

“Ya la, ya la… Sekarang Akak nak pakai apa, Eve?” Rimas sudah telinga Magdeline Sumang mendengar celoteh si adik. Bercakap pasal berat badan, mudah terusik sungguh perasaannya.

“Pakai baju ala kadar, solek sikit-sikit dah.”

“Ala kadar apa dia, Eve?”

Evelyn Menti menolak Magdeline Sumang ke tepi. Kalau dibiarkan si kakak merenung almari sampai pagi esok pun mereka tidak akan pergi ke mana-mana. Sama seperti Magdeline Sumang tadi. Satu persatu Evelyn Menti mencari baju yang sesuai di pakai oleh si kakak. Bila matanya bersua dengan sepasang ‘dress’ kain kapas, berwarna ceria dengan corak bunga-bunga kecil… Evelyn Menti mengeluarkan baju tersebut dari almari.

“Baju ini cantik dan sesuai dengan kulit Akak.”

Mencerlung mata Magdeline Sumang ketika Evelyn Menti mengeluarkan khazanah tersebut.

“Tak nak la pakai baju tu. Lama sangat. Out dated!”

“Tak adanya out dated, Kak. Canti dress ni. Sangat sesuai dengan date Akak malam ni.” Bantah Evelyn Menti. Hatinya betul-betul terpaut dengan ‘dress’ tersebut. Tak tahulah, kenapa pula si kakak boleh tak berkenan. Pelik!!!

“Akak tak nak, pakai baju tu….”

“Okay tak nak pakai baju ni, tak apa. Sekarang Akak pilih, dalam almari ni ada baju lain ke nak dipakai selain dari ‘dress’ ini? Atau nak pakai baju saya? Saya tak kisah kalau Akak nak nampak macam karung guni nangka.” Cadang Evelyn Menti dengan senyuman penuh di mulut.

“Baju Eve? Lagilah tak cukup.”

“Dah tu?”

Magdeline Sumang merenung tajam wajah nakal si adik yang sedang melayang-layangkan ‘dress’ warna warni tadi. Baju tu memanglah cantik, malah baju kesayangan dia. Tetapi masalahnya bukan pada baju tersebut…

“Huhh! Menyusahkan betul. Nak keluar makan macam ni….”

“Jangan merunggut Kak… silap hari bulan esok luas, Akak yang menangis nak kahwin dengan Max.”

“Mulut tu boleh, diam tak? Aku cilikan nanti, baru tahu.”

“Apa kes pula nak cilikan mulut saya. Saya cuma mendoakan yang terbaik bagi Akak.” Jawab Evelyn Menti tidak mahu kalah dengan sindiran si kakak.

Baju di tangan Evelyn Menti diambil oleh Magdeline Sumang, lalu diletakkan di atas katil. Nasib baik tidak berkedut. Selamat masa dari kerja menyenerika. Wajah ceria si adik dipandang sekilas. Pandai betul merancang masa depan dia dengan Maximus Randell. Bagaimana pula kisah Evelyn Menti sendiri?

“Nak doakan kakak, ya? Hal kamu dengan Suffian tu apa cerita? Pandai kamu sorok rahsia selama ini dari Akak….”

Memerah muka Evelyn Menti ketika disoal oleh si kakak. Tidak disangka dek akalnya, Magdeline Sumang boleh sepontan menyoal hubungan dia dan Suffian Ilhan.

“Kakak! Mana ada apa-apa antara saya dan Ilhan. Setakat rakan sekelas sahaja pun.”

Magdeline Sumang tersenggih. Mulut si adik cuba menipu tetapi bahasa badan tidak mungkin akan menipu. Apa cerita dengan sifat malu-malu si adik semasa di ruang tamu pagi tadi. Matanya tidak mudah tertipu dengan kelainan sikap Evelyn Menti bila Suffian Ilhan bersama mereka.

“Orang lain kamu boleh tipu, Eve. Bukan kakak. Akak kenal siapa adik akak.”

“Tak percaya dah la. Lagipun hal saya tak penting. Hal Akak lagi penting. Ni dah lama Max tunggu kat bawah. Akak tak mandi lagi… entah bila nak siap pun tak tahu.”

Kain tuala yang dilontarkan oleh Evelyn Menti disambut noleh Magdeline Sumang. Pandai si adik cuba melarikan dari menjawab soalannya.

“Tak apa… Akak mandi dulu. Suruh Max tunggu sekejap. Dan Akak tak lupa benda ni tau. Balik malam nanti kena ceritakan dekat Akak… who is Suffian Ilhan?”

Desakkan si kakak dipandang ringan sahaja oleh Evelyn Menti. Dia yakin bahawa Suffian Ilhan masih menjadi milik Anita. Siapalah dia? Jangan-jangan dipandang sebelah mata hanya dalam mimpi sahaja.

“Saya cuma kawan rapat kepada bekas tunang Ilhan, Kak… Itu sahaja. Tak mungkin dia menyimpan hati dekat adik Akak ini. Siapalah saya?” Evelyn Menti pandang sekilas si kakak yang menghala ke bilik air.

“Anita pergi… Ilhan pula hanyut dengan jiwa kosong di lautan sana.” Berat sungguh nada suara Evelyn Menti semasa menuturkan luahan hatinya.

Magdeline Sumang menghentikan langkah kakinya. Menoleh semula ke arah Evelyn Menti. Senyuman manis cuba diukir di mulutnya. Namun begitu sumbang di mata Evelyn Menti.

“You seem to know him very well, Sis.”

“Huhh!  Kita ambik tahu pasal orang. Tapi, ada orang pernah ambik kisah berkenaan perasaan kita?”

“Eve… kenapa cakap macam tu?”

“Tak ada apa-apa, Kak.”

“Hei! Kalau ini, pasal Pian… baik Eve berterus terang dengan dia. Mungkin dia tak tahu apa yang tersimpan dalam hati, Eve.” Tegah Magdeline Sumang sebelum Evelyn Menti meninggalkan biliknya. Tak sanggup dia melepaskan si adik dengan nada terluka.

Senyum sengget Evelyn Menti mendengar nasihat ikhlas si kakak. Begitu perihatin Magdeline Sumang dengan perasaannya. Bagaimana pula dengan perasaan dia sendiri? Bukankah menderhaka kepada diri sendiri apabila menolak perasaan cinta yang begitu lama terpendam?

“Akak patut selesaikan masalah Akak dahulu. Pasal perasaan saya, jangan Akak risau….”

“Eve, mana boleh buat macam tu. Eve, adik Akak….”

“Dah la, Akak mandi dahulu.”

Tidak larat Evelyn Menti hendak berdalih dengan Magdeline Sumang lagi. Semakin disebut semakin berdarah pula luka lamanya. Inikan pula dengan kehadiran Suffian Ilhan di situ. Sudahlah, dia bakal ditinggalkan bersama Suffian Ilhan dan ditemani Uncle George serta anak-anak Magdeline Sumang. Mahu semput dia menahan sesak nafas setiap kali bertembung mata dengan Suffian Ilhan. Setiap kali dia cuba mengagahkan diri bila berdepan dengan Suffian Ilhan. Hasilnya tetap hampa, dia gagal mengawal segumpal perasaan yang semakin menyesak dada. Kenapalah, Suffian Ilhan hadir pada saat dia sudah melupakan luka di hati?

“Eve?” Tegur Suffian Ilhan.

Evelyn Menti tersentap. Panjang betul, umur orang yang sedang bermain-main di ruang fikirannya.

Boleh, kita cakap sekejap?” Pinta Suffian Ilhan lembut. Wajah tegang wanita di depan dipandang redup.

“Ermmm….”

“Boleh kan? Tak pergi mana pun. Dekat dapur sahaja. Max ada kat depan dengan Uncle Sam dan anak-anak dia. Jadi, tak payah takut saya buat benda tak senonoh.” Jelas Suffian Ilhan sambil mengusik si gadis. Paling penting peluang yang ada akan digunakan dengan baik sekali. Langkah kaki Evelyn Menti diekori hingga ke dapur.

“Ermmm… nak minum apa?” Soal Evelyn Menti. Mati idea untuk memulakan perbualan diantara mereka. Rasa janggal! Walhal, mereka duduk semeja di dalam kelas dahulu. Semua cerita di antara Anita dan Suffian Ilhan di dalam sakunya.

Suffian Ilhan mengulum senyum. Rasa terhibur pula dengan sikap mengelabah Evelyn Menti. Dahulu tak pernah dia nampak wanita ini bersikap demikian. Selalunya ‘brutal’ sahaja. Tak sangka pula, Evelyn Menti boleh menjadi wanita yang baik seperti sekarang. Melalui cara dia menjaga dan melayan anak-anak saudaranya, seratus peratus berlainan dengan sikap yang dipamerkan semasa di dalam kelas mereka dahulu.

Sikap nakal Evelyn Menti menyebabkan Suffian Ilhan bagaikan magnet melekat di tepi Evelyn Menti. Ada sahaja cara Evelyn Menti menceriakan suasana kelas mereka yang semestinya kekurangan vitamin perempuan. Satu-satunya perempuan yang ada di kelas mereka adalah Evelyn Menti. Itupun perempuan setengah jantan!!!

“Biasa….”

“Biasa?” Soal Evelyn Menti pelik. Manalah dia tahu… minuman jenis biasa.

“Dah lupa?” Soal Suffian Ilhan.

Berkerut seribu dahi Evelyn Menti cuba mencari makna minuman ‘biasa’ Suffian Ilhan. Milo, teh, kopi, nescafe, oren, barli, air… semuanya boleh dikategorikan sebagai minuman biasa. Lupa? Bila pula dia jadi tukang bancuh air Suffian Ilhan. Setahunya… dia pernah jadi tukang pesan sahaja. Oppsss???

“Masih lagi minum benda yang sama?”

“Favourite, beb… mana boleh tinggal.”

“You ni, orang dari planet mana pun I tak tahu. Nak minum pun benda pelik. Kalau ada lemon ada la, ya.” Bebel Evelyn Menti sambil menyelongkar peti sejuk.

“Cepatlah… satu hari ni belum pekena lagi tau tak.” Pinta Suffian Ilhan. Alah, gaya orang manja-manja cengitu!!! Hehehe

“Mengarah orang pandai. Ingat ya… bukan zaman sekolah lagi tahu tak. Dulu tak apa la, you boleh suruh I buat macam-macam.” Runggut Evelyn Menti lagi. Bebal juga dengan kisah lama mereka. Kenapalah dia bodoh sangat? Baik konon… Akhirnya dia makan hati!

Sama spesis muka tembok dengan Maximus Randell. Ada Suffian Ilhan kisah dengan runggutan kecil Evelyn Menti. Makin seronok, adalah. Teruja sangat hendak membahankan Evelyn Menti seperti dahulu.

“I tahu… tapikan lama tak jumpa you. Sekali sekali jumpa boleh juga I tumpang manja-manja dengan you, Eve. Lagipun selepas habis sekolah dahulu, mana ada orang lain yang suka manjakan I.”

Evelyn Menti meletakkan gelas tinggi di atas meja. Merah mukanya mendengar luahan Suffian Ilhan. Beginilah cara Suffian Ilhan mendera hatinya. Bercakap selalu lepas… tidak pernah terfikir mengenai hatinya mudah tercalar dengan ayat manis Suffian Ilhan.

“Anita kan ada, masa tu. Kenapa tak manja-manja dengan dia? Siapalah saya nak manja-manjakan, you?”

Lain benar bunyi jawapan Evelyn Menti. Lalu Suffian Ilhan merenung tajam wanita dihadapannya. Layanan Anita? Buah hatinya…Samakah dengan layanan Evelyn Menti? Sahabatnya? Betulkah begitu? Lama Suffian Ilhan mendiamkan diri sambil melihat kelincahan Evelyn Menti menghiris lemon dan membancuh teh lipton.

“Nah, jangan banyak bunyi kalau tak sedap!”

Suffian Ilhan masih pegun. Tak sedar diri.

“Ilhan, tadi kata, nak minum ice lemon tea… ni air dah ada depan mata. Tak nak minum lagi, ke?” Soal Evelyn Menti dalam nada lebih tinggi dari tadi. Melihat tiada tindak balas, bahu Suffian Ilhan menjadi sasaran penampar kasar Evelyn Sumang.

“Eh! Sakitlah….”

“Termenung lagi, I pukul lagi kuat nanti.”

“Janganlah pukul macam tu. Tak padan dengan saiz badan. Tulang apa kuat.” Bebel Suffian Ilhan sambil mengosok bahunya. Perit juga kena penumbuk perempuan bertunuh kecil di depannya.

“Dah, minum air tu… tak sedap jangan banyak songgeh.”

Dengan gaya perlahan Suffian Ilhan mencicip minuman yang dibuat oleh Evelyn Menti. Setelah air menyentuh mulut, dikerutkan keningnya…

“Agak masamlah, Beb….”

Evelyn Menti menunjuk penumbuk kecilnya.

“Tak berubah, banyak bunyi dari dulu sampai sekarang. Senang cari bini la Ilhan… biar wife you layan sikap mengada you ni.”

Sempat juga Suffian Ilhan meneneguk air yang sedang diminumnya ketika Evelyn Menti mencadangkan idea yang sangat-sangat dialukan olehnya. Gelas air diletak semula di atas meja. Dia pandang semacam ke arah Evelyn Menti…

“You, single lagi kan?”

Melopong besar Evelyn Menti mendengar risikan, yang tak berapa patut disoal dalam keadaan hatinya gundah gelana dek kerana Suffian Ilhan selama ini.

“Tutup mulut tu! Masuk langgau, baru tau.” Sergah Suffiabn Ilhan sambil menahan gelak dalam perut.

“Apa dia?”

“I tanya you… single lagi kan?”

“Kenapa you interested nak tau?”

“Why not, you answer me, Evelyn? Simple question only.”

“I ada boyfriend ke tak, is none of your business.”

Suffian Ilhan ketap mulut. Jawapan Evelyn Menti agak menguris hati.

“I’ll take, no, is your answer, Beb….”

“Errr….”

“No… your answer is N.O.”

“Ehhh!!!”

“Tak ada, Tadi you suruh I cari bini, kan?”

Evelyn Menti rasa nak ketuk kepala Suffian Ilhan dengan sudip. Geram!!! Boleh Suffian Ilhan membahankan dia. Suka hati, dialah. Tak ada teman lelaki pun dia masih mampu hidup lagilah. Tak kemaruk sangat nak berlaki pun… hmmmm

“Aku suruh you cari bini. Bukan suruh you menyibuk pasal I.”

“Buat apa I nak cari bini?” Gelas minuman diteguk semula. Rasa perit pula bertekak dengan Evelyn Menti. Wajah memerah Evelyn Menti semakin menawan hati lelakinya. Dulu, bukan dia tak sedar akan kecantikan wanita ini. Agaknya, tanpa dia sedari, dari dahulu, dia sudah jatuh hati.

Lama mereka terdiam.Evelyn Menti memberanikan diri bertentang mata dengan Suffian Ilhan. Terlalu dalam sangatkah cinta Suffian Ilhan terhadap Anita? Sehingga kini… dia tidak mampu mencari ganti lagi.

“Ilhan…Hampir lima tahun Anita pergi. Sudahlah, it’s time for you to move on. Yang pergi tak akan kembali and you need to start your life, my dear friend.”

Perlahan Suffian Ilhan menyedut nafas. Lalu dihembus lembut. Nama Anita meniti di mulut Evelyn Menti pula. Ya, sebaris nama itu… tetap tersimpan kemas di dalam kisah lalunya. Biarlah dia bersemadi di situ selama-lamanya. Tetap ada kedudukkan yang istimewa. Sebagai kekasih dan sahabat, doa tidak pernah putus dikirimkan setiap kali selepas dia solat.

“Anita is gone, Eve….”

Oh, God! Apa yang Evelyn Menti telah lakukan. Menabur garam di atas luka lama Suffian Ilhan? Getar pada suara lelaki itu…

“I am sorry, Ilhan. I tak sepatutnya sebut nama Anita tadi….”

“No, Beb… She is gone. Dia dah selamat dengan Sang Pencipta. But… how about us, Beb?”

“Us?”

“Yup! Us. You and me?” Suffian Ilhan memainkan jarinya di gelas minuman tadi. Biarlah perasaan berdebar-debar itu lenyap bersama aliran tenaga di atas gelas itu. Hmmm….

Kali ini, Evelyn Menti betul-betul berdepan dengan Suffian Ilhan. Walhal ketika itu dia seperti hendak terkencing kerana mengawal debaran perasaan.

“I don’t understand? Cuba ringkaskan.”

“Well, tadi you suruh I cari wife, kan?”

“Betul.”

“Sebab itu I nak bagi tahu you….”

Pantas Evelyn Menti bangun dari kerusi. Mengelabah seketika. Tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Pasti, Suffian Ilhan sudah ada calon yang sesuai. Bodohnya dia, lelaki kacak seperti Suffian Ilhan tidak perlu masa yang lama untuk mencari ganti. Punya rupa, punya gaya, punya kerjaya… impian yang sempurna bagi seorang wanita. Bodohnya dia!!!

“Shitt! I am sorry, Ilhan… must be you have special one. Congrats!”

Blur! Itulah perkataan yang sesuai ketika Suffian Ilhan melihat betapa paniknya Evelyn Menti menuturkan ayat yang tak masuk dek akal.

“Hei! Beb… Congrats?”

“You nak kahwin kan? Dah ada penganti, Anita… good.”

“Congrats? I not even talk to her yet, Beb… Congrats?”

“What? Buat apa nak ambik masa lagi, Ilhan? Tak payah tunggu dah, lamar terus kahwin." Kata Evelyn Menti cuba menyembunyikan rasa terkilan.

Naik keras urat perut Suffian Ilhan menyimpan gelak. Apa nak buat. Dia tak puas lagi mempermainkan Evelyn Menti.

"Actually... I dah decide nak tamatkan zaman bujang. Bak kata you tadi... it's time to move on."

Makin berat mulut Evelyn Menti hendak melayan luahan hati Suffian Ilhan. Makin dilayan, dia pula makan hati.

"I am glad to hear this... Good news. So, when the big day?"

"My big day will be your big day too, Beb."

Senget telinga Evelyn Menti mendengar cadangan Suffian Ilhan. Apa tak nya... dia bukan ada teman lelaki pun. Bukan tak ada yang berkenan. Tapi, dia masih menyimpan satu rasa. Nampak gaya, tidak lama lagi perasaan istimewa itu akan dicampak ke tepi.

"Pasal apa pulak? You yang nak kahwin. Bukannya I."

"I kahwin, you pun kahwin juga."

"Eh! pening la dengan you ni. Straight to the point, Ilhan. Apa kaitan I dengan you?"

"Sebab my wife to be, ada kat depan mata I."

Evelyn Menti pusing kiri kanan. Mencari orang yang dimaksudkan oleh Suffian Ilhan. Tak ada!

"Jumpa?"

"Kita dua sahaja la, kat sini. You ni berkhayal kut."

"Kalau kita berdua... bukan bermakna bakal isteri I tak ada kat sini."

Kotak kecil yang dilontar oleh Suffian Ilhan sempat disambut kemas. Semakin pelik Evelyn Menti. Apakah isi kotak comel tersebut? Cincin? Untuk dia? Tidak mungkin. Mesti untuk bakal isteri Suffian Ilhan. Jadi, dia terpaksa menahan hati sekali lagi... melihat cincin dari SuffianIlhan untuk wanita lain.

"Buka!"

Bagaikan dipukau Evelyn Menti mengikut arahan Suffian Ilhan. Kilauan berlian satu mata sangat memukau.

"Cantik?"

Evelyn Menti mengangguk. Buat apa hendak menipu. Hati dia sendiri bersetuju bahawa cincin itu cantik. Tetapi, dia bukan pemilik cincin itu. Wajah ceria tadi, bertukar redup.

"Suka tak?" Soal Suffian Ilhan. Pertukaran riak wajah Evelyn Menti dilihatnya dengan jelas. Arghh! Wanita ini, sanggup menyiksa diri demi kebahagiaannya.

"Kalau saya suka, tak semestinya bakal wife you pun suka." Bergetar suara Evelyn Menti menjawab soalan Suffian Ilhan. Tipu, kalau dia tidak cemburu dengan wanita bertuah itu.

"Kalau you suka... I boleh jamin, bakal wife I pun akan suka."

Ohh! Terdera sangat hati Evelyn Menti mendengar pengakuan Suffian Ilhan. Ketika itu juga airmata tidak mahu bekerjasama dengannya. Gugur juga setitis dua menuruni pipi putih bersih.

"Heiii." Tukas Suffian Ilhan. Timbul perasaan belas berganda-ganda kerana mendera hati Evelyn Menti.
"Dah lah... jangan menanggis. Happy sangat ke nak kahwin dengan I?" Adess! Suffian Ilhan belum puas lagi mengusik jiwa kacau Evelyn Menti.

Berkelip-kelip mata Evelyn Menti memandang Suffian Ilhan. Betulkah, apa yang dia baru dengar sebentar tadi?

“You... jangan buat lawak lah benda macam ni!"

"You yang ingat I buat lawak, Beb? I am not... really serious about what I want. At this moment, trillions sure about my feelings... And I am going to end up my single status...." Tenang Suffian Ilhan merenung anak mata Evelyn Menti.

"Kalau you sudi... izinkan I membawa you masuk ke dalam ruang hati I. Selamanya akan I semat dan pelihara hingga ke syurga. Itu janji I, Beb dan semoga Allah permudahkan urusan kita." Dialah lelaki paling bertuah kalau Evelyn Menti sudi menerimanya. Dan... Cincin tersebut sudah lama dia beli. Sentiasa dibawa bersama dia. Harapannya, biarlah hari ini, cincin itu bertemu dengan tuannya.

Betulkah pendengarannya? Mimpi ke? Evelyn Menti tepuk kiri kanan mukanya. Rasa sakit. Jadi, dia tak bermimpi.

Suffian Ilhan mengeleng-geleng dan tergelak melihat gelagat comel Evelyn Menti.

"You tak bermimpi. I am real... nak tepuk I pun boleh." Tak habis mengusik lagi rupanya si Suffian Ilhan.

"Tapi, kena tanya Ayah dulu...." Teragak-agak Evelyn Menti bersuara. Walau bagaimana sekalipun dia teruja dengan lamaran Suffian Ilhan, hakikatnya dia masih ada orang tua. Restu ayah amat penting baginya. Apatah lagi dengan perbezaan yang ada sekarang.

"Jadi, you sudi?"

"I ikut keputusan ayah."

"Okay... that is enough. I dah dapat jawapan I. Yang lain... Biar orang tua kita uruskan."

"Eve... Kakak nak keluar...." Madeline Sumang berhenti sekerat jalan bila matanya ternampak Evelyn Menti dan Suffian Ilhan sedang berbincang.

"Sekejap, Kak... Saya datang."

Wajah lelaki di depan dipandang seketika. Kotak cincin tadi ditolak semula kepada Suffian Ilhan.

"Simpan dulu. Biar orang tua yang datang bagi."

Fuhh! Lega Suffian Ilhan mendengar jawapan Evelyn Menti. Sekurang-kurangnya dia tahu, dia tak bertepuk sebelah tangan. Mengenai ayah Evelyn Menti... belakang cerita. Janji hati anak dara sudah ditambat.

Wednesday 1 April 2015

Nafas Cinta Bab 19

Setelah Uncle Samuel selesai menceritakan kisah di antara dia dan arwah Mak. Semua yang ada di ruang tamu terkejut. Patutlah arwah Mak membantah Maximus Randell dari mengahwini Madeline Sumang. Rupa-rupanya arwah dapat menghidu identiti Madeline Sumang. Cekap sungguh arwah Mak!

"Masalah Mak kamu, dah tak ada Max. Sekarang bolehlah kamu teruskan rancangan yang tertangguh dahulu." Uncle Samuel memandang Maximus Randell dan Madeline Sumang.

“Saya tak ada masalah, Uncle. Kalau ikut hati saya, sekara9ng juga saya nak jumpa, Ayah. Percepatkan urusan kahwin. Tak payahlah, saya nak tinggal lama kat sebelah sana. Boleh juga saya tengok anak-anak di depan mata saya sendiri.” Hujung mata Maximus Randell ditala kepada Madeline Sumang sambil bercakap denga Uncle Samuel. Tak tahulah, kalau Madeline Sumang masih berkeras hati. Tidak mengambil kira tentang keinginannya.

Madeline Sumang faham berkenaab lirikan mata Maximus Randell. Tetapi… sengaja dia mendera perasaan lelaki itu.Dia diamkan diri sendiri. Membiarkan Maximus Randell resah seorang diri. Jawapannya, dia sudah kunci di dalam hati. Dari dulu sehingga kini, hanya satu nama yang terpahat di dasar hatinya.

“Kita serahkan hal ini kepada Ayah.. Papa, Max.” Lain yang dikehendaki lain pula yang dijawab oleh mulutnya. Kali ini, dia perjudikan nasib mereka anak beranak untuk meraih kasih ayah semula. Besar harapannya, agar ayah akan menerima pinangan dari Maximus Randell.

Sejurus selepas Madeline Sumang menghabiskan ayatnya, Evelyn Menti menoleh.

“Kakak… Kenapa perlu keputusan ayah berkenaan perkahwinan Akak sekarang? Bukan Akak tak tahu, bagaimana sikap ayah selama ini? Bagaimana kalau, ayah tak setuju, Akak ikutkan juga?”

Madeline Sumang menarik nafas panjang. Beberapa pasang mata tersebut sedang menantikan jawapan darinya.

“Kita dengar dulu pendapat Ayah, Eve. Kalau ayah gembira dengan kesedihan saya, maka, saya akan hadiahkan kesedihan itu kepadanya. Kamu faham, kan, Eve?”

“Tak. Saya tak faham, Kak. Akal saya tak boleh terima keputusan Akak ini.”

“Faham atau tak… Saya tak salahkan kamu, Eve. Sebab kamu bukan dalam kedudukkan Akak. Akak perlukan kasih Ayah, begitu juga anak-anak Akak….”

Maximus Randell menoleh pantas lalu memintas…

“Wait, May. Anak-anak I pun perlukan kasih sayang ayah mereka May. Jangan bertindak tidak adil kepada perasaan I.”

Uncle Samuel mengangkat kedua belah tangannya. Keterbukaan masing-masing meluahkan perasaan menyebabkan keadaan di ruang tamu semakin hanggat. Enam orang tidah bersetuju dengan keputusan Madeline Sumang untuk menyerahkan nasibnya dan anak-anak ke tangan Ayah.

“May, Max… apapun kita perlukan keputusan Ayah May. Kita dengar dulu pendapat dia.”

Lisa Mary pengang tangan Maximus Randell. Wajah sunggul si adik menyentuh naluri wanitanya. Waktu kecil dahulu, bila Maximus Randell merajuk boleh juga dipunjuk dengan mainan. Disogok dengan mainan kereta atau lori wajah muram terus bertukar ceria. Masalahnya sekarang, Madeline Sumang bukan mainan. Perasaannya, tidak boleh dipaksa atau dibeli. Pasangan yang hendak bekahwin perlu mempunyai perasaan yang ikhlas, rela dan menerima seadanya.

“Max… balik petang nanti, Akak dan George akan pergi jumpa Ayah. Jangan risau, mana kita tahu… selama ini, Ayah tunggu saat ini. Orang tua, Max… nampak sahaja keras hati. Tetapi di dalam, dia lembut. Lagipun seorang ayah tidak akan membiarkan hidup anaknya menderita.”

Evelyn Menti mendengus. Ya la… Lisa Mary tidak kenal kerenah si ayah. Boleh dia kata ikut sedap mulut sahaja. Ayah dia, dia tahulah, bagaimana sikap prejudis orang tua itu.

“Kak Lisa… sikap ayah saya tu teruk!”

“Eve!” Tegur Madeline Sumang.

“Betul, apa?”

“Tak baik kata ayah macam tu. Bagaimana sekalipun dia tetap ayah, Eve.”

“Saya tak suka la, Kak. Dia buat macam-macam kat budak-budak ni.” Terlepas rahsia keramat yang disimpan dari pengetahuan si kakak selama ini.

Terkejut Madeline Sumang mendengar ayat si adik.

“Kamu kata apa, Eve? Apa ayah buat kat budak-budak ni?”

Evelyn Menti ketap mulut. Pandangan tajam Maximus Randell mengecutkan isi perutnya. Akhirnya, dia diamkan dirinya. Lebih selamat, daripada dia memecahkan banyak lagi rahsia ayah. Sikap ayah terhadap Carl Blume dan Cattleya Orked, kadang-kadang tidak logik di akal. Boleh ayah, membahagikan kasih sayang diantara anak-anak Igat dan anak-anak Madeline Sumang. Padanya, anak-anak abang dan anak-anak kakak tetap sama. Tidak pernah, dia membezakan layanan di antara budak-budak tersebut.

“Kenapa diam, Eve? Ayah buat apa kat budak-budak ni?” Soal Maximus Randell tegas.

“Max….” Evelyn Menti tidak mampu meneruskan ayatnya.

“Bagi tau, Eve. Apa ayah buat kat anak-anak Akak?” Soal Madeline Sumang juga.

“Ayah pukul mereka, ke?” Soal Maximus Randell. Bergetar nada suaranya menuturkan soalan keramat tersebut. Rasanya, tidak sanggup telinganya mendengar jawapan dari Evelyn Menti.

Evelyn Menti menggeleng.

“Ayah tak pernah pukul mereka, Kak, Max… tetapi ayah selalu hina dan anak tirikan mereka. Nasib baik Akak dah habis kursus fisioterapi di KL. Boleh budak-budak ini tinggal dengan Akak di sini. Telinga saya dah tak sanggup dengar ayah membebel tidak tentu pasal berkenaan budak-budak ini.”

Cuping telinga Maximus Randell sudah berdiri. Mukanya bertukar merah menyala. Darah panas sedang mengelegak di setiap pembuluh darahnya.

“May, I bagi you decide tentang cadangan I tadi… Tapi, kalau ayah tak benarkan kita kahwin dan you ikut kata ayah, I tidak akan teragak-agak untuk menuntut hak jagaan ke atas mereka. Alasan I kukuh, Madeline… saya tak nak emosi anak-anak saya terganggu dengan sikap prejudis ayah terhadap mereka.”

Madeline Sumang takzim.

“Fikir baik-baik, May. Kalau you rasa, kebahagiaan ayah adalah segalanya bagi you… Bagi I pula anak-anak ini adalah tanggungjawab I. Kebahagiaan mereka adalah keutamaan I. Jangan salah faham… Bukan I tak hormatkan ayah atau sayangkan you. Tetapi, ini adalah adalah pilihan you sendiri.” Maximus Randell sempat mengucup dahi Cattleya Orked yang berada di atas riba Lisa Mary. Tidak dapat dia bayangkan kehidupan yang akan datang tanpa anak-anak dan ibunya. Sungguh, hatinya begitu menginginkan mereka berada di sampingnya.

Pada pendengaran Madeline Sumang, sungguh ikhklas luahan hati Maximus Randell. Berbelah dua hatinya ketika itu. Samada meneruskan rancangan agar ayah yang akan menentukan jodohnya kali ini. Atau perlukah dia mengikut kata hatinya sekali lagi?

“I tak paksa you untuk menerima I. Siapalah I, di mata you sekarang? Tambahan, kita mempunyai sejarah yang terlalu gelap. Pernah meranapkan impian dan menghancurkan kepercayaan yang telah you sandarkan dahulu. Tidak mungkin untuk you menyematkan nama I dalam hidup you lagi, Madeline….” Sambung Maximus Randell lagi.

Hujung ayat Maximus Randell walaupun perlahan namun masih jelas pada pendengaran Madeline Sumang. Dia perlu kuat, jangan terlalu mengikut kata hati yang terlalu nyata menyebelahi luahan hati Maximus Randell.

“Saya minta maaf, hati saya masih tetap dengan pendirian saya. Biarpun, kalau terpaksa kita turun naik mahkamah kerana anak-anak. Saya tak akan sama sekali membiarkan anak-anak jauh dari pandangan mata saya. Cukuplah saya berpisah hampir dua tahun dengan anak-anak. Ianya suatu pengalaman yang sangat sukar bagi saya. Merindui dan risaukan mereka sepanjang saya berjauhan dari mereka. Kalau benar you sayangkan mereka, sayangkan saya… Pujuklah ayah, rayulah ayah demi kami. Tak salah kan, kalau you perlu merendahkan diri demi kami dan mengemis kemaafan dari ayah?”

Maximus Randell merenung Madeline Sumang. Sungguh perasaannya ketika itu sangat sukar digambarkan. Kasihnya terhadap wanita itu tidak pernah terlerai dari hati kecilnya. Yang lain hanya memasang telinga mendengar luahan hati dua pasangan yang belum menemui titik cinta mereka.

“Max, Akak rasa… biarlah Akak dan George berbincang dengan ayah May dahulu. Apapun keputusan ayah, kita perlu terima dengan hati yang terbuka. Andai ayah tolak… Maka, Max perlu lebihkan usaha meraih restu ayah May. Kahwin tanpa restu orang tua….” Lisa Mary diam sekejap. Tangan si adik dicapai lalu ditepuk-tepuk perlahan.

“Kahwin tanpa restu ni, banyak yang menjurus kepada keburukkan daripada kebaikkan. Apa maknanya kita hidup bersama isteri dan anak-anak tetapi hati kita tidak tenteram kerana masih ada orang yang terluka dengan keputusan kita. Dan lebih-lebih lagi orang itu adalah orang tua kita sendiri, Max. Sabarlah… beri peluang kepada ayah untuk mengenali siapa adik kakak ini.” Lisa Mary paut badan sasa Maximus Randell ke dalam pelukkannya. Tidak dapat ditahan lagi perasaan yang berkecamuk dari tadi. Cerita berkenaan Mak pun masih menghantui fikirannya. Kalau tidak kerana dendam Mak sudah pasti adiknya bahagia ketika ini.

“Akak akan tetap menyokong segala keputusan dan mendoakan kebahagiaan, Max.”

“Don’t worry, Bro. Satu masa nanti… semua ujian ini akan menemui jalan yang lurus.” Tepuk George Ralph di belakang Maximus Randell. Dari awal dahulu dia tidak pernah serik memberi sokongan kepada sahabatnya itu.

Suffian Ilhan dan Uncle Samuel hanya mampu menganguk dari jauh tanda menyokong pendapat Lisa Mary dan George Ralph.

“May… you janji dengan I. Jangan terima sesiapa pun selain dari I.”

Semua yang ada di situ terngaga. Permintaan Maximus Randell di luar akal mereka. Begitu jauh lari dari keadaan mereka sekarang.

“Eleh… feeling dari tadi. Rupa-rupanya you, cemburu.” Perli Suffian Ilhan dari jauh.

Perlian Suffian Ilhan diabaikan oleh Maximus Randell. Matanya masih tajam menala ke arah Madeline Sumang. Dia perlukan jawapan positif dari wanita itu. Malu menjawab tidak apa, dia faham sangat dengan pandangan berpasang mata yang ada bersama mereka. Sekadar mengangguk pun cukuplah. Cukuplah untuk dia membina semula keyakinan bahawa Madeline Sumang masih menaruh harapan untuk mereka membina impian yang pernah terkandas satu ketika dahulu.

“May, I perlukan jawapan dari you.”

“Bro, apa la you ni… mestilah May malu nak jawab soalan keramat you tu.” Tegur Suffian Ilhan sekali lagi. Sekali sekali berkesempatan mengusik sepupunya itu, apalah salahnya. Tetatpi, ada betulnya juga… Timbul perasaan belas bila dia melihat wajah memerah Madeline Sumang. Tak patut rasanya, Maximus Randell mengemukakan soalan berkenaan dengan hati secara terbuka.

“Boleh tak, you diam sikit. Biarkan I uruskan hal ini dahulu.” Bentak Maximus Randell. Sibuk sangat Suffian Ilhan hendak menyampuk urusan di antara dia dan Madeline Sumang. Tidakkah dia tahu, bahawa Maximus Randell perlukan jawapan segera dari Madeline Sumang.

Suffian Ilhan berdehem. Dari tadi leka menjadi pendengar setia sampai kering anak tekak.

“Ada cara yang lebih elok, Bro. Apa kata, you berdua keluar berdua malam nanti. Selesaikan masalah kamu berdua… cakap dari hati ke hati. Tetapi jangan pula terlebih pula, keluar lagi seorang… lagi rumit keadaan nanti.”

Madeline Sumang menundukkan kepala semasa matanya berlaga dengan anak mata Maximus Randell. Sukar baginya untuk menjawab soalan spontan Maximus Randell itu. Padahal, bukannya susahpun hendak menjawab. Kalau suara tidak boleh keluar, angguk dan geleng pun sudah memadai. Ini… dia jadi beku, terkaku.

Satu hal lagi… Pandai sungguh Suffian Ilhan membuka ruang untuk Maximus Randell berdua-duaan dengan dia. Lima tahun dahulu dialah wanita paling gembira di muka bumi ini ketika keluar bersama Maximus Randell. Kini? Dia tidak pasti bagaimana dia harus bereaksi. Gembira? Suka? Sebal? Sedih? Duka? Marah? Ataupun Kurang pasti…?

“May, get ready. Malam ini kita keluar.”

“Ermmm….”

“No ermm… no objection. Malam nanti kita keluar. You suka atau tidak, kena keluar juga. Saya tak nak tangguhkan hal ini.” Tegas Maximus Randell.

“Budak-budak?” Sekadar menduga Maximus Randell dengan alasan anak-anak. Alangkah bagusnya, kalau lelaki itu boleh dibeli dengan alasan anak-anak. Bolehlah dia menutup debaran dadanya yang semakin kuat menyesak nafasnya.

Mereka yang lain tersenyum mendengar alasan lemah Madeline Sumang. Apalah sangat, setakat hendak menjaga Carl Blume dan Cattleya Orked.

“Kakak, selama ini kan saya yang jaga mereka. No excuses, Akak boleh keluar dengan Max. Take your time.”

“Hurmm, hurmm….” Suffian Ilhan menoleh ke arah Uncle Samuel. “Uncle, tak pergi mana-mana kan?” Sambung Suffian Ilhan.

Uncle Samuel menoleh pula ke arah Madeline Sumang. Manalah dia tahu hendak menjawab soalan Suffian Ilhan. Datang pagi tadi, dia dijemput oleh Maximus Randell dan Madeline Sumang.

“Uncle boleh temankan mereka di sini? Lisa dan George nak kena balik lepas makan tengah hari.” Pinta Maximus Randell. Berat sangat mulut Madeline Sumang hendak menjawab bahasa badan si bapa. Baik, dia putuskan sahaja. Hendak tak hendak Uncle Samuel tetap ayah kandung Madeline Sumang. Orang tua itu sepatutnya berada di situ dan bukan lagi merayau-rayau di luar sana.

“Boleh, Papa tolong Eve nanti?” Soal Madeline Sumang setelah faham dengan lirikan tajam Maximus Randell. Ikhlaskah dia menerima Uncle Samuel? Tetapi… Bahasa mata lelaki itu, memaksa dia agar mengambil keputusan menerima kehadiran orang tua itu. Nantilah, tahulah dia hendak mengajar Maximus Randell. Memandai memaksa dia menerima Uncle Samuel, latar belakang orang tua itu pun tidak berapa dikenalinya. Uncle Samuel umpama orang asing bagi Madeline Sumang.

Uncle Samuel diam. Agak sukar untuk dia menerima mahupun menolak permintaan Madeline Sumang. Walaupun dia tahu, dari nada suara si anak nada keikhlasan belum wujud lagi pada pendengarannya.

“Boleh, ya, Uncle? Ada juga teman saya nanti.” Pujuk Suffian Ilhan.

“Kenapa kamu takut tinggal seorang ke, Pian?” Tanya Lisa Mary dalam nada mengusik. Suka sangat dia melihat wajah putih merah Suffian Ilhan ketika malu-malu kucing kena bahan olehnya.

“Bukan apa, Kak. Tak percaya dengan diri sendiri.”

“Aikk… lain macam, bunyi tu, Bro?” Tokok George Ralph pula.

Manakala Evelyn Menti angkat punggung dari situ. Segan dengan usikan nakal Lisa Mary dan George Ralph. Lebih baik dia naik ke dapur menyiapkan makan tengah hari mereka daripada mendengar usikan yang boleh melemahkan jiwanya.

“Tu, la orang suruh kahwin tak nak. Memilih… tunggu bidari memang tak ada la, Pian. Cukuplah kalau hati sudah berkenaan.” Kata Lisa Mary lagi. Kepala si sepupu dua kali lima dengan kepala si adik. Pasal perempuan, bukan sebarangan yang dipilih oleh mereka. Kalau bukan kategori cantik jangan harap boleh berjalan dengan mereka.

“Bukan memilih la, Kak. Nak yang terbaik saja… Boleh jaga rumah tangga, makan minum saya dan mengasuh anak-anak. Sudah cukup sempurna bagi saya. Dunia sekarang, nak cari, wanita macam tu? Payahlah, Kak.” Omel Suffian Ilhan.

“Tu, yang ada kat dapur… calon terbaik, Bro. Boleh kita berbiras, ya, tak?” Ujar Maximus Randell pula.

“Boleh tu boleh, Bro… I tak ada masalah nak berbiras. I takut you kena reject.” Kata Suffian Ilhan sambil mengulum senyum.

“Eleh… mulut dia kat tak nak, tapi hati dia menjerit-jerit nak kahwin dengan I. Jangan-jangan sekarang pun dia sanggup jadi isteri I.” Sindir Maximus Randell. Hujung matanya dapat menangkap jelingan maut Madeline Sumang… Oppsss!! Ada dia kisah? Lambat ataupun cepat hati wanita itu akan terbeli juga dengan pujukkannya. Bila? Dia kena usahakan juga untuk memenangi hati Madeline Sumang semula.

Akhirnya George Ralph dan Uncle Samuel pecah ketawa juga. Senak perut mereka menahan geli hati dengan usikan demi usikan di antara tiga bersaudara itu.

“Sudahlah, Bros… dua-dua pun belum ada keputusan lagi.” Kata George Ralph di hujung gelaknya.

“Terutama sekali, si Pian ni… baru ajer pijak kaki di sini dah ada hati nak memetik bunga emas di rumah ini. Langkah permulaan pun tak dibuat lagi….” Sambung George Ralph.

Suffian Ilhan menyeringgai. Menayangkan barisan gigi yang tersusun rapi.

“Bro… jangan ingat senyap sebarang senyap. Senyap kami ada makna tau….”

Tinggi kening Lisa Mary terangkat selepas mendengar pembayang ayat si sepupu.

“Patutlah… Mak Su, cari perempuan untuk di buat bini kamu tak nak. Rupanya, ada buah yang kamu peram, ya, Pian?”

Suffian Ilham menggeleng. Ada sesuatu yang dia harus selesaikan dengan Evelyn Menti. Secebis jawapan yang dia cari selama ini.

“Tak ada la, Kak. Itupun kalau orang sudi. Tak sudi… Akak pula tolong saya carikan yang sesuai, boleh, Kak?”

“Baiknya, adik kakak… Tak ada masalah, Pian. Janji Pian bole jaga dan anak orang elok-elok.”

“Insha Allah, Kak. Akak fahamkan kerja Pian. Hidup di laut berbulan-bulan. Tanggungjawab di rumah dan anak-anak, pasti akan beralih kepada isteri saya. Bukan semua wanita boleh bersabar dengan rutin hidup pelaut macam saya. Belum lagi, diambil kira… wanita yang boleh setia kepada suami.”

Berkelip-kelip mata Maximus Randell memandang Suffian Ilhan. Cuba menghadam maksud luahan hati si sepupu. Patutlah, selama ini, jejaka tampan ini menolak ramai wanita yang mencuba nasib untuk menghampirinya. Kalau dia di dalam kasut Suffian Ilhan, dia pun akan bertindak serupa. Mencari wanita yang betul-betul setia untuk dijadikan seorang isteri.

“Kenapa?” George Ralph menyiku Maximus Randell.  Tadi, bukan main ceria merancang keluar dengan si buah hati. Sekarang, termenung pula di tepi Lisa Mary. Memandang kosong Suffian Ilhan yang sedang rancak bercerita dengan Lisa Mary dan Uncle Samuel.

Maximus Randell menggeleng.

“Tak ada apa, Bro.”

“Mesti ada apa-apa, kan? Cara you pandang Pian tu lain macam.”

Suffian Ilhan perasan bahawa George Ralph dan Maximus Randell sedang memerhatikan dia. Apa yang menjadi topik perbualan mereka berdua tidak dapat didengarnya. Lalu dia mengangkat kedua belah keningnya kepada Maximus Randell. Tetapi, hanya gelengan Maximus Randell yang menjawab soalannya.

“Nothing, Bro. I just hope, perancangan Pian akan berjaya. I tak nak dia kecewa sekali lagi. You ingat lagi kan?” Maximus Randell menoleh ke sebelah selepas berlaga mata dengan Suffian Ilhan.

“Pasal apa, Bro? I tak ingat.” Jawab George Ralph.

“Tak akan you dah lupa, penyebab Pian tinggal dengan kita. Berbulan-bulan dia membawa diri tinggal di kampung. Jenuh Mak Su pujuk, Pian supaya balik ke rumah mereka semula.” Terang Maximus Randell panjang lebar.

George Ralph mengangguk.

“Kalau hal itu, I ingatlah. Gara-gara Anita meninggal, seminggu sebelum mereka menikah.”

“Ya. Lama Pian dibayangi oleh kisah Anita. Hari ini, I nampak wajah Pian lain macam.”

“Lain macam?”

“You tak nampak ke, kelopak mulut Pian tu… asyik tersenyum dari tadi. Ceria semacam.”

George Ralph menoleh ke arah Suffian Ilhan. Dia geleng kepala semasa Suffian Ilhan mengangkat kening ke arahnya.

“Hatinya dah kena curi kut, Bro. Orang tu kan ada kat dapur sana. You pun, boleh tolong dia pasang mata kail. Umpan tu kena la elok sikit.” Ujar George Ralph dengan senyuman berbunga-bunga. Apalah salah, kalau dikenankan Evelyn Menti dengan Suffian Ilhan. Sejuk sahaja mata dia memandang.

Maximus Randell tersenggih-senggih. Laju dia menoleh ke arah Suffian Ilhan sambil melakarkan sebuah senyuman mekar penuh makna. Setuju sangat dengan pendapat George Ralph. Tetapi…

“Harap ayah Eve, akan terima Pian la, Bro. Tak sanggup pula saya nak tengok sepupu kita tu kecewa semula.”

“Kena cuba dululah, Bro. Tak cuba kita pun tak tahu.”

“Errr… nanti, masa jumpa ayah May, boleh bagi pembayang sikit juga dekat ayah dan Igat. Pasal Eve… fahamkan maksud I?”

George Ralph terdiam sejenak. Betul juga, cadangan Maximus Randell. Pergi merisik dengan dua tujuan. Tujuan yang paling penting dari dua orang anak bujang di ruang tamu ini.

“Jangan risau, serahkan kepada Akak.” Sampuk Lisa Mary. Dari tadi, dia menelinga perbualan di antara si suami dan adik. Dibiarkan dahulu. Sementara dia menyibukkan diri dengan perbualan di antara Uncle Samuel dan Suffian Ilhan. Cattleya Orked masih di atas ribanya. Carl Blume pula telah menghilangkan diri bersama Madeline Sumang dan Evelyn Menti di dapur.

“Pakar dah ada, Bro. Serahkan urusan tu ke atas tangan dia.” Tokok George Ralph. Lega kerana Lisa Mary masuk campur perbincangan mereka.

“Nah, jaga anak. Akak nak jengguk ke dapur sekejap. Cepat urusan di dapur selesai, cepat pula Akak dan George berangkat balik. Akak risaukan budak dua orang yang di tinggal di rumah.”

Maximus Randell mengambil Cattleya Orked dari riba Lisa Mary. Dahi Cattleya Orked disentuh seketika.

“Kebah dah demam dia. Suhu biasa dah tu….” Jelas Lisa Mary.

“Lega dah, Kak. Malam tadi panas sungguh badan Leya. Takut juga dia kena ‘tarik’.”

“Anak-anak ini kena dengan kamu, Max. Usahakanlah agar dipermudahkan segala urusan kamu. Jangan sekali-kali kamu mudah berputus asa.” Pesan Lisa Mary sebelum angkat punggung dari situ.

####

Maximus Randell membelek-belek senapang patah yang baru diberikan oleh George Ralph. Keadaan senapang patah ayahnya masih baik lagi dalam jagaan George Ralph selama ini.

"Peluru ada dua kotak. Cukup ke tidak?" Tanya George Ralph semasa menyerahkan kotak peluru.

"Penabur, shoot?"

"Satu kotak penabur, satu kotak lagi tu shoot."

"Cukup kut. Sekali sekala saja yang nak masuk hutan kat hujung sana. Boleh juga membuang 'gian' memburu." Kata Maximus Randell sambil membelek peluru di dalam kotak.

"Hati-hati. Keluar memburu, kena berteman. Jangan keluar seorang-seorang. Tempat ni baru. Bukan seperti tempat kita." Pesan George Ralph. Dia naik risau pula. Maximus Randell suka main terjah sahaja. Tidak pedulikan keselamatan bila keluar memburu. Suka pula, pergi sendiri.

"Don't worry, Bro. Tau la I nak buat apa."

"Jangan kata tau saja. Buatnya tak... Pian tu ada. Ajak dia sekali, masa keluar memburu." Desak George Ralph lagi. Kena peringatkan banyak kali. Takut Maximus Randell enggan mendengar nasihatnya.

"Err.... I bab memburu ni, tak reti la, Bro." Sangkal Suffian Ilhan. Lebih baik mengaku dari awal. Balik kampung pun sekali sekala, ini kan pula hendak masuk hutan. Kalau ajak dia turun ke laut tahulah dia nak buat apa.

"Ala... pakai kasut, baju lengan panjang dan seluar panjang. Jalan saja ikut Max. Dia tahu nak buat apa dalam hutan tu." Jelas George Ralph.

Suffian Ilhan melurutkan rambutnya.

"Nyamuk ada tak, Bro."

"Nyamuk cukup suka darah baru. Lebih-lebih lagi macam darah you, Pian." Sampuk Maximus Randell. Sengaja dia mengenakan si sepupu.

"Ehhh!"

"Hutan, Bro. Kampung halaman nyamuk. Tak akan tak ada kut." Sambung George Ralph pula.

"Dah la, Honey. Jom... Takut lambat sampai. Bising pula Inak Laing dan Inak Idut nanti." Seru Lisa Mary dari bahagian penumpang depan Mitsubishu Pajero.

George Ralph menjengguk Lisa Mary.

"Kami balik dulu, Max. Sorry kereta ni I terpaksa ambik. You kongsi dengan Pian dulu."

Maximus Randell mengangguk.

"Tak apa. Esok tengok kalau ada masa saya turun ke Kuching dengan Pian. Cari kuda besi ni sekejap."

"Baik. Susah juga kalau tak ada kereta ni. Patah kaki. Tak boleh pergi jauh." Kata George Ralph lalu masuk ke dalam Mitsubishu Pajeronya.