Monday 3 November 2014

Hijrah Cinta, Bulan Bab 6

Lakaran dari perut sehingga ke tulang rusuk bahagian kiri mengambil masa empat jam untuk siap sepenuhnya. Semakin lama semakin sakit. Edward, aku paksa berhenti beberapa kali. Ada satu ketika, aku hampir mengambil keputusan untuk memberhentikan lakaran tersebut.

Torehan jarum di atas kulit, sakitnya tidak tertanggung! Perit kulit, darah pula mula mengalir keluar. Agung menolong Edward membersihkan darah pada bekas torehan jarum. Aku, mengelupur menahan diri daripada pengsan! Raungan aku, pada saat terakhir penyudahan kerja Edward, tidak dipedulikan oleh mereka. Tanggisan kesakitan aku, dipandang sepi!

Sumpah! Itulah kali terakhir aku menoreh badan! Paling hairan, luka di hati beransur hilang bersama kesakitan torehan tattoo! Mujarab ubat torehan tattoo...

"It's done! Beautifully done!"

Edward menutup mesin tattoo, aku terbaring lemah! Tiada tenaga, habis bateri mengerah otot menentang torehan jarum tattoo.

"Mbak, rehat dulu. Sambil rehat, saya balutkan bekas tattoo. Kalau tidak dibalut, takut dijangkiti kuman."

Aku angguk lemah. Tak larat berbual dengan Agung. Aku biarkan sahaja dia dengan tugas membalut bekas tattoo di badan.

"Agung, jangan lupa, bubuh antiseptic krim." Seru Edward.

Aku panggung kepala.

'Kuman? Antiseptic krim?' Dua sedang persoalan bermain di kepala aku.

"Agung, akan ada masalah ke, luka kerana tattoo?" Satu lagi, soalan bodoh! Naif sangat, tetapi ada hati hendak bertattoo! Sepatutnya, aku kena buat tutorial dahulu sebelum mentattoo badan.

Agung senyum sekilas. Tangannya sibuk membersihkan bekas darah di atas rusuk kiri aku.

"Auchh!" Aku mengadu. Sakit kerana tekanan jari Agung agak kuat.

"Sorry. Sakit lagi?"

"Ya, masih sakit." Tiada segan silu aku mengaku. Satu kaki panjang dan dua puluh empat sentimeter lebar ukiran tattoo, tak sakit?

" Jaga elok-elok bekas tattoo. Jangan bagi kena air terlalu lama. Sapukan krim dettol ini selalu. Ada panadol, boleh makan panadol. Paling penting elakkan jangkitan kuman." Tegas Agung mengingatkan aku.

"Teruk ke nanti?" Soalan senggal!

"Terpulang kepada tahap ketahanan, Mbak. Biasanya tiada masalah." Yakin Agung menjawab soalan aku.

Aku diamkan diri. Janganlah ada masalah besar. Baru aku, teringatkan Kak Zana... mesti kena sembur! Apa hendak buat, benda pun sudah terjadi. Terpaksa tadahkan telinga sahaja, kalau Kak Zana mengamuk.

Itu cerita, Kak Zana... belum lagi sampai ke mata Apai. Mak, boleh juga dirunding. Tetapi Apai, sukar!

Aku bangun. Di luar sana, sudah gelap. Terlalu fokus dengan tattoo, siang bertukar malam... aku tidak sedar! Bumi orang. Terlalu asing... Bagaimana caranya aku hendak balik ke hotel? Buntu!

"Pening lagi?" Tanya Agung.

"Tak." Aku bohong sikit. Pening atau tidak, aku harus balik ke hotel. Tak akan hendak bermalam di kedai mereka. Tak patut!

Aku buka dompet, empat keping duit lima puluh ringgit aku hulurkan kepada Agung.

"Saya tak sempat tukar matawang rupiah, ringgit boleh, kan?"

"Errr... boleh, Mbak. Tapi, kenapa dua ratus ringgit?"

"Oh, tak apa. Simpan baki." Aku ikut sikap pemurah Ellai. Apa salah, aku bagi lebih. Sedangkan kerja Edward sangat memuaskan.

"Mam, fivety ringgit only. That is our deal." Edward mencelah. Membantah pemberian aku.

"Your's is fivety ringgit. The rest is for him." Aku terpaksa putar bantahan Edward. Kalau tidak, jangan harap dia akan menerima lebihan duit tersebut.

"Smart move! Do you called a taxi to fetch you, here?"

Dah! Sudah, aku terkelu lidah. Apa harus aku buat?

"Taxi? No...."

"It's quite late. I don't think any taxi will pass by here. Further more, it's not save for you to take a taxi at this hour."

Tanpa berselindung, si mata biru memberikan pendapatnya. Aku, senyap. Mencari idea...

"Abang Agung, betul susah nak dapatkan taxi ke masa ni? Atau Abang ada phone nombor pemandu taxi?"

Agung menoleh kepada Edward.

"Bro, you hantar dia balik. I tutup kedai."

Aku tanya berkenaan teksi, Agung pula menyuruh Edward menghantar aku ke hotel. Serba tak kena...

"Okay, than. I'll send her." Putus Edward tanpa bertanya kepada tuan punya badan.

"Wait. Tak ada teksi ke, Bang?"

"Mbak, teksi tu ada. Tapi saya lebih percayakan Edward menghantar Mbak balik ke hotel. Seratus percent selamat."

Aku menoleh sekilas kepada Edward. Dia pula sedang tersenggih.

"Nak selamat, saya hantar pulang."
Aku masih berkira-kira. Antara mahu ataupun tidak mengikut rancangan mereka.

"I bagi masa satu saat untuk berfikir. Tak nak, saya tarik balik offer. You boleh tidur di sini. Atau you boleh tumpang orang yang you tak kenal."

Alamak! Aku tergamam. Edward sudah tahu mengertak aku.

"Okay. You hantar I balik."

Edward tersenyum lebar. Puas hati dengan keputusan aku. Aku berjalan dahulu. Di belakang aku, Edward melonjak girang. Gayanya... Seperti orang menang tiket loteri!

Di dalam teksi, aku layan Edward berbual mengenai kehidupan harian kami. Hidup menumpang sementara di tanah orang, biarlah menunduk. Jangan terlalu meninggi diri. Takut datang riak, membinasakan badan sendiri. Apa salah, aku layan Edward sebagai seorang kenalan baru di bumi Bali.

Penilaian pertama aku terhadap Edward, dia seorang lelaki yang matang dan pandai mengambil hati perempuan. Silap langkah, kali pertama jumpa dia, boleh jatuh cintan! Tetapi bukan aku, walau sakit hati ditinggalkan oleh Ellai, hati dan cinta aku tetap milik Ellai.

Sikap Edward, ada kalanya memeningkan aku. Pelik pun ada. Dia seolah-olah tahu serba sedikit mengenai aku. Aku ajukan soalan, dia pula menafikan. Siapakah Edward? Adakah dia mengenali aku? Bagaimana dia mengenali aku? Cukup pening!

Setengah jam kemudian, kami sampai di perkarangan lobi hotel. Aku buka pintu, ingin keluar secepat mungkin. Perasaan tidak selesa dari tadi, akhirnya lega bila sampai di destinasi aku.

"Bulan, take care and thank you for this lovely evening." Edward datang menghampiri aku di sebelah pintu penumpang.

Aku hadiahkan senyuman. Ikhlas! Dia telah menghantar aku pulang. Kesemua anggota badan masih lengkap. Udara segar masih boleh disedut.

"Thank you, Edward. I will remember you. This tattoo will bring my memory to you."

Dia senyum manis. Mata biru itu, lembut memandang aku. Sah, boleh cair kalau aku belum serahkan hati kepada Ellai. Mat Salleh ini, betul-betul mengugat kesetiaan aku.

"I am glad, I the one, ink it on your body. Always be my pleasure."

"So... I guess,  this is will be our last meet."

"If this will be our last, could be we will have an other one fine day that we going to meet again."

"That is true, Edward. Till than... bye for now." Aku kalihkan badan. Ingin meneruskan langkah. Baik cabut secepat mungkin. Sementara akal aku masih sedar dan waras.

"Take care, Lovely Bulan. Especially with peoples surrounding you. Be careful with what you thinking about, sometimes it's doesn't always happen with what we wish."

Aku pakukan langkah. Menoleh semula kepada Edward...

" Who are you, Edward?" Tegas aku menyoal dia.

Dia menggeleng.

"You tak akan tahu, siapa aku. Tapi aku tahu, sikit-sikit mengenai you." Jelas Edward.

"Please Edward, tell me."

"No, Bulan. Something are better in this way. Jumpa lagi. Take care!"

Aku kaku di tempat tadi. Berdiri kejung, mencari identiti Edward. Sementelah dia, masuk ke kereta meninggalkan aku di situ menyedut asap ekzos keretanya.

Edward pergi, meninggalkan seribu tanda tanya. Setelah kereta Edward menghilang dari pandangan mataku, barulah aku meneruskan langkah. Villa aku, hanya beberapa langkah dari lobi. Sakit di sebelah perut sebelah kiri, dirasai aku semula. Untuk mengurangkan kesakitan aku bongkokkan badan. Berjalan pun agak perlahan.

Kawasan hotel disimbahi lampu kuning keemasan. Menjadikan kawasan di sekitar suram. Aku beranikan diri melangkah panjang. Sasaran aku agar cepat sampai di Villa.

Perasaan takut mula menyelubungi, derapan kaki di belakang aku semakin hampir. Aku menoleh ke belakang. Dua orang lelaki sedang berjalan ke arah aku. Degupan jantung aku semakin laju. Tidak mampu aku kawal.

Aku abaikan rasa sakit pada bekas torehan tattoo. Berjalan lebih laju. Namun, derapan kaki di belakang pula semakin menghampiri aku. Meliar mata aku mencari pengawal hotel. Manalah tahu, mereka ada di sekitar kawasan hotel pada saat genting ini.

Tiada sebarang jiwa yang boleh membantu aku. Aku besarkan langkah, Villa hanya beberapa kaki di hadapan. Semakin aku menghampiri pintu Villa, derapan kaki mereka sudah terlalu hampir dengan aku.

Tanpa mempedulikan bekas tattoo, aku mula berlari ke arah pintu. Aku tidak rela mati di tanah orang. Tambahan lagi kalau mati dirogol. Minta simpang jauh-jauh dari malapetaka ini. Tidak sanggup!

Segugus kunci, aku keluarkan dari bag galas. Baru beberapa kali menggunakan anak kunci tersebut menyebabkan aku keliru. Satu persatu aku masukkan anak kunci, tetapi belum padan lagi. Aku menjadi tidak tentu arah, hilang fokus, tangan pula mengigil sambil menyucuk anak kunci ke lubang tembol pintu. Akhirnya... gugusan kunci tersebut jatuh!

'Gosh! Jatuh pula!'

Aku mengelabah, langkah kaki mereka sudah terlalu hampir. Pintu Villa masih belum terbuka. Malah gugusan kunci, jatuh!

Secepat mungkin, aku ambil gugusan kunci tersebut. Salah satu anak kunci aku sumbat masuk. Tembol pintu terbuka! Aku lega! Selamat masuk ke Villa.

Pantas, aku tutup pintu semula. Biarlah mereka di luar sana. Siapa mereka, tidak aku peduli! Peluh di atas dahi dingin aku lap kasar. Kelajuan degupan jantung mula menurun. Setelah pasti keadaan selamat, aku melangkah semula untuk menyegarkan badan.

Tiba-tiba ketukkan kuat kedengaran di muka pintu. Jantung mula berdegup kencang semula.

'Siapa pula, ni?' Gumam aku, ketakutan.

"Bulan, buka pintu!"

Hampir pitam, bila aku dengar salah seorang memanggil nama aku! Aku luaskan pendengaran. Memeta bunyi suara tersebut. Tak berapa pasti. Aku tidak yakin untuk membuka pintu.

"Bulan, buka pintu!"

Kali ini, suara lain pula. Sah, dua orang lelaki tadi. Kecut perut aku!

'Siapa mereka? Perlu ke, aku buka pintu?'

Aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

"Bulan, buka pintu!"

Serentak mereka bersuara memanggil nama aku. Mahu terkencing pun ada! Peluh sejuk mencurah semula.

"Siapa?" Aku beranikan diri untuk menyoal mereka.

"Buka pintu, Bulan!" Tegas suara salah seorang.

"Aku tak akan buka pintu, kenalkan diri kamu dulu." Jerit aku kuat.

"Abang, ini Abang, Bulan."

Aku senyap... seketika. Memutar ingatan. Tak ingat!

"Abang? Abang siapa?"

"Kamu ada berapa orang Abang, Bulan?"

Aku diam, berfikir semula... Terenjat seketika, tidak mungkin!

"Jangan kata, Abang Amsyar ada di luar?"

"Eh, Bulan... cepat buka pintu dah lengguh kami kat luar ni. Nyamuk banyak!"

Suara itu aku hafal sesanggat! Senggal! Aku senyum lebar...

"Nick!"

Laju aku buka pintu, perasaan takut lenyap. Diganti perasaan teruja! Rasa terbang di awan, tidak percaya dengan pandangan mataku.

"Abang Amsyar?"

Tegang Ikhram Amsyar memandang wajah sepupu yang di tunggu dari petang tadi. Kematu punggung, tergeliat urat menunggu Bulan. Menyusahkan, sungguh!

"Apa, Nick buat kat sini?" Tanya aku, setelah Abang Amsyar tidak mempedulikan soalan aku.

"Kau ingat, kenapa?" Soal Nick semula.

"Buat benda tak elok, boleh tanya lagi... kenapa kami boleh berada di sini? Mana jantan tak guna tu? Menyorok? Atau dia dah tinggalkan, Bulan?" Serbu Ikhram Amsyar. Perasaan marah menguasai dia, dari mula Nicklas Mundu menceritakan percutian Bulan ke Bali bersama Ellaijah Francis.

Aku tundukkan kepala, tidak mungkin aku berani melawan mata tajam Abang Amsyar. Satu-satunya Abang sepupu yang aku geruni dari dulu sampai sekarang.

"Kenapa tak jawab soalan, Abang?"

Terangkat kedua belah bahuku. Terkejut dijerkah Abang Amsyar.

"Ellai, tinggalkan Bulan. Esok lusa dia balik semula ke sini." Tutur aku satu persatu. Menipu pun menipulah. Janji selamat daripada dimarah Abang Amsyar.

Nicklas Mundu, duduk menyandar di sofa ruang tamu. Sama seperti Ikhram Amsyar, dia asyik merenung aku. Cuma pandangannya tidaklah segarang Ikhram Amsyar.

"Siapkan bag kamu, esok kita balik. Abang tak izinkan kamu tinggal bersama lelaki. Apatah lagi, dia bukan suami kamu!"

Naik suhu darah aku, tiba-tiba aku rasa terhina bila Abang Amsyar mengaibkan aku. Tambahan lagi, di depan Nicklas. Sahabat sekampung. Dari dulu sehingga sekarang!

"Urusan Bulan, Abang tiada hak untuk masuk campur!"

"Bulan...." Tegur Nicklas.

"Apa?" Bentak aku kepada Nicklas. Nak marah aku juga ke?

"Hormat orang tua dari kamu. Kami datang kerana risaukan keselamatan kamu."

Aku pandang pula Nicklas Mundu. Pelbagai soalan mula menerjah masuk CPUku.

"You pecahkan rahsia?"

"Terpaksa, Bulan. Saya risaukan kamu."

"Tak boleh harap!" Aku melenting pula kepada Nicklas Mundu. Aku harapkan dia boleh menyimpan rahsia. Lalu aku ceritakan kepada dia tentang percutian ini. Kalaulah aku tahu... mati hidup semula tidak akan aku ceritakan kepada dia.

"Bagus, dia bagi tahu Abang. Kalau dia bagi tahu Apai... bayangkan, apa Apai akan buat?"

"Huhhh!" Aku duduk di sebelah Nicklas Mundu. Binggung memikirkan kehadiran mereka di sini.

"Abang, tak kira. Esok kita balik. Malam ini, kami tidur di sini juga. Bulan boleh masuk ke dalam bilik kamu. Bersihkan diri. Kemas barang. Tidur awal."

Seumpama budak kecil Abang Amsyar mengarahkan aku mengikut rancangannya. Seolah-olah aku, tiada rancangan sendiri.

"Kalau saya tak nak balik lagi?"

"Kamu, jangan main-main. Tak nak ikut cakap Abang, Apai akan berada di sini." Ugut Ikhram Amsyar.

"Huhhh!" Bentak aku lagi.

"Atau kamu dah rancang nak kahwin dengan Ellai?" Ikhram Amsyar memulakan siasatan ke atas hubungan Ellai dan Bulan.

Aku angguk lemah. Itulah, yang dijanjikan oleh Ellai. Tak akan Ellai membohongi aku!

"Ellai, nak kahwin dengan kamu? Betul ke?"

Dari tadi, Nicklas Mundu mendiamkan diri. Membiarkan Ikhram Amsyar membedil Bulan. Soalan tidak berapa masuk akal yang diutarakan kepada Bulan.

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Boleh percaya ke, janji orang seperti Ellai. Bukan kamu tak tahu,  girlfriend dia keliling pinggang. Pakai perempuan macam tukar kain baju." Nicklas Mundu meluahkan pendapatnya. Dia kenal sangat dengan lelaki bernama Ellaijah Francis anak kepada Tan Sri Francis Jimbun. Janji anak orang kaya, tak boleh pakai. Boleh letak ke tepi!

"Dah dia nak kahwin dengan aku. Aku terima sahajalah...."

"Okay... kita tengok. Jadi ke tak Ellai menunaikan janjinya. Tak jadi, Mak aku masuk meminang!" Cabar Nicklas Mundu. Selama ini, Bulan suka bermain tarik tali dengan dia. Hasrat hati, dia sudah sampaikan berulang kali. Namun tidak diendahkan oleh Bulan.

Buntang mataku mendengar cabaran berupa hasrat Nicklas Mundu. Aku menoleh sekejap ke arah Abang Amsyar. Dia jeling aku pula. Aduh! Serba tak kena! Dua lawan satu, memang kalah tanpa bertandinglah jawapannya.

"Tak ada, Ellai nak permainkan aku!"

"Jangan letak harapan terlalu tinggi, Bulan. Jodoh di tangan Tuhan. Dia yang menentukan pasangan setiap manusia di muka bumi ini." Tegur Ikhram Amsyar. Mual pula usus perutnya. Ngeri membayangkan bunga yang diidam selama ini menjadi milik Ellaijah Francis ataupun Nicklas Mundu.

Jika dibandingkan dia dengan mereka. Dia tahu, dia tiada harapan mahu pun sebesar butir pasir peluang untuk memiliki Bulan. Itulah janjinya kepada ibunya sendiri. Merangkap adik kepada Biak Linggie.

"Bulan, jangan diusik. Buang jauh niat hati, Amsyar. Apai kamu, tak akan setuju. Ibu tahu. Ibu bersyukur, dia sudah boleh menerima hijrah Ibu. Ibu tak nak, Apai kamu, memanjangkan kisah lama, Amsyar."

"Dia yang nak kahwin dengan aku. Aku tak minta."

Bantahan Bulan mengembalikan lamunan Ikhram Amsyar.

"Baguslah, kalau dia betul-betul nak kahwin dengan, Bulan. Sekurang-kurangnya... aib di sini boleh kita tutup." Ikhram Amsyar bangun dari tempat duduknya. Dia bukan hipokrit, boleh menipu perasaannya sendiri. Demi keluarga. Terpaksa dia relakan juga, makan hati menjeruk jantung!

"Tetapi selagi, kamu belum sah sebagai isteri Ellai, tanggungjawab Abang membawa Bulan keluar dari sini secepat mungkin. Jangan diikutkan sangat kata hati. Abang takut, kelak Bulan akan kecewa dan merana. Anak orang kaya... Apapun dia mampu lakukan."

Langkah kaki longlai Abang Amsyar, aku perhatikan. Masih tidak memahami kehadiran mereka di sini. Hanya semata-mata ingin membawa aku pulang atau menghalang percutian aku dan Ellai?

Sakit bekas tattoo menyenggit semula. Aku kerutkan kening menahan sakit.

"Ni, kenapa pula. Penat?"

Aku angguk. Mematahkan persoalan Nicklas Mundu.

"Penat, pergi tidur dulu."

"Tak apa ke?"

"Kami tahu hendak uruskan diri sendiri. Masuk rehat. Tidur. Muka tu, penat sangat."

"Masuk dulu, nak rehat. Good night."

"Bulan, saya betul maksudkan apa yang saya kata tadi. Sanggup tunggu Bulan, sampai bila-bila...."

Meremang bulu romaku, tutur kata Nicklas Mundu seolah-olah daripada sang pencinta sejati!



No comments:

Post a Comment