Friday 31 January 2014

Kisah Cinta Kita Bab 7

Langkah disusun dengan penuh bergaya, dalam suit pejabat hitam berkilat dari jenama Jefferson, lebih terserlah karisma seorang pemangku CEO Syarikat Gill Holding.

"Morning Encik Fabian!"

"Morning to you too Mona, you look sweet with your Pinkish Kurung." Tersipu-sipu pula Siti Maimunah bila kena puji dari mulut lemak berkrim Fabian Freston.

"Encik Fabian pun nampak hansemmm...sangat hari ini." Siti Maimunah pula cuba menjual ayat .

"Thank you...I'll take note on that. Bye Mona."

"Byeeee...Encik Fabian." Dengan kepala tersua-sua, badan digerak-gerak, mulut pula terkoyak penuh Siti Maimunah memerhatikan langkah Fabian Freston dari belakang.

"Oiii Mona...kerja kamu dah habis ke? Gediks semacam ni apa hal?"

"Ehhh...Cik Susan. Selamat pagi!"

Kening di angkat beberapa kali, muka pula masam mencuka.."Encik Fabian ke tadi?" Susan meneruskan soalan.

"Ya Cik Susan...tadi tu Encik Fabian! Hansemmm...sangat dia hari ini..." Dengan penuh perasaan Siti Maimunah menjawab soalan Susan.

"Tu tak ada kerja lain, cuba lah nasib kamu Cik Susan...kalau boleh dapat dah lama kamu dapat." Siti Maimunah membebel seorang diri, Susan Foo di depan pintu Pemangku CEO dipandang kusyuk!

"Fabian....where have you been? Dah banyak hari I cari you."

"How many times I should tell you?...sebelum masuk ketuk pintu! Any special reason why you cari I?"

"Alaaa...I rindu dengan you la Fabian. Lama sangat tak jumpa you." Susan sudah melilitkan tangan dileher Fabian Freston dari arah belakang kerusi, mulut pula mahu mensasarkan belakang telinga Fabian Freston.

"Susan! Stop it!" Fabian Freston mencengkam tangan liar Susan Foo.

"Sakit la...you ni macam tak biasa I buat macam tu dengan you. I rindukan belaian you..." Susan meramas pergelangan tangan yang sudah mula memerah.

"You keluar Susan!..sebelum I buat you lagi sakit dari ni!"

"Fabian Darling..." Susan masih cuba untuk merayu.

"I said get out! Now!" Jari telunjuk Fabian Freston menunjuk ke arah pintu.

"Sampai hati you Fabian!" Hentakan kasut bertumit tinggi mengiringi langkah keluar Susan Foo.

Fabian Freston meramas kepala yang sedia pening dari malam tadi.

"Arghh! Bala apa pula ni? Baby...I miss you. Dammed!" Tangan dihentak diatas meja kerja.

Cahaya biru dari Samsung Galaxy Note3 di periksa..."Wardina Wahyu tak pernah hendak berubah! Apa aku nak buat dengan you ni...I don't know how to take control on you already."

Laju tangan dia menghantar pesanan ringkas untuk Wardina Wahyu..."Dina, I kena pergi outstation untuk beberapa hari. You take care of yourself. And please stop drinking and clubbing!"

Telefon bimbit diletakkan diatas meja. Fikiran cuba dipusatkan bagi kerja pejabat yang bertimbun.

Pintu pejabat dibuka secara perlahan, Datuk Frederick Freston bertentang mata dengan Fabian Freston.

"Daddy ketuk pintu...tetapi no answer from you." Jelas Datuk Frederick Freston.

Fabian Freston mendiamkan diri cuma mata masih belum beralih dari menentang mata biru Datuk Frederick Freston.

"What's wrong Son?"

Fabian Freston bangun mendapatkan Datuk Frederick Freston lalu tunduk kaki disentuh.

Datuk Frederick Freston memaut tubuh tegap Fabian Freston masuk ke dalam pelukannya.

"Daddy I am sorry of being rude with you on that day." Luah Fabian Freston.

"Kamu anak lelaki tunggal saya Fabian Freston...you are my legacy...bakal mewarisi segala apa yang saya ada, penyambung keturunan kita...you are good son indeed tetapi kamu kena pandai menimbangkan baik buruk sesuatu perkara yang kamu buat. You are a grown up young man. Old enough to think wisely."

Datuk Frederick Freston memanah tepat anak mata Fabian Freston. Geram tak pernah habis dengan sikap terlebih manja anak kesayangan Datin Amritha Kaur.

"Satu hari macam kucing hendak beranak ni kenapa? What is wrong with you son?"

"It's my wife Daddy. Keeps on bothering me in my head. Pening!"

"Aikkk my Playboy son boleh pening dengan hal isteri sendiri...woooo benda baru ni." Ketawa geli hati orang tua masih bergaya walaupun umur sudah mencecah angka 60 tahun.

"Daddy!" Cemberut muka Fabian Freston kerana dibahankan Datuk Frederick Freston.

"Need help from veteran Playboy?" Senyum masih bersisa di bibir Datuk Frederick Freston..."Gaduh with her?

"Kind of it."

"Perempuan ni ibarat kerak nasi, sekeras mana pun dia kalau kena cara she will melting. You are born with it son! A father to a son and so on...We are lions...be one of it!"

Lama juga Fabian Freston cuba mentafsirkan ayat yang keluar dari mulut Datuk Frederick Freston.

" Where is your wife?"

"Balik kampung."

"Bila? How long?"

Fabian Freston mendirikan tiga jarinya.

"Tiga apa?"

"She should be back by today but yet I never get any news from her...dah tiga hari dia berada di kampung." Fabian Freston mengeluh lemah teringatkan Aerwyna Aberdeen.

"Kalau dia tak balik dan kamu pun rindu dengan dia...kenapa tak cari dia? Anyway kalau dulu, my Playboy son boleh terbang dan menyelongkar seluruh pelusuk bumi Borneo untuk mencari seorang perempuan supaya boleh diangkat menjadi seorang isteri... Kenapa sekarang boleh pening dan mengeluh macam ni?"

Fabian Freston menjeling tajam Datuk Frederick Freston..."Banyaknya orang tua ni tahu hal aku..." bisik hatinya.

"Hairan? Hal you dalam pocket kami Fabian Freston. Cuma Daddy masih terkilan, you should let us know when you want to marry her..."

"Daddy...I am sorry again. I thought Mummy and you will dislike our marriage seperti..."

"Seperti dengan Wardina Wahyu...that is totally different Fabian Freston! Don't you ever under estimate her...you look by yourself. Daddy tak akan bagi tahu kenapa?"

Datuk Frederick Freston bangun dari kerusi..."Go and look for your wife, bring back my daughter to her home...you are a lion, isteri kena ada di rumah suami! Remember that! No matter who are your wife...Our tradition, you jangan lupa. Wife will be always stay with a husband."

"Daddy..." Fabian Freston memeluk erat Datuk Frederick Freston.

"Thank you..."

Senyuman manis penuh restu terukir indah dari lelaki tinggi lampai, putih merah kacukan Punjabi Inggeris..."make a call...my son..for a started! and good luck!"

Laju tangan dia mengambil Samsung Galaxy Note3 yang berada di atas meja...

"Hello...Welma ke?"

"Can you fetch me tomorrow?...Kuching Airport. Morning flight from here...dalam pukul sembilan pagi Abang sampai...this a surprise visit...jangan bagi tahu Wiena...Thank you!...Byeeee."

Nafas lega dilepaskan bersama dengan kuntuman senyum bahagia. Wajah teruja terlukis dengan jelas di raut mukanya..."You are mine...forever will be mine!"

#########################

"Wiena masak apa hari ini?"

"Lauk biasa sahaja Indai."

"Banyaknya lauk. Boleh habis ke nanti."

"Alaaa..Indai setakat Ikan Keli masak tempoyak, masak lemak durian tua campur pucuk timun dan ulat rumbia tu masak masak kicap dengan bawang kuning...sap sap sui Wiena boleh belasah." Tangan Wiena sedang rancak membilas pinggan mangkuk yang tunggang langgang masa dia memasak tadi.

"Daging ayam, Wiena tak masak ke?" Ibuk Ngia menarik kerusi, punggung kecil dilabuhkan. Daun sirih dilihat empat sebelum dimasukan ke dalam mulut nya.

"Dah muak dengan daging Ayam tu. Setiap hari meratah ayam. Balik kampung mesti nak makan makanan kegemaran Wiena."

"Ni kita nak makan dulu atau tunggu Welma balik dari pekan?"

"Wiena tunggu adik lah Indai, boleh chit-chat dengan dia masa makan nanti." Aerwyna Aberdeen menyusun pinggan mangkuk di atas rak yang disediakan.

"Nanti kita makan sekali." Ibuk Ngia masih sibuk mengunyah sirih.

Bunyi enjin kereta Welma kedengaran dari luar rumah.

" Hahhh! mesti adik kamu tu." Ibuk Ngia bangun dari duduk, melangkah panjang menuju halaman rumah.

"Laaa...kenapa tak bagi tahu nak datang?" Terperanjat Ibuk Ngia bila melihat tubuh sasa yang berada didepan tersenyum luas.

"Surprise!" Badan kecil Ibuk Ngia menjadi mangsa pelukannya.

"Pandai Welma...kakak kamu tahu?"

Welma geleng kepala. Dijeling pula ke sebelah, jari telunjuk pula berada dibibir.

Ibuk Ngia pun turut serta angguk kepala...hurmm...faham pulak dia bahasa isyarat...

"Mana dia?"

Ibuk Ngia tunjuk arah dapur. Tangan di olah seperti orang mengacau senduk dalam kuali...mulut pula menyebut tanpa suara..."MASAK"

"Indai...Jom makan!" Meletup suara Wiena memanggil Ibuk Ngia.

"Okay!" Ibuk Ngia pulak menjawab dengan telunjuk dan ibu jari di bentuk huruf O dan lagi tiga jari naik ke atas.

Welma tolak badan 'dia' ke arah dapur, lepas tu Welma tarik tangan Ibuk Ngia ke ruang tamu..."Indai sporting!" Bisik Welma.

Ibuk Ngia angguk kepala.

"Hurmm! Hurmm!"

Aerwyna Aberdeen paku langkah, terkejut mendengar 'deheman' yang sudah lali di gegendang telinganya..."Tak akan lah..mustahil." Seperti hendak tergeliat leher di kalih 180 deg ke belakang.

Ibuk Ngia dan Welma memasang telinga, mencuri dengar butir bicara sepasang merpati yang sedang berperang dengan perasaan marah-marah sayang.

"Surprise?"

Aerwyna Aberdeen mencebik mulut. Buat 'don't know' dengan kehadiran si suami.

" Why are you not happy seeing me here?" Fabian Freston sedang mengubah karektor menjadi reptilia pembangkai Bujang Senang.

"Baby! I miss you...very much!"

"Ehh! Ini kampung la, mana boleh buat macam ni." Aerwyna Aberdeen cuba melarikan diri dari dipeluk oleh Bujang Senang.

"Talk to me than I let you go, or else ada aku kisah. I don't care!"

"Kenapa pulak? Dah tu siap main ugut lagi." Aerwyna Aberdeen masih meronta untuk melepaskan diri.

"Baby...it's not the way you talk to me. Bukan macam tu cara isteri sambut suami bila sudah beberapa hari tak jumpa." Bujang Senang semakin mengetatkan pelukannya.

Dengan berani Aerwyna Aberdeen memanggung wajah lalu mencari anak mata Fabian Freston. Dalam marah dia teramat merindui kasih sayang Fabian Freston.

"Habis tu you nak I buat ap..." Belum sempat habis ayat keluar dari mulut Aerwyna Aberdeen, bibir berkumis nipis sudah menutup mulutnya.

Aerwyna Aberdeen leka sekejap dengan kerinduan yang membuak didada.

Welma pula menutup mata Ibuk Ngia kerana secara tak sengaja disajikan adengan 18sx. Dari tadi mereka mengintai dari celah pembahagi pintu dapur.

"Bertuah punya anak! Tak ada tempat lain ke kamu nak bercumbu bagai?...hissh!" Ayak Laja menutup mata secepat mungkin bila tertenggok aksi tersebut.

Aerwyna Aberdeen kelam-kelibut cuba meloloskan diri dari rangkulan Bujang Senang. Jangankan boleh lepas, seinci pun tak berganjak.

"Errr...Apai..?"

Ayak Laja membuka mata bila mendengar suara cool Fabian Freston menyapanya.

"Hurmm...cepatnya kamu sembuhkan penyakit masuk angin keluar asap Wiena ni..."

Memerah wajah Aerwyna Aberdeen lalu tertunduk malu badan disembunyikan dibelakang Fabian Freston.

"Apai...apa khabar." Badan cengkung Ayak Laja dibawa ke dalam pelukannya.

"Sihat...Kamu pula macam mana?"

"Seperti yang Apai lihat saya sihat ajer..." Aerwyna Aberdeen yang bersembunyi dibelakang melepaskan diri.

Ibuk Ngia dan Welma menghantar senyum penuh makna kepada sengihan Wiena.

"Itulah buat lagi aksi macam tu. Kan sudah tertangkap kering...hehehe" Perli Welma sambil berbisik dengan Wiena.

"Kamu pun apa kurang nya..." Jari sudah mengetam Welma.."Pandai Ehhh...Surprise konon."

"Sakit Kak...." Adu Welma terjerit-jerit.

"Kenapa?" Tanya Fabian Freston.

"Tak ada apa...hal kami." Jawab Wiena sambil berlalu menyudu nasi.

"Wiena...ni laki kamu nak makan apa? Tadi suruh masak ayam, tak nak..." Ibuk Ngia menyuarakan kemuskilan si menantu untuk meratah lauk teristimewa yang terhidang di atas meja makan.

Fabian Freston pula sudah mula menelan mual di perut..."Harap janganlah dia paksa aku makan benda alah ni."

"La pasal apa? Darling....you boleh makan kan lauk ni...sedap tau." Aerwyna Aberdeen mengukir senyuman sehingga memaparkan gigi putih bersih.

"Hukh! Hukh! Hukh!" Tersedak air kosong pula Fabian Freston, bila mendengar ayat yang menyeramkan dari Aerwyna Aberdeen.

"Kenapa? Kamu tak biasa makan lauk ni ke?" Ayak Laja pula bertanya hairan...."Kena biasakan, kalau tak biasa."

"Mati katak aku kali ni...adoii!" Bisik hati kecil Fabian Freston.

"Mesti la suami Wiena boleh makan lauk ni...dia kan serba serbi boleh." Lembut tempurung lutut mendengar suara Aerwyna Aberdeen memujuk Fabian Freston yang masih terkedu dari tadi.

Ibuk Ngia dan Welma tersenyum memanjang menyaksikan Fabian Freston didera oleh isteri tersayang.

Ayak Laja dari tadi tahan perut, menahan gelak..."Nasib kamu lah Wat dapat isteri kepala tak betul tu."

Apa lagi riuh ruang dapur dengan gelak ketawa mereka, Fabian Freston tersenggih sendirian.

"This is the reason why I am here...such a lovely family." Dia merenung keceriaan wajah Aerwyna Aberdeen..."kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku." Hatinya berbisik lembut.

"I'll take the challenge. But don't forget my favorite food later." Jelingan tajam dihadiahkan kepada Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen ketap bibir..."Betul nak cuba makanan ni. Tak boleh jangan paksa diri."

"For you I will do anything!"

Ibuk Ngia dan Ayak Laja terpinga-pinga mendengar perbualan anak dan menantu.

"Welma! Ni pansuh ayam yang kamu minta tadi."

"Abang Fabian, kamu bernasib baik, Tuan on time hantar pansuh ayam."

Fabian Freston tercenggang melihat Tuan menjinjing sebatang buluh.

"Baby..what is that?" Talian hayat diperlukan dari Aerwyna Aberdeen.

"Chicken cook in a bamboo. Very delicious. You must try it!" Terang Aerwyna Aberdeen dengan senyum manis.

"Ohh! Really...kalau macam tu kamu dah selamatkan saya dari makan benda tu." Fabian Freston sebuah senyuman ikhlas diberikan kepada Tuan.

"Tuan, tolong buka sekali boleh?" Welma meminta Tuan untuk membelah buluh tersebut.

"Ehh...Boleh. Bukan susah pun." Lancar tangan Tuan membelah buluh tersebut dengan menggunakan parang.

Harum semerbak dari pansuh ayam membuka selera Fabian Freston..."Sedapnya!" Bila isi ayam sudah berada di dalam mulut.

"Hahh! Kalau nak selalu makan benda macam ni, lain kali kerap balik." Bisik Ayak Laja menghantar maksud yang tersendiri.

Sambil mengunyah nasi Fabian Freston mengangguk kepalanya.

"Honey...would you like to try these?" Aerwyna Aberdeen mempelawa Fabian Freston untuk mencuba lauk yang dia masak tadi. Senyuman simpul terukir di mulut.

"No Baby..I don't dare to eat those food." Mata gatal dikenyit penuh makna.

"Indai nanti Wiena nak ikut pergi ke bendang. Rindu sangat hendak menuai padi."

Ayat yang baru meluncur dari mulut munggil Wiena menarik minat Fabian Freston.

"Kamu sihat?" Ayak Laja mengarah mata ke arah Fabian Freston.

"Sihat Apai." Fabian Freston menjawab, dalam mulut penuh dengan nasi.

"Bagus...lepas makan, berehat sekejap, nanti petang sikit ikut Apai ke bendang, nasib kamu balik hari ini, Apai memang perlukan badan pejal sasa kamu ni untuk menggangkat beberapa karung padi dari bendang ke rumah." Panjang lebar Ayak Laja menjelaskan kepada Fabian Freston yang dia memerlukan tulang empat kerat Fabian Freston.

Dengan penuh gaya Fabian Freston mengangguk kepala bersetuju dengan permintaan Ayak Laja.

Mereka yang lain mengulum senyum dengan maksud yang tersendiri.

"Kena bawa benda tu juga ke?"

"Hahhh! Nak guna tembak tupai di kebun koko."

"Ohh!" Fabian Freston susun kaki, bebola mata berpusing mencari kelibat Aerwyna Aberdeen.

"Baby..."

"Dah siap?"

"Okay tak pakai macam ni?"

"Ehhh...kita nak pergi ke bendang bukan turun ke office?" Aerwyna Aberdeen menguntum senyum..."Nah cuba cuba pakai yang ni dulu, boleh kut..."

"Ha...muat pun. Pandai Tuan cari pakaian yang sesuai bagi you tadi."

" Smart Abang!" Usik Welma pulak.

Fabian Freston kerut dahi..."Biar betul aku ni smart pakai benda macam ni..." Tangan mengaru kepala.

"Hah...macam ni la nak turun ke bendang, pakaian kamu tadi tu tak sesuai. Dah kerja tu kotor, tak perlu nak pakai baju yang cantik, baju lama tak apa." Ibuk Ngia membelek Fabian Freston dalam pakaian turun ke bendang.

"Kakak..." Welma melambai Aerwyna Aberdeen..."Abang..." tangan Welma masih menari di atas angin.

Wiena tergesa-gesa menapak ke arah Welma dan Fabian Freston..."La...macam mana boleh jadi macam ni?"

"Help me out please!"

"You bangun lah sendiri. Kotor tu!"

"I tak boleh bangun...cepat lah!"

"Kakak?"

"Apa kamu dua orang buat tadi? Jatuh dalam air paya setakat pinggang tu...tanah lembut, makin di pijak makin tenggelam."

Mengelabah sungguh mendengar ulasan Aerwyna Aberdeen..."Baby, tolong la keluar kan I dari sini..." Bujang Senang merayu minta diselamatkan.

Suasana riuh di tengah bendang menarik perhatian Ayak Laja dan Ibuk Ngia.

"Wiena! Cepat keluarkan dia dari situ! Boleh kamu berdua berdiri macam tunggul tenggok dia dari situ."

Kepala di garu berkali-kali..."Apai ada cara ke nak keluarkan dia dari situ."

Fabian Freston semakin panik, badan dia pula semakin tenggelam dalam tanah paya yang teramat lembut.

Apai tersenyum panjang..."Nah! Berpaut dengan laras senapang ni..." dia hulurkan senapang patah ke arah Fabian Freston yang sedang tenggelam.

Teragak-agak Fabian Freston hendak menyambut huluran tersebut...

"Tadi saya sudah keluarkan peluru." Ayak Laja patahkan senapang tersebut lalu tersenyum..."Kalau saya nak tembak sudah lama, masa dulu kamu datang nak jumpa dengan Wiena saya dah buat." Laras senapang di hulurkan sekali lagi.

Fabian Freston senyum kelat. Dia menyambut huluran senapang Ayak Laja.

"Wiena tolong..."Aerwyna Aberdeen menolong Ayak Laja mengerahkan tenaga menarik Fabian Freston dari tanah paya tersebut.

" Bawa laki kamu tu balik, Wiena. Mandi sungai depan tu dulu, dia dah tak serupa orang..." Ibuk Ngia menarik senyum, geli hati melihat badan Fabian Freston penuh dengan lumpur hitam.

"Hahahaha!" Akhirnya gelak Aerwyna Aberdeen terhambur juga setelah disimpan dari tadi.

Masam kelat muka Fabian Freston bila dibahankan, dengan penuh geram dia menarik laju Aerwyna Aberdeen. Di peluk kejap bersama dengan kotoran baju yang melekat di badan.

"Ehhh...Apa ni? Bersihkan badan you tu. Kotor tau tak, ikan dalam sungai ni boleh mati seperti kena tuba bila tercium bau badan you ni." Dia cuba melepaskan diri, tetapi akhirnya jatuh bersama ke dalam sungai yang mengalir dengan tenang.

"Seronok? Gelak lagi kalau tak cukup!" Dia membiarkan tangan Aerwyna Aberdeen membuka bajunya lalu dilibaskan didalam air sungai.

" You are very funny." Aerwyna Aberdeen mengosok rambut Fabian Freston yang penuh dengan lumpur.

" Funny?" Fabian Freston menarik perlahan Aerwyna Aberdeen lalu didudukkan nya di atas ribanya..."It's more fun if I can do more than this..." Dahi isteri dicium sekilas..."I need you Baby the most person that I ever need in this life. Please stay with me. I'll do anything to have you as my wife..kena tembak pun sanggup! Tenggelam banyak kali dalam paya tu pun sanggup, angkat berpuluh guni padi pun tak ada masalah as long you stay with me."

Mengalir laju airmata Aerwyna Aberdeen, perasaan seorang isteri bila di buai sekali sekala dengan suami tercinta mudah sangat tersentuh..."I love you my dearly husband...much very much! Jiwaku mati walaupun hanya tiga hari berjauhan denganmu... " Lalu dia tenggelamkan diri bersama badai asmara yang mencengkam jiwa mengasak naluri indah sebagai seorang isteri.

#########################

" Ibu...Wahyu mana?"

Wajah suram seorang ibu jelas terlayar di muka Puan Rabiatul..."Ibu susah hati dengan perangai adik kamu...dari dulu Ayah dan Ibu cuba mendidik dia tetapi masih gagal sehingga Ayah kamu marah sangat dengan Wahyu." Air kopi di cawan di minum perlahan.

"Minum Faliq."

Cawan yang dihulurkan diambil dari tangan Puan Rabiatul"Jangan putus berdoa Ibu..Insha Allah suatu hari Wahyu akan berubah."

Perlahan Eamad Faliq mengusap lembut bahu Puan Rabiatul.

"Faliq...boleh tolong perhatikan Wahyu. Ibu tak berapa sedap hati."
Puan Rabiatul berjeda seketika..."Ibu tahu dia ada berkawan dengan seorang lelaki...tetapi sejauh mana perhubungan mereka ibu tak tahu.." tangan Eamad Faliq di genggam kejap.

"Saya tahu hal tu...Ibu...Jangan risau. Saya kan dah balik kerja di sini."

" Tetapi Faliq masih duduk di luar..kenapa tak tinggal di sini sahaja?"

"Ibu...tempat tu dekat dengan pejabat saya. Jalan di Penang setiap hari mesti jammed...untuk memudahkan kerja biar la saya tinggal di sana...boleh kan Ibu..."

"Ya la..kalau macam tu dah kata Faliq, tetapi hujung minggu balik rumah. Sunyi Ibu dan Ayah...menantu Ibu bila pula Faliq nak bawa...."

"Tak ada lagi la Ibu...masih jauh lagi, bayang pun tak nampak lagi..." Eamad Faliq tiba-tiba teringat dengan peristiwa beberapa hari lepas...jantung berdegup laju semula.

"Ayah tak balik lagi ke Ibu? Dah nak masuk Maghrib ni..."

"Dalam perjalanan...sekejap lagi sampai la tu.." Puan Rabiatul menjengguk keluar, menunggu Encik Ahmad Fikri balik dari pejabat.

"Ibu...lepas Maghrib saya keluar sekejap, ada benda yang perlu di uruskan. Ibu jangan risau ya..."

"Ya la...Jangan lambat sangat pula dekat luar sana. Habis urusan balik terus ke rumah."

"Sekejap sahaja Ibu...saya minta diri dulu."

Dalam bilik selepas sembahyang Maghrib Eamad Faliq termenung jauh.."Dimana aku nak cari Wahyu ni? Buat dulu la beberapa pusingan di merata night club di sekitar Georgetown."

Setelah membuat banyak pusingan di beberapa kelab malam yang terkemuka di Georgetown akhirnya Eamad Faliq terjumpa Honda CRV milik Wardina Wahyu.

"Di sini rupanya kamu berseronok, tak apa...kita lihat sejauh mana kamu boleh kamu terjebak dalam kehidupan macam ni..." Eamad Faliq menunggu dengan Wardina Wahyu penuh sabar.

Jam di tangan menunjukan hampir dua belas tengah malam, bayangan Wardina Wahyu masih belum nampak lagi.

Eamad Faliq hampir terlena bila sayup-sayup kedengaran suara gelak ketawa mirip dengan Wardina Wahyu.

Terjonjol biji mata Eamad Faliq melihat Wardina Wahyu berpelukan dengan seorang lelaki.

"Let go of her!" Jerkah Eamad Faliq.

Lelaki tersebut ternyata masih sedar, terkejut mendengar jerkahan Eamad Faliq.

"I said let go of her!" Eamad Faliq sudah memaut kasar bahu lelaki tersebut.

"Who are you?"

"Who am I? I think is none of your business." Eamad Faliq sudah mengangkat tangan, menunggu masa untuk mendarat di muka lelaki tersebut.

"Wait! Cool Bro!"

Eamad Faliq tarik tangan balik..."Hahhh! Pasal apa?"

"I cuba tolong...dia mabuk teruk!"

"Tolong bukan berpeluk tau tak!"
Eamad Faliq memapah Wardina Wahyu masuk ke dalam keretanya.

"Saya bawa dia balik, anyway I am his brother. Other than that I think, you tak payah ambik tahu."

Lelaki tersebut terpinga-pinga ketika ditinggalkan bersendirian di kawasan letak kereta yang dikhaskan untuk pelangan kelab malam tersebut.

Kunci kereta Wardina Wahyu masih di dalam genggamannya..."Tak apalah I balik dulu, tomorrow I'll give it back to her."

P/S...Thank you sebab sudi baca sampai hujung garisan pena saya.

Penat tau saya menaip ni...like atau comment kalau suka...Terima Kasih daun keladi, Bab 8 kita jumpa lagi...nak cepat bagi saya upah sikit...tau kan nak buat macam mana?

Muahhh lap you...macam Fabian Freston...

No comments:

Post a Comment