Monday 20 January 2014

Kisah Cinta Kita Bab 2

Dummpp! Bunyi hempasan kasar daun pintu bilik tidur. Harap janganlah luruh daun pintu tersebut.

Kalau lah pintu tersebut pandai menjerit mesti dia mengadu..."aduhh..sakitt!!!"

Tapi itu pintu...pekak, bisu, tiada perasaan. Tetapi hati Aerwyna Aberdeen melaung..."I am stupid! Why me?"

Fabian Freston cuma bisa memandang dengan geram tindakan comel si isteri. Mahal tau tak harga daun pintu tersebut..boleh melayang sebulan gaji kalau sampai kena tukar.

Hendak ditegur perangai comel si isteri tetapi lima kali fikir bila di campur tolak, salah dia juga.

Ya lah dari pagi tadi bukan main lagi mood bulan madu, miang pun tak habis lagi tiba-tiba muncul si Wardina.."kacau daun sungguh minah tu...hissh! Tak pernah habis dengan perangai James Bond."

Kepala yang tak gatal di garu berkali-kali, tak sayang rambut ke Fabian Freston bila rambut yang sudah mula menipis luruh pula akibat di garu banyak kali.

Otak diperah walau macam mana sekali pun hati Aerwyna Aberdeen harus dijaga. Rasa sayang yang tak terhingga, sedang berbunga-bunga dan baru hendak mekar setaman. Sayang isteri lah katakan.

Pujuk lah isteri mu wahai anak adam. Dimana kepakaranmu dalam memikat kaum hawa selama ini. Kalau kamu kuis jari telunjuk pun mereka sanggup datang menyerah diri tanpa banyak bicara.

Hakikatnya Aerwyna Aberdeen mengahwini raja buaya darat. Seorang lelaki yang tersangat segak, kacak, bergaya, berkarisma dengan hanya sekali pandang mampu membuat mata wanita juling bila memandang terlalu lama.

Begitu juga si "Bujang Senang" boleh terpaut dengan Aerwyna Aberdeen, wanita 'kayu'...naif, memiliki sekeping hati yang terlalu 'baik', pandai dalam segala urusan rumah tangga dan bijak serba serbi.

Aerwyna Aberdeen tidak cantik tara mana. Dia cuma perempuan biasa sahaja, kalau hendak dibandingkan dengan Fabian Freston orang mesti akan mengata.."Apalah mamat ni, muka punya lah segak, tetapi bini jauh ketinggalan dibelakang. Harapkan seksi dan putih melepak!"

Entah kenapa Fabian Freston boleh tergila-gilakan Aerwyna Aberdeen atau mungkin itulah ketentuan jodoh kita.

"Tok Tok Tok." Pintu bilik yang dihempas tadi rupanya masih bernyawa. Fabian Freston ketuk banyak kali tetapi masih tiada tanda-tanda untuk dibuka dari dalam.

Telinga ditekap di daun pintu. Alahaiii kesian kat pintu tu...tak apa lah orang laki bini tengah dalam episod pujuk memujuk...sekali lagi pintu jadi mangsa ketukan.

"Baby..." Meleret bunyi suara Fabian Freston memanggil Aerwyna Aberdeen..."Baby...Darling...Open the door please."

Masih sama seperti tadi...tiada balasan langsung!

"Baby....Are you okay Dear? Please...I am worried about you." Mendayu pula suara Fabian Freston.

"Haiii...Fabian Freston tak kan nak mengalah dengan wanita 'kayu' dalam tu kut!" Bisik hati nakal dia sendiri.

"Dummpp! Dummpp! Dummpp!" Bergegar daun pintu di ketuk kasar oleh Fabian Freston...nasib kamu lah pintu...

"Baby! Buka pintu...I said now you open it..or else I break it myself!" Bujang Senang sedang melibas ekor. Menunggu masa untuk menyerang mangsa.

Aerwyna Aberdeen terkejut bila daun pintu seolah-olah hendak roboh dikerjakan oleh Fabian Freston.

Dek kerana takut pintu tersebut pecah maka dibuka juga. Nasib baik bersimpati juga Wiena dengan si pintu...

Lekat mata Fabian Freston menyapu wajah Aerwyna Aberdeen yang sedang masam mencuka, pipi memerah, mata sembab, sisa air dihidung pun belum habis disapu.

"I am so sorry...I love you Wiena. With all of my heart. She is my pass you are my future. But please understand me...I just can't let go of her at this moment. I takut Wardina akan buat benda yang bukan-bukan nanti."

"Like what?"

"Wardina...she capable of doing anything yang tak masuk akal. Like today she is able to trace us...listen to me Baby..."

"Okay...I'll go with your flow. But sampai setakat I mampu. Jangan diuji aku lebih dari kemampuan aku...or else you akan tahu siapa I...Anak Iban! Sampai ke luang cacing pun I akan cari you! You just keep it in your mind!"

"Shhhh...give me one smile please. Tak suka lar tengok my beautiful and lovely wife macam ni." Si Bujang Senang sudah masuk port mengayat...hurmm

Aerwyna Aberdeen tayang gigi putih bersih seperti duta iklan colgate yang selalu ditayangkan di kaca TV. 

"I bukan nak tenggok gigi you but your smile. Or you want me to put a special smile on your face." Renyeh pulak dah Bujang Senang. Muka gatal datang lagi...

Wiena cuba melarikan diri, boleh sesak nafas roboh dada menahan getaran di hati dengan ayat sememeh Fabian Freston. 

"Eeee...where you want to run? Ingat you can't run away from me my lady...you are my favourite food!" Wiena sudah jatuh dalam pelukan si suami yang terlalu pandai mencairkan si hati 'kayu'.

###############################

Pintu BMW 7 Series warna hitam di buka untuk isteri yang dikasihi. Jemari Wiena digenggam erat.

"I hope you enjoyed our dinner just now."

Aerwyna Aberdeen sandar kepala diatas bahu Fabian Freston menunggu pintu lift terbuka membawa mereka ke penthouse milik Fabian Freston.

"Dinner is just nice. Suite my test...lama juga kita tak makan seafood dekat Teluk Tempoyak."

"I know you very well my dear. Teluk Tempoyak is always your favourite seafood restaurant."

"Hurmm" Fabian Freston berasa berat hati untuk memecahkan satu permintaan gila sekali lagi.

Aerwyna Aberdeen memerhatikan ke mana arah butir bicara Fabian Freston.

"I'll send you back to our house, but than I need to go out just for a while..."

"Where you are up to? Nak pergi mana? Jumpa siapa?"

Fabian Freston pegang kejap kedua belah bahu Wiena..."Baby...I need to see Wardina. I am worry about her...dammed worry! Please. ...I know you a very reasonable and understanding women that i ever meet before."

Aerwyna Aberdeen pejam mata, tangan Fabian Freston ditepis lembut dari bahunya. Lalu tangan kanan dia sendiri mengusap dada diri. Hampir hendak gugur jantungnya atas permintaan gila Bujang Senang. 

"If that what you wish for...I think you may leave now. Tak payah hantar I naik atas."

Terkelu lidah Fabian Freston bila si isteri mengizinkan dia keluar untuk berjumpa dengan kononnya mantan kekasih hati...

"Cepat lah turun! Kenapa lambat sangat!" Jari dipintal sesama sendiri. Pintu lift pun belum ternganga lagi. Ingin Wiena sumbatkan badannya ke dalam ruang lift tersebut. Tidak mampu untuk dia menghadap muka Bujang Senang yang sedang elok berdiri memerhatikan dirinya.

"You...kenapa tak pergi lagi?"

"Are you sure you are okay?"

"You rasa macam mana? Patut kah I happy bila my newly wed husband asking my permission to see his ex girlfriend? You tell me...how do I feel?"

"Wiena Baby...just for a while. Please...percaya dengan I. I love you Wiena..."

"Love love love dari tadi pun love love love juga. But you still pentingkan perempuan tu dari I. What kind of love is that?"

"Macam ni lah..you naik ke atas dulu. If you rasa mengantuk you tidur dulu. Jangan tunggu I. I'll be back soon..." 

Sekali lagi BMW 7 Series dipecut laju menuju ke distinasi yang satu lagi.

Badan lesu dilontar ke atas tilam empuk. Katil King size dimonopoli dia seorang. Luas sungguh! Dan alangkah indah bila boleh berdua dengan suami menganyam cinta mengulit rindu.

Sesak didada menjenggah lagi. Setitik dua air jernih yang mengalir dari kelopak mata disapu lembut dengan Ibu jari kiri.

"Arghhh..kamu kuat Wiena. Ini sikit sahaja. Jangan jadi lemah kerana seorang lelaki." Almari pakaian diselongkar satu persatu.

Jacket dan seluar panjang kulit warna hitam yang sama dikeluarkan.

"Hishhh...mana pula helmet." Sekali lagi misi menyelongkar dilaksanakan. 

Butang lift ditenyeh kuat...helmet hitam bercorak merah dijinjing kemas.

"Vroom...." Ducatti Monster 1200 berwarna merah hitam dipecut laju.

Jiwa yang lara, hati yang patah memerlukan rawatan segera. Kelajuan kenderaan berkuasa tinggi menjadi penawar yang mujarab. Segala yang terkandung didalam kepala harus dikeluarkan sebelum melarat menjadi kudis dan kemudian bernanah.

Setelah setengah jam berpusing laju tanpa hala tuju. Aerwyna Aberdeen memberhentikan Ducatti Monster di Persiaran Gurney.

Gelagat pasangan bersuka ria bersama keluarga masing-masing mencuit naluri keibuanya..."Adakah suatu hari nanti aku bisa seperti mereka? Mempunyai peluang untuk bergelar sebagai seorang ibu..."

Bila sudah puas menikmati panorama malam di Persiaran Gurney, Ducatti Monster dipecut laju ke Kondominium Mewah Silverstone semula.

Pintu bilik air dibuka perlahan, pakaian kotor ditanggalkan dari badan yang sudah melekit. Peluh seram sejuk sebentar tadi meninggalkan bau seperti di pasar ikan.

Tab mandi berukuran 6 X 5 di isi air suam, setelah lebih kurang penuh, 4 botol susu segar dan 2 kotak plain yogurt bersama dengan kepingan beberapa jenis daun bunga dimasukan ke dalam tab mandi juga.

"Wahhh!" Harum semerbak bau bilik mandi. Kaki kanan di hulurkan dahulu, ikuti oleh kaki kiri, punggung dilabuhkan perlahan diatas permukaan tab mandi.

Setelah puas merendam kaki, barulah keseluruhan tubuh dimasukan sekali. Mandi susu bercampur yogurt dengan haruman bunga memang selalu Wiena amalkan untuk menghasilkan texture kulit yang cantik, halus, lembut dan licin. 

Haruman bunga adalah salah satu terapi untuk minda Wiena yang sedang berserabut dengan sikap semulajadi Fabian Freston. 

Benar lah kata orang selagi kita tak tinggal sebumbung, tidur sekatil, makan sepinggan kita tidak akan mengenali hati budi masing-masing.

Menyesal? Ini  baru permulaan Wiena banyak lagi dugaan yang harus ditempuhi!

"Never mind Fabian Freston. I'll follow your step...closer!"

Badan yang sudah dibersihkan dipakaikan dengan night dress kain satin, tali spaghetti, potongan luas di dada dan di belakang.

Perfectly fine! Cukup indah baju berwarna hitam panjang sampai di bawah lutut melekat elok di empunya badan.

Seksi lady is in her mission! "Ingat senang nak buang Wiena macam kain buruk. No way! Langkah mayat aku dulu...Over my dead body!"

Rancangan CSI yang sedang dimainkan di kaca TV tidak diberi sepenuh perhatian oleh Wiena. 

Jam muka segi empat yang tergantung ditepi dinding dibelakang TV dijeling selalu.

Jarum jam pun sudah menginjak larut malam. Bayang Fabian Freston belum nampak lagi.

Sekali lagi hati berlagu pedih. Kenapa disaat bahagia baru hendak bermula datang bala Wardina...

Alangkah indah nya bulan madu mereka seandainya Fabian Freston sudah mempunyai kekuatan untuk meleraikan ikatan kasih yang tak ada kesudahannya. 

Cuma hati Aerwyna Aberdeen yang berkehendakan begitu. Agar mudah untuk mereka melayarkan bahtera perkahwinan mereka. 

Mati hidup balik Aerwyna Aberdeen tidak akan memilih Bujang Senang untuk dijadikan pasangan sehidup sematinya seandainya dia tahu Fabian Freston belum lagi melepaskan Wardina.

Bukan prinsip hidup Wiena sampai hendak berebut lelaki. Dari mula kaki menginjak balikh Wiena selalu menjaga adap. Tiada guna berebut lelaki...tetapi sekarang keadaan sudah terbalik...Fabian Freston juga lelaki a.k.a suami dia sendiri. Itu yang lebih memeritkan perasaan hatinya.

Apa lah yang hendak dibuat di dalam rumah sebesar 2600 kaki per segi, ditinggalkan bersendirian. 

Kalau lah kerusi, meja, dinding boleh bersembang tak lah sunyi sangat. Tetapi semua benda tu bukannya bernyawa.

Handphone pula dikerling tajam, teringat dekat ibu, ayah dan adik-adik. Air suam mengalir lagi..."Ohh...Wiena apa yang kamu sudah buat?"

Kalau talian telefon disambung di pagi buta ini, sudah sah mesti ada yang tak betul dengan keadaan Wiena.

"Keluargaku adalah yang terakhir akan aku ceritakan keperitan hati dikala ini."

"Ibu...sesungguhnya Wiena amat memerlukan tiupan semanggatmu."

Bawah bibir digigit kejap. Mata pun masih terbuka luas..."Arghh...Layan Wishky!" Untuk menghilangkan kekusutan di kepala.

Mini bar yang terletak cantik di sudut penjuru kanan sebagai pemisah di antara ruang tamu dan ruang dapur dijadikan sasaran menyelongkar sekali lagi. 

Susunan gelas putih bermacam saiz dan bentuk tersusun kemas di atas rak.

Wiena mengambil sebiji gelas kristal bermuka bulat diameter 12cm, berkaki runcing. Rekaan yang unik sekali. 

Mata dilarikan terhadap berpuluh jenis botol alkohol yang tersusun elok didalam kabinet kaca.

Botol 'champagne' dikeluarkan, lalu diisi ke dalam gelas berkaki runcing.

Volume DVD player dikuatkan, lagu "Fire in the rain" nyanyian Adele bergema mengisi kekosongan hati yang lara.

Di satu sudut kewujudan makhluk ciptaan Tuhan tidak disedari. Keadaan suram di ruang tamu menyukarkan penglihatan. 

Fabian Freston bersandar ditepi dinding sambil berpeluk tubuh menyaksikan telatah Wiena mengolah resipi Margarita.

Anak tekak berlari-lari dari tadi, pancing Wiena sudah memberat...Bujang Senang masuk perangkap!...hehehe

Oleh kerana kalah dengan kehendak diri Fabian Freston keluar dari tempat bersembunyi datang menghampiri si seksi lady.."I can't get enough with this lady...precisely I am addicted to her.."

Aerwyna Aberdeen ibarat marijuana bagi Fabian Freston sebab itu tidak pernah walau sesaat Wiena keluar dari kotak fikirannya..."I am totally crazy with this lady!"

"What's up Baby? Boring ke?" Tiba-tiba Bujang Senang menerjah port kesukaan Aerwyna Aberdeen. Badan Wiena menjadi mangsa pelukan ketat si suami. Umpama berbulan tidak bertemu..."I missed you a lot...this big!" Kucupan hangat asmara singgah di bibir Wiena. 

"Hurmm...bete bete bete..."

Bercantum kening Fabian Freston bila mendengar perkataan baru masuk untuk diproses dalam CPU...hahahaha padan muka!

"Apa ke benda tu Baby? Are you bored staying alone tonight?" Wajah Wiena pula menjadi mangsa usapan halus Fabian Freston. 

"Hekleh..." Wiena cebik mulut.."Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula." Wiena menepis lembur tangan Fabian Freston. 

"Haihh...Awal balik? Tak seronok ke jumpa orang tu?"

"Sorry Baby...lambat sikit tadi. Ada roadblock. Masa balik. Kereta orang accident."

"Hurmm...tak lah lambat mana masih awal lagi. On time...Azan Subuh sekejap lagi nak berkumandang dari Surau kat bawah tu...sempat pun nak Sembahyang Jemaah sat nanti."

Berdesing telinga Fabian Freston bila Ustazah Wiena bertakzirah di pagi hari berhadapan dengan gelas Margarita...huhhh

"Sindir I nampak."

"Why you terasa ke? Tak betul apa I cakap?"

"No lah..don't be so brutal on me."

"Oppss" Wiena tutup mulut..."Brutal? Me brutal on you?" Muka dia sendiri ditunjuk dengan jari dia sendiri..."Silap kut...not you?" Margarita diteguk rakus. 

"Baby...please stop drinking from that glass!" Gelas Margarita diangkat oleh Fabian Freston, dibawa ke dapur, lebihan minuman dibuang..."Crazy! Punya besar gelas ni, dia boleh minum dekat nak habis..huhhh!"

"Wiena...Baby. Get up! Jom kita masuk tidur." Wiena berpura-pura tidur. Pada hal sengaja ingin mendera perasaan Fabian Freston. 

Tubuh ringan Aerwyna Aberdeen diangkat dibawa masuk ke dalam kamar tidur mereka. 

Wiena di baringkan dengan penuh kelembutan. Rambut yang menutup wajah Wiena diratakan sebaik mungkin. 

Dia meneliti wajah isteri tercinta dengan penuh perasaan kasih sayang. Tidak pernah dia jatuh sayang terhadap seorang perempuan seperti dia menyayangi Aerwyna Aberdeen. 

Dia sendiri tidak tahu kenapa penangan aura Aerwyna Aberdeen terlalu kuat sehingga boleh membawa diri dia meredah bumi Borneo demi wanita tersebut.

Akal nakal mula menjelma bila terlihat bebola mata Wiena yang terpejam kelihatan berlari-lari.."weii...dia ni belum tidur lagi. Wait sapa yang nak kena ni..."

Perlahan kain comforter diselak, tangan sasa mula memeluk rapat pinggang Wiena yang sedang dalam kedudukan mengiring.

Bujang Senang menjalankan misi menganas di atas katil, Aerwyna Aberdeen menjadi mangsa bahaman sekali lagi.

Sungguh bulan madu yang teramat manis milik mereka. Persoalan nya mampukah kebahagiaan tersebut akan kekal selamanya. 




Bila hari berganti bulan dan bulan berganti tahun...bila cinta mula kurang disirami dengan kasih sayang...mampukah Wiena bertahan bila suami mula berpaling arah.

No comments:

Post a Comment