Saturday 4 January 2014

Lying Eyes Bab 3

Ustazah Naemah Aisya melajukan momentum untuk mengejar langkah Cikgu Leonora Edora. Nasib baik badan tak berat mana kalau setakat marathon mengejar Cikgu Leonora Edora 'sap sap sui jer'.

"Cikgu Leonora tunggu kejap." kesian dengan nafas tercungap-cungap Ustazah Naemah Aisya menyapa Leonora Edora.

"Ada apa Ustazah?" Leonora Edora memberhentikan langkah.

"Boleh saya bincang sikit dengan Cikgu? Ada sedikit penjelasan yang saya perlukan dari Cikgu."

"Kenapa Ustazah? Ada masalah dengan Dominic Farrel?" Entah kenapa wajah Dominic Farrel yang terlintas difikirannya. Dari pagi tadi dia belum melihat anak kesayangannya dibuai rindu pula.

"Tak ada masalah dengan Dominic. Tapi saya rasa baik kita bincang. Petang ni Cikgu ada masa tak?" Ustazah Naemah Aisya masih mengharapkan persetujuan dari Leonora Edora.

"Ohh...saya free petang nanti. Ustazah boleh datang ke rumah saya? Senang sikit. Kalau tak saya terpaksa bawa Dominic bersama saya sekali."

"Tak apa. Saya boleh datang ke rumah Cikgu. Dekat kampung ni juga kan?"

"Ustazah tahu rumah saya?" Leonora Edora terkejut juga bila Ustazah Naemah Aisya tahu kedudukan rumah nya.

"Cikgu...Saya mengajar dekat kampung ni. Sudah menjadi tanggung jawab saya untuk mengetahui serba sedikit latar belakang anak murid saya. Petang nanti saya ke rumah Cikgu."

"Kalau macam tu..saya tunggu Ustazah."

"Kita jumpa nanti..." Ustazah Naemah Aisya tepuk bahu Leonora Edora.

"Ustazah...minta diri dulu..tenggok tu Dominic dah tunggu depan kereta."

"Saya minta maaf..kesian dekat dia tunggu bawah panas terik ni." Persoalan yang selama 3 bulan dia mengajar di SK Semalatong harus dijawab. Tidak betah untuk dia tanggung lagi.

Wajah Dominic Farrel terlalu mengigatkan seseorang yang cukup dia kenal..."Siapa sebenarnya budak ni? Kenapa aku rasa terlalu dekat dengan dia? Betulkah anak Cikgu Leonora Edora? Dan yang paling rumit sekali kenapa dengan nama Dominic Farrel tetapi belajar dalam kelas Agama Islam?"

Mulut diketap rapat. Mata masih masih memerhatikan kereta Leonora Edora yang meninggalkan kawasan sekolah.
"Mohon segalanya dipermudahkan nanti."

Leonora Edora memandu Produa Viva perlahan, rumah tak sejauh mana. Ramai murid sekolah yang berbasikal, jalan raya kecil sahaja, lebih baik berhati-hati untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.

"Indai...kereta sapa tu? Wahhh...besarnya. Kereta apa tu?" Dominic Farrel teruja bila melihat Land Cruiser milik Fea Marcella menghalang laluan masuk ke rumah mereka.

"Entah, Land Cruiser sapa ni. Kita turun dulu Dom. Cuba lihat sapa yang datang." Leonora Edora membuka pintu Produa Viva, manakala Dominic Farrel berlari untuk melihat dengan lebih dekat Land Cruiser yang telah menarik minatnya.

Tajam mata Leonora Edora memandang kelibat yang lama sangat tidak ditemuinya, 8 tahun bukan masa yang singkat malah terlalu lama untuk seorang Ibu yang meninggalkan anaknya. Walaupun hampir setiap bulan Fea Marcella masih bertanya khabar, malah tidak pernah lalai menghantar duit untuk mereka sekeluarga.

"Hai! Apa khabar?"

Termangu Leonora Edora bila dipeluk kejap oleh Fea Marcella.

"Kami sihat. Akak apa khabar?" Wajah Fea Marcella dibelek rapat. Rindu menjenggah hati.

"Seperti yang dilihat, saya sihat." Fea Marcella berdiri tegak menghadap Leonora Edora. Tersenyum lebar menyatakan betapa gembira dapat berjumpa dengan Leonora Edora. 

"Makin cantik...itu yang Leo nampak!" Senyum dikulum, sahaja mengusik dan mengesahkan fakta. Fea Marcella memang cantik dari dulu tetapi sekarang lebih menawan. 

"Indai...siapa Auntie ni?" Tiba-tiba Dominic Farrel mencelah dua beradik dari terus dengan dunia mereka. 

Tersentap Fea Marcella bila ternampak budak lelaki yang sungguh comel berada didepan matanya..."Ohh...He is a photo copy of him."

"Auntie ni...gambar yang tergantung di ruang tamu kita kan Indai?" Tajam ingatan Dominic Farrel bila boleh memadankan gambar tersebut dengan Fea Marcella.

"Pandai anak Indai!" 

"Biar Dom teka..Mummy Fea Marcella"

Fea Marcella mengangguk kepala.

"Yeaaa...betul tekaan saya." Melonjak gembira Dominic Farrel bila tepat meneka.

Fea Marcella cuma berdiam diri dari tadi memerhatikan Dominic Farrel.

"Hansem kan anak Akak?" Bisik Leonora Edora, cuba menyembunyikan kebenaran dari Dominic Farrel. 

"Leo besarkan dia dengan cukup baik sekali. Terima Kasih!" Tangan Leonora Edora digenggam kejap. 

"Don't mention it! Dia tetap anak Leo. Tak ada siapa boleh merampas hak Leo sebagai ibu kepada Dom." Tangan membuka pintu rumah. Kasut disusun dalam rak yang disediakan. 

Dominic Farrel masih lagi meneliti Land Cruiser. Masih teruja..

"Dom masuk..Jangan main bawah panas." Arah Leonora Edora. 

"Maksud Akak..Terima Kasih atas semua yang telah Leo buat untuk Dominic. Dom adalah anak Leo. Selamanya akan kekal begitu."

"Dom juga anak Akak, jangan lupa siapa Dom yang sebenarnya. Leo harap Akak ingat. Semakin hari Dom membesar dan dia mengigatkan saya terhadap tanggung jawab yang seterusnya."

"Apa maksud Leo?" Badan dikipas dengan tangan. Panas! Punggung dilabuhkan di kerusi ruang tamu.

"Entah lah Kak..hati Leo tak tenang kebelakangan ni... Dom memang hak kita tetapi bila difikirkan secara logik berkemungkinan suatu hari nanti pihak TFH akan mengetuk rumah kita. Masa tu...kita nak buat apa?"

Akhirnya dua beradik tersebut cuma mendiamkan diri. Memikirkan kemungkinan!

"5 orang kerabat di raja maut di Lebuhraya Karak, dipercayai Ibu dan 4 orang anak. 2 lelaki dan 2 perempuan meninggal ditempat kejadian. Tengku Farish Haikal masih dalam keadaan kritikal." Lancar bacaan Dominic Farrel mengenai berita yang terpampang dihelain kertas Berita Harian semalam.

Fea Marcella dan Leonora Edora serentak berkalih mencari posisi Dominic Farrel yang tengah kusyuk membaca keratan akhbar tersebut.

"Dom..bawa kejap paper yang kamu baca tadi." Jerit Leonora Edora, wajah pucat sudah tertera. 

"Errr...Akak? Berita ni?" Tergagap Leonora Edora bersuara mengharapkan pegertian dari Fea Marcella. 

Fea Marcella cuma gelengkan kepala.."Baru 4 hari lepas Akak terserempak dengan dia, di airport. On the way balik ke sini." 

"Mummy...kenapa?" Pelik Dominic Farrel bila tiba-tiba Fea Marcella mengalirkan airmata. Lagi hairan bila badannya dirangkul erat pula.

"Bila fikirkan semula...it's a cash price on what he had been done to both of you..." gumal Leonora Edora sendirian.

"Akak lapar...jom kita masak. Terlupa tadi Akak banyak beli barang. Ada dalam kereta lagi.." Muka comel Dominic Farrel dicium sekali. Senyum meleret pula Dominic Farrel bila kena cium dengan Mummy Fea Marcella...hurmm

Berkerut kening Leonora Edora, bila tiba-tiba Fea Marcella cuba melarikan..."Akak ni betul lapar atau sengaja nak melarikan diri?"

"Dah lah...jom kita masak Akak malas nak cakap hal ni lagi. Tak ada faedah pun. Indeed  he already choosed his life." Fea Marcella bangun untuk mengambil barang yang ada dalam Land Cruiser.

Leonora Edora cuma mampu memandang kosong kelibat Fea Marcella.."Tak terdetik ka dalam hatinya? Atau sengaja berpura-pura?"

Makan tengah hari cuma ala kadar untuk melapik perut sahaja. Berita sebentar tadi mengenai Tengku Farish Haikal agaknya menyebabkan suasana tak semeriah mana.

"Mak, Aba...tahu Akak ada dengan Leo?" Leonora Edora perhatikan riak muka Fea Marcella.

"Akak tak bagi tahu sapa pun. Cuma hari tu terjumpa Nita di Hilton Kuching. Dia tak bagi tahu Leo?" 

"Nita tak cakap apa pun. Bukan Akak tak tahu Nita ti macam mana orangnya."

Sebenarnya mereka amat menyenangi sikap Nita Mariam. Dia tak prejudis dengan sesiapa pun. Bukan jenis orang yang menjaga cerita.

"Agaknya dia tak nak cerita, nak bagi surprise kut.." Fea Marcella menggulum senyum bila melihat Leonora Edora mencebik mulut.

"Indai...Ustazah ada dekat luar rumah." Tiba-tiba Dominic Farrel muncul di meja makan.

Leonora Edora menepuk dahi..."La betul lah tadi suruh Ustazah datang, ni mesti kes lupa bila dah jumpa Akak."

Fea Marcella tercenggang, kedua bahu diangkat tinggi..."sapa tu?"

"Ustazah sama mengajar di Sekolah Leo. Baru 3 bulan menjadi penghuni sementara kampung kita." Leonora Edora basuh tangan, apa pun tetamu kena jemput masuk juga.

Fea Marcella membiarkan sahaja Leonora Edora melayan tetamu. Siap mengemas meja makan dia menghala ke bilik tidur untuk menenangkan fikiran, Tengku Farish Haikal tidak pernah hilang dari ruang hati, luka yang ditinggalkan cukup dalam, sampai mati pun akan terus membekas!

Bag tangan jenama LV dibuka, Samsung Galaxy Note3 di ambil. Banyak miss call dari 'private' nombor.

Tak mahu ambil peduli, dibiarkan sahaja. Banyak manusia yang menggunakan khidmat 'private' service sekarang. Jadi buat apa dia hendak mengambil pusing. Faham betul dengan kerjanya...hurmm

Paparan SMS dibuka..."wahhh..banyaknya SMS dari Ashley Smith." Salah dia juga. Sudah banyak hari dia tidak menghantar khabar seperti yang dijanjikan.

"I am fine. Now at Leonora Edora house. I'll be here for a while. Let you know when I decided to go back."...text SMS dihantar ke nombor handphone Ashley Smith. 

Dari dalam bilik, suara Leonora Edora dan Ustazah Naemah Aisya tidak berapa diberi perhatian. Fea Marcella lebih kusyuk melayan jiwa sendiri. Dominic Farrel menjentik hati pula.

"Ohhh..Cikgu tinggal berdua dengan Dominic?"  Ustazah Naemah Aisya menginginkan jawapa dari Leonora Edora. 

"Kami berdua sahaja tinggal di rumah ni Ustazah. Keluarga saya tinggal di hujung sana." Jelas Leonora Edora. 

"Arrr...maaf tadi Ustazah kata ada hal nak bincang. Boleh Ustazah terangkan kepada saya?"

"Hurmm...boleh saya tahu kenapa hantar Dominic Farrel masuk kelas Agama saya?" Walaupun mulut tersenyum tetapi dari intonasi suara Ustazah Naemah Aisya, tegas! Dia perlukan penjelasan, perkara seperti ini bukan boleh buat main. Boleh pecah kepala bila difikirkan seperti tak masuk akal, kecuali ada sesuatu yang tersembunyi. Setelah istikharah membawa dia untuk berhadapan dengan Leonora Edora. 

"Kenapa Ustazah nak tahu?"

"Cikgu Leonora, saya perlukan penjelasan yang logik mengenai status Dominic Farrel. Ada sesuatu yang saya perlu tahu, demi masa depan dia, demi ilmu Agama yang saya hendak sampaikan kepada dia." Ustazah Naemah Aisya menarik nafas lega, sekurangnya sudah terluah persoalan yang ditanggungnya. 

"Ustazah...ada dengar cerita dari penduduk kampung berkenaan dengan Dominic Farrel? Siapa dia? Kaitan dia dengan saya?"

Mereka beradu mata, suasana panas dan melemaskan..."Saya ada dengar cerita, tetapi saya tak mahu ambil kira cakap orang, berdosa saya kalau saya terima cerita orang tanpa usul periksa, pengesahan yang sahih."

"Kalau Ustazah ada dengar cerita berkenaan macam mana Dominic Farrel dilahirkan...tu betul...cumaaa..."

"Saya yang lahirkan dia...Leonora Edora adalah ibunya." Fea Marcella mencelah perbincangan mereka. Setelah dari tadi dia menjadi pendengar setia.

Ustazah Naemah Aisya menoleh kebelakang..."Cantiknya perempuan ni."

"Maksud Puan?"

"Kakak saya adalah ibu kandung Dominic Farrel..dan cerita yang Ustazah dengar pun betul." Tak sampai hati Leonora Edora hendak menyebut perkataan yang satu itu...apa pun Dominic Farrel adalah anak dia.

"Boleh saya tahu apa yang terjadi dengan 'biology father' Dominic Farrel? Bukan saya hendak menyibuk...tetapi niat saya ingin membantu Dominic Farrel."

Mata Leonora Edora dilarikan kepada Fea Marcella..."Arrr...macam ni lah Ustazah, senang cerita, dia lari dari tanggung jawab selepas tahu saya mengandungkan Dominic Farrel."

"Jadi saya jaga Dominic Farrel seperti anak sendiri atas permintaan Kakak."

"Rumit masalah ini sebenarnya Cikgu. Tetapi saya hormat keputusan kamu sekeluarga, Dominic Farrel tetap dibela sebaik mungkin, tanpa memandang siapa 'biology father' dia."

"Apa pun dia tetap anak Kakak saya, darah kami yang mengalir dalam badannya. Cuma yang saya risau adalah bekalan akhirat, sebab itu saya hantar dia masuk kelas Ustazah."

"Maksud Cikgu?"

"Bagi saya Dominic Farrel tetap berketurunan Melayu dan pegangan Melayu adalah Islam, gerak hati saya rasa suatu hari nanti, Tengku akan mencari dia juga."

"Errr...Tengku?" Tanya Ustazah Naemah Aisya. 

Sekali lagi Leonora Edora menyapu wajah Fea Marcella, meminta pertolongan, bagaimana harus dijawab pertanyaan Ustazah Naemah Aisya.

"Boleh saya tahu siapa Tengku?"

Fea Marcella mengangguk kepala, memberi persetujuan agar Leonora Edora meneruskan perbincangan mereka.

"Aib ini agak sukar untuk saya buka, tetapi memandangkan Kakak saya sendiri mengizinkan saya untuk membuka cerita..." Keratan akhbar bertukar tangan. Ustazah Naemah Aisya terkedu...mulut ditekup dengan jari.

Wajah Fea Marcella ditundukan ke bawah...luka lama berdarah kembali...

"Cikgu Leonora...saya minta diri dulu. Ada kerja saya perlu buat..."

"Ustazah...kenapa tergesa-gesa ni?" Hairan Leonora Edora, tadi bukan main banyak tanya sekarang ribut nak balik pula.

"Err...tak apa. Saya ada hal sikit. Lain kali kita jumpa lagi." Tangan disua untuk bersalam dengan Fea Marcella dan Leonora Edora. 

"Baik lah...saya pergi dulu. Jaga diri baik-baik dan terima kasih kerana menjaga Dominic Farrel."

Suzuki Vitara dilarikan diatas jalan tar. Pemanduan sedikit kasar.

"Nampak pelik pula Ustazah...Leo perasan tak?" Fea Marcella berasa sangsi dengan Ustazah Naemah Aisya. 

"Perasan sangat...tak apa lah Kak..mungkin dia betul-betul ada hal yang lebih penting, sebab tu dia rushing."

Ustazah Naemah Aisya memberhentikan Suzuki Vitara dipersimpangan jalan, setelah pasti jauh dari pandangan Leonora Edora dan Fea Marcella. 

"Apa Abang dah buat?...dan kenapa aku tidak di khabarkan mengenai kemalangan ini?" Stereng kereta diputarkan, pedal minyak ditekan lebih kuat.

Bluetooth disumbat ke dalam telinga...iPhone 5 di keluarkan dari Coach warna kelabu..."Abang Kamil...tolong purchase tiket untuk saya. Malam ni ke Kuala Lumpur."

Punat panggilan ditekan semula..."Assalammualaikum...Cikgu Fikri..Ustazah Naemah ni...saya terpaksa balik ke Kuala Lumpur flight malam ni...saya tengah drive sekarang...Nanti saya ceritakan dekat Cikgu...ada masalah keluarga sikit...saya call balik..."

"Bonda pun satu...hissh hal sebesar ini pun dia tak call saya. Marah sungguh kut dengan keputusan saya hari tu.." Ustazah Naemah Aisya membebel kerana sikap ibu tersayang.

###############################

Fea Marcella mengecilkan anak mata, cuba menjana ingatan lama..."Sapa pula yang datang tu Leo? Dom pergi mana pula? Senyap saja dari tadi."

"Ehhh...Mak lah. Ni mesti Dom dah jadi Internet bergerak. Tukang report dekat Mak." Tahu sangat dengan perangai Dominic Farrel. Kalau hilang dari rumah, ada dengan Atuk...

Terharu sungguh! Itulah perasaan Fea Marcella bila melihat langkah Mak semakin menghampiri..."Mak!" Berpelukan dalam tanggisan dua beranak di tenggah halaman rumah Leonora Edora.

"Balik juga kamu Fea. Mak rindu sangat dekat kamu. Sampai hati Fea tak pergi ke rumah Mak, tak bagi tahu nak balik, ni nasib baik Dom yang bagi tahu, kalau tak...balik semula dekat Melaya pun kamu tak bagi tahu Mak." Takzirah dah bermula..alahaiii kesian dekat Mak.

Leonora Edora dan Dominic Farrel ketawa geli hati, Mak tak habis dengan pelakon airmata...

"Fea...Mesti jumpa Mak. Tak akan Fea balik k Melaya tak jumpa Mak. Apa lah Mak ni...jauh sangat berfikir sampai ke situ.." Fea Marcella sapu airmata di pipi berkedut seribu Mak..

"Masuk lah..panas tu." Panggil Leonora Edora dari beranda rumah.

Tangan Mak digenggam erat oleh Fea Marcella, dibawa duduk rapat dengan dia..."Mak sihat?" Soalan lazim dari mulut Fea Marcella. Al maklumlah lama sangat muka dia tak muncul di kampung. Jadi jumpa dengan semua orang...perkataan sihat tu kerap sangat kena ulang tayang!

Riuh suasana ruang tamu Leonora Edora bila adik-adik yang lain berpusu-pusu bertandang...

"Akak...kenapa diam dari tadi?" Terkejut Fea Marcella bila disergah Linda si adik bongsu...

"Lama sangat kita tak gathering macam ni..rindu!" Fea Marcella memeluk ketat bahu Linda. 

"Baby ni...keluar bila? Fea Marcella gosok lembut perut Linda..anak sulung. Perut tak sebesar mana.

"Lagi 2 bulan.." Sampuk Catherine Lenja.

"Anak kamu yang ni berapa Bulan pula Cath?" Fea Marcella memberi tumpuan pula kepada Catherine Lenja. 

"Michelle baru 6 bulan Kak." Leonora Edora pula tolong menjawab bagi pihak Catherine Lenja. 

Mak tersenyum puas hati bila melihat 4 orang anak perempuannya berkumpul satu tempat. Masing-masing bertukar cerita. Tetapi hati Ibu tetap sayu bila anak sulung dan yang kedua belum mendirikan rumah tangga. Tambah lagi perempuan. 

"Aba dan Igat pergi mana? Tak ada di rumah ke?" Fea Marcella masih tak berpuas hati bila bayang Ayah dan adik lelaki tersayang belum kelihatan. 

"Mereka ke kebun tadi...kejap lagi mesti ada dekat sini juga." Jawab Maria, isteri John Sibat yang dipanggil Igat...

"Maria...anak yang kecik besar mana?" Habis semua kena berjawab dengan Fea Marcella.

"Geogina sekolah tadika Kak...5 tahun."

"Malam ni kita makan dekat rumah kamu ya Leo. Kita makan bersama..." Mak paling muka ke tepi dinding..."Apa tunggu lagi...masak lah! Dekat pukul 4 dah..boleh masak macam-macam."

Bila lama sudah tak berjumpa bukan makan sahaja mereka berkumpul sampai tidur pun mereka berhimpit sesama sendiri di ruang tamu Leonora Edora. 

Rasa bahagia menjenggah sekali lagi dalam hati Fea Marcella. Tetapi masih dibatasi perasaan risau terhadap Tengku Farish Haikal dan anak Simon Cowell yang di dalam perut dia sekarang...

Dalam lena diulit bunyi cengkerik, airmata penuh sesalan mengalir laju dari kelopak mata....Simon Cowell???


No comments:

Post a Comment