Tuesday 21 January 2014

Kisah Cinta Kita Bab 3

Tiupan angin dingin di balkoni bilik tidur diabaikan oleh Aerwyna Aberdeen. Dia masih leka mengutip sisa kenangan indah untuk memadamkan rasa hati yang terlalu sakit ketika itu.

Sesungguhnya itu yang lebih baik, ganti rasa sakit hati dengan yang indah dan cuba mencari kebaikan dari memberi tekanan kepada keburukkan seseorang. ..motivasi seorang isteri!

Pagi turun kerja berasingan, balik petang suami pula jangan harap ada di rumah kalau jarum jam belum menunjukan angka sepuluh malam.

Tiada seorang wanita yang bergelar isteri sanggup diperlakukan sebegitu rupa. Wiena tahu ke mana arah tuju Bujang Senang selepas waktu pejabat.

Jemari digenggam rapat, gigi pun dikancing rapat..."Arghh!" Satu lontaran suara beroktaf tinggi dikeluarkan untuk melepaskan jiwa kacau.

"Buk! Buk! Buk!" Berkali-kali tumbukan dilepaskan di atas bantal peluk milik Fabian Freston.

"Aku benci! Aku benci! Aku benci!" Ratapan pilu Aerwyna Aberdeen tidak diketahui oleh sesiapa pun, yang ada diri dia sendiri bersaksikan dinding pekak, bisu, buta...

"Bukkkkk! Auchhh!" Darah merah mengalir keluar dari kulit tangan putih mulus. Kesan darah melekat di dinding konkrit.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh! Kenapa aku boleh selemah ini..." Tangisan pilu Aerwyna Aberdeen bergema syahdu.

Dia bangun bilik air menjadi tumpuan untuk mencuci luka di buku tangan. Air bersih disimbah ke muka. Cermin dipandang sekejap. Dada di pegang kuat..."Ohh! Kenapa hati ini begitu setia dan menyintai suamiku. God Help Me...Please!" Badan lesu terjelepok jatuh di atas permukaan sejuk marmar bilik mandi.

Sekuat mana Aerwyna Aberdeen dia tetap lemah..lemah sebagai seorang kekasih, lemah sebagai seorang isteri...lalu adakah dia harus mengalah demi untuk tidak disakiti lagi?

Sudah puas dengan tangisan. Badan pula disegarkan dengan pancuran air suam...cukup lama!

Aerwyna Aberdeen mempersiapkan diri sendiri, untuk kelihatan segar, bersih, harum, wangi, cantik, dan yang penting sekali 'seksi' di kaca mata suami.

Dia gunakan diri dia sendiri sebagai makanan kegemaran Bujang Senang. Tidak susah untuk mengumpan buaya darat ni tetapi dengan syarat dia balik ke rumah.

Demi rumah tangga kalau tubuh menjadi galang ganti.. "so be it...I am his wife anyway!" Wangian Sun Flower dari Elizabeth Arden disembur ke seluruh night dress yang dibeli beberapa hari lalu.

Seperti hari yang terdahulu Fabian Freston sudah menjadikan Penthouse di Kondominium Mewah Silverstone seumpama hotel tempat untuk mandi, menyalin baju dan beristirahat.

Perbalahan dengan Wardina Wahyu mendera jiwanya. Mana mungkin dia boleh menunaikan permintaan gila Wardina Wahyu untuk bermalam dirumahnya..."Totally insane!"

Pintu depan dibuka, harum semerbak wangian Sun Flower menenangkan fikiran yang bercelaru...bayang isteri dicari.

Rindu dan perasaan bersalah mengasak tangkal hati terhadap isteri yang sudah beberapa hari diabaikan.

Rambut dilurutkan..."Baby..." lapang dada bila isteri tersenyum manja menyambut kedatangannya.
Kucupan dikening dihadiahkan, tubuh kerdil didakap erat..."Baby...you makin kurus ke?"

Baru perasan ke si Bujang Senang dengan keadaan isteri sendiri. Nampak sangat sudah lama tidak diberi tumpuan...

Wiena tarik lembut tangan suami..."Tak ada lah. Macam biasa sahaja." Dia menafikan kenyataan yang ketara sangat.

"You tak pandai tipu I..." hujung hidung Wiena menjadi mangsa cuitan jari Fabian Freston.

"Lain kali makan banyak sikit, tak kira lah if I am around or not."

Mangkuk! Dalam keadaan seperti sekarang, kena tinggal memanjang ada selera ke nak makan...

"I makan tapi sikit jer...don't worry. Lagipun boleh juga I diet sikit."

"You dah makan? Kalau tak...I boleh sediakan for you..." Wiena koyak senyum palsu...

"I am full..I dah makan tadi..but I would like to have my favourite food later..." kenyataan memang begitu bila Bujang Senang bangun dari lena yang panjang.

"Tuttt Tuttt Tuttt" Nama Wardina terpapar di skrin Samsung Galaxy Note3.

Dibiarkan sementara..."Baby...you go inside first. Let me answer this call." Fabian Freston masuk ke bilik hujung sekali.

Wiena perasan kebelakangan ini Fabian Freston kerap melarikan diri bila handphone dia berdering. Keinginan ingin tahu memuncak.

Seperti gaya Penyiasat Misteri Salma Hamid, Wiena berjalan berjengket, gegendang telinga diperbesarkan serta ditekap dipermukaan daun pintu...

"Baby...tomorrow I'll see you again. I told you already...she just a friend on mine...you the only one in my heart. No one else...bla bla bla..."

Lembik tempurung lutut Wiena, bila Fabian Freston mengeluarkan perkataan sebegitu dengan orang yang sedang di dalam talian telefon dengannya sekarang.

Berdecit Wiena lari, bila perbualan Fabian Freston sudah dipenghujung talian.

Bunyi pintu bilik dibuka, Wiena sedang menyibukkan diri sendiri dengan menyapu losen di badan.

Baju malam berwarna merah darah di angkat tinggi separas paha..."nak main sangat, let play my game. I control this game now!"

Berdegup kencang jantung Bujang Senang, sesuatu yang di luar jangkaannya tersadai indah serta mengiurkan naluri lelaki sekali lagi.

"Wiena...Baby...you are improving in every way...I am impressed!"

"I have a very good sifu..he teach me very well..." Wiena paut kasar tangan Bujang Senang..."Tak pernah nak puaskan...I'll see setakat mana you boleh pergi jauh." Gumam perasaan geram Wiena.

"Really? Siapa pula orang tu?" Fabian Freston membiarkan Wiena memainkan permainan mereka. Teringin juga dia melihat sejauh mana Wiena mengawal keadaan.

Sambil menyelam minum air, Wiena membelai suami yang kerap sangat menyakitkan hatinya. Kalau tadi dia menjadi Salma Hamid, sekarang teringat pula gaya Angelina Jolie dalam filem Mr and Mrs Smith.

Buaya kalau dah berjumpa dengan mangsa, mana boleh tahan lapar lama sangat. Cuma kali ini, dia tersenyum senang bila dia pula menjadi mangsa...

"Darling is it your Mum called you just now?"

Fabian Freston tersenyum puas..."Yes Baby. It's Mum." Sekilas ciuman singgah bahu Wiena  yang terdedah. 

Wiena pejam mata rapat. Sakit hati menjenggah sekali lagi..."Sampai bila you nak tipu I, Fabian Freston....dammed!" 

Hati yang galau tak mungkin dapat disembunyikan dengan senang, dengan penuh rasa kecewa Wiena hanya membiarkan Fabian Freston terkapai-kapai keseorangan diatas peraduan mereka.

Tiada rasa untuk mengulangi permainan sekali lagi. Sekurangnya dia sudah tahu Fabian Freston sudah pandai menipu dia.

"Baby...heiii. What's wrong with you? Did I hurt you?"

"Nothing. I love you Fabian with all of my heart. Just remember if you needs me I am always here for you..." 

Keadaan pegun seketika! Fabian Freston membaringkan badan semula di atas tilam. Hati bagai dihiris belati, tertusuk duri.

Wiena buka pintu bilik mandi..."How i wish he will say one more time..The 3 words that he use to tell me..."

Cuping telinga Fabian Freston menangkap bunyi tangisan pilu dari dalam bilik air, dia tahu perasaan Wiena terluka akibat perbuatan dia sendiri.

Bukan kerana tidak peduli tetapi lebih kepada perasaan bersalah kerana mendera hati isteri tercinta. Rasa sayang masih bersisa terhadap yang di luar rumah.

Akal berkata jangan tetapi hati sungguh bersimpati, kaki diheret beberapa langkah, tembol pintu bilik air dibuka..."Ohh! Baby...What happen to you? Why are you crying like this?"

Sedu Wiena bertambah dalam. Sepatah perkataan tidak mampu terucap.

"Talk to me Baby...Please. What's wrong with you?"

Tangisan pilu Wiena semakin menjadi..."Hati aku sakit sebab kamu. Boleh kamu tanya aku lagi?" Cuma bisikan yang mampu keluar dari akalnya.

"Come..." Fabian Freston peluk kejap Aerwyna Aberdeen..."Please stop crying." Airmata Wiena disapu lembut..."I am so sorry if I put you on this situation. I'll make it up for you." Semakin kejap dia memeluk Aerwyna Aberdeen. 

Sebak dihati Aerwyna Aberdeen belum terpujuk dengan pujukan Fabian Freston. Malah semakin mendalam luka yang digali.

Lena Wiena ditemani airmata walaupun tidur dalam dakapan Fabian Freston..."Beginikah rasa sakit hati bila cinta aku belum mampu terpahat di hatinya."

"Morning Mum." Fabian Freston mengangkat Samsung Galaxy Note3.

"Yes...Mum...I'll be at home for today. Never go anywhere." Fabian Freston duduk di tepi katil. Mata mencari kelibat Wiena.

Samsung Galaxy Note3 dilontar di atas tilam. Jam digital jenama Casio terletak diatas meja tepi dijeling sekilas..."Alamak! It's 10.00 am already...mampus!"

Berlari anak Fabian Freston mencari Wiena untuk mengkhabarkan yang Mummy hendak singgah di rumah dalam pukul 11.00 am.

"Heiii beautiful lady...I am looking for you." Senyum lebar bila teringat permainan malam tadi. Unpredictable Wiena!

Pelik sahaja rupa Aerwyna Aberdeen pada pagi tersebut. Dengan memakai track suite dan baju sukan. Badan pula lencun dengan peluh.

Wiena mengangkat kepala..."Sebab?" Buat tak berapa nak layan Bujang Senang. Air dalam botol berada di tangan lalu di minum terus tanpa cawan.

"It's my Mum...dia nak singgah dekat rumah.." Fabian Freston mencari jarum jam..."about 45 minutes lagi."

"So?" Aerwyna Aberdeen buat pekak. Tiada guna di layan. Rasa hendak dicincang lumat bagi umpan Bujang Senang.

"You dengar tak...I am talking to you Wiena. But it's seem like I am talking to myself only."

"I faham apa you nak I buat..jangan risau. Seperti selalu I keluar sekejap lagi. Bagi I mandi and clean myself." Kaki diseret ke dalam bilik mandi.

Dada kiri diusap lembut.."Sabar Wiena selagi kamu bertahan."

"Baby...I am so sorry. Just give me sometimes to inform my family about our marriage." Tubuh Aerwyna Aberdeen yang masih disalut pakaian di tarik keluar dari bawah pancuran air suam.

Aerwyna Aberdeen tidak menunjukan sebarang reaksi. Hati yang luka sudah melebihi segala rasa...perempuan 'kayu' menjelma semula.

Dia tidak menyalahkan Si Bujang Senang kerana keputusan untuk berkahwin adalah ditangan dia sendiri.

Dan itulah jerat yang memakan tuan sendiri. Terjerat dalam keputusan 'bodoh' seumur hidup.

Sudah berbulan mereka mendirikan rumah tangga. Keadaan bukannya menjadi lebih baik tetapi bertambah buruk.

"You jangan risau. I am perfectly fine. In fact sudah immune dengan this kind of stuff." Wiena tarik baju yang basah. Peduli apa dengan mata terbeliak Fabian Freston. Lebih dari itu dia pernah ratah.

Fabian Freston seolah-olah seperti tugu, cuma mampu melihat aksi Wiena tetapi rasa bersalah bila ingin bertindak lebih dari yang patut.

Rajuk si isteri kali ini sudah berpanjangan kerana kerap sangat ditinggalkan di rumah berseorangan.

Tajam mata Wiena merenung leher Fabian Freston..." What happen to your neck? Lebam semacam."

"Errr..kena senggat lebah." Fabian Freston larikan tengkuknya apabila Aerwyna Aberdeen cuba menyentuh kesan lebam tersebut.

"Lebah? Bukan love bite? But I tak buat apa-apa malam tadi on your neck."

"It's bee bite ok! What is your point? Teknik Bujang Senang sudah keluar. 

"Bila masa pula lebah senggat you?"

Bujang Senang pandai sembunyi diri sendiri..."Ohhh..Yesterday masa I buat side survey." Mata Wiena dipandang tajam.

"Pandai lebah tu senggat you. Cantik betul kesan yang ditinggalkan." Ingat Wiena tu budak baru habis sekolah, tidak tahu apa makna bekas di leher Fabian Freston.

"Lain kali bagi tahu dekat Mak Lebah tu buat lagi banyak. Lagi elok kalau buat macam tali rantai. I pun boleh belajar cara macam mana nak buat macam tu juga." Shoot Bujang Senang.. Wiena, jangan berdiam diri sahaja.

"Mak Lebah apa pulak? It's bee bite okay. Please jangan think nonsense." Bujang Senang cuba menegakkan benang yang basah.

"Oh My God...dia ingat aku ni bodoh sangat kut. Love bite and bee bite tak boleh nak bezakan." Bisik hati kecil Aerwyna Aberdeen.
"What so ever...doesn't matter to you pun." Wiena mengambil keputusan untuk mengalah. Tidak guna untuk berbalah kerana sudah tahu pemenangnya siapa.

Setelah membersihkan diri Wiena bergegas hendak keluar. Takut terserempak pula dengan Mummy Fabian Freston.

"Sorry Auntie...saya tak sengaja!" Aerwyna Aberdeen menunduk mengutip buah-buahan yang terjatuh dari bag plastik yang dijinjing oleh wanita separuh umur berada di depan dia sekarang.

"Hurmm..." gumam wanita tersebut..."This is an expensive suit. I bet you can't afford to buy it!" Kain selendang yang jatuh dilibaskan.

Mengigil ketakutan juga Aerwyna Aberdeen bila berdepan dengan wanita korporat tersebut.

Serba sedikit dia tahu siapa wanita berkenaan. Bertandang ke Kondominium Mewah Silverstone melalui lift terus ke Penthouse pula. Sudah sah bahawa dia adalah Datin Amritha Kaur ibu kepada Fabian Freston dan ibu mertua dia sendiri.

Dengan tangan terketar Wiena mengambil selendang tersebut..."Auntie let me help you to clean it for you."

"No need! I don't think you know how to clean it. This material is not for normal wash. I'll do by myself!" Angkuh lagak si Datin menolak permintaan Aerwyna Aberdeen.

"Why are you here? This is my son Penthouse. Did you just came out from his place?"

Tergagap Aerwyna Aberdeen menjawab..."Yes...I stop by to clean his house."

"Mummy! What happen?" Fabian Freston keluar dari rumah bila mendengar bunyi bising di luar rumah.

"Your cleaner. Crashed on me. My dupatta..."

Wajah serba salah terpamer di raut wajah Fabian Freston..."It's okay Mum...I'll pay for your dupatta.."

"Why you need to pay on behalf of her? It's her fault..."

"Mummy...I think it's my mistake too asking her to get Curry Powder. Must be she is rushing just now."

"Hurmm...never mind." Jelas muka tak puas hati dengan penjelasan Fabian Freston..."I think you should hurry up to get Curry Powder...I would like to cook now..."

Wiena meloloskan diri sebaik sahaja pintu lift terbuka..."Phewww...selamat aku kali ini."

No comments:

Post a Comment