Tuesday 28 January 2014

Kisah Cinta Kita Bab 6

Kerlipan lampu neon yang menerangi kawasan disekiling Kondominium Mewah Silverstone tidak sedikit pun mencuit perasaan Aerwyna Aberdeen. 

Tangan dilipat di atas dada, minda berpusing dari tadi cuba menyelami hati dan jiwa Fabian Freston. 

"Dear God...Apa yang perlu aku buat? Berikanlah aku petunjuk, sekiranya ini adalah ujian dariMu." Bisik hati kecil kecil Aerwyna Aberdeen.

Angin malam yang dingin bertiup lembut, menyegarkan minda yang sedang bekerja keras untuk memahami keadaan Wardina Wahyu dan Fabian Freston. Baju tidur putih dari kain lace seakan-akan menari di badan bersama tiupan angin tersebut.

"Betapa sukarnya keadaan ini bila melibatkan banyak perbezaan dari segi bangsa, budaya dan yang paling penting adalah Agama." Lama Aerwyna Aberdeen memejamkan matanya.

"Tuhan yang mencipta langit dan bumi serta segala isinya, berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi dugaanmu kali ini. Tiada tempat lain untuk aku berpaut, kecuali Kamu." Nafas lega dihela panjang.

"Hei..termenung panjang? Anything you wanna to share with me?" Pinggang ramping Aerwyna Aberdeen dipeluk rapat. Sama-sama menikmati panorama dari balkoni ruang tamu.

"Nothing. I nak berehat." Tangan Fabian Freston dileraikan dari pinggangnya.

"Kenapa ni?" Tangan Aerwyna Aberdeen ditarik sebelum sempat dia berlalu.

"I penat Fabian. Penat sebab muak dengan kisah cinta you yang tak pernah habis. Sampai bila kita nak macam ni?" Aerwyna Aberdeen cuba menarik tangan dia dari pegangan Fabian Freston. 

"I tak akan lepaskan tangan you! As well I tak akan lepaskan you." Semakin kejap dia memegang tangan Aerwyna Aberdeen. 

Keadaan pegun seketika, mata bertentanggan sama-sama menikam dengan renungan tajam. 

Aerwyna Aberdeen kalah dengan renungan penuh kasih yang terpancar dari anak mata Fabian Freston. Tangannya ditarik kasar kedalam pelukan Fabian Freston. 

Dalam sedu sedan Aerwyna Aberdeen memukul dada sasa Fabian Freston..."Kenapa kejam sangat! Kenapa sanggup mendera hati aku?"

"Baby..." Fabian Freston cuba menghentikan pukulan Aerwyna Aberdeen. Kalau sudah bertalu-talu di pukul sebegitu rupa, mesti lah sakit...

"Bagi I masa to sort out this things. I am here to serve you. I tak akan tinggalkan you...forever will be yours."

"Ohh...Fabian. Sebelum kita khawin pun you pernah beritahu dengan I that you adalah hak I, tetapi sekarang I berkongsi hak dengan that girl." Aerwyna Aberdeen masih cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Fabian Freston. 

"I just need your trust, to stay strong beside me."

"Kesetiaan I tak ada guna bila you mendustai segala lafaz janji you. I masih sedar Fabian Freston! Masih ingat all of your sweet words." Dengusan geram berserta dengan pukulan padu diperut pejal Fabian Freston.

"Aduhhh! Baby...sakit lah!" Fabian Freston melepaskan Aerwyna Aberdeen, tangannya ditekap di bahagian perutnya. 

"Lembik! Kalau dengan perempuan nombor satu! Bluekkk!" Aerwyna Aberdeen lari masuk meninggalkan Fabian Freston. 

"Ehh...kemana you nak lari? This is Fabian Freston...seperti selalu akan memburu you sampai dapat. You tahu kan I tak akan berhenti selagi I tak dapat you." Fabian Freston menjerit geram dari balkoni menahan sakit kerana disiku sebentar tadi. 

"Itu dulu-dulu, sekarang sudah lain. Good night! I nak tidur." Badan dibaringkan mengiring..."Esok I balik kampung!"

"Apa dia?"

"I nak balik kampung esok, tiket I dah beli."

"Pandai! Bila I bagi kebenaran you boleh balik kampung?"

"I tak perlukan your permission."

"Siapa kata? I am your husband!"

"Hahhh! Jadi lah sebagai seorang suami!"

Gigi diketap rapat, badan dihempas diatas tilam. Tangan memusingkan badan Aerwyna Aberdeen..."Am I not a good husband? I Tak cukup baik lagi ke bagi Aerwyna Aberdeen?"

"Ya pun tidak, no pun tidak..."

"Mulut tu pandai sangat menjawab sekarang."

"You pandai ajar I..." Aerwyna Aberdeen masih tak mahu mengalah..."Esok I balik, take note on that."

"Kalau I tak bagi..."

"I tetap akan balik!"

"Berapa lama you nak balik?"

"Tengok lah."

"Baby..." Jari Fabian Freston sudah meramas lembut wajah Aerwyna Aberdeen..."I bagi you balik selama tiga hari selepas tu you kena ada di rumah kita."

"Okay...Thank you!" Aerwyna Aberdeen hendak mengiring ke sebelah.

"I need more than thank you.." Bujang Senang ingin bertindak lebih jauh.

"I tak ada mood." Aerwyna Aberdeen menolak keinginan naluri Fabian Freston. 

"Kenapa pulak?"

"Tadi Mak Lebah dah bagi you. Tak cukup lagi ke?" Esakan tangisan dipekung di dalam dada..."I pun ada naluri tetapi..." bisik hatinya.

Fabian Freston bangun dari katil bersama dengan dengusan geram..."Fine! Tak apa!"

Cermin di bilik mandi tetamu menjadi mangsa geramnya, leher dibelek ke kiri ke kanan..."Dina ni pun satu, sudah kena warning pun masih suka buat cop."

Cahaya biru dari handphone menarik minat Fabian Freston. Ada dua pesanan menunggu untuk dibaca. 

Pesanan pertama dibuka..."Go to work tomorrow! or else you need to find an other job!" Kening berkerut seribu menimbang permintaan tersebut.."Daddy ni lagi satu...tekanan betul!"

Pesanan kedua.."Dina tunggu you di kelab biasa. Please come. I miss you sweat heart!"

"Night Club! Night Club! Night Club! Tak pernah puas!"Mata terus dipejam. Posisi yang sesuai di bilik sebelah dicari..."Wiena merajuk pula..."

Bantal ditepuk-tepuk, bila sudah empuk kepala diletakan semula di atas bantal..."Malam ni aku tidur seorang la, nak berteman orang tak mau layan...hurmm."

#################################

Tergesa-gesa Aerwyna Aberdeen melangkah keluar dari perut lift. Baby G di pergelangan tangan di jeling sekilas..."Harap lah Pak Cik Teksi tunggu aku. Fabian pun satu. Mogok time nak balik kampung macam ni." Punat lift ditujal beberapa kali.

"Cik! Watch out!"

Blouse Aerwyna Aberdeen disentap dari belakang...

"Auchhh!" Darah merah menyerbu segera muka putih bersih Aerwyna Aberdeen bila badannya peluk kejap oleh lelaki segak bergaya dalam pakaian ke pejabat. 

Lama mata mereka bertatapan bersama debaran mengganas didada.

"Hurmm! Cik okay?"

"Ya! I guest I am okay." Aerwyna Aberdeen melepaskan diri dari pelukan lelaki tersebut. 

"Are you sure? Nasib baik kereta tu tak langgar awak."

"Thank you, kalau tak...I pun tak tahu apa yang akan terjadi tadi."

"Ohh! No problem. Don't mention it! You tak naik your Ducatti Monster hari ni?" Tanya dia dengan senyuman penuh makna.

Wajah hairan terpamer dari muka Aerwyna Aberdeen..."You know me?"

Gaya orang perempuan melibaskan rambut ditirunya..."I suka your style! Chiky but comel!" Mata sebelah dikedipnya. 

Aerwyna Aberdeen tutup mulut dengan sebelah tangan. Perut menahan gelak yang hampir terhambur keluar..."You are so adorable, when you act like a girl."

Tergamam lelaki tersebut melihat keindahan didepan mata..."Jaga pandangan mata!" Bisik hati dia sendiri. 

"I need to go! Thank you! My cab is here now."

"It's okay. You should take your cab."

Dia mengeluarkan kunci Hummer berwarna hitam pekat, memandu menuju rumah keluarganya. Tangan dibawa ke dada kiri..."berhentilah berdebar!"

#################################

Hati Aerwyna Aberdeen masih tercuit dengan gaya comel lelaki tadi. Lantas tersenyum sendirian..."so cute!"

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuching ke Kampung dirasakan terlalu lama.

"Welma...kenapa pandu kereta macam kura-kura?"

"Kakak tak nampak ke jalan ni berlubang sana sini?"

"Drive slow sangat bila nak sampai?" Aerwyna Aberdeen tersenyum sendiri lagi.

"Senyum tak ajak erkk..ni mesti ada apa-apa? Kongsilah dengan Welma."

"Tak ada apa la..cuma teringat pertama kali Fabian pandu kereta di jalan raya berbatu dulu...hahaha."

"Kakak? Cakap tak habis lagi, tapi sudah pecah ketawa."

"Mesti lah nak gelak...dia cuma bawa 20km/hr."

"Hahahaha...." Bersatu ketawa mereka di dalam kereta.

Habis ledakan ketawa mereka, mood Aerwyna Aberdeen bertukar lagi...

"Kakak...kenapa pula dah? Sedih sahaja ni?"

"Tak ada apa-apa Welma. Akak rehat kejap ya. Nanti bangunkan Akak bila dah sampai."

"Hurmm."

Kereta Kancil warna merah dipandu lebih laju bila sampai di jalan bertar yang bertampung di sepanjang perjalanan mereka.

Welma perhatikan keadaan gelisah Aerwyna Aberdeen semenjak di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuching..."Ini mesti ada masalah, faham benar saya dengan sikap Kakak, Kampung kita dan Apai dan Indai adalah sumber keceriaan mu."

"Balik seorang? Laki kamu tak balik?"

"Apai sihat? Saya balik seorang." Tangan kematu Apai disalam.

"Tiap kali balik, tak pernah laki kamu nak ikut...ya lah kita ni kan orang susah."

"Dia banyak kerja, ada masa nanti kami balik bersama."

"Masa kamu balik hari tu, kamu pun cakap macam ni kan? Tak ader maknanya."

Apai gulung daun rokok tembakau sebesar ibu jari..."hah dalam tu bila nak berisi?"

Soalan cepu emas sudah keluar dari mulut tak ada insuran..."Apai! Sebab apa tanya macam tu. Bukan ke itu kerja orang dekat atas sana." Aerwyna Aberdeen menunjuk langit dengan jari telunjuk.

"Ke ada yang tak betul dengan perkhawinan kamu ni?" Tebak si Apai.

"Awak ni! Budak belum sempat nak duduk sudah kamu bedil." 

"Hahhh! Awak menangkan dia selalu. Sebab tu dia tak nak dengar cakap aku hari tu."

"Yang melalut tak pernah habis ni kenapa? Dah khawin pun budak-budak tu."

"Ehhh. Ngia! Dari dulu aku tak berapa suka dengan laki Wiena tu. Kamu tau kan sebab apa...kamu tak nampak ke apa yang terjadi dengan si Penny. Kamu tak sayang anak ke Ngia, kalau entah apa nama laki Wiena tu buat benda yang sama macam Penny dekat anak kesayangan awak tu." Rokok daun dihembus beberapa kali. Nafas kasar dilepaskan bersama ketapan gigi jarang.

"Itu nasib Penny...kita doakan agar jodoh Kakak sampai ke akhir nyawa, kami tahu Apai tak berapa suka dengan Abang Fabian tetapi dia sudah pun menjadi suami Kakak."

"Kamu pun macam tu juga, nanti bila habis belajar dekat sana balik sini bawa laki dari sana, agaknya orang kita dah tak ada lelaki lagi ke?"

"Apai...Wiena minta ampun, kalau selama ini Apai masih terbeban dengan perkhawinan Wiena. Agaknya ini lah yang dikatakan karma...saya hendak berehat sekejap."

Semua orang yang berada di situ terdiam, bebola mata difokus kepada bayang Wiena yang semakin menghilang.

"Kenapa dengan Kakak kamu, Welma?

"Dari tadi saya perhatikan, macam ada yang tak berapa betul..Indai."

Indai garu kepala dan mengeluh lemah..."Tak apalah nanti kamu cuba tanya dia."

"Huhh...apa lagi? Mesti gaduh dengan laki dia tu.." Apai me'laser' sekali lagi.

Oleh kerana tak sanggup kena sembur dengan  Ayak Laja, Welma dan Ibuk Ngia melarikan diri.

Welma berdiri di depan bilik yang tak bertutup sambil memerhatikan Wiena termenung panjang dari jendela bilik.

"Kalau ada masalah boleh kongsi dengan saya. Jangan dipendam." Welma melabuhkan punggung di atas katil.

"I am fine Welma. Jangan risau! Kalau saya cerita nanti ramai yang campur tangan. Akak tak nak menyusahkan Fabian."

"Ni saya nak ikut Kakak balik Penang boleh ke tak?"

"Apa pulak tak boleh. Akak pun dah beli tiket untuk Welma. Tak lah Akak sunyi sangat masa di sana nanti."

"Tapi...saya tak boleh temankan Akak selalu. Saya kan duduk di hostel USM."

Tiba-tiba Welma terpandang sesuatu tersangkut dicari Wiena.

"Rantai leher dan cincin tu sapa punya? Bukan barang Kakak kan?"

Aerwyna Aberdeen mendiamkan diri, belum berkeinginan untuk berkongsi rahsia dengan Airine Irwelma.

Bila merasakan si Kakak belum bersedia untuk bercerita, dia ingin menyambung kerja memasak yang tergendala..."Kakak berehat dahulu ya. Nanti masa nak makan saya panggil." Lalu dia berlalu dari bilik, walaupun terkilan dengan sikap berdiam diri Aerwyna Aberdeen. 

"Kakak dah inform dengan Abang Fabian yang Akak sudah selamat sampai di sini?" 

"Nantilah Akak SMS dia." Jawab Wiena lemah.

"Nanti dia risau pulak."

Rantai leher dan cincin di masukkan semula ke dalam bag tangannya. Samsung Galaxy Note2 dicari.

Lama Wiena tunggu untuk talian disambungkan.

"Hello! Ada apa?"

"I am at my parent place now."

"Jadi?"

"Tak apalah, that all." Wiena putuskan talian, dada ditekan. Sakit nya hati hanya Tuhan yang tahu.

"Jangan lupa jalan ke rumah kita!" SMS masuk sebentar tadi.

Nafas ditarik dan dihembus, keluhan dalam dilepaskan..."Kalau sayang, kenapa nak menyakitkan hati aku."

################################

Berulang kali lagu Deritaku Bahagiamu dimainkan menggunakan DVD player Samsung.

Wardina Wahyu sudah boleh menghafal lagu tersebut serta mulut boleh menyanyikan dengan penuh kusyuk sekali. 

Ku dengar kau cinta
Sangat
Padanya

Ku dengar
Hatimu
Kini miliknya
Dia kan menjadi teman
Sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau
Teman biasa
Terpaksa ku
Terima itu
Hakikatnya
Yang pasti aku tak
Mau lupakan cinta
Kau percik api
Membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cinta mula
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku
Perlahan-lahan
Ku terima
Semakin ku
Sakit
Semakin kau
Bahagia
Mengapa aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia
Membawa jantungku bersamamu

Handphone diketuk-ketuk di atas tilam..."Fabian belum call aku dari tadi. Mana dia pergi? Apa dia buat?"

IPhone 4Snya bergegar. Memaparkan private call.."Fabian ke ni?" Lalu dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello Darling!" Kepala yang masih pening akibat minum terlalu banyak semalam diramas perlahan-lahan. 

"Assalamualaikum Wardina Wahyu." Lubang suara handphone ditutup dengan telapak tangan..."Sapa pulak ni?" Berkerut kening dia cuba mencerna nombor telefon yang terpapar diskrin iPhone 4Snya.

"Tak jawab salam...dosa." sambung suara tersebut.

"Hang ni sapa? Apa hang nak?"

"Jawab dulu salam saya." Tegas suara tersebut.

"Waalaikumuassalam." Jawab Wardina Wahyu lemah.

"Macam tak ikhlas saja jawab salam saya."

"Ada aku kisah! Hang ni sapa? Baik hang jawab sebelum aku putuskan talian ni."

"Tak kan lah tak cam suara Abang..."

Wardina Wahyu semakin pelik..."Abang? Abang yang mana satu?"

"Berapa banyak Abang yang Wahyu ada?"

"Abang? Wahyu." Wardina Wahyu tiba-tiba teruja, melonjak dari katil nya..."Abang Long? Betul ke? Bila balik sini?"

"Wahyu sentiasa sibuk, mana ada masa nak balik rumah. Tak balik rumah mana nak tahu Abang Long sudah ada di Penang."

"Abang Long sindir Wahyu ke?"

"Sendiri mau ingat! La ni nak balik atau tidak terpulang dengan Wahyu. Abang Long tak paksa."Kesal sungguh suara dia bila menuturkan ayat tersebut.

Tersentuh juga perasaan Wardina Wahyu..."Dalam masa sejam lagi Wahyu balik sana. Abang Long tunggu tau."

"Baik. Assalammualaikum."

"Waalaikummuassalam" Wajah teruja Wardina Wahyu bertukar menjadi keruh.

"Sebab kamu lah Fabian Freston, aku tak berani hendak pijak kaki ke rumah keluarga aku." Barang yang berada di atas meja solek di tolak kasar dan ada yang jatuh berkecai.

"Jangan kamu ingat, senang saja nak guna pakai aku bertahun-tahun tetapi lepas kamu puas kamu nak tinggalkan aku." Wardina Wahyu mengambil iPhone 4Snya mencari nombor seseorang.

"Eddie. Malam ni I tak dapat datang seperti selalu. I ada hal sedikit. Bye." Handphone diketuk-ketuk di atas paha sambil, mulut diketap rapat.

"Abang Eamad ni pun satu hal, balik masa tak betul." Arah bilik air dituju, lantai yang bersepah tidak dipedulikan.

Kunci kereta di atas meja ruang tamu di ambil, Honda CRV di pandu macam pelesit.

"Ayo yo yo yo.. ini macam perempuan pun ada!" Mamak tepi jalan sudah merunggut.

"Pasal apa Mamak?" Abang Din jual penjual burger bertanya. 

"Itu perempuan...kalau orang sakit jantung naik itu kereta boleh mati."

"Dia tu memang macam tu Mamak."

Honda CRV menghilang entah ke mana, mereka berdua cuma menggelengkan kepala kesal dengan pemandu yang tak berhemah. 

"Ya Allah! Kamu ni Wahyu...bawa kereta tu elok-elok sikit."

"Assalamualaikum Ibu..." Wardina Wahyu bersalam dengan Puan Rabiatul.

"Waalaikumuassalam. Lama Wahyu tak balik rumah."

"Kebelakangan ini Wahyu sibuk sikit. Ibu...Abang Long ada tak?"

"Ada kat dalam rumah, dari tadi tunggu Wahyu "

"Kenapa lambat sampai?" Sapa Eamad Faliq yang duduk menghadap TV di ruang tamu.

"Jalan jam...?" Punggung dilabuhkan di sofa bersebelahan dengan Eamad Faliq.

"Bila Abang Long tukar kereta? Cantik Hummer tu!"

"Baru tiga bulan. Cantik? Boleh lah!"

"Hummer tu! Mesti lah Wowww!"

Eamad Faliq mendiamkan diri. Wardina Wahyu di tepi dikerling dengan hujung mata. Gaya pakaian adik menjadi tumpuan nya.

"Nak pergi mana lepas ni?"

Wardina Wahyu mengangkat kedua bahunya..."Tak tahu lagi. Ingat nak shopping. Abang Long nak ikut?"

"Tak boleh duduk di rumah lama sikit ke? Ni berapa lama dah tak balik jumpa Ibu dan Abah?" TV di tutup untuk memberi lebih tumpuan kepada Wardina Wahyu. 

"Jangan ingat apa yang Wahyu buat di luar sana tu kami tak tahu."

Wardina Wahyu menikus, sesekali terkena dengan Eamad Faliq memang menakutkan.

"Berubah! Kalau tak nak Abang Long masuk campur dalam urusan Wahyu. Tahu kan apa Abang Long boleh buat?" 

Eamad Faliq bangun dari sofa, tangan di masukan ke dalam saku seluar pejabat nya. Pandangan berapi masih ditala ke arah Wardina Wahyu yang duduk menunduk.

"Abang Long. Nak balik office dulu. Wahyu temankan Ibu di rumah. Malam ni tidur di sini."  

Anggukkan Wardina Wahyu sudah cukup menghantar maklum balas bahawa Eamad Faliq agak menakutkan!



P/S - Hope entry kali ini memuaskan kita. 

Google banyak2 akhirnya mamat ni yang menepati gambaran saya. Memang rumit bila berhadapan dengan Kemelut cinta yang mempunyai banyak perbezaan. 

Ramai yang berakhir dengan perkahwinan tetapi segelintir yang sampai ke akhirnya.

Love you all.. jumpa lagi di next entry. Untuk tersenggih dan tersenyum memanjang bila Bujang Senang turun bendang...hehehe

No comments:

Post a Comment