Sunday 19 January 2014

Kisah Cinta Kita Bab 1

Kondominium Mewah Silverstone

Kilauan pancaran cahaya matahari pagi, bagaikan biasan kerlipan berlian. Sinaran terik itu, menggangu tidur seorang wanita muda yang baru menikmati perjalanan hidup berumah tangga. 

Senyuman indah seorang wanita yang baru bergelar isteri sirna dari raut muka yang putih mulus. Semakin cantik bila kesan 'Sun Burn' yang kemerahan mewarnai kulit muka Aerwyna Aberdeen. 

Seperti 'love bird' yang lain, mereka pun mempunyai kenangan bulan madu yang indah-indah belaka. Lantas dalam hatinya ditanamkan satu azam yang tulus iaitu menjadi seorang isteri yang diredhai sehingga akhir nyawa.

Mata dipejam seketika, udara segar disedut dalam, lalu berdoa... 'Dear God, Thank You of giving me this opportunity to be a wife to my husband Fabian Freston Gill. Bless our marriage for ever and after... Amen!'  

"Morning Sunshine!" Sekilas senyuman manis terkopak dari dua ulas mulut munggil merekah merah bak delima.

"Hi Baby...." Mata sebelah dipejam, sebelah lagi dibuka. Silau pancaran matahari dari luar membiasi suasana pagi nan indah dikamar tidur mereka.

Fabian Freston menarik laju Aerwyna Aberdeen yang masih berdiri menjamu mata menghayati lena suami yang dicintai dengan sepenuh hati. 

Lantaran tidak menjangka Fabian Freston akan bertindak sedemikian rupa, tubuh kerdilnya singgah selesa diatas dada sasa Fabian Freston. 

"Tak cukup lagi ke malam tadi? I think it's time for you to wake up."

"I mana pernah cukup dengan you... I want my breakfast now...."

"I am hungry too... pergi mandi dulu. Let's go for our breakfast...."

"I need my breakfast now...."

"There nothing for us to eat now... dapur kita kekeringan. Yesterday we planed to go for our marketing by today. You dah lupa ke?"

Fabian Freston mengekek ketawa lucu. Isteri yang didepan mata ternyata terlalu naif. Lurus bendul betul... 'haihhh!' kepala digeleng beberapa kali...

"It's okay... I'll teach you how to prepare my breakfast on this bed... it's going to be now Mrs  .Fabian Freston...."

Aerwyna Aberdeen tidak dapat mengelak bila Fabian Freston membalikan posisi badannya... hurmm suami bertuah mula dah!

Dia cuba meronta meminta agar dilepaskan. Penat malam tadi pun belum lagi hilang, sekali lagi melayan kehendak naluri suami.

"Shhhh... relax your mind. Don't fight. I want you to enjoy together with me..just follow the rhythm my love..."

Sekali lagi Aerwyna Aberdeen kalah dalam pujuk rayu si suami yang ternyata pandai mengawal rentak gelora hati.

Begitulah sifat semuajadi Fabian Freston seorang yang sungguh romantik, mengambil berat, penyayang serta jangan lupa pandai memujuk rayu...aduhhh. Mana-mana wanita pun boleh cair dengan lelaki ini.

Fabian Freston adalah bapa kepada segala buaya yang berada di seluruh muka bumi ini... orang Sarawak kata Bujang Senang!

###########################

Aerwyna Aberdeen mengesat peluh dikeningnya. Tangan yang basah disapu dengan apron yang tergantung dilehernya.

Phew... penat beb! Dari pagi dia bersusah payah menyediakan menu makan malam bersama suami tercinta.

Untuk lebih specifik masih dalam mood bulan madu! Masih menyulam asmara kasih sementelah baru sebulan mereka mendirikan rumah tangga.

Perasaan teruja bergelar seorang isteri bagi seorang wanita masih segar. Makan minum si suami dijaga dengan sempurna.

Keadaan di dapur seperti dilanda Taufan Katrina tidak dihiraukan buat seketika. Gulai ayam yang sedang mendidih disudu sedikit... "hurmm... sedap ni!"

Aerwyna Aberdeen masih leka dengan gulai ayam yang dimasak, menu wajib si suami!

Manakala di pintu dapur Fabian Freston melipat kedua tangan di dada bidangnya. Tersenyum indah memerhati gelagat Aerwyna yang menyanyi sambil menari di depan kuali gulai ayam.

Oleh kerana terlalu asyik Aerwyna tidak perasan langsung dengan kehadiran  Fabian Freston yang berada di belakangnya.

'Mood' bulan madu masih menebal, bisikan naluri menjentik perasaan Fabian. Pakaian Aerwyna sedikit seksi ketika ini, menyeksa jiwa mengasak keinginan secara tiba-tiba.

Secara perlahan Fabian mendapatkan Aerwyna. Pinggang ramping seperti Seniwati Saloma masa zaman anak muda-muda dahulu dirangkul lembut dari belakang. Aerwyna terkejut dengan ciuman dibelakang lehernya serta kehadiran Fabian Freston.

"Hi Darling!" Di hadiahkan sebuah senyuman yang manis buat suami yang dicintai dengan sepenuh hati.

Fabian masih belum melepaskan Aerwyna lagi. Keinginan naluri begitu mengebu. Rambut panjang Aerwyna yang disanggul tinggi menjadi sasaran, getah rambut di lontar kasar...

"Darling...don't disturb me. I am in the middle of cooking." Aerwyna cuba menggelak.

Agak-agak lah weiiii... Gulai ayam tengah menggelegak. Encik suami pulak cari pasal.

"Shhhh... let me seduce you!"
Fabian belum berkeinginan untuk berhenti mencuba nasib.

"Honey... please! Kotor lah. Badan I penuh dengan peluh. Berbau kari ayam lagi..." Aerwyna cuba meleraikan lingkaran tangan Fabian.

"Siapa suruh you pakai seksi sangat, you tahu kan my favourite food sekarang ni apa..."

"Hissshhh... tak habis lagi ke dengan miang you ni...." Pipi halus Fabian dicuit lembut. Kuntuman senyum dikulum.

Rambut di kening Aerwyna dikuis lalu didaratkan kucupan tulus untuk isteri yang dicintai... "It's never been enough to be in love with you..Aerwyna Aberdeen. I deeply in love with you. Forever will be always!"

Raut muka Fabian di pegang kejap. Mata Aerwyna Aberdeen cuba mencari ketulusan dari sinaran anak mata Fabian Freston... "I love you too honey and it's you the reason I am here... just because of my heart is belong to you." Kaki di angkat sedikit tinggi, pipi mulus Fabian Freston menjadi sasaran mulut Aerwyna Aberdeen.

Fabian Freston mengangkat Aerwyna Aberdeen lalu didudukkan di atas kabinet dapur kayu yang berwarna coklat gelap. Kaki Aerwyna Aberdeen disilangkan dibelakang Fabian Freston. Mood bulan madu romantika melanda taufan cinta mereka sekali lagi.

"Oh My God! Chicken Curry! Did you smell it?" Aerwyna Aberdeen sudah melompat turun dari kedudukan tadi.

Wajah hampa Fabian Freston terpamer bila Aerwyna Aberdeen lebih mengutamakan kari ayam dari keinginan naluri lelakinya.

Kedua tangan Aerwyna Aberdeen sudah berapa di kepalanya... "My curry is burn already. Macam mana ni?"
Matanya disasarkan kepada Fabian Freston.

"Alaaa... it's okay honey. Kita makan dekat luar sahaja nanti. Come...." Tangan di hulurkan kepada Aerwyna Aberdeen, senyum miang ingin mencuba sekali lagi terlukis di wajahnya.

Aerwyna Aberdeen cuma mampu mengelengkan kepala. Tahu sangat... Fabian Freston tak akan mengalah selagi belum memperolehi apa yang dihajat.

Suasana kecoh dalam bilik mandi terganggu bila loceng rumah ditekan bertalu-talu.

"Honey... You clean yourself first! I keluar dulu, kacau betul! Siapa pula yang datang?" Fabian Freston merunggut kerana mood bulan madu terganggu.

"Just for a while. My last shower."

Fabian mengangguk kepala..."It's okay and thank you for your love just now." Berseri wajah bila disinari dengan senyum kepuasan seorang suami.

Aerwyna Aberdeen kedipkan mata sebelah... "I love you...."

Fabian Freston tergesa-gesa memakai pakaian rumah untuk membuka pintu utama.

Bila daun pintu dikuak alangkah terkejutnya dia bila seseorang yang tidak disangka boleh berdiri tegak didepan muka pintu rumah nya.

Nasib baik masih ada geriji pintu yang menghalang perempuan tersebut dari menapak masuk ke dalam rumah.

"Fabian... you bagi I masuk. I nak masuk! Sebelum I menggamuk dekat sini!"

"Why are you here?"

"Why? You tanya I... why? I yang sepatutnya tanya you..siapa yang ada dengan you dalam rumah ni?" Lontaran vokal sudah meninggi.

"Ohh... please tak ada sapa-sapa dengan I dalam rumah ni. You balik lah I nak rehat." Fabian cuba hendak menggelak.

"I tak akan balik selagi I tak jumpa perempuan tu!"

"Perempuan mana? Tak ada orang dalam rumah selain dari I... you balik dulu."

"You jangan nak tipu I. There is a girl inside. I tahu... you bagi I masuk sekarang." Jeritan bising sudah keluar dari mulut perempuan tersebut.

Aerwyna Aberdeen terpinga-pinga bila mendengar suara suami bertelingkah dengan seorang perempuan.

"Baby... I need your favor." Fabian Freston menatap tajam anak mata Aerwyna Aberdeen. Sekejap lagi permintaan gila akan keluar dari mulutnya.

Aerwyna Aberdeen tarik kening. Keliru dengan aksi pelik Fabian Freston.

"Ada apa ni kecoh-kecoh depan pintu tu. Tak malu ke jiran sebelah dengar." Aerwyna Aberdeen mencari kepastian kenapa riuh sangat.

"Baby... please listen to me. I love you so much." Badan Aerwyna Aberdeen dipeluk kejap."I need your favor... perempuan yang kat luar tu my ex girlfriend. She want to see you."Fabian Freston diam seketika... "and I need you to tell her that we are just a friend."

Aerwyna Aberdeen tersentap...mata penuh mengharap Fabian Freston ditenung tajam... "make sure you explain to me later."

Kaki di langkah ke pintu depan. Menghadap mantan teman wanita Fabian Freston.

"Cik... nak jumpa saya? Kenapa?" Aerwyna Aberdeen cuba menenangkan perasaan diri sendiri. Tak tau apa yang dia buat dan rasa...sifar kut!

"Kamu siapa? Kenapa kamu ada dalam rumah ni?"

"Siapa saya dan kenapa saya di sini tak penting. Sekarang ni kenapa kamu datang?" Aerwyna Aberdeen memulang balik soalan perempuan tersebut.

"Kamu tahu siapa Fabian Freston? Dia teman lelaki saya!"

"Ohh... apa masalahnya dan kaitan dengan saya? Itu di antara kamu dengan dia." Aerwyna Aberdeen merenung tepat wajah yang sedang menyinga di depan pintu... "Tak lah secantik mana... Fabian Freston ni pun satu kalau nak cari aweks cari lah yang cun... ni tak. Test apa ke benda... perempuan yang tak ada moral macam ni! Hishhh..." bisik hati kecil Aerwyna Aberdeen.

"Kamu ni siapa?"

"Cik... seperti yang saya beritahu tadi. Kalau kamu tak percaya saya boleh panggil Fabian Freston jumpa kamu semula. Biar dia jelaskan dengan kamu siapa saya." Aerwyna Aberdeen terkejut bila tiba-tiba seutas rantai leher dan cincin di lempar kearahnya.

"You bagi tahu Fabian Freston. Such a liar and you give that to him...."

Aerwyna Aberdeen cuma mampu menjeruk hati. Rantai leher dan cincin yang tergantung bersama dikutip dari lantai marmar yang berkilau menghiasi Kondominium Mewah Silverstone.

Bayang perempuan tersebut yang semakin menjauh cuma mampu dipandang kosong.

Hendak marah kepada siapa pun dia tidak tahu..suami yang dicintai ternyata mempunyai rahsia yang belum dikongsi sebelum ikatan perkahwinan terpatri.

Menunding telunjuk kepada perempuan tersebut yang sudah terang lagi bersuluh tidak mempunyai sifat malu.
Lagi pula merangkap mantan teman wanita kepada Fabian Freston. Suaminya sendiri!

Lalu masih adakah sisa cinta Fabian Freston terhadap perempuan tersebut sehingga dia boleh menyuruh Aerwyna Aberdeen menyembunyikan perkahwinan mereka, yakni identiti dia sebagai seorang isteri.

Lemah seluruh anggota badan bila kisah cinta suami tercinta seolah-olah akan menjadi onar dalam rumah tangga yang baru hendak bermula.

"Be positive Wiena! Stay strong it's just a starting." Aerwyna Aberdeen cuba memotivasikan diri sendiri.

"Dia sudah balik?" Fabian Freston bertanya kepada Aerwyna Aberdeen bila keadaan sudah senyap.

"Dia balik selepas melontar... ini...." Aerwyna Aberdeen menyerahkan rantai leher dan cincin... "You still owe me an explanation on what was going on just now."

Fabian Freston mengenggam erat rantai leher dan cincin tersebut..."This jewellery I gave her last time. Lama dah. I pun dah lupa bila."

Aerwyna Aberdeen perhatikan kelopak mata Fabian Freston. Ada takungan yang bila masa akan mengalir... "You still love her right? You can't lie to me... I can read your eyes."

Fabian Freston mengesat airmata jantan yang mengalir..."Yes I still do love her... but...."

"Ohhh... this is great honey! Why you marry me if you still do love her?" Aerwyna Aberdeen menghadam lumat kenyataan pahit yang baru diucap dari mulut suaminya.

"Honey listen to me... I not yet finish up my words! It's complicated in between her and me. Thing doesn't suite as ordinary couples...." Fabian Freston memaut tubuh kecil Aerwyna Aberdeen tetapi di tolak kasar oleh Aerwyna Aberdeen.

"Don't you dare to touch me now. You hurt my heart... dammed! I am so stupid to marry you..and it's just a month Fabian Freston."

"Shhhh... Baby. Please listen to me. I love you darling. I can't lost you... I only have you now...."

"Jadi I am just a what to you? Penganti untuk perempuan tadi? That is great isn't it Fabian Freston?"

Fabian Freston duduk bersimpuh di atas lantai marmar. Mata masih menikam wajah kusam Aerwyna Aberdeen. Setitik airmata belum mengalir keluar dari pemilik mata bulat, berbulu lentik, wajah kacukan Iban Cina lebih terserlah dengan kuning langsat... "Aku tidak akan melepaskan wanita istimewa ini... terlalu banyak yang aku harungi untuk mendapatkanmu Sayang." bisik kata hati Fabian Freston.

"Kamu bukan Penganti kepada Wardina... kamu adalah perawat kepada luka di dalam hati ini...." Fabian Freston menekan dada sebelah kirinya.

Bertaut rapat kening Aerwyna Aberdeen cuba mencerna maksud ayat Fabian Freston... "Wardina?" Ibu jari kanan di tunjuk keluar... "so she is a Malay? Interesting!"

Fabian Freston diam tidak mampu untuk mengulas lebih lanjut.

"I need you to answer me... did you ever slept with her?" Bau hanyir boleh dihidu bila seorang perempuan boleh datang menggamuk depan rumah teman lelaki.

"Yes."

Aerwyna Aberdeen telan liur... "She is virgin am I right?"

"Yes."

"No wonder. Dia menggamuk macam tu.." Aerwyna Aberdeen ingin berlalu untuk menenangkan diri... "Give it to me!" Tapak tangan kanan di tadah meminta balik rantai leher dan cincin tadi...

Tanpa bicara Fabian Freston menyerahkan semula barang tersebut kepada Aerwyna Aberdeen...

"Leave her alone honey... Jangan hubungi dia lagi. If you really love our marriage. And makin you kerap jumpa dia. You akan bagi harapan lagi untuk dia. Please stop it... that all what I am asking for...."

"No... it's not going to be like that. For years I had been taking care of her needs. I just can't turn my back from her...."

Apa lagi yang mampu dibuat bagi seorang isteri yang baru sahaja menyerahkan jiwa dan raga untuk bersama suami tercinta. Ternyata badai bermula sebelum alam rumah tangga yang sebenarnya bermula.

No comments:

Post a Comment