Friday 24 January 2014

Kisah Cinta Kita Bab 4

Baru sahaja kaki melangkah keluar dari perut lift, nada dering No Women No Cry music reggae nyanyian Bob Marley menjerit nyaring dari Samsung Galaxy Note2 milik Aerwyna Aberdeen.

" Baby...better hurry up! Faster buy Curry Powder than come back here again. Mummy is waiting for you."

"Ehhh...biar betul ni? You jangan main-main tau."

"Baby...She is waiting for you to cook with her."

"I am not ready to meet her Fabian. Can you hook up something..."

"Nope! Tak boleh! You must be here as my house cleaner in 15 minutes." Talian telefon diputuskan.

"Adoiii...apa aku nak buat ni!" Gelabah pula Wiena, kena jadi bidan terjun sebagai pembantu rumah pula.

"Dari seorang isteri jadi pembantu rumah, yang menyakitkan hati boleh jadi kawan...hissh!" Rambut yang panjang separas pinggang, lurus dan licin di ragut kemas..."Berlakon lagi! Tak apalah terjah sahaja..."

"Where did you find that young lady as your house cleaner? Since when?"

"My friend recommend her to me since no one to clean my house."

"Suruh khawin tak nak..now siapa susah. Yang tu betul ke your house cleaner?" Sesi temuduga sedang dijalankan oleh Datin Amritha Kaur.

"I am your Mummy...Fabian. Jangan lupa tu and I tahu serba sedikit apa yang my son did behind me."

"Mummy...she just my house cleaner..."

"Really? We'll see later.." Jam jenama Bonia dijeling..."hahh! Mana dia? Tak sampai lagi dari tadi pergi beli serbuk kari"

"Mummy...relak dulu. Wait for a while..." Anak manja ibu sudah mula melekat dekat Datin Amritha Kaur.

"Hi! Sorry lambat sikit." Senyum manis sampai telinga Wiena persembahkan buat ibu mertua dan suami yang teristimewa.

Naik juling mata Fabian Freston. Terperanjat dengan gelagat 'over acting' si isteri.

Datin Amritha Kaur menjeling tajam raut muka anak tersayang..."I'll better find out..ada bau taik kucing ni."

"Kenapa lambat?" Datin Amritha Kaur membuka suara.

"Maaf Auntie. Tadi Wiena hampir kena langgar dengan lori masa melintas jalan dekat depan tu...ni tengok habis siku saya berdarah."

Apa lagi Fabian Freston buka langkah panjang, tangan Wiena diperiksa.

Datin Amritha Kaur tersentap bila melihat Fabian Freston terlebih prihatin dengan pembantu rumah sendiri.

"Hurmm...Bagi Mummy tengok!"

Aerwyna Aberdeen mengulum senyum..."nak sangat aku berlakon...ambik kau!" Dia jeling dengan hujung mata ke arah Fabian Freston yang masih memegang lengannya.

"Baby...how many times I must tell you to watch out when crossing the road."

"Baby? Siapa Baby?" Datin Amritha Kaur kerut kening, mata tak dilepaskan dari merenung pasangan yang berada didepannya.

Fabian Freston mengangkat muka perlahan, otak dikerah untuk menjana jawapan bagi soalan ibunya.

Dalam hati bagai hendak digeletek, geli hati bila Wiena perhatikan wajah gelabah Bujang Senang.

"It's me..my nickname is Babe." Wiena koyak senyum semanis madu.

"We...I meant all of my friends call her Baby." Fabian Freston cuba menutup perasaan gelabah dari disedari Datin Amritha Kaur.

"Hurmm...and what is your real name than?"

"Aerwyna Aberdeen but Auntie can call me Wiena."

"What an unusual name. Nak sebut pun tergeliat lidah. Unique!"

"Sebab tu kami panggil dia Baby..anyway she got a baby face right..Mummy?" Selagi mampu untuk menutup bau hanyir, Fabian Freston akan mencuba sebaik mungkin menyimpan rahsia perkhawinan mereka dari pengetahuan Datin Amritha Kaur.

"It's quite late already. I think we should start cooking. Wiena did you got the curry powder?"

"Saya beli semua bahan untuk memasak kari ikan Auntie. Ayam tinggal sikit dalam peti sejuk."

"Better we start now. Fish also can."

Pada mula nya Datin Amritha Kaur yang hendak memasak tetapi keadaan sekarang sudah terbalik.

"Errr...Auntie. Biar saya yang memasak. Auntie rest dengan Fabian."

"Are you sure?" Mata Datin Amritha Kaur sudah turun naik untuk memastikan kenyataan Aerwyna Aberdeen..."Kari ikan you boleh masak ke?"

Lebih kepada terperanjat sebenarnya bila diperhatikan sekilas pandang Aerwyna Aberdeen seperti perempuan zaman sekarang yang jarang turun ke dapur.

"Apa pula tak boleh Auntie. Senang sahaja kari ikan tu. Auntie rehat dengan Fabian dulu, biar Wiena masak seorang didapur." Pandai betul kamu Wiena. Inilah masa yang ada untuk kamu menunjukan kemahiran memasak yang kamu warisi dari Ibu di kampung.

"Kalau macam tu Auntie duduk depan sahaja la. Chatting with Fabian."

Nasib baik Aerwyna Aberdeen teringat cuma ada isi ikan merah di dalam peti sejuk. Lalu dia berpura-pura membeli rempah gulai ikan.

"Anything you wanna to share with me?" Wiena matikan senyuman seronok sebab dapat permainkan Fabian Freston sebentar tadi.

"Nothing!"

"Are you sure?"

"Ha Ahhh!"

"Cerita lori tu.." Fabian Freston meneliti Wiena dari atas ke bawah.."Bila masa melecet buku tangan you ni?"

Wiena menarik kasar tangan yang di pegang oleh Fabian Freston..."none of your business!"

"Baby! As I know your business is my concern."

"Tak ada apa lah, tak sakit pun." Mahu tak sakit, buku tangan tu sudah mula membengkak.

"Don't pretend to be strong, if you are not."

"Sibuk!"

"Wiena...I am talking to you, as your husband."

"Jadi lah sebagai seorang suami!" Sindir Aerwyna Aberdeen.

Terkedu tanpa bahasa selain dari merenung tajam ke arah  Aerwyna Aberdeen.

"Fabian!"

"Yes Mum!"

"I am waiting for my warm water."

Fabian Freston tepuk dahi.."Coming Mum"

"We are not yet finish and I want to eat my delicious fish curry."

Aerwyna Aberdeen memulakan aktiviti memasak didapur tanpa gangguan dari sesiapa.

Kari ikan sudah siap dimasak sama juga dengan salad timun dan bawang berserta sayur campur. Nasi basmathi pun masak elok, tidak melekat sesama sendiri.

Dalam kepala sedang berkira untuk bertanya..."Patut ke tidak aku masak capati? Masalah besar ni.."

"Baby..."

"Apocottt.." Wiena terlompat. Terperanjat dengan sapaan Fabian Freston. 

"Melatah pulak dah..." Fabian Freston ketawa geli hati bila Wiena melompat setapak. 

"Nak bagi I mati terkejut ke?"

"Pasal apa pulak boleh mati terkejut...elok lagi ni dekat depan I."

"Hishhh...kalau layan you tu. Kita tak makan nanti."

"Dah siap ke? Wangi semerbak dah dalam rumah. Perut pun dah berdondang sayang." Fabian Freston tepuk lembut perutnya.

"Nak kena buat capati jugak ke?" Muka merayu talian hayat sudah terpamer didepan mata Fabian Freston. 

Fabian Freston mengamit dekat isteri yang sedang menunjukan perangai comel sekarang..."You pandai canai capati tu ke? Nanti bentuk peta Pulau Pinang tercanai..." memerah muka Fabian Freston menahan gelak di perut. 

Masam mencuka pula Wiena bila kena usik dengan Fabian Freston. 

"Honey! I tanya you. Tapi you mainkan I pulak."

"Just be yourself my dearly wife. Tak tahu jangan buat. Kita makan apa yang you dah masak for our lunch." Dagu isteri di angkat. Anak mata Aerwyna Aberdeen di cari. Perlahan sempat juga Bujang Senang memagut bibir munggil isteri yang dikasihi.

"I never did it this morning. I miss you..."

Aerwyna Aberdeen menunduk kepala menahan gelojak hati menahan malu diperlakukan begitu oleh Fabian Freston. 

"Mummy ada dekat rumah la. Kalau tertangkap macam mana? Apa kita nak jawab?"

Fabian Freston angkat bahu, buat tak faham..."My wife suka hati aku la nak buat apa."

"Berlagak! Kalau berani pasal apa I kena jadi your house cleaner?"

"Memang pun you are my house cleaner. Is it wrong?"

"Boleh gila tau tak cakap dengan you ni." Aerwyna Aberdeen hentak kaki, tangan pula menyenduk nasi.

"Wiena. Fabian. All okay?" Datin Amritha Kaur memandang mereka berdua bersilih ganti.

"Mummy...please have your sit. Our lunch is ready."

"Sedapnya! I am really hungry now." Datin Amritha Kaur duduk menunggu Wiena menghidangkan nasi.

"Auntie..sorry. Ini sahaja yang saya mampu sediakan."

"It's okay. This is should be fine. Look delicious too."

"Come Baby...We eat together." Fabian Freston memanggil Aerwyna Aberdeen untuk makan sekali bersama mereka.

Teragak-agak Wiena melabuhkan punggung di kerusi yang di tarik oleh Fabian Freston. 

Datin Amritha Kaur tersenyum senang dengan gelagat Fabian Freston yang pada pendapatnya menyimpan sesuatu yang pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

"Wiena...Are you still single?"

Wiena sedikit blur hendak menjawab..."Yes Auntie. Single and available."

Fabian Freston tendang kaki Wiena dari bawah meja makan.

"Auchhh!"

"Why? What happen to you?" Datin Amritha Kaur menyoal Wiena.

"Tak ada apa Auntie. Saya tertendang kerusi."

"Ohhh Dear..are you okay?"

"Yes Auntie!"

Fabian Freston menahan hati. Hendak tumpang sekaki bersembang dengan Ibu dan isteri pun sudah tak ada hati.

"No special boy friend?" Nasi ditangan tak jadi disuap mata dipakukan ke arah wajah Aerwyna Aberdeen.

"Tak ada orang mahu dengan saya...Auntie." Wiena buat muka sedih.

Datin Amritha Kaur koyak senyum manis..."Kalau Auntie cari bagi Wiena mahu tak?"

Muka yang tertunduk baru hendak menyuap nasi terkalih pantas..."Siapa lah orang yang malang tu nanti Auntie...saya ni bukannya ada apa-apa pun."

"Wiena bukan orang sini, I am right?"

"Yes Auntie. Dari jauh saya datang..." Tiba-tiba hati Wiena menjadi sayu.

"Hukh! Hukh! Hukh!" Secara sepontan Wiena mengusap belakang Fabian Freston yang tersedak gulai ikan merah.

Datin Amritha Kaur tersenyum dalam hati.."Nancy Drew mission accomplish."

Gelas ditangan Aerwyna Aberdeen beralih ke mulut Fabian Freston.

"Kamu belum jawab, soalan saya tadi?"

"Mana satu Auntie?" Aerwyna Aberdeen berpura-pura tidak tahu hala tuju soalan Datin Amritha Kaur. 

"Auntie ingat nak kenalkan Wiena dengan sepupu Fabian Freston, Eaton Haefen."

Muka masam mengalahkan asam kelubi tidak dapat disembunyikan lagi dari riak wajah Fabian Freston. 

Suapan nasi pun macam nak tak nak sahaja. Bujang Senang membaham hati sendiri.

Apa boleh buat isteri sendiri di suruh menjadi 'house cleaner'.

Aerwyna Aberdeen tahan gelak dalam hati bila bahang api cemburu jelas ketara menghiasi muka hitam manis si suami.

"Hurmm...hansem ke Eaton tu Auntie?" Wiena seronok mempermainkan Bujang Senang. 

"Kontra dengan yang dekat tepi Wiena." Mata Datin Amritha Kaur menjeling Fabian Freston sekadar ingin mengorek reaksi si anak.

"Wah...Mesti hansem kan? Tapi nak ke Eaton tu dengan saya ni Auntie. Saya ni cuma 'house cleaner'."

"Apa yang kurang dengan Wiena? Auntie perhatikan semuanya perfect." Suapan nasi terhenti seketika..."hahh..masakan ni sahaja sudah boleh menilai Wiena sesuai menjadi seorang isteri yang baik." Suapan diteruskan semula.

"Mummy...Eaton tu bukan ke Playboy, tak sesuai la untuk Wiena." Fabian Freston sudah memberhentikan suapan yang terakhir. 

"Jadi? Siapa yang sesuai? Kamu?"

"Why not me? Beside of Eaton."

"How many times Mummy should tell you to start your marriage life? Belum puas lagi ke dengan sikap 'player' kamu tu? Mummy rasa kamu tu lagi Playboy dari Eaton Haefen."

"Hurmm...Auntie. Tak apa lah. Tak payah kenal  kan saya dengan Eaton." Mimik wajah serba salah Wiena jelas ketara. 

"Ehhh..You ni kenapa? Nak sangat ke dengan Eaton Haefen tu?" Menyingga pula dah rupa Bujang Senang.

"Fabian Freston! Kamu terlebih serious ni sebab apa? She is just your house cleaner. Why you should angry with her?" Marah bebenor Datin Amritha Kaur bila Fabian Freston menjerkah Aerwyna Aberdeen sebentar tadi.

"Huhhh!" Secara sepontan Fabian Freston bangun dari kerusi. Makanan tidak sempat dihabiskan. Kaki diatur ke ruang tamu. Hati yang sedang panas perlu disejukkan. 

"Wiena...kamu jangan ambik hati dengan anak Auntie. Sekejap lagi okay lah dia tu."

"Tak apa Auntie. I am okay with it"

Setelah suapan yang terakhir Datin Amritha Kaur membasuh tangan. Mata meliar mencari kelibat Fabian Freston.

"Young man. Are you still angry with me?" Anak mata Fabian Freston cuba dicari.

"Tak la Mummy. How is Daddy?" Fabian Freston baru teringat tentang bapa yang lama tidak dijumpainya.

"He is fine old man..." keluhan lesu Datin Amritha Kaur kedengaran dicuping telinga Fabian Freston. 

"I am sorry Mummy. Must be Daddy still angry with me."

"Dia cuma terkilan, bukan marah dengan kamu Fabian. Bapa mana yang tak sayang anak."

Fabian Freston memandang sedih wajah ibu...

"One day when you have your own child then you will understand, how we feel." Datin Amritha Kaur berjeda seketika..."Balik lah...meet your Daddy. He missing you a lot."

"Bila ada masa saya akan balik. Mummy jangan risau." Jemari Datin Amritha Kaur digenggam erat oleh Fabian Freston. 

"About Wiena...tak berapa manis kamu biarkan dia menjadi pencuci rumah kamu. Dia perempuan yang sempurna and you are a wild player young man." Senyum meleret Datin Amritha Kaur merenung wajah Fabian Freston. 

"Jangan simpan dia dirumah kamu, if you are not interested with her. And do let me know if Eaton Haefen can be friend with her."

"Ehhh...mana boleh. She is mine!"

Datin Amritha Kaur mengelengkan kepala beberapa kali..."finally you admit that she is your special one in your heart."

Fabian Freston tertunduk malu..

"Malu pulak dia! King of crocodile konon." Datin Amritha Kaur pecah ketawa. Sungguh dia suka bila akhirnya Fabian Freston tewas mengaku sendiri perasaannya terhadap Aerwyna Aberdeen. 

"Mummy!"

"Auntie..." Wiena angkat kening.

"Ehhh...Wiena. Dah siap your kitchen work?"

"Dah Auntie."

"Hurmm...Fabian. Mummy have to go now. Nanti Daddy balik dari main golf bising pulak." Datin Amritha Kaur kkedipkan mata kepada Fabian Freston. 

"Kamu tak balik lagi ke Wiena? Kerja sampai pukul berapa dekat sini?" Datin Amritha Kaur sengaja hendak melihat sejauh mana mereka bermain tarik tali dengannya. 

Terkelu lidah Aerwyna Aberdeen, harus bagai mana hendak menjawab soalan Datin Amritha Kaur. 

"Mummy!" Fabian Freston pula sudah terjerit.

"You need to explain this to your Daddy. Fabian Freston jangan dibuat main. Khawin tak bagi tahu ibu bapa...bagus sangat ke?"

"Hahhh!" Terbeliak mata Aerwyna Aberdeen.

"Mummy and Daddy dah tahu who are you Aerwyna Aberdeen. You are my daughter in law. Bertuah punya anak..how he could do this to you Wiena?"

Aerwyna Aberdeen menunduk kepala. Perasaan bersalah kerana bersepakat dengan Fabian Freston menjerut perasaan. 

Fabian Freston ketap mulut. Wajah tegas Datuk Frederick Freston menjelma di minda nya. 

"Fabian Freston..you make sure bring Aerwyna Aberdeen to our family house. Jangan sorok Wiena lagi. And Mummy want you to stop to be a player. Ingat we know what is going on in your life."

Mereka masih senyap. Membiarkan Datin Amritha Kaur meluahkan lahar yang terpendam. 

"Got to go first. Sat Sri Akal."

"Sat Sri Akal." Fabian Freston menundukkan kepala jari menyentuh tapak kaki Datin Amritha Kaur. Tindakan yang sama diikuti oleh Aerwyna Aberdeen. 

Datin Amritha Kaur menarik nafas lega. Tapak tangannya menyentuh kepala Fabian Freston dan Aerwyna Aberdeen tanda merestui mereka.

Aerwyna Aberdeen mendakap erat badan lembut Datin Amritha Kaur..."I am sorry."

"Shhhh..."Airmata Aerwyna Aberdeen disapu lembut oleh Fabian Freston..."It's my fault not yours."

No comments:

Post a Comment