Saturday 11 January 2014

Musim Yang Berlalu Bab 1

Desa Panggau Libau

Suasana tegang dirumah Agam yang tersergam indah di atas Bukit Meruan. Letupan suara Tuan Gabriel Franco mengejutkan ketenteraman kesemua penghuni Mahligai Keling.

Alexender Franco, Alexavier Franco dan Annabel Atta Franco menguncikan diri dalam bilik tingkat bawah. Ketakutan sambil cuba mendengar butir bicara ayah mereka.

Berkerut kening mereka cuba menghadam setiap ayat yang keluar dari mulut berkumis tebal.

Kembar Alexander dan Alexavier memandang tepat wajah comel Annabel Atta Franco dengan rambut ikal mayang, terlepas cantik melebihi paras baru.

Cengkaman agak kuat Alexander sebagai Abang sulung di bahu Annabel Atta tidak mampu mengubah riak wajah suram Annabel Atta.

Alexavier memeluk erat Annabel Atta bila tubuh munggil kanak-kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan 10 tahun melurut jatuh di atas lantai marmar Mahligai Keling.

Suasana dalam bilik tersebut tiba-tiba bertukar menjadi riuh..."Anna!" Muka comel Annabel Atta ditepuk perlahan oleh Alexander, dengan usaha untuk menyedarkan Annabel Atta dari pengsan.

"Zander, Xavier! Bising dalam bilik ni...kenapa?" Menyingga wajah tegang Tuan Gabriel Franco.

"Papa..Anna pengsan!" Adu Alexavier yang bertahi lalat di bawah dagu kanan, membezakan dia dari kembar seiras Alexander.

"Biah!" Laungan suara besar Tuan Gabriel Franco, memanggil pembantu rumah mereka.

"Kamu ni buat apa dari pagi tadi, budak-budak ni kamu tak jaga ke? Kamu tenggok sekejap keadaan Anna. Budak pengsan pun kamu tak tahu. Tak boleh harap!" Biah mengikut arahan mandatori dari Tuan Gabriel Franco. Terketar - ketar tangan Biah memercikkan air sejuk di atas muka Annabel Atta. Diperhatikan dengan kusyuk oleh si kembar.

"Ehh..Auntie Biah! Mata Anna dah bergerak..." Alexavier masih memangku kepala Annabel Atta..."Anna...bangun. Jangan risau. Nanti Xavier cuba cakap dengan Papa."

"Anna...Zander pun sama, nanti kita jumpa Papa. Bagi tahu kita tak mahu pindah dari kampung ni." Alexander pula cuba menenangkan Annabel Atta.

Biah cuma mampu melihat dengan perasaan sebal ketiga beradik Franco yang cuba mencari jalan keluar dari masalah sekarang..."mustahil kamu bertiga boleh mengubah keputusan kepala batu Tuan Gabriel Franco."

#######################

Wong Besapit

Annabel Atta memasukkan kaki ke dalam air yang sejuk sampai ke tulang sum-sum.

Jari dimainkan bersama air, dilambung tinggi. Pancaran matahari pagi menjadikan titisan air yang jatuh kelihatan seperti kilauan intan.

Bunyi cengkerik dan unggas yang bersembunyi didalam denai di sekeliling Wong Besapit memberi satu keunikan ketenangan di wajah Annabel Atta Franco yang baru berusia 10 tahun.

Perlahan badan pun melurut juga ke dalam air, berenang seorang diri menikmati kesegaran air sungai yang mengalir di Wong Besapit. Walaupun sejuk tetapi bila keluar dari air berbatu ia meninggalkan rasa yang segar disetiap liang roma.

Tidak sanggup Annabel Atta berpisah dengan Jeram dua tingkat tersebut. Belum puas dia bermain dengan ciptaan Tuhan yang cukup menakjubkan bagi setiap mata yang memandang.

Tempat yang terpencil belum tercemar lagi dengan pembangunan zaman sekarang. Suatu hari nanti bila dia berkesempatan kembali ke Desa Panggau Libau belum tentu Wong Besapit masih utuh seperti keadaan sekarang.

Wajah manis pan asia selalu mengusik pandangan mata budak-budak lelaki yang selalu berselisih dengan Annabel Atta Franco.

Ezekiel Bunyau tidak ketinggalan juga. Walaupun baru berusia 12 tahun, satu kelas dengan Alexander dan Alexavier. Sudah lama mata hati Ezekiel Bunyau terpaut dengan Annabel Atta Franco. Pantang sahaja dia tahu kembar Franco dan Annabel Atta Franco merancang mandi di Wong Besapit, dia akan ditemani rakan sekufunya Albert Poi mengintip di tepi Wong Besapit.

Ada 'port' yang sesuai untuk mereka berdua menikmati telatah serta gurauan tiga bersaudara.

Secara kebetulan Ezekiel Bunyau pun berada di Wong Besapit masa Annabel Atta datang seorang diri tanpa ditemani kembar Franco.

Dari jauh Ezekiel Bunyau perhatikan wajah suram Annabel Atta. Kanak-kanak perempuan tersebut selalu ceria.

Jentikan dihati ingin menyapa biar sebarang dua kata. Peluang untuk berkenalan sudah terbuka di depan mata. Tetapi bila terpandang keadaan diri dengan baju dan seluar bertampal sana sini. Malu pula menjenggah hati.

Ezekiel Bunyau ketap mulut..."Atta...kamu terlalu jauh untuk aku capai, keadaan kita umpama langit dan bumi."

Kedua belah tapak tangan digenggam menyuntikan motivasi diri ..."Akan aku rapat kan jarang di antara kita."

"Tolong! Tolong! Tolong!" Sayup-sayup kedengaran suara Annabel Atta meminta tolong.

Ezekiel Bunyau meliarkan mata mencari kelibat Annabel Atta Franco.

"Tolong! Tolong! Tolong!"

Ezekiel Bunyau pantas terjun ke dalam lubuk ke tujuh Wong Besapit. Lubuk yang paling dalam dan aliran air yang deras sekali.

Nasib baik anak jantan Semalau mahir dengan lubuk di sekitar Wong Besapit. Tangan kiri melilit kuat dada kecil Annabel Atta dan tangan kanan pula mengayuh ke tepi Wong Besapit.

Tenaga tinggal tak seberapa bila sudah selamat berada di tepi Wong Besapit.

Mata Ezekiel Bunyau dipaku ke arah dada Annabel Atta Franco. Beberapa saat di ambil untuk memastikan langkah seterusnya yang harus dia gunakan untuk menyelamatkan Annabel Atta Franco.

Tiada alunan nafas dari arah dada Annabel Atta Franco, jari telunjuk kanan di letakkan didepan hidung mancung. Belum puas lagi..Ezekiel Bunyau pegang pergelangan tangan untuk mencari denyutan nadi..."Atta...aku belum mengizinkan kamu pergi dari muka bumi ini, tolong lah bernafas semula!"

"1, 2, 3, 4, 5" Ezekiel Bunyau mengira tekanan didada kiri Annabel Atta. Lepas mengira tarikan nafas panjang di tiup ke paru-paru Annabel Atta melalui mulut munggil kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Nadi di leher Annabel Atta cuba di cari. Belum ada!

Terpaksa CPR di lakukan sekali lagi. Kali ketiga baru berhasil..."Uhuk! Uhuk!" Batuk kecil keluar bersama dengan lebihan air yang terkumpul di dalam perut dari mulut Annabel Atta.

Ezekiel Bunyau mengiringkan badan Annabel Atta Franco untuk membantu dia mengeluarkan sisa lebihan air yang tertelan tadi.

"Atta...kamu okay?" Nafas lega dilepaskan bila Annabel Atta sudah boleh bernafas dengan selesa.

"Ermmm...saya okay. Terima Kasih kerana selamatkan saya." Wajah pucat Annabel Atta sudah bertukar merah bila teringat kejadian sebentar tadi di tambah pula bila menghadap tubuh tegap budak lelaki tanpa baju, seluar pula alahaiii. Malu nak cakap, terlondeh sikit la bawah punggung.

Agaknya tersedar dari cara anak mata Annabel Atta berbicara Ezekiel Bunyau melihat keadaan diri...Malu Mak Oiii...apa lagi dia terjun ke dalam air semula.

"Atta...kamu ada bawa tuala tak? Selimutkan badan kamu tu. Nanti sejuk." Jerit Ezekiel Bunyau dari dalam air.

Terbeliak mata Annabel Atta bila melihat keadaan baju dia sudah terkoyak separuh.

"Kamu tak buat apa-apa dekat aku kan?" Separuh menangis Annabel Atta cuba mencari kepastian.

"Kamu rasa macam mana? Tak penting apa saya cakap tapi penting apa yang kamu rasa..."

Disebalik denai, Albert Poi tersenyum lebar..."Syabas Bunyau! Kamu sudah melangkah satu langkah!"

Albert Poi terpanggil untuk menjengguk apa yang terjadi bila mendengar suara jeritan minta tolong. Tak sangka pula dia menyaksikan adengan Ezekiel Bunyau menyelamatkan Annabel Atta.

"Anna! Anna!" Alexander berlari ke arah tebing Wong Besapit. Mencerlung matanya bila melihat Annabel Atta tersadai ditepi tebing
Sasaran mata amaran di lontarkan ke dalam sungai..."Ehh!  Apa kamu buat dengan Annabel?" Suara kasar seorang Abang sudah keluar.

"Baik kamu cakap kalau tidak saya pecahkan muka kamu nanti." Amarah Alexavier merajai hati.

"Zander, Xavier...Dia tak buat apa-apa dekat saya. Dia selamatkan saya tadi...dari lemas." Perlahan Annabel Atta menerangkan keadaan yang sebenar.

"Betul apa yang Annabel Atta cakap. Saya saksi kejadian." Albert Poi melemparkan sehelai tuala usang buat Annabel Atta.

Alexavier melepaskan cengkaman di leher Ezekiel Bunyau..."Maaf. Terima Kasih kerana selamatkan Annabel Atta."

Alexander membalut tubuh kecil Annabel Atta Franco..."Nasib baik kamu selamat Anna. Lain kali bagi tahu kami bila kamu hendak keluar ke mana-mana."

Mereka cuba mencari kelibat Ezekiel Bunyau. Sudah hilang disebalik denai.

No comments:

Post a Comment