Sunday 2 February 2014

Kisah Cinta Kita Bab 8

Ketukan bertalu-talu menggangu tidur panjang Wardina Wahyu. Matanya dibuka perlahan-lahan, mindanya berputar..."Macam mana aku boleh tidur dalam bilik ni?" Musykil sendirian.

Bunyi ketukan tersebut dibiarkan sahaja, bisa 'hang over' masih bersisa di badan. Kepala masih berdenyut-denyut, belum berdaya untuk bangun kerana penglihatan masih kabur.

"Teruk sungguh! Mabuk malam tadi! Tetapi..." kepala ditekan kuat..."nak jawab macam mana kalau Ibu menyoal..."

Wardina Wahyu pejam mata semula bila mendengar pintu biliknya dibuka.

"Wahyu sudah bangun? Pergi mandi dulu lepas tu, minum air limau panas ni." Tangan Puan Rabiatul mengusap lembut rambut pendek Wardina Wahyu.

Bila tiada reaksi dari Wardina Wahyu, Puan Rabiatul mengeluh lemah..."Bangun, segarkan diri dulu, lepas tu turun sarapan. Jangan bagi Abang Long tunggu lama! Sebelum dia masuk ke bilik Wahyu baik buat apa yang Ibu suruh!"

Langsir bilik dibuka luas,sengaja membiarkan pancaran cahaya pagi matahari menggangu ketenangan Wardina Wahyu.

"Papp!"

"Sakit la Ibu!" Wardina Wahyu mengosok belakang bahunya.

"Liat sangat nak bangun, sapa suruh?"

"Nanti la..."

"Bila? Petang? Lepas Maghrib? Baru nak bangun!"

"Huhhh! Menyusahkan!" Wardina Wahyu mendengus geram dengan Puan Rabiatul, hentakan kaki diseret ke bilik air.

"Lepas mandi, minum air limau panas ni. Jangan lupa, Abang Long tunggu untuk bersarapan sekali." Peringat Puan Rabiatul.

Di depan cermin bilik mandi Wardina Wahyu merenung diri sendiri, muka sudah menyerupai 'Barong'. Apa tak nya, tidur dengan muka penuh make up...

Setelah menyegarkan diri Wardina Wahyu menyeret langkah ke dapur seperti arahan Puan Rabiatul.

"Assalamualaikum." Wardina Wahyu memicit keningnya.

"Waalaikummuassalam." Hampir serentak semua yang berada di situ menyahut salam dari Wardina Wahyu.

"Masih pening lagi ke?"

"Pening sikit je Ibu. Nanti hilang lah pening ni." Kerusi di sebelah Eamad Faliq ditarik untuk melabuhkan punggungnya.

Encik Ahmad Fikri dan Eamad Faliq cuma mendiamkan diri, lebih kepada masih memendamkan kemarahan malam tadi.

Wardina Wahyu menjeling kedua lelaki yang berada ditepinya. Untuk memulakan perbualan dengan mereka, memang dia tidak mempunyai kekuatan lagi. Pasti perihal malam tadi akan menjadi tajuk utama selepas sarapan pagi.

"Sarapan dulu lepas tu, ayah nak bincang dengan Wahyu."

"Nak bincang apa pulak, Ayah?"

"Banyak tanya ni kenapa? Ikut saja la kata Ayah tu..." Eamad Faliq sudah bangun dari duduk..."Ayah....Faliq tunggu di ruang tamu."

"Ya la...Faliq duduk dulu, bagi Ayah perabih bihun goreng ni." Matanya pula di arah ke sebelah.." Haa...kenapa tak mula makan? Masih kenyang dengan air kencing syaitan malam tadi?"

"Abang...Biar Wahyu makan dulu, nanti lepas ni kita bincang la.."

"Awak layan anak awak ni!"

Puan Rabiatul terpinga-pinga melihat Encik Ahmad Fikri sudah bangun dari kerusi.

"Saya dah hilang selera...Hah..Wahyu kenapa tak makan lagi?" Tangan dicuci sebelum menyusul Eamad Faliq di ruang tamu.

"Sudah la Wahyu jangan diikutkan sangat perasaan dalam hati tu, makan dulu lepas pergi jumpa Abang Long dan Ayah...." Tersentuh pula hati Puan Rabiatul melihat wajah sunggul Wardina Wahyu.

"Errr...Ibu, macam mana Wahyu boleh berada di sini?"

Lama Puan Rabiatul menatap Wardina Wahyu dengan penuh kesal, rupanya malam tadi dia tak sedar langsung.

"Wardina Wahyu, kami kecewa sangat dengan apa yang kamu buat malam tadi. Nasib baik Abang Long tergerak hendak mencari kamu, kalau tidak..."

Wardina Wahyu kerut kening, cuba mengingati keadaan dia malam tadi.

"Teruk sangat ke?" Mata Wardina Wahyu memandang tepat wajah Puan Rabiatul.

"Wahyu...tahu kan minum arak tu hukumnya haram, tak boleh langsung walaupun setitik. Mana ada istilah teruk sangat..." keluh Puan Rabiatul lagi.

Akhirnya Wardina Wahyu menunduk kepala termalu dengan soalan sendiri.

"Wahyu makan dulu, Ibu nak kemas pinggan mangkuk ni..." Tak sanggup lagi hati tuanya menghadap anak yang semakin hari semakin hanyut dalam syurga dunia.

Makanan yang terhidang di depan mata walaupun nampak menyelerakan, tetapi belum boleh menembusi tekak kering Wardina Wahyu.

Penangan alkohol malam tadi masih menyeksa anak tekak, rasa perit bagai dihiris menyakitkan kerongkong apabila terkena aliran bendalir atau makanan pejal.

"La kenapa tak habis?"

"Tak lalu Ibu..." Wardina Wahyu bangun meninggalkan lebihan makanan di atas meja.

Puan Rabiatul mengeluh lagi kepala pula digeleng-geleng..."Wahyu Wahyu...kenapa kamu boleh sekeras ini?"

"Ayah, Abang Long...tadi kata ada benda nak bincang dengan saya." Wardina Wahyu bersuara sebaik sahaja duduk di sofa ruang tamu.

Eamad Faliq menoleh sekilas Wardina Wahyu, remote TV diambil lalu ditekannya punat Off.

"Berapa umur Wahyu sekarang?"

"Dua puluh enam tahun." Jawab Wardina Wahyu selamba.

"Oooo...ingat kan kamu dah lupa berapa umur kamu, kalau sudah tahu umur tu dalam peringkat nak masuk senja kenapa buat perangai anak muda remaja?"

" Saja, jiwa muda!" Selamba lagi Wardina Wahyu menjawab.

Eamad Faliq menggengam buku lima, geram sangat dengan sikap Wardina Wahyu..."Jiwa muda? Kubur tu tak kira muda atau tua tahu tak?"

"Tahu...kita jaga kubur masing-masing la Abang Long..." Masam mengalahkan mangga muda riak wajah Wardina Wahyu bertekak dengan Eamad Faliq.

"Astaghfirullah'adzim...Ayah tak ajar anak bercakap seperti orang tak berilmu." Semput nafas di dada Encik Ahmad Fikri sambil tangan mengurut dada sendiri.

Eamad Faliq diam terkedu, bukan senang hendak menguruskan kepala batu Wardina Wahyu.

"Minum arak, hidup bebas di luar sana tu berdosa besar Wahyu...kamu tak kesian ke dengan Ayah dan Ibu?" Eamad Faliq masih cuba untuk mendiplomasi Wardina Wahyu.

"Malam tadi sesuka hati sahaja kamu berpelukan dengan lelaki Cina tu...apa kes ni Wahyu?" Suara ditinggikan sedikit..."Bersentuhan dengan lelaki bukan maharam, kamu tahu hukum hakam agama tetapi kamu buat juga..." Anak mata memanah tepat wajah Wardina Wahyu.

"Abang Long nak tahu...siapa lelaki tu? Setahu Abang Long kamu bercouple bertahun-tahun dengan budak Bengali tu. Ni pasal apa pula keluar dengan yang Cina?"

Wardina Wahyu mendengus kasar..."Jangan menyibuk dengan hal peribadi saya."

"Wardina Wahyu! Jawab soalan Abang Long tu! Jangan kurang ajar!" Jerkah Encik Ahmad Fikri yang memerhatikan dari tadi.

"Berbelas tahun kamu keluar dengan Bengali tu...apa yang kamu dapat? Kalau dia nak khawin dengan kamu dah lama dia memperisterikan Wahyu, buka mata jangan jadi bodoh kerana cinta kepada manusia." Kesal sungguh suara Eamad Faliq menuturkan kata-kata tersebut.

"Itu urusan saya, tiada siapa yang boleh masuk campur! Termasuk Abang Long! Dengan siapa saya hendak bergaul adalah hak saya." Tekan Wardina Wahyu.

"Abang Long tak kata yang Wahyu tak boleh bergaul dengan sesiapa tetapi Abang Long nak mengigatkan Wahyu bahawa kita ni orang Islam, hidup kita berlandaskan hukumnya. Yang salah tetap salah Wahyu...kalau macam ni la hidup kamu baik kamu khawin sahaja Wahyu..." Eamad Faliq menerangkan pendapatnya.

"Ehhh! Gila ka apa? Nak suruh saya khawin..."

"Kenapa tak boleh? Dari kamu berkeliaran di kelab malam bersama dengan jantan yang entah apa-apa...baik khawin sahaja." Encik Ahmad Fikri pula bersuara tinggi.

Mengelabah sudah Wardina Wahyu bila di suruh berkhawin, peluh sejuk sudah keluar di dahi.

"Ada boyfriend kan? Hah! Bawa jumpa kami, kita uruskan perkahwinan kamu secepat yang mungkin. Kalau tidak kamu kena ikut jodoh yang kami cari bagi kamu." Encik Ahmad Fikri menyambung semula pendapatnya.

"Ayah....mana boleh buat macam tu." Wardina Wahyu meminta simpati dari Encik Ahmad Fikri.

Melihat tiada sokongan dari Encik Ahmad Fikri, dia mencari Puan Rabiatul..."Ibu..."

"Ibu...tak boleh tolong Wahyu untuk kali ini...dan demi kebaikan Wahyu...ikut sahaja kata Ayah dan Abang Long." Puan Rabiatul bangun dari situ, tidak sanggup mendengar lebih jauh perbincangan mereka.

"Ayah bagi tempoh sebulan...kalau tidak Ayah akan tarik segala kemudahan yang Ayah bagi." Ujar Encik Ahmad Fikri lalu sama seperti Puan Rabiatul mengangkat punggung dari situ.

Wardina Wahyu dan Eamad Faliq terganggu dengan bunyi loceng pintu pagar.

Honda CRV milik Wardina Wahyu dan lelaki malam tadi menjadi tumpuan.

Wardina Wahyu tidak mempunyai keberanian untuk menghadap lelaki tersebut yang ternyata boleh menjejaknya sampai ke rumah keluarga.

"Hahh! Wahyu...bukan ke lelaki tersebut yang keluar dengan Wahyu malam tadi? Pergi la tenggok..." Musykil pula Eamad Faliq bila melihat Wardina Wahyu seolah-olah cuba menyembunyikan diri.

"Abang Long tolong Wahyu...saya tak mau jumpa dengan dia..."

"Kenapa pulak?"

"Alaaa...tolong la Wahyu. Please!" Merayu pula si adik manja ni dengan dua telapak tangan dirapatkan.

Kesian dengan si adik, Eamad Faliq membuka pintu pagar, membiarkan lelaki tersebut membawa masuk Honda CRV.

"Assalamualaikum!" Dia bagi salam pula.

"Waalaikumuassalam!" Jawab Eamad Faliq teragak-agak.

"Wardina Wahyu ada?"

"Ada..nanti saya panggil dia."

"Errr...tak apa kut. Dia sudah okay? I meant sudah sedar dari mabuk malam tadi." Tanya dia sambil menghadiahkan senyuman ikhlas.

"Not hundred percent okay, but she is a wake now." Layan Eamad Faliq pula..."mesra alam pula dia ni, siap bagi salam...siapa erkk?" Bisik hatinya.

"Boleh saya jumpa dengan Wardina Wahyu? Risau pula saya, teruk sangat keadaan dia malam tadi."

Eamad Faliq bila melihat lelaki tersebut meminta izin dengan sopan, apa lagi mahu tunggu...

"Masuk dulu lah kalau nak jumpa dia..."

"Errr...tak apa ke? Saya tak menggangu ke?"

"Masuk sahaja...Wardina Wahyu ada di dalam."

Wardina Wahyu terpinga-pinga apabila lelaki tersebut melangkah masuk dengan penuh gaya beriringan dengan Eamad Faliq.

"Macam mana, Dina dah okay?"

Wardina Wahyu cuma berani mengangguk kepala...suara belum mampu keluar dari peti suara.

"Errr....Encik..."

"Panggil saya dengan nama Eddie,  Muhammad Rayyan Eddie Lim..."

"Mualaf ke mamat ni." Bisik Eamad Faliq..."Kalau macam tu, saya Eamad Faliq, Abang kepada Wardina Wahyu...sila duduk."

Wardina Wahyu masih menikus dari tadi..."Habis la aku, wrong timing betul Eddie ni datang ke rumah." Bisik hatinya.

"Terima kasih, susah kan Eddie pula nak kena hantar CRV tu."

"No hal...tak ada susah pun. Dekat sahaja dari sini."

"Rumah ada dekat area mana?" Eamad Faliq memerlukan lebih penjelasan.

"Green Land dengan Jelutong tak la jauh mana."

"Jelutong? Hahh...seberang jalan tu sahaja."

Mereka berdua serentak menarik senyum panjang.

"Hahh...Wahyu kenapa diam dari tadi. Eddie dah ada di sini, boleh pula mendiamkan diri." Tegas teguran Eamad Faliq terhadap Wardina Wahyu.

"Wahyu tak ada mood...Abang sembang la dengan Eddie. Saya nak berehat."

Baru sahaja Wardina Wahyu hendak bangun dari sofa...

"Wahyu...boleh tak duduk dulu? Eddie baru sahaja sampai, kamu pula nak tinggalkan dia dengan Abang Long. Ada ka patut, nak buat macam tu?"

"Errr...it's okay. No problem. Dina pergi berehat, ni kunci CRV dan purse Dina..."

"Thank You..." Dengan muka tiada beriak Wardina Wahyu mengambil huluran kunci CRV dan purse, selepas itu meninggalkan Eamad Faliq dan Eddie di ruang tamu.

Badan yang lengguh dihempaskan di atas tilam, isi perut iPhone 4S diperiksa, hampa tiada pesanan atau panggilan dari orang yang ditunggu.

Mulut diketap kuat..."Where are you? Balik nanti siap la kamu aku kerja kan. Tak apa..."

#########################

Sepetang setelah berada di bendang, Fabian Freston diserang penyakit orang kampung lengguh-lengguh tulang disebabkan kerja kasar yang dibuat setiap hari.

Oleh kerana pertama kali di buli oleh Ayak Laja, malam tersebut dia tidak boleh tidur.

Sekejap ke kanan sekejap ke kiri dia memusingkan badannya. Tangan pula tak berhenti memicit bahagian badan yang lengguh.

"Darling...boleh tak jangan buas sangat?"

"Kenapa?" Soal Fabian Freston pelik.

"Katil ni dah uzur sangat, dari zaman Jepun dulu. Nanti kalau runtuh macam mana?" Bisik Aerwyna Aberdeen.

"Betul ke?"

"Katil ni...memang katil lama, dari masa Indai anak dara sampai sekarang."

"Ooooo....patut la bila kita berpusing sikit pun berbunyi semacam" Senyum menyakat Bujang Senang terukir manis.

"You jangan bawa perangai miang tu atas katil ni..." Aerwyna Aberdeen memberi amaran keras.

"Kalau nak buat macam mana?" Bujang Senang masih mengusik lagi.

"I lagi takut katil antik ni runtuh, dari melayan miang you tu." Risau pula Aerwyna Aberdeen takut nanti Bujang Senang hendak mengganas.

"Baby...runtuh pun tak apa, esok kita beli la yang lain..." Bisik Bujang Senang semakin berani memulakan langkah.

"Stop it will you!" Aerwyna Aberdeen cuba menggelak bila sentuhan bibir berkumis nipis menyingahi kulitnya..."Malu la kalau katil ni runtuh, satu rumah boleh dengar tau tak?"

"Habis tu nak tidur macam mana? Badan I dah lengguh semacam, mau patah tulang belikat I ni."

"Ekkleh...Badan berketul-ketul macam tu sepatutnya tak ada masalah nak mengangkat sepuluh guni padi dari bendang ke rumah. Bukannya jauh pun. Dekat baroh tu sahaja."

"Sakit betul tau tak, tertanam dalam paya tu pun satu hal. Tapi memang menyeramkan bila Apai hulur senapang patah, ingat kan..."

"Ingat apa? Apai nak tembak? Agak-agak la tak akan la Apai nak buat macam tu..." Tangan Aerwyna Aberdeen mengurut lembut bahu Fabian Freston.

"Mana la tau, Apai bukannya suka sangat dengan saya ni..." Sayu pula suara Fabian Freston apabila meluahkan perasaan hatinya.

"Terlebih sedih dengan Apai pulak dah dia ni...tetapi bagus jugak Apai tu macam tu sekurangnya you tak boleh nak buli I sesuka hati..." Lalu digeleteknya badan Fabian Freston sampai terguling-guling di atas katil tua tersebut.

"Prappp!"

Macam lipas kudung keadaan mereka berdua jatuh sekali bersama dengan lapisan papan katil tua tersebut.

Aerwyna Aberdeen tutup mulut menahan gelak..."Selamat menjadi arwah katil kesayangan Indai ni..."

"Wiena...Kenapa bising sangat tu? Katil runtuh ke?"

"Baby...you jawab la, Apai tanya tu..." Mengelabah pula Fabian Freston bila Apai masuk campur dari luar.

"Tadi I dah bagi tau...Jangan buas.." Niat mengusik timbul semula.

"You la! Kenapa geletek I? It's just self reflection..." Jawab Fabian Freston geram.

"Katil runtuh, Apai..." Jawab Aerwyna Aberdeen dari dalam bilik.

Bunyi ketukan di pintu mencuri perhatian mereka berdua.

"Wiena buka pintu...saya nak tengok keadaan katil tu..."

"Tunggu sekejap Indai!" Dia melirik pula keadaan Bujang Senang..."Salin baju you dulu."

"Kenapa?"

"Tukar boxer tu with your pants...Nak buat free show ke?" Aerwyna Aberdeen menarik keluar seluar track Fabian Freston.

Fabian Freston tergaru-garu kepala, renyeh memanjang...

"Salin cepat! I nak buka pintu!" Arah Aerwyna Aberdeen sambil menghulur seluar track kepada Fabian Freston.

Fabian Freston menyambut huluran tersebut. Sempat juga dia mendaratkan sekilas cuiman di dahi Aerwyna Aberdeen.

"Cium curi pun jadi lah...you look so yummy with your white transparent night dress." Bisiknya di tepi telinga Aerwyna Aberdeen..."I would like to have my favourite yummy food later..." Usik dia lagi.

Menyerbu darah merah naik ke muka putih bersih Aerwyna Aberdeen..."I'll change!" Tergesa-gesa dia menyarung baju kaftan.

Fabian Freston meneliti pula katil tua yang sudah pun menjadi arwah sebentar tadi, dua daripada empat tiang katil tersebut patah dua.

"Esok kena cari lain, ganti yang ni!" Bisik hatinya.

"Runtuh jugak katil ni...Apai dah banyak kali suruh buang benda antik ni tetapi Indai kamu ni masih sayang." Ayak Laja tergelak melihat katil tua tersebut sudah hancur ranap..."Ganas betul kamu ni Wat..." Sambung dia sengaja mengenakan Fabian Freston.

"Wiena...tak apa ke tidur tak berkatil nanti?"

"Tak ada masalah Indai. Lagipun bukannya tidur tak bertilam."

Bertemankan bunyi cengkerik di malam yang sunyi sepi, ditambah dengan suasana sejuk yang boleh menembusi tulang sum-sum.

Dengkuran halus Fabian Freston menggangu lena Aerwyna Aberdeen. Diperhatikan seketika saat si suami dibuai mimpi indah.

"Dina I love you." Tidur Fabian Freston boleh diulit mimpi indah bersama dengan Wardina Wahyu.

"Dalam tidur kamu, nama dia masih terpahat dalam kotak memorimu."

Hati Aerwyna Aberdeen berlagu pilu semula seakan tidak percaya bahawa baru sebentar tadi melayari keindahan musim cinta mereka.

Lalu bagaimana harus Aerwyna Aberdeen memadamkan nama Wardina Wahyu dari hati nurani Fabian Freston?

P/S- Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya sekali lagi.
Seperti biasa saya nak upah...LIKE PLEASE...lepas habis baca..Muahhh Lap U all...

Next Bab kita bertemu lagi untuk kisah yang selanjutnya.
Dalam tawa akan ada duka.
Dalam duka akan ada tawa.

  

No comments:

Post a Comment