Thursday 2 January 2014

Lying Eyes Bab 2

Mini Cooper di'parking' kemas di dalam kotak yang disediakan. Fea Marcella buntu, dalam banyak tempat yang dia boleh pilih untuk menenangkan keadaan diri, kenapa Lapangan Terbang Antara Bangsa Pulau Pinang yang dipilihnya.

Baru sahaja minggu lepas dia bersama Simon Cowell menaiki pesawat ke Langkawi untuk beralih angin.

Sampai hati Simon Cowell boleh mengeluarkan perkataan yang terlalu melukakan hatinya. Fea Marcella tidak menyangka sama sekali Simon Cowell boleh menundingkan tong sampah dan tempat dia adalah didalam tong sampah tersebut.

Sisa airmata disapu lembut.
"It's going to be fine Fea Marcella! You always strong as usual! Kata-kata Simon Cowell tak akan mematikan semanggat you." Bisikan kata hati untuk diri sendiri adalah yang paling mujarab untuk membangkitkan semangat yang tinggal tak seberapa.

Nama Ashley dicari dalam 'contact list' Samsung Galaxy Note3...

I am away from Penang. Most probably about 1 week. I'll call you after I reached my destination...
Lepas habis menaip text tersebut, butang send ditekan.

Langkah kaki disusun menuju 'counter' jualan tiket Malaysia Airlines. Dalam keadaan sekarang tiket Airasia adalah mustahil untuk dia dapatkan. Terbang sekali sehari, itupun flight awal pagi. Sekarang jarum jam sudah menunjukan pukul 12 tengah hari.

Malaysia Airlines tidak ada masalah. Banyak flight sambungan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kuching.

"Flight to Kuala Lumpur and than connect to Kuching, Pleas8e." Fea Marcella menunggu 'Flight Attendance' membuat semakan untuk 'Flight' yang seterusnya.

"You are lucky Miss. We got 1 cancellation sit for the next flight. About 1 hour to departure. And connecting to Kuching at 5 PM. Is it okay with you?"

"It's okay. Please purchase that tickets for me."

Helaan nafas lega dikeluarkan. Tiket kapal terbang sudah berada didalam tangan.

Sekali lagi Samsung Galaxy Note3 dibelek seketika. Cuba mencari tempat penginapan untuk malam nanti.

"Ambik Hilton di tepi Kuching Waterfront pun cantik juga. Sambil menikmati pemandangan Sungai Sarawak."

Mata dilarikan disekitar ruang menunggu cuba mencari kekosongan kerusi untuk merehatkan badan yang mula lenguh. Nasib baik Fea Marcella tidak mempunyai symptom 'alah' bila mengandung.

'Bedebuk'

"Ehh! You buta ke?"

"I am sorry..Sir! Tak nampak tadi."

"Lain kali guna mata kalau nak berjalan bukan pakai langkah sahaja."

Tersentap jantung Fea Marcella bila lelaki tersebut membuka kaca mata hitam yang dipakainya dari tadi.

"Ni kenapa you tengok I macam tu? Hansem ehh?" Mata dikenyit, senyum sinis dihadiahkan.

"Jangan nak perasan okay...I think that guy is more hansem than you!" Fea Marcella cabut lari dari lelaki tersebut sebelum kena serbu sekali lagi.

"Heyyy! Minah mana you nak lari..!" Pergelangan tangan Fea Marcella sudah digenggam erat.

"Lepaskan my hand..you hurt me!"

"Berani you kata lelaki perut buncit tu lagi hansem dari aku! Ehhh...no one does this before, you tau tak?"

"Look...I care about it?" Fea Marcella mengosok pergelangan tangan yang sudah mula memerah.

Lelaki tersebut meneliti figura Fea Marcella...Dia cuba memadankan figura yang didepan matanya sekarang dengan perempuan yang pernah dibelai suatu ketika dahulu..."Hampir sama tetapi tak berapa padan!"

"Yang you sentap dengan I tadi..do you know me?" Dia cuba buat serkap jarang.

Secara sepontan Fea Marcella menggelengkan kepalanya..." No...We never meet before."

Fea Marcella melangkah laju meninggalkan lelaki tersebut..."tinggal lah kenangan lalu, jangan kamu hampiri aku lagi!"

Keadaan yang penuh sesak didalam kapal terbang menyukarkan Fea Marcella untuk meletakan hand luggage diatas ruang atas.

"Need my help Miss?" Kenyitan mata nakal dari lelaki tersebut lagi..

Fea Marcella menapak selangkah ke belakang. Memberi laluan agar lelaki tersebut boleh meletakan hand luggage kedalam compartment.

"Thanks."

"You are most welcome." Badan dia di alih sedikit, membiarkan Fea Marcella duduk ditempat kerusi sebelah.

Fea Marcella memicit kepala..."Dalam banyak ruang dekat kapal terbang, kenapa dia boleh duduk disebelah aku?"

"Miss are you sure we never meet before? You're kind familiar to me." Lelaki tersebut masih belum berpuas hati rupanya.

"Anyway I am Tengku Farish Haikal." Huluran tangan Tengku Farish Haikal dibiarkan sahaja.

Termalu dengan sikap derk Fea Marcella. Tengku Farish Haikal cuba mendiamkan diri sahaja. Tetapi hati masih meragui. Dia pasti pernah berjumpa dengan Fea Marcella, perempuan yang sedang memejamkan mata disebelah kirinya.

Pejam celik pejam celik mata Tengku Farish Haikal, masih tak boleh lena..."Hissshhh aku tahu perempuan ni dulu. Tetapi sapa?"

Terkejut Fea Marcella bila bahu kanannya dicuit sedikit..."Hahh...I got you...Fea Marcella right?" Teruja sungguh Tengku Farish Haikal bila boleh mengingati semula perempuan yang dari tadi berlegar-legar dalam memori tepunya.

"Sir low down your volume please." Orang sebelah sudah bagi amaran. Agaknya besar sungguh suara Tengku Farish Haikal tadi.

"Ohhh...Sorry mam!" Tengku Farish Haikal meminta maaf.

"How is your life now Fea darling?"
Tengku Farish Haikal cuba membuka tajuk perbincangan bila melihat Fea Marcella masih bersikap dingin dengannya.

"Aikkk...I duduk elok dekat tepi you ni, kiranya elok lah keadaan I." Fea Marcella mencebik mulut.

"Masih sama jugak perangai you. Seperti dulu, but you are look prettier now. Not ages at all." Jeda seketika.

"Sudah lama juga I tak dengar berita dari you. Nearly 10 years kut. So are you married now?"

"Macam lah you tu, hairan sangat dengan keadaan I. Pi rahhh! I khawin atau tak is none of your business." Fea Marcella tayang muka menyampah depan Tengku Farish Haikal.

"I tanya elok-elok but you pula try to pick up a fight pula with me."

"Just keep your mouth shut!"

"As you wish!" Tengku Farish Haikal cuba menutup matanya kembali.

Fea Marcella mengeluh, masih berat hati untuk memecahkan rahsia yang ditanggungnya selama ini. Tetapi kalau tidak sekarang sampai bila baru dia berkesempatan untuk berjumpa lagi dengan Tengku Farish Haikal.

"Dominic Farrel...his name." Lancar sebaris nama keluar dari mulutnya.

"Pardon? Sapa dia?" Tengku Farish Haikal berpusing, tajam matanya memandang wajah jelita Fea Marcella.

Keluhan kasar dilepaskan..."Your son...Dominic Farrel"

Tersentap sekali lagi. Tengku Farish Haikal ingat betapa rapat mereka. Dia pernah menyintai Fea Marcella sehingga terleka seketika . Kerana nafsu mereka terlanjur. Dia kesal kerana meninggalkan tanggung jawab yang sepatutnya digalas tetapi dia mengambil sikap pengecut. Melarikan diri ke luar negara kerana takut rahsianya akan terbongkar. Dia takut dengan penerimaan keluarganya.

"So..It's a boy? About 9 years old right?"

"Yup...about 9 years old. Anak kita tetapi membesar dengan my sister."

"Why you tak jaga dia?"

"Why you tak jaga dia?" Fea Marcella merenung tepat mata Tengku Farish Haikal.

"Dominic Farrel...Boleh I jumpa dia?"

"Wait...you can't do that Tengku!"

"Why? I pun ada hak nak jumpa dia."

"Wait...kita tak ada hak ke atas Dominic Farrel. Dia sudah menjadi milik adik I. Leonora jaga Dominic dari kecil. I tinggalkan dia kerana setiap kali I see him, I teringat dekat you...Don't you ever mess up with my sister life. Let him stay with Leonora." Fea Marcella sudah bangun kerana pesawat sudah mendarat sebentar tadi.

"Give me your contact number Fea Marcella...I'll call you."

"I tak ingin nak bagi you. Cari sendiri kalau you betul nak..."

"Please Fea darling...give me."

"Move! I said move." Fea Marcella sudah menolak tubuh tegap Tengku Farish Haikal.

"Heiii...come down Fea. Kalau you tak nak bagi tak apa lah." Tengku Farish Haikal mengalah untuk kali ini.

Hand luggage Fea Marcella di hulurkan..."Fea...please give me your contact. I know you tak khawin lagi kan..please I need to see Dominic Farrel."

"Nope...Tengku. You sudah bagi fullstop untuk pertemuan kita dahulu. Remember!" Fea Marcella berjalan laju meninggalkan Tengku Farish Haikal yang masih pegun berdiri memandang langkah Fea Marcella.

Sampai sahaja di ruang menunggu Tengku Farish Haikal mengeluarkan iPhone 5..."Kamil...tolong run profile perempuan ini. I'll text you later..ya this is urgent and please keep it secret."

"See you soon Fea Marcella. Kali ini I tak akan lepaskan you." Rambut kusut ditarik sekali lagi.."and what kind of name is Dominic Farrel? Apa yang sudah aku buat?"

#########################

Tepat pukul 7 petang Fea Marcella sampai di Hilton Kuching. Dia cuba mententeramkan jiwa yang tengah berkocak bila terserempak dengan Tengku Farish Haikal.

"This is your key to your room, 1103."

"Thanks"

"You are welcome. Enjoy your stay Miss!"

Butang lift dia tekan, lega sedikit ruang lift kosong..."Wait!" Tiba-tiba terdengar suara perempuan menyuruh menunggu.

"Thank you...errr...Fea Marcella!"

"La kamu ke Nita. Keciknya dunia ni. Kita boleh berjumpa dalam lift ni." Dua sepupu tersebut berpelukan di dalam lift.

"Baru check in ke?" Tanya Nita

"Infact baru sampai pun. Nita stay sini juga ke?"

"Yes...esok ada meeting dekat sini. I am around here dalam 3 hari macam tu. You macam mana?"

"Me? Hurmm tak tau berapa lama I nak stay kat sini. Ingat nak balik kampung sekejap."

"Hahh..elok lah ti Fea. Lama sangat kamu tak balik kampung. I pun dah lama tak jumpa you. But you cantik sangat sekarang."

"Alaaa..biasa sahaja, Nita pun apa kurang nya. Berapa orang anak you sekarang?"

"Ada 3 orang Fea. Cukup dah tu..sekarang ni semuanya mahal. Beranak ramai sangat pun belum tentu boleh bagi yang terbaik dekat anak-anak."

"I agree with you, Nita. Sekarang semuanya perlukan duit."

"I rasa...floor kita sama ni..bilik Fea no berapa?"

"1103...your's?

"Mine 1110...senang lah macam ni. Nanti kita dinner sama. Lama sangat tak jumpa Fea. Family talk later?" Senyum manis Nita terserlah di bibir.

"Okay..jumpa lepas mandi?"

"Ya..I'll call your room. Choa..."

Nasib baik ada Nita. Boleh juga bertanya khabar mereka..."agaknya mereka sudah boleh terima aku tak?"

Seluar hitam sedikit longgar dan digayakan dengan blouse tanpa lengan warna merah hati menjadi pilihan Fea Marcella. Simple sangat tetapi tetap anggun.

"Fea...you ni makin berumur lagi cantik. I can't take my eyes from you..sweet sangat." Puji Nita

"Well untuk itu..I belanja you makan malam ni." Gigi putih bersih terkeluar dari celahan senyuman Fea Marcella

"Suka sangat-sangat..tiap-tiap hari pun boleh."

"No problem Nita. I boleh sahaja. You nak makan apa malam ni, pesan sahaja tau."

"Betul ni Fea?"

"Alaaa..pesan sahaja lah. Bukan banyak mana yang you nak makan. Tetapi you kena cerita perkembangan kampung kita dekat I. Lama sangat tak balik. Rindu" Fea Marcella mengeluh lagi lagi.

"Apa pula tak boleh. Fea tak minta pun I akan ceritakan."

"Order mam?" Waiter sudah berdiri ditepi meja tangan memegang buku menu.

"I'll take Sir Lion Steak. Nita..you nak apa?"

"Ambik benda yang sama sahaja Fea. Senang cerita."

"I repeat 2 set of Sir Lion Steak. Together with ice lemon tea. Anything to add on?"

"That it. Thank you."

"Mereka sihat Nita? I meant my family. Ada jumpa dengan  Leonora tak?"Air sejuk didalam gelas disedut dari straw.

"Mereka sihat Fea. Cuma Popo yang tak berapa sihat. Sakit orang tua."

"Dominic Farrel...Nita ada jumpa tak?"

"Mesti lah ada...satu kelas dengan anak I yang sulung juga. Kita sama pregnant masa tu Fea..lupa ke?"

"Betul ke? Hissshhh macam mana boleh lupa?...May be I tak berapa nak ingat semua ni kut."

"I faham keadaan kamu masa tu..kalau tak kuat memang boleh jadi gila..tapi kamu kuat Fea. Sekarang pun masih kuat."

"Tak lah sekuat mana pun..Nita. I masih tak berani hendak berdepan dengan keluarga I lagi. I takut kerana I mereka malu lagi."

"Fea..sudah lama kisah you ni terjadi. Orang mengumpat sekejap sahaja. Cuba bagi tahu saya...Ibu bapa mana yang tak sayang anak?" Tangan lembut Fea Marcella diramas lembut.

"Lama kamu tak jumpa Dominic Farrel...He is so cute..anak yang baik..kamu sendiri akan jatuh sayang dengan dia. Even myself pun sayang sangat-sangat dengan Dominic Farrel." Wajah seorang ibu terpancar dari riak muka Nita Mariam.

"Kebelakangan ini...I mean dalam setahun ni..I rasa terpanggil untuk balik ke sini. Desakan hati ini makin kuat..itu yang menyebabkan I berada di sini."

"Bagus lah..Jadi bila nak balik kampung?" Belakang Fea Marcella pula diusap lembut.

"Jenguk Popo dekat Sri Aman dulu kut...lama sangat tak jumpa Popo. Lagi pun tadi Nita..kata dia tak berapa sihat."

"Mam your order are ready. Enjoy your food." Waiter menghantar makanan yang dipesan tadi.

"Boleh juga macam tu. Macam mana you nak pergi ke sana? Ingat lagi ke jalan kampung tu?"

"Ada apa-apa perubahan ke Nita?"

"Berubah tak lah banyak mana, jalan tu masih berbatu besar lagi. Tetapi elektrik dah ada."

"I sewa Land Cruiser kut...esok I cari. Senang sikit nak drive dekat jalan kampung."

Berkelip-kelip mata Nita Mariam bila mendengar Fea Marcella hendak menyewa Land Cruiser..."mahal lah nak sewa kereta tu dekat Kuching."

"Mahal erkk? Kalau macam tu..you ada masa tak temankan I?...kita beli sahaja lah..senang cerita" suapan kepingan steak di teruskan.

Nita Mariam tersedak ice lemon tea bila mendengar Fea Marcella hendak membeli pulak..."Kalau beli lagilah mahal, tetapi sekurangnya you yang punya, kira utung sikit dari menyewa."

"Tak apa kita beli sahaja. Next time I boleh guna lagi bila I balik kampung."

"Ya lah I temankan you." Kepala digelengkan..."Banyak betul duit Fea ni."

Seperti yang dijanjikan Land Cruiser sudah dipandu Fea Marcella. Cuma perlukan 3 hari untuk menguruskan jual beli kerana stok yang sedia ada.

Perjalanan ke kampung Klauh Sri Aman mengambil masa dalam 3 jam dari Kuching. Fea Marcella drive sendiri. Dengan adanya GPS yang telah terpasang lebih memudahkan perjalanannya.

Betul kata Nita. Batu besar masih terhampar di sepanjang jalan. Nasib baik Fea Marcella memandu Land Cruiser tidak lah terlalu lembab sangat nak merangkak di jalan tersebut. Kalau kereta rendah sendiri mau ingat lah.

Hari pun sudah gelap sedikit bila Fea Marcella sampai dimuka pintu rumah Popo.

Apa lagi terkejut besar orang tua tu bila melihat kelibat cucu kesayangannya didepan mata.

Dipeluk cuim tanda kesyukuran yang tak terhingga..."Nasib baik aku tak mati lagi. Kalau tak berkeempunan aku nak jumpa kamu...Kumang hati Popo."

Aliran airmata dari celah mata tua Popo disapu lembut Fea Marcella.

"Kan saya dah ada depan Popo. Sihat lagi kan?" Fea Marcella rangkul lembut bahu nenek kesayangannya.

"Jom masuk. Popo tengah makan tadi. Nasib baik masak lebih sikit. Macam tau-tau sahaja kamu nak datang."

Fea Marcella memimpin Popo ke dapur. Meja makan masih belum berkemas lagi. Apa yang ada dijamah penuh selera oleh Fea Marcella. Lama sangat tak makan air tangan Popo.

Dengan lauk masak 'sagak' ikan bantak (sejenis ikan sungai) dan Sayur asin-asin, Fea Marcella boleh bantai 2 pinggan nasi...sedap tu!

Pagi yang indah dia nikmati dengan sepenuh hati. Kicauan burung serindit mendamaikan kocakan jiwa Fea Marcella.

Penerimaan Popo petang kelmarin cukup menyentuh hatinya. Sudah lama dia tak berjumpa dengan nenek sebelah Ayahnya yang tinggal bersendirian di perkampungan Iban yang terletak di antara sempadan Kalimantan dan Sarawak.

Walaupun umur hendak mencecah angka 100 tahun tetapi masih kuat lagi. Entah kenapa Fea Marcella tergerak hati ingin menemui Popo, bukan memilih untuk ke kampung halaman Ibunya.

"Awal Kumang bangun pagi ni." Popo masih mengosok mata tuanya, cuba menumpukan pandangan yang kabur mencari wajah Fea Marcella, cucu yang sentiasa dirinduinya.

"Kumang sudah biasa bangun awal dari dulu sampai sekarang. Lagipun sudah lama saya tidak menikmati keindahan di kampung Popo." Dia membantu Popo untuk duduk di kerusi dapur.

"Dah kamu lama sangat tak datang jumpa Popo. Ayah, Mak dan Adik beradik kamu selalu juga datang jenguk Popo. Setiap kali mereka datang selalu Popo tanya pasal kamu dengan Mak kamu. Selalunya mereka berdiam diri."

"Mereka sihat Popo?"

"Kenapa tanya Popo? Kenapa kamu tidak cuba untuk melihat sendiri keadaan mereka?"

"Saya masih takut dengan Ayah, rasa bersalah dengan Mak dan yang paling sakit sekali saya tinggalkan tanggung jawab saya dengan Leonora."

Berkerut kening Popo bila mendengar nama Leonora.."Maksud kamu.. Dom? Anak yang kamu tinggalkan...adik kamu jaga Dom dengan baik Fea...semua orang sayangkan dia. Sudah besar pun."

"Nita pun bagi tahu hal yang sama, Dom sudah besar, Leonora jaga dia dengan baik sekali. Tetapi saya rasa bersalah dengan Leonora, mungkin disebabkan Dom, dia masih solo sampai sekarang."

"Apa yang kamu fikir tu salah Fea. Buang rasa bersalah kamu tu, pergi balik jumpa keluarga kamu. Marah mereka tak lama mana Kumang, jangan kamu ikutkan sangat rasa hati kamu tu."

"Tetapi...Leonora..."

"Pasal Leonora tu Popo perhatikan dia gembira sangat dengan Dom. Mungkin dia sendiri yang belum tergerak nak khawin, sama juga dengan kamu."

"Hahh ahh...ke situ pula Popo."

"Ya lar...3 orang adik kamu sudah beranak pinak, hahh tinggal kamu dengan Leonora sahaja." Popo tersenyum penuh makna.

"Kalau ada jodoh tak ke mana..betul tak?" Fea Marcella pula cuba melawak dengan Popo.

"Memang lah tak ke mana, tapi masalah nya sudah ada ke tak?"
Popo pula menggenakan Fea Marcella.

" Fea...tak tau Popo..Entah ada ke orang yang nak kutip Fea ni?"

Popo perasan air muka Fea Marcella sudah berubah..."Cucu Popo ni cantik, baik, hormat orang tua, cekap di dapur, ringan tulang...rugi sangat lah kalau ada lelaki yang tak nak kan kamu."

"Sudah lah Kumang...kamu lepas kan kisah lalu. Lakar kisah baru...Popo percayakan kamu mampu berubah."

No comments:

Post a Comment