Saturday 1 March 2014

Kisah Cinta Kita Bab 14

Panggilan dari Fabian Freston mengejutkan Aerwyna Aberdeen yang sedang kusyuk mengemaskinikan fail-fail yang berteraburan di atas meja. 

Dalam terpaksa dia bangun juga mengambil beg galas untuk balik walaupun hati masih berat kerana kerja masih banyak yang menunggu.

Aerwyna Aberdeen menjengguk ke dalam bilik Pejabat Eamad Faliq. Senyum diukir.

"I nak balik dah. See you tomorrow."

Eamad Faliq mengangguk.

"You balik dulu. Sekejap lagi I pun nak balik juga. Enjoy your evening!"

"You too... got to go. Bye."

Eamad Faliq tersenyum lebar sambil mata menghantar langkah Aerwyna Arbedeen.

Mencerlung mata Aerwyna Aberdeen apabila melihat Airine Irwelma datang bersama Eaton Haefen menunggunya di bawah.

"Hi... ada apa ni?" Soal Wiena kehairanan apabila melihat mereka tersenyum manis kepadanya. 

" Jom Kak, takut lambat nanti. Saya dan Eaton cuma menurut perintah dari Mr Fabian Freston." Ajak Welma sambil mengusik Wiena. 

Berkerut seribu kening Aerwyna Aberdeen. 

"Pergi mana? Tadi, Fabian bagitahu nak pergi dinner. Ni nak pergi mana pulak?"

Eaton Haefen tersenggih. 

"Wiena... kami ditugaskan untuk membawa Wiena ke distinasi yang sepatutnya. Tetapi sebelum itu you kena make over dulu."

"Errr... make over di mana?"

"Let's go Wiena, lambat nanti. Kami bawa ke tempat tu. You just sit and ikut sahaja." Tegas Eaton Haefen apabila melihat Wiena seperti ragu-ragu hendak mengikut mereka.

Selama satu jam dia dirias oleh Jurusolek Jeswinder Boutique, menjadikan dia seorang jelitawan yang amat menawan sekali. Persalinan yang dipilih oleh dia sendiri menambahkan seri di wajahnya yang disolek dengan warna natural. 

#################################

Shangri-La's Rasa Sayang Hotel Batu Ferringhi Penang

Aerwyna Aberdeen sedang dilanda kegelisahan yang teramat sangat, berteka-teki di mana Fabian Freston berada sekarang. Semenjak di Jeswinder Boutique, dia cuba mengorek maklumat dari Airine Irwelma dan Eaton Haefen namun ternyata mereka berpendirian teguh.

Sekali sekala dia menggigit bibir yang sudah dicalit cantik dengan gincu yang  berwarna 'peach' bersama keluhan lembut.

Mata meliar apabila Eaton Haefen memandu Jaguar berwarna perak menghala ke Batu Ferringhi. Agak bernasib baik pada petang tersebut jalan tidak begitu sibuk. 

Airine Irwelma menjeling si Kakak yang ternyata resah dan gelisah sejak mereka mengambilnya. Oleh kerana janji yang sudah dibuat dengan Fabian Freston maka Airine Irwelma dan Eaton Haefen terpaksa menjahit mulut demi merealisasikan permintaan Aerwyna Aberdeen sendiri.

Memecahkan rahsia sudah semestinya bukan 'surprise' lagi. Jadi untuk lebih teruja biarlah rahsia...

Sekilas Airine Irwelma menoleh, bunyi radio diperlahankan.

"Relak la, Kak. You are going to enjoy this evening later. Senyum sikit. Dah la cantik macam barbie doll, tiba-tiba muka monyok sahaja, geram tau tak, Welma tenggok pun stress. Tension, betul la dengan Kakak ni, be happy, live just once. Enjoy your evening... okay." Luah Welma yang sudah tidak betah melihat keluh kesah Wiena.

Dia masih berdiam diri, dipekakan sahaja teguran dari si adik. Malas hendak melayan, tiada guna apabila ternyata mereka masih berahsia dengannya.

Perlahan Eaton Haefen memberhentikan Jaguar di lobi Hotel Shangri-La's Rasa Sayang. Penyambut tetamu membuka pintu kereta untuk memudahkan Aerwyna Aberdeen keluar dari perut Jaguar.

Tiba-tiba dia gugup, bila bersabung pandang dengan bercupak-cupak mata sedang terpegun memandang kearahnya.

Lebar senyuman Airine Irwelma, mengetahui kenapa mereka yang berada di situ menumpukan perhatian kepada Aerwyna Aberdeen.

"Tadi saya dah bagi tahu, Kakak macam barbie doll, tak percaya, tu... mereka pun beranggapan yang sama dengan saya. Smile please...." Welma memegang kejap bahu Wiena.

Aerwyna Aberdeen mengangguk mencuba sedaya upaya untuk mengawal Tsunami yang sedang melanda di dada.

Eaton Haefen memanggil salah seorang Bell Boy di lobi tersebut. Aerwyna Aberdeen cuma berdiri resah menunggu arahan yang seterusnya. Dalam hati tercari-cari figura Fabian Freston.
   
"Hurmm..." Eaton Haefen mematahkan lamunan panjang Wiena.

Senyuman manis terukir di raut wajah putih bersih Eaton Haefen.

"You are extremely gorgeous in your Grayish Fishtail Lengha. How lucky is Fabian to have you as his wife." Mata Eaton dilarikan kepada Bell Boy tadi... "Tolong bawa Mrs Fabian Freston to her's husband."

Kemudian Eaton Haefen mengalih semula kepada Aerwyna Aberdeen.
 
"He will assist you to Fabian Freston. Enjoy your romantic dinner and put a smile on your pretty face." Eaton Haefen menggoyak senyum bersama sekali dengan Wiena.

"Errr... you berdua nak pergi mana?" Sikap seorang Kakak tetap mengambil berat dengan perihal si adik, macam mana sekali pun keadaannya, dia tidak pernah lupa!

"Wiena, please enjoy your evening. Welma selamat dengan saya. Jangan risau, I'll take care of her!" Tegas Eaton Haefen.

"Jaga dia baik-baik, Eaton. Jangan lupa hantar dia balik semula ke rumah sebelum tengah malam. She must be at home!"
   
Airine Irwelma sudah tergaru-garu kepala.

"Kakak, sudah la." Malu-malu pula Welma menegur sikap terlebih perihatin si Kakak.

"Okay than." Wiena melangkah bersama Bell Boy meniti jalan yang dipenuhi dengan cebisan kuntuman mawar yang berbagai warna. Siap dengan pintu gerbang dihiasi mawar merah juga digabung sekali dengan bunga kecil-kecil sebagai penyeri.

Langkah disusun cantik seumpama paragawati berjalan di atas pentas, Dupatta yang melilit tubuh dipegang kemas. Lenggok gaya Aerwyna Arbedeen menangkap minat orang ramai yang menjamu selera di situ.

Secara kebetulan pula Eamad Faliq dan Muhammad Rayyan Eddie Lim, pun memilih untuk menjamu selera dan bersantai di Pinang Restaurant. Duduk menghadap laut di pinggir kolam renang.

Sebagai seorang lelaki dewasa, Eamad Faliq tidak pandai menipu hati sendiri, betapa memukau Aerwyna Arbedeen dalam set persalinan tersebut.
"Bro! Did you know her?" Eddie Lim menyoal Eamad Faliq yang sedang pegun memandang langkah Wiena.

Eamad Faliq menoleh serta mengeluh lemah.

"How lucky is Fabian Freston. Ciptaan yang sempurna sekali...." Lirih suara Eamad Faliq mengucapkan kata-kata yang memamah perasaan diri sendiri.

Eddie Lim menjongket kening.

"Maksudnya?" Soal Eddie Lim memerlukan kepastian dari Eamad Faliq.

Eamad Faliq mengangkat gelas jus oren lalu meneguk perlahan.

"Tadi saya terkejut bila, you bagi tahu dekat I bahawa Fabian Freston adalah lelaki yang menjadi tanda tanya kepada saya. Sekarang jangan pula kamu terkejut bahawa, wanita yang baru melintasi kita tadi adalah isteri kepada Fabian Freston." Jelas Eamad Faliq sambil menghabiskan jus oren. Sejuk sikit perasaan yang sedang membuak dengan bermacam rencah.

Kali ini giliran Eddie Lim pula menoleh semula ke belakang memerhatikan gerak langkah Aerwyna Arbedeen.

"I agree with you, she is beautiful. Look like they are having a great fun. Kita ni bila pulak nak rasa macam tu, Bro?" Senggih lebar pula Eddie Lim mengusik Eamad Faliq.

"Insha Allah, akan ada untuk kita nanti." Senyum dikulum manis,  menghantar maksud yang tersingkap dihati.

Di bawah pohon yang rendang dipayungi dengan kerlipan lampu neon yang menghiasi setiap dahan dan ranting, tersedia sebuah meja diletakan dua pasang batang lilin di tengah-tengah dan dua kerusi yang unik sekali rekaannya.

Hati Aerwyna Arbedeen berbunga-bunga apabila terlihat sekalung bunga mawar berbentuk hati digantung di atas salah salah satu dahan pokok tersebut.

Mata mencari bayangan arjuna hati, dia lah racun dan dia lah penawar dan pelengkap diri yang serba kekurangan. Bercampur baur perasaan berperang sesama sendiri apabila figura Fabian Freston menyapa mata.

Warna kuning keemasan baru berlabuh di kaki langit, beradun indah dengan warna biru gelap air laut. Nun jauh di tenggah lautan terdampar pulau kecil, menggamit perasaan tenang, aman dan damai apabila mata menyatu dan disalut dengan perasaan yang sebu. Disertai dengan tiupan angin dingin tepi laut membangkitkan aroma udara yang segar dan nyaman.

Kedua tangan diseluk di dalam pocket seluar slack warna hitam dipadankan dengan kemeja lengan panjang berwarna kelabu bercorak abstrak hitam dan biru laut.

Sudah agak lama Fabian Freston berdiri menghadap laut, untuk mencari sekelumit ketenangan bagi jiwa yang tertekan sejak kebelakangan ini.

Masih terngiang-ngiang panggilan dari, Wardina Wahyu memaksa dia agar berterus terang mengenai kedudukannya sekarang. Kalau diikutkan gelodak perasaan yang sedang marah, Fabian Freston tidak mahu berpura-pura. Tetapi ada rasa berat membelengu hati, mengapa dia masih mendiamkan diri.

Berbelas tahun mengenali Wardina Wahyu, luar dan dalam dia tahu! Segala tindak tanduk dan gerak geri dia tahu! Lataran kerana sikap yang merimaskan tersebut yang menyebabkannya teragak-agak untuk memperisterikan Wardina Wahyu.

Dia seorang lelaki, perlukan ruang untuk diri sendiri, bukannya berkepit sentiasa dan dikawal setiap tindak tanduk.

Sedalam mungkin, Fabian Freston menarik nafas lalu dihembus perlahan. Mata yang dipejamkan dibuka perlahan, apabila rongga hidung mula terbias dengan wangian Sunflower, yang terlalu sinonim dengan dirinya.

Terpaku sejenak menatap mata bulat berbulu lentik di depan. Diam tanpa kata cuma mata menghantar isyarat betapa cantiknya si isteri dihiasi dengan Lengha Kain Duyung berwarna kelabu dari kain satin dan lace.

Pertama kali dia melihat Aerwyna Arbedeen dalam set pakaian India yang begitu ekslusif rekaannya, membuatkan Fabian Freston nanar, kelu lidah tanpa kata.

Fabian Freston menghulurkan kedua belah tangan,  Aerwyna Arbedeen menyambut sambil menyungging senyuman manis. Dalam dada Tsunami cinta menyesak nafas, menggetarkan jiwa asmara.

Fabian Freston memaut si isteri kejap... ke dalam pelukkan.

"May Tumse Pyar Karta Hoo! Ketagih menyintaimu!" Sekilas ciuman di dahi Wiena. Pipi Wiena dielus lembut. Mata masih dipaku meratah wajah si isteri.

Aerwyna Arbedeen menatap Fabian Freston dengan penuh kasih. Mengharapkan lafaz cinta kekal abadi menjadi miliknya seorang.

"I love you too, my dearest hubby. Aku sayau ka nuan, Sulu... May Tumse Pyar Kartii Hoo!" Wiena menjengket, sekilas ciuman singgah di pipi kasar Fabian Freston.

Fabian Freston tersenyum menawan, lirikan mata nakal menjentik tangkal hati Aerwyna Aberdeen. Termalu sendiri dengan keterujaan dia sendiri.

Semakin lebar pula senyuman manis Fabian Freston apabila Aerwyna Aberdeen menunduk malu.

"Kenapa tundukkan muka? I belum puas lagi menghayati keindahanmu, my baby. Terlalu sempurna untuk seorang lelaki seperti saya. Come...." Fabian Freston menarik Aerwyna Aberdeen lalu memeluknya dari belakang.

"Memuji kena bertempat, jadi jangan terlalu memuji saya kerana saya adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan, dan kamu adalah pelengkap kepada kekurangan saya." Wiena menghayati keindahan matahari terbenam dalam pelukkan hangat si suami.

"Such a sweet talker! I minta maaf seandainya selama ini, you terluka  dengan setiap kesilapan yang I lakukan. I am jerk sometimes. A bad husband!" Bisik Fabian Freston di tepi cuping telinga Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen memejamkan matanya. Menghayati deruan ombak yang menghempas pantai. Sungguh lama dia mengidamkan saat indah seperti sekarang, mengambil kesempatan untuk melapangkan fikirannya yang kusut kebelakangan ini.

"Baby... Are you okay?" Fabian Freston menyoal apabila Aerwyna Aberdeen membisu lama.

Aerwyna Aberdeen mengangguk.

"Tiada apa yang perlu I maafkan, kita manusia biasa, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, no one is perfect. Saya tahu, siapa kamu sebelum perkahwinan kita, tetapi terus terang saya tak menyangka bahawa mereka sanggup menjadi pengemis cinta yang kronik. Ingat ya, jangan diuji tahap kesabaran saya kerana ia semakin menipis dari hari ke sehari... sementara umur kita masih muda senang untuk kita mengatur hidup kita semula. Kalau terpaksa mengambil masa seribu tahun untuk saya melupakanmu akan saya cuba...." Tegas dan penuh tertib Wiena meluahkan apa yang berbuku di hati.

Hembusan nafas hangat Fabian Freston terasa di cuping telinganya dan semakin kejap Fabian Freston memeluknya.

"Kalau lah masa boleh diputarkan, tidak sama sekali akan saya buat perkara bodoh seperti itu. Saya rasa bersalah, Wiena. Meragut sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan. Semakin saya cuba untuk memperbaiki keadaan namun semakin teruk pula keadaan tersebut. Seumpama tikus membaiki labu." Penuh kesal Fabian Freston menuturkan katanya, menyesal dengan tindakan bodoh diri sendiri apabila mendahulukan nafsu dari segalanya.

Siapalah diri Aerwyna Aberdeen untuk mengadili kesilapan si suami. Sudah cukup baik sekiranya Fabian Freston menyedari khilaf sendiri.

"Kesal sahaja tidak cukup, my Dearest Darling. Yang penting adalah niat kita untuk berubah, untuk menjadi lebih baik dari hari ini. Dan jangan pula kita mengulangi kesilapan yang sama ibarat menjilat ludah sendiri." Wiena meleraikan pelukkan Fabian Freston, menghadap wajah tampan si suami.

Fabian Freston meredupkan renungannya. Mencari erti keikhlasan si isteri yang ternyata amat memahami keadaan dirinya. Terbelengu dengan kisah lalu.

"Baby... sudikah berjuang dengan saya, untuk melepaskan rantai yang membelengu hati ini?" Perlahan sekali Fabian Freston menuturkan permintaannya.

Aerwyna Aberdeen tersenyum nipis.

"Kunci kepada rantai tersebut bukan berada di tangan saya, di tangan orang lain. Kamu memerlukan dia untuk membuka kunci tersebut. Saya cuma mampu menunggu dan mendoakan semoga ada jalan yang terbaik untuk meredhakan apa yang terjadi." Lunak mata Wiena menatap wajah suram Fabian Freston.

"I am hungry. Boleh kita makan sekarang?" Senyum lebar pula Wiena meminta agar perut diisi.

Fabian Freston menilik lembut barbie doll di depan. Di angkat sedikit dagu si isteri, jemari bermain lembut di atas bibir dan akhirnya... cukup lama...

Setelah melepaskan tautan... Fabian Freston tersenggih panjang, Aerwyna Aberdeen menyembamkan wajahnya di atas dada Fabian Freston. Malu dek menjadi tontonan percuma oleh mata-mata yang memandang bersama gema tepukan Mat Salleh yang berada di sekitar mereka.

Fabian Freston menggengam erat jemari Aerwyna Aberdeen sambil berjalan menuju meja makan mereka untuk menjamu selera dengan seorang pelayan sudah siap menunggu.

Makan malam mereka cukup indah dan romantik sambil menghayati lagu-lagu yang di persembahkan oleh 'life band' yang disediakan oleh pihak hotel.

"Kita akan bermalam di sini. I dah tempah bilik. Jangan risaukan Welma. Eaton akan hantar dia balik ke rumah kita. Saya percayakan Eaton. He wouldn't harm her." Fabian Freston tersenyum simpul, memecahkan kejutan sekali lagi.

Aerwyna Aberdeen menoleh pantas.

"Pandai, you plan for this. Tak bagi tahu I."

"A surprise for you. And you are so lovely in that suit. I can't take out my eyes from you." Bujang Senang sudah tersenyum miang.

Aerwyna Aberdeen ketap bibir, tersipu-sipu malu dengan renungan tajam Bujang Senang.

Manakala sesekali mata Eamad Faliq mencuri pandang, kepada sepasang 'love bird' yang sedang menikmati kemanisan alam berumahtangga.

Kalau diikutkan hati, ingin juga dia membelasah Fabian Freston sekali dua kena dengan penumbuk sulungnya pun jadilah.

Tetapi perasaan rasional harus diutamakan dan bisikan syaitan penghasut harus diabaikan. Kepada Allah, dia memohon dan berserah kerana Dia lah yang maha mengetahui.

Aerwyna Aberdeen juga harus kekal sebagai seorang kawan, tidak boleh lebih dari itu. Hakikatnya dia adalah isteri orang!

Meruntuhkan rumah tangga orang adalah satu dosa yang berat, tak sanggup Eamad Faliq membayangkan akibat dari perbuatan itu kelak.

Apabila teringatkan Wardina Wahyu dan permintaan si Ibu, Eamad Faliq menjadi binggung. Buntu memikirkan cara untuk membawa Wardina Wahyu balik semula ke arah jalan yang betul.

Perlahan dia menjatuhkan wajah mencari anak mata Eddie Lim.

"Kamu begitu mengenali Wardina Wahyu, Eddie?" Tiba-tiba Eamad Faliq bersuara setelah lama keadaan mereka pegun dilamun perasaan masing-masing.

"Cukup lama untuk saya mengetahui siapa dia, Wardina Wahyu. Seperti yang saya bagitahu dulu, kalau dia sudi menerima saya, saya sanggup menerima dia tanpa prejudis. Kenapa? Jangan kamu tanya. Saya sendiri tiada mempunyai jawapan, cuma saya tahu hati saya terpaut dan terikat untuk menerima Dina sebagai suri di rumah saya. Saya tahu, semua ini adalah kerja Allah." Tenang Eddie Lim meluahkan rasa hati yang terpendam sekian lama.

"Walaupun kamu tahu, macam mana kegiatan sosialnya?" Kelu pula lidah Eamad Faliq menyoal soalan sebesar itu.

"Tanpa prejudis meaning, saya terima dia seadanya. Mengetahui diri sendiri pun ada kekurangannya. Kehidupan saya dahulu malah lebih teruk dari kehidupan, Dina sekarang. Kalau saya boleh berubah kenapa tidak dia? Allah menyangi setiap umatNya. Kita cuba untuk membantu Dina, yang lain tu kita berserah." Sekali lagi dengan tenang Eddie Lim menuturkan katanya.

Eamad Faliq tersenyum kagum dengan pendapat Muhammad Rayyan Eddie Lim.

#########################

Hard Rock Hotel Batu Ferringhi Penang

Bunyi muzik yang bising, memekakkan telinga mereka yang berada di 'Hall of Fame', tempat khas untuk pengunjung berhibur dengan 'Life Band'.

Keadaan pengunjung di situ kebanyakannya separuh sedar dipengaruhi oleh minuman keras. Lagi sesak keadaan semakin seronok mereka berhibur. Seolah-olah esok sudah tiada dan malam ini adalah syurga dunia bagi mereka.

Ramai yang sudah tidak berapa boleh meluruskan langkah kaki namun masih gah melentok liuk dan menari terkinja-kinja di ruang khas yang disediakan untuk menari.

Insan yang sedang kecewa, menanggung luka yang terlalu dalam seperti Wardina Wahyu mengambil jalan untuk melempiaskan rasa kekecewaannya melalui cara berhibur yang sebegini rupa.

Ya, Wardina Wahyu berada dikalangan mereka, separuh sedar di dalam dakapan seorang lelaki yang masih waras akal fikirannya.

Sejak tadi, Hisham menadah telinga mendengar nama Fabian Freston keluar masuk melalui telinga kanan dan kiri.

"Dah nak menanah telinga aku, asyik Fabian, Fabian, Fabian. Tak ada benda lain ke, Dina? Meluat dah aku dengar nama tu." Akhirnya terkeluar juga suara tidak puas hati dari Hisham.

Wardina Wahyu gelak, seolah-olah geli hati dengan suara hati Hisham.

"Cemburu ke?" Lagak seorang perempuan pengoda Wahyu mencuit hidung Hisham.

Mencerlung mata Hisham, tercabar dengan usikan Wardina Wahyu.

"Ya. Aku cemburu! Puas hati? Dari dulu aku menaruh hati kepada kau, Dina. Tetapi kau memilih untuk berkawan dengan Fabian dan lepas tu berpeleseran dengan Eddie. Sekarang ni mana mereka, telinga aku juga yang kau pilih untuk mendengar rintihan suara hati kau tu." Hisham mengeluarkan lahar yang sudah lama terpendam.

Makin galak pula Wardina Wahyu gelak sambil tersedu-sedu.

"Kau ada hati dekat aku, Hisham?" Terhuyung-hayang Wardina Wahyu menghayunkan kedua belah tangannya di atas angin. 

Hisham gugup bercampur geram, apabila mereka sudah menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.

"Dina... Sudah lah, jom saya hantar kamu balik!" Wardina Wahyu mendengus geram. Marah sungguh mendengar arahan Hisham.

Hisham mengendong Wardina Wahyu yang sudah lembik tidak mampu untuk berjalan lagi.

Pandangan redup dari anak mata Wardina Wahyu dengan kedua belah tangan berpaut ditengkuk Hisham, menghantar rasa tidak menentu di hati lelakinya. Ya! nalurinya diceroboh oleh keinginan yang perlu dilunas.

Akhirnya, Hisham meletakkan Wardina Wahyu, yang masih dipengaruhi alkohol duduk di lobi. Sementara dia menguruskan penempahan bilik untuk mereka gunakan pada malam tersebut.

Dua orang anak adam melempiaskan kehendak naluri mereka tanpa mengira dosa dan bahangan api neraka.

Keesokan harinya Wardina Wahyu bangun lalu menanggis tiada kesudahan apabila menyedari ketelanjurannya dengan Hisham, Abang sepupunya sendiri.

Hisham mati akal apabila dia gagal memujuk Wardina Wahyu.

"Dina... apa kata kita kahwin? Aku nak bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi malam tadi." Lemah suara Hisham mengusulkan pendapatnya.

Wardina Wahyu mengeleng.

"Aku tak cinta kan kau, Hisham. Macam mana aku nak kahwin dengan kau. Seluruh jiwa aku milik Fabian Freston. Dia lah segalanya bagi aku." Semakin menjadi pula tanggisan Wardina Wahyu.

Hisham mengeleng kesal.

"Kau kena terima hakikat, Dina. Penantian dan pengorbanan kamu selama ini adalah sia-sia. Fabian sudah berkahwin. Hakikatnya sampai bila dia tidak akan mengahwini kau, Dina. Dia dengan kau banyak bezanya, Dina. Dari bermacam segi. Sanggup kau jualkan Agama sendiri demi rasa cinta kau terhadapnya?" Lama keadaan pegun. Diam tanpa bicara hanya tanggisan Wardina Wahyu sahaja yang memenuhi ruang bilik tersebut.

"Jawab soalan aku, Dina? Sebenarnya aku sendiri pun tidak layak untuk menegur sikap kau kerana aku sendiri pun bukannya orang yang baik sangat. Tetapi demi Allah aku tidak sanggup untuk menjual Agama sendiri kerana cinta. Dan disebabkan itu, aku sanggup menikahi kau, Dina. Cinta kita boleh pupuk selepas nikah. Jangan risaukan aku, kerana sudah lama aku jatuh cinta dengan kau dan aku ikhlas memperisterikan kau, Dina." Hisham menyapu beningan jernih yang deras mengalir di pipi Wardina Wahyu.

"Kau tahu kan keadaan aku, Hisham?" Wardina Wahyu menekup wajahnya. Malu untuk meneruskan kata-katanya.

Hisham tersenggih lebar.

"Kalau itu yang kamu fikirkan, apa lah sangat jika dibandingkan dengan niat baik kita, Dina. Syukur sangat kalau kita sama-sama mencari erti kehidupan yang sebenarnya. Sama-sama mencerahi keredhaan Allah. Kita kahwin ya?" Tenang Hisham memujuk Wardina Wahyu.

Lama Wardina Wahyu menatap wajah Hisham yang tidak pernah dia pandang dengan mata hati selama ini.

"Kita orang Melayu, ada adatnya. Kena bertanya dengan orang tua. Aku ikut sahaja keputusan mereka." Wardina Wahyu sembamkan muka di atas bantal. Malu siot!

Hisham ketap mulut, selepas itu tersenyum lebar. Huhh! Lega satu fasa sudah terlepas. Apa yang diidamkan selama ini, sudah berada di dalam genggaman tangannya!




P/S- Semoga terhibur membaca Bab ini.

Sesungguhnya kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

Lap you all... salam sayang dan ceria selalu...

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.




No comments:

Post a Comment