Saturday 29 March 2014

Kisah Cinta Kita Bab 21

Ayak Laja dan Ibuk Ngia datang sebaik sahaja, Airine Irwelma mengkhabarkan berita mengenai kecelakaan yang menimpa, Aerwyna Aberdeen. Bagaikan hendak gugur jantung Ibuk Ngia dek kerana terkejut menerima khabar tersebut. Berbagai persoalan mula bermain diakal tuanya. Kenapa dan mengapa Aerwyna Aberdeen boleh terlibat dengan pergaduhan seperti itu?

Sebagai seorang ketua keluarga, Ayak Laja lebih tenang kendatipun timbul pelbagai persoalan. Selagi dia belum melihat sendiri keadaan Aerwyna Aberdeen, dia belum bersedia untuk merumuskan apa-apa. Entah apalah yang dibuat oleh anaknya itu? Sejak bila pula Aerwyna Aberdeen pandai bertumbuk dengan orang? Sifat Aerwyna Aberdeen dari dulu selalunya mengalah, walaupun akhirnya dia yang akan menangis akibat dari tindakan diri sendiri. 

Melalui bantuan James Martin iaitu sepupu Aerwyna Aberdeen mereka memperolehi tiket kapal terbang. Nasib baik menyebelahi mereka, apabila masih ada tempat kosong untuk penerbangan awal pagi dari Kuching ke Pulau Pinang melalui Airasia.

Pecah esakan kecil Ibuk Ngia, menangisi nasib malang si anak yang tidak pernah dijentik waima sebesar hama sekalipun. Kenapalah manusia yang tidak berhati perut ini sanggup memukul Aerwyna Aberdeen sampai jadi begini? Setahu Ibuk Ngia, dia mendidik anak-anak menjadi seorang yang baik budi pekerti jauh sekali dari menjadi kaki gaduh.

Azab sekali keadaan Aerwyna Aberdeen pada ketika itu, wajah yang membiru semalam sudah bertukar kehitaman, mata dan mulut turut sama membengkak. Mata Ibuk Ngia melorot ke bahagian badan, nasib baik tidak berapa teruk sangat cuma lebam bertompok di sekitar belakang dan bahagian kaki. Musykil pula Ibuk Ngia kenapa bahagian muka yang dijadikan sasaran? Mampukah Aerwyna Aberdeen menerima kenyataan seandainya dia tidak akam memiliki wajahnya semula?

Esakan Ibuk Ngia menganggu lena Aerwyna Arbedeen, lantas dia mencuba untuk membuka mata namun terasa perit kerana tumbukan gila Susan Foo.

Membungkam Ibuk Ngia terpandang warna merah hitam yang mengantikan warna putih bebola mata Aerwyna Aberdeen. Sedu ditahan di dalam dada. Genangan airmata sekuat mungkin dihalang keluar dari takungannya.

"Sakit ke, Wiena?" Ibuk Ngia membelai lembut rambut kusut masai Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen tidak mampu menjawab akibat luka teruk di bahagian dalam mulut. Dia cuma mampu mengangguk dan menggeleng untuk membalas sebarang pertanyaan mereka.

"Rehat, Wiena. Indai, jaga kamu." Sebak hati Ibuk Ngia apabila melihat anggukkan si anak.

Perlahan Ibuk Ngia menoleh kepada Ayak Laja yang masih terpaku berdiri tegak dari tadi, tanpa kata, tanpa riak. Apa yang terlukis adalah wajah bengis seorang ayah yang sedang mengumpul tahap kesabaran semaksima mungkin. Kenapa serangan di bahagian muka?

"Laja, aku tak pernah minta apa-apa selama tiga puluh tahun kita hidup bersama. Tetapi hari ini, aku minta, tolonglah cari syaitan bertopengkan manusia yang sanggup membelasah anak aku macam ini." Ibuk Ngia meluahkan amarah yang tidak tertanggung lagi. Hakikatnya tiada seorang ibu yang sanggup melihat penderitaan anak seumpama itu.

Wajah bengis Ayak Laja bertambah tegang selepas mendengar amarah Ibuk Ngia, namun dia masih mampu bertenang tidak mahu melatah dengan kejadian yang menimpa Aerwyna Aberdeen.

"Sabar, Ngia. Nanti saya cuba minta tolong dari Unit Siasatan Jenayah Pulau Pinang. Di sini kawasan orang, bukan di tempat kita. Sakit hati macam mana sekali pun tak boleh bertindak sesuka hati, kena ikut undang-undang dan peraturan."

Ibuk Ngia mencebik. Tidak berpuas hati dengan kenyataan daripada Ayak Laja.

"Kalau macam tu, tak gunalah awak bertugas sebagai seorang Polis berpuluh tahun. Anak sendiri kena belasah separuh mati macam ni tak mampu berbuat apa-apa. Aku tak pernah minta apa-apa, Laja. Aku nak, kamu gunalah segala kuasa yang ada di tangan awak tu, untuk mencari kaki pukul ni."

"Ngia! Cuba bersabar. Saya tahu apa yang saya perlu buat. Jangan pandai nak mengajar saya!" Oktaf suara Ayak Laja sudah meninggi tercabar dengan permintaan Ibuk Ngia.

Ketukan di dinding wad Aerwyna Aberdeen memecah keteganggan Ayak Laja dan Ibuk Ngia.

Tiba-tiba salah seorang Pegawai Polis memberi tabik hormat.

"ASP Andrew Laja dari Unit Siasatan Narkotik Kuching." Jelas Inspektor Abdul Samad kepada Pegawai yang mengikutnya.

"Dan yang ini adalah ASP Sukhveer Singh dari Unit Siasatan Jenayah Pulau Pinang." Sambung Inspektor Abdul Samad.

Ayak Laja berjabat tangan dengan ASP Sukhveer Singh dan membalas tabik Inspektor Abdul Samad.

"Sudah 2 tahun saya pencen, Inspektor Abdul Samad. Kamu masih kenal saya lagi? Bagus!"

"Mana boleh lupa, Tuan. Walaupun ada perubahan pada diri, Tuan."

"Saya berkebun sekarang, menjalani hidup sebagai orang kampung, tinggal di kampung isteri saya."

"Perwatakan, Tuan sekarang memang mempamerkan ciri-ciri seorang yang banyak terdedah kepada matahari."

"Syabas! Inspektor, tajam pemetaan kamu." Ayak Laja menepuk-nepuk bahu Inspektor Abdul Samad.

Ayak Laja mengalih perhatian kepada ASP Sukhveer Singh yang dari tadi berdiam diri membiarkan mereka berbicara tanpa gangguan.

"Secara kebetulan pula. Alang-alang Tuan ASP sudah ada di sini. Teringin juga saya mengetahui serba sedikit mengenai kes anak saya ini. Hanya untuk pengetahuan saya sahaja."

ASP Sukhveer Singh menumpukan perhatian kepada Ayak Laja yang jauh lebih berumur daripadanya. Walaupun baru berkenalan, tetapi serba sedikit dia mengetahui siapa yang berada didepannya sekarang dan yang pasti bukan sebarangan orang.

"Kami sedang melakukan siasatan yang terperinci mengenai kes ini, Tuan ASP. Sekarang disusuli dengan mengambil keterangan daripada mangsa."

Mereka menumpukan perhatian kepada Aerwyna Aberdeen yang sedang berusaha untuk membuka matanya.

"Wiena, Pegawai Polis berkehendakkan keterangan daripada kamu. Kamu sudah bersedia berkerjasama dengan mereka?" Ayak Laja menyoal Aerwyna Aberdeen yang cuba bangun dengan bantuan Ibuk Ngia.

Timbul perasaan simpati ASP Sukhveer Singh melihat kecederaan yang dialami oleh Aerwyna Aberdeen.

"Saya faham, keadaan Puan sekarang. Puan berehat dahulu."

ASP Sukhveer Singh memandang pula kepada Inspektor Abdul Samad.

"Kita biarkan dia berehat dahulu. Melihat keadaan mangsa, dia belum bersedia untuk disoal siasat. Siapa yang datang membuat report di balai?"

"Suami mangsa, Tuan. Mangsa dipukul teruk semasa berada di tandas perempuan."

"Lokasi?"

"Tandas awam di Penang Straits Quay."

"Serangan satu lawan satu atau berkumpulan?"

"Kami percaya melalui siasatan di tempat kejadian, mangsa telah dipukul secara berkumpulan."

"Keseluruhan badan mangsa sudah disiasat atau diambil sampel yang berkaitan?"

"Sudah, Tuan. Sampel sedang dikaji."

ASP Sukhveer Singh menumpukan perhatian semula kepada Ayak Laja.

"Tuan, buat masa sekarang kita biarkan mangsa berehat dahulu. Kalau mangsa sudah bersedia untuk memberikan kerjasama, sila maklumkan kepada kami."

Ayak Laja mengangguk.

"Ini kad saya. Sila hubungi saya, kalau ada masalah yang berkaitan." ASP Sukhveer Singh menawarkan khidmat kepada Ayak Laja.

Ayak Laja memberi tabik hormat kepada ASP Sukhveer Singh.

"Terima kasih, Tuan."

Semua mata sedang tertumpu kepada Fabian Freston yang terconggok di depan pintu wad Aerwyna Aberdeen. Entah bila muncul di situ pun mereka tidak perasan.

"Suami mangsa, Tuan." Ayak Laja memperkenalkan Fabian Freston kepada ASP Sukhveer Singh.

ASP Sukhveer Singh mengangguk.

"Saya minta diri dulu, nak kena pergi bilik sebelah pula. Ada kes kemalangan jalan raya melibatkan nyawa yang terkorban." ASP Sukhveer Singh menjelaskan tugas yang seterusnya kepada Ayak Laja. Secara tak langsung menghilangkan tanda tanya Ayak Laja kenapa perlu ASP Sukhveer Singh berada di situ.

Fabian Freston memberikan laluan kepada ASP Sukhveer Singh dan Inspektor Abdul Samad untuk meneruskan kerja mereka di Wad Wardina Wahyu. Sebentar tadi dia menghilangkan diri bersama Eamad Faliq untuk mengalas perut di Cafe Fazil.

Kehadiran Ayak Laja dan Ibuk Ngia sememangnya tidak di sangka oleh Fabian Freston sama sekali. Kejutan tersebut semakin bertambah apabila melihat Ayak Laja memberi tabik hormat kepada ASP Sukhveer Singh tadi.

Agak lama Fabian Freston memandang Ayak Laja dengan seribu satu persoalan yang masih berlegar-legar dimindanya.

"Kamu pergi mana tadi, Fabian?" Tegas suara Ayak Laja bertanya kepada Fabian Freston. Dari tadi dia tercari-cari mana pergi suami si anak. Boleh pula dibiarkan bersendirian si isteri yang sedang menanggung kesakitan.

Gerun pula Fabian Freston apabila Ayak Laja menyoal sedemikian rupa. Takut pula ditelah tidak bertanggungjawab, meninggalkan isteri berseorangan di situ.

"Saya, pergi minum sekejap tadi, Apai." Fabian Freston menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Ayak Laja. Lalu berlalu ke arah Aerwyna Aberdeen yang terbaring tidak bermaya di atas katil.

Ayak Laja sebenarnya dari dulu tidak berpuas hati kepada Fabian Freston. Dia tahu serba sedikit perangai buaya si menantu. Dia turutkan kemahuan si anak apabila bersangkut paut dengan hal cinta dan rumah tangga.

"Apakah yang terjadi kepada Wiena, Fabian? Ada bini pun kamu tak reti nak jaga. Aku tak bagi anak aku kepada kamu supaya kena pukul seperti ini. Nak kata, Wiena ni nakal saya rasa tidak. Atau ini ada berkaitan dengan kamu?"

Berdesing cuping telinga Fabian Freston, semasa Ayak Laja melontarkan tuduhan yang dirasakan paling tidak berasas sekali pada masa itu.

"Ada kaitan dengan saya? Kenapa, Apai cakap macam tu? Wiena, isteri saya dan saya cintakan dia. Mana mungkin untuk saya mencuit dia walau sebesar habuk pun." Fabian Freston mempertahankan diri dari tuduhan Ayak Laja.

Ayak Laja menghembus nafas lemah. Terkilan dengan kenaifan tebakan Fabian Freston. Seorang yang berpelajaran tinggi dengan menyandang gelaran Bujang Senang... kaki perempuan! Tetapi agak lembab dalam hal seperti ini.

"Siapa Apai sebenarnya? Apai tanya saya macam ni, seolah-olah saya seorang pesalah. Jadi siapa, Apai?" Tiba-tiba Fabian Freston melontarkan soalan cepu emas kepada Ayak Laja.

Tersentap Ayak Laja mendengar soalan dari Fabian Freston.

"Wiena tak pernah cerita kepada kamu, saya pernah bekerja sebagai apa selama ini?" Pelik pula Ayak Laja, adakah Aerwyna Aberdeen belum membuka cerita kepada Fabian Freston mengenai perkerjaannya dahulu. Kalau begitu, Aerwyna Arbedeen seorang yang berpegang kepada janji.

Fabian Freston mengangkat kedua belah bahunya. Mengikut perkiraannya, Ayak Laja hanyalah orang kampung, mata pencarian utama adalah berdasarkan hasil lada dan menoreh. Hasil bendang hanya untuk kegunaan keluarga sepanjang tahun.

Melalui penilaian sikap 'blur' Fabian Freston sekarang, Ayak Laja dapat menebak.

"Saya pernah bekerja sebagai seorang angota Polis, pangkat terakhir saya, adalah sebagai Penolong Penguasa Polis Bahagian Nakotik Kuching. Wiena, tak pernah bagitahu ke?"

Seperti hendak terlompat jantung Fabian Freston mendengar pengakuan Ayak Laja. Tidak pernah terlintas difikiran bahawa dia mengahwini anak seorang ASP.

"Errr... masa Wiena dipukul saya keluar dengan Eaton, sepupu saya. Saya tinggalkan dia bersama dengan Welma sementara menunggu kami balik. Tetapi Wiena nak pergi toilet."

Ayak Laja mula menaruh minat dengan cerita Fabian Freston.

"Teruskan, jangan berselindung. Kenapa kamu boleh berada di sana? Adakah just for fun? Or something else? Eaton, siapa dia... I meant kerja sebagai apa?"

Perbualan mereka lebih kepada soal siasat, daripada berbincang seperti biasa sebagai seorang bapa mertua dan menantu. Setelah berpuas hati dengan penerangan daripada Fabian Freston, dia mengandaikan serangan terhadap Aerwyna Aberdeen adalah lebih kepada bersifat peribadi kerana tiada satu pun barang kepunyaannya yang hilang. Bertambah kuat lagi kerana kesan cecahan puntung rokok, sepakan dan air ludahan yang sempat diambil sampel semalam.

"Ada sesiapa yang memusuhi Aerwyna Aberdeen kerana cemburu, Fabian? Saya tahu kamu mempunyai ramai teman wanita. Kadang-kadang kerana cemburu perempuan boleh hilang pertimbangan. Ada tak sesiapa yang kamu syak? Adakah kamu bergaduh dengan sesiapa baru-baru ini?"

Fabian Freston 'blur' sejenak, memutarkan ingatan kepada beberapa hari yang berlalu. Matanya beralih kepada Aerwyna Aberdeen, sayu hatinya melihat keadaan wajah si isteri. Sam
pai hati dia, berbuat begitu... kalau betullah tebakan hatinya.

Perlahan Fabian Freston meletakkan tangannya di atas perut Aerwyna Aberdeen. Berita gembira itu, belum sempat di kongsi bersama dengan yang lain.

"Apai, demi anak ini. Saya akan pastikan sesiapa yang membelasah mereka, saya akan bawa dia ke muka pengadilan." Lama Fabian Freston membiarkan keadaan senyap seketika...

"Baby... I need you to answer my question. You just need nod or shake your head. Can you do that?"

Aerwyna Aberdeen mengangguk. Mengikut arahan mudah daripada Fabian Freston.

"You know that we are going to have a baby...?" Mendung wajah Fabian Freston mengkhabarkan berita yang sepatutnya membuat mereka teruja serta sepatutnya diraikan secara besar-besaran. Tetapi pada ketika ini, dia sudah mulai risaukan keselamatan anak dan isterinya.

Ayak Laja dan Ibuk Ngia tersenyum gembira dari tadi apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal bergelar atuk dan nenek tak lama lagi. Sudah lama mereka impikan saat tersebut...

Ibuk Ngia memeluk kejap badan lesu Aerwyna Aberdeen, mengambarkan betapa gembiranya dia pada saat itu.

Walaupun terasa payah sekali namun senyuman kecil Aerwyna Aberdeen tetap tersungging juga. Keseronokan seorang isteri yang akan bergelar seorang ibu memang sukar digambarkan. Selagi mampu bertahan demi anak kesakitan setinggi Gunung Everest akan lenyap begitu sahaja.

Fabian Freston menyapu lembut airmata gembiranya, lalu mendaratkan kucupan berkali-kali diubun-ubun Aerwyna Aberdeen.

"Baby, thanks for our baby. I love you honey, very much! Sekarang... Saya perlukan kamu mengganguk, kamu kenal siapa yang pukul kamu?"

Lama Aerwyna Aberdeen berdiam diri. Teragak-agak untuk memberikan jawapan yang sebenarnya ataupun menyembunyikan identiti Susan Foo dan Kiran Kaur.

Mata hatinya kuat untuk tidak mendedahkan hal yang sebenar tetapi... tidak mungkin untuk dia menyembunyikannya daripada pengetahuan Ayak Laja.

Fabian Freston, Ayak Laja dan Ibuk Ngia memerhatikan kegelisahan Aerwyna Aberdeen dari tadi. Sekilas Fabian Freston dan Ayak Laja boleh mengagak bahawa Aerwyna Aberdeen mengenali siapa yang membelasahnya.

"Siapa dia, Wiena? Jangan nak sembunyi benda macam ni." Ayak Laja sudah meninggikan suara.

Aerwyna Aberdeen masih berdiam diri. Mendedahkan identiti mereka, maka keadaan akan bertambah keruh.

"Baby... tolonglah bagi tahu untuk keselamatan you dan baby kita. Lain kali mungkin mereka akan bertindak lebih dari ini." Fabian Freston pula memujuk Aerwyna Aberdeen agar mendedahkan identiti siapa yang memukulnya.

Sudah agak lama Airine Irwelma dan Eaton Haefen tiba di Wad Aerwyna Aberdeen namun berdiam diri, cuma memerhatikan ke mana hala tuju pujukan tersebut.

"Sewaktu saya menyusul Kakak, saya terserempak dengan Kiran Kaur bersama lagi seorang kawan berbangsa Cina. Kalau tak silap saya, mereka tergesa-gesa meluru keluar dari arah tandas tersebut sehingga terlanggar saya. Berkemungkinan mereka yang menyerang Kakak, saya tak berapa pasti." Akhirnya Airine Irwelma bersuara setelah Aerwyna Aberdeen enggan memberi kerjasama.

Fabian Freston merenung Aerwyna Aberdeen yang secara tiba-tiba merebahkan badan di atas katil, lalu baring mengiring. Perilakunya seolah-olah mengelak dari disoal lebih mendalam.

"Katrina Kaif kan, yang buat benda ni? Jangan tipu, kamu tak pandai menipu!" Tegas Fabian Freston bertanya kepada Aerwyna Aberdeen.

Tanpa jawapan dan bahasa badan daripada  Aerwyna Aberdeen, di dalam hati Ayak Laja dan Fabian Freston maka tebakan mereka adalah betul... Ya! Kerja Kiran Kaur! Tetapi siapakah perempuan Cina tersebut?

Fabian Freston menggengam penumbuk kanannya, darah gemuruh sudah membuak di dada. Kalau diikutkan hati... Boleh pecah muka Kiran Kaur dibelasahnya ketika itu.

Laju Fabian Freston melangkah keluar tanpa mempedulikan panggilan Ayak Laja dan Eaton Haefen.

"Uncle, saya minta diri." Eaton Haefen meluru mengejar Fabian Freston yang sedang tenggelam dalam amarah terhadap Kiran Kaur.

"Bro! Jangan diikutkan sangat kemarahan kamu, tu. Law ada. Kita kena bertindak mengikut peraturan dan undang-undang." Eaton Haefen mententeramkan baran Fabian Freston yang sedang membuak-buak sekarang.

Teguran Eaton Haefen menyemarakkan lagi api kemarahan Fabian Freston. Seandainya dia berkulit putih sudah pasti muka merah menyala dikala itu.

"That is my wife, yang dibelasah seperti seekor anjing, and you know what? She is pregnant and it's my baby. Don't you dare to calm me down. Sabar ke apa ke, it's has its limit. Ada batasnya Bro. They can blow it on me. Marah saya, pukul saya, matikan saya pun tak apa asalkan boleh memberi kepuasan kepada mereka. But... not my wife, my child. I could not accept it. Totally insane. Pukul orang macam tu, just because tak puas hati with me. It's kerja orang gila." Fabian Freston melepaskan kemarahannya dengan menghempuk bumbung BMW 7 Series. Di luar dugaan sama sekali tindakan melampau Kiran Kaur.

Manakala Eaton Haefen menjauhkan diri, memberi ruang agar Fabian Freston bertenang seketika. Takut pula terkena tempias amarah Fabian Freston. Tak pasal-pasal dapat sebiji penumbuk kanan... Tak Sanggup!

"Macam mana sekali pun, you tak boleh bertindak sesuka hati, Bro. Kena ingat siapa keluarga Kiran. Tanpa bukti yang kukuh, susah you nak sabitkan kesalahannya." Eaton Haefen mengigatkan latar belakang keluarga Kiran Kaur yang rata-rata berkerja sebagai peguam, kedua ibu bapa dan tiga orang Abang Kiran Kaur adalah peguambela yang terkemuka di Malaysia.

"Masih ingat kes, you tampar dia. Kiran boleh saman you atau ambik tindakan undang-undang terhadap you, but your mum bagging Kiran's parents to drop on their legal action." Sambung Eaton Haefen memecahkan rahsia Datin Amritha Kaur yang merayu kepada Ibu Bapa Kiran Kaur agar menarik saman ke atas Fabian Freston. Hanya disebabkan satu tamparan sudah ingin diambil tindakan undang-undang.

Fabian Freston menendang tayar BMW 7 Series. Melepaskan kemarahan yang sudah tak tertanggung lagi.

"Nak saman saya, silakan. I tak kisah." Bila kemarahan menguasai akal, maka tindakan luar kawalan akan mengambil tempat.

Eaton Haefen menggeleng. Terkilan dengan pemikiran Fabian Freston yang tidak selari dengan kedudukan yang ada... sebagai seorang CEO terlalu cetekkah fikirannya apabila melibatkan hal perempuan?

"Tak sayangkan your wife and your baby, ke? Saman tak apa you boleh bayar, masuk penjara macam mana? Probably lebih teruk lagi your wife dikerjakan oleh mereka." Eaton Haefen menjadi jarum. Bercakap dengan orang yang berkepala batu dan panas baran seperti Fabian Freston kena pandai mencucuk sikit, sikit kalau tak susah nanti. Boleh bungkus Syarikat Gill Holding dikerjakan oleh keluarga Kiran Kaur.

Setiap kali Eaton Haefen menyuarakan pendapatnya, makin bertambah sakit hati Fabian Freston. Dia merasakan diri sendiri tidak berguna serta tiada daya untuk mempertahankan maruah isteri dan anak yang masih di dalam rahim si isteri.

"Arghhh!" Tinggi nada jeritan Fabian Freston meluahkan kemarahan, sambil memukul stereng BMW 7 Series. Fabian Freston membawa diri entah ke mana dengan kelajuan yang paling maksima. Helpless! Ya, itulah perasaan yang dirasainya sekarang.

Eaton Haefen memandu Jaguar berwarna perak menghala ke satu lagi distinasi. Intipan dia semakin rumit. Tujuan utama tetap menyiasat di mana tempat tinggal Susan Foo sekarang.

#################

Kasar sungguh Fabian Freston meletakkan BMW 7 Series di perkarangan rumah agam di Jalan Jeselton. Tujuannya satu sahaja, tak kira apa yang akan berlaku... Kiran Kaur mesti diajar!

Sewaktu matanya menyambar kereta Kiran Kaur berada di perkarangan rumah mereka, dia tersenggih lebar.

'Finally, I got you! Bagus tak payah aku mencari jauh-jauh. Datang menyerah diri, lagi bagus!' Gumam Fabian Freston.

Fabian Freston meluru masuk ke dalam rumah, liar matanya mencari kelibat Kiran Kaur atau Simran Kaur.

"Kiran! Keluar sekarang! Kalau berani berdepan dengan aku. Jangan jadi pengecut... let's settle this once for all." Bagaikan halilintar Fabian Freston menjerit memanggil Kiran Kaur.

Terkocoh-kocoh Datin Amritha Kaur berlari keluar dari biliknya apabila mendengar Fabian Freston melolong bagaikan orang kurang siuman di ruang tamu.

"Kenapa menjerit macam ni, Fabian?"

Tergamam pula Fabian Freston apabila melihat muka si Ibu yang masih bertempek dengan masker muka.

"Kiran, mana Kiran, Mummy? I need to talk to her. Seriously... it's too much, Mummy!"

Berkerut seribu kening Datin Amritha Kaur mendengar luahan si anak.

"Apa kena ni, Fabian? Cuba cerita dulu. Tanpa hujung pangkal, kamu mengamuk macam ni."

"Kiran, Where is Kiran Kaur? I saw her car outside." Laju tangan Fabian Freston membuka satu persatu pintu bilik di rumah agam tersebut.

Melopong mulut Datin Amritha Kaur melihat tindakan tidak masuk akal Fabian Freston.

"Kiran Kaur tak ada di sini, Gudie baru hantar dia ke lapangan terbang. Flight dia sekejap lagi."

Tersentap Fabian Freston mendengar penjelasan dari Datin Amritha Kaur. Pantas dia menuruni tangga meluru masuk ke dalam BMW 7 Series. Apapun Kiran Kaur mesti dicari.

Datin Amritha Kaur tergamam dengan tindakan kelang-kelibut  Fabian Freston.

"Hati-hati, Fabian! Pandu cermat kereta, tu." Jerit Datin Amritha Kaur kerana risau dengan cara Fabian Freston memecutkan keretanya.

Datuk Frederick Freston yang baru meletakkan kereta tidak berkesempatan bertanya kepada Fabian Freston mengenai keadaan Aerwyna Aberdeen yang terlantar di hospital. Dia kesal kenapa Fabian Freston tidak memaklumkan hal sebesar itu kepada mereka. Kalau tidak kerana Eaton Haefen yang ringan mulut bercerita kepadanya, sampai sekarang tak mungkin dia akan mengetahui keadaan tersebut.

"Pergi tukar baju, kita kena ke hospital sekarang. Isteri Fabian masuk hospital malam tadi. Kena pukul teruk and one more thing, you going to be a grandma soon." Selamba Datuk Frederick Freston membawa khabar buruk dan baik sekaligus dalam masa yang sama. Mahu terduduk pengsan di situ Datin Amritha Kaur kerana terkejut dengan perangai dua beranak, pening!

"Kamu jangan main-main tau tak. Sudah selesai dengan Fabian Freston, ni kamu pula datang dengan berita macam ni." Datin Amritha Kaur merenung tajam Datuk Frederick Freston.

Datuk Frederick Freston tersenggih.

"Ehh! Saya bercakap benar, pergi tukar baju. Kita gerak ke hospital sekarang!"

"Betul ni?"

"Betul lah. Tunggu apa lagi, cepat! Lambat, saya tinggalkan nanti." Datuk Frederick Freston mengusik Datin Amritha Kaur.

Tergesa-gesa Datin Amritha Kaur mengikut arahan Datuk Frederick Freston walaupun minda masih penuh dengan pelbagai soalan yang perlu diperjelaskan kemudian nanti.

Manakala Fabian Freston mengejar masa penerbangan Kiran Kaur, distinasi penerbangan pun menjadi persoalan yang besar. Apapun Kiran Kaur mesti dicari sebelum terlepas....

Di balai perlepasan Fabian Freston melihat Kiran Kaur sedang berpelukan dengan Simran Kaur. Dia berlari laju ke arah mereka, mencuba sedaya upaya untuk memintas Kiran Kaur.

"Lepaskan, aku! Sakit lah!" Kiran Kaur meronta apabila bahunya di pegang kejap oleh Fabian Freston.
Semakin kejap Fabian Freston memicit bahu Kiran Kaur. Simran Kaur pula menarik Fabian Freston menolong untuk meleraikan cengkaman kuat Fabian Freston.

"Mana you, nak pergi. Lari? Takut? Lepas you pukul my wife."

Sambil meronta-ronta.

"I buat apa to your wife? Tak ada bukti, jangan nak tuduh sebarangan. Jaga sikit mulut you tu!"

"Shindha, stop it! Are you crazy? This is public. Semua orang tenggok kita la. Kawal sikit, baran you tu!" Simran Kaur mencelah perbalahan mereka.

"Sakit lah! Lepaskan aku!" Pekik Kiran Kaur meminta untuk dilepaskan.

"Excuse me, Sir. Tolong lepaskan dia. She need to go now and this is airport. Kalau tak nak kena tangkap dengan pihak berkuasa, lepaskan dia!" Seorang Pegawai Polis yang bertugas di pintu gate  datang memberi amaran kepada mereka.

Kiran Kaur tersenyum lebar. Gembira kerana sudah ada orang yang dapat membantu dia lari daripada amukan Fabian Freston. Dia menghayun langkah namun tangan Fabian Freston sempat menarik baju 'baby' T...

Cherettt!

Terbeliak Fabian Freston melihat lebam di atas tulang belikat Kiran Kaur.

'Yes! Memang kerja dia!' Fabian Freston dapat menjawab persoalan dia sendiri.

"You... deserve it, Fabian! Cantik kan, isteri you sekarang?" Perli Kiran Kaur sambil berlalu pergi meninggalkan Fabian Freston dan Simran Kaur.

"Kiran!!!" Jeritan Fabian Freston menarik minat beberapa Pegawai Polis yang bertugas di situ.

Pantas Simran Kaur menggamit Fabian Freston, menarik tangannya agar beredar dari situ. Timbul perasaan belas kasihan terhadap si adik yang melolong histeria di situ.

"Tak apa, Encik. Saya bawa adik saya keluar dari sini." Jelas Simran Kaur kepada dua orang Pegawai Polis yang baru menghampiri mereka.


P/S... Hatiku mengatakan kongsi lagi satu Bab dengan kalian...D

Happy Reading, Ya. Semoga ceria dan sihat selalu.


No comments:

Post a Comment