Monday 3 March 2014

Kisah Cinta Kita Bab 15

Keadaan yang penuh sesak, di kawasan tempat letak kereta, di Hospital Pulau Pinang, menyukarkan Eamad Faliq untuk mencari tempat meletakkan Hummer.

Bunyi siren Ambulan sekali sekala menggangu pencarian Eamad Faliq. Bertambah parah apabila masa tersebut pula pukul dua belas tengah hari bersamaan dengan waktu melawat bagi keluarga pesakit.

Aerwyna Aberdeen melirikkan mata memandang keadaan tertekan Eamad Faliq, tetapi mengambil sikap untuk berdiam diri. Belum mempunyai kosa kata yang sesuai untuk memecahkan tanda tanya mengapa mereka perlu berada di situ.

Sepatutnya mereka harus berada di Bangunan Gill Holding, untuk berbincang bersama Fabian Freston sekali lagi, mengenai projek usaha sama mereka. Dipertengahan jalan Eamad Faliq menyambut satu panggil telefon lalu membawa mereka ke sini. Melihat keadaan tegang Eamad Faliq selepas menyambut panggilan tersebut Aerwyna Aberdeen tidak berani untuk bersuara.

Eamad Faliq berpusing sekali lagi, mencari ruang kosong untuk meletakkan Hummer. Aerwyna Aberdeen menjeling sekilas.

"Errr... Faliq, saya rasa kita parking di bangunan tempat letak kereta bertingkat. Di situ senang sikit nak cari ruang kosong. Dah banyak kali kita berpusing di sini tetapi tak jumpa juga."

Eamad Faliq menoleh sekilas, sambil mencari bangunan yang Aerwyna Aberdeen maksudkan.

"Errr... Faliq, masuk lorong kanan di depan tu... saya tahu tempat letak kereta tu...." Terang Wiena dalam keadaan takut-takut, sementelah orang di tepi tegang semacam.

Eamad Faliq masih mendiamkan diri, bukan bermaksud tipak mempedulikan Aerwyna Aberdeen tetapi di dalam hati penuh debaran dan tekanan. Khabar yang disampaikan oleh Puan Rabiatul tadi boleh melembikkan segala urat saraf.

"Wiena... sorry saya dah terangkut kamu sekali, kita uruskan hal kecemasan ini dulu... nanti saya call Fabian Freston yang kita terpaksa cancel appointment dengan dia." Tenang pula Eamad Faliq menerangkan keadaan mereka kepada Wiena.

Memandangkan mereka sudah pun berada di situ, tiada makna untuk Aerwyna Aberdeen membantah lagi. Redha sahaja lah.

"Tak apa la, Faliq. Saya ikut sahaja. Dah namanya menumpang, kena ikut la tuan empunya kereta." Wiena tersenyum manis, entah ikhlas atau pun tidak, tak tahu lah.

Hummer diletakkan di tingkat atas sekali. Mereka tergesa-gesa berjalan dan menuju wad kecemasan. Eamad Faliq tercari-cari ahli keluarganya. Aerwyna Aberdeen pula terpinga-pinga masih kabur dengan situasi sebenar.

"Errr... boleh saya tahu, kenapa kita berada di sini?" Tergaru-garu kepala Wiena menyoal Eamad Faliq untuk meleraikan teka-teki dari tadi.

Tiba-tiba Puan Rabiatul berlari menerkam Eamad Faliq sambil menangis teresak-esak.

"Ibu... Insha Allah tak ada apa-apa yang teruk berlaku kepada Wahyu. Kita doakan ya...." Eamad Faliq memeluk ketat tubuh lembik si Ibu, cuba menenangkan kesedihan Puan Rabiatul.

Terketar-ketar Puan Rabiatul bersuara disulam tangisan.

"Hisham... dah tak ada, Faliq." Semakin kuat tangisan Puan Rabiatul.

Eamad Faliq terkedu menerima ketentuan dariNya.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali... Sabar, Ibu...." Walaupun terkejut mendengar khabar tersebut tetapi sebagai orang yang beriman Eamad Faliq tahu dia harus redha dengan kekuasaan Tuhan.

Raut wajah simpati terpamer ketara melalui bahasa mata Aerwyna Aberdeen. Dia cuma mampu memandang mereka berpelukan sesama sendiri. Apabila yang di atas sudah berkehendak begitu, tiada siapa yang boleh menghalang.

"Makcik... Anak Makcik, kami terpaksa hantar ke wad pembedahan sekarang. Jadi perlukan tandatangan borang perlepasan  dari waris yang terdekat." Lelaki yang berkod putih dengan stateskop tergantung di lehernya menyapa Puan Rabiatul.

Eamad Faliq menjeling tag nama Doktor tersebut... Dr. Lawrence Yeap

"Doktor, saya abang kepada, Wardina Wahyu. Boleh Doktor terangkan kepada saya, berkenaan keadaan adik saya?" Eamad Faliq memerlukan penjelasan yang jelas sebelum menandatangani surat kebenaran untuk pembedahan tersebut.

Berdesing cuping telinga Aerwyna Aberdeen apabila sebaris nama meluncur keluar dari mulut Eamad Faliq... Wardina Wahyu???

"Kalau macam tu, kita masuk ke dalam bilik penerangan dahulu, saya boleh tunjukkan sekali gambar 'MRI' tadi." Dr Lawrance Yeap mendahului mereka menuju bilik tersebut.

Aerwyna Aberdeen serba salah, terperangkap di dalam situasi sebegini membuatkan dirinya gelisah menimbang tara keadaan tersebut. Dia masih belum berganjak dari kedudukan tadi. Memandang kosong langkah Eamad Faliq dan Puan Rabiatul. Hendak mengikut, dia tak di ajak. Takut nanti menjadi penyibuk pula, bukan dia kenal pun dengan kaum keluarga Eamad Faliq. Encik Ahmad Fikri pula belum nampak muka lagi, mungkin masih di dalam perjalanan.

Terperasan Aerwyna Aberdeen tidak bersama lagi dengan mereka, Eamad Faliq menoleh ke belakang. Dia melambaikan tangan agar Aerwyna Aberdeen menghampiri mereka.

"Wiena... ikut sahaja ke mana kami pergi, jangan segan. Nanti selepas selesai semua urusan, saya hantar kamu balik semula ke pejabat." Lirih suara Eamad Faliq menjelaskan kepada Wiena.

"Saya tak kisah, Faliq. Tunggu kat luar ni pun okay. Tak ada masalah. Faliq, uruskan dulu mana yang perlu."

"Jom kita dengar pendapat Doktor tu berkenaan dengan adik saya, Wardina Wahyu." Sengaja Eamad Faliq menekankan nama Wahyu untuk melihat sejauh mana penerimaan Aerwyna Aberdeen.

Lama juga Aerwyna Aberdeen memaku pandang kepada Eamad Faliq. Berteka-teki siapa dia, Wardina Wahyu???

"Saya biasa dengar nama adik, Faliq...." Perlahan bicara Wiena.

"Nama sama kut...." Patah Eamad Faliq tidak mahu menyambung resah Wiena. Bukan masa yang sesuai untuk membongkar rahsia yang akan menyakitkan semua pihak.

Aerwyna Aberdeen mengangguk. Setuju dengan pendapat Eamad Faliq.

"Ya. Kebetulan sama nama." Naif sungguh Wiena menjawab seperti itu.

Puan Rabiatul pula masih dipeluk kejap oleh Eamad Faliq, takut si Ibu boleh terjatuh bila-bila masa.

"Encik, kita mulakan sekarang... kita tidak boleh melenggahkan masa untuk pembedahan pesakit." Dr Lawrance Yeap menyampuk perbualan mereka.

"Please proceed Doktor. Kami sudah bersedia." Eamad Faliq memusatkan perhatian kepada Dr Lawrance Yeap.

Lampu di papan untuk melihat hasil x-ray dipasangkan. Gambar bahagian abdomen jelas kelihatan.

"Makcik, Encik... dari gambar ini, kami mengesan bahawa, Cik Wardina Wahyu mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan buah pinggangnya. Berkemungkinan besar kita perlu buang, untuk mengurangkan resiko jangkitan kuman dan memberhentikan pendarahan berlebihan, yang boleh menyebabkan maut." Tegas Dr Lawrance Yeap menumpukan perhatian kepada mereka.

"Lagi satu, tulang kaki yang dipanggil sebagai tibia patah riuk dan itu pun perlu dibedah juga untuk memasukkan semula tulang tersebut, mana yang perlu disambung, kami akan sambung menggunakan teknik khas, pasang besi dan skru pada tulang. Pembedahan ini adalah minor tidak seperti dengan pembedahan buah pinggang." Sambung Dr Lawrance Yeap menerangkan keadaan kaki Wardina Wahyu.

"Selain dari ini, dia okay?" Tanya Eamad Faliq.

"Bahagian kepala Cik Wardina Wahyu tidak mempunyai masalah yang teruk. Dia bernasib baik tusukan besi tersebut tidak terkena bahagian saraf tunjang, yang boleh menyebabkan lumpuh separuh badan, di bahagian atas atau bawah." Terang Dr Lawrance Yeap sekali lagi.

Eamad Faliq berpaling kepada Puan Rabiatul, terusik perasaannya apabila memandang betapa keruh raut wajah si Ibu.

"Ibu... nak saya uruskan dulu atau tunggu Ayah?" Eamad Faliq meminta pendapat daripada Puan Rabiatul.

"Faliq uruskan dahulu, jangan tunggu Ayah, takut dia lambat sampai. Lama sangat menunggu, takut memudaratkan Wahyu." Sendu Puan Rabiatul menyuarakan pendapatnya.

Borang perlepasan tadi bertukar tangan. Secepat mungkin Eamad Faliq membaca terma dan syarat pembedahan, sebelum menurunkan tandatangan.

Puan Rabiatul meluru ke arah Wardina Wahyu, yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil, ditolak oleh dua orang Jururawat  yang bertugas. Aerwyna Aberdeen pula terpempam apabila ternampak Wardina Wahyu adalah orang yang sama dengan yang di dalam difikirannya.

Eamad Faliq masih berpura-pura tidak mengetahui bau hanyir di antara mereka. Kalau hendak masuk campur pun biarlah dalam keadaan yang betul. Dia tahu bahawa Aerwyna Aberdeen sedang musykil dengan kenyataan yang terbentang di depan sekarang.

"Hurm, Faliq, I think I know, your sister." Ragu-ragu Wiena meluahkan apa yang berbuku di hatinya.

Eamad Faliq masih ingin berpura-pura tidak mengetahui hubungan diantara mereka. Bahu Puan Rabiatul pula dipegang kemas.

"Ohh! You kenal dia? Kawan ke?" Pandai betul Eamad Faliq kalentong Wiena. Hurmm.

"Encik, tunggu di sini sahaja. Kami tolak pesakit masuk dulu. Kami akan update keadaan pesakit dari masa ke masa." Salah seorang Jururawat menegaskan kepada Eamad Faliq bahawa mereka dibenarkan untuk menunggu di depan bilik pembedahan.

Jururawat membawa Wardina Wahyu masuk, sementara Pakar Bedah sedang menunggu di dalam. Manik-manik jernih dan doa Puan Rabiatul mengiringi pembedahan Wardina Wahyu.

"Makcik, jom kita duduk dulu sementara kita menunggu pembedahan selesai." Wiena menolong Eamad Faliq memegang Puan Rabiatul yang hampir melorot jatuh.

Hati Aerwyna Arbedeen dipagut perasaan sedih teramat sangat apabila melihat kesedihan di raut muka Puan Rabiatul.

"Makcik, sabar ya... kita sama-sama doakan yang terbaik buat anak Makcik. Semoga tiada masalah yang lebih teruk dan cepat sembuh." Wiena cuba menenangkan Puan Rabiatul agar lebih bermaya, walaupun dia tahu agak sukar untuk menceriakan Puan Rabiatul.

Perasaan hiba seorang ibu mana mungkin boleh digula-gulakan pada waktu tersebut. Cuma dengan Allah sahaja dia boleh berlindung dari segala kesedihan yang ada.

"Ibu... kuatkan diri, Ibu. Sebut nama Allah, kita kena redha dengan segala ketentuan dariNya. Saya nak kena tinggalkan Ibu dengan Wiena sekejap. Nak kena uruskan hal, Hisham pula. Ibu, jaga diri." Airmata yang mengalir dari pipi tua si Ibu disapu lembut oleh Eamad Faliq.

"Ibu... ini Wiena. Kawan satu pejabat. Saya tinggalkan Ibu dengan dia, boleh kan?"

Puan Rabiatul panggung kepala lalu menggangguk kepada Eamad Faliq. Hatinya masih ralat dengan pemergian Hisham, anak saudara kepada Encik Ahmad Fikri. Lebih memilukan lagi kedua orang tua Hisham sudah lama tiada.

"Wiena... tolong jaga Ibu saya, sementara saya kena uruskan Hisham." Serba salah Eamad Faliq meminta pertolongan daripada Wiena. Namun, dia betul-betul terdesak, tiada siapa yang boleh membantu dia sekarang. Sementelah Encik Ahmad Fikri belum sampai lagi.

Senyuman ikhlas terukir di mulut Aerwyna Aberdeen, faham sangat-sangat dengan keadaan serba salah Eamad Faliq. Tetapi dia memang tidak kisah untuk menghulurkan bantuan ketika ini. Bagi dia permintaan Eamad Faliq  sebesar kuman sahaja.

"Tak apa la... I boleh tolong jaga your mum and tunggu depan ni. You just urus dulu apa yang perlu. Just help me to inform Fabian, that we are here. I takut, dia tercari-cari I pula nanti. My cellphone tertinggal di pejabat tadi."

Nasib baik Aerwyna Aberdeen mengigatkan Eamad Faliq, dia sudah terlupa sama sekali berkenaan dengan temu janji mereka.

"Ohh! Okay. I'll inform him later. Thanks, Wiena."

Eamad Faliq meninggalkan Puan Rabiatul dan Aerwyna Aberdeen di situ sementara menunggu proses pembedahan Wardina Wahyu.

Ditinggalkan bersendirian dengan Puan Rabiatul menimbulkan perasaan terlalu asing bagi Aerwyna Aberdeen. Fikirannya diterjah bermacam soalan, yang berkaitan diantara dia, Fabian dan Wardina. Memikirkan nasib malang Wardina Wahyu, membuatkannya sukar bernafas dihimpit perasaan bersalah.

Sebagai seorang wanita dia memahami betapa lukanya hati Wardina Wahyu. Tetapi sudah tersurat dia bertemu jodoh dengan Fabian Freston. Sebagai seorang isteri... ya dia tamak! Tak tergamak untuk berkongsi kasih dan dia tidak rela... memikirkan perkara tersebut pun dia tidak sanggup, bagaikan mimpi ngeri.

Sudah beberapa jam masa berlalu, namun belum ada tanda-tanda pintu bilik pembedahan terbuka. Tiba-tiba seorang Doktor Perempuan dalam pertengahan umur, bertudung labuh dengan jubah hitam dan dua orang Jururawat melangkah keluar dari bilik pembedahan, Puan Rabiatul menggagahkan diri untuk bangun, Aerwyna Arbedeen membantunya.
"Assalamualaikum... Makcik." Tangan dihulurkan kepada Puan Rabiatul.

Puan Rabiatul membalas salam Doktor perempuan tersebut. Dari kaca mata Aerwyna Aberdeen, Doktor tersebut adalah seorang yang tenang, mata dialih pula kepada tag nama... Nur Jaziera Bungan

"Pembedahan anak Makcik dalam keadaan baik, tetapi... kami menghadapi kesulitan sedikit...." Tenang raut muka Doktor Jaziera mengkhabarkan keadaan di dalam.

Puan Rabiatul tergamam...

"Doktor boleh terangkan masalah tersebut kepada kami, kalau kami boleh bantu kami akan cuba untuk membantu." Wiena mewakili Puan  Rabiatul untuk bertanya lebih lanjut mengenai keadaan Wardina Wahyu.

Doktor Jaziera menyungging senyum manis, ternampak dua lesung pipit di kedua belah pipinya.

"Kita kekurangan darah, bekalan jenis kumpulan darah Wardina Wahyu ramai pula yang gunakan hari ini. Bantuan dari tabung darah dalam perjalanan, cuma sekarang kalau ada yang sudi menderma, dari kaum keluarga sangat digalakkan, untuk bersedia dari segala segi kemungkinan." Panjang lebar Doktor Jaziera menerangkan kepada Puan Rabiatul dan Aerwyna Aberdeen.

"Tetapi... Doktor...." Belum habis ayat Wiena tiba-tiba panggilan dari dalam memintas...

"Doktor Jaziera... kita perlukan bekalan darah secepat mungkin. Bagi menggelakkan komplikasi."

Doktor Jaziera menoleh semula kepada Aerwyna Aberdeen dan Puan Rabiatul.

"Darah jenis yang mana satu Doktor perlukan?" Kalut Wiena bertanya.

"A positive... kenapa?" Doktor Jaziera bertanya semula kepada Wiena.

"Take mine... mine is A positive. Ini kad derma darah saya...." Tanpa teragak-agak Wiena menawarkan darah dia untuk disalurkan kepada Wardina Wahyu. Kad derma darah dihulurkan kepada Doktor Jaziera.
"Alhamdullilah... Makcik. Kerja kita  sudah dipermudahkan. Makcik jangan risau, duduk di sini. Sementara saya kena bawa Cik ni untuk proses yang seterusnya." Doktor Jaziera tersenyum lega apabila Wiena sanggup memberikan bantuan kepada pesakit.

Tidak berkelip-kelip Puan Rabiatul memandang raut muka Aerwyna Aberdeen. Musykil sendiri, baru kenal beberapa jam tanpa segan silu membantunya. Sekarang pula nyawa Wardina Wahyu di dalam tangannya.

Puan Rabiatul memaut tangan Aerwyna Aberdeen yang baru hendak melangkah meninggalkannya.

"Makcik, tak mengenali siapa anak ini, tetapi anak Makcik sudah berhutang nyawa dengan anak. Hanya Allah yang mampu membalas budi anak. Makcik cuma mampu mendoakan agar semuanya selamat. Terima Kasih di atas belas ikhsan anak." Sayu bercampur dengan titisan airmata Puan Rabiatul meluahkan apa yang berbuku di hatinya.

Sebak hati Aerwyna Aberdeen mendengar luahan Puan Rabiatul. Dibawanya kedalam pelukan tubuh Puan Rabiatul.

"Saya tolong ikhlas. Tiada istilah terhutang nyawa. Makcik jangan risau. Darah yang mengalir di dalam badan adalah anugerah Tuhan. Jadi kalau saya boleh memberikan sedikit untuk menyelamatkan sesiapa saya akan beri. Sudah ditakdirkan hari ini saya membantu Makcik." Wiena meleraikan pelukkan dan didudukkannya Puan Rabiatul di atas kerusi tadi.

Doktor Jaziera memerhatikan mereka dengan senyuman terukir dibibirnya. Sudah lali dengan keadaan yang sedemikian.

Lamunan panjang Puan Rabiatul terganggu apabila suara Encik Ahmad Fikri menegurnya.

"Assalamualaikum, Rabiatul." Lembut suara Encik Ahmad Fikri memberi salam.

Perlahan Puan Rabiatul menoleh kepada Encik Ahmad Fikri.

" Waalaikummuassalam, Abang baru sampai?" Sendu sungguh suara Puan Rabiatul menyambut salam dari Encik Ahmad Fikri.

"Maaf tadi tersangkut dalam jam yang teruk, ada kemalangan jalan raya. Seperti... van dari hospital terbalik, habis darah tumpah merata di atas jalan." Terang Encik Ahmad Fikri tanpa mengetahui keadaan mereka tadi.

Terkebil-kebil pula Puan Rabiatul mendengar cerita dari Encik Ahmad Fikri.

"Astaghfirullah'adzim... kalau macam tu, Wahyu memang berhutang nyawa dengan pekerja Abang...." Lemah suara Puan Rabiatul beristighfar. Menconggak besar kebarangkalian Van tersebut yang sepatutnya membawa bekalan darah ke situ.

"Kenapa? Abang tak faham."

"Budak perempuan yang ikut Faliq tadi sudah masuk ke dalam bilik pembedahan, menderma darah untuk Wahyu, bekalan darah sepatutnya tiba tadi tetapi tak sampai-sampai lagi. Mungkin juga van yang terbalik tu yang sepatutnya menghantar bekalan darah ke sini." Sampai ke situ gaya pemikiran Puan Rabiatul. Hanya Tuhan yang tahu betul atau tidak telahan Puan Rabiatul.

"Assalamualaikum, Ibu, Ayah." Sapa Eamad Faliq yang sedang melangkah ke arah mereka bersama dengan Fabian Freston dan Eddie Lim.

"Sudah lama sampai, Ayah?" Tanya Eamad Faliq kepada Encik Ahmad Fikri.

"Baru sahaja sampai. Wiena mana? Tak nampak dia di sini." Encik Ahmad Fikri mencari kelibat Wiena.

"Hahh... Ibu, mana Wiena?" Eamad Faliq pula menyoal Puan Rabiatul.

Terkedu sejenak Puan Rabiatul cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk menjelaskan perkara tadi.

"Dia... menderma darah untuk Wardina Wahyu. Pihak hospital kekurangan darah. Wahyu pula perlukan darah dengan segera." Terketar-ketar Puan Rabiatul menjelaskan satu persatu kepada mereka.

"Ya Allah!" Seru Encik Ahmad Fikri terduduk. Ujian apakah yang sebesar ini menimpa mereka.

Fabian Freston tercenggang-cenggang apabila nama Wardina Wahyu dan Aerwyna Aberdeen meniti di mulut mereka sekeluarga.

Eddie Lim mencengkam kuat bahu Fabian Freston sambil mengangguk kepalanya. Mengesahkan apa yang bermain di minda Fabian Freston.

"Both of them are inside... We just pray that they will be fine...." Bisik Eddie Lim di cuping telinga Fabian Freston.

Mengeletar seluruh badan Fabian Freston apabila dihidangkan dengan khabar mengenai Wardina Wahyu dan Aerwyna Aberdeen. Kedua wanita yang bersangkut paut dengan kehidupan masa lalu dan masa kini. Kedua wanita yang dia cukup kenali dan sayangi. Kalau lah boleh dibelah dada dan dibahagikan hatinya akan diberi setiap seorang sebelah. Namun mana mungkin itu terjadi, kena berpijak di bumi yang nyata! Hakikatnya dia sudah berkahwin dan Aerwyna Aberdeen adalah isterinya... dan sekarang pula Aerwyna Aberdeen sanggup menghulurkan bantuan yang tak terbayar kepada Wardina Wahyu.

"Dina... how is her's conditions?" Lirih suara Fabian Freston bertanya kepada Eamad Faliq.

Eamad Faliq menoleh sekilas, kedua belah tangannya diseluk ke dalam saku seluar.

"Patah tulang tibia kaki kanan dan berkemungkinan besar akan hilang sebelah buah pinggang." Jelas Eamad Faliq dalam keadaan tenang.

Perlahan sekali Fabian Freston menghembuskan nafas lemahnya. Bagaikan hilang seluruh nyawa, apabila mendengar penjelasan dari Eamad Faliq.

"Accident tu macam mana boleh terjadi?" Tanya Fabian Freston semula, niat untuk mengetahui lebih lanjut mengasak tangkal hati.

Eddie Lim berdiam diri mendengar sahaja butir bicara diantara Eamad Faliq dan Fabian Freston.

"Hisham drive, balik dari Batu Ferringhi pagi tadi...." Eamad Faliq menunduk, hilang kata-kata untuk menyambung cerita. Apabila teringatkan mayat Hisham yang harus diuruskan selepas urusan bedah siasat selesai sekejap lagi.

Fabian Freston menelan liur... di dalam hati dia sendiri, sudah boleh merumuskan bagaimana Wardina Wahyu dan Hisham boleh bersama menaiki Honda CRV.

Sekali lagi kelihatan Doktor Nur Jaziera Bungan melangkah tenang menuju mereka.

"Assalamualaikum." Doktor Jaziera memberi salam dengan senyuman tidak lekang dibibirnya.

"Waalaikummuassalam." Hampir serentak mereka menjawab salam Doktor Jaziera.

"Alhamdullilah... pembedahan sudah selesai dijalankan kepada Wardina Wahyu. Cuma menunggu masa untuk dia sedar semula. Selebihnya kita berserah kepada Allah. Kita cuma mengusahakan yang terbaik, Dia yang menentukan." Senyum manis bersama dua lesung pipit terukir indah.

"Alhamdullilah... buah pinggang Wardina Wahyu macam mana Doktor? Kena buang ke tak?" Eamad Faliq masih memerlukan penjelasan dari Doktor Jaziera.

Tenang sekali Doktor Jaziera mengukir senyum kecil.

"Kami terpaksa membuang buah pinggang sebelah kanan. Rosak teruk, kalau tak dibuang banyak lagi komplikasi yang lain akan terjadi. Dia cuma bergantung dengan sebelah buah pinggang sahaja sekarang. Saya nak tegaskan, terdapat kandungan alkohol di dalam darahnya. Memandangkan menggunakan sebelah buah pinggang sahaja, dia harus hentikan sikap mengambil alkohol. Selebih dari itu saya tak berani nak memberi pendapat." Sekali lagi panjang lebar Doktor Jaziera menerangkan
keadaan Wardina Wahyu kepada semua yang berada di situ.

Perasaan segan menyelubungi tangkai hati Eamad Faliq, sekeluarga berkenaan dengan perangai bebas laku Wardina Wahyu.

Fabian Freston memandang Doktor Jaziera.

"Errr... Doktor. Isteri saya macam mana?"

Doktor Nur Jaziera Bungan berkerut kening...

"Maksud, Encik?"

"Doktor perempuan yang menderma darah tu tadi isteri dia...." Jelas Eamad Faliq tersenyum kecil.

Lebar senyuman Doktor Jaziera Bungan, apabila teringatkan Aerwyna Aberdeen yang tiba-tiba pitam selepas habis proses pemindahan darah tadi.

"Aerwyna Aberdeen... such a pretty name and unique too... sama seperti dengan yang empunya badan. She is fine... cuma lepas habis process pemindahan darah secara langsung tadi, dia lemah sedikit... kami akan pantau dia untuk sementara. Encik tak payah risau."

"Boleh kami tenggok mereka Doktor?" Tanya Puan Rabiatul pula.

"Makcik, tunggu sekejap ya... bila kami sudah transfer ke wad mereka, boleh dibenarkan melawat dengan syarat kena bergilir-gilir. Wardina Wahyu akan diletakan di dalam Wad ICU untuk pemerhatian yang lebih terperinci."  Jelas Doktor Jaziera dengan tenang.

Bilik pembedahan terbuka, dua katil bergerak ditolak keluar serentak. Fabian Freston terpacak macam tiang lampu, pegun di tempat dia berdiri tadi... yang mana satu harus diutamakan? Kekasih lama atau isteri sendiri?

Tepukan Eamad Faliq di bahu menyedarkan Fabian Freston.

"Pergi tenggok Wiena dulu... she is your wife, needed you the most... Wardina Wahyu ada kami." Eamad Faliq melangkah bersama dengan katil bergerak Wardina Wahyu.

Fabian Freston memandang seketika sebelum menghampiri Aerwyna Aberdeen yang dari tadi melihat Fabian Freston berdiri seperti tiang lampu... manakala hatinya retak menunggu belah....

P/S....Jumpa lagi di Bab 16 untuk mengikuti kisah selanjutnya.

Salam ceria selalu..

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.

Love you all....

No comments:

Post a Comment