Wednesday 5 March 2014

Kisah Cinta Kita Bab 16

Berat mata memandang,  berat lagi bahu yang memikul. Perumpaan tersebut bersesuaian dengan keadaan Aerwyna Aberdeen sekarang. Dari bahasa mata dan badan cukup menyatakan bahawa Fabian Freston begitu tertekan sekali. Aerwyna Aberdeen boleh membaca riak dari airmuka Fabian Freston bahawa dia menanggung perasaan serba salah yang teramat berat.

Dari tadi belum ada sepatah kata keluar dari mulut Fabian Freston, hanya mata yang berbicara meluahkan kekesalan yang teramat sangat. Aerwyna Aberdeen tertanya-tanya adakah Fabian Freston sudah lupa dengan janji mereka semalam? Di saat mereka menikmati betapa indahnya cinta mereka. Janji seorang suami kepada isteri yang dicintai dengan sepenuh hati. Aerwyna Aberdeen sangsi dengan perasaan 'keliru' Fabian Freston. Ibarat menanam tebu di bibir!

Seandainya dengan mengorbankan perasaan sendiri boleh memberikan sinar ceria di wajah keruh orang yang dicintai... Aerwyna Aberdeen sanggup menjadi seperti lilin yang membakar diri sendiri.

"Pergi lah jumpa Wardina Wahyu, I am fine...." Akhirnya Wiena bersuara memecahkan kebuntuan Fabian Freston, walaupun dia tahu niatnya tidak lah seikhlas mana. Tetapi sebagai seorang insan, dia tidak sanggup mendera perasaan orang dia sayangi dengan sepenuh hati.

Jemari Aerwyna Aberdeen digenggam erat, kepala ditunduk lama. Fabian Freston tidak berupaya memandang wajah Aerwyna Aberdeen, tidak sanggup mendera hati wanita yang di angkat martabat sebagai isterinya. Wanita yang baru memberikan satu lagi peluang untuk Wardina Wahyu menikmati erti sebenar kehidupan yang sementara ini.

Adakah Fabian Freston tega melukakan hatinya demi untuk memuaskan perasaan yang menggila dari tadi untuk berjumpa dengan Wardina Wahyu walaupun sekejap sahaja. Tidak salah rasanya...

Redup sekali mata Fabian Freston memanah mata Aerwyna Aberdeen. Mengalirkan satu perasaan yang begitu asing sekali iaitu kagum dengan isteri sendiri....

"It's okay... I temankan you. Lagipun, you masih pening." Semanis madu Fabian Freston mengukir senyumannya.

Mengenali riak airmuka suami sendiri bukan lah susah mana, bila masa dia menipu diri sendiri....

"Pergi lah melawat dia, lagipun you sudah ada di sini, tak salah kalau you melawat dia. Lagipun I rasa dia pun belum sedarkan diri. Just go... I faham." Kali ini Wiena ikhlaskan usulannya. Apa lah Fabian Freston boleh buat dengan bertemankan kaum keluarga Wardina Wahyu.

Lama juga Fabian Freston menconggak baik buruk tindakannya.

"Betul ni? You suruh I pergi melawat, Dina? Tak cemburu?" Fabian Freston menguji keikhlasan Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen pula menyimpul senyum kecil.

"Daripada you buat curi-curi melawat di belakang I, lebih baik I izinkan you pergi sekarang. I tahu you luar dan dalam... just go." Sekali lagi Wiena menyuruh Fabian Freston meninggalkan dia di situ.

Fabian Freston bangun, selimut Aerwyna Aberdeen dikemaskan. Ubun-ubun Aerwyna Aberdeen dicium sejenak.

"Take care. Jangan pergi mana-mana, tunggu I datang semula."

Diantara ikhlas ataupun tidak, Aerwyna Arbedeen meredhakan keputusan dirinya sendiri.

"Hi! Macam mana keadaan you?" Eamad Faliq pula muncul tanpa disangka.

Aerwyna Aberdeen bangun menyandarkan diri di atas katil.

"I am perfectly fine... pening sikit sahaja." Jelas Wiena tersenyum ringan.

Ralit Eamad Faliq menatap wajah pucat Aerwyna Aberdeen. Bermonolog sendiri...

"Thanks."

Aerwyna Aberdeen menoleh sekilas...

"Thanks for what?" Dalih Wiena

"Dah lah jangan berdalih dengan I, you know, what I meant. Terima kasih kerana sanggup menolong, Wahyu." Tajam mata Eamad Faliq memandang Aerwyna Aberdeen.

"Ohh... kecil sahaja pun. Dalam keadaan tersebut sesiapa pun akan menolong. Lagipun I selalu datang untuk menderma darah di sini. Setiap tiga bulan sekali, I akan datang ke sini." Wiena menerangkan kepada Eamad Faliq mengenai kebiasaannya menderma darah.

Eamad Faliq tersenyum kagum mengenai kenyataan tersebut. Terasa rendah diri apabila memikirkan, setitik darah pun belum pernah keluar dari tubuhnya atas nama ticket menderma. Dia sedar masih ada banyak kekurangan diri yang harus diperbaiki.

"Errr... Adik you dah sedar?" Wiena memberanikan diri untuk bertanya kepada Eamad Faliq mengenai keadaan Wardina Wahyu. Dari tadi soalan tersebut di hujung lidahnya sahaja. Tak pasti patut ke tidak dia mengambil berat.

"Wahyu... belum sedar lagi. Masih dipengaruhi ubat bius rasanya. Baru saya teringat... just before the operation, you bagi tahu that, you kenal Wahyu. Kawan ke?" Tajam mata Eamad Faliq menanti jawapan yang akan diberikan oleh Aerwyna Aberdeen.

Terperanjat pula Aerwyna Aberdeen apabila tiba-tiba Eamad Faliq melontar soalan seperti itu... speechless!

"Not a friend of mine. But...." Nafas berat dilepaskan. Tidak sanggup untuk meneruskan apa yang sepatutnya diungkapkan..."Tak apa la, Faliq... I kenal dia melalui kawan." Akhirnya dia ingin menyembunyikan kebenaran yang Eamad Faliq sendiri sudah mengetahui.

Eamad Faliq memicingkan mata, kedua belah tangan dilipatkan di dada sambil menyandar di kerusi yang disediakan di tepi katil Aerwyna Aberdeen.

"Okay... If that you said. Take care, I need to go now. Nak kena uruskan, Hisham." Eamad Faliq bangun dari kerusi. Senyuman penuh makna diukir.

Aerwyna Aberdeen melarikan mata dari bertentanggan dengan mata anak mata Eamad Faliq... tidak selesa!

"Takziah." Cuma sepatah perkataan sahaja yang terkeluar dari mulut dalam keadaan canggung sekarang.

Eamad Faliq tersenggih apabila terkesan bahasa mata Aerwyna Aberdeen.

"Lepas Maghrib... Hisham akan dikebumikan and thanks again for what you have done to Wahyu. Walaupun you tahu siapa Wahyu...." Selamba sungguh Eamad Faliq meluncurkan kata-kata tersebut. Anak mata dilarikan ke atas siling sambil mengusap dagu.

Sepontan Aerwyna Aberdeen menoleh kepada Eamad Faliq.

"Apa maksud you?" Mata bulat Wiena merenung tajam wajah Eamad Faliq. Berteka-teki dengan ayat tergantung Eamad Faliq..."Kalau dia tahu hal ni... mana la aku nak sorok muka ni?" Bisik hatinya.

"I tak tahu, why don't you tell me... probably, bila you dah bersedia. I'll go first. Take care."

Panjang langkah Eamad Faliq meninggalkan Aerwyna Aberdeen dengan satu tanda soal yang besar. Kepala yang sudah sedia ada berpusing-pusing, bertambah berdenyut memikirkan perkara tersebut.

Dari atas katil Aerwyna Aberdeen melihat Eamad Faliq menepuk bahu Fabian Freston yang bertembung dengannya. Wajah tegang Fabian Freston jelas kelihatan dari jauh.

Jururawat dan pesakit yang lalu lalang di situ tidak dihiraukannya. Kaki dihayun semakin laju menghala katil Aerwyna Aberdeen yang terletak di hujung sekali berdekatan dengan tingkap dan kaunter Jururawat yang bertugas.

Aerwyna Aberdeen mengerling jam segi empat di atas dinding, jarum jam menunjukkan dekat pukul enam petang. Mungkin sudah sampai masanya untuk meminta kebenaran balik dan berehat di rumah.

Ekor mata menjeling reaksi Fabian Freston yang berdiri di tepi tingkap. Dari tadi sepi tanpa bicara.

"I nak balik, I rasa I dah kuat sikit." Luah Wiena kepada Fabian Freston yang menyepi dari tadi.

Fabian Freston menoleh, dahi berkerut seribu.

"Betul dah tak pening? I boleh bawa you balik, tak ada masalah."

Aerwyna Aberdeen mengangguk.

"Kalau macam tu, I uruskan dengan Doktor. You tunggu di sini dahulu." Fabian Freston terjengguk-jengguk mencari kelibat Doktor atau Jururawat yang bertugas.

Jururawat yang memakai tag nama Ellie menguruskan, urusan keluar Aerwyna Aberdeen tanpa masalah. Manakala Aerwyna Aberdeen sudah boleh bangun dan berjalan semula. Menurut Doktor Jaziera Bungan, dia pitam mungkin disebabkan tidak mempunyai rehat yang secukupnya sebelum proses pemindahan darah.

Semasa melangkah keluar dari Wad  Pesakit Perempuan, Aerwyna Arbedeen berhenti di Wad ICU yang menempatkan Wardina Wahyu. Lama dia berhenti memerhatikan keadaan Wardina Wahyu, yang dilingkari dengan bermacam tiub melekat di badan.

Fabian Freston pun berdiri di tepi Aerwyna Aberdeen, bersama memaku mata ke arah Wardina Wahyu.

"Mana, Makcik? Atau tak ada orang ke menemaninya sekarang?" Bisik Wiena kepada Fabian Freston. Tidak mahu menggangu pesakit.

Fabian Freston mengangkat kedua belah bahu.

"I don't have any idea. May be, dia keluar sekejap." Mendatar Fabian Freston menjawab soalan Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen menoleh sejenak.

"I feel sorry to see her in that situation. Kesian sangat-sangat. Mesti... apabila bangun nanti, dia akan menggamuk." Wiena mengeluarkan pendapatnya berdasarkan pemerhatian dan merumuskan sedemikian.

Lamunan Fabian Freston berhenti dengan satu hempasan nafas yang berat. Tiada ayat yang sesuai untuk membalas kata-kata Aerwyna Aberdeen. Kalau diikutkan hati, memang dia teringin sangat berada dekat dengan Wardina Wahyu, tetapi memandangkan keadaannya sekarang... tidak sesuai!

"Jom... kita balik dulu. Biarkan dia berehat." Fabian Freston menarik tangan Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen pula masih tidak mahu beranjak dari situ.

"Kenapa?" Fabian Freston menyoal kehairanan.

"Errr... tak apa ke kita tinggalkan dia seorang di sini?" Berat hati pula Wiena hendak meninggalkan Wardina Wahyu tanpa teman.

"Doktor dan Jururawat ramai... mereka sudah di tugaskan untuk menjaga dia. She will be okay. Kita balik dulu." Gesa Fabian Freston sekali lagi. Semput nafas dia berlama-lama di situ.

Tergesa-gesa Puan Rabiatul berjalan menuju bilik yang menempatkan Wardina Wahyu. Tadi dia meninggalkan Wardina Wahyu sekejap untuk menunaikan suruhanNya. Tersungging senyuman manis di mulut apabila ternampak Aerwyna Aberdeen dan Fabian Freston sedang memerhatikan Wardina Wahyu melalui penghadang cermin.

"Sudah hendak balik ke?" Tiba-tiba Puan Rabiatul bersuara dari belakang mereka.

"Ya, Makcik kami nak balik la ni." Wiena menjawab sambil tersenyum lebar.

Fabian Freston cuma memerhatikan mereka berbual. Tiada berkeinginan untuk menyertai perbualan mereka.

"Balik lah berehat. Mesti penat dah ni. Makcik kena jaga Wahyu malam ni. Faliq dan Ayahnya menguruskan pengebumian Hisham. Terkilan sungguh pula Makcik apabila hajat mereka tak kesampaian." Mendung sungguh airmuka Puan Rabiatul.

Sengget telinga Fabian Freston...

"Hajat tak kesampaian? Apa maksud Makcik?" Kali ini perbualan tersebut menarik minat Fabian Freston.

"Hurmm! Sejurus sebelum kemalangan tersebut, Hisham telefon Makcik mengatakan ingin meminang Wahyu. Rancangan mereka untuk berkahwin hujung bulan ni, tinggal angan-angan sahaja." Manik-manik jernih sudah mengalir satu per satu di pipi tua Puan Rabiatul.

Aerwyna Aberdeen memandang Fabian Freston yang terkedu kehabisan kosa kata.

"La... kesiannya... tak ada jodoh mereka tu, Makcik. Sabar ya... sekarang ni kena bagi anak Makcik sihat dahulu. Itu yang penting." Lirih suara Aerwyna Aberdeen memujuk Puan Rabiatul. Sementelah menutup kebisuan Fabian Freston.

Fabian Freston mengatur langkah lesu meninggalkan Aerwyna Aberdeen dan Puan Rabiatul di situ. Hatinya sebu apabila, tiba-tiba pula Wardina Wahyu hendak berkahwin dengan Hisham. Dia masih ragu-ragu untuk melepaskan Wardina Wahyu kepada lelaki lain... hurmm

Fabian Freston mempertahankan langkah sambil menunggu Aerwyna Aberdeen bersaing sekali dengannya. Pesanan dari Datin Amritha Kaur menerjah di mindanya, makan malam di rumah agam di Jalan Jeselton.

"Baby... tadi, Mum telefon, dia ajak kita makan malam sekali. Kita singgah sekejap ya...." Tangan Aerwyna Aberdeen digenggam erat.

"Ehh... tak elok la nak singgah macam ni. Baju pun bau busuk ubat hospital." Wiena menolak lembut, beralasan baju busuk bagai. Padahal masih seram sejuk dengan Simran Kaur. Buatnya dengan si gedik Kiran pun ada di situ juga, tak ke haru biru sekali lagi.

Mata Fabian Freston menjeling tajam pula. Terkilan dengan penolakkan si isteri.

"Mana ada baju tu busuk. Atau alasan sahaja you tak nak pergi ke rumah, my Mum. Dia tunggu kita tu, tak baik la nak hampakan dia. Samalam pun kita sudah hampakan dia." Tegas Fabian Freston.

Aerwyna Aberdeen memasamkan muka. Tetapi diikutkan juga kehendak Fabian Freston. Sakit hatinya bagaikan dijolok dengan kayu.

"Jangan marahkan I nanti, kalau I tak boleh tahan dengan perangai Kakak you atau perempuan miang tu...."

Tercenggang-cenggang Fabian Freston apabila tiba-tiba Aerwyna Aberdeen bersuara, memberi amaran pula. Hati bagaikan digeletek, senyum dikulum...

"Ni cemburu atau sakit hati?" Tersembur juga gelak kecil dari Fabian Freston.

Berbakul-bakul geram Aerwyna Aberdeen apabila digelakkan oleh Fabian Freston. Kenapalah dengan dirinya, terasa terancam sangat dengan Kiran Kaur yang secantik Katrina Kaif. Masuk ke rumah orang yang tak berapa dikenali, kahwin pula secara sembunyi, dia dapat merasakan betapa kerdil dirinya di dalam ruang rumah keluarga mertua.

"Honey... I tak sakit hati, tetapi I tak suka Kiran tu tergedik-gedik dengan you... macam perempuan kurang siuman. And your sister... boleh dia panggil I, Jane budak hutan! I tak boleh accept la orang yang hina I macam tu...." Luah Wiena dengan penuh perasaan geram.

Auara Bujang Senang sudah terlukis di muka Fabian Freston. Merenung dengan tak berkedip, mulut pula menyimpul senyum seribu makna...

"Oooo.... dua dalam satu la ni?" Muka mengusik semakin marak.

"Tak sedar diri, kalau I ni Jane... you mesti la Tarzan... amacam?" Kali ini Wiena pula mengenyit-ngenyitkan keningnya. Seronok mengenakan Bujang Senang.

Akhirnya mereka tergelak lucu, menghilangkan resah yang membalut hati. Fabian Freston mengenggam erat tangan Aerwyna Aberdeen, menyalurkan kekuatan untuk berhadapan dengan kaum keluarganya.

"Tarzan and Jane is fine for me... suite us well... you and me tinggal di dalam hutan... excellent ideas!" Giliran Fabian Freston pula mengenyit-ngenyitkan keningnya dan mengedipkan sebelah matanya.

Aerwyna Aberdeen mencebik.

"Nak tinggal dalam hutan konon... kena gigit nyamuk sahaja satu badan dah berkudis. Cakap tak serupa bikin." Muncung mulut Wiena meluat dengan pendapat yang tak berapa bernas Fabian Freston.

Fabian Freston membeliakkan biji mata.

"I tak main-main tau. It's not a joke...." Tegas Fabian Freston.

Aerwyna Aberdeen pula menjeling manja. Kura-kura dalam perahu pura-pura tak tahu...

"Kalau nak buat juga boleh... saya ada tempat yang kita boleh kongsi bersama. Tempat yang mendamaikan serta boleh menghilangkan keteganggan kita. Suasana redup, dipayungi pokok hutan yang besar, ada air sungai mengalir, deruan air terjun yang berdekatan. Malam pula, diterangi cahaya bulan sambil mengira bintang di langit." Terleka sementara Wiena apabila teringatkan tempat yang dia maksudkan. Lokasi kegemaran Aerwyna Aberdeen dan Airine Irwelma untuk menyegarkan badan dan minda mereka.

"Pasal apa tak pernah bawa I ke situ?" Fabian Freston terasa ralat pula dengan pencerahan Aerwyna Aberdeen.

"Tempat tu rahsia antara saya dan Welma. Nak pergi ke situ saya boleh bawa tetapi... ada syarat." Wiena mengulum senyum nipis.

Terangkat kening Fabian Freston.

"Syarat apa pulak... bagitahu cepat!"

"Hurmm... Jangan gatal dengan Katrina Kaif tu... ulat bulu!" Senafas sahaja ayat tersebut meluncur dari mulutnya.

"Katrina Kaif? Ulat Bulu?" Mulut Fabian Freston terkumat-kamit menuturkan dua nama tersebut.

Aerwyna Aberdeen pula mengusik dengan menurun naikkan keningnya.

"Ohhh... Berani Kiran nak buat macam tu lagi... I bagi satu kali lagi baru dia tahu...." Cakap lepas sahaja, belum lagi kena dengan Kiran.

"Okay... you ikut janji you, and satu hari I akan bawa you ke situ...." Wiena tersenyum manis.

Fabian Freston mengeleng, dalam hati tersenyum riang melihat mendung di muka Aerwyna Aberdeen sudah berlalu.

#########################

Gerun pula perasaan Aerwyna Aberdeen apabila berhadapan dengan seluruh kaum keluarga Fabian Freston. Perasaan kekok amat ketara sekali apabila dia cuma mampu menjawab sepatah-sepatah soalan yang dilontarkan kepadanya.

Renungan tajam, menikam jantung dari Kiran Kaur dan Simran Kaur mengusarkan lagi hatinya. Tidak betah hendak berlama-lama di rumah agam tersebut. Disebabkan Datuk Frederick Freston dan Datin Amritha Kaur, dia menahan diri dari diperli dari tadi.

Fabian Freston menjeling, dia tahu bahawa si isteri berasa tidak selesa dengan kehadiran Simran Kaur dan Kiran Kaur.

"Sekejap lagi kita balik, baru habis makan sahaja. Kita bersembang dahulu. Biarkan mereka...." Fabian Freston berbisik di tepi telinga Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen cuma menggangguk tidak berani membuka mulut. Dua ekor singa betina sedang menunggu untuk menerkamnya.

"Shindha... anything you nak share with us?" Jerkah Simran Kaur.

Fabian Freston menoleh kepada si Kakak.

"Keep your mouth shut, Sis... jangan bagi saya naik angin." Fabian Freston menjeling tajam Simran Kaur dan Kiran Kaur yang duduk di tepi mereka.

"Jane budak hutan!" Kiran Kaur menyampuk sambil mencebik mulut.

Aerwyna Aberdeen menoleh sekilas. Muncung itik keluar di mulut. Perut Fabian Freston disiku lembut.

"Sebelum I meletup, baik you diamkan mereka atau kita balik sekarang." Tegas Aerwyna Aberdeen berbisik di tepi telinga Fabian Freston.

"Kiran, macam mana dengan muka you? Sudah pulih atau belum?" Sinis Fabian Freston bertanya kepada Kiran Kaur.

Kiran Kaur tersenyum manis, terperasan dengan soalan Fabian Fresto, yang seakan-akan mengambil berat akan dirinya.

"I am fine... dah tak sakit." Kaki disilang menampakkan kulit paha sawo matang.

Fabian Freston tersenyum senget.

"Sekali lagi cakap macam tu to my wife... I akan bagi satu penampar lagi." Tajam anak mata Fabian Freston menikam jelingan Kiran Kaur.

Simran mencebik mulut.

"Apa la yang ada dengan budak hutan ni? Sanggup kamu bela dia dan menolak kami ke tepi."

Berdesing telinga Fabian Freston.

"Gudie... that is none of your business. She is my wife dan I akan bela dia sampai bila-bila."

"We'll see about it, Shindha." Simran Kaur menyungging senyum penuh makna.

"Sudah la... jom kita balik." Bisik Wiena kepada Fabian Freston. Lebih baik balik daripada bergaduh dengan mereka.

"Ehh! Jane budak hutan! Kes hari tu tak habis lagi tau tak... jangan ingat I sudah lupa. Sampai mati pun I tak akan lupakan yang Fabian Freston tampar I kerana you... you buat apa dengan Fabian... guna-gunakan dia ke? Orang sana kan banyak benda tu." Perli Kiran Kaur yang sedang menahan marah bercampur geram.

Aerwyna Aberdeen bangun dari sofa. Mata tajam dialihkan kepada Kiran Kaur yang mencabar kesabaran dia dari tadi.

Turun naik turun naik Aerwyna Aberdeen meratah figura Kiran Kaur.

"Saya ni, kalau adalah benda tu, teringin sangat nak sumbat benda tu dalam mulut longkang kamu tu... biar busuk sampai ke mati. Apa yang tak puas dengan saya ni... kerana Fabian Freston ke? Kalau dia nak dekat you, I boleh bagi free untuk you...." Wiena menoleh pula kepada Fabian Freston....

"Honey... you nak dekat dia ke? Kalau you nak tak apa I tinggalkan you dengan dia... I am okay with it!" Terkebil-kebil mata Fabian Freston apabila ditanya dengan soalan cepu emas daripada Aerwyna Aberdeen.

"Are you nuts? Perempuan gila ni... kalau I suka dia, I tak married to you...." Bagaikan halilintar Fabian Freston menjerkah mereka di situ.

Gila siot Aerwyna Aberdeen, dari mana dia mendapat akal untuk menggenakan Kiran Kaur.

"Hah! You sudah puas hati dengan jawapan Fabian. Jangan sakit hati dengan I lagi... kalau dia tak pilih you apa I boleh buat...." Selamba Wiena menempelak Kiran Kaur yang termanggu-manggu dari tadi.

Tiba-tiba Datuk Frederick Freston dan Datin Amritha Kaur muncul di depan mereka.

"Kenapa Fabian? Dah nak balik ke?" Datin Amritha Kaur bertanya apabila melihat Aerwyna Aberdeen sudah melenggang menonong menuju pintu utama.

Kedua belah tangan melurut rambut hitam pekat nya.

"Wiena tak berapa sihat, esok pula kerja... kami balik dulu, Mum." Fabian Freston terpaksa mereka jawapan untuk menggelakkan salah faham berlaku diantara mereka.

"Bawa dia balik... tadi pun, nampak muka dia pucat sahaja. Penat tu." Datuk Frederick Freston pula menyampuk perbualan mereka.

"Sat Sri Akal. Mum, Dad." Fabian Freston melangkah laju mendapatkan Aerwyna Aberdeen yang sedang menunggu di kereta.

Fabian Freston membuka pintu BMW 7 Series dan menghenyak punggung di kerusi pemandu. Suasana pegun seketika.

"Sorry okay... I cannot take it. To much! Saya ni bukan la kaki ubat guna-guna tu... not me, Honey!" Sedih sungguh Aerwyna Aberdeen apabila dituduh oleh Kiran Kaur tadi.

"Shhhh... I know." Bisik Fabian Freston perlahan sambil memeluk kejap tubuh langsing Aerwyna Aberdeen.


P/S... Jumpa di Bab 17.

A lot of love....Tq for stopping by.

No comments:

Post a Comment