Tuesday 25 February 2014

Kisah Cinta Kita Bab 13

Usai menyempurnakan Solat Zohor, perut pula sudah meminta diisi. Makan tengah hari berakhir dengan adengan kejar mengejar pula.

Dari jauh dia melihat Aerwyna Aberdeen kusyuk menyiapkan laporan Syarikat AH Holding yang banyak tertangguh semenjak dia cuti minggu lepas.

Perasaan hati sedikit terkilan dengan status Aerwyna Aberdeen sekarang. Nampak gaya dia di penghujung jalan..."Isteri orang tu, Faliq." Lantas dia beristighfar.

Oleh kerana desakan rasa simpati maka langkah dihala ke meja Aerwyna Aberdeen. 

"Jom." Ikhlas Eamad Faliq mengajak.

"Pergi mana?" Muka masih menghadap skrin kumputer.

"Dari tadi, you tak makan lagi, I bet you are quite hungry now. It's pass two PM now. I pun dah lapar time ni." Pujuk Eamad Faliq.

"Kalau I lapar I pandai cari sendiri. You pasal apa tak makan lagi?" Tanpa riak Wiena menjawab, padahal perut sudah berbunyi dari tadi.

Tiba-tiba... kriuk ukk...

Aerwyna Aberdeen membeku, berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku.

Eamad Faliq senyum senget.
"Kalau tak lapar, tu yang berbunyi tadi bukan bunyi minta isi?" Perli Eamad Faliq.

"Ehhh... mana ada. Silap dengar kut." Dalih Wiena.

Eamad Faliq mengeleng, boleh tahan degil juga perempuan ni.

"Cepat bangun, kita makan di kawasan sini sahaja." Arah Eamad Faliq.

Tiba-tiba suhu satu badan naik beberapa degree. Aerwyna Aberdeen menoleh.

"I kata tak lapar sudah la, buat apa nak paksa I? Biarkan I sendiri jangan sibuk dengan urusan I. Selama ini I uruskan sendiri, boleh juga tiada masalah pun." Amarah Wiena tidak boleh dibendung lagi.

Nur Sawsan yang duduk di tepi cuma mampu mengeleng, bersimpati dengan teman yang dia baru kenali dalam beberapa bulan.

Renungan dan kata-kata tajam Aerwyna Aberdeen di balas Eamad Faliq dengan senyuman ikhlas.

"Sebagai rakan sepejabat, rasanya tak salah kalau saya mengambil berat mengenai hal kamu, Wiena." Jeda seketika... "Dan saya tahu kamu boleh urus diri sendiri, tetapi sekarang kamu sedang menyeksa perut kamu sendiri. Kamu sakit, kerja bertimbun, Sawsan susah saya pun susah. Jadi saya rasa kamu bukan orang yang suka menyusahkan kawan-kawan." Sambung Eamad Faliq dalam nada yang lembut memujuk Wiena.

Sedikit sebanyak dia bersetuju juga dengan pendapat Eamad Faliq.

Dia berpaling memandang Nur Sawsan.

"Join us, Beb?"

Nur Sawsan menggeleng serta tersenyum lebar.

" Sorry Beb. Kerja I banyak yang tak siap lagi. You keluar makan dulu, Encik Faliq temankan you. It's okay, dia tak makan orang. Betul tak Encik Faliq?" Usik Nur Sawsan.

Malu-malu kucing pula Eamad Faliq bila sesekali dikenakan Nur Sawsan.

"Come. Tak nak pergi jauh kita makan sahaja di kafe, dekat bawah saja pun.
Kalau takut, I boleh makan orang ke?" Mata dikenyit, senyum lebar di ukir.

Wajah suram tadi bertukar ceria dengan usikan Nur Sawsan dan Eamad Faliq.

"Saya minta maaf." Wiena memecahkan suasana sepi, di dalam lift menuju ke aras bawah.

Berduaan dengan Eamad Faliq mewujudkan resah dalam diri dan sudah semestinya tidak selesa.

Sebagai seorang wanita yang memegang status seorang isteri tidak bagus rasanya ditemani yang berlainan jantina, kalau ternampak oleh Fabian Freston lagi keruh keadaan mereka.

Aerwyna Aberdeen sedar dia perlu membatasi pergaulan mereka sebagai rakan sepejabat.

"Sorry? Sorry for what?" Senyum manis diukir.  Sudah sekian lama dia memerhatikan Wiena mengelamun, baru sekarang dia menyoal.

"Sepatutnya kita lunch sekali dengan Fabian Freston tetapi jadi lain pula cerita. I am sorry for that...." Cuak muka Wiena.

Eamad Faliq memaku mata. Cuba mencari sesuatu dari anak mata Aerwyna Aberdeen.

" It's not your fault and neither his fault too, out of so sudden di terkam seorang jelitawan dari dalam bilik. Lucky him...." Tersenyum sungging pula Eamad Faliq.

Aerwyna Aberdeen terkelu lidah, geram pun ada, nak marah pun ada tetapi malu yang lebih menyalut rasa hati.

"I don't want to talk about it. Anyway it's not my problem, biarkan dia sahaja yang selesaikan masalah yang dia cari dari dulu. Knowing a  man, tak pernah cukup dengan satu perempuan!"

Berdesing telinga Eamad Faliq mendengar luahan tersebut. 

"Wow. Berat tuduhan tu. As a man, I am not a player." Senyum senget.

Aerwyna Aberdeen mengukir senyum penuh makna yang tersendiri.

"And what is the reason you are tagging a long with me? Lelaki...." Sinis sekali Wiena menyerang Eamad Faliq.

Tersentap jantung Eamad Faliq mendengar kata-kata Aerwyna Aberdeen.

"Lelaki apa, Wiena? Tolong habiskan ayat kamu tu." Tajam mata dia merenung wajah tanpa riak yang berada di depan.

Sekilas Aerwyna Aberdeen memandang Eamad Faliq. 

"Bila suka, dia sanggup buat apa sahaja, bila sudah dapat, dia tak menghargai." Laju Wiena melangkah ke dalam kafe.

Eamad Faliq masih berdiri di depan pintu lift. Tergamam mendengar luahan hati Aerwyna Aberdeen.

"Terluka sangat ke dia? Tapi kenapa?" Bisik Eamad Faliq sendirian.

Eamad Faliq tersedar sudah agak lama Aerwyna Aberdeen meninggalkan dia di situ dan agaknya sedang menjamu selera.

"Makan keropok lekor dan pisang goreng, cukup ke?" Tanya Eamad Faliq sambil meletakan pinggan di atas meja.

"Cukup la, lagipun tak banyak makanan yang ada time ni." Wiena menoleh... "Makan laksa? Sedap bau." Sambung Wiena.

Eamad Faliq menjongket kening.

"Nak ke? Kalau nak boleh order lagi." Pelawa Eamad Faliq.

Aerwyna Aberdeen tergesa-gesa bangun apabila Eamad Faliq hendak melangkah untuk menempah semangkuk laksa lagi.

"Errr... Faliq no need." Seru Wiena.

Eamad Faliq menoleh, sekilas matanya terpandang ada benda jatuh di lantai.

"I think, it's yours. But...." Eamad Faliq serahkan rantai leher dan cincin kepada Wiena.

Aerwyna Aberdeen mengangkat kedua belah kening.

"But what?"

Eamad Faliq merenung Aerwyna Aberdeen.

"Tak sangka juga, dua benda tu, sebiji serupa dengan my Sister. Tak pernah ditanggal  dari lehernya. Hairan juga beberapa hari tak ada pula dia pakai." Celoteh Eamad Faliq.

"Ohh! Serupa kut. Barang kemas, banyak yang sama. Anyway technically it's not mine pun, orang dah tak nak, I tolong simpan."

Amboi Aerwyna Aberdeen betul ke apa yang di luah mulut selari dengan kata hati...entah la.

Aerwyna Aberdeen menyimpan semula rantai leher dan cincin yang dilempar oleh Wardina Wahyu kerana marah dengan Fabian Freston.

Sudah semestinya barang kemas tersebut mempunyai maksud yang tertentu di dalam perhubungan mereka. Aerwyna Aberdeen sendiri tidak mempunyai jawapan kenapa dia harus menyimpan rantai leher dan cincin tersebut... Dia cuma menyimpan!

Nada dering No Women No Cry dari telefon bimbit menggangu ketenangan Aerwyna Aberdeen yang sedang ralit menyuap kerokop lekor.

Sekilas dia memandang Eamad Faliq meminta izin untuk menjawab panggilan.

"Hello!"

"Baby... Are you okay? Have you taken your lunch?" Soal Fabian Freston perihatin.

"Ya. I baru habis makan dengan Encik Faliq. Late lunch, more to tea break actually." Selamba Wiena dengan siapa dia makan. Cari penyakit ke Wiena?

"Malam tadi kan I dah bagi tahu, I tak suka you ada apa-apa dengan  dia." Tegas Fabian Freston.

"He is my colleague. Nothing wrong with it, just a friend. You no need to worry, he knew that we are married, that's it. Kenapa sampai nak kawal I macam ni? Don't trust me?" Wiena masih mengawal intonasi suara untuk meyakinkan Fabian Freston.

"Alright I trusted you. Jangan lebih-lebih pula!" Peringat Fabian Freston.

"Okay." Cebik Wiena. Rajuk masih belum hilang.

"Petang ni balik awal sikit. As your request we go for romantic dinner. How is it?"

"Sound great!" Wiena mengetap bibir.

"See you later and Aerwyna Aberdeen I do love you, Baby. With all of my heart." Lirih suara Fabian Freston mengucapkan kata-kata cinta kepada Wiena.

"Hurmm.... I know. See you later." Talian telefon diputuskan serta merta. Tidak sanggup dia menadahkan halwa telinga mendengar ayat-ayat cinta dari Bujang Senang.

"Wiena, nak makan lagi tak?" Seru Eamad Faliq.

Rasa sebu sedang merajai hati, mana mungkin ada selera untuk menghabiskan baki keropok lekor dan goreng pisang tadi.

"Jom la, I dah tak ada selera nak habiskan makanan tu." Pelawa Wiena untuk meneruskan tugas mereka.

"Kalau macam tu, I am done too...." Eamad Faliq bangun dari kerusi dan menyaingi Wiena menuju kearah lift.

Di dalam lift masing-masing memilih untuk berdiam diri sahaja. Sementelah Eamad Faliq membiarkan Aerwyna Aberdeen melayan perasaan sendiri, dia tahu pasti Fabian Freston yang menghubungi tadi.

Sampai sahaja di dalam pejabat Eamad Faliq mengeluarkan iPhone 5S. Nombor Puan Rabiatul dicari.

"Assalamualaikum, Ibu."

"Waalaikummuassalam. Faliq, sudah makan?" Begitu lah kasih seorang ibu, pantang mendengar suara anak menyapa halwa telinga.

"Sudah, Ibu... saya nak tanya mengenai, Wahyu...."

"Ada apa dengan Wahyu, Faliq?" Laju Puan Rabiatul mencantas Eamad Faliq.

"Ibu jangan risau, saya cuma nak tahu, Ibu tahu tak siapa nama Bengali yang selalu keluar dengan Wahyu?" Mulut dikemam.

"Ibu tak berapa pasti. Rasanya tak pernah pula Wahyu bagi tahu Ibu siapa nama budak tu. Kenapa?"

Eamad Faliq termenung seketika.

"Tak ada apa, Ibu jangan risau. Saya cuma nak  tahu sahaja, tiba-tiba terlintas difikiran saya." Dalih Eamad Faliq.

"Kalau macam tu tak apa la, Assalamualaikum." Puan Rabiatul memutuskan talian.

"Waalaikummuassalam." iPhone 5S diletakan di atas meja kerja.

Sambil berpusing-pusing di atas kerusi, dia bermonolog sendiri... "Siapa tahu nama mamat ni?" Tiba-tiba jari dipetik... "Yes! Eddie tahu kut."

Sekali lagi iPhone 5S disambungkan.

"Assalamualaikum, Eddie."

"Waalaikummuassalam. Sibuk ke? Sejak hari tu kita tak contact each other. What's up Bro?"

Fail di atas meja diteliti helaian demi helaian.

"Boleh tahan sibuk jugak, you know Monday. Free tak malam ni? Mungkin kita boleh jumpa, lepas Maghrib?"

"Malam ni... rasanya tak ada masalah, I pun free. Kat mana nak jumpa?" Soal Eddie Lim.

"I'll text you later. Okay then...Assalamualaikum." Eamad Faliq memutuskan talian.

Nafas pula dihembus lembut, berharap sangat Eddie Lim dapat membantunya menyelesaikan teka-teki Wardina Wahyu. 

#########################

Manakala di dalam pejabat, Fabian Freston sedaya upaya mencuba untuk memberi tumpuan terhadap kerjanya, namun keluhan demi keluhan pula yang dihembus lembut dari tadi.

Dahi dipicit-picit, tengkuk pula diramas-ramas mencari akal untuk meleraikan kekusutan yang berpunca dari diri sendiri.

Perbualan dengan Aerwyna Aberdeen sedikit sebanyak mengocak jiwanya, takut si isteri membuat onar di belakang. Rakan kerja pula bukan orang sebarangan. Fabian Freston rasa tergugat!

Lantas Fabian Freston teringat panggilan dari si Ibu pagi tadi, nampak gaya makan malam bersama keluarga di rumah agam Jalan Jeselton terpaksa di batalkan demi Aerwyna Aberdeen.

Samsung Galaxy Note3 disambung ke nombor Datin Amritha Kaur.

"Sat Sri Akal, Maaji." Ucapan Salam diberi.

Tangan bermain dengan batang pen sambil duduk berpusing-pusing di atas kerusi.

" Sat Sri Akal. Anything, Son?"

Fabian Freston teragak-agak hendak menyampaikan tujuan sebenar panggilan tersebut.

"Hurmm... We might not coming for a dinner tonight. I plan nak bawa Wiena makan di luar. Is it okay Mum?"

Lama pula Fabian Freston menunggu jawapan dari Datin Amritha Kaur.

"It's okay, Son. Tak apa, next time no excuses. Mummy nak tanya, betul Fabian bagi penampar dekat Kiran?" Cuak pula suara Datin Amritha Kaur bertanya kepada Fabian Freston.

Fabian Freston bangun dari kerusi lalu berdiri ditepi tingkap menghadap panorama di luar.

"Kalau ikutkan hati saya, tak cukup sekali penampar yang saya bagi tadi tu. Banyak kali saya sudah beritahu Kiran, saya cuma anggap dia sebagai kawan, tak ada kurang tak ada yang lebih." Jelas Fabian Freston cuba meyakinkan Datin Amritha Kaur.

"Mummy tahu, tetapi sebagai seorang lelaki jangan pula kamu suka tangankan anak orang, Fabian Freston, kurang markah mancho kamu nanti. Tambah pula keluarga Kiran rapat dengan keluarga kita. Kes kamu ni sudah menyusahkan Mummy dan Daddy. Ingat hidup kita berniaga, kita kena jaga juga tingkah laku." Peringat Datin Amritha Kaur.

Mahu bernanah telinga Fabian Freston mendengar ceramah Datin Amritha Kaur.

"Ha Maaji. I need to go now."

Belum sempat Fabian Freston memutuskan talian, suara Datin Amritha Kaur menyapa halwa telinga semula.

"Anak orang jaga baik-baik Fabian Freston. Jangan kamu buat seperti barang mainan." Keras suara Datin Amritha.

Fabian Freston memicit dahi semula.

"Yes, Mum. Bye...."

Samsung Galaxy Note3 diletakan di atas meja.

Mulut diketap rapat. Minda merancang untuk mengambil hati si isteri.

Tiba-tiba dia tersenggih lebar apabila terpandang Mona yang sedang terjengguk-jengguk.

Lambain tangan dari pejabat Fabian Freston menggamit Mona untuk datang bertanyakan tugas yang bakal diberikan kepadanya.

Mata kelat Mona dipaksa untuk terbuka luas.

"Ada apa-apa yang perlu saya bantu, Encik Fabian?"

Fabian Freston senggih, apabila terdengar suara lemah Mona.

"Kamu mengantuk, Mona?"

Mona berpura-pura membetulkan tudung.

"Tak la, Encik Fabian. Sikit, sikit sahaja."

Timbul pula perasaan kasihan dengan si Mona...

"Kopi Sri Aman kan ada, tak nak  minum? Boleh juga hilangkan rasa mengantuk tu." Lembut suara Fabian Freston bertanya.

Berkerut pula kening Mona, tiba-tiba baik pula raja buaya.

"Sakit gusi la, Encik Fabian, pagi tadi saya dah minum banyak sangat. Tapi memang terbaik la kopi tu, lain kali Encik Fabian outstation di Sarawak beli la kopi tu lagi... ada umphhh!" Hilang terus mata kelat Mona bila bersembang pasal Kopi Sri Aman.

Ada-ada sahaja dengan si Mona ni, Fabian Freston tersenggih lebar. Tercuit juga dengan celoteh Mona.

"Dah hilang mengantuk kan? Sekarang, kamu tolong saya call sekali lagi kedai bunga tu, suruh mereka siapkan tiga dozen bunga ros merah. Digubah lebih cantik dari tadi. Nanti ada orang yang akan datang ambik bunga tu dari kedai. Kamu cuma pesan sahaja. Boleh?"

Pelik pula Fabian Freston apabila terpandang Mona sedang menghitung jari.

"Banyaknya bunga ros tu, Encik Fabian? Nak buat apa? Bukan boleh makan pun. Tak membazir ke, Encik Fabian?" Tergaru-garu kepala pula Mona dengan arahan Fabian Freston.

"Mona, kerja kamu cuma buat tempahan sahaja selain daripada tu jangan banyak tanya. Boleh?" Fabian Freston mengulum senyum.

"Baik Boss! Saya menurut perintah. Ada apa-apa lagi?"

Fabian Freston berfikir seketika.

"Satu lagi, kamu tolong saya buat reservation di Rasa Sayang Hotel Batu Feringhi, Romantic Dinner... table for 2 person." Fabian Freston menutup segala fail yang di atas meja.

Mona pula masih pegun di depan meja Fabian Freston.

"Perempuan yang dari Syarikat AH Holding tadi tu, wife Encik Fabian, betul tak?" Dalam takut, berani juga Mona bertanya soalan berbaur peribadi.

"Errr... saya tanya ajer, tak penting pun." Tergagap pula Mona menyambung ayat.

Fabian Freston mengeleng dan tersenyum lebar.

"Hahh. She is my wife." Tanpa prejudis Fabian Freston menjawab.

Mona terkedu, teringat terus kepada Wardina Wahyu... "Malang sungguh nasibmu, Dina." Bisik hatinya.

"Ohh... Cantik, maksud saya, isteri Encik Fabian cantik. Saya minta diri dulu." Tergesa-gesa Mona berlalu dari situ.

Fabian Freston menghantar pemergian Mona dengan senyuman lebar. Sesekali terhibur juga dengan celoteh Mona.

Fabian Freston melangkah keluar dari bilik Pejabat, menuju ke bilik Datuk Frederick Freston.

"Hai! Daddy. I need to go back early today." Punggung dihenyak di kerusi.

Bertaut rapat kening Datuk Frederick Freston apabila mendengar si anak hendak balik awal pula hari ini.

"Kenapa pula? Anything urgent?" Fail di depan ditolak ke tepi.

Fabian Freston bungkam, mata biru si ayah direnung redup.

"Saya nak ambik Wiena dan lepas tu nak ajak dia date malam ni." Senyum senget.

Datuk Frederick Freston tersenyum lebar.

"Ohhh! Ini kes pujuk memujuk lagi... Daddy tak nak masuk campur hal ni. Kes kamu tampar Kiran pun satu hal. But don't worry I'll back you up. It's okay. Pergi have some fun with your wife."

Tergelak kecil pula Datuk Frederick Freston apabila si anak tergesa-gesa keluar dari biliknya.

Mona pula dari tadi termenung, telefon bimbit di depan dipandang tak berkedip. Sekali tekan mesti kucar-kacir hidup Fabian Freston.

Di sana adalah sahabat di sini pula adalah majikan yang baik hati dan bertolak ansur. Serba salah!

Kalau difikirkan tidak salah rasanya Fabian Freston berkahwin, memang lumrah kehidupan.

Sekali lagi diterjah akal logik, ya kalau Wardina Wahyu tidak mengetahui rahsia Fabian Freston maka maksiat akan berterusan. Secara tak langsung dia terpalit dosa juga.

"Maafkan saya, Encik Fabian." Bisik hatinya.

Telefon bimbit disambung ke talian Wardina Wahyu.

"Assalamualaikum, Dina." Serak suara Mona.

"Ada good news." Terjah Wardina Wahyu.

"Kalau ya pun, jawab la dulu salam saya." Tegur Mona

"Ehhh. Aku dah jawab dalam hati. Cepat sikit, ada good news tak?"

Mona mencebik mulut, meluat sungguh dengan sikap kurang penyabar Wardina Wahyu.

"Saya cuma nak bagi tahu yang perempuan dalam gambar hari tu adalah isteri kepada Encik Fabian." Mulut diketap rapat. Tahu sangat mesti Wardina Wahyu terguris.

Lama pula Wardina Wahyu berdiam diri.

"Dina, kamu okay?" Seru Mona.

Akhirnya suara sendu Wardina Wahyu menyapa halwa telinga Mona.

"Sampai hati, Fabian buat aku macam ni, Mona. Setelah bertahun aku menunggu dia. Aku korbankan segalanya untuk dia. Patut la kebelakangan ini dalam setahun dua ni dia selalu abaikan aku. Tak sangka betul dia tipu aku hidup-hidup." Sebak suara Wardina Wahyu menahan tanggis.

Mona turut sama merasa kesakitan dihati Wardina Wahyu.

"Sabar la, Dina. Berdoalah agar suatu hari kamu diberi jodoh yang lebih baik dari Encik Fabian Freston."

"Anyway thank you. At least aku dah tahu status Fabian Freston. Tetapi jangan dia ingat semudah itu dia ingin melepaskan diri. Kamu jangan bagi tahu Fabian mengenai hal ini. Biar aku tentukan sendiri apa yang aku nak buat. Ingat biar pecah di perut jangan pecah di mulut."

Berkelip-kelip mata Mona apabila tiba-tiba talian telefon diputuskan.  

"Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada sahabatku. Bukakanlah pintu hatinya ke atas keredhaanMu. Amin...." Mona berdoa dalam hati.


P/S.... untuk suasana romantik kita kupas di Bab 14. Kalau nak baca teaser jenguk FB saya.

Lap you all... kita tunggu apa tindakan Wardina Wahyu.

Adakah romantik dinner akan berakhir seperti yg Wiena harapkan?

*saya masukkan KCK dalam Ilam juga tetapi baru Bab 1 dan 2...
yg lain belum lagi.

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.

No comments:

Post a Comment