Tuesday 25 March 2014

Kisah Cinta Kita Bab 20

They Library Bar - Straits Quay

Malam masih muda lagi apabila mereka sampai di Straits Quay. Fabian Freston memilih The Library Bar, untuk dijadikan tempat lepak sambil mendengar muzik dan menikmati panorama tepi pantai.

Puputan bayu yang sejuk menambahkan lagi kedinginan malam. Apabila ia menyentuh kulit mulus yang terdedah, menghantar alunan ketenangan jiwa, bersama gemersik nyanyian suara penyanyi Filipina.

Suasana di luar bar, sememangnya pilihan yang tepat sekali bagi mereka. Sekali sekala menyedut haruman nyaman bayu laut seolah-olah bagaikan terapi minda, mengalirkan kelegaan serta meringankan tekanan waktu pejabat.

Apakah motif Eaton Haefen yang datang ke situ untuk mencari Susan Foo akan berhasil seperti yang diharapkan? Meliar mata Eaton Haefen mencari kelibat Susan Foo persis di dalam gambar yang disimpan di dalam saku seluar.

"Bro, I need your favour."

Terpaksa juga Eaton Haefen, meminta talian hayat daripada Fabian Freston apabila dari tadi dia mencangak bayangan Susan Foo namun gagal mengecam. Itu pun kalau Susan Foo berada di sekitar mereka.

Fabian Freston beralih memandang, Eaton Haefen yang ternyata kelihatan gusar sedikit di tempat duduk.

"Favour? What kind of favour do you need?"

Bisik Fabian Freston perlahan. Tidak mahu menganggu perbualan Aerwyna Aberdeen dan Airine yang sedang rancak bergelak ketawa dari tadi. Seolah-olah bertahun tak berjumpa.

"Susan Foo? You, ada nampak dia? If you see her, do let me know." Bisik Eaton Haefen pula.

Tajam jelingan Fabian Freston, cuba menangkap maksud permintaan Eaton Haefen. 'Ohh! Patutlah, mamat ni baik hati pula malam ni, belanja makan bagai, rupa-rupanya ada udang galah di sebalik mee.' Hati kecil Fabian Freston merumuskan niat Eaton Haefen yang lebih kurang suka berkira dengan dia.

Kedua belah tangan sudah dilipat elok diatas dada. Fabian Freston memfokuskan diri, dengan permintaan Eaton Haefen yang ternyata masih menjalankan misi menjejak Susan Foo.

Geram juga! Kenapa dengan mudah dia, boleh masuk perangkap, Eaton Haefen? Kalau bahana datang nanti, bukankah itu namanya betul-betul menempah penyakit? Tambah pula, dengan adanya Aerwyna Arbedeen dan Airine Irwelma.

"Ohhh! Jadi, this is your motif. Sedar tak, you sudah mendedahkan these two ladies in danger? Agak-agak lah, Bro. Nak buat kerja macam ni, jangan la libatkan these two ladies. Bahaya! You sendiri tahu kan siapa, perempuan tu. She capable of doing anything to complete her own dream."

Eaton Haefen meneguk rakus jus epal. Benar juga hujah Fabian Freston. Namun dia terpaksa berbuat begitu. Perbicaraan kes Mr Lichfield tinggal beberapa hari lagi.

"Sorry, Bro! I have too. Dia ni penting untuk kes penyeludupan dadah yang saya sedang ikhtiarkan dalam beberapa bulan ini. The clue is with her. In fact, saya rasa dia yang menganiaya my client."

Liar Fabian Freston mencangak Susan Foo di sekitar mereka. Setiap penjuru dizoom rapat.

"No, I tak nampak dia di sini. Maybe dia berada di bar yang lain. Leave them here, we'll take a look at a few places around here."

Fabian Freston berangapan, alang-alang dia sudah terlibat, biarlah mereka mencuba untuk menjejaki Susan Foo sampai dapat.

########

Nun, di sebalik dinding dari bilik VIP dua pasang mata sedang menyala, memandang kemesraan Fabian Freston dan Aerwyna Aberdeen yang sedang bergelak ketawa, melayari kebahagiaan rumah tangga mereka.

Persoalan menerjah minda Susan Foo, apabila melihat ketidak selesaan Kiran Kaur, semasa  mereka menumpukan perhatian kepada Aerwyna Aberdeen dan Fabian Freston.

"Do you know them?" Susan Foo sekadar menguji sejauh mana Kiran Kaur mengenali Fabian Freston dan Aerwyna Aberdeen.

Kiran Kaur masih menyepikan diri. Berkira-kira untuk berkongsi rahsia ataupun tidak.

"Do you?" Kiran Kaur pula memulangkan soalan.

Tajam renungan Susan Foo memandang teman akrabnya dahulu. Secara kebetulan mereka terserempak di situ.

"Fabian Freston, I kenal dia. In fact, pagi tadi... dia pecat I dari Syarikat Gill Holding." Terang Susan Foo, tetap merahsiakan perkara yang sebenar daripada terbongkar.

"That lady, do you know her?" Sengaja Kiran Kaur masih ingin mengorek cerita dari Susan Foo.

Susan Foo mengeleng. Sungguh dia tidak mengenali perempuan yang bersama dengan Fabian Freston ketika ini. Sedari tadi dia berteka-teki mengenai status hubungan mereka. Gelonjak perasaan cemburu usah dikira, sakitnya hati bagaikan digerudi dengan pengerudi.

"Budak hutan itu, his wife." Segumpal perasaan meluat melompat keluar dari mulut Kiran Kaur.

Tersentap jantung Susan Foo apabila mengetahui kebenaran tersebut.

"No wonder, he is icy cold kebelakangan ini." Penumbuk digenggam kejap menahan asakan kemarahan yang sedang meluap-luap.

Kali ini, Kiran Kaur pula terpempam mendengar kenyataan dari Susan Foo.

"Gosh! Don't you tell me, that you got to do something fishy with him?"

"Sikit-sikit tu ada, sometimes hard to approach. Macam tugu!" Tiada perasaan segan Susan Foo membuka pekung di dada.

Kiran Kaur bermain dengan gelas minuman kerasnya.

"Betapa kecilnya bumi ini, sehingga kita boleh tersuka lelaki yang sama. I hate that girl. Entah kenapa, Fabian Freston boleh mengahwini budak hutan itu? Huhh!" Gelas minuman alkohol diteguk rakus.

Bersama cengkaman perasaan dengki Susan Foo dan Kiran Kaur, masih duduk bersembunyi sambil memerhatikan sepasang 'love bird' sedang mengulit kisah cinta mereka.

Adakah mereka akan membiarkan kelukaan mereka sebegitu sahaja atau mereka akan melunaskan dendam kesumat mereka?

########

Fabian Freston mengelus mesra tangan Aerwyna Aberdeen. Anak mata si isteri direnung lembut, menghantar isyarat cinta memenuhi segenap ruang di dada.

"Baby, you and Welma stay here, just for a while. Saya ada kerja sikit nak buat dengan Eaton. Jangan pergi mana-mana. Just stay put." Bibir berkumis nipis mengecup lembut kulit tangan Aerwyna Aberdeen. Perasaan sayang semakin menebal terhadap si isteri pada ketika itu.

Aerwyna Aberdeen mengangguk. Malas hendak mengambil bahagian dengan kegiatan Fabian Freston dan Eaton Haefen. Apa yang dia nampak, dari tadi mereka berbisik sesama sendiri dan sudah semestinya ada perkara penting yang mereka bincangkan.

Setelah Fabian Freston dan Eaton Haefen mengangkat punggung dari situ, Aerwyna Arbedeen dan Airine Irwelma berborak seperti tak ingat dunia.

"Welma, Akak nak pergi toilet sekejap. You nak ikut tak?"

Airine Irwelma mengeleng.

"Nope, Akak pergi la. Saya tunggu di sini."

Tanpa mengetahui diri sendiri sedang diekori dari belakang,  Aerwyna Arbedeen melangkah tergesa-gesa ke arah tandas perempuan yang berdekatan.

Aerwyna Arbedeen segera menyumbatkan diri sendiri ke dalam tandas yang kosong, untuk melepaskan hajat.

Manakala dua orang perempuan yang mengekori Aerwyna Arbedeen tadi, memainkan peranan mereka. Apalah nasib pada ketika itu hanya mereka bertiga di dalam tandas tersebut.

Susan Foo meletakkan papan tanda 'Kerja Mencuci Sedang Dijalankan' diluar pintu masuk,  sebelum menguncikan pintu tersebut dari dalam.

"Hi! Jane budak hutan. Nice meeting you here."

Tersenyum sumbing Kiran Kaur, menyandar di tepi dinding merenung tajam Aerwyna Arbedeen bagaikan hendak ditelan hidup-hidup. Puntung rokok yang masih menyala,  disedut dalam-dalam. Aksi Kiran Kaur amat mengerunkan Aerwyna Arbedeen pada ketika itu.

"Kenapa? Takut? Your guidance is not here." Gertak Kiran Kaur.

Aerwyna Arbedeen cuba melarikan diri apabila Kiran Kaur ingin mencecah puntung rokok kepadanya.

Gedebuk!

Jatuh terjelepok Aerwyna Arbedeen akibat kakinya dihalang oleh Susan Foo.

"Tak sangka lembik juga, kamu ni budak hutan! Kesian Fabian Freston...." Perli Susan Foo pula.

"Lepaskan aku, sakit...." Meraung Aerwyna Arbedeen akibat kena cecah dengan puntung di kedua belah pipinya.

Sempat juga kaki Aerwyna Arbedeen menerajang muka Kiran Kaur, dengan kasut tumit tingginya. Manakala tangan kanan, meragut rambut Susan Foo tetapi tersilap sasaran, rambut palsu pula yang terkeluar.

Namun kuku panjang Aerwyna Aberdeen sempat mencakar muka putih gebu Susan Foo. Meninggalkan tanda merah saga dipipinya.

Akibat serangan balas dari Aerwyna Aberdeen, Susan Foo dan Kiran Kaur memperhebatkan lagi serangan mereka. Aksi dua lawan satu memihak kepada angka yang lebih besar. Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya Aerwyna Aberdeen pada ketika ini.

Pukulan dan sepakan bertalu-talu di bahagian badannya melemaskan Aerwyna Arbedeen. Darah hitam pekat mengalir keluar dari mulut yang pecah akibat tendangan 'boot' Susan Foo.

"Fabian Freston ingat senang melepaskan diri dari kami. Tak dapat dia tak apa. Lagi seronok mainkan kamu. Padan muka dia." Susan Foo masih belum puas menendang Aerwyna Arbedeen.

"Ambik kau! Ingat senang dia nak aibkan aku. Buat aku macam ni. Aku nak tengok, bagaimana dia nak berjalan dengan kau lepas ini. Tunduk atau tunjukkan muka dia?" Susan Foo meragut rambut serta dibelek kasar muka Aerwyna Aberdeen yang tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Huhh! Kesian kat kau, habis la lepas ni, Fabian Freston nak kat kau atau tak. Kau jangan la marah kan kami. Kami ni pun mangsa kerakusan suami kau juga... sebelum kau ada, kami la yang dia duk usung, teman satu katil, menghangatkan kedinginan badan, memenuhi kehendak nalurinya... huhh! sekarang pandai pula dia nak campak kami ke tepi." Susan Foo memicit kasar mulut Aerwyna Aberdeen.

Hanya renggekan lemah Aerwyna Aberdeen yang kedengaran. Meminta simpati agar dilepaskan.

Manakala Kiran Kaur sudah berhenti mengerjakan Aerwyna Arbedeen, tiba-tiba matanya terarah kepada satu objek.

Perlahan-lahan dia mengutip objek tersebut, tanpa pengetahuan Susan Foo yang sedang asyik memaki hamun dan menyepak terajang Aerwyna Arbedeen.

"Hey! Beb... dah la tu. I think we knocked her off.Kang mati pula susah nanti. Let's go." Kiran Kaur mengajak Susan Foo beredar dari situ.

Hakh tuiih!

Aerwyna Arbedeen yang sudah tidak bermaya, hanya mampu menerima ludahan yang memutih, bercampur dengan darah pekat dimukanya.

Sedih teramat! Tergamak mereka memperlakukan Aerwyna Arbedeen sedemikian rupa. Hanya kerana tidak dapat memiliki Fabian Freston. Apabila syaitan sudah merasuki akal fikiran, mereka tidak mampu menimbangkan baik buruk kesan tindakan mereka. Adakah Aerwyna Arbedeen mampu berdiri gah selepas peristiwa hitam ini?

Kiran Kaur dan Susan Foo menyusup keluar dari tandas perempuan. Meninggalkan Aerwyna Aberdeen yang sedang bertarung nyawa menahan kesakitan.

Airine Irwelma terpinga-pinga apabila dirempuh oleh dua orang wanita, yang sedang berjalan tergesa-gesa keluar dari arah tandas.

'Apa punya hantu. Berjalan macam tak ingat dunia!' Welma mengutuk Susan Foo dan Kiran Kaur yang sedang melarikan diri dari terserempak dengan orang.

Tiba-tiba terlintas difikiran Airine Irwelma, figura Kiran Kaur yang pernah ditemui sewaktu mereka balik dari kampung.

Pantas Airine Irwelma berpaling memandang kelibat mereka semula dari arah belakang. Ya, dia pasti... itulah Kiran Kaur.

'Kenapa mereka berjalan laju sangat?' Lalu Welma menoleh kawasan sekeliling, mana tahu dia tertinggal berita sensasi yang terkini...

Setelah berpuas hati dengan pandangan mata yang tidak mencurigakan, dia melangkah semula untuk menjejak si kakak yang mengambil masa agak lama di tandas.

Jeritan nyaring seseorang datang dari arah tandas melajukan ayunan kaki Airine Irwelma. Kadar denyutan jantung berdegup laju dari biasa, lantas mengundang wajah Aerwyna Aberdeen dilayar mata...

'Kakak!' Tutur Welma perlahan mengundang seribu satu pertanyaan mengasak fikiran.

Dalam keadaan termenggah-menggah Airine Irwelma membuka kasar pintu tandas. Sejuk beku tubuhnya apabila melihat keadaan Aerwyna Aberdeen, yang terbaring dengan lumuran darah dimuka.

Dalam linangan airmata menahan raugan tanggisan, Airine Irwelma mengangkat kepala Aerwyna Aberdeen daripada pangkuan seorang wanita yang bertudung labuh.

Akhirnya Airine Irwelma menggogoi juga dalam bahasa ibundanya. Meratap kesengsaraan si kakak ketika itu.

"Adik, Akak sudah telefon Ambulan tadi. Sekejap lagi akan sampai untuk memberikan bantuan kepada kakak kamu. Sabar, ya."

Airine Irwelma tersentap, ayat-ayat bahasa Iban yang meluncur laju dari perempuan cantik bak bidari mengundang seribu satu pertanyaan lagi.

"Nama Akak, Bulan. Iban dari Simunjan." Senyuman nipis terukir indah. Sudah menjadi lumrah kehidupan dirantauan, Bulan selalu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Apatah lagi orang sekampung, bagai disayat hatinya apabila melihat keadaan tidak bermaya si mangsa.

"Terima kasih, Kak. Saya, Welma dan yang ni kakak saya, Wiena. Kenapa dia boleh jadi macam ni? Sapakah manusia berhati binatang yang sanggup pukul orang seperti ini?" Bersama esakan tangisan Airine Irwelma mengucapkan penghargaan sambil membebel melepaskan kemarahannya.

Bulan menyapu airmatanya, tersentuh dengan ratapan Airine Irwelma. Namun dalam keadaan sekarang mereka tidak boleh terlalu hanyut dengan kesedihan mereka.

"Welma, tadi datang ke sini, berdua ke atau berteman?"

Airine Irwelma menoleh, barulah dia teringat kepada Abang Ipar dan Eaton Haefen yang masih menghilang dari tadi.

Lantas Airine Irwelma mengeluarkan telefon bimbit, nombor Fabian Freston disambungkan.

"Abang Fabian! Cepat datang ke tandas perempuan! Kakak kena pukul teruk!" Laju Welma menyampaikan keadaan yang menimpa Aerwyna Aberdeen.

Jantung Fabian Freston bagaikan terkena renjatan elektrik. Nasib baik tiada penyakit jantung, kalau tak memang sah selamat enam kaki di bawah tanah.

"Jangan main-main dengan Abang, Welma."

Airine Irwelma melepaskan nafas berat.

"Welma, tak ada masa nak mempersendakan benda macam ni. Datang sekarang sebelum Ambulan sampai." Telefon bimbit di masukkan semula ke dalam saku seluar.

"Sekejap lagi, sampailah suami kakak saya. Tadi kami datang berempat." Jelas Welma kepada Bulan yang sedang ralit memandangnya.

Suasana sudah menjadi tidak berapa selesa apabila orang ramai sudah mula mengerumuni tandas tersebut.

"Welma, tunggu Kakak. Biar Akak kawal pintu depan."

Dengan cara yang berhemah Bulan menghalang sesiapa masuk ke dalam tandas tersebut, sementara menanti pengawal keselamatan mengambil tugas tersebut.

"Welma!" Jerit Fabian Freston dari luar tandas.

Bulan mengalih pandang...

"Suami Wiena, ke." Seru Bulan.

Fabian Freston mengangguk penuh kehairanan... 'siapakah perempuan ini?'

"Masuk, Encik. Depa ada di dalam." Sambung Bulan mengarahkan Fabian Freston masuk menemui Airine Irwelma dan Aerwyna Aberdeen.

Langkah laju Fabian Freston terpaku, apabila terpandang figura
Aerwyna Aberdeen yang sangat menyayat hati. Kalaulah dia, perempuan sudah tentu dia histeria mendakap Aerwyna Aberdeen.

"Oh! My God! Kenapa boleh jadi macam ni, Welma? Jom kita bawa dia ke hospital sekarang."

Pantas Fabian Freston ingin mendukung tubuh lembik Aerwyna Aberdeen. Sekali sekala nafas Aerwyna Aberdeen tersekat-sekat di kerongkong.

"Encik, paramedik sudah sampai." Sekali lagi Bulan menyeru Fabian Freston dari pintu depan.

Fabian Freston membatalkan niatnya. Membiarkan pegawai yang bertanggungjawab melakukan tugas mereka.

"Encik, seorang sahaja dibenarkan untuk menemani pesakit di dalam Ambulan." Jelas pegawai yang bertugas setelah mereka berjaya meletakkan Aerwyna Aberdeen di dalam Ambulan.

Fabian Freston berlawan mata dengan Airine Irwelma.

"Eaton sudah balik, ada hal emergency yang dia perlu uruskan. Welma nak temankan Kakak atau tunggu Eaton jemput di sini?"

"Kereta Abang macam mana?"

Fabian Freston termenung sejenak.

"Nanti kita boleh uruskan kereta tu. Yang penting sekarang adalah Kakak kamu."

"Errr... kalau tak keberatan ikut Akak dan suami pun boleh. Tak ada masalah nak hantar kamu ke hospital tu. Lagipun kami, akan ke situ juga untuk menjemput adik ipar Akak yang bertugas di situ." Pelawa Bulan. Tak sampai hati melihat kesedihan di muka Airine Irwelma. Terasa tak patut pula dia ditinggalkan di situ walaupun akan ada yang datang menjemput kelak.

Redup mata Fabian Freston memandang Bulan dan suaminya.
"Tak apa ke Bro?"

Ikhram Amsyar tersenyum senang.

"Not a big deal, Bro. Just go with the ambulance, faster bring your wife to the hospital. Biar kami uruskan hal di sini."

############

Seperti semalam Eamad Faliq mengambil alih tugas Puan Rabiatul untuk menemani Wardina Wahyu di Hospital. Cuma petang ini dia ditemani oleh, Muhammad Rayyan Eddie Lim.

Eddie Lim memegang sejambak bunga mawar merah untuk menghiasi katil Wardina Wahyu. Mengikut pengetahuan amnya, bunga boleh memberikan semangat untuk pulih yang luar biasa.

Hancur musnah angan-angannya, apabila mata Eddie Lim terpandang sejambak bunga mawar merah, disusun cantik di atas almari di tepi katil Wardina Wahyu.

Eamad Faliq tersenyum geli hati apabila melihat raut muka Eddie Lim yang sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Tahu sangat dengan keadaan Eddie Lim sekarang, sudah pasti hampa!

'Kena lebih kreatiflah kamu, Eddie! Kalau tak, melapas la kamu!' Gumam hati nakal Eamad Faliq.

"Assalamualaikum, Wahyu!" Eamad Faliq memberikan senyuman ringkas kepada Wardina Wahyu yang sedang memandang bunga mawar merah ditangan Eddie Lim.

"Waalaikummuassalam. Abang, baru sampai? Ibu baru sahaja balik." Tergagap pula Wardina Wahyu memulakan perbualan dengan Eamad Faliq apabila berdepan dengan Eddie Lim.

Dari bahasa mata Eddie Lim, Wardina Wahyu faham gelojak hati Eddie Lim. Cukup pasti sikap berdiam diri dari tadi ada kaitan dengan sejambak lagi bunga mawar merah yang diterimanya tengah hari tadi.

"Abang tahu, tadi jumpa Ibu ditempat letak kereta. Macam mana keadaan, Wahyu hari ini?" Eamad Faliq berpura-pura tidak mengetahui gelojak perasaan kedua insan tersebut.

"Beransur lega sikit. Cuma rimas nak duduk lama-lama di sini. Tak boleh berbuat apa-apa. Bosan!" Adu Wardina Wahyu untuk mendapatkan simpati si Abang.

Perasaan cemburu mendera hati Eddie Lim, tidak betah mata dia melihat jambangan bunga tersebut. Lantas dia melangkah laju ke arah tepi katil Wardina Wahyu.

"Sabar, Wahyu. Tak lama lagi boleh balik. Berehat di rumah." Eamad Faliq berkerut kening memandang gelagat Eddie Lim yang sedang membelek jambangan bunga mawar di tepi katil Wardina Wahyu.

"Kamu ni... kenapa, Eddie?" Risau pula Eamad Faliq melihat muka masam kelat Eddie Lim yang sedang membelek kad nama pemberi bunga tersebut.

Tanpa mempedulikan soalan Eamad Faliq dan renungan tajam Wardina Wahyu, laju tangan Eddie Lim mencampakkan jambangan bunga tersebut ke dalam tong sampah.

"Berapa banyak bunga kamu nak, kamu bagi tau aku... mulai dari hari ini jangan kamu simpan bunga dari Fabian. Aku boleh beli lebih daripada tu dan aku tak suka!" Eddie Lim menyusun pula bunga yang dibawa di tempat tadi, mengambil alih tempat bunga Fabian Freston.

Membulat bebola mata Wardina Wahyu apabila dengan beraninya Eddie Lim membuang bunga kesayangannya. Berbunga-bunga perasaannya semenjak menerima jambangan bunga tersebut. Sengal betul, Eddie Lim!

Apa lagi makan bantal, si Eddie Lim kena pukul oleh Wardina Wahyu.

"Ngok! Kenapa you buang bunga tu? I hate you!"

Eamad Faliq menahan ketawa lucu dengan gelagat di depan matanya. Di dalam hati dia mendoakan agar mereka bertemu jodoh satu hari nanti.

Hanya jauhari mengenal manikam. Seumpama perumpamaan tersebut, begitu jelas Eamad Faliq dapat merasakan perasaan Eddie Lim terhadap Wardina Wahyu.

"Cakaplah apa you suka, jangan berangan nak simpan bunga dari Fabian Freston lagi. It's not going to happen anymore! Full stop! Bangun dari tidur yang panjang, Dina! Jangan mengharap kepada yang sudah berpunya? Apa yang kurang dengan aku ni? Cuba tanya, Abang kamu tu?" Serang Eddie Lim, jangan harap dia nak mengalah untuk kali ini. Berpantang maut sebelum ajal!

"Kenapa Abang bawa, mamat sengal ni datang tadi? Tengok apa dia dah buat." Wardina Wahyu cuba mendapatkan sokongan daripada Eamad Faliq.

Eamad Faliq menyengih, nak gelak takut pula kena lempang dengan bantal.

"Memang patut pun, Eddie buat macam tu. Buat apa nak simpan bunga daripada orang yang sudah berpunya. Tak ada makna! Adik Abang, berhak mendapat orang yang lebih baik." Eamad Faliq menjeling kepada Eddie Lim.

Eddie Lim tersenyum lebar. Kedua belah ibu jari dinaikan ke atas. Bangga beb! Eamad Faliq menyebelahi tindakan yang dibuat tadi.

Tinggi muncung mulut Wardina Wahyu apabila ternyata kedua lelaki tersebut sanggup mendera hatinya.

"I hate you, Eddie!"

Eddie Lim pula semakin suka menayang senyuman jahat.

"Saya doakan, agar suatu hari nanti, perasaan benci you tu, boleh bertukar menjadi rindu. Atau sememangnya you sudah tersuka saya?" Sakat Eddie Lim lagi.

Geram sangat Wardina Wahyu pada ketika itu.

"You ni, memang tak pernah mengalah kan, Eddie? Boleh gila, dibuat you, tahu tak?"

"Nope, buat apa saya nak mengalah untuk sesuatu yang saya suka. I lagi suka kalau you gilakan I." Dalam menyakat Eddie Lim tetap berkeras juga. Walaupun seakan-akan memaksa, tetapi itu sahaja cara yang ada untuk melenturkan kedegilan Wardina Wahyu. Sudah lama dia berlembut dengan Wardina Wahyu tetapi semakin tinggi pula tanduk Wardina Wahyu.

Pada pandangan Eamad Faliq tiada kurangnya Eddie Lim, malah dia yakin Eddie Lim mampu menjadi imam dan suami yang baik bagi Wardina Wahyu. Entahlah, apakah yang kurang dimata Wardina Wahyu pun dia tidak tahu?

Sukar untuk Wardina Wahyu menerima kata-kata berani mati Eddie Lim. Dari dahulu dia tahu keikhlasan Eddie Lim terhadapnya. Tetapi itulah... getaran dihati apabila bersama Eddie Lim tidak sehebat Fabian Freston. Semakin sakit hatinya dibuat oleh Fabian Freston, semakin marak pula perasaan cintanya.

'Ya Allah. Kenapa pula aku boleh menyintainya sehebat ini? Hadirkanlah satu rasa yang baru buat aku, untuk menempuh sisa-sisa perjalanan hidup ini. Dan biarlah ia menjadi Khalifahku.' Bisik hati kecil Wardina Wahyu kepada penciptaNya.

Suara riuh rendah di luar bilik Wardina Wahyu memecahkan ketegangan mereka.

Eamad Faliq menjengguk keluar apabila suara Fabian Freston menyapa telinganya. Degupan jantungnya berlari laju, menebak musibah yang sedang berlaku.

Terkejut besar Eamad Faliq, melihat keadaan Aerwyna Aberdeen terlantar tak bermaya di atas troli yang sedang ditolak oleh dua orang Jururawat.

"Fabian, apa yang sudah terjadi kepada Wiena?"

Fabian Freston berhenti didepan bilik Wardina Wahyu. Eddie Lim pula melangkah laju untuk menyertai perbualan mereka.

"Kena pukul." Ringkas jawapan Fabian Freston. Tak ada keinginan nak memanjangkan cerita.

"Sapa yang pukul?" Hampir serentak Eamad Faliq dan Eddie Lim bertanya.

Satu per satu, Fabian Freston memandang kedua jantan yang berada didepannya.

"Tak tahu, polis sedang menyiasat."

Kini giliran Eamad Faliq dan Eddie Lim pula berlawan mata. Tiada ungkapan yang bersesuaian untuk dikatakan pada ketika itu.

"Hurmm!"

Serentak mereka beralih kepada Wardina Wahyu yang berada di dalam.

"Oh! Kamu, Fabian. Siapa yang sakit? Teruk ke?" Soal Wardina Wahyu tanpa mengetahui siapa yang sedang bertarung nyawa sekarang.

Senyap keadaan mereka! Seandainya jarum terjatuh pun boleh didengar. Buntu! Harus bagaimana hendak menjawab soalan Wardina Wahyu.

"Maaf, isteri Encik pregnant berapa bulan?" Tanya Jururawat Ellie.

Sekali lagi keadaan senyap, masih kehilangan kosa kata yang sesuai untuk menjelaskan keadaan tersebut.

"Encik!" Seru Jururawat Ellie.

Fabian Freston terpinga-pinga apabila merasakan sentuhan di tangannya.

"Bila masa pula dia pregnant? Rasanya kami tak expect that she is conceived now... is the baby alright?"

Giliran Jururawat Ellie pula terpinga-pinga.

"Tadi, Doktor di Wad emergency belum brief, Encik ke? Belum ada yang tahu pasal wujudnya baby? Nasib baik baby selamat!"

Mereka bertiga melangkah menjengguk keadaan Aerwyna Aberdeen yang ditahan di Wad sebelah. Manakala Wardina Wahyu pula menahan hati, ditinggalkan bersendirian di situ.

Muka Aerwyna Aberdeen yang dipukul teruk sudah mulai membengkak kebiruan. Bekas cecahan puntung rokok pula sudah dibersihkan dan diplaster.

Pedih sungguh hati mereka melihat keadaan Aerwyna Aberdeen pada ketika itu. Pilu hati apabila mengenangkan nasib janin yang baru hendak bernyawa di dalam rahimnya.

'Ya Allah. Kau lindungi mereka sebaik mungkin.' Pohon hati kecil Eamad Faliq.

Sebak perasaan Eddie Lim apabila melihat Fabian Freston menyembamkan mukanya diatas dada Aerwyna Aberdeen. Menahan tangisan jantan!

Siapa pun mereka, sebagai insan biasa kita tidak berhak untuk menghukum. Apakah ini hukum yang harus Fabian Freston galas kerana khilaf semalam? Kalau betul, kenapa harus Aerwyna Aberdeen yang menerima? Dan janin itu, langsung tidak berdosa!

'Astaghfirullah'adzim... ampunilah dosa-dosa mereka. Ringankanlah ujianMu.' Bisik Eddie Lim perlahan, menahan sebak di dada.

Dek kerana terleka sebentar tadi, mereka tidak menyedari kehadiran Doktor Nur Jaziera Bungan.

"Encik, your wife is pregnant. Esok kita buat ultrasound dengan Doktor pakar untuk menentukan usia kandungan isteri Encik. Buat masa sekarang baby masih kuat. Insha Allah... akan kuat seperti ibunya." Jelas Doktor Nur Jaziera Bungan.

"Buat sementara kami akan pantau keadaan isteri Encik dari masa ke masa. Dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian muka. Biasanya mangsa akan mengalami trauma dari kejadian ini. Jadi Encik kena banyak bersabar dan berdoalah agar dia cepat sembuh. Sekarang kita bagi dia berehat dahulu."

Doktor Nur Jaziera Bungan meninggalkan mereka di situ untuk mentafsirkan sendiri apa yang terjadi kepada Aerwyna Aberdeen. Dia tahu dalam keadaan sekarang keluarga pesakit biasanya masih terkejut dan memerlukan masa untuk merungkai apa yang terjadi.

Di bilik sebelah Wardina Wahyu baring mengerekot. Airmata mengalir deras menangisi pengakhiran kisah cinta diantara dia dan Fabian Freston. Sekarang kebenaran terpampang di depan matanya sendiri, bahawa isteri Fabian Freston sedang mengandung.

Tidak mungkin untuk dia berkongsi kasih dan belum pula dia tergamak untuk memisahkan ikatan kasih sayang anak beranak. Tidak! Semakin menjadi tangisan penuh penyesalan Wardina Wahyu.

Mampukah Wardina Wahyu meneruskan kehidupannya tanpa Fabian Freston disampingnya? Oh! Tuhan, Kau bantulah anak-anak adam ini dalam mencari keredhaanMu.

P/S - Bab ini adalah yang terakhir saya akan kongsi untuk full entry. Happy reading...D

Saya akan kongsi Teaser dari masa ke semasa.

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya dan mengikuti kisah Bujang Senang.

No comments:

Post a Comment