Saturday 8 March 2014

Kisah Cinta Kita Bab 17

Perasaan kesal menyelubungi hati Siti Maimunah, melihat keadaan Wardina Wahyu yang terbaring seperti bangkai bernyawa di atas katil hospital. Kelihatan lesu tiada semanggat untuk meneruskan kehidupan, seolah-olah hilang pedoman.

Awal pagi tadi Siti Maimunah bangun menyediakan bubur ikan  haruan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka di badan Wardina Wahyu. Kendatipun dia tahu melalui Puan Rabiatul bahawa Wardina Wahyu enggan menyentuh sebutir nasi untuk di masukkan ke dalam mulutnya.

Nawaitu Siti Maimunah baik, dia sanggup mengambil cuti pada hari tersebut agar boleh membantu Puan Rabiatul untuk memulihkan tenaga Wardina Wahyu, supaya tidak bergantung dengan 'drip' yang disalurkan melalui tiub ke dalam badan.

Pada ketika ini, saluran tiub tersebut pun dicabutnya, tanpa mempedulikan arahan Doktor dan Jururawat. Jika saluran tersebut tidak disalurkan ke dalam badan, maka bekalan makanan pun berkurangan. Perkara tersebut yang merisaukan Puan Rabiatul lalu mengambil keputusan untuk menghubungi Mona.

"Assalamualaikum, Dina. Macam mana keadaan kamu hari ini? Sudah beransur sihat?" Mona menonong berjalan menuju katil Wardina Wahyu.

Manakala Wardina Wahyu masih membungkam, tiada tanda-tanda untuk beramah mesra dengan Mona.

Memandangkan tiada reaksi dari Wardina Wahyu, Mona pun mencedok bekal yang dia bawa tadi. Niat ingin menyuapkan Wardina Wahyu, sesudu dua pun  jadilah.

"Ya Allah... Kenapa dengan kamu ni, Dina? Suruh makan pun tak nak. Termenung memanjang. Sudah lah... Syukur sangat yang kamu masih bernafas sekarang." Mona mengeleng kecewa dengan sikap Wardina Wahyu yang menepis, sudu di tangannya.

"Huhhh! Tak payah sibuk pasal aku." Tajam Wardina Wahyu merenung anak mata Mona yang mengecil memandangnya.

"Dina... sebagai sahabat, mesti saya risaukan kamu. Sudah seminggu kamu sedar, tetapi kamu masih macam ni juga. Murung dua puluh empat jam. Kamu perlukan tenaga, kena sihat semula. Tak kesian ka dengan Ibu kamu? Siang malam dia berdoa untuk kamu? Tetapi apa yang dia dapat?" Lembut suara Mona menyusun kosa kata agar boleh melembutkan hati keras Wardina Wahyu.

"Dari aku hidup macam ni, baik aku mati sahaja. Tiada guna pun... Hisham dah tak ada. Fabian pula langsung tak datang...." Selamba Wardina Wahyu menuturkan perkataan mati bagaikan, orang yang tiada iman.

Terkedu Mona sebaik sahaja Wardina Wahyu habis menuturkan ayat tersebut.

"Astaghfirullah'adzim, Dina. Jangan disebut pasal mati kalau kamu belum bersedia. Sudah cukupkah amal yang kamu buat? Sudah bertaubat ke kamu dengan dosa-dosa kamu dulu? Mulut tu, Dina... keluarkan perkataan yang baik-baik.  Mati akan datang juga suatu hari nanti... tetapi sekarang ini kamu masih bernyawa lagi. Berdosa besar kalau kamu terfikir untuk mati, sedangkan Allah masih memberi peluang kepada kamu untuk berbuat kebaikan. Insaflah dengan khilaf semalam. Allah masih sayangkan kamu, pintu taubat masih terbuka luas." Nafas lemah dihempaskan, mata masih belum beralih dari memanah figura Wardina Wahyu yang terlantar di atas katil.

"Dosa aku, aku tanggung la sendiri. Buat apa kamu banyak sok sek sok sek...." Wardina Wahyu mencebik mulut, geram dengan mendengar takzirah Mona.

"Istighfar, Dina... makan sikit. Buat alas perut tu. Masuk angin nanti lagi susah." Mona membawa pinggan nasi berdekatan dengan Wardina Wahyu.

Parrr...

"Aku kata tak nak makan, tak reti bahasa ke?" Tengking Wardina Wahyu kepada Mona dengan mata berapi-api.

Mona menahan diri dari mencetuskan pergaduhan dengan Wardina Wahyu yang seakan-akan kurang siuman pada ketika itu. Nasi yang berteraburan di atas lantai dikutip semula sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah.

Wajah Wardina Wahyu masam mengalahkan mangga muda, memerhatikan Mona meninggalkan dia bersendirian di atas katil dengan kaki masih disimen dan perut pula masih berbalut kemas.

"Kalau nak, aku makan... tak mati kebuluran, nak aku sembuh... kamu suruh Fabian datang jumpa aku. Kalau tidak... aku sanggup mati di sini." Bergema jeritan Wardina Wahyu meminta permintaan yang agak mustahil sekali untuk ditunaikan.

Mona memberhentikan langkah, ekor matanya menangkap kelibat Puan Rabiatul menahan esakan bersembunyi di sebalik pintu. Dia berpaling sekejap melawan renungan Wardina Wahyu.

"Kalau sudah itu kehendak, kamu... maka matilah jawapannya. Tetapi saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kamu untuk meruntuhkan masjid orang. Tidak kira siapa pun orang itu... dosa tetap dosa." Perasaan sebak mencengkam hati Mona. Sedih kerana Wardina Wahyu masih jauh lagi dari pintu taubat. Malah semakin mendekatkan diri dengan neraka jahanam. Sanggup mematikan diri sendiri hanya kerana cinta kepada seorang lelaki dan itu pun suami orang.

Mona membuka pintu, saat matanya bertemu dengan Puan Rabiatul, hancur hatinya apabila melihat kesedihan di raut muka Puan Rabiatul.

Dalam menahan sebak di dada, Mona berusaha untuk mengukir senyum hambar.

"Makcik... Jom kita makan sekejap. Dina... kita biarkan begitu dahulu...." Mona menggamit Puan Rabiatul.

Mereka menyeberang jalan mengambil keputusan untuk makan tengah hari di Fazil Cafe bertentanggan dengan Hospital Pulau Pinang.

Kebanyakan orang tertumpu di situ untuk menggalas perut sementara banyak pilihan makanan, mengikut citarasa masing-masing.

Dari tadi Mona memerhatikan Puan Rabiatul seolah-olah bermain dengan nasi di atas pinggannya. Berkemungkinan besar tiada mempunyai selera hendak makan atau makanan tersebut tak sedap.

"Makcik, makan sikit. Nak jaga, Dina tu susah. Silap hari bulan, Makcik sendiri boleh jatuh sakit, kalau makan tak teratur." Mona mengelap mulutnya. Pinggannya di tolak ke tepi.

Puan Rabiatul merenung Mona tak berkedip-kedip.

"Boleh, Makcik tahu, siapa yang Wahyu maksudkan tadi? Dari, dia sedar, nama tu lah yang dia asyik sebut nak jumpa. Binggung, Makcik dibuatnya." Puan Rabiatul menyuap nasi perlahan-lahan sambil menumpukan perhatian kepada Mona.

Air tembikai dikacau beberapa kali sebelum, Mona menyedut perlahan-lahan.

"Fabian, kawan kepada Wardina Wahyu." Mona masih mencuba untuk berselindung sebaik mungkin.

"Kalau kawan, kenapa tak datang melawat Wahyu? Kamu kenal, dia?"

Mona terkedu dengan soalan daripada Puan Rabiatul.

"Susah saya nak terangkan, Makcik. Benda ni rumit... Dina, pun satu hal...."

"Mona... cuba terangkan kepada Makcik. Apa kaitan dia dengan Wahyu? Makcik perlu tahu demi kebaikan, Wahyu. Beberapa hari ni, Wahyu tak makan apa-apa. Kalau terus berlarutan seperti ini, buruk akibatnya." Puan Rabiatul menghabiskan makanan di pinggangnya. Wajah keruh masih jelas terpancar.

Lama juga Mona berkira-kira untuk menimbangkan baik buruk bercerita mengenai kebenaran.

"Fabian tu suami orang la, Makcik. Tak akan kita nak suruh dia datang melawat, Dina. Lagipun, Makcik tahu lah perangai mengada, Dina. Tak manis kalau Fabian, melayan Dina makan... tak pernah dibuat dek orang!" Memerah muka Mona mengeluarkan pendapatnya.

Kali ini giliran Puan Rabiatul pula terkedu tanpa kata. Bimbang dengan tahap kesihatan Wardina Wahyu yang belum pulih sepenuhnya. Hati tuanya menginginkan si anak sihat kembali, walaupun terpaksa menebalkan muka sendiri. Asalkan masih di dalam landasan Agama, akan cuba ditunaikan permintaan Wardina Wahyu.

"Kalau macam tu, tak apa. Makcik faham... terima kasih, bantu Makcik hari ini." Hambar senyum di bibir Puan Rabiatul.

Niat ingin bertanya lebih mendalam di sembunyi dahulu. Biarlah diantara mereka sekeluarga yang tahu kerana aib keluarganya harus diutamakan.

Bagaimana pun, perasaan simpati sebagai seorang ibu begitu menebal di hati Puan Rabiatul. Persetujuan daripada Encik Ahmad Fikri dan Eamad Faliq amat diperlukan demi kebaikan Wardina Wahyu.

"Makcik, jom...." Lembut suara Mona memecahkan lamunan Puan Rabiatul.

Mereka bangun, balik semula ke wad Wardina Wahyu. Terjengguk-jengguk mereka memerhatikan seorang lelaki sedang menenangkan Wardina Wahyu.

Puan Rabiatul tersenyum lebar, hilang terus keruh di wajahnya.

"Assalamualaikum, Eddie. Dah lama sampai?"

Eddie Lim memberi senyuman ringkas kepada mereka.

"Waalaikummuassalam, baru sahaja sampai. Ni, baru nak suruh, Dina makan sedikit."

Mona duduk di penjuru bilik memerhatikan reaksi Eddie Lim menghadapi Wardina Wahyu.

"Hahhh, Wahyu... makan la sikit, kesian dekat Eddie susah-susah bawa makanan untuk kamu." Lembut tetapi tegas Puan Rabiatul menginggatkan Wardina Wahyu untuk menggalas perutnya.

"Saya tak akan makan selagi, Fabian tak datang!" Wardina Wahyu menjerkah, tak padan sungguh dengan keuzuran di atas katil. Mulut tersebut masih kuat lagi...

Terkebil-kebil Eddie Lim mendengar Wardina Wahyu menaikkan suara kepada Puan Rabiatul.

"Mengucap, Wahyu. Kenapa degil sangat? Tak nak makan macam mana nak sembuh. Tak sembuh kita tak boleh keluar dari sini...." Pujuk Puan Rabiatul lagi.

Wardina Wahyu menjeling tajam kepada Puan Rabiatul.

"Kalau, Ibu tak larat nak jaga saya, tak apa. Ibu biarkan saya sendiri di sini. Saya tak perlukan sesiapa pun...."

Puan Rabiatul cuma mampu mengeleng, bertekak dengan kepala batu Wardina Wahyu tidak akan menghasilkan apa-apa.

"Dina, watch out your tone! Tak baik, cakap macam tu dengan, Ibu. Apa pun dia buat untuk kebaikan you. Nak you cepat sembuh." Eddie Lim pula menyampuk. Tidak sanggup dia melihat Puan Rabiatul kena tempias dengan kedegilan Wardina Wahyu.

Wardina Wahyu menoleh sekilas.

"Ehhh! Ada, I suruh you datang? Tak ada kan. Jangan nak menyibuk! Pergi balik, bawa sekali makanan tu...."

Eddie Lim menyungging senyum senget kepada Wardina Wahyu. Tidak terasa pun dengan kata-kata pedas tadi...

"Itu yang membezakan I dengan Fabian. I datang untuk melihat keadaan you... Please forget about Fabian. You know better what I meant."

Wardina Wahyu mendengus lalu melemparkan sebiji bantal ke arah Eddie Lim.

"I benci you, Eddie... pergi balik! I tak nak tenggok muka you... berambus!" Terjerit-jerit Wardina Wahyu menengking Eddie Lim, yang tersenyum lebar apabila dapat menyambut lemparan bantal tersebut dengan mudah.

Jururawat yang bertugas menjengguk keadaan mereka.

"Encik... okay ke?"

Eddie Lim menoleh sambil tersenyum mesra.

"We are fine. Masih dalam sesi suai kenal...."

Jururawat tersebut tersenyum lalu menutup pintu semula.

"You tak nak tenggok I tak apa, but I tak akan balik selagi you tak makan. Sikit pun jadilah. As soon you habiskan bubur ni, I balik... how is it?"

Mona dan Puan Rabiatul tersenyum-senyum mendengar Eddie Lim mematahkan hujah Wardina Wahyu.

Wardina Wahyu menjeling tajam kepada Eddie Lim, sumpah seranah bertimbun-timbun di dalam hatinya. Dia menarik selimut, lalu menyembunyikan diri di dalam selimut.

"Dina, kenapa degil sangat ni? Kalau you tak sayangkan diri you tak apa, tetapi you kena ingat yang kami di sini sayangkan you. I tak akan balik selagi you tak makan...." Eddie Lim masih belum mahu mengalah lagi untuk memujuk Wardina Wahyu.

"Aku tak nak... kalau you tak nak balik ada aku kisah. Duduk lah dekat situ sampai kamu puas hati. I don't care!" Wardina Wahyu menjawab dari dalam selimut.

Ketiga mereka memandang Wardina Wahyu tanpa suara. Kebuntuan akal fikiran untuk memujuk Wardina Wahyu.

"Errr... Makcik tadi dia ada minum air tak?" Eddie Lim menyoal Puan Rabiatul.

Dari gelengan Puan Rabiatul, Eddie Lim faham bahawa, Wardina Wahyu tidak minum air juga. Kedegilan Wardina Wahyu menyebabkan mereka mula risau dengan keadaan kesihatannya.

"Kalau macam tu saya balik dulu, Makcik. Ingat kan boleh pujuk Dina makan sikit tadi...." Lemah Eddie Lim bersuara.

"Balik lah, Eddie. Nak kerja lagi tu... Terima Kasih kerana datang melawat Wahyu." Puan Rabiatul menyimpul senyum ikhlas. Pedih pula ulu hati melihat kesungguhan Eddie Lim tidak diendahkan oleh si anak.

Eddie Lim mengeluh lemah, diselubungi perasaan sedih melihat Wardina Wahyu mendera diri sendiri...

"Assalamualaikum, Dina. I balik dulu, nanti makan sikit. Jangan biarkan, Ibu you risau. Take care."

Muhammad Rayyan Eddie Lim kembali semula ke pejabatnya yang terletak tidak berapa jauh dari Hospital Pulau Pinang. Banyak kerja tertangguh yang harus disegerakan. Dia bernasib baik sebab mempunyai rakan kongsi yang bertolak ansur. Firma guaman mereka sudah lama bertapak di Pulau Pinang dan kebanyakannya menguruskan tender jual beli rumah, cuma kadang-kadang kalau kecemasan sahaja menguruskan kes-kes yang lebih rumit lagi. Sekarang ini dengan adanya Eaton Haefen bekerja di bawah naugan Lim & Jeet Associated & Solicitors, memudahkan mereka memperolehi lagi banyak kes yang akan datang.

Eddie Lim menghampiri bilik pejabat Eaton Haefen, Peguam muda yang berbakat dan baru menyertai Syarikat mereka.

"Hi, having your lunch already?" Eddie Lim melangkah masuk menghampiri meja Eaton Haefen.

Eaton Haefen menoleh lalu menghentikan kerja yang sedang dibuat sekarang.

"Makan kat sini sahaja, tak sempat nak keluar jauh."

Eddie Lim mengerutkan kening.

"Banyak kerja ke? Sampai tak sempat makan jauh sikit."

Eaton Haefen memicit tengkuk untuk menghilangkan tekanan kerja yang memerlukan daya pemikiran agak tinggi.

"Ada kes yang memeningkan kepala sedikit, perlukan penelitian yang lebih jitu..."

Eddie Lim merenung Eaton Haefen yang kegelisahan.

"Is it about an Italian tourist? Kes akan disebut di Mahkamah bulan depan. Keterangan dari tertuduh dan saksi you dah dapat?"

Eaton Haefen menggeleng lemah.

"Saya cuba untuk menghubungi saksi, tetapi... dia sudah berpindah dari situ...."

"Kalau macam tu, susah kita nak tolong Mr. Lichfield... dadah tu memang sah di dalam beg sandang dia masa di jumpai di pintu masuk airport... cuma berdasarkan keterangan beliau tidak cukup kalau kita tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengatakan bahawa dia disabotaj."

"Kita kena ada fakta untuk menyokong keterangan Mr.
Lichfield... dan itu yang memeningkan saya, saksi pula menghilangkan diri." Eaton Haefen pegun sejenak.

"In this case, I bagi you buat sebaik mungkin dan bagi tumpuan lebih sedikit untuk kes ini. Yang lain I and Manjeet akan handle... anything you always can refer to us."

Eddie Lim meninggalkan Eaton Haefen untuk meneliti semula keterangan yang diperolehi dari Mr. Lichfield. Membiarkan dia mencari 'clue' kepada kes penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antara Bangsa Pulau Pinang.

#########################

Selepas balik dari kerja Aerwyna Aberdeen menyibukkan diri di dapur. Lama juga dapur mereka tidak berasap gara-gara Airine Irwelma ingin, makan makanan tempatan pada waktu malam.

Harum semerbak bau sambal belacan Bintulu goreng yang sedang dimasak oleh Aerwyna Aberdeen. Sesiapa yang terhidu bauan tersebut akan tahu menilai betapa sedapnya sambal belacan Bintulu goreng.

Sambal belacan tersebut adalah kegemaran Fabian Freston serta kaum keluarganya. Aerwyna Aberdeen mengeluh lemah teringatkan Airine Irwelma yang begitu mengemari masakkan tersebut. Tetapi sekarang Airine Irwelma sudah tinggal berasingan, di asrama berdekatan dengan USM.

Untuk makan malam mereka, Aerwyna Arbedeen cuma mampu menyediakan sambal udang campur petai, goreng ikan merah  dan telur goreng Punjabi termasuk sambal belacan Bintulu goreng. Makan dengan nasi beras padi huma, dari kampung memang terangkat! Confirm berpinggan-pinggan nasi di belasah oleh Fabian Freston.

Selesai menyediakan makan malam mereka, Aerwyna Arbedeen menyiapkan diri sendiri sambil menunggu Fabian Freston balik dari pejabat.

Lagu Endless Love nyanyian Diana Ross dan Lionel Richie memenuhi ruang segenap Penthouse tersebut. Kemerduan gabungan suara mereka dan keindahan bait-bait lagu tersebut menggetarkan jiwa, menghantar gema hati terpesona dengan kenangan lalu bersama dengan Fabian Freston.

Fabian Freston menghampiri Aerwyna Aberdeen yang sedang mengelamun, menenggelamkan diri bersama bait-bait lagu cinta sepanjang zaman tersebut.

Hembusan nafas panas menyapa lembut kulit muka Aerwyna Aberdeen lalu merungkaikan lamunannya.

Lembut jemari Fabian Freston menyentuh kulit muka si isteri.

"Come... Let's dance." Mata dikedip, senyum terukir indah.

Aerwyna Aberdeen tergelak kecil dan menghulurkan kedua belah tangannya.

Dikala Fabian Freston memaut pinggang Aerwyna Aberdeen bersatu dengan tubuh tegap Bujang Senang... Aerwyna Aberdeen memejamkan mata meletakkan kepala di atas dada sasa si suami.

"This is our song... let's feel it together."

Fabian Freston menari mengikut rentak tanpa pincang bersama Aerwyna Aberdeen. Mengabadikan satu per satu bait-bait lagu Endless Love.

My Love
There's only you in my life
The only thing that's bright

My first love
You're every breath that I take
You're every step I make

And I
I want to share
All my love with you
No one else will do...

And your eyes
Your eyes, your eyes
They tell me how much you care
Oh yes you will always be
My endless love

Two heart,
Two heart that beat as one
Our lives just begun

Forever (Ohhhhh)
I'll hold you close in my arms
I can't resist your charms

And love
Oh, love
I'll be fool
For you
I'm sure
You know I don’t mind
Oh, you know I don't mind

'Cause you,
You meant the world to me
Oh,
I know
I know
I've found in you
My endless love

And, yes
You'll be the only one
'Cause no one can deny
This love I have inside
And I'll give it all to you
My love
My love, my love
My endless love

Jiwa mereka bersatu bersama gema muzik yang menyentuh hati nurani mereka. Mata bertentanggan menghantar bahasa cinta yang amat mendalam. Bisikan hati mengukir janji untuk bersama selama-lamanya. Ingin diceritakan kepada seluruh dunia bahawa betapa mereka menyintai sesama sendiri.
Dan lagu tersebut merupakan lambang cinta mereka, di situ rahsia cinta mereka.

Rambut yang menutupi muka Aerwyna Aberdeen dikuis perlahan. Akhirnya bibir mereka....

"I love you... please be mine forever!" Bujang Senang tersenyum lebar.

Aerwyna Aberdeen mengangguk segan...

"Wait for me... I'll change. Mandi sekejap. Than kita makan sama-sama. Smell good and the test, for sure yummy...."

Fabian Freston meleraikan pelukannya. Dalam hati berbunga-bunga riang menghadirkan perasaan yang penuh sarat, dengan cinta terhadap si isteri.

Usai sahaja membersihkan diri sendiri Fabian Freston menghampiri meja makan untuk menjamu selera. Masakan tersebut bukanlah dimasak oleh  tukang masak bertauliah tetapi air tangan isteri tetap memikat hati. Apa sahaja yang dimasak si isteri tetap kena di tekaknya namun bukan masakkan 'exotic' seperti di Sarawak hari itu... yang tu, nahe!

Aerwyna Aberdeen tersenyum lebar apabila Fabian Freston makan dengan penuh selera sekali.

"Sedap tak?"

Fabian Freston menggangguk sambil mengunyah makanan.

"Lama you tak masak macam ni... Thank you and next kalau senang sikit... masak spaghetti. Yang tu pun lama juga tak makan."

Aerwyna Aberdeen menggeleng sambil menggulum senyum.

"Tak jaga badan ke? Ni pun, dah tambah banyak kali...."

Fabian Freston tersenggih.

"Yang tu, belakang kira, mesti pekena this food dulu...."

Tiba-tiba Aerwyna Aberdeen teringat kepada peristiwa beberapa hari lalu. Niat ingin bertanya menyapa hati. Nasi di pinggan dimainkan dengan jemarinya.

"Honey... you ada melawat Wardina Wahyu tak?" Nasi ditelan terasa tersangkut di anak tekak.

Fabian Freston terhenti dari menyuap nasi.

"No... buat apa I nak melawat dia di sana?" Suapan diteruskan.
Aerwyna Aberdeen menghabiskan makanan di pinggannya.

"Sebagai kawan tak salah kalau pergi melawat dia. Lagipun sekarang kan dia sakit... rasanya elok juga kalau kita melawat di sekejap."

Fabian Freston melawan renungan Aerwyna Aberdeen sejenak.

"Baby... tenggok la kalau kita free kita pergi sekali."

Sememangnya Fabian Freston belum mempunyai kekuatan untuk berjumpa dengan Wardina Wahyu. Dia sendiri tidak mengetahui apakah tindakan Wardina Wahyu apabila melihat dia datang melawat.

Teragak-agak Aerwyna Aberdeen ingin menyatakan sesuatu kepada Fabian Freston.

"Cuma tolong jangan bagi tahu dia, bahawa saya telah menderma darah saya kepadanya. Takut nanti dia bersalah sangka pula."

Fabian Freston menyudahkan makanan di atas pinggannya.

"Okay... and thank you untuk tu juga. Why you did it?"

Aerwyna Aberdeen menoleh sekilas.

"Nyawa tak mengira sesiapa, barang siapa yang memerlukan akan saya tolong... itu sahaja yang I ada pun untuk menolong mereka."

"You know what... kamu ni baik sangat, my lady. Terlalu baik."

"Tak la juga... ulat bulu tu kan selalu kena." Wiena tersenyum manis.

Fabian Freston mengangkat bahu.

"Betul ka? Bukan, saya juga yang selalu membantu you?" Fabian Freston tersenggih apabila teringatkan Aerwyna Aberdeen menyoal soalan cepu emas kepadanya.

"Hari tu betul ke you nak bagi I free kepada Kiran?" Kening diangkat turun naik.

Aerwyna Aberdeen terkedu.

"Tak la... buat apa I nak bagi you kepada Katrina Kaif tu... tak ada makna."

"Habis tu, kenapa cakap macam tu?"

"Sahaja saya bagi dia panas. And I tahu you sayangkan I." Kali ini Wiena mengedip mata kanannya.

Fabian Freston berpeluk tubuh memandang geram kepada si isteri yang ternyata bisa membuat dia jatuh cinta setiap saat.

Namun jauh di sudut hati ada lagi perasaan simpati terhadap Wardina Wahyu, wanita pertama singgah di hati. Dan betul kata Aerwyna Aberdeen hatinya bagaikan dirantai dengan kenangan lalu. Kunci untuk membuka rantai tersebut berada di tangan Wardina Wahyu....

P/S Kita jumpa di Bab 18.

Selamat membaca...D

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.

Love you all.

No comments:

Post a Comment