Friday 21 March 2014

Kisah Cinta Kita Bab 19

Masam kelat muka Fabian Freston apabila pagi-pagi, matanya sudah dijamu dengan muka yang tidak tahu malu. Mungkinkah perempuan yang sedang terconggok di depannya adalah seorang perempuan yang tidak faham bahasa?

Bagaikan mencurah air di daun keladi, belum ada tanda-tanda untuk Susan Foo ingin mengalah dari mengodanya. Atau barangkali perempuan mereng, ini betul-betul sudah kemaruk kasih sayang?

Mencerlung mata Fabian Freston melihat betapa berani Susan Foo, duduk di atas meja dengan kain yang menutupi paha putih gebu terselak luas.

"Hoi! You ingat, you ni buaya betina yang tersadai di tepi sungai Batang Lupar ka?" Bagaikan halilintar Fabian Freston memuntahkan kemarahannya kepada Susan Foo yang sedang mengukir senyum semanis kurma.

"Wow! Satu minggu I tak jumpa you, jadi buaya betina pun I sanggup. I really missing you, Fabian. Rindukan, you sangat-sangat."

Susan Foo melangkah menuju Fabian Freston yang masih termanggu-manggu merenung tajam kepadanya. Tanpa segan-silu Susan Foo ingin mencumbui Fabian Freston.

"Susan! Don't you dare to touch me!"

Seram sejuk pula Bujang Senang kena serang dengan Buaya Betina Batang Lupar yang sedang kegersangan...

" Ala, you ni... tak supporting betul...."

Susan Foo mula menghentak-hentak kasut tumit tinggi apabila Fabian Freston membuka luas pintu pejabatnya.

"Sekali lagi, you buat macam ni. I tak akan teragak-agak pecat you. Last warning!" Fabian Freston menarik keluar Susan Foo..."Awal pagi dah mabuk air ketum!" Sambung Fabian Freston mengeluarkan amarah yang menggunung.

Pergelangan tangan yang memerah diusap perlahan oleh Susan Foo. Mulut dia terkumat-kamit menyumpah seranah Fabian Freston, dan ternyata umpan belum menggena sekali lagi.

Api kemarahan semakin marak di dalam hati Susan Foo dek kerana jerat dan niat untuk memiliki semakin malap dari jangkaun. Apabila manusia hilang pertimbangan maka syaitan penghasut akan bermaharajalela.

Susan Foo mengacip mulut sambil menahan geram teramat.

"You will regret, Fabian Freston! Jangan ingat senang you nak melepaskan diri dari I." Tangan pula dikepal kuat mencari sasaran untuk melepaskan amarah yang sedang memuncak.

Dushhhh!

Terteleng kepala Fabian Freston apabila tumbukan tepat Susan Foo hinggap di pipi kiri. Dia memegang rahang yang seperti hendak terkeluar namun bernasib baik gigi masih kukuh di tempat asal.

Tangan Fabian Freston mengesat darah yang mengalir dari mulut menunjukkan betapa kuat tumbukan Susan Foo tadi.

Amat tajam Fabian Freston merenung figura Susan Foo yang masih tersenggih seperti kera kena belacan.

"Puas? Now you berambus from my face! I don't want to see your face anymore!" Tangan kanan mengarahkan Susan Foo meninggalkannya... "Get out now! Sebelum I lempang you!"

Susan Foo mengetap bibir sambil mendengus kasar. Kemarahannya sudah melebihi tahap didih, malah meruap-ruap di dalam dada.

"You ingat, Fabian! This is not going to finish in between of us. Never! Remember that!"

Fabian Freston tersenyum sumbing, geli hati dengan amaran dari Susan Foo. Apalah perempuan sekerdil itu mampu lakukan?

"Buat lah, kau ingat aku takut sangat! Setakat perempuan macam kau ni, berlambak dekat luar sana! Aku petik jari, berpuluh yang beratur nak kat aku. Pi belah sekarang. Kalau tak, kau sakit nanti." Bujang Senang menyiramkan minyak ke atas api yang sedang membarak di dalam diri Susan Foo.

Merah padam muka, Susan Foo menahan malu dimaki hamun oleh, Fabian Freston.

"Okay! Aku sambut cabaran, kau! Wait and see!" Susan Foo meninggalkan Fabian Freston sambil membebel, belum puas melepaskan amarah.

Dari jauh Siti Maimunah tergelak seorang-seorang, menyaksikan sketsa sebagai pembuka tirai bekerja pada hari tersebut.

'Padan muka kamu, Susan. Dari dulu tak habis-habis menyondol Encik Fabian Freston... tak reti malu' Mona merapu entah apa-apa. Meluat sangat dengan perangai tak senonoh Susan Foo.

Tidak dapat dielak oleh Siti Maimunah, terpaksa badannya bertuh dengan seseorang apabila terserempak diselekoh pantri.

"Adoiii! Sakit la mangkuk!" Susan Foo melenting semula.

"Huhhh! Kamu yang langgar aku, mangkuk!" Mona membalas kata kesat Susan Foo. Nak terima macam tu sahaja, memang silap langkah lah. Kerap sangat menerima, sekali sekala nak juga lepaskan geram.

Kali ini, Susan Foo naik tocang dah. Apa punya nasib, pagi ini semua serba tak kena? Sudah jatuh ditimpa tangga.

"Kau ni, dah pandai melawan aku pulak na. Kau sedar ke kau tu sapa?" Turun naik kepala Susan Foo menala Mona.

Siti Maimunah menjuih panjang... hak ahhh tak senonoh sungguh rupa Mona...

"Kau pula sapa nak tanya aku? Heh, Susan... sekurang-kurangnya aku tak segersang kau tahu tak. Aku ada nilai maruah aku sendiri. Kau ada?" Atas bawah pula Mona meneropong Susan Foo... "Hah ahhh, no. Aku rasa kau terkena penyakit mental. Sebab tu tak putus-putus kau nak mengumpan Encik Fabian Freston. Sedar la diri kau tu sapa, Cik Susan." Kemas tangan Mona mengemaskan kolar kemeja sendat Susan Foo.

"Kita ni mentimun, dia tu durian. Bergolek luka, digolek pun luka. Apa faedah yang kau, dapat? Tambah lagi dia tu, buaya. Tak akan kau tak tahu, selama ini kau duk jolok sarang dia." Mona belum puas bertakzirah, kut-kut Susan Foo boleh sedar dengan siapa dia bermain api.

Susan Foo memicingkan mata. Kalau lah Siti Maimunah tu buka manusia, sudah ditelannya masa tu juga.

"Ini, Susan! Tiada siapa boleh mainkan aku seperti ini. Wa, tell you... tak dapat dia tak apa, tetapi dia tahu lah apa akibat dari perbuatannya." Laju Susan Foo mengorak langkah meninggalkan Siti Maimunah di selekoh pantri.

Hari tersebut adalah, hari yang terakhir bagi Susan Foo bekerja di Syarikat Gill Holding. Membawa pergi sekeping hati yang dibanjiri dengan dendam kesumat.

Manakala Siti Maimunah berpatah balik untuk membancuh secawan kopi. Hendaknya kopi Sri Aman menjadi penenang hati yang sedang mendidih.

"Encik Fabian, ini kopi, Encik."

Pandai betul si Mona ni mengumpan bapa buaya yang sedang menggelepar menahan amarah diri.

Fabian Freston masih di kedudukan yang sama, memandang kosong panorama dari tingkap pejabatnya.

"Macam mana keadaan Wahyu, Mona?" Lirih suara Fabian Freston menuturkan katanya.

Bulat mata Siti Maimunah, tidak disangka sungguh bagaimana Fabian Freston boleh melontarkan soalan cepu emas tersebut.

"Dina? Siapa Dina?" Mona cuba berdalih dengan Fabian Freston.

"Saya tahu, Mona. Jangan banyak songgeh. Macam mana keadaan Wardina Wahyu?"

Perlahan-lahan Siti Maimunah menelan air liur. Bijak juga orang yang di depan. Boleh pula menghidu hal dia dengan Wardina Wahyu.

"Dina... masih macam tu juga. Dia sudah sedar sepenuhnya. Tetapi...." Mona tidak mampu untuk menuturkan ayat yang seterusnya. Permintaan gila Wardina Wahyu masih terngiang-ngiang di telinganya.

Perlahan Fabian Freston mula memberi perhatian dengan barisan kata-kata Siti Maimunah.

"Tetapi... apa, Mona? Teruskan, saya perlu tahu apa yang terjadi dengan Dina."

Siti Maimunah memandang tajam kepada Fabian Freston. Berfikir haruskah dia menceritakan hal yang sebenar atau mereka cerita untuk mengabur mata Fabian Freston.

"Dina, mogok lapar. Nak sangat-sangat berjumpa dengan Encik Fabian. Tetapi mana boleh buat macam tu, Encik Fabian sudah ada isteri, lagi pun tak elok la Encik Fabian nak menemani dia. Tak manis orang tenggok dan tak pernah dibuat dek orang pun." Akhirnya Mona memilih untuk berkata benar.

Fabian Freston melangkah lalu duduk bersandar di atas kerusi.

"So, sekarang macam mana? Saya tahu kamu berada di sana kelmarin."

Pantas Siti Maimunah menoleh kepada Fabian Freston. Hebat! Hal kelmarin pun dia boleh tahu juga.

"Encik suruh spy ikut saya ya?"

Fabian Freston menggeleng sambil tersenyum kecil.

"Itu tak penting. Banyak lagi yang saya tahu dari yang kamu tahu. How is Dina, today?"

"Saya pun tak tahu, Encik Fabian. Hari ini saya tak sempat lagi nak jenguk dia. Petang nanti kut, habis kerja saya pergi."

Fabian Freston mengangguk.

"Kirimkan salam saya kepada Dina. Sampaikan pesan saya... jangan degil, makan ikut aturan dan ada masa yang sesuai saya pergi jumpa dia."

"Baik, Encik Fabian. Saya akan sampaikan kepada Dina." Mona menyusun tapak melangkah keluar dari bilik Pejabat Fabian Freston.

Fabian Freston memulakan kerja yang sedang menunggu, untuk dibentangkan kepada Datuk Frederick Freston.

Mesyuarat berjalan lancar, namun fikiran Fabian Freston terbang melayang, mencari ruang untuk meleraikan kisah yang lepas.

Datuk Frederick Freston merenung kepada si anak yang ternyata jauh mengelamun, sehingga mesyuarat sudah selesai pun dia tidak sedar.

"Fabian, Daddy ada proposal untuk you and Wiena." Lembut suara Datuk Frederick Freston memulai perbualan mereka.

Fabian Freston menoleh sekilas sambil mengeluh lemah.

"Apa cadangan, Daddy?"

Datuk Frederick Freston mengukir senyuman lembut.

"Kami, bercadang hendak membuat majlis for both of you. Tak nak besar, kita buat kecil. Lagipun, ini adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan your wife kepada saudara mara kita, rakan-rakan sepejabat serta sahabat handai." Datuk Frederick Freston berjeda, mencari riak wajah Fabian Freston.

"Mungkin dengan cara ini, akan mengurangkan sedikit gangguan dari perempuan-perempuan yang pernah kamu usung dahulu. Bagilah peluang untuk kebaikan rumah tangga kamu, Fabian. Pagi tadi Susan Foo mengamuk, esok lusa siapa pula?" Sambung Datuk Frederick Freston.

Redup mata Fabian Freston memandang Datuk Frederick Freston. Dia terharu dengan sikap perihatin kedua orang tuanya. Menyesali tindakan terburu-buru, mengahwini Aerwyna Aberdeen tanpa pengetahuan mereka.

"Saya ikut sahaja keputusan, Mummy and Daddy. I'll inform Wiena about this arrangement and I am so sorry for being in responsible son. Saya gagal menjadi anak yang baik dan sanggup membelakangkan ibu bapa sendiri dalam mengambil keputusan yang besar dalam kehidupan saya. Maafkan saya, Daddy."

Terharu pula Datuk Frederick Freston apabila si anak sudah duduk mencangkung dengan tangan menyentuh kakinya.

Bahu Fabian Freston diangkat lembut, badan sasa Fabian Freston dipeluk kejap. Tidak sampai hati membiarkan si anak memamah perasaan diri sendiri.

"Kamu, sudah menjadi seorang suami dan tak lama lagi kamu akan menjadi seorang ayah. Penyesalan kamu, bukan untuk saya atau ibu kamu, tetapi untuk diri kamu sendiri. Tanggungjawab kamu berat, terhadap keluarga kamu. Daddy... berharap agar kamu menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab."

Datuk Frederick Freston menepuk-nepuk bahu Fabian Freston. Manalah tahu, boleh melegakan kekusutan hati si anak.

#########################

Eaton Haefen menemui jalan buntu untuk menyelesaikan kes Mr Lichfield. Maklumat yang baru diperolehi menunjukkan tempat kerja perempuan tersebut pun hancur.

Betapa seronoknya dia apabila mendapat tahu bahawa perempuan tersebut bekerja di Syarikat Gill Holding. Ingatkan kacang sahaja, rupanya hampas...

Rupa tersenggih Fabian Freston terasa ingin dikejakan di situ juga. Fikiran dia tengah berserabut boleh pula dipermainkan sebegitu rupa.

"Bro. Kenapalah you suruh, Susan Foo ni berambus pagi tadi. Sekarang I, susah sekali lagi. Bukan senang nak menjejaki perempuan ni. Sudah berbulan tahu tak...."

Fabian Freston mengangkat kedua bahunya.

"Mana I tahu, you berkehendakan dia. Kalau I tahu, I dah call you awal-awal lagi. Senang cerita, tak payah I menghadap muka tak tahu malu tu." Cebik Fabian Freston.

Eaton Haefen meramas rambut keperangannya. Memusatkan tumpuan kepada Susan Foo.

"Dulu, you selalu keluar dengan dia? I meant night club."

"Ya, kenapa?"

Tiba-tiba Eaton Haefen memetik jarinya.

"Which night club?" Tanya Eaton Haefen tidak mempedulikan soalan Fabian Freston.

"Straits Quay Mall, there are a few Bar and Bistro to hang out. Especially during happy hour." Jelas Fabian Freston tanpa mengetahui bahawa Eaton Haefen sedang mengorek maklumat darinya.

"Kalau macam tu, malam ni kita hang out di sana. Kita bawa those girls together. How ever, lama tak keluar sekali."

Fabian Freston berfikir sejenak. Menimbangkan usulan Eaton Haefen.

"I tak boleh janji, sama ada boleh pergi atau tak. Nak kena tanya those girls dulu. Lagipun, Welma duduk hostel. Takut susah nak bawa dia keluar makan."

Eaton Haefen sudah tersenyum penuh makna.

"Welma, you jangan risau. Dia pasti boleh keluar."

Fabian Freston mengangkat kening. Memerlukan lebih penjelasan daripada Eaton Haefen.

"It's not what you thinking of, Bro. I tahu siapa dia. Nak mampus kena dengan, your wife."

"Tahu tak aper... jangan lebih-lebih. I tak boleh protect you, kalau you kena serang dengan, singa betina tu." Fabian Freston tersenyum simpul, seronok menggenakan Eaton Haefen.

"Wah! Singa betina? I can't believe you said like that, must be something you haven't share with me...."

Hairan pula Eaton Haefen, setahu dia, Aerwyna Arbedeen adalah seorang perempuan yang berhemah tinggi, mustahil boleh bertukar seperti singa.

"My wife, I tahu lah siapa dia. Just jangan bagi dia marah." Pandai pula Fabian Freston melarikan diri dari menjawab soalan yang berbau usikan dari Eaton Haefen.

Aerwyna Aberdeen cukup dia kenali, tindakan sukar diduga walaupun sudah bertahun Fabian Freston mengenalinya.

Begitu juga dengan perkahwinan mereka dahulu, oleh kerana takut kehilangan Aerwyna Aberdeen maka Fabian Freston melamar dia sebagai suri yang akan berkongsi suka duka bersamanya.

Masih tersimpan segar di kotak ingatan Fabian Freston, akan kata-kata pedas dari Aerwyna Aberdeen, sewaktu dia mengejar cinta untuk memiliki si jantung hati.

"Kalau you sekadar nak mainkan aku seperti boneka, baik you tinggalkan niat you tu. I bukan perempuan yang you boleh usung ke sana ke mari, lepas tu you tinggalkan. Dan I pun bukan perempuan yang you boleh guna untuk satu malam sahaja. Jangan mimpi you boleh buat macam tu dekat I. Kalau you betul nak, pergi jumpa Bapa dan Ibu, I."

Bisa sungguh sumpitan Aerwyna Aberdeen, sampai merenjatkan segala urat sarafnya. Silap dia juga, terkantoi apabila terserempak dengan Aerwyna Aberdeen sewaktu dia berkepit dengan Lenny Smith, si jambu rambut perang dari Australia.

Bertitik tolak dari hari itu, Fabian Freston tahu bukan mudah untuk memadamkan api kemarahan Aerwyna Aberdeen. Tiba-tiba timbul rasa kesian kepada si pintu yang selalu kena ketuk apabila kes pujuk memujuk diantara mereka berdua.

Eaton Haefen memaku pandang kepada Fabian Freston, pelik pula apabila dia ternampak Fabian Freston tersenyum dan tersenggih seorang diri.

Lalu dibiarkan sahaja Fabian Freston melayan perasaan seketika. Sementara dia berSMS dengan Welma, menyampaikan hajat untuk keluar bersama malam nanti.

Tersenyum lebar pula Eaton Haefen apabila mendapat jawapan positif daripada Airine Irwelma... 'Yes!' Terlepas pula jeritan gembira Eaton Haefen. 

"Kenapa, melalak tak tentu pasal?"
Fabian Freston menyoal akibat terganggu dengan jeritan Eaton Haefen.

"I dah dapat persetujuan dari Welma, she can follow us tonight." Jelas Eaton Haefen dengan senyuman manis menghiasi wajah kegembiraannya.

Berkerut seribu kening Fabian Freston.

"Wow cepatnya! Macam dah tak sabar tu...." Fabian Freston masih ingin menyakat Eaton Haefen..."Her sister, I tak tahu lagi. Tak boleh nak bagi you answer sekarang."

"Bro... mana boleh. I don't care. Kita keluar juga malam ni, on me. I'll pay for tonight expenses." Sakan pula Eaton Haefen mendesak Fabian Freston.

"Kalau macam tu, lunch kita sekarang, you bayar juga. Kira satu package." Senggih sampai ke telinga Fabian Freston apabila melihat Eaton Haefen menunjukkan penumbuk kepadanya.

"Tarak... hat ni, you belanja. Chaio! Kita jumpa malam nanti."

Apa lagi yang mahu ditunggu, sepantas mungkin Eaton Haefen angkat kaki dari situ. Meninggalkan Fabian Freston yang terpinga-pinga namun akhirnya tersenyum lucu. Sesungguhnya Eaton Haefen seorang yang baik hati tetapi bab belanja makan agak kedekut... hehehe

"Pandai juga, you tunggu I. Kalau tak memang tak lah, I nak temankan you malam ini." Fabian Freston mengacah Eaton Haefen yang bersandar ditepi pintu Jaguar.

Eaton Haefen tersenggih.

"Aku kesian kat kau, Bro. Jauh juga Eastin Hotel ni dari pejabat kau... let's go."

#########################

Aerwyna Aberdeen berasa pelik pula apabila, tiba-tiba Airine Irwelma menghantar SMS mencanangkan perihal rancangan malam nanti.

Oleh kerana Fabian Freston belum memaklumkan kepadanya, jadi dia menyimpulkan hal tersebut adalah rancangan yang belum pasti lagi.

Sejurus selepas dia meletakkan telefon bimbit di atas meja, pesanan masuk menerjah sekali lagi.

Sulu Ati
MALAM NANTI KITA KELUAR. SEKALI DENGAN WELMA DAN EATON. BALIK AWAL.

Tahu sangat, pesanan berupa arahan.

Sekali lagi pesanan masuk.

Sulu Ati
BE PREPARE FOR OUR WEDDING CEREMONY. PUNJABI STYLE, MY QUEEN!
MAKE SURE YOU ARE READY FOR THE EVENT.

Sulu Ati
AKU SAYAU KA NUAN, I LOVE YOU, MAY TUMSE PYAR KARTA HOO. BE MIND FOREVER AND EVER.

Aerwyna Aberdeen menggigit bibir. Menghadam dan menghafal ayat-ayat cinta, Fabian Freston. Nampak manis tetapi masih tegas pendirian terutama sekali apabila melibatkan perkara yang bersangkut paut dengan sesuatu yang penting.

'Huhhh! Bila la nak berubah dari menjadi Tuan Pengarah.' Keluh Wiena seorang diri.

Laju tangan dia menaip ayat-ayat untuk dihantar kepada Fabian Freston.

OKAY, I'LL BE WAITING FOR YOU. TALK TO YOU REGARDING OUR WEDDING PLAN??? PENGANTIN BASI LA. SEGAN! TAK NAK BUAT BOLEH?

Aerwyna Aberdeen menunggu pesanan masuk dari Fabian Freston.

Sulu Ati
NOPE. TAK BOLEH! THIS IS FROM MY PARENTS TO WELCOME YOU IN MY FAMILY. BE READY TO BE A BRIDE AGAIN, MRS FABIAN FRESTON!

'Hishhh! Apa la aku nak buat ni? Aku tak nak la majlis macam ni. Sat nanti macam patung cendana pula. Dah la seorang-seorang... melaun betul!' Bebel Wiena sendirian.

"Beb... membebel tak tentu pasal ni kenapa?" Pelik pula Nur Sawsan apabila melihat Aerwyna Aberdeen mengeluh sambil beebalas SMS dari tadi.

"Laki kau, nak apa?" Nur Sawsan masih menyambung soal siasatnya.

Aerwyna Aberdeen mengetap mulut.

"Beb... apa pendapat kamu, dekat nak setahun aku kahwin, baru sekarang, my husband parents nak buat majlis?"

"Ehh! Molek sungguh! Saya sokong seratus peratus. Benda baik, kita patut war-warkan untuk menggelak fitnah dan menolak dosa orang yang membawa mulut merata." Tersenyum lebar pula Nur Sawsan menghuraikan pendapatnya.

Terdiam sejenak Aerwyna Aberdeen apabila mendengar pendapat daripada Nur Sawsan.

"Aku... aku segan la, Beb. Mesti kena kutuk teruk daripada mata-mata yang tertentu."

"Look Aerwyna Aberdeen, suami you pilih you sebagai isterinya, kenapa you harus berasa rendah diri? Diri you sudah cukup sempurna untuk suami you, no segan, okay." Pujuk Nur Sawsan menanam sikap postif setinggi mungkin kepada Aerwyna Aberdeen.

Tiada alasan lain yang mampu membatalkan niat kedua ibu bapa Fabian Freston. Akan ada juga resepsi sekali la lagi, mudah sekali diagak akan ada majlis yang besar-besaran nanti.

P/S: Jumpa lagi di Bab 20.
Enjoy your reading.
Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya sekali lagi.

No comments:

Post a Comment