Monday 10 February 2014

Kisah Cinta Kita Bab 10

Sepeninggalan Eamad Faliq menghantar Eddie Lim balik, Puan Rabiatul menyibukkan diri membuat kuih karipap untuk di jamu petang kelak.

Tangan Puan Rabiatul begitu asyik menguli adunan tepung, tetapi fikiran seorang ibu mengembara jauh mengenai perihal anak perempuannya.

Sesekali mata dilayar ke arah anak tangga. Namun, jangankan tubuh Wardina Wahyu yang muncul, bayangan pun tidak kelihatan.

Puan Rabiatul mengeluh lesu, tumpuan menguli tepung terganggu dengan bunyi bising dari bilik Wardina Wahyu.

Setelah mencuci tangan, bilik Wardina Wahyu menjadi tumpuan Puan Rabiatul.

"Wahyu... Tolong perlahankan bunyi radio."

Tangan Puan Rabiatul rancak mengetuk pintu bilik Wardina Wahyu.

"Kenapa?" Wardina Wahyu bertanya sebaik sahaja menjenggul keluar dari belakang pintu.

"Astaghfirullah'Adzim ... Wahyu tak dengar Azan Zohor?" Puan Rabiatul cuma mampu mengeleng. Kesal!

"Ya ke? Wahyu tak perasan la, Ibu."

Puan Rabiatul mengukir senyum penuh kasih.

"Wahyu suci ke?"

Wardina Wahyu mengerut kening dan mengganguk

"Pergi tutup dulu radio tu, ambik wuduk kita berjemaah sekali."

Tangan Puan Rabiatul membelai rambut Wardina Wahyu.

"Lagipun... Lama kita tak sembahyang bersama. Ibu rindu!"

Berkelip-kelip Wardina Wahyu memandang Puan Rabiatul... "Hahh... sudah tertangkap dengan ayat Ibu pula." Bisik hatinya.

"Ibu tunggu di bilik sebelah. Cepat sikit!" Keras suara Puan Rabiatul tetapi senyuman manis terukir indah di wajahnya.

Wardina Wahyu hanya mampu mengganguk, tidak berani melawan arahan serta harapan dari Puan Rabiatul.

Puan Rabiatul tersenyum puas bila melihat Wardina Wahyu dalam persalinan sembahyang yang lengkap.

"Masih boleh dibentuk, kalau kena dengan gayanya." Bisik hati Puan Rabiatul.

Puan Rabiatul menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi setelah selesai mengerjakan suruhanNya. Dalam hati tidak pernah berhenti berdoa semoga suatu hari Wardina Wahyu berubah menjadi Muslimin yang diredhai.

Sengaja Wardina Wahyu berjalan berjengket-jengket mendekati Puan Rabiatul yang sedang mengoreng karipap.

Mata dipejam, hidung menyedut betapa sedap aroma karipap Puan Rabiatul.

"Wanginya...." Sebiji karipap di masukkan ke dalam mulut.

Sekali lagi Puan Rabiatul mengeleng kesal.

"Sedap? Tapi... lagi afdal, Bismillah dahulu baru makan karipap."

Suapan kali kedua diberhentikan, mulut terkumat-kamit membaca doa.

"Sedap la, Ibu. Abang Long tak balik lagi? Ayah pula pergi mana?" Wardina Wahyu duduk di kerusi meja makan.

Puan Rabiatul menoleh Wardina Wahyu seketika.

"Abang Long, belum sampai lagi, dalam perjalanan. Ayah, keluar sekejap jumpa kawan."

"Pakai cantik macam ni, nak pergi mana pula?" Sambung Puan Rabiatul.

"Lepas makan ni, saya nak balik." Jawab Wardina Wahyu tanpa memandang Puan Rabiatul.

"Balik? Bukan ke rumah ni rumah Wahyu juga?" Puan Rabiatul mengerut kening, pelik dengan jawapan Wardina Wahyu.

"Wahyu kan dah biasa hidup berdirikari, Ibu jangan pula risau." Wardina Wahyu tergesa-gesa menghabiskan karipap yang ke empat.

"Ibu... Saya minta diri dulu."

Badan Puan Rabiatul dipeluk kejap, pipi tua pula dicium kiri dan kanan.

"Ya la. Ada masa balik ke sini."

Puan Rabiatul menghantar Wardina Wahyu sampai ke halaman rumah.

Wardina Wahyu memandu keluar Honda CRV. Cermin tingkap sebelah pemandu di buka.

"Assalamualaikum, Ibu."

Senyuman kasih seorang Ibu tersirna dari wajah tua Puan Rabiatul.

" Waalaikummuassalam. Hati-hati bawa kereta."

Mata Puan Rabiatul liar mencari kelibat Hummer. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam rumah,  bunyi pintu pagar terbuka semula.

Kali ini senyum Puan Rabiatul lebih lebar. Eamad Faliq yang di tunggu sampai juga.

"Assalamualaikum, Ibu" Eamad Faliq menghulur tangan untuk bersalam dengan Puan Rabiatul.

"Waalaikummuassalam." Puan Rabiatul menjawab lembut salam Eamad Faliq.

Puan Rabiatul memerhatikan gerak geri Eamad Faliq yang sedang menanggalkan kasut di depan pintu.

"Faliq, baru balik hantar kawan Wahyu? Di mana dia tinggal?" Wajah teruja jelas terlukis di muka Puan Rabiatul.

Eamad Faliq menoleh sambil tersenyum manja.

"Wah... tak sabar ya, Ibu...." Usik Eamad Faliq.

Puan Rabiatul memukul lembut bahu Eamad Faliq...

"Kalau nak menyakat Ibu, kamu ni nombor satu...."

Eamad Faliq duduk di ruang tamu, alat kawalan jauh television di tekan beberapa kali.

"Tak ada rancangan yang menarik ke, Ibu?"

Puan Rabiatul berjalan terkedek-kedek menatang dulang air minuman bersama dengan sepiring kuih karipap.

"Faliq, tutup aje la TV tu, kita minum petang dulu. Lagipun nanti Faliq nak balik."

Laju tangan Eamad Faliq mengambil sebiji karipap. Mulut pula menyebut doa.

"Sedap!" Eamad Faliq memejamkan mata... "Syukur. Alhamdullilah."

Puan Rabiatul mengeleng melihat telatah comel, anak bujang 'trang tang tang'.

"Soalan Ibu, bila nak jawab?"

Eamad Faliq mengambil sebiji lagi karipap.

"Sabar la, Ibu... Bagi la saya makan dulu, nanti saya ceritakan."

Puan Rabiatul sudah mencebik mulut, nyata sangat Eamad Faliq mendera perasaan ingin tahunya.

"Eddie tu pelik sikit la Ibu. Bermisteri pula. Tahu tak, Ibu...."

"Tak tahu kamu belum habiskan cerita lagi." Sengaja Puan Rabiatul menyampuk.

"Ni... Saya nak sambung cerita la, Ibu pula sudah memotong jalan cerita saya." Senyuman tersungging di bibir.

"Kamu ni Faliq, kalau tak mengusik Ibu, memang bukan kamu dalam rumah ni."

"Tadi saya hantar Eddie ke kawasan setingan sahaja, Ibu." Suapan kuih karipap diberhentikan.

Puan Rabiatul menoleh pantas, tangan yang memegang teko kopi pegun.

"Kamu jangan jual cerita kartun."

"La kenapa pula macam tu? Dah memang betul saya hantar dia ke situ." Suapan karipap diteruskan semula.

"Pelik. Dari gaya, dia tu anak orang berduit. Kenapa pula Faliq hantar dia ke situ?" Cawan kopi di isi semula.

"Ibu... sudah la. Dia yang suruh saya tinggalkan dia di kawasan tersebut."

"Kamu hantar dia sampai depan rumah?"

"Tak. Di tepi jalan sahaja. Faliq pun tak nak desak dia la, Ibu."

"Hurmm. Pelik."

"Tak baik la kita syak yang macam-macam. Esok lusa kita tahu la, siapa gerangan jejaka yang telah menawan hati, Ibu." Usik Eamad Faliq sekali lagi.

"Ehhh. Ke situ pula dia...." Bahu Eamad Faliq ditampar lembut.

"Ibu... Lepas Asar saya nak balik pula." Tangan tua Puan Rabiatul dipengang lembut.

"Hurmm. Sunyi la rumah ni nanti. Kamu ni bila nak menikah? Umur kamu bukan semakin muda. Ada cucu tak la rumah ni sunyi sangat." Nafas lemah dihembus perlahan.

Eamad Faliq megenggam lembut tangan Puan Rabiatul.

"Insha Allah. Doakan agar saya cepat bertemu jodoh."

Suara bising di luar rumah mengundang perhatian mereka. Akibat terlalu leka berbual, salam yang diberi pun tak bersambut.

"Assalamualaikum." Sekali pagi Encik Ahmad Fikri memberi salam.

"Waalaikummuassalam." Jawab Puan Rabiatul dan Eamad Faliq serentak.

Eamad Faliq dan Puan Rabiatul bangun, tangan Encik Ahmad Fikri di cium.

Senyum manis diukir pula, tangan kanan Eamad Faliq dihulur semula.

"Hisham. Jemput duduk."

Hisham mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Encik Ahmad Fikri.

Mata Encik Ahmad Fikri liar mencari Wardina Wahyu.

"Mana Wahyu?"

"Dia dah balik, Ayah." Jawab Eamad Faliq.

"Tak ada rezeki kamu la, Hisham." Encik Ahmad Fikri menyungging senyum.

"Ada apa-apa yang saya perlu tahu ke, Ayah?" Tercenggang-cenggang pula Eamad Faliq bertanya.

"Tak ada apa la, Faliq." Hisham menyimpul senyum.

"Ya ke? Tak ada apa-apa?" Usik Eamad Faliq.

"Minum, Hisham. Pening kamu nanti kalau melayan, si Faliq ni." Encik Ahmad Fikri mengeleng.

Puan Rabiatul memerhatikan sahaja perbualan mereka. Tangan dia lincah menuang air kopi ke dalam cawan. Piring karipap yang telah kosong ditambah semula.

"Alhamdullilah. Rezeki kita petang ni, Hisham. Karipap, Mak Long kamu ni sedap sangat. Makan la. Rugi kalau tak makan."

Memerah muka Puan Rabiatul bila sekali sekala diusik oleh Encik Ahmad Fikri.

"Makan la, Hisham. Pak Long, kamu ni terlebih memuji pula." Senyuman manis tersimpul.

"Betul kata Pak Long tu, Mak Long memang karipap ni sedap." Setenggah dari karipap pertama yang disuap , masih berada di tangannya.

"Hisham temankan, Pak Long ke tadi?" Soal Puan Rabiatul lagi.

"Saya yang mengajak Hisham tadi, Faliq pula menghantar kawan Wahyu balik." Jelas Encik Ahmad Fikri sambil menghirup kopi.

Hisham pula memusatkan perhatian, berminat untuk mengetahui...

"Kawan Wahyu yang mana satu yang datang tadi Pak Long?"

Sekarang giliran Eamad Faliq pula menumpukan perhatian kepada Hisham.

"Hisham, kenal Muhammad Rayyan Eddie Lim? Dia yang datang pagi tadi." Eamad Faliq meneliti riak wajah Hisham.

Hisham diam seketika, jari pula diketuk-ketuk di tepi kening.

"Hahh! Baru saya teringat, budak tu memang selalu berkepit dengan Wahyu." Hisham berjeda seketika, sebelum menyambung semula... "Banyak kali juga saya cuba peringatkan Wahyu, seperti yang kita makhlum, mana ada Wahyu nak dengar cakap saya ni."
"Jadi, Hisham tahu la siapa Eddie tu?" Puan Rabiatul teruja pula sekarang ni.

"Saya tak berapa kenal dengan Eddie tu, Mak Long. Setakat tahu nama dan orangnya sahaja."

Eamad Faliq memerhatikan Puan Rabiatul melepaskan nafas lemah.

"Ibu... biarkan dulu hal Eddie tu. Nanti bila, Ibu senang saya call Eddie kita ajak dia makan di sini."

Bulat mata Puan Rabiatul dengan cadangan bernas Eamad Faliq.

"Boleh sangat-sangat..."

Encik Ahmad Fikri menggeleng, mulut pula tersenyum lebar melihat aksi teruja Puan Rabiatul.

Manakala Hisham pula tercenggang-cenggang, belum mengetahui hujung pangkal keseluruhan cerita mengenai Muhammad Rayyan Eddie Lim.

"Kenapa, Pak Long?"

Eamad Faliq bengun, tanga di hulur kepada Encik Ahmad Fikri.

"Saya minta diri dulu, Ayah, Ibu, Hisham."

"Awal lagi ni, Faliq."

"Ada hal sikit, yang saya kena buat di rumah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikummuassalam." Jawab mereka serentak.

"Hahh. Hisham minum dulu. Tentang hal Eddie tu Pak Long pun tak tau." Gelak pula Encik Ahmad Fikri.

#######################################

Baru sahaja Eaton Haefen hendak mengeluarkan Toyota Estima Aeras dari perkarangan Banglo di jalan Jeselton, bayangan Simran dan Kiran muncul didepan kereta.

Eaton Haefen menepuk dahi sendiri. Kantoi pula dengan mereka berdua.

"Bala mai dah!" Katanya sendirian.

Hajat hati ingin meneruskan perjalanan namun, langkah mereka berdua terlebih laju pula. Pintu depan sebelah pemandu Toyota Estima Aeras sudah terbuka.

"We will follow you, to fetch them...." Simran memulakan mukadimah dengan mulut dicebik.

Kadang-kadang perangai Guddie ni susah hendak diagak. Unpredictable kata mat saleh.

Jadi Eaton Haefen mengambil jalan selamat, terpaksa mengganguk sahaja.

Kiran dan Simran tersenyum puas bila Eaton Haefen bersetuju membawa mereka sekali.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, mereka menunggu di balai ketibaan.

Mata mereka liar mencari kelibat Fabian Freston tetapi belum muncul juga.

"Betul ke, mereka naik Flight ni?" Tanya Kiran seperti hilang sabar menunggu si buah hati jantung pisang.

"Yup. No doubt!" Jawab Eaton Haefen.

"It's him... Ayooo. Jane bawa body guard pulak!" Simran mencebik meluat!

Dari jauh Fabian Freston mengesan bala bila ternampak Simran dan Kiran bersama dengan Eaton Haefen.

"Kenapa la, Eaton bawa mereka tu... Hisshhh!" Bisik hati Fabian Freston.

Seperti berjalan di atas pentas memperagakan pakaian, Kiran mengamit Fabian Freston.

Lengan Fabian Freston dikepit rapat. Wajah masa mencuka Aerwyna Arbedeen tidak dihiraukannya.

Airine Irwelma mengajak Aerwyna Arbedeen berjalan sedikit ke belakang bersaing dengan Eaton Haefen.

Dengan wajah serba salah Eaton Haefen merasakan dia harus menjelaskan kepada mereka.

"Sorry. For that...." Eaton Haefen menunjuk ke arah Fabian Freston yang telah dikepung oleh Simran dan Kiran.

"You are? I am Welma, her sister." Pelik pula Welma sedari tadi mereka belum berkenalan lagi.

"I am Fabian's cousin... Eaton. Sorry again."

"It's okay, Eaton. Knowing him, I am not surprise." Wiena mengoyak senyum palsu.

Suasana tegang di dalam Toyata Estima Aeras tenggelam seketika dalam lagu Kashmir Main Tu Kanyakumari dari filem Chenai Express lakonan mantap Datuk Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone.

Aerwyna Arbedeen merasakan bahawa watak lakonan Deepika Padukone sebagai Meena adalah dirinya sendiri.

Perasaan marah cuba dikawal sebaik mungkin. Nasihat Ibuk Ngia masih terngiang-ngiang.

"Sabar, Wiena sabar...." Wiena menepis gelodak hati sendiri.

Welma menjeling reaksi Wiena sambil menahan geram dengan si ulat bulu.

"Kakak... " Welma menyiku Wiena.

"Kenapa?" Bisik Wiena.

Welma memuncungkan mulutnya...

"Ulat Bulu." bisik Wiena di tepi telinga Welma.

Welma mengganguk... "Akak tak marah ke?"

Wiena membasahkan tekak dengan air mineral yang dari tadi dipegangnya.

"Air mineral tu, bukan boleh sejukkan hati Akak." Tambah Welma lagi.

Air mineral diminum rakus pula kali ini.

"Excuse me, can you pull over the car for a while?" Tegas Aerwyna Arbedeen.

Toyota Estima Aeras diberhentikan ditepi jalan mengikut arahan tadi.

Dari luar Aerwyna Arbedeen mengetuk cermin tingkap sebelah pemandu. Jari telunjuk digerak-gerakan serupa gaya menyuruh Simran keluar dari dalam Toyota Estima Aeras.

Simran menoleh, jelingan maut dihadiahkan kepada Aerwyna Arbedeen.

"Baik. Tak nak keluar tak apa!" Aerwyna Arbedeen membebel pula.

Fabian Freston terkejut bila penyepit ketam singgah dilengannya.

"What?" Jerkah Fabian Freston.

"Swap with your sister!" Arah Wiena sekali lagi.

"But why?"

"Ada ulat bulu dalam kereta ni, dari tadi melekat di badan you." Keras jawapan Wiena.

Welma tersenyum puas, bila akhirnya Wiena berani bertindak untuk tidak mendiamkan diri lagi.

"Ulat bulu?" Bujang Senang mengenyitkan mata.

"Jangan buat pasal... follow what I said, swap with her!" Wiena mengetap mulut. Geram!

Fabian Freston baru tersedar bahawa ada sepasang tangan melingkar di atas dada.

"Honey... Where are you going?"

"Swap with Simran! Ada ulat bulu..." Jawab Fabian Freston.

"Itu la tidur lagi dalam kereta! Suka sangat kena peluk...." Aerwyna Arbedeen menarik keluar Fabian Freston.

Simran bercekak pinggang.... "Kenapa sampai nak bertukar tempat dah elok pun tempat ni dari tadi."

"Sis... it's okay. Bagi I duduk di depan, you can sit with her."

"Honey... you should sit next to me not Simran."

Mencerlung Aerwyna Arbedeen melihat si ulat bulu memaut lengan Fabian Freston.

"Let go of him!" Aerwyna Arbedeen mencengkam pergelangan tangan si ulat bulu... "Don't you dare to touch him anymore!" Aerwyna Arbedeen menolak dia masuk ke dalam kereta semula.

"Kiran... are you hurts?" Simran duduk di sebelah Kiran.

Pergelangan tangan Kiran dibelek oleh Simran.

"Hey! Jane budak hutan... apa you sudah buat! Boleh patah tangan dia kamu kerjakan." Masam mencuka muka Simran memarahi Aerwyna Arbedeen.

"Do I care about it? Siapa suruh cari pasal? Lembik!" Aerwyna Arbedeen mencebek...

"Hahh! Masuk lah, tak nak jalan lagi ke?" Aerwyna Arbedeen menyinga pula kepada tiga pasang mata yang memerhatikan sinetron di tepi jalan.

Toyota Estima Aeras meredah jalan semula, kedudukan sekarang Fabian Freston duduk di depan dengan Eaton Haefen. Aerwyna Arbedeen dan Airine Irwelma duduk sebaris di tenggah, manakala Simran dan Kiran duduk sebaris juga di bahagian belakang.

Getaran telefon bimbit menggangu lena Fabian Freston, peti pesanan ringkas di buka.

"Tak ada kerja lain. Menggugut sahaja!" Tergeleng-geleng kesal Fabian Freston dengan pesanan ringkas tersebut.

Fabian Freston menoleh kepada Eaton Haefen yang sedang memandu.

"Bro... We send them first. I am not going to bring them to my place. Rimas!" Fabian Freston memejamkan mata semula.

"No problem. We'll send them first." Eaton Haefen memandu Toyota Estima Aeras menghala ke Jalan Jeselton.

Simran terperasan bahawa mereka sedang menghala ke rumah keluarga mereka.

"Eaton. Where are you up to?"

"Guddie, he need to drop you and Kiran here!" Fabian Freston menyampuk.

"Honey... We want to go to your place." Kiran pula bersuara.

"Nope. Not this time. We are too tired. Just give us time to rest." Tegas suara Fabian Freston menolak permintaan Kiran.

Masam mencuka muka Simran dan Kiran bila gagal dalam misi mengenakan Aerwyna Arbedeen yang mereka panggil sebagai, Jane budak hutan.

Oleh kerana Datuk Frederick Freston dan Datin Amrita Kaur tidak berada di rumah agam tersebut, jadi Eaton Haefen meneruskan misi menghantar balik Fabian Freston.

Aerwyna Arbedeen keluar dari perut Toyota Estima Aeras, mata dilarikan di sekitar kawasan Kondominium Mewah Silverstone. Seperti selalu rambut yang kusut dilibas-libas, tiba-tiba hujung mata menangkap susuk tubuh yang sedang tegak berdiri memerhatikan aksinya.

Melihat Aerwyna Arbedeen menghentikan aksinya secara tiba-tiba, Fabian Freston menoleh kepada hala tuju fokus mata si Isteri.

"Kenapa?" Fabian Freston bertanya pelik.

Aerwyna Arbedeen mengeleng, dada yang penuh debaran cuba dilawan dengan menyungging senyuman.

"Kakak... hansemnya mamat tu." Terngaga mulut Airine Irwelma, kaki masih dipaku di situ. Lebih parah bila si dia menghadiahkan sebuah senyuman manis.

"Gelojoh! Tak malu. Tutup mulut tu." Wiena memukul lembut bahu Welma.

"I think, I lagi hansem dari dia." Eaton Haefen sudah tersenggih mempromosi diri sendiri.

"Wowww... Bro! Impressive!" Fabian Freston pula sudah tergelak-gelak. Geli hati!

Welma cuma tersenyum lebar, menahan malu. Muka pula sudah diserbu darah merah.

"Jom la. Penat ni." Wiena menolong Welma untuk melepaskannya dari mangsa usikan dua ekor buaya darat.

"Wait. I nak check post box dulu." Fabian Freston membuka post box, bermacam jenis surat yang berada di dalam diambil.

Aerwyna Arbedeen menghulurkan tangan, Fabian Freston pula menyerahkan sampul surat tersebut kepada Aerwyna Arbedeen.

"Thanks... Baby." Sekilas ciuman singgah di dahi si Isteri.

Aerwyna Arbedeen mengganguk dengan muka memerah. Mata meneliti sampul surat yang berada di tangan. Salah satu sampul surat menghantar isyarat ke dalam akal.

Airine Irwelma dan Eaton Haefen memandang ke arah lain, adengan romatik tadi menjentik tangkal hati mereka.

"Tunggu la sampai di dalam bilik, Bro." Penyiku dari Eaton Haefen singgah di perut kejap Fabian Freston.

Fabian Freston pula tersenyum lebar. Raut wajah tersenggih Eaton Haefen dikerling.

"Get married, than you will know." Bisik Fabian Freston di tepi telinga Eaton Haefen.

Wiena dan Welma mengeleng kepala, muka dari tadi memerah belum habis lagi.

#######################################

Wardina Wahyu seperti biasa, memandu Honda CRV seolah-olah membawa jet.

Ditambah pula dengan pertembungan tak disangka sebentar tadi. Stereng kereta sekali sekala menjadi mangsa pukulan ganas.

Sinetron di tepi jalan sungguh menjengkelkan! Hatinya lagi membengkak, bila mata menangkap drama Aerwyna Arbedeen menarik keluar Fabian Freston dari dalam perut Toyota Estima Aeras.

"Aku dapat rasa. Mesti dia ada kaitan dengan perempuan tu." Wardina Wahyu berkata seorang diri, jari jemari mengetuk stereng kereta.

"Macam-macam aku buat untuk memiliki kamu, tetapi kenapa la susah sangat kamu nak setia dengan aku." Rambut pula menjadi mangsa kena ragut.

"Arghh... tak boleh jadi. Aku mesti kena buat sesuatu." Mulut pula diketap rapat. Geram!

Laju tangan Wardina Wahyu menekan punat 'call' di telefon bimbit.

"Hello! Mak Cik. Boleh datang ke rumah aku sekarang... Penting tau... la ni jugak!"

Telefon bimbit dilemparkan di kerusi sebelah. Pedal minyak ditekan semakin kuat.

'Streeeeeetttt!' Bunyi break ditekan.

"Heiii! Mamak... mau mati ka?" Kasar suara Wardina Wahyu memaki mamak yang belum sempat melintas jalan.

Mamak cuma mampu menekan dada sendiri dengan dua telapak tangannya... "Nasib baik sempat melompat ke tepi, kalau tak... Nauzubillah."

Alat kawalan pagar automatik ditekan, Honda CRV diletak sengget di halaman rumah teres dua tingkat. Geriji rumah dibuka, hush puppies pula disimpan di dalam almari kasut.

Sementara menunggu Mona, SMS dihantar ke nombor Fabian Freston.

I KNOW YOU ARE HERE NOW.
DON'T FORGET TO SEE ME LATER.

Mona memandang telatah Wardina Wahyu dengan penuh persoalan. Dari raut wajah kelabu Wardina Wahyu menandakan bahawa dia berperang dengan emosi. 

Langkah kaki Wardina Wahyu ke hulu ke hilir, telefon bimbit pula diketuk-ketuk di atas telapak tangan.

"Tadi call, suruh aku datang, tetapi dari tadi duk macam ni." Bisik hati Mona namun anak mata masih mengekori langkah Wardina Wahyu.

Tiba-tiba Wardina Wahyu memaku kaki. Mata Mona yang asyik memandangnya di lawan seketika.

"You have to help me."

"Tolong? Maksud Dina, pertolongan seperti apa?" Terkejut pula Mona bila tiba-tiba Wardina Wahyu bersuara.

Wardina Wahyu duduk di hadapan Mona. Bebola mata masih difokuskan kepada Mona.

"Buat kerja 'spy' bagi aku, di Syarikat Gill Holding."

Lantas terbangun dari tempat duduk bila Mona mendengar permintaan Wardina Wahyu.

"Hahh! Biar betul! Aku tak nak la, Dina."

"Ingat. Kerana aku, kamu dapat kerja di sana? Sudah sampai masa favor for a favor."

"Kamu ni, Dina... tak habis-habis dengan kerja gila!"

"Aku tak kira, kali ini kamu mesti tolong aku!" Keras suara Wardina Wahyu menyuarakan pendapatnya.

"Kerja spy yang macam mana kamu nak aku buat? Aku ni mana reti buat benda macam tu, kalau boy friend aku ada tak apa la, aku boleh minta tolong." Mona senggih semacam pula.

Wardina Wahyu mencerlung memandang Mona. Dalam hati berbisik sendiri... "Bila masa Mak Cik ni ada boy friend?"

Dek kerana takut dengan renungan Wardina Wahyu, Mona menyenggih sekali lagi.

"Maksud aku, pelakon James Bond tu... Hah! Daniel Craig! Kerja spy macam ni dia yang buat bukan aku." Langkah dihala ke arah peti sejuk. Air orange dituang di dalam gelas.

"Aku nak minum dulu, kamu nak tak?" Rakus pula Mona menghirup air orange tersebut.

Wardina Wahyu mengacip gigi, geram sangat dengan sikap selamba Mona.

"Aku tak suruh kamu datang ke sini untuk minum air orange tu... ni boleh ke tak? Hisshhh!" Tangan sudah dikepal oleh Wardina Wahyu, mencari sasaran untuk melepaskan geram.

"Spy yang macam mana ni?" Mona mengendurkan suara, cuba memberi ruang agar Wardina Wahyu menerangkan dengan lebih lanjut.

Wardina Wahyu tersenyum simpul. Rancangan akan berjalan lancar.

"Tolong perhatikan, Fahian. Terutama sekali perempuan yang keluar masuk ke pejabatnya." Skrin telefon bimbit di buka..."Terutama sekali perempuan ni. Saya nak tahu status hubungan mereka. Perbesarkan telinga kamu pada waktu pejabat."

Mona meneliti gambar Aerwyna Arbedeen yang diambil oleh Wardina Wahyu semasa memintas Toyota Estima Aeras.

"Bluetooth saja la. Senang sikit saya nak padankan gambar nanti."

Gigi putih berseri sudah pamer. Wardina Wahyu mengganguk.

"Okay nanti aku send. Ingat... biar pecah diperut jangan pecah dimulut."

########################################

Manakala di kawasan setingan, seorang lelaki budiman sedang mengimamkan solat Fardhu Asar bersama dua orang tua yang sedang uzur dalam meniti hari tua mereka.

Setelah selesai, disalamnya yang lelaki tetapi tidak yang perempuan.

Kain sejadah dilipat sekemas mungkin. Mulut pula tidak lekang dari mengukir senyum.

"Pak Cik, Mak Cik... saya hendak balik dulu. Hujung minggu saya datang lagi."

"Baik la, Eddie. Datang lagi bila senang."

"Insha Allah. Saya akan datang bila saya ada peluang."

Muhammad Rayyan Eddie Lim menyarung sandal Camel. Punat kunci Audi Q7 ditekan.


Terima kasih daun keladi, Bab 11 kita jumpa lagi.

Saya berharap coretan kali ini menepati citarasa anda semua.

Lap u all... muah muah muah...


No comments:

Post a Comment