Saturday 22 February 2014

Kisah Cinta Kita Bab 12

Sudah menjadi kebiasaan, Aerwyna Aberdeen akan bangun awal dan bertafakur sekejap menghadap Tuhan yang disembahnya.

Setiap kali selepas selesai berdoa beban yang berat akan menjadi lebih ringan, semoga diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menempuhi liku-liku kehidupan sementara ini.

Di atas katil, Fabian Freston masih terlena, diulit mimpi indah semalam. Sesekali bibir mengukir senyum... entah apa-apa!

Wajah damai Fabian Freston menyentuh sekeping hati milik Aerwyna Aberdeen, lama dia pegun meneliti keindahan ciptaan Tuhan dan alangkah indah seandainya hanya dia yang bertahta di dalam hati Fabian Freston.

Lagu Jar Of Heart nyanyian Christina Perry mengejutkan lamunan, yakni sebagai penentu masa untuk dia memulakan tugas di dapur.

Aerwyna Aberdeen sentiasa menyediakan menu sarapan pagi yang senang sahaja, tetapi pagi ini untuk mengambil hati si suami maka terpaksa, dia mengorbankan waktu tidur. Tambahan pula Airine Irwelma menginginkan Capati untuk sarapan pagi.

Lagu Thousand Years dari filem The Twilight Saga episod Breaking Dawn di bawa oleh Christina Perry menjadi pilihan sebagai penghibur di pagi yang dingin.

Tepung Atta diuli lembut sebelum dicanai sebulat mungkin, moga-moga bukan peta Pulau Pinang yang tercanai.

"Bravo! I did it!"

Wiena melompat keterujaan apabila Roti Pratha dan gulai sardin sudah disusun sempurna di atas meja makan.

Jejari diberhentikan dari mengetuk bilik Airine Irwelma... "Biar dia tidur dulu, bukannya ada kerja dia nak buat pun...."

Daun pintu kamar dibuka perlahan-lahan, sambil melangkah dengan hujung kaki menyusup masuk ke dalam bilik air.

"Phewww. Selamat!"... Dada diusap perlahan... "Naya kalau Bujang Senang tu bangun."

Bunyi bising pengering rambut dari dalam bilik air mengejutkan Fabian Freston dari lena yang panjang. Telefon bimbit dicapai, mata yang kabur ditenyeh beberapa kali.

"Apasal, dia ni bangun awal sangat pagi ni?"

Bantal di tepi ditekapkan di telinga, buat penebat bunyi bising. Tetapi, akhirnya dia bangun juga...

"Baby, jangan bising la, awal lagi ni...."

Aerwyna Aberdeen berkerut kening.... "Betul ka awal lagi?"

"I don't think so it's early. You better prepare yourself to work. I am ready." Wiena melaung dari dalam bilik air.

Fabian Freston pula berkerut kening. Mata di buka lebih besar...

"Benawe! Betul! It's nearly 8.00 am now."

Aerwyna Aberdeen tersenyum lebar apabila melihat aksi kelang-kelibut Fabian Freston, nasib baik boxer masih melekat di pinggang.

"Tak sedar dunia? Seronok tidur?"

Akibat sakit hati kena perli, mulut Bujang Senang mencari sasaran.

"Ehhh... tak kuasa I nak kena kiss pepagi buta macam ni, pergi mandi cepat! I dah sediakan breakfast...."

Bujang Senang masih melilit pinggang Aerwyna Aberdeen, kening pula diangkat turun naik.

"Errr... I meant sarapan pagi, Pratha. Not your yummy favorite food!" Seram pula bulu roma Wiena. Bukan boleh buat main Bujang Senang tu, silap hari bulan dua-dua landing semula di atas katil.

Bujang Senang tarik senyum lebar..."Takut kena baham buaya?"

Sebelum meleraikan lilitan, sempat juga dia menggigit manja telinga Aerwyna Aberdeen. Sepantas kilat dia melarikan diri ke dalam bilik air.

"Wait! I tunggu you keluar! Sakit la woiii!" Mulut dikemam menahan marah.

Blouse warna biru tua di padankan dengan seluar slack warna hitam pekat menjadi pilihan untuk memulakan kerja setelah cuti selama seminggu.

Beg yang selalu dibawa diletakan di ruang tamu. Sementara menunggu Fabian Freston, air kopi dituang ke dalam cawan.

Telinga yang sudah memerah digosok perlahan-lahan. Dalam hati memaki hamun Fabian Freston. Sampai hati buat telinga dia macam tu!

Cermin di dapur menjadi sasaran untuk melihat sejauh mana keterlampaun gigitan Fabian Freston, sekali lagi dia menjerit!

Muncung itik keluar sudah! Kaki pun sudah dihentak-hentak! Angin kus-kus pun sudah mari!

Kerusi ditarik kasar. Punggung pun dihenyak.

"Kenapa buat I macam ni?"

"Buat apa my Baby?" Senyum dikulum.

"Hissshhh! Nak turun kerja macam mana, dengan cop mohor ni?" Masam kelat muka Wiena.

"Itu menandakan, you are mind!" Tajam mata Fabian Freston menyapu wajah Wiena..."dan sesiapa yang melihat cop mohor tersebut akan tahu bahawa you sudah bertuan, ada faham?"

"Malu la. Tak ada sapa yang nak dekat I, bukan lawa pun!"

"Lelaki kalau dia suka, bukan dia kira cantik ke tak? And further more, you are my wife mesti la cantik!"

Aerwyna Aberdeen mengeraskan diri apabila tangan Fabian Freston berada di atas kepalanya.

"Sedap bau kari sardin ni and this pratha look nice too...." Senyum ikhlas tersungging.

"Let's eat, lambat pula sat nanti. Hari ni I ada meeting dengan customer."

Sarapan pagi diteruskan namun Aerwyna Aberdeen masih diam membisu sehingga ke tempat letak kereta. Marah sungguh!

"Baby, hati-hati tunggang motor."

Aerwyna Aberdeen menoleh sekilas.

"Like you care!"

Sengget telinga Fabian Freston cuba menangkap maksud ayat Aerwyna Aberdeen. 

"Apa dia?"

Aerwyna Aberdeen kemam bibir.

"Nothing. You just take care of yourself. Got to go."

Sekelip mata Ducatti Monster membelah matahari pagi dari Kondominium Mewah Silverstone ke tempat kerjanya.

#########################

Secara umum kebanyakan orang tidak begitu menyukai hari Isnin... bak kata orang putih "I hate Monday!"

Keadaan yang sama berlaku juga di Syarikat Gill Holding, semua pekerja sibuk dengan tugas masing-masing. Kepala menghala ke skrin kumputer sambil tangan mengetuk keyboard.

Deringan telefon memekakan telinga, ada yang menyambut panggilan dan ada pula yang membiarkan sahaja panggilan tersebut. 

Dari jauh kelihatan dengan penuh gaya Datuk Frederick Freston melangkah menuju meja Siti Maimunah.

"Morning Mona!"

Mona panggung kepala, senyum manis disedekahkan.

"Morning Datuk!"

Datuk Frederick Freston mengedip mata sebelah, saja mengenakan Mona. Lelaki berumur tetapi masih kacak bergaya dengan sikap mesra alam bersama pekerja.

"Boss kecik dah masuk?"

Tersipu-sipu malu pula si Mona hendak menjawab.

"Baru sampai, Datuk nak jumpa dia ke?"

"It's okay Mona, saya pergi jumpa dia. Anyway beautiful blueish kurung that you wearing today."

Meleret senyuman Siti Maimunah, mata pula menghantar pemergian Datuk Frederick Freston.

Getaran telefon bimbit di saku baju kurung Mona. Nama pemanggil terpapar diskrin telefon.

"Assalamualaikum, Dina... ya saya tahu, saya akan buat. Baru sehari masuk kerja. Tunggu la. Sabar okay. Waalaikummuassalam."
Nafas berat dilepaskan.

Fabian Freston bangun menuju ke arah Datuk Frederick Freston, kepala ditunduk, tangan pula menyentuh hujung kaki.

"Sat Sri Akal, Daddy."

Ubun-ubun disentuh, badan sasa Fabian Freston dipeluk kejap. Bahu pula ditepuk-tepuk.

"How are you, Son?"

Mata sebelah dikedipnya.

"I am totally fine, Sir!" Lagak tabik hormat diberikan kepada Datuk Frederick Freston.

Datuk Frederick Freston duduk, renungan mata biru belum beralih dari memandang tepat wajah Fabian Freston.

"Good and glad to hear that! So how was your holiday? Manage to brought back my daughter?"

"Yup. We spend a great time in her kampung and she is back."

Senyum senget diukir, jemari bermain dengan batang pen.

"Kalau macam tu, should be no day dreaming this week, you need to focus on your work. Banyak projek and meeting you kena handle. One of it, about 2 hours to come, projek kerjasama dengan Syarikat AH Holding. Later, Susan will give project's file to you. Prepared yourself!"

"Siapa wakil dari Syarikat AH Holding yang akan turut serta menguruskan projek ini?"

Jari diketuk-ketuk di atas dahi.

"Kalau tak silap saya, kelmarin Encik Ahmad Fikri akan menyerahkan tugas ini kepada anak sulung dia sendiri. I totally forgot to ask about the name."

"It's okay. Errr... perempuan ke lelaki?" Senyum senget.

Kepala digeleng-geleng, jari pula digoyang-goyang, senggih sampai ke langit.

"Doesn't matter man or woman, but... it's definitely a man. Sorry young man, stay put to your wife."

Tergelak kecil pula Datuk Frederick Freston apabila melihat muka masam kelat Fabian Freston. Bukan dia tak tahu perangai buaya si anak... kantoi!

Bahu si anak yang membungkam dari tadi ditepuk-tepuk, sebelum melangkah keluar bersama gelak-gelak kecil yang masih berbaki.

Setelah si ayah melangkah keluar Fabian Freston pula tergelak lucu sambil mengeleng-geleng. Apabila mengetahui rahsia hati sudah ketahuan. Apa hendak dibuat pemangsa akan selalu mencari mangsa.

Bunyi ketukan di pintu menyentap lamunan.

"Masuk."

Perlahan-lahan daun pintu di buka. Buaya betina pula tersenyum sampai ke sungai Batang Lupar sambil berjalan melenggang kangkung.

"Morning Fabian Darling... last week you cuti?"

"Hahh." Tanpa perasaan pula Fabian Freston menjawab.

Mata berkelip-kelip, badan melentok manja...

"I miss you Darling. Why you are so cold now days. Tak rindu dekat I ka?"

Fabian Freston bangun dari kerusi apabila Susan Foo hendak duduk di atas ribanya.

"Susan! What are you doing? This is office! Behave yourself!" Tinggi oktaf suara Fabian Freston.

Jari digigit gedik... "Oppss! Dulu boleh. Kenapa pula sekarang tak boleh?"

Mencerlung Fabian Freston memandang Susan Foo. Terasa ingin dicekiknya sampai mampus...Rimas!

"Focus on the main purpose, why you are here?"

Pintu pejabat pula di buka lebar, biar satu pejabat boleh nampak apa yang mereka buat di dalam. Tak kuasa Fabian Freston hendak melayan perangai gedik Susan Foo.

Susan Foo telan air liur. Fail yang dipegang dari tadi diletakan di atas meja.

" Datuk, suruh I serahkan fail ini."

"Now. Please leave. And remember kalau masih berkeinginan bekerja di sini, jaga sikit perangai miang you tu."

Dalam mahu tak mahu, hendak tak hendak, tukk takk tukk takk Susan Foo melangkah keluar.

Fabian Freston duduk semula, talian telefon disambung.

"Mona, come here."

Sekelip mata Siti Maimunah. Sudah berada di depan Fabian Freston.

"Ada apa Encik Fabian?"

"Boleh tolong call kedai bunga ni." Kad perniagaan bertukar tangan..."Suruh mereka hantar dua puluh empat kuntum fresh red roses, digubah secantik mungkin. It's must be done before lunch time." Fabian Freston menyambung kerja meneliti fail yang diberi Susan Foo.

"Ada apa-apa lagi, Encik Fabian?"

Fabian Freston menoleh.
"Nope. Nanti kalau bunga sudah sampai panggil I. And thank you."

"Baik, Encik Fabian."

Mona termenung seketika. Tertanya-tanya, siapakah si gadis bertuah yang bakal memiliki sejambak bunga dari Fabian Freston.

Telefon bimbit diseluk dari saku baju kurung, ditatap seketika, minda pula berlegar-legar dan akhirnya dimasukan semula.

"Tunggu dan lihat. Tak akan lari gunung dikejar."

Sekali lagi Fabian Freston tersentak, telefon bimbit di ambil.

"Hello, Mummy... Okay. Malam ni kami datang." Talian telefon diputuskan. 

Agak lama Fabian Freston menatap telefon bimbit setelah talian diputuskan. Hadir pula rasa rindu ingin berjumpa dengan si Ibu. 

"Sudah sampai masa, Wiena berkenalan dengan kaum keluarga." Nekad niat Fabian Freston.

#############################

Sampai sahaja di pejabat, tergesa-gesa Aerwyna Aberdeen menuju bilik air. Gigitan cinta di batang leher, disembunyikan dengan ikatan scarf. Rambut pula dilepaskan untuk menutup telinga yang masih merah.

Oleh kerana terlalu kusyuk dengan fashion terbaru yang bakal digayakan sekejap lagi, sehingga dia tak menyedari ada orang lain berkongsi ruang dengan dia.

"Haiii! Amboi balik dari bercuti terus bertukar fashion pula?"

"Ehhh! Sawsan! Terkejut I."

"Ada bawa ole-ole dari Sarawak? Terubuk masin ke?"

"Untukmu, Nur Sawsan mesti la ada. Esok errkkk. Hari ni tak sempat nak bungkus, bau busuk satu office naya kita berdua nanti." Lebar senyum Wiena.

"Baru la saya kerja cukup vitamin, you ada. Kalau tak sunyi sahaja."

"Tak la sampai jadi macam tu, kan ramai lagi kawan-kawan ada di sini."

"Ramai tu memang betul, tapi you yang selalu ke hulu ke hilir dengan I. Lagipun I pun rindu nak naik Ducatti Monster tu dengan you." Celoteh Sawsan lagi.

Aerwyna Aberdeen menggeleng, tahu sangat dengan perangai sengal Nur Sawsan.

"Ni rindu dekat motor I atau rindu tuannya?" Usik Wiena.

Dua jari digerak-gerak.

"Dua dua beb!" Senyum senget... "Kita ada Boss baru masa you tak masuk kerja hari tu. Awal pagi dia sudah masuk."

Bercantum kening Aerwyna Aberdeen.

"Boss baru? Encik Ahmad Fikri tak ada bagi tahu apa-apa pun kepada saya, berkenaan dengan kemasukan pekerja baru."

"Pengurus projek kita, anak sulung Encik Ahmad Fikri."

"Lelaki ke perempuan?" Sepontan Wiena bertanya.

Nur Sawsan tersenyum senget.

"Kalau lelaki macam mana, yang segak, bergaya dan lagi up dengan Hummer beb!"

Membulat bebola mata Aerwyna Aberdeen apabila mendengar gambaran Nur Sawsan berkenaan dengan tuan punya badan.

"You ni terlebih sudah! Ada hati ke? Dup dap dup dap." Kening diangkat turun naik.

Cemberut sudah muka Nur Sawsan.

"Agak-agak la oiii... dia tu sapa, saya ni sapa, kalau dengan you mesti seratus peratus ngam. Masyukkk!" Berdecit Nur Sawsan lari meninggalkan Wiena.

Sekali lagi Aerwyna Aberdeen tergesa-gesa berjalan mengejar Nur Sawsan.

Dushhhh!

Aerwyna Aberdeen pejam mata, hidung menghidu bau wangi lelaki, secepat kilat mata dibuka.

Wajah diserbu darah merah.

"Oh! Nahe!"

Senyum senget tersungging.

"Hello, akhirnya kita ditakdirkan untuk bertembung semula. Nak saya lepaskan atau macam mana?"

Badan ditegakan semula, tautan tangan Eamad Faliq yang secara tak sengaja menangkap pinggangnya dari tersembam dek tertendang tali kabel mesin photostat dileraikan.

"Errr...." Terkelu lidah pula Wiena.

Senyum senget masih diukir.

"This is your scarf, cover it properly." Eamad Faliq tunjuk leher dia sendiri.

Aerwyna Aberdeen menunduk malu. Kelu tanpa kosa kata.

"Tak nak ke? I am okay, saya boleh simpan sebagai kenangan, perhaps."

Akhirnya terpaksa juga Aerwyna Aberdeen menghulur tangan.

"Please, I need it...." Kepala belum berani diangkat untuk menatap yang di depan.

Eamad Faliq menghulurkan semula scarf tersebut.

"Next time, jangan clumsy sangat. Saya tak akan selalu ada, untuk selamatkan you dari jatuh tersembam."

Aerwyna Aberdeen telan liur. Malu tak terluah, jantung pula bergendang dalam irama yang pincang.

"Kenapa, beb?" Siku Nur Sawsan.

"Nothing." Wiena geleng kepala laju-laju.

Eamad Faliq melangkah namun berhenti seketika, menoleh semula ke arah Aerwyna Aberdeen. Tangan dipusing mengikut lilitan lehernya. Dia tersenyum lebar meninggalkan mereka pegun di situ.

Belum sempat Nur Sawsan bersuara, Scarf sudah dililitkan dilehernya.

Pandangan Nur Sawsan melorot jatuh ke leher Aerwyna Aberdeen.

"Anything you nak share with me?"

"Tak ada apa la, tak penting pun, yang tadi tu siapa?" Wiena berdalih.

"Encik Eamad Faliq. Pengurus Projek kita. Dah tangkap cintun ke?"

"Ehh! Ke situ pula dia dah... tak ada la. Kenal pun tak. Tup tup nak jatuh cinta." Dalih Wiena sekali lagi.

"Kalau betul apa la salahnya, dia single kamu pun masih available." Kenen Sawsan.

" Mana boleh I dah kah...dah ada kawan." Tergagap pula Wiena menjawab..."Nasib baik tak kantoi." Bisik hatinya.

"Kawan saja pun, belum ada stamp lagi kan?" Laju Sawsan mengejar langkah Wiena yang cuba menggelak untuk menjawab soalan cepu emas.

"Ehhh. Dah la, you tak ada kerja ke nak buat, kerja I atas meja tu setinggi gunung Everest. Jadi I nak minta diri dulu. Chaio...."

Nur Sawsan menggeleng serta tersenyum senang dengan sikap kelang-kelibut Aerwyna Aberdeen.

" Kita tenggok la sampai bila, you nak berahsia dengan aku. Love bite tu punya la banyak, sebelah mata pun boleh nampak. Siapa yang buat?" Dagu pula jadi mangsa diketuk-ketuk dengan pen.

Perlahan Aerwyna Aberdeen mengetuk pintu bilik Pejabat Encik Ahmad Fikri.

"Masuk."

"Morning, Encik Ahmad."

Encik Ahmad Fikri panggung kepala.

"Morning Wiena. Duduk dulu." Fail di depan diserahkan kepada Wiena.

"So how is your trip this time? Cukup masa spend with your parents?" Gaya seorang Ayah pula bertanya khabar.

Senyum manis diukir.

"Semua sihat and i am happy that I had spent some time with them. So, ada perkara baru, yang saya perlu tahu, sebelum saya nak memulakan kerja, yang berlambak di atas meja saya."

"Tak ada banyak perubahan pun masa you tak ada but I think you dah dengar rumours regarding our new project manager. Have you meet him?"

"Technically no, coincidence yes."

Berkerut seribu kening tua Encik Ahmad Fikri.

"Kami sudah kenal each other, Ayah. Terkejut juga bila terserempak dengan dia tadi." Jelas Eamad Faliq yang sedang berdiri di depan pintu.

"Hahh! Kalau macam tu, bagus tu. Ayah tak payah nak kenalkan kamu berdua, senang kerja." Senyum lebar.

"Ayah, Hashim on MC today. Jadi, saya saya seorang kena handle Projek dengan Datuk Frederick."

Encik Ahmad Fikri memandang ke arah Aerwyna Aberdeen.

"Wiena, I think you should follow Faliq. He is new here."

Dia menoleh semula ke arah Faliq.

"Faliq, she will join you in the meeting. Anything you can refer to her. Report tu dia yang siapkan."

Mereka mengangguk bersetuju dengan arahan Encik Ahmad Fikri.

"Shall we go?" Eamad Faliq membuka pintu lebih lebar.

"Errr... Wiena, you may pass some of your files to Nur Sawsan."

Aerwyna Aberdeen menoleh lalu membentuk huruf O dengan jari telunjuk dan ibu jari, lagi tiga batang jari ditegakan.

"Sawsan, saya ada meeting di luar. Boleh, you tolong saya siapkan beberapa report di atas meja saya." Pinta Wiena.

"Okay, Beb!" Sawsan kedip mata.

"Thanks, Dear! I owe you. Esok I belanja you, kita tunggang Ducatti Monster. Vroom! Vroom! Vroom!" Wiena tayang senyum lebar.

"Baik punya. Promise?"

Jari kelengkeng pula bertaut rapat....Childish but too cute!!!

Beg sandang di selongkar, mata ternampak sampul surat yang di ambil secara sembunyi sewaktu di dalam lift.

Laci di buka, sampul surat diletakan sebelum mengunci semula.

Mulut diketap rapat, jari pula di petik.

"Biarkan dulu, later I'll check on it." 
#########################

"Encik Fabian, bunga sudah sampai. Nak letak di mana?" Mona menjenggah dari daun pintu.

Lincah jemari berlari di atas skrin Samsung Galaxy Note3.

Hubby
Baby...
Going for lunch together. Meet you at The Islander Restaurant, Traders Hotel. Bye.

Baby
I ada meeting di luar nanti. In case  terlambat, wait for me.

Fabian Freston panggung kepala. Menghentikan aktiviti berbalas SMS dengan Aerwyna Aberdeen.

"Ohh! You can put it on my table."

Dia bangun untuk memberi ruang kepada Mona meletakan jambangan bunga rose yang sudah digubah cantik.

"Cantik sangat bunga ni. Siapa la orang yang bertuah tu, Encik Fabian? Mesti la yang istimewa kan?" Mona masuk ayat jarum.

"Untuk buah hati pengarang jantung, saya. The only one, Queen in my heart!" Sengal pula Fabian Freston menjawab mengikut rentak Mona.

Tersenyum meleret pula si Mona.

"Ya la kan, orang handsome seperti Encik Fabian, mesti la ramai peminat, salah seorangnya adalah saya. Tetapi apa nak buat, bagaikan pungguk rindukan bulan atau bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Hurmm... Sampai dunia kiamat pun Encik Fabian tak pandang saya. " Sedih pula muka Mona tatkala mengayat Fabian Freston.

Melopong mulut Fabian Freston sebaik sahaja Mona habis membentangkan hujahnya... "Buang tabiat pula dia ni. Mabuk kopi Sri Aman ke?" Bisik hatinya.

"Ehh! Mona, berapa cawan kopi Sri Aman yang kamu minum pagi ni?"

Mona terpinga-pinga, tiba-tiba Fabian Freston bertanya pasal kopi pula.

"Saya minum empat cawan dari pagi tadi sampai sekarang. Ada apa-apa yang saya perlu tahu ke, Encik Fabian?" Senggih Mona.

Ternganga sekali lagi.

"Patut la kamu ni tak berapa nak betul, macam orang mabuk ajer. Baru kerja dua jam kamu dah bantai empat cawan kopi."

Mona tercekek liur sendiri. Kantoi lagi dengan Fabian Freston.

Fabian Freston mengangkat muka ke arah pintu apabila terlihat bayang-bayang orang.

"Ada apa Intan? Kenapa tinggal meja depan? Nanti ada clients datang, tak ada orang yang nak entertain." Tegur Fabian Freston.

"Errr... Encik Fabian, ada orang nak jumpa." Terang Intan.

Terangkat kening Fabian Freston.

"Siapa?"

"Dari Syarikat AH Holding." Jelas Intan.

"Ohh! Bawa mereka ke bilik meeting. Nanti saya menyusul." Arah Fabian Freston.

"Okay."

Jambangan bunga rose dibiarkan sahaja di atas meja.

"Mona!" Panggil Fabian Freston apabila dia baru hendak melangkah keluar.

"Thank you for this...." Dia menunjukan ke arah bunga rose.

"You are welcome, Boss."

Fabian Freston membuka pintu, tergamam seketika apabila mata menyapu wajah Aerwyna Aberdeen bersama dengan Eamad Faliq.

Kejutan yang boleh membuatkan dia diserang penyakit jantung. Apa pun demi Syarikat gelodak perasaan harus diketepikan dahulu.

"Hurmm!" Dia cuba mencari kosa kata. Scarf yang melilit leher Wiena dipandang sekilas.

Sama seperti Fabian Freston dia pun terkedu. Cuma mampu menghantar bicara melalui bahasa mata.

Eamad Faliq bangun dari kerusi untuk memudahkan dia melihat dengan jelas siapakah gerangan orang yang masih membisu tanpa kata.

"I am Eamad Faliq. And this is Aerwyna Aberdeen my colleague." Tangan dihulurkan.

Aerwyna Aberdeen mengambil langkah mendiamkan diri.

"I am Fabian Freston. I'll will handle this project together with you. And you must be, Encik Ahmad Fikri's son."

"Ya. Betul. Shall we start our meeting?" Cadang Eamad Faliq.

Mesyuarat berjalan dengan lancar, tetapi fikiran Aerwyna Aberdeen melayang jauh ke bulan. Kebetulan yang dia tak sangka sama sekali!

Mudah-mudahan Hisham akan mengambil alih tempat dia hari ini. Kalau tidak, maka terpaksa berlakon untuk ke sekian kali.

Fabian Freston memaku pandang kepada Aerwyna Aberdeen.

"Baby... let's go for our lunch." Senggih Fabian Freston..."Jangan harap, nak usung my wife merata." Bisiknya.

Eamad Faliq berkerut seribu, gegendang telinga pula berdesing.
Fabian Freston senyum jahat.

"She is my wife."

Ternganga Eamad Faliq, sama seperti Aerwyna Aberdeen.

Eamad Faliq menoleh Aerwyna Aberdeen yang perlahan menundukkan wajah.

"Ohhh! I see... glad to hear that, at least it's can explain why she is wearing that scarf." Senyum manis walaupun terpaksa, hati bagaikan dihiris sembilu.

" We can have a lunch together, if you wouldn't mind." Pelajaran Fabian Freston.

" Are you sure? It's okay, Wiena?"

"Terpulang kepada Encik Faliq, saya ikut sahaja, lagipun tadi saya tumpang kereta Encik."

"Kalau macam tu, let's go." Eamad Faliq memutuskan untuk makan bersama pasangan tersebut.

Fabian Freston melangkah keluar menuju ke dalam biliknya untuk mengambil jambangan bunga rose.

"Honey!" Terkam Kiran dari dalam pejabat.

Aerwyna Aberdeen dan Eamad Faliq terkaku seketika apabila melihat Fabian Freston di peluk kemas oleh Kiran.

"Thank you for this lovely flowers." Manja sekali suara Kiran.

Aerwyna Aberdeen memusingkan badan, melarikan diri. Bukan kerana takut tetapi demi maruah diri dan suami dia mendiamkan diri. Dia sudah dididik agar beradap dalam setiap cara.

Kalau diikutkan hati, hancur muka Kiran dikerjakannya. Namun, di situ adalah pejabat, semua mata pekerja dihala ke situ. Ya maruah harus dijaga!

Pannggg! Penampar Fabian Freston melekat di muka Kiran.

"Muka tak tahu malu, how many times, I dah bagi tahu you. You are not my type! Bukan my test! Do you get it?" Mengeletar Fabian Freston menahan marah.

Kiran pegun, menunduk sambil memegang pipi kirinya.

"Next time, you buat kerja gila ni sekali lagi, lagi teruk I akan kenakan you." Ugut Fabian Freston.

Simran terpinga-pinga apabila melihat Kiran menunduk kejung.

"Kiran Dear, kenapa?" Dia pegang bahu Kiran.

Apa lagi, menangis sakan Kiran di atas bahu Simran.

"Gudie, you better bawa dia balik, sebelum I bagi you sekali." Arah Fabian Freston.

Tanpa mempedulikan sesiapa di situ Fabian Freston mengejar Aerwyna Aberdeen bersama jambangan bunga ditangan.

Dari tadi Eamad Faliq mengikut Aerwyna Aberdeen. Pintu Hummer di buka tanpa suara. Tak sangka pula di terperangkap dengan masalah suami isteri ini.

Fabian Freston menghentak kaki, bumbung BMW 7 Series menjadi mangsa hentaman tangan sasanya.

Dari jauh dua pasang mata melihat aksi Fabian Freston.

"I nak jumpa dia. You tunggu di sini."

"Dina, jangan kacau dia. Biarkan sahaja. We need to go!"

"Nope. I mesti jumpa dia. You tunggu sekejap."

Wardina Wahyu melangkah ke arah Fabian Freston.

"Darling." Dia pegang bahu Fabian Freston.

"Dina... I messed it up! Lost control of everything!" Adu Fabian Freston.

Fabian Freston melelar tangan Wardina Wahyu yang ingin menyentuhnya.

"Don't!" Sergah Fabian Freston.

"Don't you dare to hurt her, Fabian." Jerkah satu suara dari arah belakang.

"Eddie, it's between me and him. Jangan masuk campur." Wardina Wahyu pula memarahi Eddie Lim.

"Sebagai seorang Peguam, I tak boleh melihat sebarang pergaduhan di depan mata I. You kena ingat itu, Dina." Tajam mata Eddie Lim merenung mereka.

Dummpp!!! Pintu BMW 7 Series ditutup dengan kuat. Lalu membelah jalan entah kemana.

Wardina Wahyu ketap bibir, merenung BMW 7 Series semakin menjauh meninggalkan mereka. 

"This is your fault. Suka sangat menyibuk hal I."

"Ingat Allah, Dina... dia kan tengah stress, biarkan dulu. Tak guna nak terkejar-kejarkan dia, you got nothing pun." Eddie cuba memujuk. 

Wardina Wahyu malas pula hendak bertengkar. Nak susah apa, spy kan sudah ada.

Fabian Freston mengambil telefon bimbit, panggilan pula disambung.

"Daddy, can you give me location of Syarikat AH Holding? Okay. Thanks."

Tak la jauh mana pun Lokasi Syarikat AH Holding. Dalam lima belas minit Fabian Freston sudah sampai.

Meja penyambut tetamu diterpa bersama jambangan bunga rose ditangan.

"Miss... I nak jumpa Cik Aerwyna Aberdeen."

"Tunggu sebentar. Saya cuba hubungi beliau." Talian telefon disambung.

Fabian Freston pula mundar-mandir di lobi Syarikat AH Holding.

"Encik, boleh bagi nama tak?" Seru Si Penyambut tetamu.

Fabian Freston memberikan segala maklumat yang berkenaan.
"Encik, Cik Wiena akan turun sekejap lagi."

"Terima kasih." Senyum ikhlas tersungging.

Dalam hati sudah berbolak-balik. Takut hati kayu si isteri terjadi semula. Nightmare bagi Fabian Freston. Kalau dulu mungkin senang nak menjerat kerana yang indah di depan mata tetapi kini dalam kain pun Aerwyna Aberdeen sudah nampak. Huhh! Memang payah!

"Baby!" Seru Fabian Freston.

Aerwyna Aberdeen kejung.

"This is my office, don't mixed up with our marriage problem. This is the first and last time you come here to find me in this situation." Wajah tanpa riak keluar semula.

Fabian Freston pegun, wajah suram si isteri diratah.

" Kalau tidak ada apa-apa lagi, I nak sambung kerja I. Those girls are under my feet. So pathetic! Shame with them. And perempuan seperti itu yang you usung selama ini? Come on! Kalau nak usung perempuan, cari yang lebih baik dari aku! If not jangan buat hal lagi. Give me that flowers! It's for me indeed!"

Huhhh! Selamba sungguh Aerwyna Aberdeen mengambil jambangan bunga rose merah, lalu dicampak ke dalam tong sampah.

Bulat mata Fabian Freston.

"Baby... you are too cute! Make me fall for you in every way." Jerit Fabian Freston dari jauh.

Aerwyna Aberdeen memusingkan tangan di atas angin.

"Treat me a dinner for tonight. A romantic one. And make sure our room full with red roses!" Jerit Wiena dari jauh.

P/S :- Mencoret Bab ini membuatkan diriku jatuh cinta berkali-kali.
Jatuh sayang dengan Eamad Faliq dan menyintai Bujang Senang.

Betul kata Wiena, kalau nak mencari makan di luar, cari lah yang lebih baik dari dia.

Harap dapat memenuhi citarasa kalian. Love you all.

Thank you for the like and sharing. It's meant a lot to me...

Supaya akan ada coretan daripada saya pada masa yang lain.

* Nur Sawsan (valley of the lilies/lembah bunga teratai) adalah sempena nama kanak-kanak istimewa yang sama bersekolah dengan anak saya Jesie. Saya coretkan di sini agar kekal ingatan saya kepadanya. 

Doakan juga agar dia beroleh kehidupan yang sempurna dunia dan akhirat... Amin


No comments:

Post a Comment