Sunday 16 February 2014

Kisah Cinta Kita Bab 11

Sudah lima belas minit Fabian Freston berada di dalam bilik, melayan panggilan telefon yang memekak sedari mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

Gurauan Eaton Haefen tidak bisa mententeramkan perasaan Aerwyna Arbedeen, fikirannya ternyata lebih di tumpukan kepada Fabian Freston yang sedang melayan pemanggil.

Mereka bertiga menoleh serentak apabila bunyi pintu menggangu perbualan di antara Eaton Haefen dan Airine Irwelma. Tiada siapa berani bersuara bila dijamukan dengan wajah yang sedang mempunyai seribu satu gelodak emosi.

Fabian Freston menghenyak punggung di sofa, bahu Aerwyna Arbedeen dipaut rapat, kepala pula disandar sempurna di belakang sofa. Adrenaline berdegup kencang, menghantar isyarat untuk mengatasi sesuatu yang sukar dileraikan dari hati.

Di dada Fabian Freston, Aerwyna Arbedeen menutup mata, menghayati irama lagu pincang dari degupan jantung Bujang Senang.

Jejari runcingnya diletakan sekejap di bahagian kiri dada Bujang Senang... "Just follow what you feel at this moment. Jangan paksa diri sendiri...." Bisik Wiena di tepi telinga Bujang Senang... "Do remember... I love you."

Lantas Fabian Freston menyapu bersih wajah di depan yang sedang mempamerkan gigi putih berseri. Terpaku sejenak, cuba menghadam maksud bisikan tadi.

"Welma, you have a great sister... to be honest I never meet a woman like her before. She is my wife, a good wife, a good friend of mine!" Jemari Wiena digenggam kejap, bibir berkumis nipis mendarat dicelah-celah jemari tersebut.

"I'll be back..." Pipi Wiena pula menjadi mangsa dipegang ketat.

Pada mulanya Eaton Haefen tiada keinginan untuk masuk campur dalam urusan rumah tangga Fabian Freston, tetapi apabila melihat betapa cepatnya mood dia berubah... berbagai persoalan mula menerjah masuk!

"Jom, Eaton, we need to go first. Nanti jalan raya sesak pulak. I need my car, drop me at my parents house."

Eaton Haefen tersentak dari lamunan bila Fabian Freston menyentuh bahunya.

"Boleh pula dia berangan!" Sambung Fabian Freston.

Wiena dan Welma mengulum senyum melihat Eaton Haefen yang tercenggang-cenggang, hilang kemanchoan!

"Errr...."

"Errr apa lagi? Let's go...." pintas Fabian Freston.

Bulat mata Eaton Haefen bila kena jerkah oleh Fabian Freston.

"Kami pergi dulu, bila free kita jumpa lagi...." Eaton bersuara, mata pula dihala kepada Welma.

"Bro! I am going, sudah la tu...."

Welma mengangkat jari melambai kepada mereka, manakala Wiena menghilangkan diri.

Sakit hati usah disebut, tidak mampu dihuraikan dengan kata-kata. Bisikan tadi rupa-rupanya memakan diri. Tidak mampu menjadi sebatang lilin.

"Setiap hari mengadu domba. Kata lengguh seluruh badan, dah la badan tu pejal, jenuh duk memicit dengan kudrat tak seberapa ni."

Welma tersenyum lebar, aksi Wiena yang ke hulu ke hilir menyusun pakaian dan mengemas rumah diperhatikan sahaja.

"Kakak, membebel pun tak guna, suami Akak tak dengar pun bebelan Akak tu."

Tangan yang sedang melipat kain diberhentikan, riak wajah selamba Welma direnung seketika. Perlahan sekali Wiena menghembus nafas lemah.

"Apa yang Akak mampu buat? Dia bukannya, budak kecik yang Akak boleh kurung dalam rumah, atau boneka yang Akak boleh simpan dalam almari hiasan."

Wiena menunduk, merenung kosong lantai marmar, tangan pula menyambung kerja melipat kain.

"Maksudnya, Kakak selalu kena tinggal di rumah?"

Soalan Welma dibiarkan tanpa jawapan. Tangan yang melipat kain dilajukan momentumnya.

"Kakak?" Keras tekanan suara Welma.

Kepala dipaling ke arah Welma. Sebaik mungkin Wiena mengukir senyuman bagi membalut luka dihati.

"Tolong, Akak susun pakaian ni, lepas tu kita keluar... jom."

"Ehhh... Akak, tak jawab lagi soalan saya." Tekan Welma sekali lagi.

"Dah la, biar Akak selesaikan sendiri masalah ni. Kamu kan nak belajar, jadi tumpukan perhatian kepada pelajaran kamu...." Kepala Welma digosok dengan penuh kasih.

"Kalau perlukan pertolongan dari saya, Kakak bagi tahu, free of charge punyer..."

"Baik, Cik Adik... sekarang ni, tolong Akak kemas apa yang patut, lepas tu kita keluar sekejap."

Lebar senyum Welma bila digula-gulakan, mula la nak berangan bermacam-macam.

"Okay set..."

Selagi mampu, Aerwyna Arbedeen mencuba untuk menyembunyikan resah dihati, firasatnya kuat menyimpulkan bahawa Bujang Senang sedang menghabiskan masa dari petang sampai larut malam bersama Mak Lebah.

Isteri mana yang tidak mempunyai rasa cemburu, secara perlahan tangan dibawa ke dada kirinya. Sakit! Bagai dihempap dengan beban yang teramat berat, itu yang dia rasa.

Bertambah parah perasaan wanitnya apabila terbayangkan Bujang Senang balik bersama cop mohor di lehernya. Paling menyedihkan seolah-olah memperlekehkan dirinya. 

Bagaikan wanita yang tak berdaya...

Misi menyelongkar almari bermula semula, dua pasang seluar hitam dan jacket di keluarkan.

"Tukar baju, pakai ni...."

Sepasang seluar hitam dan jacket diberi kepada Welma.

"Kenapa nak kena pakai macam ni?" Kening pula berkerut seribu.

"Jangan banyak bunyi, nak ikut pakai sahaja...."

Tanpa berlenggah Welma menurut sahaja arahan Wiena. Bertambah pelik bila Wiena ternampak helmet full face sudah disediakan di depan pintu utama.

"Kakak, rempit lagi ke? Tak serik dengan kes dulu?"

"Nak ikut ke tak? Sekarang Akak tak ada masa nak cerita panjang."

"Nak la...." Welma memanjangkan langkah mengejar Wiena.

Terbeliak Welma bila melihat Wiena menuju Ducatti Monster yang masih terletak elok di tempat biasa.

"Kakak, biar betul, bawa motor ni...."

"Hahh! Sudah, pakai helmet tu!"

Welma mencebik, arahan Wiena memberhentikan tawaf membelek Ducatti Monster. Berpegang kejap di bahu Wiena, perlahan dia melabuhkan punggung serta memeluk ketat pinggang Wiena.

"Kakak, jom kita shopping...."

Bingo!  Cadangan Welma cukup bernas. Kenapa hendak menjeruk hati? Pada hal banyak lagi ruang untuk menikmati rasa bahagia.

"Jom... hold tight!"

Ducatti Monster ditunggang laju membelah angin dingin, di bawah langit warna jingga yang baru berlabuh di ufuk barat.

########################################

Dari sebuah unit Kondominium Mewah Silverstone Eamad Faliq sedang kusyuk mengerjakan suruhan Allah.

Tangan yang di tadah disapu ke muka, mengharapkan doa yang diminta diredhai olehNya.

Warna jingga yang baru diulit kepekatan malam menyimbahi kamar tidur, menggamit agar dia berdiri di balkoni untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Biarpun, dia masih berkopiah warna putih, dipadan dengan baju teluk belanga warna emas dan kain pelikat warna coklat tua.

Dadanya bagaikan dipukul dengan gegendang tanpa rentak irama yang sempurna, bila mata menangkap kelibat Ducatti Monster yang sedang ditunggang laju oleh dua orang wanita yang masih menjadi tanda tanya semenjak seminggu yang lalu.

Tangannya dilabuhkan di atas dada agar bisa menenangkan getaran jantung yang sudah lama tidak berdegup kencang sebegitu rupa. Sehingga memutarkan memori kepada kenangan silam yang cuba dilupakan.

"Ya Allah.... Hentikanlah degupan yang sebegini rupa seandainya dia bukan tulang rusukku." Satu hempasan nafas berat dilepaskan setelah memanjatkan doa sebentar tadi.

Dari balkoni Eamad Faliq mengintai jam dinding di dalam bilik tidur, perut pula sudah mula berirama keroncong meminta untuk diisi.

Laju kaki melangkah ke almari untuk menyalin pakaian kepada yang lebih sesuai untuk dipakai. Ternyata almari tersebut masih mempunyai ruang yang kosong, oleh kerana dia baru menerima tawaran Encik Ahmad Fikri untuk membantu dia di AF Holding Sdn Bhd. Iaitu Syarikat keluarga mereka yang dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Ahmad Fikri sebagai CEO.

Skrin telefon bimbit dibuka, jemari dilarikan laju mencari nombor seseorang...

"Assalamualaikum, Wahyu." Kening berkerut seribu bila cuping telinga dapat menangkap suara berlainan jantina berdekatan dengan Wahyu.

"Waalaikummuassalam, Abang Long.... ada apa?"

"Free tak? Ingat nak ajak Wahyu temankan Abang, shopping sekejap..." Gegendang telinga dibuka lebih besar.

"Sorry, Abang Long... Saya...."

Belum sempat Wardina Wahyu menghabiskan ayatnya, Eamad Faliq sudah memintas.

"Wahyu bersama siapa sekarang?" Keras suara Eamad Faliq menyoal, bila sayup-sayup suara lelaki tersebut seolah-olah mengganggu perbualan mereka.

"Saya sibuk sekarang... tak sempat nak temankan Abang Long...."

Terpinga-pinga Eamad Faliq bila talian telefon diputuskan secara tiba-tiba. 

Talian telefon bimbit disambungkan semula.

"Kalau ya pun tak boleh temankan, sekurang bagi la salam sebelum letak telefon. Apa nak jadi dengan kamu ni? Jantan mana satu pulak yang berkepit dengan kamu ni? Abang Long bukan apa, cuma nak ingatkan kamu tentang bahang api neraka... Assalamualaikum." Punat butang END di tekan.

Irama keroncong di perut menghentikan lamunan Eamad Faliq. Kunci Hummer diambil.

"Pergi sendiri lagi senang. Nak ajak, Eddie rasanya dia pun ada hal dia sendiri...."

Eamad Faliq tersenggih, di dalam minda berlegar-legar memikirkan tuan badan yang belum berpunya. Hendak dikatakan tidak ada package, rasanya terlebih dari kuata.

Senyuman lebih lebar ditarik dari celah bibir lalu tergelak seorang-seorang kerana dijentik usikan nakal diri sendiri.

"Alooo, memang kena kahwin cepat-cepat, ada juga peneman dalam keadaan seperti sekarang...." Akhirnya dia bersetuju juga dengan pandangan Puan Rabiatul.

Seperti hujung minggu yang sebelumnya, Queensbay Mall penuh sesak dengan pengunjung yang berpusu-pusu datang entah dari ceruk mana.

Berjalan tanpa ditempat awam memang terasa janggal bagi Eamad Faliq. Tetapi apa boleh buat terpaksa digagahkan juga, perut yang minta diisi dari harus dijamu.

Di aras paling bawah sekali, mata dilayar mencari tempat untuk makan. Rambut disisir dengan jari, leher pula dipanjangkan menoleh ke kiri ke kanan mencari ruang di deretan kedai makanan yang dipenuhi oleh pengunjung.

Aksi comel Eamad Faliq yang meliarkan pandangan menarik minat Airine Irwelma. Tersenyum geli hati apabila melihat si wajah tampan dalam kegelisahan mencari ruang untuk menjamu selera.

Aerwyna Arbedeen mengangkat-angkatkan keningnya kepada Airine Irwelma yang pada pendapatnya seperti terkena sampuk hantu.

"Gelak seperti orang tak siuman apa cerita?" Tanya Welma kehairanan.

Gamaknya telatah Eamad Faliq memang mencuit hati Airine Irwelma, kerana lebih galak pula dia ketawa, sehingga mengganggu keteteraman pengunjung Restaurant Secret Recipe yang duduk di meja bersebelahan.

"Welma, malu dekat orang la. Tak baik gelak-gelak macam tu." Mata Wiena lekat merenung wajah bujur sirih di depan.

Teguran Aerwyna Arbedeen memadam ketawa kecil Airine Irwelma. Tambahan pula mana dia mampu melawan mata bulat di depan yang sedang menyala.

"Cuba, Kakak toleh ke belakang?" Sepontan Wiena menoleh. 

"Nampak tak?" Senyum dikulum, apabila melihat Wiena masih tercari-cari maksudnya tadi.

"See what? Tak nampak apa-apa pun, bermacam ragam manusia ada la...."

"Dalam celah orang ramai tu, Kakak tak nampak some one familiar ke?"

Aerwyna Arbedeen menoleh sekali lagi, kali ini semua sudut diperluaskan kuasa matanya. Sekilas dia menangkap susuk tubuh lelaki tegap, segak dan bergaya sedang terjengguk-jengguk mencari tempat untuk menjamu selera.

Kalau diikutkan kata hati dengan jantung yang sedang berdegup laju, Aerwyna Arbedeen segan untuk mengajak si dia makan sekali, tetapi sebagai seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran Aerwyna Arbedeen bersimpati untuk berkongsi ruang kosong di meja mereka.

Lantas Aerwyna Arbedeen menoleh semula kepada Airine Irwelma, bulat bebola matanya apabila lambian tangan Airine Irwelma berada di ruang udara.

"Aduh! Sakit, Kakak." Welma menyapu bahagian paha yang baru diketam Wiena.

"Malu la."

"Kakak, dia nampak kita dah!"

Lambain dari penjuru sudut Restaurant Secret Recipe menarik minat Eamad Faliq. Dek kerana takut tersilap orang, maka sekali lagi ditoleh ke kiri ke kanan. Mata ditala semula ke arah penjuru tersebut, ternyata tangan masih diayun di atas angin.

Langkah kaki diatur ke arah meja tersebut. Semakin dekat denyutan jantung pula berdegup semakin lagi laju. Sungguh Eamad Faliq tidak menyangka dia boleh terserempak dengan mereka di sini.

Otak diterjah beberapa soalan, siapakah wanita ini? Dari gaya sudah pasti bukan orang tempatan.

"Assalamualaikum." Eamad Faliq sebagai langkah permulaan. Jantung yang berdegup kencang beransur-ansur menurun.

"Sorry! Can't answer you. Have a sit." Wiena tersenyum menahan debaran di dada.

Eamad Faliq menggangguk... "It's okay. I just try my luck?" Senyuman ikhlas tersungging... "And thank you for this sit. Really appreciate it!"

Dari tadi Airine Irwelma tidak lekang mengukir senyuman manis.

"Don't mention it...." semakin lebar pula dia menayang gigi..." Saya, Airine Irwelma dan ini Kakak saya, Aerwyna Arbedeen." 

"Eamad Faliq, just call me Faliq." Selebar senyuman Welma pula dia menghulurkan senyuman perkenalan mereka... "Errr... you berdua, sudah makan?"

"Just finished... you order dulu. Orang ramai di sini. Nanti lambat pula, you nak makan." Wiena pula menyampuk.

"Kakak, saya nak ke ladies sekejap." Bisik Welma di cuping telinga Wiena.

Dia mengangguk... "Jangan lama."

Dari satu sudut di hadapan Guardian Famasi Fabian Freston mengetap bibir, menahan hati apabila dia menyaksikan Aerwyna Aberdeen sedang berbual mesra dengan Eamad Faliq.

Buku tangan digenggam erat menunggu untuk dilepaskan kepada empunya badan. Kalau beradu tenaga di situ mana satu yang menang pun sukar ditebak. Silap perhitungan diri sendiri lunyai kena penumbuk Eamad Faliq. Haru biru keadaan tersebut!

Langkah yang sumbang dihayun ke meja tersebut. Tetapi gegendang telinganya menangkap jerit tempik dari suara yang biasa didengarnya.

Keputusan harus dibuat sama ada hendak mara ke depan atau beralih ke sebelah kanan.

"Darling." Sendu wajah Wardina Wahyu apabila kelibat Fabian Freston kelihatan dicelah-celah orang ramai berdekatan Restaurant Dave Deli.

"Dina, kenapa? Bangun!" Pantas Fabian Freston menolong Wardina Wahyu bangun dari terduduk di atas lantai.

Mata Wardina Wahyu menyala mencari seseorang yang berani menolaknya ditempat awam seperti tadi. Berani memalukannya!

"Come!" Fabian Freston menyeret tangan Wardina Wahyu untuk beredar dari situ.

Faham sangat dengan kepala angin Wardina Wahyu, kalau mengamuk di situ silap langkah memalukan diri sendiri.

"You ni, kenapa? I belum habis buat perhitungan sudah tarik I keluar dari situ. I tak puas hati lagi. Budak kurang ajar tu mesti di ajar. Berani dia!"

"Malu kat orang la. Orang penuh sesak macam tu, you nak bergaduh jugak."

"I peduli apa. Janji hati I puas!"

"You tak malu tak apa, tapi I malu." Masam kelat muka Fabian Freston.

Perasaan yang tak berapa elok tadi semakin terbakar apabila sekali lagi lirikan matanya, di sudut Restaurant Secret Recipe mereka masih berbual mesra.

"Ehhh... you sepatutnya side I not her." Merah menyala muka Wardina Wahyu apabila Fabian Freston seolah-olah meletakan kesalahan di bahunya.

"I tahu you bukan sehari dua Wardina Wahyu, years I kenal you. Ni mesti kes dia kena kan you...."

Mengelabah pula Wardina Wahyu bila telahan Fabian Freston terkena batang hidung diri sendiri.
"I nak balik. You nak merayau lagi dipersilakan! I tak ada mood!" Laju langkah kaki Fabian Freston menuju tempat letak kereta di aras paling bawah sekali.

Terhencot-hencot Wardina Wahyu mengejar langkah Fabian Freston, kalau diikutkan hati yang membengkak sarat dengan perasaan marah yang sedang menggelegak, selagi tak dapat budak hingus tersebut memang dia tidak akan berganjak dari situ.

Disebabkan dia menumpang Fabian Freston tadi, maka terpaksa dia membawa hati yang bernanah mengikut langkah Fabian Freston.

Aerwyna Aberdeen tergamam seketika, mata pula melorot ke bawah.

"Welma, what's wrong with your white blouse? Jatuh?"

Dengan lagak dihentak-hentak di tepi Aerwyna Aberdeen, mula masam mencuka, mulut menceber.

"Saya tak sengaja terlanggar seorang perempuan cantik hitam manis berambut pendek di bilik air, saya sudah minta maaf, dia pula memaki hamun saya. Dia tolak saya sampai terjatuh di bilik air yang basah dengan entah apa-apa. Lepas tu dia tinggalkan saya di situ, siap gelakan Welma lagi."

Airine Irwelma membelek keadaan diri yang kotor, kesan kekuningan dan basah membuat segantang mata di Restaurant Secret Recipe memandang jijik kepadanya.

Eamad Faliq mengerut kening mentafsirkan ayat Airine Irwelma tadi, mengikut bayangan figura, akal mengatakan perempuan tersebut adalah adik dia sendiri, Wardina Wahyu. Tetapi tiada bukti yang kukuh, jadi tak baik pula hendak menuduh orang.

"Betul, kamu tak balas semula apa dia buat?" Sengaja Wiena bertanya, walaupun dia sedia maklum dengan perangai adik dia sendiri.

Airine Irwelma kejap memandang Aerwyna Aberdeen.

"What did you think?" Kening diangkat-angkat, senyuman kemenangan tersirna di wajah.

Aerwyna Aberdeen menggeleng, faham sudah dengan maksud senyuman Airine Irwelma.

"Errr... Faliq, saya rasa kami kena balik sekarang. She need to change."

"In that case kita balik sekali la. Lagipun I pun sudah habis makan."

"Tadi kata nak shopping."

"It's okay. Lain kali pun boleh pergi, any where tak lari pun shopping complex ni."

Eamad Faliq memanggil pelayan Restaurant Secret Recipe untuk menjelaskan bill makanan mereka.

"Tak apa la, I bayar makan malam kita ni and thank you for this sit." Tegas Eamad Faliq apabila Aerwyna Aberdeen menghulurkan sejumlah wang kepada pelayan tersebut.

"Errr... not nice la you bayar bagi kami. Seolah-olah kami tak ikhlas berkongsi meja makan dengan you pula." Kelat mimik muka Welma.

"Jangan pula you fikir macam tu, I bersyukur sangat dengan both of you. A token for an appreciation would be... let me pay for the food."

Pelik pula pelayan tersebut apabila dua orang serentak menghulurkan wang bayaran makanan kepadanya....

"Kak, saya ambik duit Abang ni la... duit Akak, Akak simpan." Senyum meleret terpamer di wajahnya.

Ducatti Monster membelah kepekatan malam sambil diterangi kerlipan manik-manik bintang di sepanjang jalan menuju ke Kondominium Mewah Silverstone.

#########################

Fabian Freston berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Hampir setiap saat jam dinding dijeling begitu juga dengan jam di pergelangan tangan.

Desakan hati membuatkan dia menghantar Wardina Wahyu balik secepat mungkin. Tiada ruang lain dibenak fikirannya kecuali dipenuhi oleh persoalan mengenai Aerwyna Aberdeen.

Hati dia belum pernah dijentik dengan perasaan yang mengila seperti saat ini....Adakah Bujang Senang sedang diserang pwnyakit Cemburu???

Bunyi pintu di buka dari luar mencuri minatnya. Geram yang merajai hati cuba dibendung.

Dia berpura-pura menumpukan perhatian kepada rancangan bola, perlawanan diantara Liverpool dan Manchester United. Wayne Rooney iaitu pemain kegemarannya, menjaringkan gol yang pertama bagi Pasukan Manchester United. Malangnya tiada riak keterujaan terpamer dari raut wajah tegang Fabian Freston.

Airine Irwelma melangkah laju ke dalam bilik. Melihat keadaan Fabian Freston yang ternyata dalam tekanan semacam, dengan sekilas pandang pun tahu memang menyeram!

"Pergi mana?" Soal Fabian Freston, muka masih dihala kepada television.

"Ambik angin, makan and shopping." Jelas Wiena, helmet diletakan di atas meja makan.

"Oooo.... bukan keluar dengan jantan lain?" Fabian Freston menoleh tajam membaca riak wajah Wiena.

 
"Tak la, mana ada lelaki ikut kami."Wiena duduk berhadapan dengan Fabian Freston.

Mulut Fabian Freston diceber... "Habis tu seronok sakan makan di Restaurant Secret Recipe tadi, sapa? Bukan you?"

Dushhhh... bagaikan seketul batu konkrit jatuh menghempap Aerwyna Aberdeen.

"Oooo... itu kebetulan, orang ramai kami kongsi ruang untuk makan." Jelas Aerwyna Aberdeen dengan tenang.

"Seronok makan dengan dia? Jangan menipu kalau tak reti menipu!"

Tersentap Aerwyna Aberdeen mendengar tuduhan tak berasas Fabian Freston.

"Dalam rumah ni siapa yang menipu siapa?" Sinis sekali Wiena bertanya.

"Huhhh! Dalam rumah ni you tiada hak untuk mempersoalkan tindakan I. I am a man."

"Lelaki yang baik tak akan melukakan hati perempuan...."

"Jadi I bukan lelaki yang baik bagi you? Jantan tadi tu baik?"

"I am not talking about him. I am talking about us! You dengan perangai buaya you tak pernah habis." Turun naik nafas Wiena menahan marah.

"Baik! You nak sangat I jadi buaya! I'll teach you... apa maksud buaya tu!"

Fabian Freston mengangkat punggung, pintu menjadi mangsa hempasan kuat.

Gelengan Aerwyna Aberdeen membayangkan kesalan bermaharajalela dihati. Cakap salah tak cakap lagi salah. Semuanya serba salah!

Aerwyna Aberdeen tahu dia  memerlukan banyak masa untuk menyelami kelemahan Fabian Freston seandainya memilih jalan untuk meneruskan alam rumah tangga mereka. Lantas pesanan Ibuk Ngia terngiang-ngiang... "Jangan membiarkan dia keluar dari rumah, selalu dekatkan dia dengan kamu."

Hati berbicara tidak selari dengan minda, lalu dibawa diri menuju ke dalam bilik. Mengalah bukan bererti kalah!

"I am sorry... If am hurting you." Wiena memulakan bicara sekali lagi.

Bujang Senang meratah figura kerdil yang berdiri kejung di depan pintu bilik mereka.

"I tak suka you keluar with an other man, with or without my permission. That's an order!" Muka ketat masih menyelubungi wajah.

Aerwyna Aberdeen mengangguk, membawa diri ke dalam bilik air untuk mencuci diri.

Bujang Senang menelan liur payau, apabila terbias di mata saat Aerwyna Aberdeen menanggalkan pakaian dari dalam bilik air.

"Baby... Open the door. Please!"

Ketukan mengganggu lamunan Aerwyna Aberdeen yang sedang mandi di bawah pancuran air suam.

"Yes?" 

Bujang Senang tersenyum miang apabila wajah comel si isteri tersembul dari celah pintu bilik air. Matanya berkedip-kedip dan muka pula dipenuhi sabun.

Lantas dia menolak daun pintu, lalu ditutup semula... "Let me shower you with my love."

Terkedu pula Aerwyna Aberdeen apabila, secara tiba-tiba angin kus-kus Fabian Freston bertukar menjadi angin sepoi bahasa, meremangkan bulu roma.

Hati yang lara cuba disalut semula dengan rasa cinta yang mengebu...




P/S :- Hope enjoy this Bab. Jumpa lagi di Bab 12. Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya. 

Fabian Freston is a real player. He knows what he want and how to control! Itulah kelemahan Aerwyna Aberdeen.

Lap you all. Muah Muah Muah

Sorry lambat entry... disebabkan demam, batuk n flu dlm 2 minggu ni...








No comments:

Post a Comment