Thursday 6 February 2014

Kisah Cinta Kita Bab 9

Lagu 'spritual' berkumandang dari awal pagi di sebuah rumah agam yang terletak di Jalan Jeselton.

Bau wangi roti pratha bersama dhall kacang hijau  yang terhidang di atas meja makan menyeksa penghuni Banglo tersebut daripada menahan keinginan untuk memulakan sarapan pagi tanpa kehadiran Datuk Frederick Freston dan Datin Amritha Kaur.

Dengan gaya penuh gaya dan tertib Datuk Frederick Freston dan Datin Amritha Kaur duduk berhadapan dengan anak, menantu dan cucu.

"Sat Sri Akal...Babaji, Maaji" Sapa mereka serentak kepada Datuk Frederick Freston dan Datin Amritha Kaur.

"Let's eat our breakfast." Datuk Frederick Freston memulakan suapan sarapan pagi.

"When Fabian will be coming back from his wife's kampung? I think it's been 3 days he is away from us."

Datuk Frederick Freston menjeling sekilas Datin Amritha Kaur..."Bagi dia masa, lagi pun this is his first time balik sana selepas dia khawin."

"I risau kan Fabian, bukannya dia pernah duduk tempat macam tu..." Keluh Datin Amritha Kaur.

"Ritha...He is old enough to decide on his own. Lagipun kita tak paksa dia khawin dengan perempuan Sarawak tu. Dia sendiri yang cari, dia sendiri yang suka, sampai boleh buat keputusan menyembunyikan perkhawinan mereka." Berbuih mulut Datuk Frederick Freston menghuraikan pendapatnya.

"Mummy...kenapa kita perlu risaukan dia, dia sendiri yang cari penyakit. Ada perempuan dekat sini tak nak, pergi cari perempuan yang entah dari ceruk mana dia angkat untuk dijadikan bini." Simran Kaur pula menyampuk.

"Simran! Watch out your mouth! Jangan sampai Fabian dengar kamu bercakap seperti tadi."

"Daddy, Mummy...We need to go first. Kena hantar Sameer ke sekolah dulu, than only going to work." Jelas Manjeet..."Simran, jom!" Lantas Manjeet mengajak Simran meninggalkan meja makan tetapi lebih kepada untuk menggelakkan perang mulut nanti.

Simran menghempas dengan kasar tisu muka di atas meja makan..."I am talking the truth Mummy, Daddy...Kiran is so crazy after him, but he just ignore her...I pun tak tahu apa masalah Shindha...totally insane married to the outsider."

"Simran Darling...enough! Dah lah tu...it's his life. We should happy, at last he is married." Manjeet menegur sikap si isteri yang terlebih emosi.

"This is the reason Shindha boleh buat sesuka hati, terlalu dimanjakan sangat!" Simran pimpin tangan Sameer sambil berlalu dari situ.

Datin Amritha Kaur dan Datuk Frederick Freston meneruskan suapan mereka tanpa mempedulikan bebelan Simran Kaur.

"Tuttt Tuttt Tuttt"

Datuk Frederick Freston mengangkat handphone yang berdering..."Hello Fabian!...We are fine...it's okay, kerja Daddy can handle it...okay, I'll tell your Mummy...take care, bye."

"They will be back by tomorrow. Dia tanya boleh ke Eaton Haefen menjemput mereka dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Pulau Pinang esok?" Jelas Datuk Frederick Freston kepada Datin Amritha Kaur.

"It's okay, I think should be no problem for Eaton Haefen to fetch them."

"Jangan lupa, do call Eaton Haefen and let him know. I need to move know. Banyak kerja belum settle di office."

"I'll walk you until the front door."

Datin Amritha Kaur melambai tangan menghantar pemergian Datuk Frederick Freston.

#########################

Dari tadi Samsung Galaxy Note3 berdering minta di jawab. Fabian Freston masih teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut.

Rasa serba salah menyelubungi hatinya. Jawab salah tak di jawab pun salah.

"Biarkan dulu lah, tak faham bahasa. Asyik nak menyibuk! Rimas!" Akhirnya Fabian Freston meninggalkan handphone tersebut tak berjawab.

Belum pun kaki dia sempat melangkah keluar dari bilik tidur mereka, bunyi SMS pula masuk.

Skrin Samsung Galaxy Note3 di buka..."Fabian! You better attend to me or else you will regret!"

Telefon bimbit dilempar di atas katil, mulut pula diketap rapat, kedua tangan meramas rambut.

Nafas pula turun naik..."Childish!"

Samsung Galaxy Note3 dikutip semula..."Dina. Kamu ni tak faham bahasa ke? I berada di luar Penang. Cuba la faham sikit!" Text SMS di hantar kepada Wardina Wahyu.

DINA
"U better attend to me, kalau tak mahu menyesal nanti."

FABIAN
"I am not in Penang! Bye!"

" Huhhh!" Butang Off telefon bimbit di tekan..."Hope she won't do anything stupid! Tak pernah habis dengan perangai macam ni."
Bebel Fabian Freston seorang diri.
"Are you okay?" Sapa Aerwyna Aberdeen dari muka pintu.

"Yup I am fine, baru habis call Daddy. Esok kita balik Penang...is it okay?"

Aerwyna Aberdeen mengangguk kepala bersetuju dengan keputusan Fabian Freston.

"I pun nak kena masuk kerja in this few days. Banyak hari I dah cuti, takut kena hambat dengan boss pula." Aerwyna Aberdeen melabuhkan punggung bersebelahan dengan Fabian Freston.

"Later kita kena pergi beli katil baru, kena ganti katil malam tadi." Fabian Freston bercadang mengantikan katil malam tadi. Dia meletakan dagu di atas bahu Aerwyna Aberdeen, idea menyakat datang semula..."Malam nanti kita boleh la merasmikan katil baru..."

Jari Aerwyna Aberdeen mengetam perut Bujang Senang..."Miang! Mengalahkan miang buluh!" Dia angkat punggung, geram melayan perangai tak senonoh Bujang Senang.

Aerwyna Aberdeen menapak langkah menuju kearah Ibuk Ngia yang sedang menganyam tikar mengkuang.

"Boleh saya sambung? Indai berehat sekejap." Aerwyna Aberdeen sudah melipat kaki bersila di sebelah Ibuk Ngia.

"Ingat lagi ke nak menganyam tikar?" Tanya Ibuk Ngia dengan senyuman senang.

"Mana boleh lupa, kecik lagi Indai dah ajar Wiena buat benda ni." Jari runcing Aerwyna Aberdeen sudah mula menganyam tikar bersebelahan dengan Ibuk Ngia.

"Senang hati Indai, bila kamu bijak dalam segala urusan, letak dekat mana pun kamu boleh hidup..." Ibuk Ngia memandang sekilas Aerwyna Aberdeen yang sedang ralit menganyam tikar.

"Berkat didikan Indai selama ini, Wiena mampu lagi hidup berdirikari walaupun tinggal jauh dari keluarga." Aerwyna Aberdeen memberhentikan tangan daripada menganyam, nafas kasar dilepaskan lembut.

"Kenapa mengeluh macam ni? Ada masalah yang nak kongsi dengan Indai?" Tanya Ibuk Ngia bila melihat Aerwyna Aberdeen mengeluh sebentar tadi.

"Tak ada apa lah Indai." Senyuman tawar diukir untuk menutup kegusaran di hati.

"Wiena, tak pandai menipu Indai, dari kecik lagi pun memang macam ni. Indai tahu, kalau tak ada masalah yang berat laki kamu tak akan sampai di rumah kita." Ibuk Ngia menyentuh bahu Aerwyna Aberdeen..."Pasal perempuan lain?" Anak mata Aerwyna Aberdeen di cari..."Dari gerak geri kamu beberapa hari ini, kalau bukan kerana orang ke tiga, kamu tak akan jadi macam ni, Wiena...."

Aerwyna Aberdeen memandang sayu wajah tua Ibuk Ngia. Mata tua seorang ibu tidak pernah silap menilai gerak geri seorang anak.

Lantas badan kecil Ibuk Ngia didakap erat untuk menghamburkan kesakitan yang dipendam beberapa hari ini.

Ibuk Ngia mengangkat wajah putih bersih yang sedang memerah dengan aliran airmata. Sisa airmata yang mengalir di sapu lembut.

"Sebelum kamu khawin Indai pernah menasihatkan kamu dulu, masalah macam ini yang kalau boleh kita hendak elakkan, kamu tinggal jauh sangat Nak, apa pun masalah kamu, kamu kena selesaikan sendiri, dengan bijak..." Ibuk Ngia mengeluh lemah, figura Aerwyna Aberdeen belum dilepaskan dari matanya.

"Suami bila ada perempuan lain, kebanyakan masa dia akan berada di luar rumah, jadi kamu sebagai seorang isteri kena bertahan, berdiam diri adalah yang terbaik bila dia naik angin, kalau dia susah hati kamu kena berupaya untuk mengembirakannya, jaga makan minumnya seperti biasa dan perbanyakan sifat penyabar dalam segala hal." Panjang lebar Ibuk Ngia menasihati Aerwyna Aberdeen.

Aerwyna Aberdeen mendengar dengan penuh kusyuk. Tiada niat untuk membantah kata-kata Ibuk Ngia.

"Kalau dia balik ke rumah, maka peluang kamu berbaik semula lebih banyak, peluang kamu untuk bertindak untuk kebaikan rumah tangga kamu pun ada. Tetapi kalau kamu kurang penyabar sentiasa menekan dia, maka dia akan lari semakin jauh dari kamu. Apa yang kamu akan dapat? Ingat dia adalah suami kamu. Hak kamu!" Bahu Aerwyna Aberdeen di pegang kejap. Esakan Aerwyna Aberdeen mengusik naluri keibuanya serta dipaut si anak ke dalam pelukannya.

"Indai cuma mampu menasihatkan kamu, selebihnya adalah terpulang kepada kebijaksanaan kamu, cuma kami tak nak kamu sampai bercerai berai pertahankan rumah tangga kamu sebaik mungkin. Kalau dia tidak sayang dengan kamu kenapa sampai sejauh ini dia memertabatkan kamu sebagai isterinya. Cuma mungkin dia keliru dengan perasaan dia sendiri."

Esakan kecil Aerwyna Aberdeen masih memenuhi ruang tamu, tanpa sedar ia mengundang Fabian Freston untuk menjenggah apa yang terjadi di situ.

"Indai, kenapa dengan Wiena?" Fabian Freston bertanya dengan riak wajah kehairanan.

"Nothing. Esok kita dah nak balik, I rasa sedih nak tinggalkan kampung." Aerwyna Aberdeen mencuba untuk menyembunyikan duka dalam senyum yang hambar.

"Sure? Not hiding something from me?" Fabian Freston yang masih berdiri dengan tangan diseluk ke dalam saku seluar, mata menikam Aerwyna Aberdeen deria rasa menghidu ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

" Yeah!" Aerwyna Aberdeen dan Ibuk Ngia bangun dari duduk di atas tikar yang belum siap dianyam..."Jom! Tadi kata nak pergi shopping beli katil." Tangan dia memegang lembut tangan sasa Fabian Freston disertai dengan senyuman.

"Senyumlah anakku walau hatimu dilingkungi duka. Adai tawamu boleh menghadirkan bahagia di hati suamimu." Ibuk Ngia beredar meninggalkan 'love bird' tersebut untuk mengusir mendung yang berarak sebentar tadi.

"Baik! just don't cry macam tadi, it's hurt me!" Hidung comel Aerwyna Aberdeen dipicit lembut. Kesan airmata diatas pipi yang kemerahan menjadi mangsa elusan bibir berkumis nipis.

#########################

Suasana yang sibuk dan pandangan orang yang lalu lalang di pintu perlepasan di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuching tidak di ambil peduli oleh Aerwyna Aberdeen dan Airine Irwelma.

Susah payah membendung sedu dari tadi, akhirnya tumpas juga bila pelukan kejap Ibuk Ngia bersama pesanan sebagai pendinding diri menyentuh hati mereka.

"Lain kali, balik bertiga. Sudah dekat setahun, bila nak berisi?" Dalam mengusik Ayak Laja mengeluarkan satu ayat yang teramat pedas bagi Aerwyna Aberdeen.

Fabian Freston menayang senyum palsu, ternyata ayat Ayak Laja menikam ego lelaki tersebut.

"Belum ada rezeki lagi Apai, kami akan berusaha lagi gigih." Lantas ayat klasik tersebut yang mampu dikeluarkan bagi menyembunyikan gundah di hati Fabian Freston.

"Apai kamu ni bila bercakap memang pedas Wat. Jangan pula kamu terasa." Ibuk Ngia menampar kasar bahu Ayak Laja. Geram teramat sangat!

"Ehh! Sakit la..kenapa? Tak betul ke apa yang saya cakap tadi?" Ayak Laja mengetap mulut menahan geram dengan Ibuk Ngia.

Pengumuman untuk panggilan terakhir bagi Kapal Terbang yang mereka naiki berkumandang melalui corong pembesar suara di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuching.

"Kami pergi dulu. Bila ada kelapangan kami balik ke sini lagi." Fabian Freston bersalaman dan berpelukan dengan Ayak Laja dan Ibuk Ngia.

Kemudian Airine Irwelma mendekati..."Saya pergi dulu. Bila cuti semester saya balik kampung. Jaga diri baik-baik." Dia peluk kedua orang tuanya.

Aerwyna Aberdeen menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam dengan Ayak Laja..."Jaga diri." Ayak Laja mengangguk kepala..."Kamu pun jaga diri juga, anak penyambung kasih Welma. Kamu fikirkan semula apa yang Apai beritahu tadi."

Aerwyna Aberdeen mengeluh lesu..."Kami akan usahakan Apai. Jangan risau."

"Nasihat kelmarin kamu jangan lupa. Satu lagi sebelum Indai terlupa, setiap masalah kita berbalik kepada pencipta kita, Dia adalah ubat bagi segala masalah." Ibuk Ngia memeluk kejap tubuh langsing Aerwyna Aberdeen.

Nombor telefon bimbit Eaton Haefen dicari di dalam perisian Samsung Galaxy Note3.

"Bro are you coming to fetch us later?....Thank You. See you dalam dua jam setengah lagi...Bye."

Inbox message menarik perhatiannya..."Dina! Dina!" Jari diletakan diatas keypad..."Arghh! Petang nanti la I uruskan perempuan ni!" Samsung Galaxy Note3 dimasukkan semula ke dalam saku seluarnya.

########################

Dengan penuh berhemah Eamad Faliq memandu Hummer berwarna hitam pekat.

Dalam hati masih berteka-teki mengenai misteri Muhammad Rayyan Eddie Lim yang duduk di tepi sebelah pemandu.

"Rupa dia boleh tahan, putih seperti kebanyakan orang yang berbangsa Tiong Hua, tinggi, badan pun dalam kategori sasa dan yang paling menarik dia adalah Muslim." Misteri ini yang berlegar-legar di dalam mindanya.
"Kalau dia bukan kawan rapat kepada Wardina Wahyu, kenapa dia ni seperti terlalu mengambil berat dengan Wahyu?" Mindanya menyoal hati diri sendiri.

"Tetapi kenapa pula Wardina Wahyu seperti menggelak bila Eddie datang ke rumah tadi?" Minda belum berputus asa dari menyoal hati.

Eddie yang berada di tepi Eamad Faliq berasa hairan bila melihat Eamad Faliq seakan-akan mengelamun jauh. Takut pula tersasar jalan, jenuh nanti!

"Bro! Ada apa-apa ke yang nak dikeluarkan dari dalam..." Jari telunjuk Eddie Lim menunjukkan kepalanya.

Eamad Faliq belum menyedari soalan Eddie Lim.

"Anything you want to share with me?" Peti suara ditinggikan sedikit untuk menarik perhatian Eamad Faliq.

"Ada apa?" Eamad Faliq bertanya semula bila menyedari Eddie Lim ingin berbual dengannya.

"Mengelamun dari tadi, kenapa? Boleh kongsi dengan saya kalau perlukan pendengar bagi masalah negara tu tadi." Usik Eddie Lim sambil mengukirkan senyuman.

"Apa kata kita singgah for our lunch dulu, McDonald's Greenlane boleh?" Eamad Faliq mengutarakan pendapatnya.

"No hal Bro! Perut saya pun sudah minta di isi."

Selepas meletakan Hummer di kawasan letak kereta yang dikhaskan, mereka menuju bangunan McDonald's Greenlane.

"Are you smoking?" Eamad Faliq bertanya kepada Eddie Lim.

" No. Why?"

"Good. Kalau macam tu kita naik ke tingkat atas lebih selesa." Saran Eamad Faliq.

Eamad Faliq mengambil tempat yang lebih selesa dan privasi.

"Bro...I hope you won't mind if I ask you some questions." Tenang Eamad Faliq meminta izin dengan  Eddie Lim.

Eddie menoleh untuk memberi perhatian kepada butir bicara Eamad Faliq..."Yes you can ask me anything, saya akan jawab kalau saya rasa perlu jawab...deal?"

Eamad Faliq angguk kepala bersetuju dengan pendapat Eddie Lim.

"Wahyu...I meant Dina, sudah berapa lama kamu kenal dengan dia?"

"Enam tahun." Air coca cola disedut perlahan bagi menghilangkan tekanan yang baru bermula.

"Converted? I meant since when?" Eamad Faliq picit belakang tengkuk, berharap sangat Eddie Lim tidak terasa dengan soalan kamikaze sebentar tadi..."If it  too personal jangan jawab, just let it be..." sambung Eamad Faliq.

"'Kepohci' juga Abang Dina ni" Hati Eddie Lim berbisik sendiri.

Deheman dari anak tekak Eddie Lim keluar berulang kali, menyediakan diri sendiri dari banyak lagi soalan kamikaze Eamad Faliq.

"Four years. I hidup dalam Nur Islam. And  it's a complicated story, I think sampai esok kalau saya cerita pun tak akan habis." Air coca cola disedut lagi untuk membasahi tekak yang terasa kering kontang.

Eamad Faliq memaku mata terhadap lenggok bahasa badan Eddie Lim..."Interesting Man! He can handle me very well! Who is he?"

"How about your relationship with Wardina Wahyu? Mata saya malam kelmarin menyaksikan sesuatu yang haram bagi orang Islam untuk dibuat. Saya rasa kamu faham maksud saya? How far in between you and her?" Mata belum beralih dari meratah lenggok bahasa badan Eddie Lim.

Air coca cola dihirup lebih rakus, panas yang tiba-tiba membahang didada harus diredakan sebelum menjawab soalan maut dari Eamad Faliq.

"If you are asking my feeling towards her...hari ni pun I sanggup menikahi Wardina Wahyu. Tetapi it's her feeling is the most important. She is in love with someone else, too bad Bro...I cuma sekadar kawan bagi dia." Air coca cola dikacau perlahan tanpa niat untuk menyedut. Dia hilang sebentar dalam menung yang panjang.

Eamad Faliq memerhatikan gelagat Eddie Lim yang seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri.

"Dari gaya, he is in love with Wardina Wahyu and been hurt too much...tak apa la next time I boleh hang out with him again." Eamad Faliq memutuskan untuk membiarkan dahulu soalan-soalan yang berlegar-legar dimindanya.

" Bro! Bro! Bro!"

Eddie Lim terkejut bila tangan kejap Eamad Faliq memegang lengan kanannya.

"It's okay and I am sorry, sebab bertanya those silly questions." Eamad Faliq tersenyum mesra.


Terima kasih daun keladi. Bab 10 singah lagi.

Lap you all...please like sebagai upah saya menaip...Huuwaaa...nanggis kuat sat nanti.

Muaah Muahhh



No comments:

Post a Comment