Wednesday 4 March 2015

Nafas Cinta Bab 16

Oleh kerana jalan sempit Maximus Randell memberikan laluan, kepada sebuah kereta Toyota Harrier yang melalui jalan ladang orkid. Dari tepi jalan, dia perhatikan penumpang di dalam. Ada empat orang, semua lelaki. Pemandu dan penumpang depan nampak masih muda lagi. Manakala di belakang dalam separuh umur.

Walaupun di dalam keadaan penuh tanda tanya, Maximus Randell masih juga mengangkat tangan. Berbasa-basi dengan orang baru dijumpai.

Carl Blume menemani Maximus Randell pergi ke pekan untuk membeli barang keperluan mereka hanya mendiamkan diri. Matanya tajam sama seperti Maximus Randell, memandang Toyota Harrier itu.

"Malam tadi, mereka datang... Hari ini pun datang lagi?"

Maximus Randell menoleh ke arah Carl Blume. Runggutan si anak seperti menyembunyikan sesuatu yang di luar pengetahuannya.

"Carl, kenal ke?"

"Tak... tapi malam tadi mereka ada juga."

"Sebelum ini, pernah nampak mereka ke?"

Carl Blume menggeleng. Dia betul-betul tidak pernah melihat kesemua empat orang lelaki tersebut.

"Tapi, Daddy...."

Maximus Randell menunggu ayat Carl Blume yang seterusnya. Tetapi hampa. Budak kecil itu, tiba-tiba menutup mulut.

"Tapi, kenapa, Carl? Bagi tau, Daddy...."

"Carl tak berapa suka. Malam tadi mereka cakap kuat-kuat dengan Mummy. Suara Mummy pun sama... tak pernah Carl dengar Mummy cakap kuat macam tu."

"Mummy Eve... di mana dia masa tu? Tak tolong Mummy?" Tanya Maximus Randell. Tak akan Evelyn Menti membiarkan si kakak berdepan seorang diri dengan empat orang lelaki itu. Perbalahan kalau tidak ada pendamai boleh mengundang bahaya. Kecut perut Maximus Randell bila memikirkan keselamatan penghuni Banglo kadang orkid ini. 

"Dia bawa, Leya naik atas. Leya nanggis. Tak suka bunyi bising." Carl Blume turun dari Pajero Mitsubishu. Barang yang dibelinya tadi dijinjing dan terus berlari ke dalam rumah tanpa menunggu Maximus Randell memunggah barang lain.

Seluruh penghuni Banglo, dapat mendengar dengan jelas jeritan nyaring Carl Blume. Tanpa berlenggah Madeline Sumang meluru ke tempat parking. Jelas dia melihat Maximus Randell sedang memunggah barang-barang keperluan dapur dan anak-anak dari bonet kereta.

Hendak menolong? Jangan haraplah... lalu dibiarkan Maximus Randell mengangkat barang-barang seorang diri. Pandai pula, pilihan susu, pampers serta barang keperluan anak semuanya betul.

Madeline Sumang menjeling ke arah anak lelakinya. Memang sah, pasti dia punya kerja. Dari mana Maximus Randell boleh membeli kelengkapan anak-anak mengikut jenama yang selalu digunakan oleh anak-anak. Terutama susu... Cattleya Orked memang memerlukan Pediasure sebagai makanan hariannya.

Selepas membawa masuk kesemua barang-barang tadi, Maximus Randell berjalan menghampiri Madeline Sumang. Sikap dingin wanita itu belum lagi berubah. Bahkan seolah-olah tidak mempunyai perasaan membiarkan Maximus Randell mengangkut barang-barang tadi.

"Siapa mereka?"

"Siapanya, apa?"

"Tu... sekumpulan lelaki tadi."

"Kenapa nak tahu? Bukan urusan you pun."

"May, baik cerita sekarang. Sebelum I korek lebih banyak."

"Tak ada apa lah...."

"Betul, tiada apa-apa? Sebab telinga I dengar lain macam tadi...."

"Hairan, you bukan ada kat sini pun. Jangan pandai-pandai buat cerita."

"I tak ada, tapi I ada telinga di sini." Tegas Maximus Randell. Matanya menjeling ke kiri. Carl Blume berpura-pura tidak mendengar perbincangan di antara dua orang tuanya.

Madeline Sumang duduk di sebelah Carl Blume. Wajah comel si anak dipandang tajam. Geram juga dia dengan sikap berpaling tadah Carl Blume.

"Sudah tak sayang, Mummy?"

Carl Blume memeluk kejap badan Madeline Sumang.

"I love you, Mummy. Tapi... I like Daddy too...."

Keikhlasan Carl Blume menyuarakan perasaan dari hati kecilnya menyentap hati Madeline Sumang dan Maximus Randell. Seketika anak mata mereka bertembung bila Maximus Randell menyusun langkah menghampiri Carl Blume pula.

Dek kerana tak keruan, lalu Madeline Sumang melarikan anak mata sambil menyinggahkan bibirnya di atas dahi Carl Blume. Entah... perasaan yang sedikit melonjak kerana anak pasti telah bercerita kepada si bapa, telah bertukar menjadi sejuk semula.

"I masih menunggu penjelasan, May. Kenapa malam tadi boleh bergaduh dengan mereka? Atau tadi pun you gaduh lagi?"

Madeline Sumang mendengus...

"Hal tanah. You sendiri mesti perasan, kawasan sekeliling sudah habis diterokai. Tinggal tanah ladang orkid ini sahaja."

"Meaning... mereka tu, adalah wakil dari Syarikat Kelapa Sawit?"

"Yup."

"Tujuan mereka, nak tanah ladang ini?"

"Yup. Tawarkan harga tanah ini dengan harga yang cukup tinggi."

Maximus Randell terdiam. Melalui maklumat sedikit yang diberikan oleh Madeline Sumang. Ya... dia boleh menterjemahkan maksud pihak ladang kelapa sawit adalah mempunyai nilai yang tinggi. Kalau tidak, mereka tidak akan sewenangnya menawarkan harga yang tinggi.

"Sebelum ini, mereka pernah datang ke tak?"

Madeline Sumang tidak tahu bagaimana harus menjawab soalan itu. Pernah jumpa? Ya, dia kenal dua orang lelaki muda itu. Pernah datang? Baru kali kedua mereka datang ke sini. Jadi....

"Stewart dan Adam, dua orang lelaki muda itu saya kenal lama... tak sangka, boleh mereka bagi tau, dua orang lelaki tua bangka tu... I boleh bagi muka pasal tanah ini."

Tajam Maximus Randell memandang wajah serba salah Madeline Sumang. Nampak sangat dia tidak selesa memberikan penjelasan mengenai empat orang lelaki itu. Lebih-lebih lagi semasa dia menyebut nama dua orang lelaki muda tadi.

"Kenal lama dengan Adam dan Stewart? But... kenapa pula mereka nak kenakan you semula?"
Dari gaya Maximus Randell menyoalnya sekarang... Sedikit perasaan gentar menyerap masuk ke dalam diri Madeline Sumang.

"I kurang pasti, kenapa mereka boleh buat benda macam ni. I ingatkan mereka kawan...." Tetapi pandangan tajam Maximus Randell menyebabkan Madeline Sumang tidak jadi menghabiskan ayatnya. Dia diamkan diri, cuba meredakan perasaan kurang selesa.

"Banyak kali kan saya dah ingatkan Akak pasal dua orang jantan tak guna itu... Akak tak pernah nak dengar. Sekarang, menyesal pun tak guna." Sampuk Evelyn Menti. Dari tadi dia sibuk di dapur menyediakan makan malam mereka.

Kata-kata Evelyn Menti tadi mengundang seribu satu persoalan baru di minda Maximus Randell. Dia semakin tidak selesa mendengar perihal dua orang muda itu...

"Alright, sekarang boleh tak, jelaskan... siapa si Adam dan Stewart?"

"Kawan-kawan Kakak... dulu mereka selalu juga datang ke sini."

Maximus Randell menoleh tepat ke arah Madeline Sumang. Tak senang sungguh hatinya selepas mendengar maklumat dari Evelyn Menti. Perasaan inilah yang dia cuba elakkan dari tadi...

"Okay. Kawan? Kawan sahaja atau lebih dari kawan?"

Madeline Sumang mengambil keputusan untuk mendiamkan diri juga. Biarlah... Bukankah di situ sudah ada pemberi maklumat yang tidak bertauliah. Tadi, Carl Blume. Sekarang pula Evelyn Menti dengan rela hati menjaja cerita berkenaan kehidupan dia.

"Adam suka kat Akak... sebab tu pantang ada masa terluang dia heret Stewart datang ke sini." Selamba betul cara Evelyn Menti menjajakan cerita menarik ini ke halwa telinga Maximus Randell.

Madeline Sumang menjeling kepada si adik.

"Pandai buat cerita, ya?"

"Eh tak la... dah memang betul pun Adam tu dari dulu sukakan Akak. Tak akan Akak tak tahu...."

Hangat punggung Maximus Randell mendengar perbalahan dua beradik itu... dari perihal tanah, sampai mencarut ke hal perasaan.

“Okay... kita dropkan dulu pasal cerita romantik, May. Saya lebih berminat mengenai tujuan mereka datang sekarang... lebih kepada tanah kan?"

"Dua dalam satu...." Jawab Evelyn Menti bersahaja.

"Maksudnya?"

Evelyn Menti geleng kepala. Lembab sangat Maximus Randell menangkap cara dan gaya cerita kakaknya.

"Kalau orang dah tak suka, terimalah dengan baik. Dah namanya kawan kan? Tetapi Adam ni lain... dia tak boleh terima. Tak dapat cara elok dia cuba buat benda macam ni pula...."

Madeline Sumang memintas ...

"Evelyn! Stop it. Cerita ni mengarut."

"Tengok tu... masih lagi naif. Akak tak boleh baca gerak geri orang lelaki ke? Tak boleh hidu lagi macam mana cara dia berbual dengan Akak?"

"Kalau dia suka Akak, Akak pun tak boleh buat apa. Apa yang penting... Akak tak terima dia. Ada perkara lain lebih penting dari hal lelaki. Buat apa nak semak kepala. Hal anak-anak pun dah cukup memeningkan... Inikan pula, nak suruh Akak tambah satu lagi beban." Luah Madeline Sumang. Buat apa dia hendak pedulikan perasaan lelaki yang di sebelah kanannya. Terluka atau tidak... bukan masalah dia pun!

Evelyn Menti merenung wajah memerah Maximus Randell. Timbul perasaan simpati terhadap lelaki itu. Kalau bukan kerana Evelyn Menti... Maximus Randell berkemungkinan sudah pulang pagi tadi. Kerana kasihan dan masa depan kakaknya, dia menyerahkan rumah pekerja ladang orkid bagi Maximus Randell.

"Sesak kepala kerana hal Adam, atau disebabkan perasaan masih ada, terhadap orang lama?"

Tiba-tiba Maximus Randell tersenggih lebar. Usikan Evelyn Menti membawa dia balik ke alam realiti. Ya, tak syak lagi, dia masih wujud lagi di pelusuk hati wanita di sebelahnya. Cuma, tinggal untuk dia terokai dengan teliti hati yang pernah dilukainya satu ketika dahulu.

"I tahu you masih tunggu I. Tapi tak apa... hal itu kita boleh settlekan kemudian." Maximus Randell senggih lagi... "Sekarang, I nak tahu... you nak serahkan tanah ini atau tidak?"

Meluat sungguh Madeline Sumang melihat Maximus Randell mempamerkan wajah tersenggih.

"Tanah ini saya tak boleh serahkan kepada sesiapa... hak tanah pun bukan milik saya sepenuhnya...."

"Apa maksud, Akak? Saya tak faham."

Madeline Sumang menoleh kepada Evelyn Menti. Selama ini dia mendiamkan diri dari menceritakan hal sebenarnya kepada Evelyn Menti dan Igat. Mereka tahu tanah ini adalah milik ibu mereka tetapi asal usul cerita yang sebenarnya masih dipegang teguh di antara dia dan Ayah.

"Sampai masa nanti, Eve akan tahu juga. Akak tak berhak untuk menceritakan hal sebenarnya berkaitan dengan tanah ladang ini. Hanya Ayah yang berhak membongkarkan segalanya...."

"Uncle Samuel?" Sampuk Maximus Randell. Sengaja menguji reaksi Madeline Sumang terhadap kewujudan Uncle Samuel semula.

"Mana ada orang nama Uncle Samuel tu, Max. Jangan-jangan pagi tadi kamu terserempak dengan hantu!" Kata Evelyn Menti. Sukar untuk dia menerima cerita Maximus Randell pagi tadi. Kurang asam punya orang! Rasa seram sejuk pagi tadi timbul semula.

"Bukan hantu... orang betul. You yang tak tau." Jawab Maximus Randell sengaja membakar perasaan Evelyn Menti..

"Eh! Sudahlah kamu, dua orang. Aku lapar, nak makan. Nak layan cerita mengarut tu... layan lah. Tak payah makan." Bebel Madeline Sumang sambil tangannya memegang jemari comel Carl Blume.

"Jom ikut Mummy ke dapur. Kita makan dulu. Lepas tu Max nak tidur di mana? Di sini ke atau di rumah sebelah?"

"Eh! Pasti la tidur dengan, Daddy."
Sampuk Maximus Randell dari belakang Carl Blume dan Madeline Sumang.

"Up to you, Carl. Boleh pilih nak tidur kat mana. Tapi, kalau nanggis tengah malam nak balik ke sini, Mummy tak nak ambik."

Carl Blume memberhentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang, mencari si Ayah.

"Kalau saya nanggis Daddy boleh hantar, kan?"

Maximus Randell mengangguk laju.

"Boleh, asalkan Carl nak tidur dengan Daddy."

"Mummy, saya tidur dengan Daddy, ya?"

"Up to you, Carl." Kini giliran Madeline Sumang pula tersenggih mengandungi seribu satu makna.

"Leya, mana? Dari tadi tak nampak dia?" Soal Maximus Randell. Memang betul satu hari ini dia tidak melihat kelibat Cattleya Orked. Dia risaukan tahap kesihatan Cattleya Orked.

"Leya, tak berapa sihat. Baru lepas makan ubat. Sekarang sudah tidur...." Jelas Madeline Sumang ringkas.

Maximus Randell meluru naik ke tingkat atas. Niatnya hendak makan tadi dibatalkan dahulu. Cuak sungguh perasaannya ketika itu... boleh cuai mengenai tahap kesihatan Cattleya Orked.

"38. Agak panas badan budak ni." Maximus Randell meletakkan semula alat jangka suhu yang diambil dari atas tepi meja bersebelahan dengan katil Cattleya Orked.

"Tak apa, lepas makan saya tuam badan, Leya. Carl nak tolong?"

"Nak, nanti kita buat. Kesian adik Leya."

Madeline Sumang menyibukkan diri dengan memperbetulkan cadar katil  Cattleya Orked. Maximus Randell menangkap tangannya yang sedang ligat meluruskan kedutan kain cadar Cattleya Orked.

"Lepas la...."

"Hal Adam tak habis lagi tau...."

"Not my problem."

"I tau, bukan masalah you, but... big problem bagi I."

Madeline Sumang melawan renungan tajam Maximus Randell. Sungguh! Dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.

"Apa you nak lagi, Max? Nak tinggal kat sini, you dah dapat. I suruh you balik, you tak ikut arahan...."

"I nak you dan anak-anak. Itu sahaja. I dapat apa yang, I nak... I tak akan ganggu hidup you dah." Errkkk... betul ke apa yang diluahkan oleh Maximus Randell? Tidak mungkin, bila tujuan sudah tercapai dia tidak akan menganggu Madeline Sumang lagi.

Sekarang pun sudah berani pegang-pegang. Petang tadi,  apa kes pula? Yang pasti Maximus Randell makan hati! Selepas kejadian mendukung Madeline Sumang, bau badan wanita itu sentiasa berada di hujung hidungnya. Nak disentuh kerap, status mereka tidak mengizinkan lagi. Main terkam, kali ini boleh... lain kali, dia tak pasti. Mood Madeline Sumang cuma meronta-ronta minta dilepaskan. Bagaimana pula kalau mood Madeline Sumang tak berapa bagus? Tak ke satu hal kalau kena penendang sulung dari Madeline Sumang.

Betulkan Madeline Sumang cuma meronta, minta dilepaskan. Tetapi tetap tidak dapat melepaskan diri. Tautan tangan Maximus Randell terlampau kuat. Tidak terlawan dengan kudratnya.

"Huhh! I tak percaya. Ni... siapa yang suruh pegang tangan I?"

Akibat geram dengan sikap degil Madeline Sumang, Maximus Randell menarik kasar tangan Madeline Sumang. Badan kecil wanita itu singgah elok ke dalam pelukkan Maximus Randell.

Tanpa mempedulikan rontaan Madeline Sumang, dia mendaratkan mulutnya di atas kepala wanita itu. Tidak lama tetapi sudah cukup membuat Madeline Sumang terenjat seketika.

"Lain kali kalau banyak cakap, lebih dari ini I akan buat...."

Kecut perut Madeline Sumang.

"Apa you nak, huh?!"

"Kita kahwin, May. Itu sahaja yang I minta... selesaikan masalah anak-anak kita. Soal perasaan you tolak ke tepi dahulu.

"I tak nak! Buat semak kepala aku saja."

"Bagi I... tujuan orang berkahwin adalah untuk memantapkan lagi daya pemikiran, sentiasa boleh memberikan sokongan dan tak lepas juga melengkapkan naluri halus pasangan masing-masing. Jadi, mana satu yang boleh menyemakkan kepala you, May?"

"You ni, tak senonoh."

"Apa yang tak senonohnya?" Maximus Randell mengedipkan mata kepada Carl Blume yang dari tadi menonton wayang ibu dipeluk oleh si ayah..."Carl nak tinggal lama di rumah sebelah atau nak kita tinggal bersama adik dan Mummy?" Sambung Maximus Randell dengan senyuman berbunga-bunga.

"Mestilah nak ada adik, Mummy dan Daddy. Macam kakak Bella dan Cynthia ada Mama dan Papa...."

Semakin ketat wajah Madeline Sumang setelah mendengar jawapan ikhlas dari si anak. Adakah dia harus pasrah dengan kehendak Maximus Randell atau terus melawan kehendak hati?

"You got no choice, young lady... except to accept my offer."

"Kalau, tidak?"

"Interesting... Kalau, tidak? Apa I nak buat?" Maximus Randell mengetuk-ngetuk dagunya di atas kepala Madeline Sumang..."I akan panggil orang kampung, biar mereka putuskan hal aib kita dahulu... nak tak?"

Madeline Sumang pantas menoleh ke belakang. Sinar mata Maximus Randell tetap mengalahkan kekuatan dirinya.

"Jangan buat kerja gila...."

"I akan buat. Kalau itu sahaja peluang yang ada untuk memperbetulkan keadaan kita. Jadi, pilih, ikut cara baik? Atau nak I gunakan cara yang kurang manis?

Hancur sekali lagi andainya dia tidak mengikut rentak permintaan Maximus Randell. Tidak mungkin baginya untuk berhadapan dengan perbicaraan di kampung. Ternyata adat suku kaum Iban masih wujud dan diguna pakai sampai ke hari ini. Tambahan lagi pasti Ayah akan terseret sama juga. Oh, tidak! Maximus Randell tidak boleh melakukan tindakan sedemikian rupa.

"Boleh bagi I masa, untuk fikirkan benda ini?"

"Boleh... tetapi jangan lama sangat. Hal tanah ini nak kena selesaikan dalam masa terdekat. Kedudukkan you, tanpa suami akan memudahkan kerja mereka. Fikirkan bukan setakat perihal anak-anak, tanah, masalah Ayah dan paling penting adalah berkenaan perasaan diri sendiri. Belajar jujur dengan diri sendiri, May...."

"Max, May, Carl... kita makan dahulu. Nanti sambung cerita menarik ini, di meja makan." Panggil Evelyn Menti dari celah daun pintu bilik Cattleya Orked.

Maximus Randell melepaskan Madeline Sumang dari pelukkan. Senyuman simpul Evelyn Menti dibalas pula dengan ketawa kecil. Jelingan padu Madeline Sumang tidak diendahkan olehnya. Janji, dia boleh mengenakan wanita itu sudah memadai baginya.

"Saya dah dapat hidu bau nasi kenduri...." Sambung Evelyn Menti mengusik mereka. Lega perasaannya melihat langkah permulaan yang agak baik di antara Maximus Randell dan Madeline Sumang.

Maximus Randell menjeling wajah memerah Madeline Sumang. Suka sangat dia mencuri pandang wajah manis itu. Bertuah sungguh dia, andai Madeline Sumang rela hati menyambut huluran suara hatinya.

"Oh! Kalau orang tu sudi, kenduri bukan setakat sehari semalam, 7 hari 7 malam pun tak apa...."

"Apa ni, merepek tak tentu pasal. Siapa yang nak kahwin dengan you? I?" Madeline Sumang mencebik... "I tak cakap apa-apa lagi... jangan perasan sangat, okay?"

"Eh! Kita tengok nanti... jangan pula menanggis sebab nak kahwin dengan I. I tak layan baru ada akal...." Usik Maximus Randell. Semakin suka dia melihat wajah cemberut si buah hati.

Makan malam mereka berjalan lancar. Masing-masing penuh tertib menikmati makan malam mereka. Carl Blume bila bertemu ayam goreng, dia akan abaikan persekitarannya sehingga dia selesai makan.

"Carl, makan elok-elok." Tegur Evelyn Menti bila melihat cara Carl Blume makan agak gelojoh mengalahkan singa kelaparan.

Maximus Randell meletakkan tangannya di atas belakang Carl Blume sambil mengusap lembut.

"Makan perlahan supaya makanan boleh dihadam dengan baik...."

Carl Blume mengangguk. Tak tahulah, budak itu benar-benar faham atau tidak maksud si ayah tadi. Mungkin sudah menjadi kebiasaan Maximus Randell sebagai seorang Doktor. Bila bercakap dengan anak ada sahaja diselit nasihat bab-bab penjagaan kesihatan.

"Lepas makan, kita lap badan Leya. Lepas tu kita balik rumah sebelah...." Sayu sahaja bunyi suara Maximus Randell menuturkan ayat tersebut. Matanya sempat menjeling ke arah Madeline Sumang. Apa nak buat? Orang itu buat tak tahu sahaja. Sedih!

Evelyn Menti tersenyum-senyum, manakala Madeline Sumang mengalih muka ke arah lain. Ayat berbaur sayu, bercampur sindiran tadi menggelikan telinga dua beradik itu. Namun seperti biasa... Madeline Sumang tak melayan sangat perasaan berlagu jiwang Maximus Randell.

To be continue... Enjoy reading

No comments:

Post a Comment