Wednesday 4 March 2015

Nafas Cinta Bab 15

Setelah sampai di rumah yang diduduki, Maximus Randell menurunkan Carl Blume dan meletakkan bag Madeline Sumang tadi. Tak padan dengan saiz badan, mengah juga Maximus Randell akibat mendukung Carl Blume. Seperti yang dijanjikan Maximus Randell mengeluarkan botol Orange Twister dari peti sejuk. Lalu dituang air oren ke dalam dua biji gelas. Satu untuk Carl Blume manakala satu lagi untuk dia.

Setelah tekak mereka dibasahi dengan air Orange Twister, dua beranak itu sama-sama melepaskan kelegaan masing-masing. Rasa panas di badan pula semakin menurun.

Bilik pekerja ladang, mana ada disediakan dengan set penghawa dingin, cukup bersyukur bila sudah disediakan kipas siling. Kelajuan maksima kipas siling tidak dapat menghilangkan peluh mereka sepenuhnya.

“Panas, Carl? Come, Daddy buka baju. Lepas peluh hilang… baru mandi.”

Apabila angin kipas menyentuh kulit, Carl Blume tersenyum senang lalu melompat ke atas katil. Seronok budak kecil itu menggulingkan diri sambil menonton Upin dan Ipin. Dibekalkan TV tetapi bukan rancangan astro, okay. Dek kerana penerimaan siaran TV hanya menggunakan antenna cabuk, garis-garis halus terkejar-kejar di atas skrin TV.

Maximus Randell, geleng kepala. Terfikirkan ketidak selesaan si anak menonton televisyen. Madeline Sumang pula telah memberikan mandat untuk menjaga Carl Blume. Mana mungkin baginya membiarkan anak kecil itu menonton televisyen melalui skrin terkejar-kejar. Hendak keluar mencari peralatan yang lebih sempurna, agak sukar. Pakaian yang melekat di badan perlu dicuci. Tidak ada cara lain, terpaksa juga dia menunggu pakainnya kering barulah dia boleh keluar sekejap.

Kulit terdedah Carl Blume disentuh sekejap. Tak melekit, tak panas. Masa untuk mandi sudah tiba! Cepat mandi, cepat juga pakain kering, cepat pula untuk dia menguruskan urusan di luar. Tetapi… baru sahaja dia membuka pintu bilik mandi, terlintas sesuatu di ruang fikirannya.

"Carl, kamu nak mandi macam mana? Kain baju semua tak ada kat sini."

Terhenti pecutan laju Carl Blume. Bukan main seronok dia terjun dari katil, menuju ke bilik mandi. Pakainnya pula jadi masalah.

“Pakai seluar ini semula, Daddy. Tak payah salin.”

Terbeliak biji mata Maximus Randell. Bernas sungguh cadangan anak bertuah ini! Adakah pakaian kotor dia nak kitar semula? Tak mungkin! Dia tak akan benarkan anak-anak dalam keadaan kotor.

“Tak boleh, kotor.”

Carl Blume membelek-belek seluarnya yang masih melekat di pinggang. Mencari kekotoran yang melekat di bahagian seluarnya…

“Mana ada kotor… elok lagi.”

Pandai si kecil memberikan pendapatnya. Kotor pada pandangan Carl Blume adalah kesan yang mengotorkan pakaian iaitu warna yang berlainan dari warna seluar biru tua yang dipakainya. Manakala Maximus Randell pula menilai kekotoran itu dari peluh yang melekit tadi…

“Carl, kan tadi dah berpeluh. Peluh tu dah melekat kat baju tu… Kuman sukakan peluh, Carl pakai semula, nanti kuman gigit kulit. Lepas tu gatal. Nak kena sapu ubat. Carl, nak ke kulit gatal-gatal macam kena gigit nyamuk?”

Carl geleng-geleng kepala.

" Kalau macam tui, kena ambik dekat rumah sana atau kita boleh mandi dekat sana." Kata Carl Blume.

Tidak salah pun idea Carl Blume, tetapi kerana perang dingin baru berlaku sebentar tadi, tak akan pula Maximus Randell hendak tersua-sua pergi ke sana.

"Apa kata, Daddy tunggu di luar, Carl masuk ambik barang."

"Bolehlah, jom." Carl Blume menarik tangan Maximus Randell menerpa ke arah pintu.

Tergesa-gesa Maximus Randell membuka pintu.

Bukkk!!!!

Carl menutup mulut menahan gelak dengan kedua belah bahu terhinggut-hinggut. Kang gelak kuat, mesti kena berdas-das semburan pedas dari yang empunya badan. Sudahlah dia jatuh macam nangka busuk di depan pintu rumah.

“Eh! Biji mata kau letak kat mana? Jual?” Jerkah Madeline Sumang. Kebas juga punggungnya akibat jatuh terlanggar badan sasa Maximus Randell. Geram tak terkata… lelaki itu tak berganjak dari tempatnya. Yang dia… kena kuis sedikit boleh jatuh terguling. Memalukan!

Maximus Randell tergamam, kena kutuk pun macam tak ada perasaan sahaja. Matanya belum beranjak dari memandang Madeline Sumang terkial-kial hendak bangun dari atas lantai. Kenapalah dia cuai sangat? Tetapi… akal jahat Maximus Randell seronok pula menyaksikan adengan tersebut. Nasib baik dia sempat merakamkan bahagian yang menarik itu di dalam kotak memori kekalnya. Ada masa bolehlah dia mengulang tayang babak lucu ini.

“Daddy!” Panggil Carl Blume sambil tangannya laju menarik kemeja Maximus Randell.

Maximus Randell tersedar dari lamunan, bila merasakan tarikan kuat pada kemejanya. Dia menoleh ke bawah. Gerak mata Carl Blume menghala kepada Madeline Sumang. Maximus Randell masih seperti tadi. Menjadi tugu di situ…

Carl Blume tepuk dahinya.

“Daddy, Mummy sakit tu… tolonglah angkat!”

Bisikkan kuat Carl Blume menyedarkan semula kelembaban sel-sel otak Maximus Randell. Adess! Kenapalah pulak dia lambat ‘pick up’ semasa Carl Blume memberikan isyarat mata tadi? Inikan dah agak termalu dengan cara Carl Blume mengigatkannya. Bukannya beberbisik bila Madeline Sumang mula menarik muka empat belas.

Laju Maximus Randell menyodok tubuh kecil Madeline Sumang menggunakan kedua belah lengan sasanya.

“Tak payah tolong, aku!” Seluruh tenaga yang ada dikerahkan oleh Madeline Sumang untuk melepaskan diri dari gendongan tubuh sasa lelaki itu. Naik seram sejuk setiap bulu romanya bila kulitnya bersentuhan dengan lelaki itu. Mampuslah! Bagaimana caranya… membuang getaran perasaan itu dari bangkit semula.

Tanpa mempedulikan rontaan Madeline Sumang. Maximus Randell membawanya masuk ke dalam rumah lalu dihempasnya tubuh kecil itu di atas katil.

"Sakit tau tak?"

"Kalau sakit, buatlah cara sakit. Boleh meronta kuat, maknanya tak sakit." Mulut Maximus Randell mula membuahkan senyuman kecil... "Atau seronok nak kena dukung?"

"Tak ada lah. Sakit tau tak?"

"Sakit, baring. Diam kat situ. Bangun dari situ I kira you suka kena dukung. Nak? I boleh dukung you semula. Manja-manja pun boleh." Aduhai! Sempat lagi Maximus Randell mengusik Madeline Sumang.

"Aku tak nak lah. Baik kau buat apa yang kau nak buat dengan Carl. Biarkan aku rehat kejap kat sini."

"Okay, perlukan doktor... I ada, tau?" Tak habis-habis lagi Maximus Randell mengusik Madeline Sumang. Seronok dia melihat rajuk dan mulut itik wanita itu.

Tangan kecil Carl Blume mengheret bag plastik yang baru dibawa oleh ibunya tadi. Mungkin atas sebab bahawa dia tidak mempunyai pakaian bersih, ibunya datang menghantar pakaiannya dalam bag plastik.

Tak larat menarik lalu ditolak Carl Blume bag plastik itu. Bila ternampak Maximus Randell melempar Madeline Sumang di atas katil, dia mengekek seorang-seorang. Seronok benar dia melihat 'kemeseraan' kedua orang tuanya.

"Anak bapa... serupa sahaja. Bukannya nak menolong, lagi nak sakitkan hati aku ada la...." Madeline Sumang cuba bangun dari katil. Timbul perasaan malu baring di depan Maximus Randell.

"Kalau sakit duduk diam kat situ... jangan bising." Tak padan dengan pengakuan. Kata sakit tetapi masih berkeras hendak bangun. Apa hal?

“Atau masih nak teruskan niat awal tadi? Tu bag ada kat tepi pintu. Nak pergi jugak ambik bag tu.” Sambung Maximus Randell. Perihal Madeline Sumang menjinjing bag semasa di ladang orkid tadi berulang semula di layar fikirannya.

Madeline Sumang menelan liur. Dibatalkan niat hendak bangun dari atas katil. Dia sandarkan badan di kepala katil. Bag besar yang dijinjingnya pagi tadi dijeling sekejap. Apa lagi hendak dikata, andai Maximus Randell masih lagi tetap bertugas menuduh yang bukan-bukan. Lalu dia kuncikan mulut. Kebas di punggung mula menghilang, cuma perasaan segan masih menebal. Segan jatuh. Segan menjadi bahan tontonan. Yang paling penting… Segan didukung!

“Carl, jom mandi. Barang kamu dah ada kan?”

Carl Blume masih tersenyum melihat si ibu menurut sahaja arahan ayahnya. Bibir comel itu laju mencium pipi putih licin Madeline Sumang.

“Thank you, Mummy.”

Madeline Sumang membalas ciuman si anak dengan mencium kedua belah pipinya. Sejuk mata Maximus Randell melihat kemesraan dua beranak itu. Cuma… ada sedikit rasa terkilan. Dia tak mampu lagi melakukan apa yang Carl Blume lakukan sebentar tadi. Sabarlah duhai, hati! Tak akan lari gunung dikejar.

Dalam kekalutan mereka tadi, Maximus Randell telah terlupa bahawa dia tiada pakaian lain untuk disalin. Termasuklah tuala mandi… Sadis sekali! Belum tua, belum nyanyuk... tetapi kelang kelibut punya pasal semua perkara penting sudah terlupa.

Apa lagi setelah memberi Carl Blume mandi, tidak sabar, dia pun masuk ke dalam bilik air. Mandilah dia dengan sepuas-puas hatinya. Seperti yang dirancangkan pakaian kotor dicuci. Dibilas menggunakan tangan dan di simpan di dalam baldi. Tak susah, perkara ini sudah menjadi kebiasaan baginya. Sudah biasa hidup berdirikari di tempat orang. Tetapi... berapa hari kebelakangan ini, dia tidak ingin hidup sendirian lagi.

Keinginan untuk hidup berkeluaga semakin membuak-buak. Apatah lagi bila melihat kebahagiaan sahabat baik dan kakaknya. Maximus Randell mengeluh seketika... lantas teringatkan arwah Mak. Terdetik dihatinya, mengapa Mak sanggup menyisihkan kebahagiaannya. Itupun kalau betul telahan bahawa besar kemungkinan Mak tahu status Madeline Sumang.

Selesai mandi, dia lihat ke penyangkut tuala mandi. Tiada tuala mandi di situ. Dia tepuk dahi. Kuat! Nasib baik dia tak hantuk kepala di dinding bilik air. Pakaian basah di dalam baldi dijeling sekilas. Tak akan dia nak pakai seluar basah! Segala mak nenek boleh nampak dengan jelas nanti. Matilah dia, kalau Madeline Sumang menyangka yang bukan-bukan…

Habis itu? Berapa lama dia hendak berkurung di dalam bilik air? Dia garu-garu kepala mencari idea… lalu dia menjengguk dari celah pintu bilik air.

“Carl, datang sekejap.”

Terkocoh-kocoh Carl Blume berlari ke arah bilik air.

“Pinjam tuala.”

Carl Blume berlari semula ke ruang depan. Tuala kecilnya dijinjing.

“Nah, cukup ke?”

Maximus Randell pandang tuala di hujung jari Carl Blume. Saiz tuala tak besar. Rasanya cukup untuk dia menutup apa yang patut di antara pinggang dan lutut.

“Cukup kut….”

“Daddy ada baju lain ke?”

“Tak ada. Nak kena keringkan baju tadi.”

“Rumah sana ada mesin pengering, boleh kering baju Daddy, cepat.” Lurus sungguh si anak mengusul cadangan yang bernas tanpa mengambil kira bahawa kedua orang tuanya sedang berperang perasaan.

“Tak apa… panas kat luar tu, boleh cepat kering. Mummy ada lagi kat situ?”

Carl Blume mengangguk. Si ayah pula menelan air liur payau.

Lima tahun dahulu perasaan mereka seperti aliran elektrik static. Saling tertarik sesama sendiri. Sekarang pula Maximus Randell was-was berkenaan perasaan Madeline Sumang. Pantang bertemu, pasti ada yang tak kena. Tambahan lagi.. bayangan Madeline Sumang menjinjing bag pagi tadi semakin menguatkan telahan hatinya… Madeline Sumang sudah membuangnya!

Malas dia hendak melayan perasaan yang bukan-bukan. Bukankah dia sedang berusaha keras memikat hati Madeline Sumang. Jadi, kenapa perlu segan berdepan dengan Madeline Sumang dengan bertuala mandi. Biarkanlah… tak luak pun menjadi tatapan si pujaan hati!

Madeline Sumang sudah bersikap sedia. Memejamkan matanya semenjak Maximus Randell memanggil dan berbincang dengan Carl Blume. Tak ingin dia melihat keseksian Maximus Randell. Kalau tidak kerana malu dikatakan seronok kena dukung, tak mungkin dia akan berada lama di situ!

“Eh! Carl… kenapa selongkar bag Mummy?” Kain tuala kecil yang melilit pinggang dipegang kejap oleh Maximus Randell. Bibirnya menyungging senyuman nipis. Dari kaki katil dia dapat menangkap mata tertutup Madeline Sumang bergerak-gerak.

“Elehhh! Pura-pura malu la tu.”

Sempat lagi Maximus Randell memerli Madeline Sumang. Sambil tangannya mengutip baju yang dikeluarkan oleh Carl Blume dari bag tadi. Sekali imbas, Maximus Randell tidak berapa pasti dengan kandungan bag tersebut. Lalu diselongkarnya semula…

“Daddy, pasal apa buka bag? Dalam tu tak ada baju Mummy. Semuanya baju dan seluar orang lelaki. Apalah, Daddy…  kata Mummy nak tinggalkan, Carl dan Leya.” Runggut si anak.

Maximus Randell terdiam. Satu persatu dia keluarkan pakaian dari dalam bag tersebut. Memori lama, sekitar lima tahun dahulu, timbul kembali. Sehelai seluar jean dan sepasang baju T dipakainya. Nasib baik, saiz badan masih sama seperti dahulu. Seluar dan baju lama itu penyelamat harinya!

“Eh!....” Tegur Carl Blume sekerat jalan, mendiamkan diri. Dia berhenti menyambung ayat setelah melihat isyatrat jari berada di mulut si ayah.

Maximus Randell berjalan ke arah katil. Menuju tempat Madeline Sumang yang baring mengiring ke kanan. Andai hatinya tidak tersentuh dengan isi kandungan bag itu, maka dia adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai hati perut!

“May, I am sorry. I take back on what said to you just now.”

Madeline Sumang tetap diam. Malah semakin mengerekot di atas tilam.

“Pasal apa, tak jelaskan tadi? Kan senang. Tak payah la I naik runsing. I ingatkan you nak tinggalkan anak-anak kerana I tak ikutkan kemahuan you.”

Madeline Sumang masih seperti tadi… diam.

“Berilah peluang untuk kita memperbetulkan masa lalu kita. Terutama I, betul-betul menginginkan hidup sebuah keluarga yang sebenarnya.” Maximus Randell membelai kepala Madeline Sumang kerana begitu tersiksa dengan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya tadi. Cukuplah dia menghantar rasa bersalah melalui sentuhan di kepala Madeline Sumang.

Madeline Sumang menepis tangan Maximus Randell. Mana mungkin dia membiarkan Maximus Randell mengalunkan naluri halus di dalam perasaannya. Satu ketika dahulu dia pernah tertipu, ya tak akan kali ini dia akan membiarkan Maximus Randell meracun dirinya semula. Tidak! Tidak mungkin!

“Aku bukan seperti kau! Sekali aku luah aku tak akan kutip semula. Nak kahwin… ada aku kisah? Itu hak kau, nak kahwin dengan sesiapapun… Yang pasti, bukan aku.”

Maximus Randell mengeluh lemah. Sukar juga untuk dia memujuk wanita ini. Keras sungguh hatinya. Dari mula mereka berjumpa, tidak pernah berlembut semasa meluahkan rasa.

“I hairan, May. Melalui gerak geri you… you sebenarnya masih sayangkan I. Masih lagi menantikan I.”

“Huhh! Mana ada.” Bantah Madeline Sumang. Walhal jantungnya sedang melompat-lompat takut tindak tanduknya dapat dihidu oleh Maximus Randell.

“Kita kahwin, ya?”

“Tak nak. Cari perempuan lain.”

“I Cuma nak kahwin dengan you sahaja.”

"I kata tak nak. Tak nak lah!" Bantah Madeline Sumang sekeras-kerasnya.

“Tak nak? Habis selama ini… kenapa menyiksa diri dengan menyimpan pakaian lama I? Kalau dah tak sayangkan I kenapa nak perlu susah-susah menjeruk hati melihat kenangan lama kita, May?”

“Aku tak tahu… nak buat apa dengan benda tu. Kau dah ada sekarang. Jadi, aku pulangkan semula.” Cukup tersiksa Madeline Sumang meluahkan kata-kata sebagai pembunuh jiwa Maximus Randell. Apa yang dia inginkan hanya menyakiti dan menyiksa jiwa lelaki itu. Dia tidak akan berpuas hati selagi Maximus Randell belum mendapat balasan yang setimpal dengan penderitaannya dahulu.

Kedegilan Madeline Sumang amat menyukarkan misi Maximus Randell. Sedangkan dia tidak punya banyak masa untuk menangguhkan lagi rancangan untuk mengahwini Madeline Sumang. Habis cuti yang diluluskan pihak atasan, dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur. Kalau boleh, ya, kalau boleh… dia tidak mahu balik dengan tangan kosong. Apapun… Madeline Sumang mesti menjadi miliknya yang sah sebelum dia balik. Cuti sebulan, bukannya lama sangat… pejam celik pejam celik, habis tiga puluh hari.

Andainya Madeline Sumang tidak berganjak dengan keputusannya, maka dia terpaksa menggunakan rancangan ke dua. Tetapi, sanggupkah dia memaksa wanita itu? Sedangkan cinta itu sendiri bukanlah paksaan. Ia harus hadir dengan penuh kerelaan hati serta pasrah terhadap pasangan masing-masing.

“Dari dulu, you tak pandai menipu, May. Jadi, jangan sekali-kali, you menipu diri you sendiri.”

“Huhh!” Gumam Madeline Sumang. Secara tidak langsung membantah nasihat ikhlas Maximus Randell.

Maximus Randell hanya mampu menggeleng-geleng. Terkilan benar dengan keegoan Madeline Sumang.

“Mungkin you pandang remeh apa yang I kata… Tetapi, I pernah merasakan betapa seksanya menipu diri sendiri. Sekali lagi… Tolonglah selamatkan diri, you. Jangan buat benda yang I pernah lakukan dahulu.”

Redup mata Maximus Randell memandang wajah Carl Blume yang duduk bertentangan dengan si ibu baring mengiring. Baiklah kalau tidak dapat dipujuk hari ini... tunggu pula keesokan hari. Moga-moga masih ada ruang kemaafan di dalam hati Madeline Sumang buat Maximus Randell.

“Nak ikut, Daddy?”

“Pergi mana?”

“Kita keluar sekejap. Beli.apa yang patut, baju Carl dan Leya, buah-buahan, makanan kita nak masak. Lagipun Mummy Carl tak sayangkan, Daddy.  Jadi Daddy kena masak untuk kita berdua.” Sengaja Maximus Randell mengeraskan intonasi suaranya, untuk memancing perhatian Madeline Sumang.

Carl Blume mengerak-gerak tangan Madeline Sumang. Tak nak bangun, dia buka mata Madeline Sumang melalui dua hujung jari kecilnya. Diperhatikan dengan kuntuman senyum di mulut Maximus Randell.

“Mummy tak nak ikut?”

Madeline geleng.

“Mummy tak nak ikut, tak apa… Nanti Daddy bawa Carl jumpa old pa, Sam.” Pancing Maximus Randell lagi. Entahlah, sama ada nama yang baru disebutnya tadi dapat menarik minat Madeline Sumang.

Bila mendengar Maximu Randell menuturkan nama yang tidak asing lagi, lalu Madeline Sumang terus bangun. Menyandarkan badan di kepala katil.

“You! Jangan pandai-pandai bawa budak berjumpa dengan orang yang dia tak biasa.”

“Oh! Jadi you kenal dengan Uncle Samuel?” Asak Maximus Randell. Mana boleh dia lupakan kisah mereka awal pagi tadi. Dan rasanya dia belum hilang akal lagi. Orang tua dan kubur itu memang wujud!

“Siapa dia, bukan urusan aku atau kau! Begitu juga anak-anak aku.”

Jawapan Madeline Sumang sudah cukup mengesahkan bahawa Uncle Samuel masih wujud. Cuma Madeline Sumang dan orang yang tertentu sahaja yang mengetahui kisah itu. Bagaimana dengan Evelyn? Adakah dia tahu atau tidak mengenai cerita kubur lama dan Uncle Samuel?

Dari cara Evelyn Menti pagi tadi, seolah-olah dia tak mengenali Uncle Samuel. Apatah lagi berkenaan kubur lama itu. Tak apalah... Mungkin Madeline Sumang mempunyai sebab yang tertentu tidak menceritakan hal peribadinya.


No comments:

Post a Comment