Wednesday 4 March 2015

Nafas Cinta Bab 17

Bangun dari tidur Maximus Randell terus mencapai seluar track dan baju T. Cuaca masih sejuk dan matahari pun belum tinggi sangat. Jendela rumah kecil itu segera dibuka. Nyaman terasa kulit pipi disentuh oleh udara segar di kaki bukit. Selang beberapa langkah, kelihatan seorang pekerja wanita, terhendap-hendap di sebalik sidaian kain sarung. Sempat lagi Maximus Randell mengangkat tangan kepada wanita tersebut.

Memandangkan Maximus Randell kelihatan ramah, wanita tersebut keluar dari tempat mengendap. Dia hadiahkan sebuah senyuman manis sebagai tanda perkenalan.

“Pekerja baru, ke?” Sudah menjadi tradisi untuk beramah mesra dengan rakan-rakan. Inikan pula tinggal berjiran, diberi pula markah bonus dengan penampilan segak lelaki muda ini. Mana-mana wanita pun pasti akan mudah terpikat.

Maximus Randell, terdiam. Bagaimana dia patut menjawab soalan wanita itu? Jujur? Nanti diingatkan menunjuk-nunjuk pula. Bohong sedikit? Adakah istilah seperti itu?

“Hah!”

Ragu-ragu pula bentuk jawapan yang dipilih oleh Maximus Randell menyebabkan si jiran timbul perasaan pelik.

“Hah, ya, ke?”

Maximus Randell mengangguk kerana tidak ingin memanjangkan cerita mereka. Rancangan malam tadi perlu diteruskan. Tambahan pula keadaan cuaca pagi ini sangat baik untuk dia mengeluarkan peluh pagi. Tergesa-gesa dia keluar dari rumah. Kasut sukan di luar disarung pantas.

“Saya, Rossa. Kamu?”

Maximus Randell tenggadah dari kedudukan mencangkung. Cepat sungguh jiran sebelah berada di hadapannya untuk berkenalan lebih lanjut lagi.

“Oh! Panggil saya, Max….” Pada pendapat Maximus Randell, sekadar memberikan nama tidak salah. Lagipun mereka berjiran memang patut untuk Rossa mengetahui namanya. Sekiranya ada apa-apa masalah senang untuk mereka berusan kelak.

“Bila kamu sampai? Kelmarin, tak nampak pun di ladang orkid?”

Maximus Randell terdiam sejenak. Maklumlah orang menipu, mesti tahu untuk mencipta alasan.

“Ada… kamu tak nampak saya, kut.”

Rossa tersenyum nipis.

“Oh! Mungkin juga. Tak apa, nanti saya tanya Puan May berkenaan kemasukkan kamu.”

Aduhh! Maximus Randell terdiam lagi. Bagaimana? Batalkan pengakuannya sebentar tadi?

“Boleh, boleh… Rossa tanya Puan May, okay? Saya pergi dulu.” Tanpa menoleh ke belakang Maximus Randell berlari meninggalkan Rossa. Tanpa perasaan bersalah, dia tahu bahawa dia bakal meletakkan Madeline Sumang dalam keadaan serba salah.

Lariannya semakin laju sambil teringatkan tubuh kecil Carl Blume tidur memeluknya malam tadi. Hangatnya pelukan si anak masih dapat dirasakan pada saat ini. Betul, pada jangkaan Madeline Sumang. Ketika Carl Blume bangun tengah malam dia menanggis teringatkan si ibu.

Dalam keadaan separuh sedar dia mendukung Carl Blume menerjah kegelapan malam menghantar si anak kepada si ibu. Semasa Madeline Sumang membuka pintu, Maximus Randell tidak berapa perasan mengenai penampilan wanita itu. Apa yang pasti... dia ingin meletakkan Carl Blume di atas katil secepat mungkin.

Madeline Sumang pula seolah-olah orang sedang berkhayal. Berjalan pun terhoyong hayang, seperti orang mabuk laut. Selepas membuka pintu, dia berjalan di belakang Maximus Randell. Diikutkan sahaja hala tuju kaki Maximus Randell sehingga ke dalam bilik Carl Blume.

Maximus Randell agak kelang kelibut menguruskan tempat tidur si anak. Kehadiran Madeline Sumang di situ tidak disedari olehnya. Setelah selesai menyelimutkan Carl Blume, dia panggung kepala lalu menoleh ke hujung katil.

Bulat biji matanya, melihat Madeline Sumang dalam pakaian tidur dari kain satin lembut. Mata mengantuk tadi, kini, menjadi segar bugar. Tidak disangka sama sekali dia berpeluang memandang sesuatu yang lama tidak dilihat olehnya.

Panjang Maximus Randell menarik nafas. Dia perlu menyedarkan diri. Tidak perlu mengikut kehendak nafsu yang satu itu. Kelihatan wanita itu tidak berapa sedarkan diri. Duduk di tepi katil dengan mata separuh tertutup. Andainya dia punya niat jahat... boleh hancur sekali lagi nasib mereka berdua!

'Sabarrrr... Max, sabarr....' Bisik hati kecilnya.

Perlahan dia bergerak ke arah Madeline Sumang.

"May, I balik dulu...." Niat di hati ingin terus melangkah meninggalkan Madeline Sumang di situ. Pada saat seperti itu, imannya yang tinggal sejemput cuba mengawal akal dan nafsu.

Baru beberapa langkah dia meninggalkan Madeline Sumang, kedengaran bunyi kuat dari dalam bilik Carl Blume. Perasaan ingin tahu membawa kakinya ke dalam bilik Carl Blume semula.

Lama dia menggeleng di hadapan pintu bilik. Sempat juga dia menarik senyum lebar. Kedudukkan Madeline Sumang sekarang amat menggelikan hatinya. Jatuh melintang di bawah kaki katil Carl Blume menimbulkan rasa simpati Maximus Randell.

Lalu dia duduk melunjur di tepi Madeline Sumang. Digerak-geraknya badan kecil wanita itu.

"May, bangun... Pergi tidur dalam bilik you."

Beberapa kali dia memanggil tetap tiada respon. Malah kejap tangan Madeline Sumang melingkar di pinggang Maximus Randell. Laju dia menelan air liur. Hangat darah jantan tiba-tiba melonjak naik. Lama dia kaku di situ, cuba untuk bertenang dari keinginan yang memerlukan pertimbangan akal fikiran. Bukannya mengikut kehendak nafsu seperti lima tahun dahulu.

Oleh kerana tidak ingin melayan perasan tidak keruannya... Lantas dia bangun lalu digendongnya tubuh kecil Madeline Sumang menghala ke bilik bersebelahan dengan bilik Carl Blume.

Setelah membaringkan Madeline Sumang. Teragak-agak Maximus Randell hendak menundukkan bandannya. Tinggal seinci lagi mulutnya hampir singgah di kening Madeline Sumang. Lalu dia membatalkan hasrat hati lelakinya. Sementara tangannya mengusap lembut rambut lurus Madeline Sumang.

"Sweet dream...."           

####

Dari atas beranda Banglo, Madeline Sumang memasang mata memerhatikan gerak geri Maximus Randell. Larian Maximus Randell menghala ke cerun bukit menerbitkan perasaan curiganya. Kenapa Maximus Randell hendak ke sana? Adakah disebabkan hal semalam?

Bukankah malam tadi, Madeline Sumang tidak melayan soalan Maximus Randell mengenai hak tanah dan kaitan diantara Uncle Samuel. Bukan niat dia tidak ingin menjawab. Tetapi ada sebab yang menghalang dia daripada berterus terang.

'Eh, wait! Mana Carl? Dia tinggal seorang ke dalam rumah tu?' Laju Madeline Sumang berlari semula ke dalam bilik. Tak senang hati, memikirkan anak seorang diri ditinggalkan oleh Maximus Randell.

"Mummy."

Madeline Sumang menoleh ke arah suara yang memanggil.

"Carl? Awal balik? Daddy tak ada, ya?"

Carl Blume memicing mata. Mengalirkan perasaan keliru di dalam jiwa kecilnya.

“Daddy?”

“Ya, Daddy. Takut tidur sendiri kat sana?”

“Mummy, saya tidur dalam bilik ini. Baru saja bangun.”

Kini giliran si ibu pula memicing mata.

“Maksud, Carl?”

“Mummy, buka pintu malam tadi. Tak akan Mummy tak tau?”

“Daddy, hantar Carl?”

Carl mengangguk.

“Mestilah Daddy yang hantar.”

Madeline Sumang terduduk menekup muka dengan kedua belah telapak tanganya. Menyirap darah merah ke serata wajah putihnya. Memandangkan keadaan diri pagi tadi, terbit perasaan tidak selesa di hatinya. Malu tak terkira! Kenapalah dia cuai sangat?

“Mummy, kenapa?” Carl Blume mengoncang-goncang badan si ibu. Takut benar bila dia melihat reaksi tergeleng-geleng Madeline Sumang.

“Tak ada apa.”

“Okay. Leya, dah bangun?”

“Pergi tengok dalam bilik, Mummy Eve.”

“Leya tidur dengan Mummy Eve?”

“Ya, kenapa?”

Carl Blume tersenyum-senyum memandang si ibu.

“Kenapa, Carl?” Timbul perasaan curiga Madeline Sumang bila melihat si anak terlebih ceria.

“Patut, Daddy lama dalam bilik, Mummy.” Kata Carl Blume,memecahkan tembelang si ayah pula.

“Eh, Carl? Cakap betul-betul… Daddy buat apa?” Hangat segala urat saraf Madeline Sumang mendengar cerita menarik si anak. Yang paling penting, apa Maximus Randell telah buat semasa di dalam bilik? Kurang asam betul!

“Carl tak tahu. Cuma Carl nampak dia kendong Mummy dari bawah katil Carl ke bilik Mummy. Itu sahaja yang Carl tahu.”

“Betul, Carl tak tahu?”

Carl Blume menggeleng.

“Yang lain, Mummy kena cari sendiri.”

Madeline Sumang membeliakkan biji mata. Geram sangat dengan jawapan si anak. Kecil-kecil sudah pandai mempermainkannya. Teragak-agak dia ingin menyoal Carl Blume. Nanti dijaja ceritanya pula kepada si ayah. Timbul pula masalah lain.

“Carl, pergi bilik Mummy Eve… Mummy keluar sekejap.”

“Mummy, nak ikut.”

“Tak boleh.”

“Nak ikut juga.”

“Carl, dengar cakap Mummy. Pergi masuk bilik Mummy Eve….”

Madeline Sumang perhatikan wajah masam si anak membawa diri menuju bilik Evelyn Menti. Naluri seorang ibu, tetap merasai simpati dengan rajuk si anak. Sebentar dibuang jauh-jauh hati lembut agar mengikut kehendak Carl Blume. Masalah tengah malam tadi harus dilunaskan dengan Maximus Randell. Dia perlukan jawapan, apa yang telah lelaki itu buat semasa dia tidak sedarkan diri malam tadi.

Pakaian sukan yang sentiasa tersangkut di dalam almari disarung ke badan. Madeline Sumang dapat menghidu ke mana hala tuju Maximus Randell. Berdasarkan pengalamannya selama ini, dia yakin bahawa dalam masa setengah jam boleh sampai ke tempat itu. Cerun itu adalah salah satu tempat kegemarannya untuk menikmati kecantikkan ladang orkid. Tempat dia mengumpul ketenangan sambil mendekatkan diri dengan kasih si ibu.

Setiap kali bila berada di cerun itu, kubur ibu yang sentiasa menemani. Di sana tempat dia mencurahkan kisah perjalanan hidupnya. Tidak disangka, dia bakal berebut tempat itu bersama Maximus Randell.

Dari arah belakang kedengaran bunyi ranting patah. Pada ketika itu Maximus Randell sedang mendaki tebing cerun. Lalu dia berhenti sambil menoleh ke belakang. Di sebalik pokok-pokok renek jelas kelihatan Madeline Sumang sama mendaki tebing itu juga.

Maximus Randell pakukan langkah kakinya. Matanya asyik melihat kelincahan wanita itu mendaki tebing bukit tanpa sebarang masalah.

“Morning, Baby. Stamina kuat? Mesti selalu naik ke sini?"

Madeline Sumang mengangkat muka. Nafas yang tinggal sejemput, cuba ditahan dari beralun-alun di dada. Sementara ada orang memuji. Penat pun kena tahan juga.

"Ke tepi, aku nak lalu...." Jawab Madeline Sumang tanpa mempedulikan soalan Maximus Randell.

Mana mungkin untuk Maximus Randell memberikan laluan bagi wanita itu. Dia menyapa baik-baik, dijawab pun tidak. Apa cerita? Pagi-pagi buta, tak akan hendak bergaduh.

"Tak nak ke tepi, tak apa." Dengan kudrat yang ada, Madeline Sumang menolak badan sasa Maximus Randell ke tepi.

"May!" Cepat tangan Maximus Randell menahan badan Madeline Sumang dari jatuh menyembah tanah. Kalau tanah rata, tidaklah  sakit sangat.

Pucat muka Madeline Sumang melihat tunggul kayu hampir menyucuk matanya. Itulah, baru sekarang pandai berfikir banyak benda berbahaya berada tempat seperti itu.

"Orang sombong dan degil... memang selalu akan terkena seperti ini."

Pantas Madeline Sumang melepaskan diri dari terus dipeluk oleh Maximus Randell. Sudahlah malam tadi dia tidak tahu apa yang terjadi. Jangan-jangan lebih dari ini yang telah Maximus Randell buat.

"Sombong lagi! Bukannya tau berterima kasih." Maximus Randell menolak badan Madeline Sumang ke depan sebelum dia menghayun langkah meninggalkan wanita tersebut.

Dalam keadaan marah Madeline Sumang mengikut langkah Maximus Randell dari belakang. Selagi persoalan malam tadi belum dijawab oleh Maximus Randell selagi itulah perhitungan di antara mereka berdua belum selesai.

"Sekali lagi jatuh depan I. I tak akan bertangguh lagi. I bawa you jumpa Ayah terus... senang cerita biar dia putuskan hal kita. Nak ke?"

Madeline Sumang berhenti melangkah. Ugutan Maximus Randell agak seram bunyinya.

"Buatlah, kalau berani."

"You, jangan cabar I. Dalam hutan ini, kalau I nak jahat I boleh buat apa I suka, tau?" Tajam Maximus Randell merenung anak mata Madeline Sumang.

"Ala, cakap saja berani buatnya tak?"

"Bukan tak berani, cuma masa belum sampai. Ni, buat apa menyibuk ikut I ke sini? Kalau tak sudi tengok muka hansom ini."

"Uweekkk... nak muntah!"

"Nak muntah? I tak buat apa-apa lagi kat you... tak akan dah nak muntah?" Usik Maximus Randell. Sukanya dia melihat wajah cemberut di depan.

"Jangan pandai-pandai buat cerita, okay. Aku tak suka!"

"Suka, tak suka. You tetap ada dengan I. I tak akan beranjak melainkan you kahwin dengan Adam. Dah jadi bini orang I tak akan ganggu. Tapi anak-anak, I akan tuntut." Nama sahaja memberikan pilihan bagi Madeline Sumang. Hakikatnya Maximus Randell tidak mungkin akan melepaskan wanita itu untuk mengahwini lelaki lain.

"Jangan ingat you boleh sewenangnya dapatkan anak-anak I. They are fully mine! You tak ada hak ke atas mereka."

"Jangan lupa pula, Puan May... I am their biology father. And you... kept them away from me for quite sometime."

"Sibuk! Dulu tak ada anak tak ada pun sibuk nak beranak."

"Itu dulu, sekarang lain. Anak dah ada kat depan mata. Tak akan nak tolak ke tepi. You nak ke, I buat benda macam tu?"

"I tak ada kuasa nak cakap dengan you pasal benda ni. Balik la... duduk lama-lama kat sini buat apa?"

"I tak akan balik dari sini selagi kita tak kahwin... titik!"

"You ni, degil!"

"You pun, sama!"

"Seronok sangat ke tinggal di rumah pekerja? Lepas tu boleh pula you mengaku sebagai pekerja ladang orkid."

Maximus Randell tersenggih. Cepat sungguh jiran sebelah rumah menemui majikannya....

"Awal Rossa jumpa, you?"

"Hurmm! Awal ada makna...."

Panjang lebar senyuman Maximus Randell. Tercuit hatinya mendengar omelan penuh makna Madeline Sumang.

"Ni, ikut sampai ke sini hanya kerana hal Rossa? Atau ada hal lain?"

Madeline Sumang mendengus. Kakinya menghala ke arah sebatang kayu yang terbaring di atas tanah di atas cerun. Setelah pasti selamat untuk duduk baru dia duduk di situ.

"Ni, kes cemburu ke apa?" Giat Maximus Randell lagi dari sebelah tepi Madeline Sumang.

"Eh! Tolonglah, tak ada kuasa aku nak cemburu." Bangkang Madeline Sumang. Walhal, sehabis mungkin dia cuba menyembunyikan perasaan tidak keruannya. Lain betul rentak hatinya semasa Rossa datang bertanyakan perihal Maximus Randell tadi.

"Betul ke?"

"Eh! Betullah....."

"Habis tu... what bring you here?"

Madeline Sumang ketap mulut. Bagaimana caranya merungkai cerita malam tadi? Perasaan segan datang pula ketika ini.

"May, kenapa? Ada apa-apa masalah? Cuba cerita...."Maximus Randell menekan semula soalannya. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang sedang ditanggung oleh wanita itu. Kalau tidak, tak mungkin Madeline Sumang akan rela hati menemaninya di situ.

"Err...." Senyap semula Madeline Sumang.

"May... teruskan."

Madeline Sumang menoleh ke arah lain. Segan untuk dia mengutarakan soalan semasa berdepan empat mata dengan Maximus Randell.

"Malam tadi, you buat apa dalam bilik I?"

Lebar senyuman Maximus Randell  mendengar soalan senafas dari mulut comel wanita itu.

"Betul, you nak tahu apa yang terjadi?"

Madeline Sumang mengangguk. Kedudukkan muka masih seperti tadi. Malu teramat! Menyesal pula menyibukkan diri menyoal mamat senggal di tepinya.

"No! I tak akan bagi tau...." Maximus Randell membatalkan hasratnya untuk membahankan Madeline Sumang. Kasihan pula dia melihat wajah mula memerah wanita itu.

"Orang bila buat benda tak elok, dia tak akan mengaku."

Tuduhan yang dilemparkan oleh Madeline Sumang amat menggelikan telinganya.

"Buat apa I nak mengaku salah kalau I tak buat apa-apa pun."

"Carl kata you lama dalam bilik I. Buat apa lama-lama dalam bilik tu?"

Maximus Randell tarik senyum lebih lebar. Ada orang akan termalu sekali lagi.

"You bagi tahu I... Bagaimana cara nak keluar cepat, kalau ada orang peluk kejap dan tak nak lepaskan you?"

Menyirap darah panas ke seluruh pembuluh darah di badan Madeline Sumang. Malunya, kalau betul dia yang terlebih sudu dari kuah.

"Bohong!"

"Pasal tu I tak nak cerita. Sebab you tak nak percaya."

"Bohong!"

"I tak tipu... dan hal ini I tak boleh biarkan berterusan, May."

"Maksud you?"

"Dah jelas dah kan... I nak kita kahwin."

"I tak nak!"

"Kalau tak nak... tolong fikirkan, malam tadi you selamat sebab I masih kuat bertahan. Andai satu hari I tak terdaya menolak keinginan... apa yang akan terjadi? Kita pernah terlanjur sekali, May. I tak nak ulang benda yang sama." Maximus Randell diam seketika... "Please... will you marry me?"

Madeline Sumang tergamam mendengar penjelasan dari Maximus Randell. Ya, ada benarnya pendapat lelaki itu. Masalahnya, dia belum bersedia untuk berdamai dengan Maximus Randell.

"Beri kita peluang, May... jangan sampai nasib kita seperti insan di depan sana. I rasa you faham apa maksud I."

Sekilas Madeline Sumang menoleh ke arah kubur ibu kandungnya. Lebih setahun, dia tidak datang menemui ibunya. Perasaan rindu tidak pernah lekang dari hatinya.

"Bila nyawa sudah terpisah dari badan baru kita menyesal akibat terlalu mengikut nafsu amarah. Pada masa itu semuanya sudah tidak berguna. Jadi, sementara kamu berdua masih bernyawa perbetulkan apa yang patut." Lemah suara Uncle Samuel menyampuk dari belakang mereka.

"Papa cuma mampu menziarahi kubur ibumu, May. Papa tidak ada kuasa untuk menyambung nyawa ibumu. Andainya... Papa mampu balik semula ke ruang masa lama, Papa akan perbetulkan setiap kesilapan Papa. Tetapi... kita ini manusia biasa, tidak mungkin boleh menghidupkan nyawa yang telah mati."

Masing-masing diam mendengar luahan rasa Uncle Samuel. Madeline Sumang menundukkan kepala. Orang tua itu, langsung tidak dipandang.

"Fikirkan, May... jangan diikutkan nafsu marah dan dendam. Jangan diulang apa yang Papa telah lakukan. Papa cintakan ibumu tetapi Papa ego... terlalu ikutkan kata hati, lalu akal, Papa letak ke tepi. Papa abaikan kamu setelah Papa tahu kewujudan kamu. Mungkin kerana itu... Papa tidak pernah tenang."

Uncle Samuel melebarkan pandangan ke arah mereka berdua. Ingin dia menjeritkan tentang perasaan hatinya... Betapa dia menginginkan mereka bersatu dalam erti kata yang sebenarnya. Punya kedudukan yang sah di mata masyarakat.

"Maafkan Papa... kerana membiarkan May tinggal dengan ibu dan ayah May. Papa tahu mereka mampu menjaga May dengan baik. Tidak Papa...." Uncle Samuel berjeda seketika. "Setelah disahkan sebagai orang tidak siuman... Tiada siapa lagi berani menghampiri Papa. Papa biarkan diri menjadi bahan tontonan masyarakat di tepi jalan."

Maximus Randell mencelah. Terkejut dengan penjelasan Uncle Samuel. Begitu sekali nasib yang menimpa warga tua ini.

"Uncle Sam, I am so sorry."

Madeline Sumang masih menunduk. Namun, kali ini airmata mula mengalir laju. Cerita si ayah berjaya juga menyentuh hati kecilnya. Selama ini, dia tidak pernah tahu bahawa liku-liku hidup orang tua itu terlalu sukar sekali. Setiap kali dia terserempak dengan Uncle Samuel tidak pernah tergerak hatinya untuk mendekatkan diri. Dia ingatkan orang tua itu hanya hidup dalam keadaan daif sahaja.

Pengalaman dirinya ditinggalkan oleh Maximus Randell menyebabkan dia secara langsung membenci Uncle Samuel. Bukan kerana dia tidak dijaga oleh orang tua itu. Tetapi, kerana Uncle Samuel meninggalkan ibunya. Sama seperti dia ditinggalkan oleh Maximus Randell. Dia faham malah amat faham, bagaimana ibunya cuba meneruskan hidup.

"Nasib aku sama seperti nasib ibu. Disebabkan lelaki seperti kamu berdua kami menderita... aku agak bernasib baik sebab nyawa masih panjang. Mampu lagi membela anak-anak. Tetapi, Ibu... dia tidak sempat melihat aku. Malah kelahiran dan kewujudan aku di dalam rahim ibu pun disembunyikan. Sejak lahir aku dibela oleh ibu Igat yang aku ingatkan ibu kandung sendiri."

Madeline Sumang menoleh ke arah Kedudukkan tangan kasar Maximus Randell yang telah hinggap di bahunya. 

"Hal aku hamil tanpa suami membongkarkan cerita yang sebenarnya. Aku tahu semasa ayah hina aku, hina ibu.... tak apa. Aku tahu, aku salah. Kebetulan ibu tidak dapat menerima berita memalukan ini, lalu dia meninggal kerana tertekan."

"May.... I am sorry." Ujar Maximus Randell memeluk lutut Madeline Sumang.

Dalam linangan airmata Madeline Sumang memegang kepala Maximus Randell. Saat itu, seluruh kasihnya tumpah kepada lelaki itu.
"Tapi... aku tetap terkilan bila ayah menghina anak-anak aku. Aku takut, satu hari nanti aku tidak mampu bersabar lagi... aku sayang ayah, Max.... Papa."

"Kita kahwin, May. Kita cuba beli hati ayah semula. Minta ampun dari dia." Rayu Maximus Randell.

"Ketenangan Papa cuma ada di sini, May dan kebahagiaan kamu juga. Selagi kamu berdua belum memperbetulkan kesilapan masa lalu kamu, Papa tidak akan tenang. Mungkin ayah kamu pun begitu juga."

"Aku tak tahu...." Madeline Sumang menggeleng-geleng. Sukar untuk dia memberikan keputusan dalam keadaan tertekan.

"Alangkah bagusnya kalau Papa berhak sepenuhnya ke atas kamu, May. Papa boleh meluruskan jalan bagi kamu. Keadaan Papa seolah-olah seperti ketam mengajar anak berjalan lurus."

"Papa!" Madeline Sumang tidak mampu mendengar rintihan Uncle Samuel lagi. Sesak nafasnya mengingatkan kisah cinta arwah si ibu dan ayah kandungnya.

"Uncle, sudahlah... Mari kita balik dahulu. Hal ini kita selesaikan kemudian." Ajak Maximus Randell memandangkan matahari sudah agak tinggi. Pancaran matahari pula mula memeritkan kulit.

"May, bangun... Jom kita balik dulu. Leya kan demam malam tadi. Nak kena tengok juga. Tak apa... Now, I am here to serve you." Sempat lagi Maximus Randell mengusik si jantung hati. Jawapan Madeline Sumang belum diketahui lagi. Namun dia pasti, Madeline Sumang akan memberikan jawapan yang positif.

"Papa, maafkan May. May tak tau, apa yang terjadi. Rumah May luas, ayah boleh pilih mana satu bilik ayah." Madeline Sumang tidak tahu sama ada orang tua itu sanggup berpindah ke banglonya.

"Tak payah, May, Max... Papa lebih senang tinggal begini. Papa boleh datang ke sini bila-bila masa Papa suka." Tolak Uncle Samuel. Segan pula dia menerima tawaran Maximus Randell dan Madeline Sumang. Apa pula kata Ayah May?

"Papa. Rumah itu rumah Papa juga. Jangan pernah lupa tanah ladang orkid adalah milik Papa."

"May, dari dulu Papa telah berikan tanah ini kepada Ibu May. Secara langsung ia adalah milik May."

"Tapi, Papa... dalam undang-undang sebahagian besar tanah ini masih milik Papa. Milk ibu saya boleh tukar." Madeline Sumang hendak menerangkan berkenaan pihak ladang kelapa sawit. Tetapi merasakan masa tidak tepat. Jadi, dia diamkan dahulu.

"May, Uncle... jom, kita balik dulu. Sambung sahaja di rumah. Nak sembang pasal tanah tak akan habis di sini sahaja. Panjang cerita." Celah Maximus Randell.

Bila Madeline Sumang dan Maximus Randell sudah melangkah menuruni cerun, terpaksa juga Uncle Samuel mengekori mereka. Hal tanah, serba sedikit menarik perhatiannya.

To be continue... Enjoy your reading.

No comments:

Post a Comment