Monday 3 November 2014

Hijrah Cinta, Bulan Bab 5

Tanpa banyak soal aku ikutkan sahaja kehendak Ellai. Aku kunci mulut walaupun timbul banyak persoalan menerjah masuk CPUku. Dari tempat duduk sebelah aku jeling Ellai... raut wajahnya agak cekang. Bukan masa yang sesuai bagiku bertanya soalan. Aku biarkan persoalan tersebut hilang bersama resah di hati.

Sampai di hotel, Ellai menerjah masuk biliknya. Mengambil apa yang patut. Seperti tunggul kayu, aku memerhatikannya menyumbat beberapa pasang pakaian masuk ke dalam bag galasnya.

Aku menikus bila Ellai tiba-tiba menendang meja solek di tepi katilnya. Terkejut! Pertama kali aku melihat Ellai naik tocang. Mengamuk seperti orang hilang akal. Begitu beratkah panggilan telefon tadi?

Dia lurutkan rambut. Kedua belah tangan memaut rapat kepalanya. Perlahan-lahan Ellai mengelongsorkan badan di belakang almari pakaian. Di atas lantai marmar, dia satukan kepala dan lutut, sambil kedua belah tangan memaut kaki.

Berat sangat mataku memandang duka ditanggung oleh Ellai. Sekuat mana, hati seorang perempuan mudah cair. Apatah lagi bila dijamu dengan kesedihan kekasih hati. Aku gagahkan diri, takut atau tidak terpaksa aku hampir Ellai. Duduk di sebelah pun sudah memadai. Tanpa suara, hanya bertemankan hempasan nafas Ellai. Sekejap kuat sekejap lemah...

Selang beberapa minit, aku beranikan diri. Aku paut bahunya... dia dongakkan kepala. Hatiku sayu! Ada butir jernih di pelupuk mata hazel itu. Aku lemas di dalam renungan bening mata Ellai. Simpatiku melebihi rasa kasih terhadap Ellai.

"Ellai, apa hal ni? Mungkin lebih mudah kalau you kongsi cerita dengan I." Aku cuba memujuk. Manalah tahu, aku boleh meringankan bebanan Ellai.

Ellai menggeleng lemah.

"Tak ada apa. Nothing to worried!"

"Mana boleh tak ada apa. Mesti ada something. Kalau tak you tak akan jadi macam ni." Sangkal aku. Lelaki, bila sampai menanggis menahan rasa hati. Mesti disebabkan sesuatu yang telah terjadi.

Dia bangun. Pelupuk matanya dilap sampai kering. Bag galas diangkatnya. Mata kami bertembung. Masing-masing bersama persoalan yang tersendiri.

"You nak ke mana?" Akhirnya keluar juga soalan itu dari mulut aku. Dia yang merancang percutian ini. Tak akan, aku ditinggalkan sendiri di bumi Bali. Buat apa?

Dia hempas nafas kuat!

"Love, I have to leave this hotel. Beberapa hari sahaja. I promise, I akan datang semula. You tinggal di sini. I tanggung segala keperluan you."

"No! You tak boleh buat I macam ni!" Bentak aku.

"I have to go, Bulan. I akan datang. Cari you di sini. I janji!" Ellai lepaskan semula bag galas di tangannya. Dia hampir aku. Rakus. Dia paut aku ke dalam pelukkan. Kejap, kuat dan hangat! Bukan pelukkan nafsu. Tapi aku tahu, ia adalah pelukkan penuh kasih!

Aku pandang Ellai bersama rasa suam di pelupuk mataku. Perpisahan tak dijangka ini, melumpuhkan sistem badanku.

"I'll be very lonely, tanpa you temankan I di sini. Apa I nak buat nanti?" Seperti anak-anak kecil aku menyoal soalan bodoh kepada Ellai.

Halus jari jemarinya menyapu sisa airmataku. Aku pejamkan mata bila bibir lembutnya menyentuh pelupuk mataku. Lama... cukup menghantarkan maksud cinta yang sangat dalam.

"Just do whatever you want to do. Enjoy your stay. Ambik card ni. You boleh guna untuk shopping." Aku terkesima bila Citybank Platinum Master Card berada di atas tapak tangan. Jelas tertera nama aku di atas kad tersebut.

Aku dongakkan kepala semula. Redup mata hazel memandangku.
"Ambik lah... I buat untuk you sebelum you datang ke sini. A surprise gift dari I."

Aku terkedu sekali lagi...

"I appreciate your afford. Tapi I tak perlukan benda ni. Cinta I bukan kerana duit you, Ellai. Jangan sekali-kali you ingat duit you boleh beli cinta I."

"No, Love. I tak maksud macam tu!  I prepare for you, just in case, emergency. Macam hari ini." Bantah Ellai pula. Tujuannya bukanlah untuk membeli harga cinta Bulan. Tak pernah terlintas di hatinya pun!

"I tetap tolak. Tak nak!" Aku bagi letakkan semula kad tersebut di telapak tangan Ellai.

Ellai mengacip gigi. Geram kerana aku menolak niatnya.

"You jaga diri. I pergi dulu. Kad ni I letak kat sini. Gunakan bila you rasa perlu."

Belum sempat aku bertindak, Ellai sudah melajukan langkah. Meninggalkan aku di sini, di tanah asing, di bumi Bali!

Aku buntu, apa harus aku buat? Balik atau teruskan percutian, tunggu Ellai datang semula? Kalaulah, kalaulah Ellai datang semula... kalau tidak bagaimana?

Sakit hati! Geram! Marah! Bercampur aduk! Seperti sampah aku ditinggalkan terkapai-kapai di tempat orang. Semuanya perasaan negatif itu bersarang di hati. Aku lemparkan badan di atas tilam empuk. Berat kepala memikirkan nasib di tempat orang.

Lantas aku bingkas bangun! Bag galas kecil aku ambik bersama dengan kad platinum peninggalan Ellai tadi..

'Rasakan! Aku betul-betul gasak kad ini, baru you tau.'

Geram punya pasal apapun boleh jadi. Tak kira, aku sanggup buat apa sahaja. Janji hati aku puas!

Di luar lobi, aku panggil teksi. Pantai Kuta menjadi pilihan aku lagi. Deretan kedai tattoo, masih terkurung di dalam tempurung kepala aku. Tabiat lama... untuk menghilangkan sakit yang menyucuk hati, aku kena lepaskan pada sesuatu. Apa sahaja, janji hati aku puas dan kerja yang aku buat adalah masuk akal! Pada perkiraan aku, ketika ini!

Aku arahkan pemandu teksi berhenti di kedai tattoo yang menarik perhatian aku. Gagah aku melangkah ke kedai tersebut. Tiada pelangan. Tuan punya kedai pun tiada. Aku mengambil peluang, mengintai corak tattoo yang dilekatkan di permukaan dinding.

'Banyaknya design. Dah tu, cantik-cantik pulak! Nak pilih yang mana satu ni?' Aku bersunggut sendirian. Macam ada orang di tepi. Boleh bawa berbincang. Memilih salah satu corak tattoo yang sesuai untuk dicorakkan di badan.

"Hurmm! Hai."

Aku kalihkan muka ke sebelah kanan. Si mata biru sedang ralit memandang aku.

"Have you choose your favourite design, Mam?"

'Alamak, silap kedai ke? Kedai Mat salleh ke?' Bisik akalku.

"Mam...."

Lelaki bermata biru menegur aku semula. Mengembalikan aku ke dunia nyata.

"Your shop?" Tanya aku. Soalan bodoh lagi!

Dia angguk.

"Yes, Mam. Would you like to have an ink?"

Aku kerutkan kening!

"Ink?" Soalan bodoh lagi!

"Yes, ink... A tattoo...."

Aku mengangkat kedua belah bahu. Kehilangan ayat yang sesuai untuk mengambarkan kehendak hati.

"Well, Mam... I have some design. A special one, for you will be very beautiful."

Aku kerutkan kening semula. Tawaran si mata biru, menarik minatku!

"Let me see, than...."

"Come have a sit, Mam."

Segan pula, dari tadi si mata biru... ber'mam' dengan aku.

"Bulan. I am Bulan!"

Dia tersenyum mesra. Senang hati!

"Oh, Bulan. I am a star than...."

Aku kecilkan kedua belah mataku. Lain benar maksud ayat si bermata biru.

"My name is Bulan. Please call me Bulan."

Dia sungging senyum lagi. Lebih manis sesudu dari tadi.

'Mampuslah aku....'

"If you are Bulan, I would like to become your star...."

Aku bungkam! Lidah Mat Salleh tak bertulang. Banyak kuah dari isi. Terlebih lemak dari santan!

"Ehemm...." Aku kosongkan saluran kerongkong yang tersekat.

"You know the meaning of my name?" Adoiii! Kenapalah aku asyik tanya soalan bodoh.

"A beautiful lady, hundred percent perfect as pretty as a moon."

Si bermata biru, betul-betul terlebih mentega, margerin, planta... Ayat yang dia digunakan terlebih berkrim!

"Oh! That is great." Aku berbasa basi. Menutup kegugupan diri.

Dia hanya tersenyum dan tersenyum dari awal perbualan kami.

"This is lovely!"

Aku terkedu semula.

'Tak akan la, dia tahu nama penuh aku.'

"I back your pardon."

"This is lovely design, Mam. I drew it last night. Could be it's design just for you."

Dia panggil aku 'Mam' lagi. Gula-gula aku pula! Tapi sungguh, rekaan lukisan tattoo tersebut menarik minatku. Sesuai dengan jiwaku. Simple and beautiful!

"I also like this design, Mam. It's suit you best!"

Tiba-tiba seorang lelaki menyampuk. Dari bentuk muka dan figura badan, dia nampak seperti lelaki tempatan.

"Abang, tuan kedai?" Cepat aku menukar bahasa perbualan kami.

Lelaki itu, terpinga-pinga.

"Boleh cakap Melayu?"

"Saya orang Malaysia, Bang."

"Ingatkan tourist Jepang atau Korea." Dia tersenggih.

"Bukan, Bang. Seratus peratus Malaysia dari Pulau Borneo."

"Patutlah... orang Kalimantan rupanya."

Aku angguk sambil tersenyum. Si bermata biru pun tersenyum sekali.

"Saya, Edward... Miss Bulan."

Aku terkedu lagi. Tahu pula si bermata biru bercakap Melayu. Abang yang seorang itu tumpang gelak.

"Dia Edward. Panggil saya, Agung."

Aku pandang mereka satu per satu. Masih binggung. Kejutan di bumi orang. Bermacam ragam dan coraknya.

"Kedai tattoo ini, milik dia. Saya tolong jaga. Masa cuti, dia tolong saya menguruskan kedai."

"Oh, begitu rupanya. Boleh pula orang luar beli property di bumi Bali?"

"Boleh. International lot."

Aku angguk sahaja. Kurang faham pasal hak milik tanah. Tetapi tetap gatal ingin bertanya. Buat pandai!

"So... would you like to have this?" Edward mengalih perbualan kami kepada tajuk asal. Tattoo!

Aku tarik nafas dalam-dalam. Sakit hati, telah hilang sejemput. Edward dan Agung sedang menghiburkan aku.

Tajam mataku memandang lukisan indah tersebut. Sekali terlekat di atas badan. Seumur hidup akan berada di situ. Aku hirup udara segar pantai Kuta. Keputusan muktamad akan aku buat sebentar lagi. Sekali seumur hidup... Kenapa tidak?

"Let's do it!"

Agung dan Edward menyungging senyum. Sebentar lagi salah seorang akan melakarkan ukiran itu di atas badan aku.

"Nak buat di mana?" Tanya Agung.
Aku selak baju singlet tinggi dari pusat. Jelas kelihatan kulit putih merah, masih suci dari tattoo.

"Dari sini ke sini, boleh?"

Edward dan Agung berpandangan sesama sendiri mendengar permintaan aku.

"Boleh, Mam. But it's will be quite painful. Do can take that pain?" Tanya Edward memerlukan pengesahan dari aku.

Aku diam seketika. Ketap mulut.

"I take those pain. Ink it!"

Edward kedipkan mata. Tersenyum lebar. Biasalah, lelaki bermata biru sukakan sesuatu yang adventures! Aku termasuk dalam golongan tersebut kut!

"I like your positive attitude!"

'Positiflah sangat, Edward... dalam hati ini, sedang dilanda tsunami.' Gumam aku sendiri.

"Abang Agung, berapa pula harga design ni?" Ditattoo badan, harga belum dirunding. Tak cukup duit nak bayar... Haru biru pula nanti!

Agung menoleh kepada Edward. Mungkin dia perlukan pendapat Edward. Aku tunggu jawapan mereka. Tak kisah sangat! Platinum kad kan ada... hehehe!

"Pay me, my ink price only. Workmanship I'll do for free..." Edward menjawab bagi Agung.

Aku bungkam.

"Abang Agung, boleh buat macam tu? Tak akan dia tak ambik upah?"

"Dia dah bagi... buat sahaja. Bukan selalu dia bermurah hati macam hari ini."

Lain yang aku inginkan. Lain pula jawapan Agung.

"How much than?" Aku mengalah juga. Malas hendak memanjangkan perbincangan yang tidak akan membawa perubahan.

"How much you can pay me?"

Edward suka main tarik tali dengan aku. Dari tadi dia suka mendera perasaan yang sebenarnya sedang didera.

"Lima puluh ringgit, boleh?"

'Ambik kau, tawaran tak logik langsung!'

"Fivety ringgit than...."

Terpempam semula. Edward bersetuju dengan tawaran aku! Merepek! Murah gila!

Proses mentattoo badan bermula. Edward menyediakan pelbagai jenis jarum. Jarum 'line' hanya satu batang dipacakkan di mesin. Bila Edward memulakan sentuhan jarum di atas kulit. Aku pejamkan mata. Menahan kesakitan yang aku tempah sendiri.

'Gila, kau ni Bulan....' Kata hatiku.

"Sakit? Boleh tahan?" Tanya Edward.

Oh, sudah semestinya sakit! Aku diamkan mulut. Otakku sedang menahan serangan jarum tersebut.

"Bila jarum dah mula meniti kulit. I tak boleh berhenti. Kalau I berhenti, you akan merasakan lagi sakit." Jelas Edward untuk meredakan kesakitanku.

Sesekali dia menjeling aku menyeringgai menahan tusukkan jarum 'line'. Bila rangka sudah siap, Edward tukar jarum tattoo kepada jarum 'shading' pula. Berhati-hati Edward mula mewarnakan bahagian dalam ukiran tattoo.

Rasanya kurang sakit sedikit dari semasa 'lining' tadi. Walaupun jarum 'shading' dia gunakan enam batang jarum dipacak sekali pada mesin tattoo. Cakap dan pantas dia melakarkan 'shading' di dalam ukiran tattoo.

"Dah lama buat kerja ni, ke?" Aku cuba mengalihkan kesakitan dengan memulakan perbualan dengan Edward. Otak bila kita alihkan sedikit, boleh juga mengurangkan tekanan pada kulit mulusku.

"Fifteen years...."

"No wonder you are very professional with this ink job." Aku pinjam kosa kata Edward tadi.

"No, I am not!" Edward merendah diri.

"Yes, you are. Cepat, cekap!" Puji aku. Betul! Edward sangat cermat dan cekap mengukir tattoo di badan aku.

Dalam masa satu jam, tattoo separuh siap!

"I kena cepat, supaya you kurang sakit."

"Oh. Tapi macam tak patut I bagi you lima puluh ringgit untuk kerja you." Aku tak puas hati, Edward sanggup dibayar murah oleh aku.

"For you only, Lovely Bulan."

Aku pandang dia... beberapa saat! Hairan, pelik!

"You kenal I, ke, Edward?"

Edward tarik mesin dari kulit perut aku. Dia pandang aku, beberapa saat juga.

"No... Any reason, why you thought that I knew you?"

Aku termalu. Pandai-pandai mengagak bahawa Edward mengenali aku. Perasan!

"You know my name...."

"Bulan?"

"Tak... Lovely Bulan." Jawab aku naif!

"Woww! Good chemistry than...." Edward tergelak.

"You are truly Lovely Bulan...." Sambung Edward.

Aku mula pening. Kurang faham, kurang cerdik! Tidak mahu mengandaikan ayat Edward. Takut tersalah sangka.

"Meaning?"

Dia mengeleng. Tersenyum indah. Petang yang menarik dan menghiburkan bagi aku. Ditinggalkan dan ditemani oleh orang yang berlainan. What a wonderful day!

"Meaning you are pretty young lady, sweet and lovely. Lovely Bulan suit you well!"

Darah segan menyimbah mukaku. Segan teramat bila Edward tidak berlapik memuji aku. Tapi betulkah, aku cantik!  Perasan lagi kut!

"Oh, I tak cantik. Macam orang lain juga."

"Sayang sekali, you sudah berpunya!"

Aku tersentap! Pelik benar ayat Edward. Adakah dia tahu siapa aku?

"Tak faham?"

"Mana your boyfriend or your husband?"

"Mana ada." Aku menyangkal. Tak sanggup aku hendak berkongsi kisah hidup dengan mamat kulit putih yang baru aku kenal dalam beberapa jam.

"Mesti ada... or dia tinggalkan you. And you are end up at my place. Ink your body." Provok Edward.

Aku mula hangat punggung! Si mata biru, terlebih info pasal aku. Siapakah mamat ini?

"Who are you, Edward?" Aku tak puas hati. Selagi dia tidak menjelaskan keadaan yang sebenar aku tidak akan berganjak. Aku perlukan jawapan!

Tanpa mengendahkan soalan aku. Butang 'ON' pada mesin tattoo di tekan Edward semula.

"Lay down... We need to continue our job."

Aku ikutkan sahaja arahannya. Tattoo separuh siap! Tak apa akan aku korek juga jawapan bagi setiap persoalan aku. Pening! Ellai dengan kerenahnya! Edward pula seolah-olah menyembunyikan rahsia.

No comments:

Post a Comment