Wednesday 1 April 2015

Nafas Cinta Bab 19

Setelah Uncle Samuel selesai menceritakan kisah di antara dia dan arwah Mak. Semua yang ada di ruang tamu terkejut. Patutlah arwah Mak membantah Maximus Randell dari mengahwini Madeline Sumang. Rupa-rupanya arwah dapat menghidu identiti Madeline Sumang. Cekap sungguh arwah Mak!

"Masalah Mak kamu, dah tak ada Max. Sekarang bolehlah kamu teruskan rancangan yang tertangguh dahulu." Uncle Samuel memandang Maximus Randell dan Madeline Sumang.

“Saya tak ada masalah, Uncle. Kalau ikut hati saya, sekara9ng juga saya nak jumpa, Ayah. Percepatkan urusan kahwin. Tak payahlah, saya nak tinggal lama kat sebelah sana. Boleh juga saya tengok anak-anak di depan mata saya sendiri.” Hujung mata Maximus Randell ditala kepada Madeline Sumang sambil bercakap denga Uncle Samuel. Tak tahulah, kalau Madeline Sumang masih berkeras hati. Tidak mengambil kira tentang keinginannya.

Madeline Sumang faham berkenaab lirikan mata Maximus Randell. Tetapi… sengaja dia mendera perasaan lelaki itu.Dia diamkan diri sendiri. Membiarkan Maximus Randell resah seorang diri. Jawapannya, dia sudah kunci di dalam hati. Dari dulu sehingga kini, hanya satu nama yang terpahat di dasar hatinya.

“Kita serahkan hal ini kepada Ayah.. Papa, Max.” Lain yang dikehendaki lain pula yang dijawab oleh mulutnya. Kali ini, dia perjudikan nasib mereka anak beranak untuk meraih kasih ayah semula. Besar harapannya, agar ayah akan menerima pinangan dari Maximus Randell.

Sejurus selepas Madeline Sumang menghabiskan ayatnya, Evelyn Menti menoleh.

“Kakak… Kenapa perlu keputusan ayah berkenaan perkahwinan Akak sekarang? Bukan Akak tak tahu, bagaimana sikap ayah selama ini? Bagaimana kalau, ayah tak setuju, Akak ikutkan juga?”

Madeline Sumang menarik nafas panjang. Beberapa pasang mata tersebut sedang menantikan jawapan darinya.

“Kita dengar dulu pendapat Ayah, Eve. Kalau ayah gembira dengan kesedihan saya, maka, saya akan hadiahkan kesedihan itu kepadanya. Kamu faham, kan, Eve?”

“Tak. Saya tak faham, Kak. Akal saya tak boleh terima keputusan Akak ini.”

“Faham atau tak… Saya tak salahkan kamu, Eve. Sebab kamu bukan dalam kedudukkan Akak. Akak perlukan kasih Ayah, begitu juga anak-anak Akak….”

Maximus Randell menoleh pantas lalu memintas…

“Wait, May. Anak-anak I pun perlukan kasih sayang ayah mereka May. Jangan bertindak tidak adil kepada perasaan I.”

Uncle Samuel mengangkat kedua belah tangannya. Keterbukaan masing-masing meluahkan perasaan menyebabkan keadaan di ruang tamu semakin hanggat. Enam orang tidah bersetuju dengan keputusan Madeline Sumang untuk menyerahkan nasibnya dan anak-anak ke tangan Ayah.

“May, Max… apapun kita perlukan keputusan Ayah May. Kita dengar dulu pendapat dia.”

Lisa Mary pengang tangan Maximus Randell. Wajah sunggul si adik menyentuh naluri wanitanya. Waktu kecil dahulu, bila Maximus Randell merajuk boleh juga dipunjuk dengan mainan. Disogok dengan mainan kereta atau lori wajah muram terus bertukar ceria. Masalahnya sekarang, Madeline Sumang bukan mainan. Perasaannya, tidak boleh dipaksa atau dibeli. Pasangan yang hendak bekahwin perlu mempunyai perasaan yang ikhlas, rela dan menerima seadanya.

“Max… balik petang nanti, Akak dan George akan pergi jumpa Ayah. Jangan risau, mana kita tahu… selama ini, Ayah tunggu saat ini. Orang tua, Max… nampak sahaja keras hati. Tetapi di dalam, dia lembut. Lagipun seorang ayah tidak akan membiarkan hidup anaknya menderita.”

Evelyn Menti mendengus. Ya la… Lisa Mary tidak kenal kerenah si ayah. Boleh dia kata ikut sedap mulut sahaja. Ayah dia, dia tahulah, bagaimana sikap prejudis orang tua itu.

“Kak Lisa… sikap ayah saya tu teruk!”

“Eve!” Tegur Madeline Sumang.

“Betul, apa?”

“Tak baik kata ayah macam tu. Bagaimana sekalipun dia tetap ayah, Eve.”

“Saya tak suka la, Kak. Dia buat macam-macam kat budak-budak ni.” Terlepas rahsia keramat yang disimpan dari pengetahuan si kakak selama ini.

Terkejut Madeline Sumang mendengar ayat si adik.

“Kamu kata apa, Eve? Apa ayah buat kat budak-budak ni?”

Evelyn Menti ketap mulut. Pandangan tajam Maximus Randell mengecutkan isi perutnya. Akhirnya, dia diamkan dirinya. Lebih selamat, daripada dia memecahkan banyak lagi rahsia ayah. Sikap ayah terhadap Carl Blume dan Cattleya Orked, kadang-kadang tidak logik di akal. Boleh ayah, membahagikan kasih sayang diantara anak-anak Igat dan anak-anak Madeline Sumang. Padanya, anak-anak abang dan anak-anak kakak tetap sama. Tidak pernah, dia membezakan layanan di antara budak-budak tersebut.

“Kenapa diam, Eve? Ayah buat apa kat budak-budak ni?” Soal Maximus Randell tegas.

“Max….” Evelyn Menti tidak mampu meneruskan ayatnya.

“Bagi tau, Eve. Apa ayah buat kat anak-anak Akak?” Soal Madeline Sumang juga.

“Ayah pukul mereka, ke?” Soal Maximus Randell. Bergetar nada suaranya menuturkan soalan keramat tersebut. Rasanya, tidak sanggup telinganya mendengar jawapan dari Evelyn Menti.

Evelyn Menti menggeleng.

“Ayah tak pernah pukul mereka, Kak, Max… tetapi ayah selalu hina dan anak tirikan mereka. Nasib baik Akak dah habis kursus fisioterapi di KL. Boleh budak-budak ini tinggal dengan Akak di sini. Telinga saya dah tak sanggup dengar ayah membebel tidak tentu pasal berkenaan budak-budak ini.”

Cuping telinga Maximus Randell sudah berdiri. Mukanya bertukar merah menyala. Darah panas sedang mengelegak di setiap pembuluh darahnya.

“May, I bagi you decide tentang cadangan I tadi… Tapi, kalau ayah tak benarkan kita kahwin dan you ikut kata ayah, I tidak akan teragak-agak untuk menuntut hak jagaan ke atas mereka. Alasan I kukuh, Madeline… saya tak nak emosi anak-anak saya terganggu dengan sikap prejudis ayah terhadap mereka.”

Madeline Sumang takzim.

“Fikir baik-baik, May. Kalau you rasa, kebahagiaan ayah adalah segalanya bagi you… Bagi I pula anak-anak ini adalah tanggungjawab I. Kebahagiaan mereka adalah keutamaan I. Jangan salah faham… Bukan I tak hormatkan ayah atau sayangkan you. Tetapi, ini adalah adalah pilihan you sendiri.” Maximus Randell sempat mengucup dahi Cattleya Orked yang berada di atas riba Lisa Mary. Tidak dapat dia bayangkan kehidupan yang akan datang tanpa anak-anak dan ibunya. Sungguh, hatinya begitu menginginkan mereka berada di sampingnya.

Pada pendengaran Madeline Sumang, sungguh ikhklas luahan hati Maximus Randell. Berbelah dua hatinya ketika itu. Samada meneruskan rancangan agar ayah yang akan menentukan jodohnya kali ini. Atau perlukah dia mengikut kata hatinya sekali lagi?

“I tak paksa you untuk menerima I. Siapalah I, di mata you sekarang? Tambahan, kita mempunyai sejarah yang terlalu gelap. Pernah meranapkan impian dan menghancurkan kepercayaan yang telah you sandarkan dahulu. Tidak mungkin untuk you menyematkan nama I dalam hidup you lagi, Madeline….” Sambung Maximus Randell lagi.

Hujung ayat Maximus Randell walaupun perlahan namun masih jelas pada pendengaran Madeline Sumang. Dia perlu kuat, jangan terlalu mengikut kata hati yang terlalu nyata menyebelahi luahan hati Maximus Randell.

“Saya minta maaf, hati saya masih tetap dengan pendirian saya. Biarpun, kalau terpaksa kita turun naik mahkamah kerana anak-anak. Saya tak akan sama sekali membiarkan anak-anak jauh dari pandangan mata saya. Cukuplah saya berpisah hampir dua tahun dengan anak-anak. Ianya suatu pengalaman yang sangat sukar bagi saya. Merindui dan risaukan mereka sepanjang saya berjauhan dari mereka. Kalau benar you sayangkan mereka, sayangkan saya… Pujuklah ayah, rayulah ayah demi kami. Tak salah kan, kalau you perlu merendahkan diri demi kami dan mengemis kemaafan dari ayah?”

Maximus Randell merenung Madeline Sumang. Sungguh perasaannya ketika itu sangat sukar digambarkan. Kasihnya terhadap wanita itu tidak pernah terlerai dari hati kecilnya. Yang lain hanya memasang telinga mendengar luahan hati dua pasangan yang belum menemui titik cinta mereka.

“Max, Akak rasa… biarlah Akak dan George berbincang dengan ayah May dahulu. Apapun keputusan ayah, kita perlu terima dengan hati yang terbuka. Andai ayah tolak… Maka, Max perlu lebihkan usaha meraih restu ayah May. Kahwin tanpa restu orang tua….” Lisa Mary diam sekejap. Tangan si adik dicapai lalu ditepuk-tepuk perlahan.

“Kahwin tanpa restu ni, banyak yang menjurus kepada keburukkan daripada kebaikkan. Apa maknanya kita hidup bersama isteri dan anak-anak tetapi hati kita tidak tenteram kerana masih ada orang yang terluka dengan keputusan kita. Dan lebih-lebih lagi orang itu adalah orang tua kita sendiri, Max. Sabarlah… beri peluang kepada ayah untuk mengenali siapa adik kakak ini.” Lisa Mary paut badan sasa Maximus Randell ke dalam pelukkannya. Tidak dapat ditahan lagi perasaan yang berkecamuk dari tadi. Cerita berkenaan Mak pun masih menghantui fikirannya. Kalau tidak kerana dendam Mak sudah pasti adiknya bahagia ketika ini.

“Akak akan tetap menyokong segala keputusan dan mendoakan kebahagiaan, Max.”

“Don’t worry, Bro. Satu masa nanti… semua ujian ini akan menemui jalan yang lurus.” Tepuk George Ralph di belakang Maximus Randell. Dari awal dahulu dia tidak pernah serik memberi sokongan kepada sahabatnya itu.

Suffian Ilhan dan Uncle Samuel hanya mampu menganguk dari jauh tanda menyokong pendapat Lisa Mary dan George Ralph.

“May… you janji dengan I. Jangan terima sesiapa pun selain dari I.”

Semua yang ada di situ terngaga. Permintaan Maximus Randell di luar akal mereka. Begitu jauh lari dari keadaan mereka sekarang.

“Eleh… feeling dari tadi. Rupa-rupanya you, cemburu.” Perli Suffian Ilhan dari jauh.

Perlian Suffian Ilhan diabaikan oleh Maximus Randell. Matanya masih tajam menala ke arah Madeline Sumang. Dia perlukan jawapan positif dari wanita itu. Malu menjawab tidak apa, dia faham sangat dengan pandangan berpasang mata yang ada bersama mereka. Sekadar mengangguk pun cukuplah. Cukuplah untuk dia membina semula keyakinan bahawa Madeline Sumang masih menaruh harapan untuk mereka membina impian yang pernah terkandas satu ketika dahulu.

“May, I perlukan jawapan dari you.”

“Bro, apa la you ni… mestilah May malu nak jawab soalan keramat you tu.” Tegur Suffian Ilhan sekali lagi. Sekali sekali berkesempatan mengusik sepupunya itu, apalah salahnya. Tetatpi, ada betulnya juga… Timbul perasaan belas bila dia melihat wajah memerah Madeline Sumang. Tak patut rasanya, Maximus Randell mengemukakan soalan berkenaan dengan hati secara terbuka.

“Boleh tak, you diam sikit. Biarkan I uruskan hal ini dahulu.” Bentak Maximus Randell. Sibuk sangat Suffian Ilhan hendak menyampuk urusan di antara dia dan Madeline Sumang. Tidakkah dia tahu, bahawa Maximus Randell perlukan jawapan segera dari Madeline Sumang.

Suffian Ilhan berdehem. Dari tadi leka menjadi pendengar setia sampai kering anak tekak.

“Ada cara yang lebih elok, Bro. Apa kata, you berdua keluar berdua malam nanti. Selesaikan masalah kamu berdua… cakap dari hati ke hati. Tetapi jangan pula terlebih pula, keluar lagi seorang… lagi rumit keadaan nanti.”

Madeline Sumang menundukkan kepala semasa matanya berlaga dengan anak mata Maximus Randell. Sukar baginya untuk menjawab soalan spontan Maximus Randell itu. Padahal, bukannya susahpun hendak menjawab. Kalau suara tidak boleh keluar, angguk dan geleng pun sudah memadai. Ini… dia jadi beku, terkaku.

Satu hal lagi… Pandai sungguh Suffian Ilhan membuka ruang untuk Maximus Randell berdua-duaan dengan dia. Lima tahun dahulu dialah wanita paling gembira di muka bumi ini ketika keluar bersama Maximus Randell. Kini? Dia tidak pasti bagaimana dia harus bereaksi. Gembira? Suka? Sebal? Sedih? Duka? Marah? Ataupun Kurang pasti…?

“May, get ready. Malam ini kita keluar.”

“Ermmm….”

“No ermm… no objection. Malam nanti kita keluar. You suka atau tidak, kena keluar juga. Saya tak nak tangguhkan hal ini.” Tegas Maximus Randell.

“Budak-budak?” Sekadar menduga Maximus Randell dengan alasan anak-anak. Alangkah bagusnya, kalau lelaki itu boleh dibeli dengan alasan anak-anak. Bolehlah dia menutup debaran dadanya yang semakin kuat menyesak nafasnya.

Mereka yang lain tersenyum mendengar alasan lemah Madeline Sumang. Apalah sangat, setakat hendak menjaga Carl Blume dan Cattleya Orked.

“Kakak, selama ini kan saya yang jaga mereka. No excuses, Akak boleh keluar dengan Max. Take your time.”

“Hurmm, hurmm….” Suffian Ilhan menoleh ke arah Uncle Samuel. “Uncle, tak pergi mana-mana kan?” Sambung Suffian Ilhan.

Uncle Samuel menoleh pula ke arah Madeline Sumang. Manalah dia tahu hendak menjawab soalan Suffian Ilhan. Datang pagi tadi, dia dijemput oleh Maximus Randell dan Madeline Sumang.

“Uncle boleh temankan mereka di sini? Lisa dan George nak kena balik lepas makan tengah hari.” Pinta Maximus Randell. Berat sangat mulut Madeline Sumang hendak menjawab bahasa badan si bapa. Baik, dia putuskan sahaja. Hendak tak hendak Uncle Samuel tetap ayah kandung Madeline Sumang. Orang tua itu sepatutnya berada di situ dan bukan lagi merayau-rayau di luar sana.

“Boleh, Papa tolong Eve nanti?” Soal Madeline Sumang setelah faham dengan lirikan tajam Maximus Randell. Ikhlaskah dia menerima Uncle Samuel? Tetapi… Bahasa mata lelaki itu, memaksa dia agar mengambil keputusan menerima kehadiran orang tua itu. Nantilah, tahulah dia hendak mengajar Maximus Randell. Memandai memaksa dia menerima Uncle Samuel, latar belakang orang tua itu pun tidak berapa dikenalinya. Uncle Samuel umpama orang asing bagi Madeline Sumang.

Uncle Samuel diam. Agak sukar untuk dia menerima mahupun menolak permintaan Madeline Sumang. Walaupun dia tahu, dari nada suara si anak nada keikhlasan belum wujud lagi pada pendengarannya.

“Boleh, ya, Uncle? Ada juga teman saya nanti.” Pujuk Suffian Ilhan.

“Kenapa kamu takut tinggal seorang ke, Pian?” Tanya Lisa Mary dalam nada mengusik. Suka sangat dia melihat wajah putih merah Suffian Ilhan ketika malu-malu kucing kena bahan olehnya.

“Bukan apa, Kak. Tak percaya dengan diri sendiri.”

“Aikk… lain macam, bunyi tu, Bro?” Tokok George Ralph pula.

Manakala Evelyn Menti angkat punggung dari situ. Segan dengan usikan nakal Lisa Mary dan George Ralph. Lebih baik dia naik ke dapur menyiapkan makan tengah hari mereka daripada mendengar usikan yang boleh melemahkan jiwanya.

“Tu, la orang suruh kahwin tak nak. Memilih… tunggu bidari memang tak ada la, Pian. Cukuplah kalau hati sudah berkenaan.” Kata Lisa Mary lagi. Kepala si sepupu dua kali lima dengan kepala si adik. Pasal perempuan, bukan sebarangan yang dipilih oleh mereka. Kalau bukan kategori cantik jangan harap boleh berjalan dengan mereka.

“Bukan memilih la, Kak. Nak yang terbaik saja… Boleh jaga rumah tangga, makan minum saya dan mengasuh anak-anak. Sudah cukup sempurna bagi saya. Dunia sekarang, nak cari, wanita macam tu? Payahlah, Kak.” Omel Suffian Ilhan.

“Tu, yang ada kat dapur… calon terbaik, Bro. Boleh kita berbiras, ya, tak?” Ujar Maximus Randell pula.

“Boleh tu boleh, Bro… I tak ada masalah nak berbiras. I takut you kena reject.” Kata Suffian Ilhan sambil mengulum senyum.

“Eleh… mulut dia kat tak nak, tapi hati dia menjerit-jerit nak kahwin dengan I. Jangan-jangan sekarang pun dia sanggup jadi isteri I.” Sindir Maximus Randell. Hujung matanya dapat menangkap jelingan maut Madeline Sumang… Oppsss!! Ada dia kisah? Lambat ataupun cepat hati wanita itu akan terbeli juga dengan pujukkannya. Bila? Dia kena usahakan juga untuk memenangi hati Madeline Sumang semula.

Akhirnya George Ralph dan Uncle Samuel pecah ketawa juga. Senak perut mereka menahan geli hati dengan usikan demi usikan di antara tiga bersaudara itu.

“Sudahlah, Bros… dua-dua pun belum ada keputusan lagi.” Kata George Ralph di hujung gelaknya.

“Terutama sekali, si Pian ni… baru ajer pijak kaki di sini dah ada hati nak memetik bunga emas di rumah ini. Langkah permulaan pun tak dibuat lagi….” Sambung George Ralph.

Suffian Ilhan menyeringgai. Menayangkan barisan gigi yang tersusun rapi.

“Bro… jangan ingat senyap sebarang senyap. Senyap kami ada makna tau….”

Tinggi kening Lisa Mary terangkat selepas mendengar pembayang ayat si sepupu.

“Patutlah… Mak Su, cari perempuan untuk di buat bini kamu tak nak. Rupanya, ada buah yang kamu peram, ya, Pian?”

Suffian Ilham menggeleng. Ada sesuatu yang dia harus selesaikan dengan Evelyn Menti. Secebis jawapan yang dia cari selama ini.

“Tak ada la, Kak. Itupun kalau orang sudi. Tak sudi… Akak pula tolong saya carikan yang sesuai, boleh, Kak?”

“Baiknya, adik kakak… Tak ada masalah, Pian. Janji Pian bole jaga dan anak orang elok-elok.”

“Insha Allah, Kak. Akak fahamkan kerja Pian. Hidup di laut berbulan-bulan. Tanggungjawab di rumah dan anak-anak, pasti akan beralih kepada isteri saya. Bukan semua wanita boleh bersabar dengan rutin hidup pelaut macam saya. Belum lagi, diambil kira… wanita yang boleh setia kepada suami.”

Berkelip-kelip mata Maximus Randell memandang Suffian Ilhan. Cuba menghadam maksud luahan hati si sepupu. Patutlah, selama ini, jejaka tampan ini menolak ramai wanita yang mencuba nasib untuk menghampirinya. Kalau dia di dalam kasut Suffian Ilhan, dia pun akan bertindak serupa. Mencari wanita yang betul-betul setia untuk dijadikan seorang isteri.

“Kenapa?” George Ralph menyiku Maximus Randell.  Tadi, bukan main ceria merancang keluar dengan si buah hati. Sekarang, termenung pula di tepi Lisa Mary. Memandang kosong Suffian Ilhan yang sedang rancak bercerita dengan Lisa Mary dan Uncle Samuel.

Maximus Randell menggeleng.

“Tak ada apa, Bro.”

“Mesti ada apa-apa, kan? Cara you pandang Pian tu lain macam.”

Suffian Ilhan perasan bahawa George Ralph dan Maximus Randell sedang memerhatikan dia. Apa yang menjadi topik perbualan mereka berdua tidak dapat didengarnya. Lalu dia mengangkat kedua belah keningnya kepada Maximus Randell. Tetapi, hanya gelengan Maximus Randell yang menjawab soalannya.

“Nothing, Bro. I just hope, perancangan Pian akan berjaya. I tak nak dia kecewa sekali lagi. You ingat lagi kan?” Maximus Randell menoleh ke sebelah selepas berlaga mata dengan Suffian Ilhan.

“Pasal apa, Bro? I tak ingat.” Jawab George Ralph.

“Tak akan you dah lupa, penyebab Pian tinggal dengan kita. Berbulan-bulan dia membawa diri tinggal di kampung. Jenuh Mak Su pujuk, Pian supaya balik ke rumah mereka semula.” Terang Maximus Randell panjang lebar.

George Ralph mengangguk.

“Kalau hal itu, I ingatlah. Gara-gara Anita meninggal, seminggu sebelum mereka menikah.”

“Ya. Lama Pian dibayangi oleh kisah Anita. Hari ini, I nampak wajah Pian lain macam.”

“Lain macam?”

“You tak nampak ke, kelopak mulut Pian tu… asyik tersenyum dari tadi. Ceria semacam.”

George Ralph menoleh ke arah Suffian Ilhan. Dia geleng kepala semasa Suffian Ilhan mengangkat kening ke arahnya.

“Hatinya dah kena curi kut, Bro. Orang tu kan ada kat dapur sana. You pun, boleh tolong dia pasang mata kail. Umpan tu kena la elok sikit.” Ujar George Ralph dengan senyuman berbunga-bunga. Apalah salah, kalau dikenankan Evelyn Menti dengan Suffian Ilhan. Sejuk sahaja mata dia memandang.

Maximus Randell tersenggih-senggih. Laju dia menoleh ke arah Suffian Ilhan sambil melakarkan sebuah senyuman mekar penuh makna. Setuju sangat dengan pendapat George Ralph. Tetapi…

“Harap ayah Eve, akan terima Pian la, Bro. Tak sanggup pula saya nak tengok sepupu kita tu kecewa semula.”

“Kena cuba dululah, Bro. Tak cuba kita pun tak tahu.”

“Errr… nanti, masa jumpa ayah May, boleh bagi pembayang sikit juga dekat ayah dan Igat. Pasal Eve… fahamkan maksud I?”

George Ralph terdiam sejenak. Betul juga, cadangan Maximus Randell. Pergi merisik dengan dua tujuan. Tujuan yang paling penting dari dua orang anak bujang di ruang tamu ini.

“Jangan risau, serahkan kepada Akak.” Sampuk Lisa Mary. Dari tadi, dia menelinga perbualan di antara si suami dan adik. Dibiarkan dahulu. Sementara dia menyibukkan diri dengan perbualan di antara Uncle Samuel dan Suffian Ilhan. Cattleya Orked masih di atas ribanya. Carl Blume pula telah menghilangkan diri bersama Madeline Sumang dan Evelyn Menti di dapur.

“Pakar dah ada, Bro. Serahkan urusan tu ke atas tangan dia.” Tokok George Ralph. Lega kerana Lisa Mary masuk campur perbincangan mereka.

“Nah, jaga anak. Akak nak jengguk ke dapur sekejap. Cepat urusan di dapur selesai, cepat pula Akak dan George berangkat balik. Akak risaukan budak dua orang yang di tinggal di rumah.”

Maximus Randell mengambil Cattleya Orked dari riba Lisa Mary. Dahi Cattleya Orked disentuh seketika.

“Kebah dah demam dia. Suhu biasa dah tu….” Jelas Lisa Mary.

“Lega dah, Kak. Malam tadi panas sungguh badan Leya. Takut juga dia kena ‘tarik’.”

“Anak-anak ini kena dengan kamu, Max. Usahakanlah agar dipermudahkan segala urusan kamu. Jangan sekali-kali kamu mudah berputus asa.” Pesan Lisa Mary sebelum angkat punggung dari situ.

####

Maximus Randell membelek-belek senapang patah yang baru diberikan oleh George Ralph. Keadaan senapang patah ayahnya masih baik lagi dalam jagaan George Ralph selama ini.

"Peluru ada dua kotak. Cukup ke tidak?" Tanya George Ralph semasa menyerahkan kotak peluru.

"Penabur, shoot?"

"Satu kotak penabur, satu kotak lagi tu shoot."

"Cukup kut. Sekali sekala saja yang nak masuk hutan kat hujung sana. Boleh juga membuang 'gian' memburu." Kata Maximus Randell sambil membelek peluru di dalam kotak.

"Hati-hati. Keluar memburu, kena berteman. Jangan keluar seorang-seorang. Tempat ni baru. Bukan seperti tempat kita." Pesan George Ralph. Dia naik risau pula. Maximus Randell suka main terjah sahaja. Tidak pedulikan keselamatan bila keluar memburu. Suka pula, pergi sendiri.

"Don't worry, Bro. Tau la I nak buat apa."

"Jangan kata tau saja. Buatnya tak... Pian tu ada. Ajak dia sekali, masa keluar memburu." Desak George Ralph lagi. Kena peringatkan banyak kali. Takut Maximus Randell enggan mendengar nasihatnya.

"Err.... I bab memburu ni, tak reti la, Bro." Sangkal Suffian Ilhan. Lebih baik mengaku dari awal. Balik kampung pun sekali sekala, ini kan pula hendak masuk hutan. Kalau ajak dia turun ke laut tahulah dia nak buat apa.

"Ala... pakai kasut, baju lengan panjang dan seluar panjang. Jalan saja ikut Max. Dia tahu nak buat apa dalam hutan tu." Jelas George Ralph.

Suffian Ilhan melurutkan rambutnya.

"Nyamuk ada tak, Bro."

"Nyamuk cukup suka darah baru. Lebih-lebih lagi macam darah you, Pian." Sampuk Maximus Randell. Sengaja dia mengenakan si sepupu.

"Ehhh!"

"Hutan, Bro. Kampung halaman nyamuk. Tak akan tak ada kut." Sambung George Ralph pula.

"Dah la, Honey. Jom... Takut lambat sampai. Bising pula Inak Laing dan Inak Idut nanti." Seru Lisa Mary dari bahagian penumpang depan Mitsubishu Pajero.

George Ralph menjengguk Lisa Mary.

"Kami balik dulu, Max. Sorry kereta ni I terpaksa ambik. You kongsi dengan Pian dulu."

Maximus Randell mengangguk.

"Tak apa. Esok tengok kalau ada masa saya turun ke Kuching dengan Pian. Cari kuda besi ni sekejap."

"Baik. Susah juga kalau tak ada kereta ni. Patah kaki. Tak boleh pergi jauh." Kata George Ralph lalu masuk ke dalam Mitsubishu Pajeronya.

No comments:

Post a Comment