Wednesday 22 April 2015

Nafas Cinta Bab 21

"Lampu hijau ke merah?" Tanya Maximus Randell.

Suffian Ilhan tersenggih.

"Cuba teka."

Sekilas mata memandang, Maximus Randell sudah dapat mengagak bahawa sepupunya itu sedang dilambung ombak bahagia. Bila dia lihat wajah malu-malu, Evelyn Menti lebih menguatkan lagi telahannya.

"Hijau?"

Ceria Suffian Ilhan mengangguk. Evelyn Menti pula tersipu-sipu melarikan diri ke dalam rumah sambil mengendong Cattleya Orked.

"Apa yang hijau, merah ni, Pian?" Tanya Madeline Sumang.

Suffian Ilhan mengangkat kedua belah bahunya.

"Tanya, Max. Dia tahu."

Madeline Sumang menjeling ke arah tempat duduk pemandu. Segan pula hendak mengajukan soalan.

“Ermmm… tak apa, Pian. Akak pergi dulu. Tengokkan rumah, anak-anak Akak dan jangan lupa ajak Ayah Akak makan sekali.”

Liar anak mata Suffian Ilhan mencari sosok tubuh Uncle Samuel. Baru dia perasaan, agak lama Uncle Samuel tidak bersama mereka di ruang tamu atau di dapur.

“Baik, baik… Uncle Sam, ada kat mana?”

Laju tangan Madeline Sumang menunjuk ke tingkat atas rumah.

“Rehat dalam bilik… bangunkan dia atau nak berehat sekali dengan pun boleh. Jangan berdua-duaan dengan Eve. Nanti, keluar cerita lain pula.”

Senggih lagi, Suffian Ilhan…

“Ada-ada ajer… tau la saya nak hidup. Saya balik dulu kat rumah Max. Nanti petang sikit saya datang semula… nak kena tunaikan dulu apa yang patut.”

“Pian… belah depan, jalan lurus. Kat hujung tu….” Maximus Randell menunjuk arah jalan kepada Suffian Ilhan. “Ada surau. Tak besar. Tapi selesa, kalau nak berjemaah dengan pekerja kat sini.”

Kali ini Suffian Ilhan senyum lebar. Berbunga hatinya, mengingatkan Madeline Sumang tidak melupakan keperluan pekerja Indonesia yang rata-rata adalah orang Muslim.

“Alhamdullilah… Terima kasih, May… besar erti ini bagi kami, orang Islam.”

Madeline Sumang menggeleng…

“No problem… kebajikkan mereka, tanggungjawab saya.”

“Okay, Bro… kami pergi dulu.” Pintas Maximus Randell sambil menjeling pergelangan tangannya. Risau. Langit mula gelap. Sekarang pula musim hujan. Hujan, sudah sikit mereka hendak keluar. Apatah lagi melakukan pelan seperti yang sudah dirancang.

“Baik… take care. Hati-hati bawa kereta.” Pesan Suffian Ilhan sebelum Maximus Randell mengundurkan kereta.

Maximus Randell menjeling sekilas ke arah Madeline Sumang. Riak muka tidak puas hati Madeline Sumang sangat jelas dan boleh dibaca. Faham sangat, pasti Madeline Sumang berkeinginan ingin tahu cerita mengenai Evelyn Menti dan Suffian Ilhan. Tetapi, apalah salah kalau membiarkan si buah hati merajuk sekejap. Bukannya selalu dia menikmati wajah comel Madeline Sumang.

“Don’t worry. Bukan berkenan dengan you. Mahupun hal kita.”

“Habis tu? Tak akan tak ada apa-apa dengan hijau, merah?” Soal Madeline Sumang masih tidak berpuas dengan jawapan Maximus Randell.

Lucu sangat ke jawapan Madeline Sumang sehingga Maximus Randell tidak dapat menahan diri dari tergelak.

“Eh, I tanya you. You boleh gelak lagi. Apa yang merah, hijau tu?” Madeline Sumang memberikan amaran melalui pandangan matanya. “Pian, jangan buat main. Dia nak buat apa? Eve…?” Mati kata-kata Madeline Sumang bila dia teringatkan Evelyn Menti dan anak-anak. Entah. Apa Suffian Ilhan hendak buat kepada orang kesayangannya. Sudahlah Uncle Samuel tidur. Kalau Suffian Ilhan berniat jahat, bagaimana?

“You… patah balik sekarang. Pian nak buat apa? Hijau maknanya mesti misi dia akan berjalan lancar semasa kita tidak ada di rumah.” Madeline Sumang matikan kata-katanya sekali lagi. “Atau you sengaja berpakat dengan dia.” Sudah! Sampai ke situ pula daya imaginasi Madeline Sumang.

Maximus Randell tidak pedulikan arahan Madeline Sumang. Tidak masuk akal langsung! Besar tuduhan Madeline Sumang. Jahat sangat ke dia di mata wanita ini? Pacuan empat roda dipandu terus menuju ke depan. Ini bermakna cadangan Madeline Sumang tadi tidak diendahkan olehnya.

“I rasa you dah cukup kenal I, May. Tak akan I sanggup berkomplot dengan sepupu untuk merosakkan adik you. Cukuplah apa yang I buat dahulu. Lagipun I tak rasa Pian tu sejahat I. Kalau dia nak, dia akan ambik cara baik. Bukan macam I. Meragut sesuatu yang belum pasti milik I lagi.”

Menyirap darah Madeline Sumang mendengar ayat yang keluar dari mulut Maximus Randell. Sengaja mencari pasal ke, Maximus Randell? Dia mengikut cadangan yang lain untuk keluar berdua-duaan dengan Maximus Randell, itupun sudah boleh dikira cukup baik.

“Cukuplah! Max! I tak mahu dengar tentang cerita bodoh kita dahulu.”

“Nope. I nak tanya you… Jahat sangat ke I ni? Sampai you boleh ingat I bersepakat dengan Pian nak kenakan Eve.”

“Soalan itu, you boleh jawab sendiri. Kalau you baik dan mempunyai perasaan, lima tahun lepas you tak akan tinggalkan I semasa resepsi pernikahan kita. Kalau you baik, budak-budak dekat rumah pasti mempunyai bapa. Kalau you baik, sudah pasti kertas perkahwinan kita dahulu sudah ada tandatangan you” Puas hati Madeline Sumang menyerang perasaan Maximus Randell kali ini. Biarlah, dia dianggap suka mengungkit, asalkan hatinya puas menyakiti hati Maximus Randell.

“Oh! Bagi you… I jahat, ya. Kalau you baik, kenapa you sembunyikan yang you mengandungkan anak I?”

Madeline Sumang semakin panas. Lalu dia memintas.

“Eh! Itu cerita lain.”

Maximus Randell memintas pula.

“Hebat kan, you? Sanggup malu seorang diri. Sanggup menyiksa diri sendiri. Sanggup mengabaikan perasaan anak-anak yang dahagakan kasih sayang seorang ayah.”

“Encik Maximus Randell… Dengar baik-baik. I tak kata yang I ni baik sangat... I admit apa yang I buat adalah berdasarkan rasa amarah I selepas you tinggalkan I. I admit I tak boleh terima hakikat yang you sudah tak nak kan I. I admit I itu semua… tetapi I ada beberapa soalan nak tanya… Kalau I bagi tahu you yang I mengandung, adakah you akan terima I? Dan jika you terima I, adakah kerana rasa tanggungjawab atau perasaan cinta you terhadap I? Bagaimana pula dengan Ibu you? Sanggup you pilih anak-anak you dari Ibu you?” Setelah selesai menyoal Maximus Randell, Madeline Sumang memalingkan wajahnya keluar tingkap. Lebih tenang rasanya memandang kehijauan di sepanjang jalan dari melihat muka lelaki di sebelah kanannya. Degupan jantung sukar untuk diukur kelajuannya. Sekejap tinggi sekejap rendah… tidak tentu hala tuju degupannya.

“Well. Kalau I tau… for sure I tak akan biarkan you tanggung benda ini seorang diri. Darah daging I, May. I tidak mungkin biarkan mereka, walaupun terpaksa menderhaka kepada Mak. Sedangkan anak-anak orang lain I cuba rawat sebaik mungkin.”

Madeline Sumang menepis tangan Maximus Randell yang mengusap lembut Rambutnya.

“I tahu, you akan balik semula. Tetapi you bukan balik kerana aku, Max. You balik kerana anak-anak."

“May… jangan pernah ingat bahawa I tidak menyintai you lagi. Setiap saat hanya nama you yang menemani I selama beberapa tahun ini. Setiap malam, hanya you yang ada dalam mimpi I. Setiap nafas yang I sedut dan hembus, hanya you yang memenuhi setiap rongga paru-paru I. Tanpa you hidup I tak ada makna. Hanya kerja yang memenuhi ruang masa I selama ini. Pleaselah, May… I beg you. Be mine forever mine?” Rayu Maximus Randell sepenuh hati. Untung sabut, mungkin boleh timbul perasaan sayang Madeline Sumang terhadapnya semula.

Pintas Madeline Sumang lagi...

“Dan I tahu, Ibu you tetap tidak akan terima I, seperti kata-kata Ibu you… sampai bila-bila pun dia tidak akan terima I sebagai menantu.”

“Sebagai seorang anak saya wajib menghormati Mak. Tanpa Mak, siapalah saya, May? Apa yang ada pada saya sekarang adalah atas sokongan Mak selama ini. Tetapi dalam keadaan you, yang memaksa saya untuk mengalas tanggungjawab pasti I akan buat sesuatu. I tak akan biarkab you tanggung malu seorang diri. Seperti sekarang ini. You ingat I akan mengalah? No, May. Selagi you dan anak-anak I menjadi milik yang sah. I tak akan berdiam diri."

"Agak lambat kut, you bertindak. Masa dah lama berlalu. I pun sudah biasa hidup sendiri dengan anak-anak. Lagipun Eve ada dengan kami."

Senyum sinis Maximus Randell semasa nama Evelyn Menti disebut oleh Madeline Sumang. Ya la... baru tadi Suffian Ilhan mengesahkan lampu hijau. Faham sangat dengan maksud ayat tersebut. Dia tidak pasti, berapa lama Evelyn Menti akan terus bersama Madeline Sumang. Lambat launch Evelyn Menti akan keluar mengikut suami.

"Oh! Ada Eve, ya?"

Madeline Sumang menoleh ke arah Maximus Randell. Sumbang sangat cara Maximus Randell menyebut nama Evelyn Menti. Apa cerita? Ada yang tak kena ke?

"Eh! You ni kenapa? Selama ini memang Eve la, yang temankan kami. Apa salah nya?"

"Sekarang tidak masalah. Malah saya berterima kasih sangat-sangat kepada Eve. Saya hargai setiap ihsan yang Eve berikan kepada orang kesayangan saya. Tetapi you tak sedar....."

Madeline Sumang pintas penjelasan Maximus Randell. Sakit telinganya mendengar hujung ayat yang belum lengkap.

"Tak sedar, apa hah? Apa you ni?"

Kemarahan Madeline Sumang tidak menaikkan darahnya. Silap dia juga. Memilih ayat yang tidak berapa sesuai untuk menerangkan keadaan yang sebenar kepada Madeline Sumang.

"You pasti ke satu hari nanti dia tak akan keluar rumah kerana mengikut suaminya?"

Nah! Tersentap Madeline Sumang. Lontaran soalan Maximus Randell terkena keningnya.

"Kelu? Tak terfikir? Eve tu anak dara. Pasti satu hari dia akan kahwin juga." Asak Maximus Randell. Inilah peluang dia untuk mencuci pemikiran Madeline Sumang. Beberapa hari ini begitu sukar untuk dia menembusi pintu besi yang memagari mata hati Madeline Sumang. Bertahun telah berlalu mengajar wanita menjadi seorang yang sangat melindungi dirinya.

Oleh kerana sikap begitu defensive Madeline Sumang lebih menyukarkan Maximus Randell memujuknya. Salahnya juga, dia yang menyebabkan wanita itu menghadang diri dari terus mempercayai dan menyintai Maximus Randell.

"Aku tahu la. Tak payah nak menyindir. Menyakitkan lagi hati I ni." Omel Madeline Sumang. Mukanya menghadap ke tepi tingkap. Tidak ada faedah baginya memandang wajah Maximus Randell.

"You cakap dengan siapa? Dengan tingkap ke dengan I? Sebelum I istiharkan yang you tak waras baik you pandang I sekarang." Perli Maximus Randell sambil mengulum senyum. Rindu sangat dia hendak menyakat si buah hati ini.

Dan bila Maximus Randell mendonggak ke arah langit... Hari ini dia bertuah, dia melihat sang pelangi timbul di atas awan. Lantas dia tersenyum lebar. Seolah-olah ada satu kuasa menyalurkan tenaga baru kepadanya.

"May, pandang awan tu... jangan tengok jalan."

Sepontan Madeline Sumang mengikut arahan Maximus Randell.

Maximus Randell menjeling. Dia senyum lembut. Betulkan? Kuasa pukauannya balik semula kepadanya.

"Cantik kan?"

Madeline Sumang mengangguk. Tanpa suara. Tujuh warna pelangi itu amat mempersonakan. Lebih menarik dengan adanya dua set jalur pelangi yang menrentangi awan ketika itu...

"Fenomena double rainbow ni jarang terjadi. Hari ini kiranya kita bertuah dapat melihat kejadian luar biasa ini." Kata Maximus Randell lagi.

Madeline Sumang tetap mendiamkan diri.

"I ingat lagi, you suka melihat pelangi selain dari 'gilakan' orkid hutan." Maximus Randell diam sebentar menunggu sebarang reaksi dari Madeline Sumang. Namun hampa. Wanita itu masih bersikap mendiamkan diri.

"I masih ingat, you selalu bayangkan keindahan hidup kita seperti warna pelangi. Dan you tahu kan... masih belum terlambat untuk kita cipta warna pelangi dalam hubungan kita."

Pandai sungguh Maximus Randell cuba membeli jiwa Madeline Sumang. Sepontan Madeline Sumang menoleh ke arah Maximus Randell setelah dia selesai menghabiskan ayatnya.

"Ohh! Please lah... itu dulu. Sekarang dah lain. Mana nak sama dengan dahulu, okay."

"Mana ada lainnya, My love. Baju tu pun you masih pakai lagi. Anyway you are beautiful in that dress."

Adoii! Memang terkena sungguh Madeline Sumang kali ini. Ingatkan Maximus Randell sudah lupa mengenai baju yang dia pakai sekarang. Rupanya masih segar pula ingatan lelaki ini. Bahkan siap ingat lagi mengenai angan-angannya dahulu berkenaan dengan pelangi.

Tidak boleh jadi. Hati Madeline Sumang pula semakin cair mengikut rentak bicara Maximus Randell.

"I ingat lagi, dress tu I beli bagi you semasa I pergi kursus di JB. Semasa I tengok baju tu di Danga Bay hati I tertarik. Dan I pasti ia lebih cantik kalau you yang memakainya. Tidak salah kan pilihan I. Malah you selalu memakainya semasa keluar dengan I. Tapi I tak sangka hari ini you sanggup pakai baju ini lagi. Terima kasih. Ini tandanya you masih ingat lagi mengenai sesuatu yang ada nilai bagi I."

Ini sudah lebih! Tidak boleh jadi. Maximus Randell pandai-pandai mengandaikan ceritanya sendiri. Dia pakai baju pemberian Maximus Randell ini bersebab. Bukan saja-saja hendak menunjuk yang kononnya dia suka pemberian atau menarik kenangan yang lalu. Dia ada sebab yang kukuh, okay!

"Bukan macam tu lah. Jangan nak perasan sangat."

"Tak ada I nak perasan. Cukuplah nak menyiksa diri sendiri. I am here for you. Ajak kahwin, masa ni juga I bawa you balik kampung. Panggil orang kampung dan jelaskan bahawa you adalah isteri I yang sah mengikut tradisi masyarakat kita."

"Are you out of your mind?"

"Tak. I cakap benda betul. Buat apa nak main-main. Nak ajak you pergi JPN, hari Sabtu Ahad office tutup. Dan I nak permudahkan urusan kita."

"Crazy!"

"La... salah ke idea I ni? Kalau you bijak cuba bagi tau I. Bila tarikh yang sesuai untuk kita selesaikan masalah kita ni." Bijak sungguh Maximus Randell cuba memerangkap Madeline Sumang untuk bersetuju dengan cadangannya.

Madeline Sumang mencebik. Belum habis idea lagi, rupanya Maximus Randell untuk cuba memujuknya.

"Kan I dah bagi tahu... jawapan ada dekat Ayah."

Alahaiii! Terbantut rancangan Maximus Randell untuk memancing simpati dari Madeline Sumang.

"Baik. Nak pergi jumpa Ayah sekarang ke?"

Adihh! Tak habis lagi MaximusRandell mengumpan Madeline Sumang.

"You ni! Arghh! Jangan buat kerja gila, boleh tak? Sekarang you nak ajak I makan dekat mana. Jauh tu, nak makan dekat belah Kuching sana."

"Mana ada jauh. Tengok dah nak sampai pun. Dari tadi kita bertelagah. Macam suami isteri gaduh-gaduh sayang. Siang bertemu malam pun tak terasa, sayang oiii." Usik Maximus Randell pula.

"Hurn! Sampai kat kita nak makan. You bangunkan I. I nak tutup mata sekejap. Penat nak melayan orang tak betul." Sindir Madeline Sumang.

No comments:

Post a Comment