Friday 13 December 2013

Mencari Pelangi Pagi Bab 4

Julai 2011

"What we should do Dear? Her right body especially arm is shaking or jerking even she is sleeping." Aku risau teramat sangat dengan keadaan Jesie yang terlalu pelik. Badan sebelah kanan, mula 'jerking' masa tidur, gerakan pun nampak kuat.

"We have a look at her for a while, this weekend observed her, see what we can do." Suamiku masih nampak cool dengan keadaan anak seperti ini.

Hujung minggu tersebut kami perhatikan Jesie. Hanya sekadar untuk menyedapkan perasaan diri kami bawa dia pergi berubat cara kampung.

Susah payah cuba contact kawan-kawan mencari siapa yang dirasakan boleh mengubat penyakit sawan.

Akhirnya kami pun bawa Jesie ke satu tempat di kawasan Bukit Mertajam, berjumpa dengan seorang kakak yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dengan cara tradisional.

"Kak boleh tolong tengok anak saya ni, kelmarin dia mula jadi terketar ketar badan sebelah kanannya?" Suami aku memulakan mukadimah, sambil diperhatikan aku dan sepupuku yang baru aku ambil sebentar tadi dari IPG Bukit Mertajam.

"Akak tenggok budak ni kena sawan dik, bahaya ni! Akak tak berapa berani dan mahir dengan benda macam ni."

Hahhh sudah, mati akal juga kami masa tu bila Kak Yam(bukan nama sebenar) pun tak tahu macam mana nak membantu Jesie.

"Habis tu macam mana ni Kak? Akak ada cadangan tak, nak buat apa?" Suami aku masih belum berputus asa.

"Akak cuma boleh bagi daun untuk bagi mandi dia sahaja, kalau badan dia panas, boleh lah lega. Tetapi baik bawa dia ke hospital, sawan macam ni susah nak berubat cara kampung."

Kak Yam bagi dekat kami macam-macam jenis daun untuk mandikan Jesie nanti.

Sampai sahaja dalam kereta kami pun meneruskan perjalanan balik ke Penang. Nasib baik juga Bungan (sepupu aku) balik cuti hujung minggu.

Petang tersebut hati masih tak tenteram, berikhtiar mencari penawar sawan.

Contact list N95 aku selongkar mencari nombor telefon salah seorang kawan yang lama tidak aku hubungi.   

"Hello" Kim menjawab panggilan aku.

"Kim..masih ingat tak hari ni tokong baby dekat Pulau Tikus buka pukul berapa?"

"Dalam pukul 2 petang sudah mula, hari ini Sabtu, you kena pergi awal. Biasanya hujung minggu ramai orang berubat."

"Apa yang saya perlu bawa? Saya nak cuba ubat Jesie, tengok 'dia' cakap sebab apa Jesie jadi macam ni." Serba sedikit saya terangkan keadaan Jesie sekarang dekat Kim. 

"You bawa baju Jesie yang tak basuh lagi. Nanti dia boleh tahu apa jadi dengan Jesie."

Lepas talian telefon diputuskan. Aku mengajak suamiku pergi ke Tokong tersebut bersama dengan baju Jesie.

Sampai di sana memang betul orang ramai. Terpaksa berbaris menunggu no giliran.

Akhirnya giliran kami pun sampai. 'Dia'  bertanya kepada kami apa masalah kami. Suami aku menerangkan serba sedikit mengenai keadaan Jesie. 

"Ohhh...ini budak kena ganggu dari atas. Orang cakap ini sawan. Kena ubat cepat. Ini punya bahaya."

"Kami tahu, sebab itu kami datang minta tolong." Kata suamiku.

"Ini benda, saya kena panggil 'Dewi' datang. Kita tidak boleh buat sendiri. 'Dewi' ada 'amulet' untuk jaga ini barang."

"Kita ikut sahaja." Suamiku memberi persetujuan.

"Esok kamu datang, bawa anak sekali. Bagi 'Dewi' tenggok keadaan anak."

Petang tersebut 'dia' bagi ayat dalam tulisan Cina yang di tulis atas kertas putih dan kuning. Bawa balik bagi Jesie minum air setelah kertas tersebut dibakar. Kami juga dibekalkan dengan tangkal bagi mengahalau 'benda' yang tak elok.

Badan sebelah kanan Jesie sudah mula terketar ketar tanpa henti. Walaupun masih dikategorikan sebagai 'mild jerking'.

#################################

Seawal pukul 1 tengah hari kami sudah sampai di Tokong tersebut, seperti yang dijanjikan.

Seperti selalu kami kena menunggu giliran. Jesie masih boleh berjalan dan berlari walaupun nampak tak berapa stabil.

Sebagai seorang ibu, aku diselubungi perasaan 'keliru' sebenarnya. Masih mencuba untuk mencari jawapan yang tak berapa pasti. 'Puzzle' dalam kepala terlalu banyak untuk dijawab.

"Berapa lama anak sudah jadi macam ni?" 'Dia'  bertanya kepada suamiku. 

"Baru kena minggu ni" Jawab suamiku.

"Kamu sudah bawa dia pergi hospital?"

"Belum...kami ingat mau jumpa dengan kamu dulu."

"Okay. Kalau macam tu kita cuba buat kenduri dulu. Nanti saya suruh penolong saya bagi tahu apa kamu perlu buat dan jenis herba yang anak perlu minum." Terang 'dia' kepada kami. 

Lepas habis bercakap dengan 'dia' (orang yang berubat, dalam keadaan 'masuk'). Lelaki Cina dengan pakaian baby dan puting di mulut, kami berjumpa dengan Penolong 'dia' seorang tukang sedia ubat traditisional Cina dan menyediakan untuk acara persembahan kepada 'Dewi.

Ironiknya aku berasa hairan acara persembahan (ritual) tersebut adalah seperti acara yang masyarakat kami(Iban) yang selalu buat untuk dipersembahkan kepada 'Tuhan' dalam Agama Pagan. Acara yang selalu saya saksikan masa kecil dahulu. Dengan memerlukan darah ayam sebagai key factor.

Acara tersebut cuma boleh dibuat pada hari Khamis malam Jumaat sahaja. Jadi kami cuma perlu meninggalkan duit untuk upah dan perbelanjaan bagi membuat acara tersebut sahaja. 

Setelah urusan selesai kami meninggalkan tempat tempat tersebut. Tak kembali lagi ke situ sampai ke hari ini. Kerana kami membuat keputusan yang lebih drastik selepas ini. Dimana mungkin memerlukan 'orang' yang lebih baik pada pendapat kami. 


No comments:

Post a Comment