Tuesday 10 December 2013

Mencari Pelangi Pagi Bab 3

Julai 2011

Selama 2 hari suamiku menjaga Jesie di rumah. Tiada perubahan yang berlaku. Sihat seperti biasa.

Pagi Khamis aku hantar Jesie ke nursery seperti biasa. Hati seorang ibu memang tak pernah tenang walaupun tahu anak ditinggalkan di tempat yang selamat dengan penjaga yang bertanggung jawab.

Petang tersebut seperti biasa aku jemput Jesie tetapi awal sedikit. Aku cabut dari tempat kerja, buat tak tahu dengan kerja yang menimbun. Anak lebih utama dari segalanya.

"Today Jesie okay tak? Ada tarik macam on Monday hari tu ke?" Aku tanya Miss Lim. Yang sudah sedia menunggu aku di depan pintu nursery.

"She is okay today. As usual active."

"I pun tak tahu macam mana Jesie boleh kena tarik. 2 hari I punya husband jaga Jesie dekat rumah pun she is okay." Aku binggung sebenarnya dengan keadaan 'tarik' Jesie.

"Haiyyaa...Mummy Jesie. Tak apa punya jangan susah hati. Ini budak memang itu macam. Tetapi kalau masih tak puas hati bawa dia pergi hospital, check sama Doktor. Tetapi my husband and my younger son pun ada itu 'tarik' sakit. Baru sekarang okay sikit. Pergi hospital tidak ada apa pun boleh buat. Tidak ada ubat!" Hahhhh panjang lebar Miss Lim cerita pasal 'tarik' dekat saya.

"Habis tu Miss Lim buat apa? Husband dan anak sudah sihat ke?" Aku terkejut juga dengan cerita Miss Lim ni.

"Kita sembahyang sama itu tokong. Jelutong sana tempat."

"Ohhh...lepas sembahyang okay ke Miss Lim? Itu orang buat apa? Apa dia kata?" Interested juga cerita Miss Lim ni.."hehehe" kepoh ci sikit..

"Haiyyaa...ini macam punya sakit Kadang-kadang hospital pun tak ada tahu mau ubat macam mana. Itu tokong cakap ada 'benda' kacau maaa." 

Adoiii Miss Lim pun boleh percaya dengan 'benda tu', ingatkan dia tak pandai. Rupa rupanya dia lebih advance...hurmm

"Ohhh..itu tokong kasi halau itu ' benda ', sekarang sudah sihat kamu punya husband dengan anak?" Aku bertanya lebih lanjut juga, mana tahu boleh diguna pakai ke...

"My husband dan anak sudah sihat sekarang, tidak itu macam dulu. Sakit punya. Husband lagi teruk kalau compare dengan anak kecik."

Aku perhatikan Miss Lim seketika, "biar betul, kalau sampai macam tu kira teruk juga kes mereka ni!"

"Rasanya dah sihat kut Miss Lim, suami you pun selalu nampak okay sahaja. Anak pun sama." Itu yang selalu aku nampak sihat sahaja kedua duanya. 

"Itu pergi sama itu tokong sana baru okay. Kalau tidak, sakit!" Miss Lim berpuas hati dengan berubat dekat Tokong mereka. 

"Baguslah Miss Lim at least your husband and anak pun sudah sihat."

Malam tersebut sama seperti hari yang sebelumnya aku dan suamiku masih dalam keadaan berjaga. Rasa pelik dan ingin tahu memang menggelodak dalam hati.

Keesokan hari aku dan suami jemput Jesie dari nursery awal sedikit dari hari biasa. 

Petang tersebut Miss Lim tak ada, pembantu nya Miss Tan yang menunggu kami di depan pintu nursery. 

"Mummy Jesie, today Jesie look not that good. She refused to hold a pen with her right hand and she like to fall when walking." Air muka Miss Tan masa bercerita sudah semacam. Seperti susah hati.

"Zuppp" jantung bagai nak meletup bila Miss Tan mengkhabarkan cerita yang tak berapa sedap nak didengar.

"Miss Tan tahu sebab apa dia tak mau pegang pen? Kerap ke dia jatuh?" Aku cuba bertanya untuk memastikan kenapa boleh jadi macam tu.

"Tak berapa tahu, tetapi tangan kanan macam 'shaking'. Kaki kanan pun macam tak berapa kuat mau jalan atau berlari."

"Ohhh...any school activities been carry on?" Suamiku pula bertanya dekat Miss Tan.

"Ya. They have a year end concert training. But for a while only." Miss Tan bagi penjelasan dekat Encik Suami. 

"In that case, it could be too tired with the training. Never mind this weekend we observed her again." Suamiku membuat keputusan untuk memerhatikan keadaan Jesie. 

"Ya. You should do that. In the case you may be need to for a check up with a doctor. I am a bit worried about her." Miss Tan memberi nasihat, dari air muka pun tahu dia risaukan keadaan Jesie. 

Sampai sahaja di tempat letak kereta di Apartment yang kami duduki. Aku suruh Jesie keluar dari kereta, berjalan sendiri dari tempat letak kereta sampai ke rumah tiada masalah bagi Jesie. 

Tetapi petang tersebut aku nampak sandal sebelah kanan dia tertinggal di belakang, jadi aku pun menegur dia.

"Jesie, ni pasal apa tinggalkan sandal dekat belakang?" Volume suara sudah satu noktah tinggi dari biasa.

"Sorry Mummy." Jesie pun patah balik ke belakang cuba memakai balik sandal dia.

"Mummy, I can't wear my sandal, it's my feet." Jesie memanggil aku serta menerangkan keadaannya.

"You better wear it!" Aku arahkan dia memakai sandal tersebut juga. Tak ada kompromi langsung. 

Jesie aku asuh untuk berdisiplin tinggi. Walaupun seorang aku jarang memanjat an nya. 

"No Mummy, I can't wear it." Jesie masih berdegil.

Aku pun berasa pelik, jadi aku pakaikan sandal tersebut dikaki Jesie.

"Now, can you walk?" Aku suruh Jesie berjalan didepan aku. 

Tujuan aku untuk memerhatikan kenapa sandal kanan dia boleh tertinggal dibelakang masa dia berjalan. 

"Zappp" Jantungku berdegup laju darah menyirap sampai ubun kepala.

Rupa rupanya jari kaki kanan Jesie tidak kuat untuk menggepit sandal tersebut.

Aku panggil suamiku untuk melihat apa yang terjadi dengan Jesie.

Kami berdua sama sama diam tanpa kata cuma dia mengambil keputusan untuk mendukung Jesie.

Sampai di depan pintu rumah aku masih belum berpuas hati. 

"Jesie can you stand with your right feet?Mummy want to wear for you this shoe." Aku berlakon hendak memakai kan kasut yang paling dia suka sekali untuk menguji kekuatan kaki kanannya. 

"Huhhh" Jesie macam nak terjatuh bila berdiri dengan kaki kanan sahaja. Cukup menyakinkan aku.."She is not normal!"

Suamiku masih diam, tapi aku tahu dia pun sama seperti aku..'susah hati'

Malam tersebut aku hidangkan makan malam seperti biasa aku arahkan Jesie makan sendiri.

"Why you are using your left hand? What happen to your right hand? Use your right hand now!" 

Arahan sudah dikeluarkan apa lagi Jesie pun ikut sahaja. 

"Mummy I can't use my right hand, shake shake!"

"Zappp" sekali lagi jantungku meloncat laju petang ni. Aku yang tengah berada di dapur berjalan ke arah Jesie, cuba untuk membuat pemerhatian sekali lagi.

"Jesie, can you show to Mummy how you handle your spoon with your right hand?"

Jesie pun mengikut apa yang aku suruh.

"Ohhh God!" Tangan kanan Jesie pun sama terketar ketar memegang sudu. "Parah kalau macam ni!"

"Darling, come! See how Jesie hold her spoon with a right hand." Aku panggil suamiku untuk melihat keadaan Jesie.

Aku suruh Jesie menyudu kuah lauk dalam mangkuk dan menyuap kedalam mulutnya. Berterabur sup ayam jatuh di lantai sementara hendak sampai ke mulutnya.

"Jesie, now you put your right hand on the flow try to put some pressure on it."

Tangan kanan Jesie terketar ketar bila dia letakkan di atas lantai.

"We must do something, this is not good!" Aku bagi tahu dekat suamiku.

Risau sudah bermaharajalela di dalam hati. Tak mungkin akan senang hati dengan keadaan yang pelik semacam tersebut. 

"Hello...Mak pernah nampak tak tangan kaki sebelah badan budak-budak terketar ketar atau tak berapa kuat?" Aku mengambil keputusan menghubungi Emak di kampung.

Memendam rasa pun tak guna baik call Emak di kampung.

"Pasal apa, ada apa-apa jadi dekat Jesie ke?" Mak tak jawab lagi soalan aku tetapi sudah mula menyoal aku pulak. 

"Ya Mak. Jesie tiba-tiba jadi macam tu. Mak pernah nampak sesiapa jadi macam tu ke?" Aku tak nak membelakangkan orang tua dalam hal sebesar ini.

"Mak tak pernah nampak sesiapa jadi macam tu. Pelik dah tu! Bawa cepat pergi berubat."

"Mak tau tak, kenapa boleh jadi macam tu?"

"Kalau ikut cerita kamu ni, Jesie ni kena sawan."

'Zappp' darah naik ke kepala lagi. Boleh mati cepat. Banyak sangat terkejut. 

"Habis tu apa saya kena buat Mak?" Rasa nak menanggis pun ada, bila Mak cakap pasal sawan.

"Kamu ada dekat Penang, kalau kamu dekat sini ramai yang boleh 'tawar'kan penyakit  sawan ni." Dengan keadaan Mak yang tinggal di Sarawak mustahil aku boleh pederas Jesie berubat.

"Kalau macam tu tak apa lah Mak. Nanti saya cuba berubat dekat sini dulu."

Aku dan suami mengambil keputusan berubat dekat Penang dahulu.



No comments:

Post a Comment