Tuesday 10 December 2013

Mencari Pelangi Pagi Bab 2

Julai 2011


"Tuttt Tuttt Tuttt" Nokia N95 aku berbunyi.

"Hello Miss Lim!" Aku menjawab panggilan Dari Miss Lim, Pengetua di tadika Jesie.

"Mummy Jesie hahhh.."

"Ya,  Miss Lim. Ada apa call saya?"

"Saya call untuk bagi tau pasal Jesie, tadi pukul 2 itu macam ada kena 'tarik'." Tersentap jantungku bila mendengar perkataan TARIK.."Apa benda tu?". Hidup dimuka bumi sudah menjangkau 38 tahun tetapi baru pertama sekali aku dihidangkan dengan perkataan TARIK.

"Miss Lim...'tarik' itu apa benda?" Aku memerlukan lebih penjelasan mengenai perkataan TARIK.

Kerja yang aku buat aku tinggalkan sekejap, punggung aku labuhkan di atas kerusi berdekatan dengan microscope yang aku guna sebentar tadi untuk meneliti product yang dibuat berada dalam piawaian yang betul. 

"Mummy Jesie, you tak tau apa itu 'tarik' hahh?   'Fit' tau tak?" Kelam kabut Miss Lim cuba menerangkan dengan sebaik mungkin. 

"Sorry Miss Lim..I don't have any idea what is it? Pasal apa ya boleh jadi itu macam?" Sebenarnya aku masih 'blur' tak tahu menahu kenapa Jesie boleh jadi macam tu.

"Itu macam susah I mau explain, biasanya budak-budak selalu kena itu 'tarik' masa demam panas, tetapi Jesie ini hari sihat, tak ada demam."

"Berapa temperature badan Jesie masa kena 'tarik' tadi Miss Lim? Ada ambik reading tak?" Aku sudah memulakan siasatan mana tahu Jesie demam pulak sekarang.

Pagi tadi masa saya hantar Jesie, aku perhatikan dia elok sahaja. Seperti biasa menyanyi serta becok mulut bila didalam kereta dalam perjalanan ke nursery yang aku pilih untuk Jesie tinggal seharian sampai aku mengambil dia semula dalam pukul 6 petang ke pukul 8 malam.

Tugas yang yang banyak serta aku memerlukan kerja lebih masa dan jalan yang sentiasa jam membataskan aku untuk mengambil Jesie lebih awal dari masa tersebut. Kadang-kadang bila kerja kurang baru aku boleh membawa Jesie pulang ke rumah lebih awal dari pukul 6 petang.

"Jesie tak demam, reading cuma 27 deg Celsius sahaja. 'Tarik' pun tak lama sekjap sahaja, tak sampai seminit." Terang Miss Lim, dan saya percaya sebab mereka memang tiap tiap hari akan ambik temperature budak-budak yang di hantar ke nursery tersebut. 

"Sekarang Jesie dah okay kan Miss Lim, perlu saya jemput dia balik tak?"

"Tak apa Jesie okay sekarang jangan risau, saya cuma call untuk memaklumkan keadaan Jesie sahaja, balik rumah nanti kamu boleh perhatikan dia." Miss Lim sempat menasihatkan aku lagi. Dia sendiri ada dua orang anak lelaki berumur hampir sebaya dengan Jesie.

"Kalau macam tu, petang nanti saya jemput Jesie awal sedikit. Thanks Miss Lim."

Selepas talian diputuskan aku segera mencari Hamidah, rakan kerjaku. Niat dihati ingin bertanya lebih lanjut mengenai 'tarik'.

"Midah...hang tahu tak apa 'tarik' tu? Tadi Cikgu dekat nursery Jesie call, dia bagi tahu Jesie kena tarik masa hendak tidur petang." Aku cuba menjelaskan kepada Hamidah berkenaan dengan keadaan Jesie. 

"'Tarik' tu macam sawan lah Asiah. Jesie demam ke masa kamu hantar pagi tadi?" Hamidah sudah menghadap aku yang masih keliru...

"Dak ahh...Pagi tadi dia elok saja. Tadi masa Miss Lim call pun dia habaq temperature Jesie normal."

"Biasanya budak demam panas yang suka kena 'tarik ' ni Asiah.." terang Hamidah lagi.

"Saya pun tak tahu lah Midah, Jesie tu jarang demam. Dari dia lahir sampai umur 4 tahun 3 bulan ni boleh kira berapa kali dia demam."

Lepas bersembang dengan Hamidah sekejap aku kembali menyambung kerjaku yang masih berbaik sedikit lagi. Tetapi aku tetap hairan macam mana boleh 'tarik' terjadi dengan keadaan Jesie yang sihat.

Memang betul Jesie jarang demam, jaga Jesie ni senang tak banyak kerenah dan budak  yang tinggi disiplin dan cepat pandai berdirikari. Dalam usia semuda itu, Jesie jarang didukung. Dia tak mahu! Sikapnya memang lain dari yang lain.

Pernah satu hari aku bawa dia ke Shopping Mall, pakaian dan kasut dia dah tak berapa muat dah, memang perlu diganti. 

"Come Jesie, you choose your own shoe, which one you like." Aku arahkan dia untuk memilih sendiri kasut yang dia suka.

"No need Mummy, I don't want to buy shoe, I still have mine." Jesie hayun langkah laju tak nak pilih kasut dia dengan aku.

"Jesieee...come here. You need to change your shoe! Your's is quite tight already!" Aku terjerit sedikit bila Jesie sudah berlalu meninggalkan aku di bahagian kasut kanak-kanak perempuan. 

Bila melihat Jesie masih laju berlari kearah Daddy dia. Aku pun buka langkah seribu mengejar Jesie. 

Dalam terpaksa Jesie ikut juga kehendak aku. Aku ambik beberapa pasang kasut untuk dicuba. Manakala Jesie masih dalam keadaan enggan bertolak ansur dengan aku.

"Try Jesie! You need it!" Aku sudah membebel bila Jesie masih berdegil dengan kehendak aku.

"I have mine Mummy. No need!" Terbeliak mata aku bila melihat dia meletakan semula kasut tersebut di atas rak asal.

Aku geleng kepala sambil tersenggih bila drama sebabak tadi disaksikan oleh beberapa sale girls di bahagian tersebut.

"Tak apa lah adik, kamu bungkus juga kasut tadi." 

"Nak ambik juga ke Kak? Pandai anak Akak boleh tak nak kasut ni. Kalau budak lain boleh menanggis kalau ibu bapa tak mahu nak beli. Kes anak Akak ni terbalik pula." Tersenyum lebar Adik sale girl mungkin geli hati dengan drama Jesie tadi.

"Budak ni susah nak agak apa yang dia nak dan fikir." Aku mengambil kotak kasut tersebut sambil mata mencari dua beranak tersebut. Hajat nak beli baju juga.

Hurmm macam tu juga lah..adengan membeli baju sama dengan membeli kasut. Last sekali aku bawa kasut dan baju terus ke station pembayaran. Beli terus tak nak suruh dia pilih!


Sampai sahaja dekat nursery Jesie, aku rangkul dia dalam pelukanku. Suhu badannya aku rasa dengan telapak tanganku. Biasa sahaja! Tak panas.

Aku perhatikan keadaan Jesie bila bersama aku didalam kereta. Tidak ada tanda-tanda yang boleh membuatkan aku boleh menggaitkan dengan kes 'tarik' dia tengah hari tadi.

Dalam buntu aku ceritakan juga kisah 'tarik' Jesie dekat suamiku apabila sampai sahaja di rumah.

"Jangan risau sangat. Dua hari ni biar saya jaga dia dekat rumah. Saya perhatikan dia." Encik Suami sudah mempelawa diri untuk memantau keadaan Jesie. 

"That is a great idea!" Laju sahaja aku setuju dengan pendapat suamiku.

Lega sedikit bila Encik Suami sudi menjaga Jesie biar pun untuk sehari dua.

Tiada perubahan yang kami nampak pada malam tersebut.."she is perfectly normal."

Becok mulut seperti biasa, dengan umur baru mencecah 4 tahun lebih Jesie boleh bertutur dalam 6 bahasa. Bahasa English paling mahir sekali disebabkan aku dengan suami memang berkomunikasi dengan Bahasa English. 

Bahasa Iban, aku yang selalu gunakan bercakap dengan Jesie untuk memudahkan komunikasi diantara dia dan ibu bapa serta adik beradik sebelah aku.

Bahasa Punjabi adalah bahasa pengantar di antara Jesie dan suamiku serta saudara mara sebelah suamiku.

Jesie mempelajari Mandarin dan Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia di nursery yang aku pilih.

Persiapan aku senang sahaja, pilih kerjaya melalui kemahiran. Kalau boleh mengguasai banyak bahasa jadi lah INTERPRETER...


No comments:

Post a Comment